24 Jul 2009

Era Najib Altantuya : Tulis Blog Untuk Selamat Diri Dan Tuduh Orang Lain?

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu hari ini menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau dengan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Menurut Ronnie, dakwaan itu bukan sahaja tidak benar, malah sengaja direka oleh pihak tertentu untuk memburuk-burukan imejnya sebagai exco dan juga pemimpin yang mewakili DAP Selangor.

"Saya tidak tahu,kenapa saya dikaitkan dengan beliau (Beng Hock) sedangkan beliau tidak pernah bekerja dengan saya. Dia hanya bekerja dengan Ean Yong Hian Wah,"katanya.

Ronnie mengulas dakwaan pihak tertentu dalam sebuah laman blog yang mengaitkan beliau dengan insiden kematian Teoh, baru-baru ini.

Menurut Ronnie, blog berkenaan turut mengaitkannya dan Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, terlibat dalam skandal salah guna peruntukan DUN di Sungai Pelek dan Sungai Panjang.

Katanya, senarai peruntukan kedua-dua Exco yang disiarkan dalam laman blog itu telah direka oleh penulis, sedangkan peruntukan sebenar telah disenaraikan dalam laman web rasmi mereka.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web berkenaan, Ronnie bagaimanapun enggan berbuat demikian.

“Saya tidak akan membuat sebarang laporan polis atau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana saya tidak percaya kepada mereka kerana sebelum ini mereka tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap setiap laporan yang saya,"katanya.

Sementara itu, Ean turut mengutuk sekeras-kerasnya tuduhan tidak bertanggungjawab pihak terbabit yang memburuk-burukkan Adun Pakatan Rakyat melalui blog.

“Sebuah blog yang bernama Truth For Teoh Beng Hock, baru-baru ini dilancarkan telah mempamerkan maklumat mengenai peruntukan dan mendakwa DAP menyalahguna kuasa. Ini amat jelas bahawa pihak tertentu mempunyai agenda politik yang kotor dan cuba mengaitkan kematian Teoh disebabkan dia melakukan kesalahan”, katanya.

Ean juga meminta SPRM memberi penjelasan, bagaimana maklumat sulit ini boleh dipamerkan dalam blog berkenaan tanpa sebarang kawalan.


“Kebanyakan maklumat yang dipamerkan dalam blog tersebut adalah sulit dan telah diserahkan kepada SPRM dan bagaimana maklumat ini boleh diambil keluar tanpa pengawalan oleh pihak berkuasa. Saya mahu SPRM beri jawapan kepada kita mengapakah maklumat sulit demikian boleh dipamerkan,”katanya.


Ulasan GB

Blog tersebut pertama kali ditulis pada Khamis (Thursday, July 23, 2009) dengan tajuk "The truth will be revealed" pada 7.23 am. Kemudian diikuti satu lagi posting bertajuk "The DAP's corruption modus operandi in Selangor" pada pukul 12.15 am.

Pada hari selepasnya, Jumaat 24 Julai, sebuah posting lain bertajuk "Selected Documents Containing lists of Projects For Sungai Pelek Constituency" pada pukul 12.27pm.

Blog ini tidak menggunakan sebarang template tambahan tetapi menggunakan template "Minima" yang default, tiada sebarang widget (gadget), - menjelaskan kepada kita beliau bukan dari kalangan blogger yang mahir tetapi adalah yang baru "terjun" menulis blog untuk menyelamat diri.


Era Najib ALtantuya : Noh Omar Perlu Disekolahkan Semula - Mahfuz

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar kenyataan Menteri Pertanian, Dato' Noh Omar yang melarang pegawai-pegawai di kementerian berkenaan daripada menghadiri sebarang kursus, seminar ataupun mesyuarat yang diadakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

"Kita minta agar beliau benar-benar memahami bidang kuasa kerajaan negeri, kerajaan pusat termasuklah kementerian," ujarnya kepada Harakah.

Sambil menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai tidak bijak, Mahfuz menegaskan bahawa alasan yang diberikan oleh Menteri yang berkenaan tidak munasabah.

"Keputusan yang dibuat menteri ke atas pegawai agensi dan Kementerian Pertanian supaya tidak hadir ke program anjuran kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu keputusan yang tidak demokratik dan tidak munasabah," kata Mahfuz.

Dalam satu kenyataan Noh yang dikeluarkan Utusan Malaysia muka surat 3 pada 22 Julai lalu, beliau dilaporkan sebagai berkata alasan yang diberikan iaitu kegagalan kerajaan negeri memberikan dana dan sumbangan kepada jabatan serta kementerian.

"Jika dilihat kepada negeri selain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, adakah mereka memberikan sumbangan yang lebih kepada kementerian tersebut berbanding negeri Pakatan Rakyat?" ujar Mahfuz.

Tegasnya, sumber yang dimiliki kerajaan negeri adalah terhad berbanding kerajaan pusat.

"Sebaliknya, kerajaan negeri telah memberikan sumbangan yang bermakna kepada kerajaan pusat khususnya berkaitan hal ehwal tanah.

"Mereka kena terima hakikat bahawa mereka memerlukan sumbangan kerajaan pembangkang kerana tanpa kerjasama kerajaan negeri yang memberikan tanah, sudah tentu kementerian tidak boleh menjalankan sebarang pembanguann pertanian," katanya lagi.

Ahli parlimen Pokok Sena itu turut menyifatkan kenyataan Noh itu sebagai seorang yang tidak berpendidikan.

"Ia kenyataan seorang pemimpin yang tidak bersekolah, nampaknya beliau perlu masuk belajar di Tadika Kemas semula," demikian ujarnya.


Era Najib Altantuya : Penuntut UM Serah Memo Kepada SUHAKAM

Penuntut Universiti Malaya (UM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) agar melakukan siasatan berhubung kes anggota polis yang berpakaian biasa yang dikatakan menyalah guna kuasa.

Anggota polis berkenaan didakwa enggan menunjukkan kad kuasanya dan juga waran tangkap serta menayangkan senjata api sewaktu menahan pelajar terbabit berhubung kes contengan "bini puaka" Rosmah Mansor dan cubaan membakar di sebuah dewan kuliah, hujung bulan lalu.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Hilman Idham berkata tindakan tidak toleran pihak berkuasa boleh mengundang ancaman khususnya kepada kumpulan aktivis pelajar.

“Apa yang dilakkan oleh pihak berkuasa polis adalah toleren dan tidak profesional. Perkara ini menuntut satu penjelasan dan tindakan oleh pihak kerajaan Malaysia terhadap pelaksanaan kualiti perundangan yang menjamin kestabilan dna keharmonian rakyat Malaysia.

“Memorandum adalah hasil gabungan daripada tiga kes tangkapan yang telah dilakukan pihak polis terhadap aktivis mahasiswa. Tujuan utama adalah bagi mendedahkan sikap tidak professional dan tidak toleran polis dan penyalahgunaan kuasa pihak polis dalam menjalankan tangungjawab, justeru memorandum ini adalah sebagai bukti kesungguhan mahasiswa dalam memperjuangkan hak.

Dalam pada itu, dua pelajar terbabit yang juga aktivis Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Ong Jing Cheng dan penyelaras pelajar Dema Yap Heng Lung melahirkan rasa bimbang kepada Suhakam atas tindakan polis terhadap mereka ketika ditahan reman..

“Sewaktu ditahan saya dimarah beberapa kali untuk menghubungi peguam, itu yang pertama, yang kedua semasa dalam proses soal siasat saya melihat seperti terdapat satu ‘hidden’ agenda terhadap penahanan saya.

“Mereka juga tanya mengenai ISA dan saya diberitahu jika saya turun lagi ke demontrasi, kemungkinan besar saya akan dibawa balik ke dalam lokap.

“Selain itu mereka juga sering bertanya mengenai API (Akademi Pengajian Islam) seperti seolah-olah mahu mengambil tahu mengenai kes (contengan "bini puaka") itu.

“Ada satu tatktik baru pihak polis apabila menahan orang, mereka akan bawa dan terus tahan reman selama empat hari. Itu nampak ada satu cara yang baru kepada penahanan-penahanan. Contohnya saya di tahan dan di reman sebelum buat apa kenyataan. Namun mujur akhirnya majistret benarkan dua hari sahaja. Dahulu tidak berlaku, tapi bertukar selepas pemerintahan yang baru,”katanya.

Setelah menerima memorandum tersebut pihak Suhakam berjanji akan membantu dengan membawa permasalahan berkenaan kepada pihak yang berwajib.

“Sebenarnya hak asasi adalah juga hak penting, oleh sebab itu diwujudkan SUHAKAM di akta Parlimen dan kita akan ambil kira perkara yang dibangkitkan yang berasaskan hak asasi manusia.

“Kita akan kaji dan akan mendapat pandangan daripada pihak yangberkenaan untuk membolehkan kita membuat perbandinganda daripada beberapa pandangan,” katanya. -TVA


Era Najib Atantuya : Malaysia Diperintah Oleh Gani Patail?

Dalam banyak hal nampaknya peguam negara mempunyai kuasa yang terlalu besar semenjak zaman Abdullah (sekarang Tun) menjadi Perdana Menteri dan diteruskan dasar pemerintahan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan mengekalkan Abdul Gani Patail di jawatan tersebut.

Malaysia dilihat di dalam banyak hal mengikut telunjuk Peguam Negara yang seorang ini yang nampaknya kian hari kian mencengkam untuk melaksanakan agenda-agenda yang hanya dia dan Allah s.w.t saja yang tahu.

Beliau sangat berkuasa di dalam menentukan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu dibuat oleh kerajaan sekalipun apa yang disampaikan sebenarnya hanya untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai manusia paling hina yang pernah dimiliki oleh negara. Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin.

Ingatkah lagi apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman yang dilokap selama sebulan di dalam kes Batu Burok di Mahkamah Kuala Terengganu satu ketika dulu, adalah hasil dari perbuatan terkutuk Peguam Negara ini.

Ghani Patail juga telah mencampuri urusan pelantikan MB terengganu dengan cuba mengugut Yang Di Pertuan Agong dengan kenyataan kononnya "proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu" untuk menyebelahi Perdana Meneri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin Idris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU ke 12 baru lalu.

Maruah Malaysia yang tergadai ekoran kes Batu Putih adalah lantaran orang yang bernama Gani Patail ini yang mewakili negara di Hague yang pada ketika itu beliau telah turut membariskan anaknya yang baru lulus dari UiTM di dalam delegasi ke Hague iaitu Faezul Adzra Tan Sri Gani Patail.

Abdullah Ahmad Badawi tunduk kepada Singapura di dalam banyak hal seperti pembatalan jambatan bengkok adalah juga kerana Gani Patail ini dengan alasan negara akan menghadapi pelbagai masalah perundangan antarabangsa jika meneruskannya.

Krisis politik di Perak juga mendedahkan bahawa kesemua hakim-hakim yang ditentukan mendengar kes di mahkamah (Tinggi, Rayuan dan Persekutuan) ditetapkan oleh Peguam Negara.

Maka tidak hairan kesemua hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan akan menterbalikkan keputusan-keputusan di mahkamah tinggi yang berpihak kepada mereka yang tidak disukai oleh pemerintah.

Justeru institusi kehakiman seluruhnya kini berada di dalam dalam cengkaman Peguam Negara.

Kes liwat Anwar-Saiful adalah konspirasi nyata dari Gani Patail bersama Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Banyk telah didedahkan mengenai hal ini dan yang jelek hakim yang mendengar kes ini adalah hakim yang ditetapkan oleh Peguam Negara juga.

Kini di dalam penubuhan Suruhanjaya Diraja dan inkues ekoran kes kematian Teoh sekali lagi Peguam Negara terlibat di dala memberikan nasihatnya kepada Najib.

Najib menjadi Pak Angguk kepada Peguam Negara apabila katanya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mengeluarkan kenyataan dan penjelasan yang terperinci berhubung perkara itu pada hari ini.

Najib, tiada orang lainkah yang lebih layak untuk menjadi Peguam Negara sebelum anda terus diperbodohkan olehnya?


Era Najib Altantuya : Kes Liwat 2 Tunda Pada 2 Sept

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pendakwaraya menangguh pemberian bahan bukti yang penting kepada peguam bela Anwar Ibrahim sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan ke atas isu berkenaan.

Pendakwaraya sebelum ini memohon menangguhkan arahan mahkamah sama bahawa bukti-bukti dalam kes liwat itu harus diserahkan kepada Anwar bagi membolehkan beliau menyediakan pembelaan tuntas terhadap pertuduhan itu.

Justeru mahkamah akan mendengar semula kes itu pada 2 September ini.

"Mahkamah telah memutuskan bahawa permohonan pendakwaraya untuk penangguhan pelaksanaan terhadap arahan untuk menyerahkan bukti dibenarkan. Oleh itu penggantungan diberikan sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan" kata peguam Anwar Sankara Nair.

Sankara berkata mahkamah hari ini turut menetapkan 2 September untuk sebutan kes permohonan Anwar bagi membatalkan pertuduhan itu atas alasan ia tidak berasas dan dibuat dengan niat jahat.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada 16 Julai, Datuk Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen dan barangan bukti tertentu dari pihak pendakwa sebelum kes bermula.

Antara dokumen yang dibenarkan oleh pihak mahkamah untuk diberikan kepada pihak pembelaan ialah kenyataan Mohd Saiful, kenyataan Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi, pemilik kondominium berkenaan dan tiga saksi utama lain.

Selain itu, salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pos pengawal di kondominium terbabit juga akan diserahkan.

Bagaimanapun hakim menolak permohonan untuk mengarahkan pendakwaraya menyerahkan bukti-bukti sampel DNA untuk membolehkan peguam Anwar memperakukan kesahihan bukti berkenaan.

Peguambela Anwar, Amer Hamzah Arshad dalam hujahnya hari ini berkata, pihak mahkamah perlu memberikan ruang kepada pihak pembelaan untuk meneliti terlebih dahulu bukti yang ada pada pendakwaraya supaya perbicaraan tidak berat sebelah.

Anwar telah dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Azlan, 24 tahun di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Namun, laporan doktor Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur mengesahkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful di liwat.

Anwar berkata pendakwaan itu adalah konspirasi politik kedua didalangi oleh Najib razak untuk menekan pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat yang menjadi seteru politik beliau. -TVA



Era Najib Altantuya : Resipi Keadilan UMNO Tak Sama Dengan Kehendak Rakyat

Nampaknya apa yang diputuskan oleh kerajaan ketika membentuk suruhanjaya diraja ekoran kematian Teoh Beng Hock berbeza dengan selera dan kehendak rakyat.

Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, dalam ulasannya tentang keputusan kabinet ini menyifatkan ianya sebagai petunjuk tentang selera parti pemerintah, Umno dan BN terhadap keadilan.

Bagi Nizam, Suruhanjaya Siasatan DiRaja itu adalah resipi ciptaan Umno dan BN, dengan ramuannya adalah “terms of reference” yang sangat berbeza dengan apa yang diperkirakan oleh rakyat terbanyak.

Pandangan beliau ini turut dikongsi bersama oleh rakan-rakan peguam beliau dari Johor Bar dalam perbualannya dengan mereka.

Kabinet, dalam keputusannya bersetuju menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan SiRaja bagi menyiasat dan meneliti kaedah soal-siasat SPRM terhadap Teoh.

Teoh ditemui mati pada tengahari Julai 16 lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan Ibu Pejabat SPRM Selangor, setelah sehari sebelumnya mendiang dibawa ke sana untuk disoal-siasat berkaitan tuduhan salahguna wang peruntukan oleh ADUN Pakatan Rakyat Selangor.

Sedangkan, menurut Nizam lagi, juga pendapat rakan-rakan peguamnya dari Johor, pengwujudan suruhanjaya ini dengan sengaja telah meminggirkan terma rujukan siasatan paling penting iaitu bagaimana dan apa sebab kematian Teoh.

Nizam percaya, pandangan undang-undang ini bukan sekadar berlegar di fikiran para peguam, tetapi juga turut dikongsi oleh majoriti rakyat, khususnya dari ahli keluarga mendiang Teoh.

Mereka tegas Nizam, mahukan penjelasan sebenar dan konkrit tentang punca dan sebab kematian Teoh.

Jika “terms of reference” Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini tidak diubah dan diluaskan, nyatalah usul Nizam, Suruhanjaya ini hanyalah satu bentuk pengaburan dan cubaan cuci tangan.

Kerajaan Umno dan BN, pimpinan Najib Tun Razak kelihatannya sedang cuba mencabar intelektualiti rakyat, seperti mahu memberitahu, “kamu semua minta, kerajaan dah buat, sudahlah!” Seolah-olah seperti mengandaikan rakyat adalah golongan yang tidak pandai dan tidak tahu berfikir.

Padahal rakyat, bila mendepani isu kematian Teoh ini, mempunyai “terms of reference” mereka sendiri, resipi mereka sendiri, resipi yang universal dan sejagat.

Amatlah mengejutkan bila tiba-tiba mesyuarat kabinet keluar dengan resipi Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang kurang manis dan kurang masinnya. Langsung bertentangan dengan selera rakyat.

Jelaslah, Kerajaan Umno dan BN tidak boleh makan sedulang dengan rakyat, selera tidak sama! Jika dipaksa juga, tentu akan ada yang patah selera. -Zukri Aksah

Era Najib Altantuya : Inkues - Satu Lagi Bentuk Cover up?

Kata Dr Mahathir orang Melayu mudah lupa; saya pula kata orang Malaysia juga mudah lupa. Dari tragedi kematian Teoh Beng Huat, ada antara kita yang sudah pun puas hati dengan pengumuman penubuhan Suruhanjaya Diraja oleh kerajaan Barisan Nasional. Seolah-olah dengan adanya pengumuman itu, semua masalah akan selesai.

Nampaknya ada orang Malaysia sudah lupa dalam soal salah laku polis dan kes-kes kematian semasa siatan dan sewaktu dalam tahanan. Mereka sudah lupa bahawa cadangan-cadangan pokok yang dibuat oleh Tun Dzaiddin dan Tun Hanif dalam Laporan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) lima tahun lalu masih belum dilaksanakan.

Mereka juga lupa mengenai cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja yang diketuai oleh Tan Sri Haidar mengenai kes pita video V.K. Lingam. Walaupun kandungan laporan itu sudah dimaklumkan kepada umum, dan secara “prima facie” memang ada kes salah laku oleh orang-orang ternama, tindakan susulan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Peguam Negara tidak pun berlaku.

Kini satu lagi sejarah hitam berlaku dalam negara kita di mana Teoh menjadi mangsanya. Rakyat Malaysia sekali lagi mahu sa buah Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh. Nampaknya sekali lagi kita akan dipermainkan, dan sudah pasti kita akan terus kecewa dan hampa.

Perdana Menteri menyediakan dua badan untuk menyiasat kes tersebut. Oleh kerana rakyat mahukan Suruhanjaya Diraja, maka Najib menghadiahkan satu Suruhanjaya tapi ia hanya untuk menyiasat prosedur yang digunakan oleh pihak penyiasat, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Yang menyiasat soal pokok yang lebih besar dan penting, iaitu mengenal punca sebab kematian Teoh yang memang semua orang ingin tahu; Najib menyerahkan tugas yang maha berat itu kepada seorang majistret, iaitu pegawai mahkamah yang paling rendah pangkat dan kedudukannya di bawah kawalan Peguam Negara.

Jadi, marilah kita sama-sama fikirkan sendiri, sejauh mana hasil siasatan sa orang majistret dan sama ada kebenaran akan terserlah nanti. Saya jangka satu lagi “cover up” akan berlaku.

Ingin dingatkan bahawa Suruhanjaya Diraja di bawah undang-undang hanya boleh membuat cadangan-cadangan sahaja. Tindakan muktamad terhadap orang yang didapati bersalah bergantung kepada Peguam Negara. Kalau Peguam Negara kata tak ada salah laku, maka dengan itu tak wujudlah kesalahan, walaupun Suruhanjaya Diraja mendapati ada kesalahan. Tengoklah apa yang berlaku dalam kes pita video Lingam. Sampai hari ini, yang jelas bersalah masih belum di bawa kamuka pengadilan.

Kalau rakyat mahu tahu dengan sebenar-benarnya mengenai bagaimana dan sebab-sebab Teoh, A. Kugan dan 1,500 orang lagi yang mati dalam tahanan sejak 6 tahun lalu, hanya ada satu cara sahaja – KITA MESTI MENOLAK BN. Biarlah Pakatan Rakyat pula diberi peluang memerintah. Itu sahaja harapan kita untok mengetahui perkara yang sabenar. - Zaid Ibrahim

Era Najib Altantuya : Melayu yang beragama Islam tidak akan menyokong ISA

Dalam artikelnya “Matlamat tidak menghalalkan cara,” saya nampak Raja Petra Kamarudin menyifatkan mereka yang mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah orang-orang Melayu. Manakala mereka yang menentang ISA pula adalah orang-orang Islam.

Orang Melayu menyokong ISA. Orang Islam menentang ISA.

Bagaimanapun, pada pandangan saya yang bersyukur dengan ketetapan Allah yang menjadikan saya seorang Melayu, semua bangsa di negara ini menentang ISA tidak kira Melayu, Cina atau India. Ada orang mendakwa, satu-satunya bangsa yang mempertahankan ISA ialah bangsa Umno.

Kenapa saya kata begitu? Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas kepada makna orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur Bahasa Melayu
3. Mengamalkan Adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

ISA menahan tanpa bicara. Islam mengharamkan penahanan tanpa bicara. Allah s.w.t. sendiri membicarakan hamba-hamba-Nya sebelum menentukan syurga atau neraka di Hari Perhitungan nanti.

Adakah ISA lebih berkuasa dari Allah?

Berdasarkan takrif Melayu di atas, orang Melayu beragama Islam. Seseorang yang beragama Islam tidak akan menjunjung undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan Islam serta mencabar kedudukan Allah sebagai Yang Maha Berkuasa lagi Maha Menghakimkan.

Melayu yang beragama Islam tidak akan menyokong ISA. -penarikbeca

Era Najib Altantuya : GMI Serah Memo Mohon Perkenan Agong Terima Rakyat 1 Ogos

Gerakan Mansuhkan ISA semalam telah menyerahkan memorandum kepada Istana Negara untuk memohon perkenan Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan deklarasi rakyat membantah Akta Keselamatan Dalam negeri ke bawah duli Tuanku.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal istana itu tengah hari semalam, lapor Bernama.

Syed Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum itu berkata, GMI turut memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 1 Ogos ini bagi menyampaikan apa yang dipanggil 'Deklarasi Rakyat' membantah ISA.

"Pada hari itu, kita jangkakan 100,000 orang termasuk wakil NGO dan parti politik akan berkumpul di hadapan Sogo dan Masjid Jamek dan kemudian akan berarak ke Istana Negara bagi bagi menyampaikan deklarasi itu" katanya.

Beliau berkata GMI akan membuat permohonan kepada polis bagi mendapatkan permit untuk tujuan itu.



Era Najib Altantuya : Inkues dan Suruhanjaya DiRaja Semacam Perolok Keadilan - PR

Pakatan Rakyat menyifatkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan institusi awam. Penubuhan suruhanjaya berkenaan serentak dengan inkues akan membawa kepafa 2 laporan bercanggah.

Ia disifatkan sebagai "memperolok-olokkan keadilan, kebenaran dan ketelusan".

"Kunci persoalan bagaimana Teoh meninggal dunia mesti juga disiasat (oleh suruhanjaya diraja) dan dijawab.

"Persoalan ini tidak boleh diasingkan daripada isu umum tentang bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) mengendalikan siasatan.

"Tidak perlu untuk inkues ini diteruskan. Suruhanjaya diraja patut menyiasat keadaan kematiannya. Kami juga mempunyai keraguan yang serius terhadap keberkesanan inkues tersebut," kata Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah seperti dilapor oleh malaysiakini.

Beliau, yang juga seorang peguam, membacakan kenyataan bersama mereka dengan ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Menurut mereka, inkues yang pernah dijalankan sebelum ini membuktikan bahawa majistret terikat dengan bukti yang dikemukakan oleh saksi-saksi polis yang menyiasat kes kematian tersebut.

Sivarasa menambah, majistret yang bakal mengendalikan inkues tersebut turut terikat dengan timbalan pendakwa raya dan Jabatan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

"Pakatan Rakyat oleh itu menuntut bidang kuasa suruhanjaya diraja diperluaskan untuk untuk merangkumi kes kematian Teoh. Jika tidak, persoalan terpenting tentang kematiannya tidak akan menawarkan jawapan yang memuaskan orang ramai," katanya.

Sivarasa turut mempertikaikan siasatan polis dalam kes kematian Teoh kerana, menurutnya, banyak soalan yang tidak relevan diajukan kepada saksi, antaranya sama ada "mendiang seorang perokok".

Katanya, beliau difahamkan, polis turut menyoal sama ada saksi berasa ganjil terhadap perlakuan Teoh sebelum ia meninggal dunia dan kenapa Teoh dibawa ke SPRM.

Sementara itu, Dr Dzulkefly pula berkata, siasatan dua badan berbeza terhadap kes itu akan memungkinkan dapatan yang berbeza.

"Jika ini berlaku, ini menjadi krisis yang lebih parah," katanya, yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.

Beliau juga menyifatkan penubuhan pelbagai badan bagi menyiasat kes tersebut sebagai "membazirkan wang wakyat."

Lau pula menuntut pemimpin parti komponen lain dalam BN yang sebelum ini turut mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja itu agar menunjukkan "pendirian yang lebih jelas" selepas kabinet membuat keputusan semalam.

"Kita tidak dapat lihat pendirian mereka. Kita minta mereka bertanggungjawab terhadap apa yang mereka suarakan sebelum ini," katanya.

Ketiga-tiga pemimpin Pakatan itu bagaimanapun belum membincangkan nama yang akan dicadangkan bagi mengepalai suruhanjaya diraja tersebut walaupun DAP Pulau Pinang sebelum ini mencadangkan nama naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

"Soal bidang kuasa suruhanjaya diraja ini yang mesti kita selesaikan dahulu," kata Sivarasa.



Nizar Zambry : Isu Lilin - Besarkan Perkara Kecil Dan Tutup Perkara Besar

Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menyahut cabaran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh Jumaat lalu.

Alasan ulama besar dalam Pas itu ialah kenyataan itu dikeluarkan oleh orang politik dan tidak ada kena mengena dengan fatwa Islam.

“Zambry ini orang politik bukan orang kaji Islam. Apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, itu pandangan saya. Dia orang politik, saya jawab cara politiklah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zambry yang meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Pemberita yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut mengulangi soalan berkenaan yang meminta Nik Abdul Aziz memberikan pandangannya mengikut hukum Islam tentang tindakan Mohammad Nizar tetapi Menteri Besar Kelantan itu menyatakan hanya itu jawapannya.

“Zambry yang bertanya... usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai. Siapa yang halau menteri besar dan rampas dewan?” katanya.

Wakil media sekali lagi membangkitkan soalan yang sama sambil cuba memberikan penerangan yang lebih lengkap, Nik Aziz hanya menjawab: “Biar dulu, itu jawapan saya.”

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Nik Salleh pula berkata, isu itu bukanlah satu yang besar dan ia tidak perlu diperbesarkan sambil mengulas tindakan itu sebenarnya bergantung pada niat.

“Sebenarnya ia bergantung pada niat. Dewan Ulama akan bermesyuarat dalam sehari dua ini. Bagi saya isu lilin bukanlah satu isu yang besar jika ia nak dikaitkan dengan akidah. Sebaliknya isu yang paling penting untuk ditegur ialah iau aurat di kalangan pemimpin wanita UMNO, pelaksanaan syariah, pembaziran dan banyak lagi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama Pas untuk kemukakan sebarang pandangan. -SH


TGNA: Meragukan, Tapi Bukan Haram

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, di sini, Khamis.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.

Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anak-anak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.

"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.

Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud. -BERNAMA