18 Jan 2011

UMNO Terdesak Terbit "Selangor Terkini Tiruan" Guna Logo Kerajaan Selangor

Kerajaan Selangor Buat Laporan Polis, Akhbar Guna Logo Rasmi Tanpa Kebenaran

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor semalam membuat laporan polis berhubung penerbitan akhbar “Selangor Terkini” yang menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran.

Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pukul 4.30 petang Isnin.

Menurut sumber Pejabat Menteri Besar, laporan itu adalah bagi pihak polis memulakan siasatan ekoran penyalahgunaan logo pada akhbar yang tidak diketahui penerbitnya itu.

Dakwa sumber itu, kandungan akhbar itu adalah usaha untuk mencemarkan imej Selangor dan mengelirukan orang ramai kerana akhbar rasmi kerajaan negeri ialah “Selangor Kini”.

“Tindakan menerbit akhbar menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran adalah salah. Maka pihak kerajaan negeri membuat laporan untuk polis menyiasat perkara ini.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui siapa yang menerbit, malah kami tidak tahu kewujudan akhbar ini,” katanya di sini.

Sumber itu memberitahu, akhbar terbabit juga berniat jahat dengan bertindak menghentam pentadbiran kerajaan negeri dalam setiap laporan penerbitannya.

“Akhbar Selangor Terkini itu sudah diedarkan secara meluas kepada orang ramai,” katanya. -mstar

Berita berkaitan:


Akhbar tiruan Selangorkini akan muncul

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Selangorkini, akhbar rasmi kerajaan negeri Selangor kini terbukti berkesan apabila ada pihak dikatakan sedang berusaha untuk menerbitkan akhbar yang seumpama itu.

Menurut sumber, akhbar tiruan itu dinamakan Selangor Terkini dan edisi pertamanya bakal terbit mulai Januari ini.

Selangor Kini yang diterbitkan oleh pejabat MB Selangor yang mula diterbitkan pada hujung 2008 kini dicetak 120,000 naskah dua kali sebulan.

Ia diedarkan secara percuma melalui pejabat Adun Pakatan Rakyat di seluruh negeri itu disamping diletakkan juga di tempat-tempat lain yang dikunjungi oleh orang ramai di negeri itu.

Melihat kepada kandungan edisi pertamanya, penerbit akhbar ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar kerana gambar beliau ada pada muka depan dan belakang akhbar ini.

Pihak kerajaan negeri Selangor dikatakan tidak membantah penerbitan begini kerana ia menunjukkan media mereka berkesan tetapi penggunaan logo rasmi kerajaan negeri adalah tidak betul. -harakahdaily



Mungkinkah Kesan Domino Dari Tunisia?

Kalangan pemerhati melihat melihat persamaan keadaan di beberapa negara negara Arab setelah tersingkirnya Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali.

Ada spekulasi soal kemungkinan efek domino melanda di kawasan seperti runtuhnya Komunis di seluruh Eropah Timur pada tahun 1989.

Di beberapa negara Timur Tengah dan Afrika Utara, populasi generasi muda yang berkembang pesat menghadapi harga bahan pangan yang melonjak, angka pengangguran melambung, dan keterwakilan politik yang terbatas.

Sebahagian dari mereka juga berhadapan dengan pihak berkuasa yang sudah uzur dan yang dirundung isu pengganti.

Mesir

Di permukaan, Mesir memiliki banyak kesamaan dengan Tunisia, keadaan ekonomi sulit, korupsi di kalangan agensi kerajaan dan kesempatan terbatas bagi warganya untuk mengemukakan ketidakpuasan dengan sistem politik.

Presiden Hosni Mubarak, 82 tahun, boleh dikatakan memonopoli kekuasaan sejak mulai menjabat jawatannya tiga dekad lalu dan menjelang pertengahan tahun berkeupayaan untuk dipilih kembali.

Namun, kekecewaan mendalam warga Mesir sejauh ini hanya cukup untuk menghasilkan demonstrasi politik kecil-kecilan saja.

Jika dibandingkan dengan warga Tunisia, orang Mesir memiliki tingkat pendidikan dan kenal huruf lebih rendah dan bukan pengguna berat layanan internet. Banyak warga Mesir sangat miskin.

Wartawan BBC Jon Leyne di Kaherah menyatakan kebanyakan orang Mesir tidak melihat mereka boleh mengubah kehidupan mereka melalui aksi politik, seperti ikut dalam pemilihan, menjadi aktivis, atau berdemonstrasi.

Namun, laporan-laporan mengenai seorang pemuda yang mencuba membakar diri di Kaherah tentu merisaukan institusi pemerintah, kata wartawan kami.

Aksi bunuh diri pemuda Tunisia Mohamed Bouazizi, yang nekad membakar diri hingga terbunuh pertengahan Disember, yang meledakkan kerusuhan dan kemudian melnjatuhkan Presiden Ben Ali.

Algeria

Massa pemuda Algeria juga memprotes inflasi

Berbeda dengan Tunisia, Algeria sudah sering dilanda kerusuhan dalam beberapa tahun terakhir.

Ketika demonstrasi memuncak di Tunisia pada awal tahun, pemuda di negara tetangganya juga turun ke jalan.

Aksi bakar diri itu juga dilaporkan terjadi di Algeria.

Namun, meski harga bahan pangan juga menjadi masalah di Algeria, kerusuhan sering bersifat lokal dan sedikit demonstran mengusung tuntutan berskala nasional.

Pemerintah Algeria memiliki dana yang cukup besar dari eksport minyak dan gas, sehingga boleh dikatakan sanggup membujuk demonstran yang mengecam inflasi.

Pada tahun 1988, Algeria juga mengalami "revolusi kekuatan rakyat", yang kemudian menghasil pengenduran pembatasan media dan pemilihan multi-partai.

Perkembangan ini kemudian menimbulkan konflik berdarah antara institusi keamanan dan pemberontak berhaluan Islam, dan setelah itu warga Algeria ehilangan semangat untuk mendukung revolusi, kata wartawan BBC Chloe Arnold di Algeria.

Libya

Kol Muammar Gadaffi berkuasa sejak akhir 1960-an

Pemimpin Libya Kolonel Muammar Gadaffi mengeluarkan reaksi keras hari Senin atas pelengseran Presiden Ben Ali dan itu pasti mencerminkan kegalauannya atas kemungkinan efek domino.

Setelah 41 tahun berkuasa, di Kolonel Gadaffi kini penguasa paling lama di Afrika dan Timur Tengah. Dia juga salah seorang pemimpin paling berkuasa di sana.

Segala bentuk demonstrasi dilarang, tapi ada laporan kerusuhan di kota al-Bayda akhir minggu.

Namun, Libya memiliki penduduk jauh lebih sedikit dari para tetangga di kawasan, dan kekayaan dari minyak melimpah.

Jordan

Isu inflasi juga merisaukan banyak warga Jordan

Ribuan pemuda di seluruh Jordan berdemonstrasi pada "hari amarah" hari Sabtu (15/1) untuk memprotes kenaikan harga bahan pangan dan pengangguran.

Sebahagian menuntut Perdana Menteri Samir Rifai mundur.

Pemerintah minggu lalu menurunkan harga sebahagian bahan makanan dan BBM, tapi demonstrasn menyatakan pemerintah harus berbuat lebih banyak untuk mengatasi kemiskinan akibat inflasi.

Namun, Jordan diperintah oleh keluarga kerajaan, dan sebahagian masyarakat setia kepada raja.

Raja Abdullah tampaknya lolos dari kemarahan demonstran.

Sejauh ini unjuk rasa berlangsung damai, dan tidak seorang pun ditahan.

Maroko

Sebagaimana Tunisia, Maroko juga menghadapi masalah ekonomi dan tuduhan pengamalan korupsi di kalangan elit penguasa.

Reputasi Maroko tercoreng setelah dokumen yang dibocorkan lewat Wikileaks mengungkapkan tingkat korupsi meningkat, khususnya dalam perniagaan anggota keluarga kerajaan dan "ketamakan memuakkan" orang-orang dekat Raja Mohammed VI.

Kawat diplomatik dari kedutaan besar AS di Tunis yang disebarkan Wikileaks menyebut masalah serupa di lingkaran dalam Presiden Ben Ali.

Namun, Maroko, seperti Mesir dan Algeria, memang memberikan kebebasan berpendapat secara terbatas dan sejauh ini masih berhasil mengekang penunjuk perasaan.

Sebagaimana di Jordan, kerajaan Maroko mendapat dukungan di sebahagian masyarakat.

Isteri Ditumbuk Suami Gara-gara Baca SMS Madu

Bukit Jalil - Hanya kerana membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbit milik suaminya, seorang wanita 44 tahun cedera ditumbuk, dipukul suami tanpa belas kasihan di rumahnya di sini, kelmarin.

Lebih malang, suaminya yang juga nazir sebuah masjid di Sungai Buloh turut menceraikan mangsa sebelum membelasahnya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku selepas suaminya itu selesai menunaikan solat Isyak.

Menurutnya, sebelum kejadian dia mendapat tahu madunya (isteri pertama suaminya) ada membuat panggilan telefon kepada suaminya yang kebetulan berada di rumahnya untuk mengadukan hal mengenai dirinya.

“Saya hanya mendapat tahu dalam perbualan itu, isteri pertama mengadu saya sering membaca SMS di telefon milik suami.

“Dia yang seolah-olah hilang pertimbangan terus melafazkan cerai kepada saya di dalam bilik tidur pangsapuri milik saya,” katanya.

Mimi berkata, suaminya yang juga ahli sebuah pertubuhan politik itu hilang pertimbangan, berang tiba-tiba sebelum mengangkat dan menghumbannya ke atas serta menumbuk di bahagian mata kanan serta hidung sebanyak dua kali

“Tidak cukup dengan itu, dia turut menghentak dada saya, rasa sakit itu masih terasa hingga kini.

“Semuanya berlaku hanya kerana saya membaca SMS dihantar isteri pertama, saya tidak menyangka dia sanggup bertindak sebegini sekali memandangkan dia adalah seseorang yang warak dari segi agama,” katanya yang memaklumkan dia bernikah dengan suaminya itu di Songkhla, Thailand Jun 2009 selepas perkenalan singkat yang berlaku di Negeri Sembilan.

Katanya, selepas keadaan kembali reda, suaminya kemudian meninggalkannya dalam keadaan kesakitan selepas memintanya mengemas pakaian yang ada di rumah itu.

“Sebelum meninggalkan rumah, dia sempat mengutuk saya dan berkata macam-macam terhadap anak hasil perkahwinan dengan suami pertama yang lalu.

“Saya kesal dia tergamak melakukan sedemikian apatah lagi tidak pernah memberi nafkah kepada saya dan hanya membayar bil air dan elektrik di rumah sahaja, itu pun kadangkala dia tidak membayarnya,” katanya yang membuat satu laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil di sini, petang semalam. -SH

Ulasan GB

Dewasa ini terdapat banyak kes di mana handfon dan beberapa media komunikasi digital seperti internet menjadi penyebab kepada berlakunya banyak pergaduhan dan penceraian.

Dan kisah di atas hanyalah satu daripada beberapa ratus kes yang berlaku disebabkan oleh kewujudan tekologi baru ini.

Suami dan isteri menjadi porak peranda gara-gara SMS.

Justeru itu, sebagai pasangan sebuah rumahtangga Islam, sepatutnya TIADA RAHSIA diantara suami dan isteri dalam hal komunikasi yang menggunakan handfon. Sebarang kerahsiaan sebenarnya menyerlahkan sikap ketidak-jujuran.

Justeru itu tidak sewajarnya suami menyembunyikan apa-apa hal melalui handfonnya daripada isteri begitulah juga disebaliknya, isteri tidak sepatutnya menyembunyi komunikasi dengan orang lain di belakang suaminya.

p/s Bukankah elok, jika isteri boleh pada bila-bila masa buka/baca malah jawab handfon suami, begitulah disebaliknya suami boleh pada bila-bila masa buka/baca malah jawab handfon isteri. Itulah persefahaman bersama demi menjaga kerukunan rumahtangga

Mayat Wanita Dgn Kesan Terbakar Ditemui Di Kawasan Pembuangan Sampah

Ipoh: Mayat seorang wanita dengan kesan terbakar di beberapa anggota badan, ditemui dalam keadaan terbaring di kawasan pembuangan sampah di belakang sebuah restoran di Jalan Pasir di sini, Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata mayat itu ditemui 8.20 pagi tadi oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh yang ketika itu melakukan kerja-kerja pembersihan.

Beliau berkata mangsa yang memakai seluar pendek dan baju T, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan sampah berkenaan.

Katanya, tidak ada sebarang pengenalan diri ditemui dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang melihat atau mengetahui kejadian tersebut agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, polis menahan 18 wanita warga asing termasuk 16 dari Indonesia kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di sebuah hotel di Jalan C.M.Yusof di sini semalam.

Dzuraidi berkata turut ditahan ialah seorang lelaki dipercayai penjaga premis yang menguruskan tempat bagi tujuan pelacuran dan seorang wanita tempatan serta tiga pelanggan lelaki.

Mereka berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun dan ditahan reman untuk siastan lanjut, katanya.

Antara barangan yang dirampas dalam operasi itu ialah 56 keping kondom, wang tunai RM414, buku daftar hotel dan 2 botol minyak pelincir.

Beliau berkata kesemua wanita warga asing itu akan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit, manakala penjaga premis pusat hiburan itu pula mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing tanpa permit. -BERNAMA

RapidKL Tambah 8 Laluan Untuk Bas Wanita

Bas Rapid khas untuk wanita dilancar dengan lapan laluan tambahan

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpilih.

Ia meliputi lapan laluan baru di mana tujuh laluan telah diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lalu.

Bas itu yang tertera perkataan Bas Wanita akan beroperasi sepenuhnya mulai esok dengan dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang.

Lapan laluan tambahan ialah bagi yang bernombor U6 dari Taman Jasa Utama ke Medan Pasar, U31 (Pandan Indah ke Maybank Puduraya), U46 (Damai Perdana ke Bukit Bintang), U66 (Taman Medan ke Pasar Seni), U68 (Taman Sentosa ke Pasar Seni), U82 (Bandar Utama ke KL Sentral), U224 (Taman Dato' Senu ke Pasar Seni) dan U623 (Stesen LRT Kelana Jaya ke Subang Parade, melalui Sunway Pyramid).

Laluan terdahulu ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves ke Medan pasar, U8 (Hab Damansara Damai ke Medan Pasar), U22 (Hab Sri Nilam ke Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Terminal Kajang ke Pasar Seni), U60 (Hab Puchong Utama ke Hab Pasar Seni), U80 (Hab UiTM Shah Alam ke Pasar Seni) dan U81(Hab Subang Suria ke Hab Pasar Seni).

Bagi perjalanan di sebelah pagi untuk penumpang wanita ke tempat kerja, ia akan berlepas pada pukul 6.45 pagi dan 7.30 pagi manakala di sebelah petang untuk penumpang pulang selepas bekerja, ia akan berlepas pada pukul 6 petang dan 6.45 petang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bas seumpama itu merupakan pilihan terbaik untuk golongan wanita ketika menggunakan pengangkutan awam.

"Ini adalah penambahbaikan kerana bas untuk wanita ini akan memberi ruang kepada lebih ramai wanita yang mungkin rasa kurang selesa menggunakan bas terutama di waktu puncak.

"Tapi mereka ada pilihan untuk naik bas yang mana, wanita saja atau campur dengan yang lain (lelaki dan wanita)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bas itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Pengarah Kumpulan Bas Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata, peluasan perkhidmatan Bas Wanita dilakukan setelah mendapat sokongan sebanyak 92 peratus daripada 1,400 responden yang disoal selidik semasa tempoh percubaan perkhidmatan.

Prasarana akan turut melancarkan bas dan van khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak lama lagi. - BERNAMA

Tiga Wanita Antara 29 Ditahan Terlibat Dalam Judi Sabung Ayam Di Rawang

Kuala Lumpur - Tiga wanita - dua warga Indonesia dan seorang warga tempatan -- adalah antara 29 individu yang ditahan polis semalam kerana dipercayai terlibat dalam perjudian sabung ayam di sebuah bangsal kolam ternakan ikan air tawar di Taman Saujana Utama, Bandar Country Home, Rawang.

Suspek berumur 20 hingga 31 tahun berada di premis berkenaan ketika polis menyerbu bangsal itu kira-kira 5.30 petang dan mereka ketika itu dikatakan asyik melihat pertarungan ayam sabung.

Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula Isnin, kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah dalam sidang media di pejabatnya di sini Isnin.

Beliau berkata hasil risikan polis, bangsal yang terletak di pedalaman itu telah hampir seminggu dijadikan pusat kegiatan judi sabung ayam.

Turut ditemui dan dirampas dalam serbuan itu ialah wang tunai RM38,000, beberapa pil dipercayai ubat kuat ayam, 13 taji, tiga buah dadu dan dua buah telefon bimbit. Lapan ekor ayam digunakan dalam kegiatan judi itu.

Abdul Rahim berkata polis akan mengambil keterangan kesemua yang terlibat dalam penganjuran judi itu dan pemilik bangsal berkenaan.

"Kita juga akan menyiasat sama ada pemilik bangsal itu tahu atau tidak mengenai kegiatan sabung ayam di bangsalnya," katanya, sambil menambah ini kali pertama bangsal itu diserbu.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata kadar jenayah di daerah Gombak menurun tahun lepas berbanding 2009 berikutan kewujudan balai polis komuniti.

"Bagi tahun lepas, hanya terdapat 843 kes sahaja berbanding tahun 2009 iaitu 6,807 dengan tangkapan 1,688 suspek dan 53 peratus daripadanya berjaya diselesaikan," katanya. -- BERNAMA

Ulasan GB

Masih wujud lagi permainan-permainan ala jahiliah ini di zaman moden. Pesertanya Melayu, beragama Islam. Ada wanita pula. Sungguh memalukan.

Silap Buang Buah Dada, Wanita Dibayar RM100 Ribu

Kes saman seorang suri rumah yang kehilangan buah dada kirinya sejak lima tahun lalu akibat kesilapan pembedahan di sebuah hospital kerajaan berakhir hari ini apabila wanita itu bersetuju menyelesaikan tuntutannya di luar mahkamah.

Persetujuan tersebut dicapai setelah T. Silvarany, 56, menerima tawaran ganti rugi berjumlah RM100,000 daripada pihak defendan ketika kes itu disebut di Mahkamah Tinggi di sini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman kemudian merekodkan persetujuan tersebut.

Silvarany sebelum ini memfailkan saman RM2 juta terhadap pakar bedah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr. L. Vasu Pillai; Pengarah hospital tersebut, Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia atas dakwaan cuai semasa melakukan pembedahan itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif menyatakan, dia telah pergi ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan berikutan sakit dalam perut pada 2005.

Menurutnya, pemeriksaan doktor kemudian mengenal pasti puncanya sebagai fibroid iaitu ketumbuhan pada dinding rahim.

Ujar plaintif, setelah ketumbuhan berjaya dibuang, pemeriksaan lanjut mendapati ada gumpalan atau ketumbuhan lain pada buah dada kiri yang disyaki sebagai barah buah dada.

Silvarany kemudian dimasukkan semula ke wad HRPB pada 6 September 2005 dan menjalani pembedahan untuk membuang buah dada kirinya pada keesokan harinya.

Menurutnya, semasa melakukan rawatan susulan pada Oktober 2008, seorang doktor pakar memberitahunya bahawa pembedahan membuang buah dadanya adalah satu kesilapan kerana dia sebenarnya tidak menghidap penyakit barah buah dada.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Silvarany berkata, dia bersyukur dan berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diterimanya.

Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Fazley Kamarudin hadir mewakili pihak defendan manakala plaintif diwakili peguam A. Sivanesan. -Bernama

Ulasan GB

Moralnya: Orang awam perlu dididik untuk mengetahui penyakit sebenar yang dihidapi. Adalah malang apabila berlaku kecuaian pihak hospital sehingga orang awam jadi mangsa.

Ramai doktor yang bagus, tetapi ada juga doktor yang mengambil jalan mudah mendiagnosis pesakit seperti kes di atas - buang buah dada. Tindakan tidak berperikemanusian dan tidak bertanggungjawab yang membelakangkan professionalisme kedoktoran sehingga orang awam menjadi mangsa.

Isa Samad Dedah Pekung UMNO Tak Berapa Faham Islam, Maka itu Ada Penari Seksi Dan Bir

Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia

Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.

Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.

Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.

"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.

"Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari,” kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia.

"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.

"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah.

Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.

Ulasan GB

Tahniah UMNO/BN. Pekung anda semakin ternganga. 1Malaysia dengan bir dan wanita seksi. Dan Boss FELDA, Isa Samad dedahkan:

Kita (UMNO) sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham.

Bersih 2.0 Minta SPR Hentikan 'Permainan Silap Mata'

Kota Bharu - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kesal dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengatakan badan itu sedang mengkaji sistem undi proksi.

Pengerusi Jawatankuasa Forum Bersih 2.0, Dr Abdul Halim Yusof berkata, sistem yang membolehkan seseorang pemilih diwakili mana-mana individu yang layak pada hari pengundian itu menambahkan ketidaktelusan dan ketidakadilan dalam proses pilihan raya.

Menurutnya, SPR memekakkan telinga dan memejamkan mata terhadap tuntutan yang sememangnya menjadi standard antarabangsa.

“Rakyat menolak undi pos, menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda dan kini kami menolak sistem undi proksi.

“Sudah sampai masanya SPR berhenti bermain silap mata dan memperbodoh rakyat,” katanya pada sidang media sempena Forum Roadshow Bersih 2.0, di sini, semalam.

Forum tersebut akan diadakan pada 21 Januari ini di Balai Islam, Lundang, di sini, dan menampilkan tiga tokoh sebagai ahli panel iaitu Dr Toh Kin Woon, Dr Abdul Aziz Bari dan Datuk Husam Musa.

Bersih dilancarkan pada 10 November lalu, sebelum dilancarkan semula menjadi Bersih 2.0 serta dianggotai aktivis-aktivis organisasi masyarakat sivil (CSO) yang bebas daripada pengaruh politik.

Abdul Halim berkata, pilihan raya sepatutnya menjadi proses demokrasi yang mengiktiraf hak mengundi rakyat untuk memilih wakil mereka.

“Kami sekali lagi ingin menekankan tuntutan terdahulu seperti melakukan pembersihan dan penyemakan semula daftar pemilih bagi memastikan kesalahan dapat dihapuskan.

“Akses media mesti adil kepada semua pihak dalam pilihan raya dengan memberi peluang semua parti menjelaskan dasar dan manifesto masing-masing,” katanya.

Selain itu, katanya, bersih 2.0 turut menuntut pendaftaran automatik untuk semua pengundi yang layak, perubahan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan secara profesional serta mengubah semula urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan politik wang. -SH

Ada Ular Sawa Melingkar Masa Makan Asam Pedas

Ular sawa disangka anakonda

MUAR – Kira-kira 20 pengunjung kedai makan Kilat Asam Pedas di Jalan Junid, di sini, terkejut apabila seekor ular sawa batik tiba-tiba menyusur masuk kedai berkenaan ketika mereka sedang menikmati juadah makan malam masing-masing.

Pada kejadian kira-kira jam 8.30 malam, kehadiran reptilia itu menjadikan suasana kedai makan berkenaan kecoh seketika kerana pengunjung ketakutan dan cuba melarikan diri.

Difahamkan ular sawa batik sepanjang 3.5 meter dan seberat lebih 40 kilogram itu secara tiba-tiba menyusur masuk ke dalam kedai berkenaan.

Reptilia itu dipercayai datang dari sebatang parit yang terletak di hadapan restoran berkenaan.

Pengunjung, Nasri Hamdan, 30, berkata, dia terkejut apabila ular itu tiba-tiba menjalar lalu cuba masuk ke dalam kedai.

“Pada mulanya kami menyangka anakonda yang menjalar masuk kedai makan untuk mencari makanan.

“Bagaimanapun, kehadirannya membuatkan suasana menjadi lintang pukang seketika. Namun reptilia itu yang mungkin terkejut dengan kehadiran orang ramai membuatkan ia menyusur semula masuk ke dalam parit,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, atas faktor keselamatan, dua pengunjung lain, Amiruddin Omar, 21, dan Kamal Ariffin, 29, memberanikan diri untuk menangkap reptilia berkenaan.

Masri berkata, usaha mereka berhasil dengan bantuan pengunjung lain apabila ular itu berjaya ditangkap dengan hanya menggunakan seutas tali dan karung guni.

“Selepas 30 minit, akhirnya haiwan ini berjaya ditangkap dengan selamatnya, malah kami tidak menggunakan sebarang peralatan khas, sebaliknya hanya berdoa saja bagi melemahkan reptilia ini,” katanya.

Amiruddin berkata, kemunculan ular sawa di kedai makan itu adalah kali kedua berlaku dalam masa setahun.

Menurutnya, ia dikatakan berpunca dari kedai yang terletak berhampiran sebatang parit. Malah kandang kambing dan reban ayam yang terletak di belakang kedai makan itu juga dikatakan punca mengapa reptilia itu boleh menyusur masuk ke dalam kedai.

Katanya, reptilia yang berjaya ditangkap pengunjung restoran itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Muar untuk diserahkan kepada Jabatan Perhilitan pada masa terdekat ini.

Jurucakap JPAM ketika dihubungi berkata, reptilia yang ditangkap pengunjung itu akan dilepaskan ke habitat asal serta jauh dari penempatan penduduk supaya ia tidak mengancam keselamatan orang ramai pada masa akan datang. -SH

Amalan Rasuah BN Hanya Boleh Diatasi Dengan Kemenangan PR - Guan Eng

Kerajaan Barisan Nasional telah mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan negara kasar dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baharu untuk menjadikan Malaysian sebagai negara berpendapatan tinggi. Dengan kata lain RM 67 bilion diperlukan untuk mewujudkan 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru.

Adakah RM2 juta diperlukan untuk wujudkan satu pekerjaan baru? Ia memang satu rekod. Jumlah besar RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru menunjukkan ketirisan ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan PR dalam pilihanraya besar akan datang. Jelas yang akan bankrapkan Negara bukanlah Program 100 Hari PR tetapi amalan rasuah dalam BN.

Sebaliknya Program 100 Hari PR akan selamatkan negara dengan pulihkan ekonomi negara. Jangan lupa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala sendiri yang telahpun menyatakan bahawa Malaysia mungkin bankrap pada tahun 2019.

BN mungkin lupa dengan projek mega ini tidak ada kena-mengena dengan masalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah. Malaysia mengalami Gini coefficient ataupun ketidakadilan perbezaan pendapatan di antara yang kaya dan miskin yang paling tinggi di Asia Tenggara. Kumpulan termiskin golongan bawah 40% penduduk hanya memiliki 14.3% pendapatan negara sedangkan golongan atas 20% memiliki 50% pendapatan Negara. Dengan kata lain lebih 10 juta rakyat Malaysia dalam golongan bawah 40% penduduk menerima purata pendapatan RM1,500 sebulan.

Golongan ini yang akan dibantu oleh Program 100 Hari PR yang di antara lain manambahkan insentif kepada anggota kerajaan tertentu, bantu peneroka FELDA, wang penghargaan warga emas RM1,000 setiap tahun, wifi percuma untuk semua pekan di seluruh Malaysia, menghapuskan tol lebuhraya dan juga mengurangkan harga minyak untuk orang miskin.

PR bukan cakap sesuka hati kerana telahpun dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan PR. Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah PR, tidak ada satu negeri pun yang bankrap. Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Lapuran Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009.

Dengan lebihan bajet paling besar dalam sejarah Pulau Pinang sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM 77 juta pada 2009, pelbagai program dijalankan di antaranya:

Membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan
Peruntukan pendidikan tahunan kepada sekolah agama rakyat, sekolah mubaligh, sekolah cina dan tamil sebanyak RM 11.3 juta pada tahun 2010.

Rebat air RM100 setiap keluarga sederhana rendah dan bawah sebanyak RM 17 juta pada 2008-9

Program penghargaan warga emas sebanyak RM20 juta setahun dengan pembayaran RM100 setiap tahun kepada yang lebih 60 thaun dan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris. Program ini akan diperluaskan kepada OKU dan ibu tunggal tahun ini.

Semua program pro-rakyat tidak pernah dilaksanakan zaman BN memerintah selama 51 tahun tetapi dapat dibuat dalam tiga tahun PR memerintah. Wang penjimatan daripada urustadbir CAT dan program anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International membolehkan "dividen" anti-rasuah dalam bentuk program di atas dibayar dan dilaksanakan.

Ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM 28 bilion setiap tahun dalam kerajaan Persekutuan. Bila ketirisan dihapuskan banyak program menfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan penghapusan tol. Oleh itu banyak program 100 hari PR seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan. Dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tak sampai 10% RM 28 bilion. Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat PR. -MR

*Ucapan oleh Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Kawasan Bagan dalam Majlis Tertutup Bengkel Pilihanraya Kebangsaan DAP Di Kuala Lumpur pada 16 Januari 2011

[Bergambar & Video] Tikus Berkeliaran Dirakam Di Pejabat PM Britain

London - Seekor tikus yang besar dirakam jurukamera stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) semasa seorang wartawan, Garry O'Donoghue memberi penerangan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Mail semalam menunjukkan seekor tikus (dalam bulatan) berjalan di belakang wartawan, Garry O'Donoghue yang memberi penjelasan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain di 10 Downing Street, London.

Tikus itu yang berlari di depan bangunan pejabat Cameron berada di belakang wartawan tersebut dan ia dapat ditonton oleh penonton. Ketika kejadian, wartawan itu menjelaskan kepada penonton mengenai rancangan Perdana Menteri Britain untuk melakukan pembaharuan ke atas sektor awam.

Wartawan itu juga tidak menyedari kehadiran tikus berkenaan. Seorang penonton berkata, dia seolah-olah tidak percaya mengenai tikus itu yang menunjukkan keberanian dengan berlari semasa kehadiran orang ramai.

Sebelum ini, terdapat kucing yang sesat di pejabat itu dan ia tinggal semasa pentadbiran tiga orang bekas perdana menteri iaitu Margaret Thatcher, John Major dan Tony Blair.

Kucing itu mati pada 2006. - Agensi






Videonya:



Ulasan GB

Dengar khabar di Putrajaya, kebelakangan ini ada tikus betina besar keluar masuk pintu JPM sesuka hati. Ada betul ke tidak cerita tu?

[Bergambar] GEMPAR: Buaya Muncul Di Kuantan

Kuantan - Selepas kemunculan buaya tembaga yang menggemparkan penduduk di Kampung Sungai Soi baru-baru ini, kini hampir 6,000 penduduk di Taman Seri Inderapura di sini pula kecoh dengan penemuan reptilia itu di sebuah tasik buatan di kawasan itu semalam.

Gambar: INILAH buaya yang timbul di tasik buatan di Taman Seri Inderapura, Kuantan semalam.

Difahamkan, terdapat tiga ekor buaya mendiami tasik itu dan yang paling panjang dikatakan melebihi tiga meter.

Haiwan liar yang dipercayai menghuni kawasan itu sejak beberapa tahun lalu didakwa dilihat penduduk ketika timbul di permukaan air dan berjemur.

Situasi itu membimbangkan mereka kerana tasik tersebut terletak berhampiran sebuah sekolah agama rakyat yang mempunyai kira-kira 400 murid.

Seorang penduduk, Kamaruddin Ibrahim, 44, percaya buaya tersebut tersesat dari Sungai Belat dan masuk ke tasik itu ketika banjir besar beberapa tahun lalu.









[Bergambar] Saudara Mara Presiden Tunisia Larikan 1.5 Tan Emas

Paris: Saudara mara bekas Presiden Tunisia yang digulingkan, Zine al Abidine Ben Ali dikatakan keluar dari negara itu dengan 1.5 tan emas, lapor akhbar Le Monde yang memetik sumber risikan Perancis.

Emas seberat 1.5 tan dilaporkan mencapai nilai AS$65 juta (RM194.6 juta) dalam pasaran terbuka.

Pejabat Presiden Nicolas Sarkozy sudah diberikan taklimat oleh pasukan perisikan Perancis bahawa isteri kedua Ben Ali, Leila Trabelsi, mengeluarkan jongkong emas daripada bank pusat Tunisia minggu lalu.

Gabenor bank menolak permintaannya tetapi terpaksa mengalah selepas mendapat tekanan dari Ben Ali sendiri, menurut laporan itu.

Ben Ali dan Leila sudah keluar dari Tunisia selepas gelombang protes jalanan dan kemarahan yang memuncak rakyat terhadap keluarga pemimpin itu yang didakwa menyalahgunakan sumber negara. Bagaimanapun, Bank Pusat Tunisia menafikan laporan berkenaan.

“Simpanan emas dalam bank pusat ini tidak disentuh dalam beberapa hari lalu. Begitu juga wang tunai. Negara ini mempunyai peraturan ketat,” kata seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan.

Di TUNIS, Perdana Menteri Tunisia berjanji akan mengumumkan kerajaan campuran baru untuk mengekalkan momentum kemajuan politik bagi mematahkan protes dan melemahkan pasukan bersenjata yang berpihak kepada bekas presiden.

Pasukan khas Tunisia bertempur dengan pasukan pengawal bersenjata bekas presiden di istana presiden kelmarin, selepas dua hari presiden yang memerintah negara itu selama 23 tahun Zine al-Abidine Ben Ali digulingkan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Mohamed Ghannouchi berjanji tindakan pantas akan diambil bagi mengisi kekosongan itu.

“Esok (semalam) kami akan mengumumkan kerajaan baru yang bakal membuka sejarah baru dalam sejarah Tunisia,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Tiga pemimpin pembangkang dijangka akan dilantik dalam kerajaan campuran itu, kata dua sumber yang rapat dengan penubuhan kerajaan baru itu. Tetapi, Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri dalam pentadbiran lama dikekalkan.

Sementara pasukan yang setia kepada kepimpinan Ben Ali bertempur dengan tentera di istana presiden, dua lelaki bersenjata di bumbung berdekatan bank pusat terbunuh apabila ditembak dari helikopter. Kereta perisai turut diletakkan di kawasan ibu negara, Tunis dan tentera mengawal bangunan awam. – AFP/Reuters










[Bergambar] Remaja Dibunuh Untuk Simpan Rahsia

Kota Samarahan: Bimbang rahsia kegiatan jenayah mereka terbongkar, sekumpulan lelaki dipercayai ahli sindiket curi motosikal dan pecah rumah membelasah remaja berusia 15 tahun hingga mati sebelum menanam mayatnya dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di Kampung Pendam, Sadong Jaya.

Jenayah itu dikatakan dilakukan ahli sindiket terbabit bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar dan diketahui pihak berkuasa, sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan bahaya.

Mangsa dikenali sebagai Taufik Abdul Rahim, dari Kampung Iboi, dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui dalam keadaan duduk dalam lubang cetek di belakang rumah suspek kira-kira jam 8 pagi semalam.

Pembunuhan itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun ketika menunggang motosikal milik remaja berkenaan di sekitar kawasan kampung berkenaan beberapa jam sebelum mayat mangsa ditemui.

Suspek yang juga penganggur membawa polis ke lokasi mayat mangsa ditanam, di belakang rumahnya selepas disoal siasat polis.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, mangsa dilaporkan hilang pada Sabtu lalu ketika ke kedai membeli barang keperluan dapur dengan menunggang motosikal Modenas Kris milik abangnya.

Katanya, bapa mangsa membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari kelmarin dan polis yang menjalankan siasatan tidak menunggu lama untuk menyelesaikan kes itu apabila menahan seorang lelaki menunggang motosikal mangsa di sekitar Kampung Pendam.

Beliau berkata, suspek yang tinggal berseorangan dipercayai mengenali mangsa dan berdasarkan siasatan awal, remaja berkenaan dibunuh kerana mengetahui kegiatan suspek bersama beberapa lelaki lain yang terbabit dalam aktiviti mencuri motosikal dan pecah rumah di sekitar kawasan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dibelasah menggunakan kayu sebelum mayatnya ditanam dalam keadaan duduk di dalam lubang sedalam 0.5 meter di belakang rumah suspek,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di lokasi mayat ditemui mendapati mangsa berpakaian lengkap itu mempunyai kesan luka di kepala.

Abdul Rahman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat manakala suspek ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, polis menjejaki lima lagi suspek berusia 30-an yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu. -hm


Arwah renung selimut

KOTA SAMARAHAN: Bapa kepada remaja mangsa pembunuhan yang mayatnya ditanam dalam lubang di belakang rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, semalam tidak menyangka tingkah laku pelik arwah merenung selimut sebaik terjaga daripada tidur beberapa hari lalu sebenarnya membawa petanda buruk.

Abdul Rahim Hassan, 42, berkata, malam sebelum menghilangkan diri, anak ketiga daripada lima beradik itu tiba-tiba terbangun daripada tidur dan merenung selimutnya seolah-olah merinduinya.

“Ketika itu, saya tidur di sebelahnya dan ternampak perbuatannya agak pelik itu, namun tidak menyangka itu petanda dia meninggalkan kami semua,” katanya.

Abdul Rahim berkata, dia percaya anaknya, Taufik, 15, dibunuh suspek bersama beberapa lelaki lain kerana khuatir rahsia kegiatan jahat mereka terbongkar dan diketahui pihak berkuasa.

“Anak saya seorang pendiam dan senang untuk lain orang mengambil kesempatan ke atas dirinya, namun kami percayai dia tidak terbabit dalam sebarang kegiatan haram,” katanya.


Berita sebelum


Remaja Dibunuh Kerana Enggan Masuk Geng Curi

KOTA SAMARAHAN, 17 Jan (Bernama) — Seorang pelajar yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam dan mayatnya ditanam dalam lubang sedalam setengah meter di belakang sebuah rumah di Kampung Sadong Jaya di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Abdul Rahman Ahmad berkata Taufik Abdul Rahim, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang terbabit dalam sindiket curi motosikal serta pecah rumah.

Beliau berkata penemuan mayat mangsa yang berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya pada jam 10 pagi ini susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun di Kampung Sadong Jaya awal hari ini yang dipercayai turut terbabit dalam pembunuhan tersebut.
“Menerusi siasatan awal polis, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata siasatan awal pasukan forensik di lokasi kejadian mendapati tanah di belakang rumah itu mempunyai kesan baru digali sebelum menemui mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian serta berlumuran darah.

Polis, kata Abdul Rahman, juga menemui sebatang kayu yang dipercayai digunakan oleh kumpulan tersebut untuk membunuh mangsa tidak jauh dari lubang tempat mayat mangsa ditemui.

Beliau berkata berdasarkan laporan awal siasatan, sekumpulan lelaki yang dipercayai daripada geng sindiket curi motosikal dan pecah rumah cuba memujuk mangsa untuk menyertai kumpulan terbabit memandangkan mangsa telah mengetahui kegiatan mereka, namun mangsa enggan.

Berikutan kejadian itu, Abdul Rahman berkata polis kini turut memburu suspek lain yang dipercayai masih bebas dan terbabit dalam pembunuhan kejam itu.– BERNAMA


Gambar ehsan TheStar dan sarawakupdate:


Mayat Taufiq ditemui di lubang ini

Usaha mencari mayat mangsa

Mayat Taufik dikeluarkan dari lubang

lubang dimana mayat dihumbankan

Mayat diusung ke van

Suspek yang berbaju hijau

Ibu yang kesedihan

Bapa turut meratapi pemergian Taufiq



TV3 Dikecam Hebat Bincang Isu Payudara Secara Terbuka

Isu payu dara undang kritikan

RANCANGAN bual bicara WHI di TV3 membincangkan tajuk Salahkah besarkan payu dara? yang mengundang rasa kurang selesa penonton.

KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.

Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.

Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.

Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam. -kosmo

Ulasan GB

Tutup aje lah siaran TV3 tuh yang semua orang tahu ia hanya menjadi alat propanda.

Kini satu demi satu kontroversi timbul. Baru beberapa hari lepas Lembaga Penapisan Filem mengarahkan Drama Bersiri "Sakti Delima" yang menayangkan unsur tahyul dan khurafat dihentikan. Dan kini TV3 menundang kontroversi membincang isu payudara secara terbuka. Dah gedik dan dah gila sangat plak sang jurugambar sehinggakan sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan... hmmm

Kita meminta agar jurugambar berkenaan dikenakan tindakan disiplin. Ia amat keterlaluan.


Satu Gereja Memeluk Islam

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,

“Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,

“Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.”

Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,

“Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab,

“Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata,

“Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”

Si pemuda tersenyum dan berkata,

“Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya,

“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada lapannya,
lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!

Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang di azab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”(Al-Isra’: 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,

“Apakah kunci syurga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata,

“Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”

Paderi tersebut berkata,

“Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab,

“Kami akan jamin keselamatan anda.”

Paderi pun berkata,

“Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.