10 Okt 2014

[TERBONGKAR] Wanita Disyaki Bersekedudukan Sehingga Lahirkan 5 Orang Anak


.Rahsia terbongkar di Pulau Besar

BANDARAYA MELAKA - Rahsia seorang wanita bersekedudukan hingga melahirkan lima anak akhirnya terbongkar selepas dia ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di Pulau Besar, dekat sini, kelmarin.

Wanita berusia 31 tahun bersama semua anaknya berusia satu hingga 11 tahun itu sedang tidur di dalam khemah di tepi pantai, sebelum pemeriksaan mendapati bukan sahaja tiada kad atau sijil perakuan nikah malah anak-anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran.

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, dalam pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi, wanita itu mendakwa tidak lagi bersuami dan datang ke pulau tersebut serta tinggal bersama anak-anak yang tidak bersekolah kira-kira dua bulan lalu.

“Siasatan awal, wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mengaku berkahwin di Thailand pada tahun 2002 bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai suami berusia 37 tahun dan mereka dikurniakan lima anak.

“Wanita itu mengatakan empat anaknya lahir di Melaka sementara anak ketiganya di Seremban namun dia dan pasangan tidak pernah mendaftarkan kelahiran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Rahimin berkata, wanita yang berniaga di gerai di kawasan pulau itu, sebelum ini tinggal bersama pasangan serta anak-anaknya di Masjid Tanah, Alor Gajah sebelum berpindah ke Pulau Besar.

“Ketika pemeriksaan wanita itu mengatakan suami sudah lari dan tidak tinggal bersama, namun kita percaya pasangannya itu masih berada di pulau tersebut dan kita akan cuba menjejaki lelaki itu untuk siasatan lanjut.

“Enam beranak itu kemudian dibawa ke pejabat penguatkuasaan Jaim sebelum kanak-kanak terbabit diserahkan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Menurutnya, serbuan hasil maklumat orang awam mengenai terdapat pasangan dan lima anak tinggal di dalam khemah itu dilakukan dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).


“Kita syak dia dan pasangannya bersekedudukan hingga melahirkan anaknya tidak saf taraf justeru kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan.

“Bagaimanapun diingatkan kepada pasangan yang bernikah di luar negara pastikan dokumen diperoleh untuk memohon pengesahan pengiktirafan nikah oleh Mahkamah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rahimin berkata, pihaknya sering membuat pemeriksaan di Pulau Besar malah lawatannya ke kawasan tersebut tiga hari lalu mendapati masih terdapat kegiatan berunsur khurafat pada kubur-kubur di kawasan tersebut.

ULASAN GB

Mujurlah rahsia tersebut terbongkar. Jika tidak kita tidak tahu apa nasib mereka, lebih-lebih lagi nasib kelima-lima anaknya yang tiada pengenalan diri dan tidak bersekolah.

Dengan penghantaran anak-anaknya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kita berharap sesuatu dapat dilakukan untuk masa depan anak-anaknya itu.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tambah Kerusi P'Raya: SPR Didakwa Cuba Menipu Lagi Untuk Menangkan BN


Tambah kerusi p'raya: Tidak, kata BERSIH

Dalam keadaan sekarang, penambahan jumlah kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya bertentangan dengan kepentingan orang ramai, kata gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH.

Menurut BERSIH, peningkatan jumlah kerusi memudahkan manipulasi melalui amalan gerimander, agihan penduduk tidak sama rata dan membebankan belanjawan negara.

“Setiap kali kerusi negeri ditambah, BN akan mendapat kemenangan besar, kita tidak mahu agenda politik berlaku lagi kali ini,” kata pengerusinya Maria Chin Abdullah dalam sidang media di Petaling Jaya.

Maria juga menyeru kepada semua parti politik menyatakan pendirian masing-masing berhubung isu peningkatan jumlah kerusi.

Malah, beliau menjelaskan bahawa peningkatan jumlah kerusi di bawah keadaan semasa adalah becanggahan dengan kepentingan rakyat.

Menurut Maria lagi, jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menambah jumlah kerusi ia mesti menyatakan kewajaran bagi setiap kawasan dan menjelaskan cara persempadan semula dibuat.

Beliau juga mengaitkan keraguan mereka dengan daftar pemilih yang didakwanya sangat bermasalah.

“Hakikatnya bahawa persempadanan semula besar kemungkinannya berdasarkan daftar pemilih yang telah dibuktikan sebagai sangat bermasalah turut menjadi kebimbangan kami.

“Dan SPR tidak berbuat banyak untuk melegakan keraguan kami,” katanya. -mk









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[KISAH MASYARAKAT] Bakal Pengantin Diperkosa Dua Lelaki Dalam Pacuan 4 Roda

Kuantan: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga menempuh detik cemas apabila dilarikan dua lelaki berkopiah sebelum dipercayai dirogol di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda, di Jaya Gading, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 21 tahun dibawa lari dua lelaki tidak dikenali terbabit ketika sedang berbual dengan tunangnya di taman permainan di Sungai Isap Jaya, di sini, dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian seorang daripada suspek keluar dari kenderaan dinaiki mereka lalu memegang tangan dan memaksa gadis itu masuk ke dalam kenderaan menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan.

Pada masa sama, tunang mangsa berusia lingkungan 20 tahun cuba menghalang namun gagal apabila suspek bertindak agresif dengan menolak lelaki itu sebelum suspek membawa lari mangsa dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Harian Metro difahamkan, kali terakhir mangsa menghubungi ahli keluarganya menggunakan telefon bimbit ketika menghala ke Jaya Gading, di sini, sebelum suspek merampas telefon miliknya dan memutuskan talian.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian mangsa dibawa lari dua lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda berwarna putih.

“Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan menangis serta tidak terurus di Jaya Gading, di sini, sebelum dibawa ke Balai Polis Jaya Gading untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu, awal pagi semalam, kira-kira tujuh jam selepas kejadian,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki suspek milik seorang kontraktor dilaporkan hilang pada bulan lalu.

ULASAN GB

Susah juga kes ni kerana melibatkan pihak yang sebelumnya telah melakukan jenayah iaitu menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang telah dicuri daripada seorang kontraktor. Bererti pemilik kenderaan berkenaan tidak telibat.

Oleh itu, siasatan perlu menjurus kepada samada "balas dendam" daripada kenalan gadis berkenaan kerana telah bertunang dengan orang lain atau kemarahannya terhadap tunang gadis itu kerana telah merampas gadis berkenaan.

Kita serahkan kepada siasatan polis untuk menyelesaikannya.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI