23 Sep 2009

Era Najib Altantuya : SELCAT, Isu Kebebasan Bersuara, Wala' Dan Thiqah

Dua orang pendokong Dato’ Hasan Ali sudah bersuara dalam isu Selcat yang menjadi kecaman Dato’ Hasan Ali. Iskandar Samad dan Roslan SMS bertindak mempertahankan Dato’ Hasan Ali dalam isu Selcat ini, waimma ramai pendokong Pakatan Rakyat mengkritik balik terhadap tindakan Dato’ Hasan Ali tersebut.

Iskandar Samad mengemukakan dua isu; iaitu isu ‘kebebasan bersuara’ dan ‘kekesempurnaan selcat’. Adapun Roslan SMS pula mengemukakan isu lama; isu yang mampu menumpulkan daya intelek ramai ahli-ahli PAS, iaitu ‘wala’ dan ‘siqah’ tanpa merujuk kepada perbahasannya yang sebenar.

KEBEBASAN BERSUARA

Secara peribadi, aku beranggapan kritikan balas yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat terhadap Dato’ Hasan Ali bukanlah menyekat kebebasan bersuara, tetapi ia merupakan membuka ruang untuk kebebasan bersuara.

Mengapa dianggap itu sebagai menutup kebebasan bersuara, sedangkan jika dihayati balik, Dato’ Hasan Ali sendiri mengamalkan dasar menutup kebebasan bersuara itu.

Apakah kita sudah lupa dengan sejarah pemecatan dua tokoh dalam PAS; Khalid Samad dan Syaari Sungip disebabkan kritikan mereka berdua terhadap Dato’ Hasan Ali dalam mesyuarat Perhubungan PAS disebabkan tindakan Dato’ Hasan Ali memburukkan Pakatan RAkyat diselangor; dengan dakwaan bahawa kononnya PAS ‘dianaktirikan’ dalam PR di Selangor, waimma dakwaan itu adalah purba sangka semata-mata.

Jika benar Dato’ Hasan Ali mengamalkan kebebasan bersuara, sudah pasti kritikan dua tokoh ini tidak berakhir dengan pemecatan, sepertimana Tan Sri Khalid tidak memecat Dato’ Hasan Ali sebagai exco setelah beberapa kali melakukan masalah dalam kerajaan pakatan Rakyat di Selangor.

Adapun dalam isu selcat, Dato’ Hasan Ali dikritik balas setelah kritikan terbuka yang dilakukan oleh Dato’ hasan Ali terhadap perjalanan selcat. Jika kita mengamalkan dasar kebebasan bersuara, maka berilah jawapan balas yang bersifat ilmiyyah terhadap kritikan mereka itu.

Jika tidak mengkritik balas, tetapi sekadar mendakwa bahawa sudah tidak wujud lagi kebebasan bersuara, itu merupakan kedangkalan kita berfikir, malah kedangkalan dalam memahami konsep kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh islam itu sendiri.

Dalam Islam, kritikan amat dialu-alukan, tetapi kritikan yang diterima adalah kritikan yang mengandungi unsure ilmu. Kritikan dengan tidak disertakan hujjah ilmu, itu bukan kritikan yang diizinkan dalam Islam.

Ditambah lagi, sebagai exco, Dato’ Hasan Ali boleh melakukan kritikan terhadap selcat dalam mesyuarat exco, bukannya menerusi media. Lainlah kalau Dato’ hasan Ali bukan exco. Jika beliau tidak exco, lalu melakukan kritikan tersebut, maka itu tidak menjadi sebarang masalah.

Jika mahu mengkritik juga menerusi media, dicadangkan Dato’ Hasan Ali meletakkan jawatan exco serta merta. Malah, jika beliau mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat dikala beliau tidak menjadi exco, aku sendiri bersedia menjadi pembantu. Tapi syarat, biarlah ada nilai hujjah dan rasional.

SUDAH BANYAK MASALAH

Sebelum ini, sudah banyak kenyataan Dato’ hasan Ali dilihat seperti 'menganaktirikan' pakatan Rakyat, disamping 'memberikan susu berkhasiat’ kepada UMNO/Barisan Nasional.

Mungkin kita sudah lupa dengan kenyataan Dato’ hasan Ali dalam isu Lembu yang melibatkan Tan Sri Khalid, isu arak yang melibatkan Ronnie Liu dan sebagainya.

Memelikkan lagi, banyak kenyataan Dato’ hasan Ali memperlihatkan bahawa khir Toyo seperti ‘kawan’, sedangkan Pakatan Rakyat adalah ‘lawan’. Disebabkan itulah, tidak hairanlah dengan isu kuil yang melahirkan penghinaan UMNO terhadap Khalid Samad, Dato’ hasan Ali tidak bersuara membela. Sebaliknya, dalam isu selcat, cepat-cepat Hasan Ali bersuara senada dan seirama dengan Khir Toyo.

Tidak dinafikan, selcat tidak sempurna. Tetapi, perlu diingat, tindakan Hasan Ali terhadap Pakatan Rakyat kebelakangan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau ‘lebih tidak sempurna’ berbanding selcat.

WALA’

Mengeluarkan kenyataan berbeda dengan pimpinan atasan, itu dikatakan sebagai tidak wala’? tafsiran wala’ yang merujuk kitab mana yang mengatakan sedemikian?

Wala’ ditafsirkan sebagai taat yang diberikan kepada pimpinan. Pimpinan yang diberikan wala’ adalah pimpinan yang mempunyai kesiqahan. Tanpa siqah, wala’ tidak akan hadir.

Seseorang pemimpin, perlu menjaga siqah terlebih dahulu. Apabila siqah sudah wujud dalam diri seseorang pemimpin, secara automatik, pimpinan itu diberikan wala’.

Ada sebilangan perkara yang disuruh wala’ kepada pemimpin yang mempunyai kesiqahan, tetapi perkara yang disuruh wala’ itu tidak disukai, kerana tidak bersesuaian dengan kehendak nafsu, maka ketika itu, wala’ memang wajib diberikan kepada pimpinan tersebut.

Adapun wala’, tidak boleh diberikan kepada pimpinan yang mengikut kehendak nafsunya. Mana mungkin mengikut kehendak nafsu pimpinan. Masakan nafsu pimpinan perlu dituruti, nafsu sendiri pun tidak boleh diikuti sesuka hati.

Inilah yang dimaksudkan dengan maksud hadis, daripada Abi Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda;

عَلَيْكَ السَّمْعَ وَالطَّاعَةَ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَهِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ

Maksudnya;
“hendaklah kamu dengar dan taat dalam perkara yang kamu susah atau kamu senang; kamu suka atau benci; dan perkara yang dipentingkan dirinya atas kamu[1]”

Ketaatan juga berlaku dalam perkara yang tidak melahirkan mudharat kepada sesuatu jemaah dan parti. Jika tetap melakukan ketaatan yang boleh melahirkan mudharat, maka ketaatan itu tidak syarie.

Justeru itu, dilihat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ali bin Abi talib bercerita;

”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu.

Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا؛ إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka). Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara ma’ruf sahaja[2]”

Hadis ini jelas menunjukkan, ketaatan yang hendak diberikan hendaklah dalam perkara ma’ruf. Adapun ketaatan dalam perkara yang tidak ma’ruf, seperti perkara yang boleh melahirkan mudharat, maka itu tidak wajar diberikan ketaatan.

Justeru, tindakan Dato’ Hasan Ali yang memegang jawatan exco, tetapi tidak mengkritik dalam mesyuarat exco, tetapi menerusi media merupakan tindakan yang boleh melahirkan kemudharatan kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Makanya, wala’ kepada beliau disaat ini adalah tidak syarie.

Sekian

p/s : Jangan sekali-kali mencandukan wala’ demi perut sang rakus dan PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA

Wallahu ’Alam -Ust One-G

[1] Musnad Ahmad : 8596.
[2] Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840.



Hasan Ali is a spokesman for khir Toyo and a thorn in Selangor, say Pakatan Rakyat reps

Trouble is brewing in Selangor Pakatan Rakyat with its members turning on PAS, specifically Datuk Dr Hasan Ali, who has become increasingly isolated over the last few days over his many outbursts.

Speaker Teng Chang Khim, who is from DAP, has singled out the Selangor PAS commissioner and exco member as the “only problem” in the partnership that was forged after the March 8 general election.

“There is no communication breakdown among coalition members. Hasan Ali is the only problem in the coalition and he has been consistently inconsistent on various issues,” he said, adding that as exco member, Dr Hasan could have brought up his dissatisfaction through the right channels.

Dr Hasan’s most recent outburst was the calling for a revamp of the Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat), which had come under fire from him for their “grilling” of senior civil servants over allocations.

He had argued that members of Selcat — which is currently staffed by legislative assembly members from both Pakatan and Barisan Nasional — should be made up of eminent persons without political inclinations.

Prior to this, Dr Hasan had also quarrelled with DAP exco member Ronnie Liu over the sale of beer in the state and had wanted to impose a blanket ban on alcohol sale in retail outlets in Muslim majority areas.

Teng, who heads Selcat, said the executive council had weekly meetings.

“There is no reason why he should attack Selcat in the open. He’s trying to take advantage of the situation to gain politically,” he alleged.

DAP Klang MP Charles Santiago was more blunt, calling for Dr Hasan to be disciplined by his party leaders and removed as both state commissioner and exco member.

“We will be stronger and better in Selangor without him. PAS should remove him to protect our best interests.

“He is wrongfully giving the impression that things are not well. There always appears to be two voices to everything with him around,” he added.

“He wants to send a message that he is the one who will protect the Malays in Selangor,” claimed Santiago.

Even Dr Hasan’s party colleague Saari Sungib, who is a Selcat member, has distanced himself, saying that the former should be referred to the House Privileges Committee for making public outbursts.

PKR exco member Yaakob Sapari denied any cracks, saying the group practised freedom of speech and encouraged people to speak up.

“We are allowed to say anything we want and air our views. There’s no problem among us,” he said, pointing out that Dr Hasan’s voicing of opinion should not be misconstrued as trouble.

PAS exco member Iskandar Abdul Samad said it was natural for Pakatan members, who were from three different political parties with different ideologies and philosophies, to have opposing views at times.

“That doesn’t mean there’s a rift between us, because at the end of the day, we can all sit down together, discuss the matter amicably and arrive at a single decision,” he said, adding that any final decision rested with the state’s executive council.

Dr Hasan was not available for comment at press time.



Era Najib Altantuya : Kesan Calar Aidilfitri 1430

Aidilfitri 1430 sudah berlalu. Ada sesuatu yang tidak kena rasanya terhadap kemuliaan dan tuntutan aid itu sendiri kerana sikap dan cara sesetengah golongan umat Islam kita menyambut hari aid ini. Ternyata sesetengah umat Islam masih kuat berpegang kepada perkara yang tidak ada hujah melainkan terpengaruh dengan keseronokan.. Hari aid telah ditunggang balik tujuan, adab, hikmah dan tuntutan yang sebenar. Golongan ini telah mentafsirkan hari gembira yang tak tahu hujung pangkal.

Apa sudahnya jika hal ini berlarutan? Siapa yang bertanggung jawab untuk membetulkan hal ini? Barangkali boleh kita letakkan tanggung jawab ini kepada:

1. Seorang menteri yang berkuasa dalam Kementerian Komunikasi yang juga berkuasa dalam lesen Astro atau dalam bidang penyiaran swasta.
2. Pengarah dan penerbit rancangan hiburan di mana-mana stesen penyiaran.
3. Pelakon, artis, budayawan, fesyen, modeling atau setidak-tidaknya pengarah/ penerbit persembahan.
4. Editor ruangan hiburan atau editor akhbar, majallah dan,
5. Sesiapa yang dirasakan ada memain peranan dengan bidang ini menjelang hariraya.

Golongan-golongan ini mestilah diberi penerangan yang sungguh-sungguh dengan hujah dan hukum. Beri ceramah dan kaunseling yang berkesan tentang salah betul apa yang dikata agama itu. Dan kemudiannya dikuatkuasakan pula oleh undang-undang, di mana menteri berkenaan dan pihak berkuasa komunikasi sudah faham segala-galanya.

Jangan jadi hukum sebat Kartika. Hukum ada tetapi pelaksaaannya uk-ak-uk-ak.

Tulisan ini akan dianggap melampau. Tetapi soalnya kita telah membiarkan hal ini sedemikian lama, maka apakah kita tidak mahu sama-sama membetulkannya?

Aidilfitri sebenarnya sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan, maka Allah membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah. Hari itu Allah menghalalkan berbuka dan mengharamkan berpuasa Tapi mengapa ada golongan yang mengubah tuntutan aid ini dengan imej gila dan tidak ada kena mengena dengan aid.

Dulu kongsi raya. Ada pemimpin beria-ria kata bagus. Pembodek pun kata bagus. Pada tak betul. Yang tak betul ialah amalannya. Tapi kerana kejahilan, perkara itu jadi acara Aid Islam.

Kini program hiburan menjadi program hari raya. Hari raya semacam tidak sah kalau tidak ada program ini. Siapa yang mengajar? Petua mana yang diambil? Ke mana JAKIM, IKIM pula mana dakwahnya. YADIM apa kuasanya? Menteri Penerangan Islam, Kementerian Komunikasi, masakan boleh membiar begitu saja.

Kalau ada golongan yang bawa kepala lembu di katakan mencemar kesucian. Kartun Nabi Muhamad, menghina Islam. Soal penjualan arak di katakan tak jaga maruah Islam. Sebut Tuhan samseng melenting kata kurang ajar. Rasul melayu ditangkap. Tetapi apabila ada program mencemar kemuliaan raya, digalakkan pula.

Bukan mereka tidak tahu di antara adab-adab dan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan ketika menyambut kedatangan hari raya, tapi sayangkan mereka degil. Tak pula dimasukkan ke ISA kerana menghina agama.

Golongan yang disebutkan di atas sebenarnya tidak memahaimi apa yang mereka lakukan itu adakah maruah hari raya atau hiburan hari raya. Bagi mereka hari raya ialah:

1. Pendedahan pelakon A bertunang dengan B, seiring sejalan menghantar tunang balik kampung di perhentian keretapi. Itulah upacara hari raya.
2. Bagi mereka hadiah hariraya ialah pengumuman ia membintangi drama hariraya?
3. Bagi mereka tidak nama hari raya jika tidak dengan Mega Raya Aidilfitri?
4. Bagi mereka hari raya ialah dengan adanya program drama Apek, Raja Azura, Nabil atau Aziz Satar.
5. Bagi mereka, kemeriahan hari raya ialah dengan adanya Roda-roda hari raya?
6. Bagi mereka hari raya mesti ada program telatah dan jeritan dan lompat gedik Aznil Nawawi dengan rancangannyanya?
7. Bagi mereka hari raya mesti ada tayangan filem Duyung, di mana Maya Karin berkemban sisik?
8. Bagi mereka petua memeriahkan hari raya umat Islam ialah hidangan I `m Not Singgle. Tasbeh dan takbir raya ialah dengan pendedahan Pierre Andre dengan Maya Karin dipaksa kahwin dalam usia muda melalui filem untuk hari raya?
9. Bagi mereka persembahan sempena hariraya hanya dengan kemunculan Farid Kamil, Lisa Surihani, Intan Ladyana?
10. Kenapa mesti meletakkan acara sempena hariraya umat Islam dengan Impak Maksima, Nana Tanjung3 yang menggambarkan seorang bapa kena main dan dibuli oleh anak-anak?
11. Apakah dengan tidak ada acara Habibi Mawi Aidilfitri maka hariraya tidak wujud?
12. Filem-filem hancai dan tidak memberi apa-apa makna selain menjerat emosi anak-anak muda, seperti syarat wajib tayang menjelang Aidil Fitri. Maka apakah rancangan hariraya dengan Kelab Pop, Fantasia, Macam-macam Aznil, Evolusi KL Drift, Monsert Reunion Af7 itu benar-benar dituntut oleh adab-adab hari raya?
13. Apakah megahnya hari raya dengan konsert Datuk Siti Nurhaliza dan akan tambah nilaikah fadilat hari raya?
14. Pihak rikod dan perushaan CD juga berebut-rebut menjelang raya, kononnya mahu mengambil sempena hariraya. Apakah hari raya hari MTV Karaoke Raya? Hari Nostalgia lagu raya? Hari Kompilasi lagu lama baru? Itulah amalan hari raya?
15. Apakah keberkatan hari raya kesahnya Abby yang sudah jadi solo dan menduduki rumah baru? Megah apa untuk hari raya hanya kesah seorang artis dikapit anak-anak yang bapanya sudah bercerai?
16. Tak jadi hari rayakah jika tidak ada Santai Bersama Seloka Lebaran.
17. Tak berserikah hari raya jika tidak menayang pakaian cantik dari modelling yang menyatakan gembira sambul lebaran dengan teman lelaki?
18. Bermaknakah hari raya yang mulia lalu diberita tentang seorang mantan johan menyanyi yang menangis di hari raya?
19. Itukah hariraya dengan barisan modeling menyatakan inilah songket sempena hariraya?
20. Hari rayakah kalau hanya dengan artis-artis kacau dodol di pakarangan rumah, kemudian pakat-pakat menyanyi hari raya?

Betulkah program seperti ini untuk hari raya umat Islam? Siapa yang mengajar mereka? Siapa yang merancang program seperti ini?

Ternyata mereka: dari peringkat kementerian, pengawal selia media, pengarah rancangan, penerbit, edtitor, pengarah drama, yang melulus rancangan, yang menamakan slot itu sempena hari raya perlu menilai semula minda, pengetahuan yang sedia ada. Setidak-tidak-tidaknya tanya minda sendiri, apakah ini betul program hari raya yang dituntut oleh Islam?

Atau yang bertanggung jawab dalam soal ini perlu berhimpun dan jemputlah pula mana-mana badan, alim ulama, cendekiawan agar hari raya tidak dicaca merbakan dengan program yang tidak ada sangkut paut dengan kemuliaan dan tuntutan hariraya dari sudut agama. Kalau sekadar menari, menyanyi, hiasan lampu dan pelita, kawah dodol dan lawak bodoh, filem-filem yang tak sampai ke mana, bukan hari raya pun boleh dibuat. Tetapi mengapa hari mulia dengan adab-adabnya yang tersendiri, kita menempelnya menjadi program raya?

Ini belum disebut tentang konsert hari raya. Dari mana nama dan konsep ini datang? Tapi sayang umat Islam tetap tidak peka. Apabila ada sekumpulan membantah, dituduh bermacam-macam. Yang anihnya, pegawai yang meluluskan permit pun tumpang sekaki dengan erti kosert raya seperti itu.

Kita sudah banyak menyeleweng. Pihak JAKIM, IKIM, YADIM, YAPEIM dan institusi keagamaan, alim ulamak dalam kerajaan, Pusat Pengajian Islam, Kementerian Penerangan, Komunikasi, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah penyiaran, ketua editor akhbar, majallah, TV dan lain-lain perlu mengambil satu sikap memelihara kemuliaan hari raya. Kita sudah lama tersasar. -Azizi Abdullah

Ulasan GB

GB harap kawan rapat GB semasa zaman sekolah bersama-sama KM Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang kini dah jadi Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) iaitu Datuk Ibrahim Yahaya atau dikenali dengan Tiger ada membaca dan dapat ambil perhatian terhadap tulisan Azizi Abdullah di atas. Datuk tentu ingat nama Azizi Abdullah yang novelnya Datuk ada baca semasa zaman persekolahan lebih 30 tahun dulu.

Era Najib Altantuya : Panglima ATM Ditamatkan Perkhidmatan secara Mengejut

Kisah penamatan perkhidmatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada 1 Sep 2009 benar-benar membangkitkan kemarahan kebanyakan anggota tentera dari pangkat bawahan hinggalah ke peringkat atasan, dari yang telah bersara hinggalah rakyat yang simpati dengan perjuangan perajurit kita.

Apakah penamatan khidmat Jeneral Tan Sri Aziz Zainal dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong ?

Seorang Panglima Angkatan Tentera hanya diberi masa 3 hari untuk menyerah tugas. Seorang Panglima Angkatan Tentera telah ditamatkan perkhidmatan sedangkan rumah persaraan belum disiapkan lagi.

Inikah balasan kerajaan terhadap Panglima Angkatan Tentera ? Jika seorang Panglima diperlakukan demikian apatah lagi anggota bawahan.




Peralihan kepimpinan Angkatan Tentera baru-baru ini memeranjatkan kebanyakan orang, manakala bagi sebahagian lagi…ianya seperti dijangkakan. Saya terpaksa mengambil masa untuk memahami mengapa pemergian secara tiba-tiba Panglima Angkatan Tentera. Tan Sri Abd Aziz Zainal, yang kelihatan bersara tanpa apa-apa penghormatan tentera seperti perbarisan kehormat, jamuan makan malam, lawatan ataupun menemui rakan-rakan dari Negara lain, terutamanya Negara-negara ASEAN.

Saya cuba untuk mendapatkan penjelasan dari beberapa pegawai yang masih bertugas dan juga yang sudah bersara mengenai persaraan mengejut Jen. Aziz Zainal, tetapi ramai yang bersetuju bahawa apa jua alasan, adalah tidak wajar kerajaan menyuruh Jen. Aziz zainal bersara secara mengejut. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Angkatan Tentera dimana seorang Panglima Tentera diperlakukan demikian. Sekurang-kurangnya, Angkatan Tentera memberikan perbarisan kehormat untuk mengucapkan selamat jalan kepada Panglima Angkatan Tentera yang akan bersara.

Saya tidak mahu membuat spekulasi ataupun berkata apa-apa yang boleh menyinggung perasaan Je. Aziz zainal. Tetapi saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dan ini akan menyebabkan pegawai-pegawai yang masih bertugas dan pegawai kanan tentera yang sudah bersara untuk membelanya, dan menganggap kerajaan tidak memberikan penghargaan atau penghormatan yang sepatutnya, kepada seorang Panglima Angkatan Tentera yang akan bersara. Sudah semestinya, saya adalah diantara mereka yang beranggapan sama seperti mereka.

Saya diberitahu bahawa Jen. Aziz Zainal sepatutnya bersara pada Ogos 2007 pada umur 56 tahun pada masa itu, tetapi selepas dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera pada Februari 2007, beliau ditawarkan untuk berkhidmat selama setahun berkuatkuasa dari tarikh perlantikannya sebagai Panglima Angkatan Tentera, yang sepatutnya berakhir pada hujung Januari 2008. Sekali lagi beliau ditawarkan setahun lagi yang sepatutnya berakahir pada Januari 2009, lebih kurang enam bulan dari umur persaraan wajib, iaitu 58 tahun. Selepas menamatkan perkhidmatan sambungan kali kedua pada Januari 2009, beliau telah ditawarkan sekali lagi sehinggalah 1 September 2009. Saya diberitahu bahawa beliau sekarang didalam cuti peralihan selama 5 bulan sehingga 31 Januari 2010. Secara keseluruhan, Jen. Aziz Zainal berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera selama 2 tahun 6 bulan.

Saya tidak faham, bagaimana kerajaan, terutamanya Kementerian Pertahanan boleh mengumumkan penyerahan tugas Jen Abd. Aziz kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru beberapa sebelum Majlis Angkatan Tentera bersidang. Pengalaman saya sebelum ini ialah, sebarang keputusan Majlis Angkatan Tentera tentang perlantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru, memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong sebelum sebarang pengumuman secara rasmi dibuat, dan selalunya ia mengambil masa.

Walau apapun alasan yang membawa kepada perlantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru, saya berpendapat bahawa persaraan Jen Aziz Zainal adalah secara mengejut dan tidak memenuhi etika tentera yang biasanya diberikan kepada semua Panglima Angkatan Tentera sebelum ini. Seseorang itu perlu faham tentang status dan kedudukan Panglima Angkatan Tentera didalam tentera dan juga dikalangan masyarakat, dan amat mengecewakan apabila mengetahui cara Jen Aziz meninggalkan perkhidmatan tentera.

Adalah diharapkan, bahawa tidak ada lagi peristiwa sebegini berulang lagi dan setelah berkhidmat didalam Bahagian Perjawatan Angkatan Tentera, adalah tidak salah kalau saya katakan, bahawa Bahagian tersebut patut dipersalahkan. Begitu juga Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,yang juga Setiausaha kepada Majlis Angkatan Tentera.

Artikel diatas diterjemahkan dari artikel asal yang bertajuk, THE SUDDEN DEPARTURE OF THE ARMED FORCES CHIEF IS ABNORMAL, tulisan Mohd. Arshad Raji. Seorang bekas pegawai tentera.

Era Najib Altantuya : UMNO BN Terdesak Mahu Guna Pelajar

Di dalam satu perekembangan terdesak UMNO BN yang menghadapi kepupusan sokongan rakyat, kini UMNO BN sedang merangka program untuk membolehkan para pelajar untuk menjadi golongan terbaru menyokong perjuangan mereka.

Kalau sebelum ini para pelajar IPTA/IPTS dilarang berpolitik, kini dengan suasana politik tanahair yang dilihat sudah memperlihatkan sokongan rakyat terhadap UMNO BN sedang menjunam dan terpaksa menempuh kekalahan demi kekalahan di dalam pilihanraya kecil, UMNIO BN mencari helah baru kononnya untuk menjadikan pelajar IPTA sebagai pemimpin pelapis negara.


Kerajaan Atur Strategi Jadikan Pelajar Pemimpin Pelapis

Kerajaan sedang mengatur strategi dan pendekatan untuk menjadikan kira-kira sejuta pelajar di pusat pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara sebagai golongan pelapis yang bakal memimpin negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata ini perlu untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berilmu bagi memimpin generasi akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, angka itu adalah sebahagian 25 juta rakyat negara ini sebagai suatu gelanggang penting yang bakal mencorakkan masa depan negara.

"Ini merupakan suatu cabaran yang harus dipikul oleh sejuta pelajar sama ada yang sedang menuntut di IPTA atau IPT di seluruh negara," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama pelajar IPT di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI) di sini, Rabu.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Mohd Shukri Salleh dan Naib Cancelor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk Zainal Mohamed.

Justeru itu, beliau mahu pelajar bergiat aktif dalam pertubuhan-pertubuhan sukarela (NGO), termasuk Majlis Perwakilan Pelajar untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkaliber.

"Mereka juga perlu menjadi contoh ikutan dan mentor kepada pemimpin yang bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan masa depan negara, sesuai dengan matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," kata Mustapa.

Mengenai pelajar anak Kelantan, beliau mahu mereka mempunyai iltizam yang tinggi untuk menjadi pemimpin sama ada di peringkat negeri dan pusat bagi menggantikan pemimpin yang ada termasuk menjawat jawatan menteri besar sendiri. -Bernama



Era Najib Altantuya : PRK Johol Selepas Bagan Pinang?

Belum pun pilihanraya kecil Bagan Pinang bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang tadi baru menerima satu lagi Surat Perletakan Jawatan dari Adun Johol, Barisan Nasional.

Punca pengutusan surat tersebut kerana ADUNnya sedang bersabung nyawa; akibat penyakit kanser tulang tahapan ketiga/genting.

Ini menandakan Negeri Sembilan bakal menempuhi satu lagi pilihanraya kecil; selepas selesainya pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.

Pun begitu, MKT PKR Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata, SPR sedaya upaya cuba menyelamatkan BN dengan menolak surat perletakan jawatan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN.

Jika berlaku juga pilihanraya di kedua-dua Dun itu, menjadikan BN Umno terus diselubungi sindrom takut kalah pilihamraya (atychiphobhia).

Ini kerana, Umno sudah kalah tujuh kali berturut-turut di Semenanjung – Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir.

Umno BN bertambah bimbang, takut-takut Negeri Sembilan akan jatuh dalam genggaman Pakatan Rakyat (PR).

Ianya tidak mustahil kerana perbezaan kerusi BN-PR hanya empat kerusi sahaja.

Sama-sama kita nantikan apa pula konspirasi SPR-UMNO BN dalam masa terdekat ini demi mempertahankan status quo mereka sebagai pemerintah zalim menjelang PRU13 kelak. -zainulfaqar