12 Sep 2015

[BERGAMBAR] Kantoi: Harakahdaily Dicekup Menipu: Puluhan Ribu Dikatakan Hadiri HAMASAH 2015

Puluhan ribu sertai Himpunan Anak Muda Istiqamah

Puluhan ribu anak muda menyertai Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di padang Majlis Daerah Pasir Puteh petang ini.

Padang sendat dengan kehadiran anak-anak muda dari seluruh Kelantan. (Lihat gambar di sebelah: sendat ya? -GB)

Ramai yang datang berkonvoi motosikal. Himpunan anak muda bermula jam 8 pagi dengan acara pertama himpunan pendekar muda.

Program petang ini yang bermula jam 5.00 petang tambah meriah dengan kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, naib Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari serta anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Pagi tadi turut diadakan program himpunan guru-guru Pasti, pembahagian beras al-itaam, persembahan motosikal kuasa besar, pertunjukan autoshow dan pelancaran ARC Kelantan oleh Abdul Fattah. -Harakahdaily



ULASAN GB

Telah menjadi vial semalam di laman sosial, bahawa Harakahdaily dicekup membuat kenyataan yang tidak benar dan sah menipu di dalam laporannya mengenai kehadiran yang dikatakan "puluhan ribu" anak muda di HAMASAH 2015 yang diadakan di padang Majlis Daerah Pasir Puteh.

Sedangkan apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana paparan foto yang dikatakan puluhan ribu itu adalah dusta dan tidak benar.

Cekupan dari udara memperlihatkan suasana padang begitu lengang malah ketika ucapan Tuan presiden pun hanya beberapa baris yang kelihatan. Seperti juga perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS yang lain, untuk menutup ruang-ruang kosong itu, para peserta himpunan diminta untuk memegang bendera besar supaya ruang kosong itu tidak kelihatan. Anggaran sebenar, menurut pemerhati, kehadiran peserta hanyalah sekitar tidak melebihi 1000 orang, tetapi dilaporkan puluhan ribu!

Tersebar pula sepucuk surat yang ditandatangani oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Pengarah Urusetia Belia & Sukan Kelantan menjemput para pelajar sekolah agama untuk ke program berkenaan. Ini bererti HAMASAH 2015 yang dihadiri sekitar 1,000 orang itu pula sebahagian besarnya adalah para pelajar sekolah!

Nampaknya gaya pemberitaan Harakahdaily sudah tak ubah macam media-media UMNO.

Sudah hilang akhlak dan etika Islam di dalam kewartawanan dan pemberitaan. Tak perlu lagi pertimbangan dosa dan pahala.

Maka itu sebabnya kini harakahdaily dan Harakah sudah ditimpa musibah sama seperti media UMNO... diambang kebangkrapan.

Bukan kita suka atau ingin bertepuk tangan jika nasib itu menimpa harakahdaily dan Harakah, tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu dan didustakan. Andai bakal menuai apa yang anda tanam!









IKLAN BERBAYAR






[VIDEO & GAMBAR] Lebih 100 Peguam Sertai Parti Amanah Negara, SYABAS!!!

Lebih 100 peguam sertai Amanah tubuhkan biro undang-undang

Lebih 100 peguam menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), ketika parti politik yang akan dibentuk secara rasmi tidak lama lagi itu dalam proses menjadi sebuah badan yang dianggotai para profesional menjelang pelancarannya dijadualkan minggu depan. Diketuai Fazaruddin Sujairi Md Radzi, kumpulan peguam itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Pengerusi Amanah Salahuddin Ayub pada satu majlis di Taman Melawati hari ini.

Kebanyakan mereka bekas ahli PAS, selainnya terdapat juga bekas ahli badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan bakinya adalah pemerhati pada perhimpunan Bersih 4 bulan lalu.

Peguam-peguam ini akan membantu dalam pembentukan biro undang-undang Amanah sebelum parti itu dilancarkan 16 September ini.

"Peguam yang menyertai Amanah hari ini datang dari beberapa bidang kepakaran, termasuk sivil, jenayah, syariah dan hak juga asasi manusia," kata Fazaruddin ketika mengumumkan langkah itu.

Peguam itu akan membantu biro undang-undang itu yang akan diketuai Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, yang juga seorang peguam dan mengetuai biro undang-undang PAS sebelum meninggalkan parti itu baru-baru ini, berikutan perpecahan Pakatan Rakyat.

Hanipa berkata, kepakaran peguam itu akan menjadi penting kerana pemimpin Amanah boleh terlibat dalam beberapa pertelingkahan undang-undang pada masa depan.


Sementara itu, Salahuddin berkata, perancangan Amanah berjalan lancar untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 35,000 ahli berdaftar sebelum pelancarannya minggu depan.

"Kami mengeluarkan 35,000 borang dan mencetak 50,000 borang tambahan. Jadi, kami akan mencapai sasaran kami," katanya.

Amanah, yang kini menggunakan platform Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang tidak aktif, sedang menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan untuk membolehkannya menukar namanya kepada Amanah.

Sebelum ini, kumpulan serpihan PAS itu gagal dalam usahanya berdaftar sebagai Parti Progresif Islam, kerana Kementerian Dalam Negeri enggan membenarkan sebuah parti menggunakan perkataan "Islam" dalam namanya. -TMI




ULASAN GB

Terima kasih, tahniah dan syabas kepada Lebih 100 peguam menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) yang bakal menganggotai biro undang-undang Amanah.

Dan GB merasakan Biro Undang-undang Parti Amanah Negara ini bakal menjadi Biro Undang-undang yang paling ramai peguam berbanding dengan parti-parti lain.

Di zaman dimana proses perundangan menjadi kritikal dan di masa fitnah begitu berleluasa kini, kehadiran para peguam yang ramai adalah satu asset dan parti yang memiliki barisan peguam yang profesyenal dalam bilangan yang ramai akan menjadikan Parti Amanah Negara sebagai sebuah parti yang benar-benar "AMANAH, PROGRESIF & PEDULI".








IKLAN BERBAYAR