6 Okt 2010

Tragedi Bayi Mati Dibunuh Monyet Liar

Kematian Tragis: Monyet Liar Bunuh Bayi

Gambar: Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri membawa seekor monyet yang berjaya ditembak di kawasan semak berhampiran rumah mangsa, berhampiran Taman Happy, Rasah di sini, petang ini.

Seorang bayi perempuan berusia empat hari mati setelah diserang seekor monyet liar menyebabkan kecederaan parah di kepala, telinga, leher dan muka akibat dicakar dan digigit setelah diserang binatang tersebut pada kira-kira pukul 1.15 petang.
--foto BERNAMA

SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia empat hari mati diserang seekor monyet liar di dalam rumahnya berhampiran Happy Garden, Rasah di sini, petang Rabu.

Dalam proses serangan itu dilakukan, monyet liar itu juga dipercayai mengheret atau mengangkat keluar bayi berkenaan ke laman rumah berkenaan dan kemudian membiarkannya di situ.

Bayi yang belum diberi nama itu cedera parah di kepala, telinga, leher dan muka akibat dicakar dan digigit haiwan itu. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 1 petang tadi.

Datuk bayi itu, A. Valayutham, 75, berkata cucunya diserang ketika bayi itu berada di ruang tamu rumah.

Katanya, sewaktu kejadian, dia berada di dapur manakala menantunya B. Revathy, 28, iaitu ibu bayi itu berada dalam bilik air.

"Pada mulanya saya berada di ruang tamu bersama cucu saya itu. Saya kemudian ke dapur untuk minum, namun apabila menantu saya keluar dari bilik air dia dapati bayinya tiada dan terdapat kesan darah.

"Menantu saya cemas dan meluru keluar rumah dan mendapati cucu saya berada di luar rumah dengan kesan darah di kepala dan badan. Jiran saya kemudian membawa cucu saya ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban tetapi cucu saya telah meninggal dunia," kata Valayutham.

Dia berkata, monyet liar itu dipercayai memasuki rumahnya melalui pintu depan sebelum ke ruang tamu dan menyerang cucunya.

Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Khairuddin Mohamad berkata, sebaik sahaja anggota bomba sampai di tempat kejadian, mereka dapati dua ekor monyet berada di atas pokok di kawasan belukar di situ.

"Kita kemudian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara negeri untuk menghantar petugas ke kawasan kejadian untuk tindakan lanjut," katanya.

Anggota Perhilitan kemudian menembak mati seekor daripada monyet itu.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Ishak Muhamad mengesahkan monyet yang menyerang bayi tersebut telah berjaya ditembak oleh kakitangan jabatan itu di tempat kejadian.

Beliau berkata, monyet itu menyerang bayi berkenaan kerana menyangka ia adalah makanan.

“Itu yang kita suspek...monyet berkenaan mencuri masuk ke rumah berkenaan untuk mencari makanan dan dia menyangka bayi itu adalah sejenis makanan lalu membawanya lari,” katanya kepada The Star.

Menurut beliau, monyet itu ditembak mati pada lebih kurang jam 4 petang menggunakan rifel oleh renjer Perhilitan.

Ishak juga mengesahkan bahawa bayi tersebut telah dilarikan dari dalam rumah oleh monyet berkenaan lalu membawanya ke atas bumbung rumah itu.

“Bayi itu mati akibat terjatuh dari atas bumbung selepas ia dilepaskan oleh monyet yang melarikannya mungkin selepas terkejut mendengar jeritan mereka yang berada di dalam rumah,” kata Ishak.

Beliau juga berkata, kes ini adalah yang pertama seumpamanya di negeri berkenaan dan menambah kehadiran monyet jantan itu mungkin kerana tertarik kepada seekor monyet betina yang dibela sebagai binatang peliharaan oleh keluarga berkenaan.

"Kejadian ini adalah sangat luar biasa kerana biasanya monyet hanya mencuri makanan dari atas pokok atau dari rumah yang dibiarkan terbuka,” tambahnya. -mstar

Kereta Lama Akan Ditamatkan Hayatnya. Orang Miskin Makin Menderita.

Proton sokong dasar kenderaan tamat hayat pada Bajet 2011

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lalu.

"Kami faham ia adalah satu proses yang mahal, dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan," katanya pada rumah terbuka Aidilfitri Proton di sini, hari ini.

Syed Zainal berkata, kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.

Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam, tidak berada atas jalan.

"Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia.

"ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggap sampah dan perlu dilupuskan," katanya.

Syed Zainal berkata, kerajaan juga perlu menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mempromosi inovasi, sejajar dengan Model Baru Ekonomi.

Langkah itu, katanya, akan menggalakkan aktiviti R&D dalam negara dengan harapan teknologi itu boleh dikomersilkan.

"Itu setidak-tidaknya sebagai pemangkin oleh kerajaan dalam memudahkan peserta automotif seperti Proton, serta pengguna, untuk mula peka terhadap kenderaan berteknologi hijau," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Dasar Kenderaan Tamat Hhayat (ELV) hendak dilaksanakan bagi menampung industri automotif negara. Dalam bahasa yang mudah "memaksa rakyat untuk membeli kereta baru". Supaya Proton terus dapat hidup. Kerana jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.

Kereta lama dikatakan tidak selamat dan tidak mesra alam.

Namun, kita ingin pihak Proton dedahkan statistik kemalangan jiwa yang berlaku setiap hari. Apakah lebih banyak kereta lama atau kereta baru?

Dasar ELV yang ingin diperkenalkan satu lagi dasar kerajaan BN yang mencerut leher rakyat marhain.

Katakan TIDAK kepada BN!

GALAS: PAS Tetap Lawan. Sedia Letak Calon Orang Asli

PAS tetap lawan biarpun Ku Li calon Galas

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November nanti.

Mursyidul Am PAS itu berkata, jika Tengku Razaleigh ingin menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pasti beliau sudah bertanding ketika Ahli Parlimen Gua Musang itu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz, berkata PAS tidak akan memberi kemenangan percuma jika Tengku Razaleigh menjadi calon dalam pilihan raya kecil itu biarpun Ahli Parlimen tersebut pernah memberikan sokongan kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berhubung isu tuntutan royalti minyak.

"Tuntutan royalti dan menentang calon dalam pilihan raya adalah perkara yang berbeza," katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Lapan Briged di sini, hari ini.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, di Kuala Lumpur akibat barah usus pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari ini bahawa penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Mengulas tarikh mengundi pilihan raya kecil itu, Nik Abdul Aziz berkata, jentera PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

"Bagi PAS akan yakin menang juga sekalipun yang dicalonkan itu Tengku Razaleigh," katanya.

Mengenai pemilihan calon PAS, beliau berkata, pihaknya sudah mempunyai calon yang sesuai untuk diketengahkan.

"Calon memang ada dan sekarang ini makin ramai orang layak jadi calon, kerana kita tunjuk secara fizikal dan praktikalnya di Kelantan, yang menyebabkan orang Melayu, orang Cina pun sudah tertarik," tambahnya. - BERNAMA


PAS sedia pilih calon Orang Asli di Galas

PAS sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding dalam pilihan raya termasuk pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas pada 4 Nov ini, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa.

Katanya ini tidak mustahil jika ada calon yang sesuai dan setelah diambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap PAS.

"Kita tidak menolak kemungkinan boleh memilih masyarakat Orang Asli sebagai calon, memandangkan mereka sudah mula menunjukkan minat dalam politik dan sikap mereka yang mula menerima arus pembangunan sebagaimana masyarakat moden," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan ketua masyarakat Orang Asli dari Galas, Pandak a/l Panjang Ey bahawa pihaknya mempunyai jentera gerak gempur parti sendiri untuk membantu kempen pilihan raya itu dan tidak mahu parti politik mengganggu dan masuk berkempen di kawasan penempatan Orang Asli.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS pada 27 Sept lalu.

Husam berkata sikap terbuka PAS menerima calon dari semua pihak dalam menghadapi pilihan raya selaras dengan dasar parti itu untuk semua.

- Bernama


Kes Liwat Lagi. Fitnah Atau Apa?

Bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa buat SD

Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan- oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.


Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi pembantu, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahimi yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.


Rahimi Osman Buat Laporan Polis Dakwa Diliwat DS Anwar



Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim.

Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuat press conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini.



Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant’Egidio pasti tersentak dengan laporan dan pengakuan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit beliau. -sedakasejahtera


Ulasan GB

Baru beberapa hari lepas GB menulis bahawa Datuk Seri Anwar dilihat sebagai Ketua de facto PKR tidak berkecuali di dalam Pemilihan. GB menulis Apa Agenda Anwar Kecam Zaid?

Petikan:

Sebagai Ketua Umum PKR, ramai persoalkan apa sebenarnya agenda Anwar menyerang Zaid depan umum? Apakah ia untuk membantu Azmin untuk mendapatkan pencalonan lebih banyak di dalam pemilihan ini?

Anwar mungkin sudah merasa selesa kerana selama ini blogger-blogger memberikan sokongan terhadap beliau dan keluarga.

Tetapi apabila Ketua Umum PKR itu dilihat partisan di dalam pemilihan, blogger seperti GB kembali persoalkan perlukah Anwar disokong lagi?

Malah selama ini, sekalian ramai blogger memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuknya, apakah Anwar ada berterima kasih? Apakah Anwar prihatin terhadap nasib mereka?

Hei Anwar, anda boleh menyerang bukan saja Zaid, malah sesiapa juga calon yang bertanding, namun tidak sepatutnya kamu melakukannya di depan umum. Kerana dengan cara itu anda dilihat sudah tidak mempunyai ciri keadilan yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin tertinggi parti. Sekalipun teguran anda bernada umum, tetapi ia jelas ditujukan kepada Zaid.


GB berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan. GB berjuang kerana Islam. GB berjuang kerana Allah. Yang Maha Benar (Al-Haq) dan Yang Maha Adil (Al-Adl) itu adalah diantara nama-namaNya. GB tidak berjuang kerana PAS, PKR, PR, Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Nik Aziz, Hadi Awang dan lain-lain.

Di dalam komen GB yang lepas GB pernah menulis:

mcm dalam gambar tu, jika zaid guna media umno tak boleh, tapi jika anwar sendiri bukan saja gunakan media umno, tetapi bapak umno x apa? sedangkan pertemuan itu dulu sudah cukup utk mengelirukan rakan2 di dalam pr.

nak suruh gb serang anwar lagi selepas ini? insyaAllah, dengan izin dan bantuanNya, mudah sangat bagi gb lakukan.


Dan GB berdoa siang dan malam agar Allah tunjukkan kebenaran dan keadilanNya.

Apakah pendedahan terbaru ini adalah tunjukan dari Allah atau apa? GB belum dapat membuat kepastian. Kita kena tunggu lagi sehingga Allah memberikan petunjukNya lagi.

Begitu juga apabila GB ditegur seorang sahabat yang menyatakan GB keterlaluan apabila mengkritik Suara Keadilan dan TVSelangor yang secara terang-terangan berkempen untuk Azmin. Bagi GB, tiada keadilan di kedua-dua media itu.

Tetapi apa jadi selepas teguran GB itu? Kedua-dua lamanweb itu tidak dapat dibuka.

Apakah ia juga petujuk dari Allah membenarkan perkataan GB? GB tidak berani membuat pengakuan itu.

Apa yang nyata GB terus terang sudah tidak suka kepada pimpinan PKR yang ternyata TIDAK MELAKSANAKAN KEADILAN di dalam partinya. Mereka memfitnah dan mentohmah Zaid Ibrahim tanpa keterangan yang nyata. GB tak der kena mengena dengan Zaid, tetapi GB tak suka kezaliman diperlakukan ke atasnya. Salah kerana diwawancarai oleh Utusan? Ingat wartawan Utusan itu sebahagian besarnya seagama dan sebangsa dengan kita. Mereka tidak boleh dipersalahkan. Nak serang serang editornya sahaja.

GB telah menulis sebelum ini:


Mari kita baca luahan ini:

"Hata Wahari seterusnya mendedahkan bagaimana editor yang menentukan berita muka depan, menonjolkan (highlight) fakta-fakta yang terpilih, dan apa yang ditonjolkan itu bukan ditentukan oleh wartawan. Beliau memberi contoh, "Misalnya dalam kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, ada fakta tentang apa yang dikatakan oleh Saiful, bukan wartawan yang tulis (maksud: bukan ditentukan wartawan). Itu semua fakta-fakta yang di-highlight (ditonjolkan) oleh editor. Editor yang berkuasa membuat penetapan bagi tajuk di muka depan."- MR

Sewaktu zaman reformasi meletus pada 1998 dahulu yang banyak membantu GB mendapatkan berita-berita terkini adalah wartawan-wartawan akhbar pencacai inilah. Masa itu tiada harakahdaily, tiada malaysiakini, malaysian insider, FMT malah blog pun tiada.

GB masih ingat seorang wartawan Utusan menghubungi GB, "ni berita baru, siarkan dalam Laman Reformasi, kami tak boleh siarkan di Utusan".


Dan GB mengakhiri tulisan GB yang lepas dengan kenyataan ini:

Bahawa Allah tidak pernah tidur. Dan GB bersyukur kerana sentiasa berada dibawah lindunganNya selama ini walaupun tiada seorang di atas dunia ini memperdulikan GB. Dan GB akan tetap teruskan perjuangan suci menegakkan kebenaran dan keadilan ini sekalipun terpaksa menegur malah "memancung" para penghalangnya.

Kini, GB berdoa lagi serupa dengan doa-doa dahulu, sebelum kita mengiya atau menidakkan episod terbaru ini sebagai fitnah:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Berdoa sedemikian lebih utama daripada mengikut persangkaan kita. Muga Allah beri petunjuk yang sebenarnya kepada kita semua dan selamatkan kita dari siksaanNya.

PRK Galas: Sewa Rumah Naik Berpuluh Kali Ganda, Gerai Tumbuh Macam Cendawan

Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas pada 4 November ini telah menyebabkan kadar sewa rumah di sekitar bandar Gua Musang kini melambung manakala gerai makanan mulai tumbuh dengan banyaknya.

Tinjauan mendapati sewa rumah meningkat berpuluh kali ganda sejak awal bulan ini kerana penduduk mahu mengambil keuntungan besar seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lepas.

Seorang penduduk, Ismail Dollah, 43, berkata, harga rumah sewa yang kebiasaannya RM200 sebulan kini meningkat kepada RM10,000 dan ada rumah banglo disewakan pada harga RM15,000 untuk tempoh pilihan raya kecil itu.

"Harga rumah naik setiap jam kerana kadarnya berubah mengikut siapa yang sanggup membayar harga yang mahal," katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa penamaan calon ialah pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Tinjauan juga mendapati kadar sewa hotel turut meningkat disebabkan permintaan yang tinggi.

Jika sebelum ini kadarnya RM150 sehari kini kadarnya ialah RM200 sehari.


Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.

Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini.

Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan.

“Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti.

“Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang percaya bahawa semua petugas akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas, serta sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun.

“Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti,” tegasnya. -harakahdaily


Syarikat Anpalagan Bertukar Tangan, Jayanthi Diminta Buat Laporan Polis Berasingan

Jayanthy Diminta Buat Laporan Polis Berhubung Penyelewengan Syarikat Suaminya

SHAH ALAM: Isteri kepada ahli perniagaan yang dilaporkan hilang sejak Ogos tahun lepas, S.Anpalagan, Rabu hadir di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor bagi mendapatkan pandangan berhubung kes penyelewengan dalam syarikat milik suaminya itu.

S.Jayanthy, 34, yang memakai baju berwarna merah jambu dan seluar hitam ditemani Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam tiba di pejabat itu kira-kira pukul 11.55 pagi dan keluar semula sejam kemudian.

Manikavasagam berkata Jayanthy hadir atas arahan polis Bukit Aman berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam syarikat milik Anpalagan termasuk jawatan pengarah syarikat yang bertukar tangan tanpa sebarang makluman pada Disember tahun lepas, kira-kira empat bulan selepas kehilangan mangsa.

"Hasil pertemuan dengan seorang pegawai (polis) tadi, Jayanthy diminta untuk mendapatkan lebih banyak maklumat termasuk dokumen-dokumen penting serta membuat satu laporan polis berasingan mengenai penyelewengan dan penipuan syarikat milik suaminya," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, Manikavasagam berkata pihaknya akan membantu Jayanthy mengumpul semua dokumen yang diperlukan dalam masa seminggu sebelum satu laporan polis dibuat.

Beliau berkata Jayanthy telah melantik seorang pembantu khas bagi semua urusan termasuk mendapatkan maklumat dan dokumen syarikat milik suaminya itu.

Sementara itu, Jayanthy yang ditemui berkata dia akan berusaha mendapatkan segala dokumen yang diperlukan dalam kadar segera.

Sabtu lepas, Jayanty melahirkan rasa bimbang apabila masih tidak mengetahui nasib suaminya, Anpalagan, 43, yang tidak pulang ke rumah setelah menemui seorang rakannya di Bukit Sentosa, Rawang.

Jayanthy yang membuat laporan polis di Balai Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2009 berkata rakan Anpalagan ada memberitahu bahawa suaminya memaklumkan dia hendak ke Banting.

Bagaimanapun, kereta Mercedez Benz bernombor AGJ 32 milik suaminya dikesan berada di Nur Lembah Pangson Eko Resort, Hulu Langat menerusi sistem kedudukan global (GPS) tetapi resort berkenaan memaklumkan suaminya tidak mendaftar masuk.

Isnin lepas, Jayanthy menghantar memorandum ke Bukit Aman bagi meminta polis menyegerakan siasatan kes kehilangan suaminya itu. - BERNAMA

Tuanguru Nik Aziz Ke Singapura Ziarah Keluarga Lee Kuan Yew

Nik Aziz ziarah keluarga Lee Kuan Yew

SINGAPURA, 6 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam diterima sebagai tetamu kehormat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau ke negara republik itu bagi memberi penghormatan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kuan Yew berikutan kematian isterinya, mendiang Kwa Geok Choo.

Deligasi Tuan Guru Nik Aziz yang juga Musryidul Am PAS tersebut turut disertai Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan dua setiausahanya yang lain.

Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Changi, Singapura jam 10.20 pagi semalam, disambut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Ahmad Faisal Muhamad.

Mereka kemudianya ditempatkan sementara di bilik rehat di VIP Complex sebelum dibawa menziarah mendiang Kwa di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di sini.

Gambar kanan: Tuan Guru bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura.)

Kunjungan ke Istana kemudiannya disambut anak kepada mendiang Kwa, Lee Hsien Loong yang juga Perdana Menteri republik ini sekarang.

Nik Aziz dibawa menziarah mendiang Kwa sebelum diberi peluang bertemu dan berbual-bual dengan Hsien Loong yang sentiasa berada di sisi mendiang ibunya sejak lawatan dibuka kepada umum semalam.

Semalam juga adalah hari terakhir untuk rakyat negara itu memberi penghormatan sebelum jenazah mendiang dibawa ke Mandai Crematorium hari ini untuk upacara terakhir.

Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.

Ketika ditemui selepas lawatan itu, Nik Aziz berkata beliau mengharapkan ahli keluarga sabar menerima ketentuan tersebut.

"Saya hadir untuk ucap takziah kepada keluarga Kuan Yew. Jangan bersedih sangat dan saya yakin mereka sabar terima ketentuan ini," katanya ketika ditanya beberapa wartawan tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya lagi, penganut Islam mempercayai bahawa hidup dan mati adalah kepunyaan Allah, dan dia berkuasa ke atas hamba-Nya.

"Semasa kita hidup ini kita kena isi betul-betul untuk keredhaan Allah sebab kita mati akan jumpa Dia (Allah).

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan lawatan tersebut juga adalah sebagai kunjungan balas terhadap lawatan Kuan Yew ke Kota Bharu awal tahun ini.

Nik Aziz bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan Lee Kuan Yew sendiri semalam ekoran masalah kesihatan bekas perdana menteri Singapura itu dengan ditambah pula dengan suasana kematian isterinya.

Kuan Yew kini sedang mendapat rawatan ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Eropah, baru-baru ini.

Difahamkan, pihak hospital juga tidak membenarkan Kuan Yew menerima kunjungan tetamu buat sementara waktu.

"Lee Kuan Yew datang melawat Kelantan awal tahun ini, dan ini adalah kunjungan balas saya.

"Walaupun tidak dapat bertemu, saya harap beliau berada dalam keadaan sihat," katanya. -harakahdaily

Kesilapan Soalan Bahasa Melayu, PMR

Saya ingin membuat pemakluman dan komen bahawa terdapat kepincangan dalam Kertas 1 ,Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah hari ini ( 5 Okt 2010).

1) Pertama, soalan nombor 20 yang berikut:

Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. (TIADA JAWAPAN yang tepat). Sepatutnya ada jawapan "Indah sungguh atau Sungguh indah".

A. Amat terindah
B. Sungguh amat indah
C. Amat sungguh terindah
D. Sungguh amat terindah

Jawapan A salah kerana imbuhan 'ter' adalah bersalahan. Jawapan B, C dan D itu tidak boleh diterima kerana 'kata sifat super' berulang-ulang. Perkataan 'amat' menunjukkan 'sifat bersangatan' (superlative) dan perkataan 'amat' juga menunjukkan 'sifat bersangatan' yang sama. (Namun , kalau ingin diterima ; boleh dirujuk jawapan “B“).

2) Kedua, soalan nombor 23:

Semua jawapan adalah bersalahan dari segi etika penggunaan tata bahasa, khasnya dalam peperiksaan penting ini. Perkataan 'banyak orang' yang digunakan dalam semua jawapan adalah salah, yang mana sepatutnya di ganti dengan 'ramai orang'. ( Namun dari segi maksud ; sememangnya jawapan "'A"' paling hampir untuk memenuhi kehendak soalan).


3) Ketiga, soalan nombor 27:

Tidak ada jawapan.

i-Yang berkaca mata itu bijak berpantun dan bersyair
(ayat ini salah kerana penggunaan perkataan 'yang' di awal ayat).

ii-Buku-buku teks yang dibawanya itu penuh hingga satu beg.
(ayat ini membawa maksud buku teks itu yang penuh, bukan beg itu yang penuh).

iii- Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi.
(ayat ini sepatutnya: Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan oleh adik tengah hari tadi).

iv-Penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja mampu mnengelakkan kesesakan lalu lintas.
(ayat ini betul ).

Jawapan yang disediakan kepada calon peperiksaan :

A. I dan IV
B. II dan III
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja.

Komen:

Kalau pun ada jawapan, sepatutnya disediakan jawapan

- iii dan iv , ( seandainya jawapam {iii} ini ingin diterima oleh panel pemeriksa)
- iv sahaja ,

sedangkan pilihan jawapan ini tidak diberikan/disediakan.

Sekian, ini komen saya demi kebaikan semua. Secara peribadi saya amat menghargai jika pihak kementerian sudi menilai semula soalan-soalan tersebut demi keadilan kepada semua pelajar PMR yang mana mencengkam emosi mereka serta berlaku pembaziran masa ketika menjawabnya.

Sekian, terima kasih. -Ibni Khalid Jurait

4 Nov 2010 - Hari Mengundi Galas, 26 Okt - Penamaan Calon

DUN Galas: 26 Oktober penamaan calon, 4 November mengundi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, manakala 4 November sebagai hari mengundi.

Pengumuman tarikh pilihan raya kecil itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Galas, di sini, pagi ini.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh. -BH

Suspek Buat Laporan Polis Dakwa Dihalang Dapatkan Representasi

Suspek utama dalam kes Sosilawati buat laporan polis

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Suspek utama dan adik lelakinya yang ditahan polis sejak 11 Sept berhubung dakwaan kaitan mereka dengan pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, membuat laporan polis di balai polis Teluk Panglima Garang semalam.

“Datuk” berusia 41 tahun itu dan adiknya berusia 38 tahun membuat laporan pada kira-kira 5 petang berhubung dakwaan mereka dinafikan hak representasi yang sah dan lawatan oleh anggota keluarga.

Adik beradik itu yang juga peguam kini ditahan polis Selangor sejak Sabtu lepas, mendakwa bahawa rayuan awal mereka untuk mendapatkan representasi sah dinafikan ketika dalam tahanan polis Kuala Lumpur.

Dalam laporan itu, mereka juga mendakwa ketika dalam tahunan polis di ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur selama hampir tiga minggu, mereka dipaksa menandatangani satu dokumen.

Mereka juga mendakwa mereka disoalsiasat berterusan oleh pegawai polis menyebabkan mereka rasa “teruk tertekan dan diseksa”.

Mereka menyatakan bahawa mereka ingin menemui peguam sebelum tarikh tamat perintah reman mereka pada Khamis (7 Okt).

Dalam pada itu, peguam Ravi Neeko menggesa polis mendakwa suspek termasuk anak guamnya jika mereka mempunyai “banyak” bukti sebagaimana mereka dakwa.

Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam Ahmad Kamil Abd Karim, 32; dilaporkan hilang sejak 30 Ogos selepas mereka dikatakan ke Banting atas urusan jual beli tanah.

Pada 13 Sept, pengarah CID Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan bahawa keempat-empat mangsa itu telah dipukul hingga mati dan mayat mereka dibakar dan abunya ditabur ke sebatang sungai dekat Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Beliau juga mengesahkan polis menangkap enam yang lain dipercayai pekerja bagi peguam itu berhubung pembunuhan tersebut. – Bernama

Ulasan GB

Sekalipun mereka suspek pembunuh itu, sesiapa pun dengan apa kesalahan pun wajar tidak dinafikan representasi.

Tindakan polis menghalang representasi, pemaksaan menandatangani apa-apa dokumen dan interrogasi melampau akan hanya mengundang masalah dan melambatkan lagi kes ini untuk diselesaikan.

Zaid Mendahului Dalam Undian Di Blog Penyokong Azmin

Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR semakin hangat. Setakat ini calon yang memperolehi pencalonan terbanyak, Azmin Ali dilihat semakin menggila dan agresif untuk mendapatkan jawatan berkenaan, manakala Zaid Ibrahim dan lain-lain calon kelihat tenang dan bersahaja. Keududukan setakat ini ialah: Azmin Ali 102, Zaid Ibrahim 38, Mustafa kamil Ayub 17, Tian Chua 5, Khalid Ibrahim 4.

Apa yang menarik perhatian saya ialah bancian di sebuah blog penyokong kuat Azmin, iatu wfauzdin.blogspot di mana daripada jumlah 2243 orang yang menyertai undian itu, 39% memilih Zaid Ibrahim meninggalkan Azmin yang memperolehi 33%, Khalid Ibrahim 12%, Mustafa 8%. Soalan bertanya "Dikatakan Tokoh Ini Adalah Calon Jawatan Timbalan Presiden PKR. Siapakah Pilihan Anda?"

Azmin semenjak sebelum pencalonan lagi telah mula menggerakkan kempennya dengan wayang beberapa orang ADUN dan MP membuat kenyataan memberi sokongan kepada pencalonannya. Malah ada YB-YB yang menampakkan kesengetan yang teramat sangat apabila menyerang pula batang tubuh bakal calon lawan dengan mempertikaikan kesetiaannya dan menuduhnya sebagai musuh dalam selimut (trojan horse).

Tetap sandiwara tersebut tercalar apabila beberapa orang YB pula bangun menafikan keterlibatan mereka di dalam agenda sokongan pencalonan Azmin itu.

Azmin pula dilihat menerima sokongan kuat dari Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Dr. Syed Husin Ali apabila kedua-dua pimpinan itu menampakkan "ketidak-neutral"an mereka berdua apabila melakukan serangan terbuka terhadap Zaid Ibrahim.

Sementara itu, media PKR seperti Suara-Keadilan dan TVSelangor juga menampakkan kecenderungan yang amat sangat menyokong Azmin dan menekan Zaid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden. Sesuatu yang begitu janggal apabila media-media parti tidak dapat berkecuali di dalam saingan merebut jawatan di dalam PKR.

Penyokong Azmin juga telah menyerang portal media alternatif Free Malaysia Today yang disifatkan oleh mereka menyamai Utusan Malaysia. GB telah mengulas di
Kisah Benar: PKR Jangan Mudah Menempelak Media Alternatif..

Di blog wfauzdin itu juga terdapat bancian terhadap pemilihan Ketua AMK dimana Badrul Hisyam (Ce'gu Bard) mendahulu pesaing-pesaingnya dengan 79% daripada 1626 yang menyertai undian berkenaan.


"Saya Hanya Ikut Arahan Pihak Atasan", Itu Saja Yang Dia Tahu Dalam Perbicaraan Mohd Sabu

Perbicaraan Mohamad Sabu ditangguh 29, 30 Nov

SEBERANG PRAI, 5 Okt: Perbicaraan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan sembilan yang lain setelah ditangguhkan untuk beberapa kali sebelum ini sekali lagi telah ditangguhkan selepas perbicaraan yang berjalan bermula pada jam 10.00 pagi tadi di Mahkamah Majistret Jawi, Seberang Perai Selatan.

Majistret Mohd Izham Ali yang mendengar kes perbicaraan tersebut telah menangguhkan kes tersebut pada 29 dan 30 November yang akan datang.

Perbicaraan yang melibatkan ramai dari pendokong PAS itu telah tiba sejak awal pagi bersama-sama dengan Mohamad Sabu.

Namun begitu selepas perbicaraan berjalan selama hampir dua jam, ia telah ditangguhkan kepada tarikh tersebut.

Menurut kertas pertuduhan, kesemua mereka telah dituduh menghalang anggota polis berpangkat Superitenden Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap Mohamad Sabu.

Kesalahan tersebut didakwa telah dilakukan di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, lebuhraya PLUS berhadapan susur keluar lebuhraya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada jam 7.45 malam 9 Disember 2007.

Kesemua mereka juga dituduh menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang mana membawa humuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10 ribu atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit akan kesalahan.

Dalam perbicaraan yang diadakan tadi, kesemua yang dituduh terdiri dari Mohamad Sabu, Fauzi Saharat, Abd Rahim Md Ariff, Zairun Azrul Zainal Abidin, Zamarul Aini Abdul Malek, Mohd Bunyamin Ishak, Md Lazim Osman, Abd Razak Ramli, Mohd Sabri Said dan Mohamed Salleh hadir.

Mohamad Hanipa Maidin bersama-sama dengan Aminuddin Zulikifli dan Yusnita Yusoff mewakili kesemua tertuduh.

Apa yang menariknya semasa sesi perbicaraan tersebut, apabila Hanipa menyoal balas saksi pendakwa dalam perbicaraan tadi telah beberapa kali memohon kepastian sama ada ada atau tidak waran tangkap diterima secara bertulis dan diserahkan kepada Mohamad Sabu semasa tangkapan hendak dilakukan.

Saksi pendakwa yang berpangkat ASP itu beberapa kali menyatakan bahawa beliau hanya menurut arahan pihak atasan secara lisan dan tidak ada waran tangkap secara bertulis yang diserahkan kepada tertuduh.

Hanipa untuk beberapa kali mengulangi soalan yang sama kepada saksi pendakwa apakah arahan boleh mengatasi undang-undang atau dari mana-mana kuasa sekalipun sedangkan tertuduh tidak dibekalkan secara hitam putih waran tangkap untuk diserahkan kepadanya.

Namun begitu saksi pendakwa tetap menyatakan beliau hanya menurut arahan pihak atasan walaupun bertindak tanpa waran tangkap yang perlu diserahkan kepada tertuduh.

Antara beberapa soalan menarik yang ditanya oleh Hanipa.

Hanipa: Tertuduh (Mohamad Sabu) tidak ditunjukkan surat waran tangkap, apakah beliau boleh ditangkap begitu sahaja.

Saksi pendakwa: Saya hanya mengikut arahan pihak atasan.

Hanipa: Apakah arahan boleh mengatasi undang-undang atau dari mana-mana pihak sekalipun.

Saksi pendakwa: Saya hanya menerima arahan.

Hanipa: Jika terima arahan apakah tangkapan ini tidak bercanggah dengan undang-undang. Kenapa tidak minta waran tangkap.

Saksi pendakwa: Saya terima arahan ketua sahaja.

Hanipa: Antara arahan ketua dan undang-undang mana yang perlu dipatuhi?

Saksi pendakwa: Undang-undang. -harakahdaily

Kisah Benar: PKR Jangan Mudah Menempelak Media Alternatif...

FMT Dianggap Bersuara Seperti Utusan Malaysia

SHAH ALAM 5 Okt - Tindakan portal berita FreeMalaysiaToday (FMT) yang dilihat cuba melaga-laga serta memburuk-burukkan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) diibaratkan sebagai 'gunting dalam lipatan' dan 'api dalam sekam'.

Peribahasa ini dikaitkan dengan FMT apabila portal berita itu menyerang pimpinan utama KEADILAN iaitu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan lalu.

Ini terbukti dengan paparan artikel, berita dan ulasan yang menghentam kepimpinan Anwar serta pimpinan kanan parti antaranya berhubung isu KEADILAN Sabah dan lebih nyata lagi ketika kempen Pemilihan 2010 yang berlangsung sekarang.

Antara tajuk artikel yang dimuatkan di dalam portal tersebut yang dianggap anti-Anwar dan KEADILAN adalah seperti 'Mahathir kicked Anwar out of UMNO, yes, but who will now kick UMNO out of Anwar?', 'Why Anwar will not enter the fray in PKR polls', 'PKR election mess fault of Anwar-Azmin', 'Anwar is a liar, says Muhyiddin' serta 'PKR to kick our Zaid?'

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa menyifatkan sikap FMT itu menunjukkan ia seolah-olah berniat memporak-perandakan KEADILAN dengan serangan terhadap parti serta barisan kepimpinannya.

"Kita sebagai anggota parti berasa kesal dan kurang senang dengan agenda mereka ini. Mereka nampaknya amat senang mengkritik segala isu dalaman parti khususnya terhadap Anwar sebagai Ketua Umum.

"Kalau kita tengok fokus FMT adalah menyerang Anwar bertubi-tubi dan tidak ubah seperti 'gunting dalam lipatan' atau dalam peribahasa lain, 'api dalam sekam'," tegas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurutnya lagi, perkara sebegini seharusnya tidak berlaku dan wajar dihentikan jika benar-benar portal itu bebas seperti mana slogannya 'free and independent' atau bebas dan berkecuali.

FMT katanya lagi, harus menghentikan tindakan mereka yang dianggap seperti ingin mewujudkan polemik dan ketidakstabilan dalam KEADILAN.

Sebelum itu, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali turut menyelar FMT yang disifatkan berlagak seperti lidah fitnah Umno, Utusan Malaysia walaupun ia dilihat sebagai pro-Pakatan Rakyat.

Dr Syed Husin di dalam twitternya berkata FMT 'sama naik dengan Utusan burukkan KEADILAN. Mereka percaya dengan apa yang mereka goreng tetapi yang masak lain.'

Fariz turut bersetuju dengan pandangan Dr Syed Husin sambil berkata FMT bertindak bukan sahaja seperti Utusan malah mirip sikap pemimpin Umno yang menyerang KEADILAN tanpa asas, fakta dan secara tidak bertanggungjawab. -pkr2010

Ulasan GB

Itulah perangai kita. Bila orang tegur dan kritik kita, terus diutusanmelayukan.

Sedangkan selama ini FMT salah satu media yang diburu dan dikerumuni oleh warga siber untuk mendapatkan maklumat terkini seperti Harakahdaily, Malaysiakini, The Malaysian Insider, Merdeka Review, Suara-Keadilan dan TV-Selangor.

Ada yang begitu fobia bila pimpinan dan parti dikritik. Kalau boleh mereka mahu semua media mesti mengampu, mesti hanya beri yang wangi-wangi di dalam beritanya terhadap PKR dan pimpinan.

Kita perlu rasional, kita perlu berfikiran terbuka, kita perlu berlapang dada dengan kritikan.

Tempoh untuk kita bersenang-lenang dengan laporan-laporan manis dan enak dari alam siber sudah masuk ke fasa peningkatannya dimana kini media siber akan menguji, sudah setakat manakah kemapanan dan keutuhan kita yang bernama Pakatan Rakyat ini untuk menggantikan Barisan Nasional di Putrajaya.

Jangan sentiasa mengharapkan yang muluk-muluk saja dari media alternatif tapi mengabaikan kritikan.

Jika demikian kita adalah "si manja" yang bacul dan pondan.

Sekarang ini seperti GB katakan tadi, fasa untuk kita berharapkan berita-berita indah dari media alternati sudah masuk ke fasa kedua. Iaitu media alternatif juga akan menjadi bahan penguji kekuatan kita. Anwar diserang, PKR dibelasah, pimpinan dipersoalkan. GB katakan memang sewajar begitu. Itu hukum kebenaran dan hukum alam. Tanah tidak sentiasa gembur untuk tanaman, ada masa ia keras berdentum tanpa siraman air dan baja. Langit pula tak sentiasa cerah, isteri sendiri pun tak boleh sentiasa ditiduri setiap malam! Ada masa lampu merah. Kena terima kebenaran itu. Lucah? Tak apa, biar GB kisahkan supaya bebal bertongkol di atas kepala itu dapat dimusnahkan.

Bukan sahaja FMT, lihat sahaja Malaysia Today milik Raja Petra Kamaruddin. Apa katanya? Mengapa kini beliau seperti meletakkan kata dua untuk PKR?

Malah Top 5 Blogs Penyokong Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya 3 daripadanya tidak berpihak kepada Azmin, yang dikatakan calon favorite Timbalan Presiden.

Apakah blog RPK dan Top 5 Blog PR ini juga akan disamakan dengan Utusan hanya semata-mata tidak menyajikan berita muluk-muluk lagi untuk pimpinan PKR?


Anwar dikritik kerana Anwar dilihat sudah berpihak. Petikan daripada kenyataan media Anwar:

"Perjalanan proses pemilihan telah memperlihatkan beberapa kenyataan yang amat pedas dan kasar diluahkan oleh sesetengah pemimpin yang dilihat tidak secucuk dengan kedudukan dalam parti yang mereka kejar."

Ia jelas ditujukan kepada Zaid, kerana Zaid telah mengkritik pedas Presiden PKR.

GB juga tidak suka perkataan itu lahir dari kenyataan media Penasihat PKR. Kritikan betapa pedas sekalipun tidak sehebat kritikan seorang sahabat yang menghunus pedang di leher Umar Al-Khattab yang berkata, "jika Umar silap aku akan betulkan Umar dengan pedang ini." Umar tidak mebantah sebaliknya Umar berkata, "Bersyukurlah Umar kerana ada umat Mohd yang akan membetulkan dirinya dengan mata pedang!"

Anwar perlu muhasabah. Sebagai pemimpin tertinggi, bukan sahaja PKR, tetapi Pakatan Rakyat sepatutnya menampakkan ciri-ciri keunggulan kepimpinan. Masa untuk pujian-pujian dengan ucapan retorik sudah belalu. Ini zaman digital, ini era global, ini masa rakyat menilai "mutu" kepimpinan, zaman "walk the talk" bukan "talk the talk" lagi.

Kalau dulu orang boleh dipegunkan dengan ucapan memukau dan aura hebat seorang orator, kini tidak lagi. Zaman ceramah-ceramah sudah berlalu. Kalau adapun, kemenangan dalam pilihanraya tak lagi didasarkan kepada bilangan yang ramai di dalam ceramah, tetapi berdasarkan kepada apa yang kita lakukan secara konkrit untuk rakyat. Pemenuhan janji kepada rakyat - seperti yang diutarakan oleh Raja Petra.

Bukan sahaja FMT, Raja Petra dan blogger-blogger yang berkecil hati dengan Anwar, malah beberapa pimpinan PR juga merasakan demikian. Anwar dilihat telah mengenepikan peranan orang yang banyak membantunya.

Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang, semasa perasmian Ijtima Tarbawi baru-baru ini melahirkan isi hatinya secara ikhlas yang beliau dan PAS dipinggirkan di dalam Pakatan Rakyat. Walhal PAS dengan petugasnya paling banyak membantu kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat, tak kira apa parti dan bangsa sekalipun.

"Presiden PAS menegaskan bahawa PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan apabila mencapai kemenangan.

Beliau tidak mahu kesilapan yang lepas berulang di mana kumpulan Islam dipinggirkan apabila negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, sewaktu negara dijajah, kumpulan Islam di depan menentang penjajah tetapi setelah merdeka, mereka dipinggirkan.

“Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,” tegasnya."
- laporan harakahdaily.

Begitu rajuknya Ustaz Abd Hadi. Bagi yang membaca dengan matahati jelas ia satu penempelakan terhadap Anwar yang menjadi pemimpin tertinggi PR. Maka dengan sebab itu, agak GB, kerana merasa terpinggirlah, timbul gagasan bukan-bukan seperti UG dan sebagainya dari Presiden PAS itu yang kemudian menjadi tugas GB dan sekalian blogger PAS pula untuk mempertahankan PR sepertimana kewujudannya pada awal pembentukan.

Tetapi kritikan Presiden PAS itu, bagi GB ada kewajarannya dan Anwar perlu sedar diri.

Dan mesej yang dibawakan oleh Zaid hampir menyerupai kritikan-kritikan tadi. Kalau terus nak pinggirkan sesiapa pun kerana PKR rasa dah cukup kuat, teruskanlah. Kalau PKR nak boikot media alternatif termasuk blog GB ni sekali silakan.

Blogger akan juga meneruskan kerja mereka seperti biasa. Tiada siapa juga boleh tentukan halatuju dan corak pemberitaan FMT itu. Maaysiakini dan Malaysian Insider pun satu hari akan mengikuti jejaklangkah FMT itu. Dah sememang begitu keadaan Hukum Kebenaran. Malah Utusan pun, yang bersalah bukan wartawannya tetapi adalah sang editornya.

Mari kita baca luahan ini:

"Hata Wahari seterusnya mendedahkan bagaimana editor yang menentukan berita muka depan, menonjolkan (highlight) fakta-fakta yang terpilih, dan apa yang ditonjolkan itu bukan ditentukan oleh wartawan. Beliau memberi contoh, "Misalnya dalam kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, ada fakta tentang apa yang dikatakan oleh Saiful, bukan wartawan yang tulis (maksud: bukan ditentukan wartawan). Itu semua fakta-fakta yang di-highlight (ditonjolkan) oleh editor. Editor yang berkuasa membuat penetapan bagi tajuk di muka depan."- MR

Sewaktu zaman reformasi meletus pada 1998 dahulu yang banyak membantu GB mendapatkan berita-berita terkini adalah wartawan-wartawan akhbar pencacai inilah. Masa itu tiada harakahdaily, tiada malaysiakini, malaysian insider, FMT malah blog pun tiada.

GB masih ingat seorang wartawan Utusan menghubungi GB, "ni berita baru, siarkan dalam Laman Reformasi, kami tak boleh siarkan di Utusan".

Dan Laman Reformasi menjadi media paling top masa itu di alam siber ini, dengan catatan sejuta pembaca setiap malam. Untuk membantu Anwar. Untuk menggerakkan massa. Untuk reformasi. Untuk kebenaran dan keadilan (slogan yang GB pinjam daripada motto ABIM dijadikan motto Laman reformasi ketika itu). Setelah berbulan2 menyendiri mengendalikan LR, GB jatuh sakit akhirnya, dan tiada seorang pun datang menziarahi GB kecuali ibu yang sudah amat tua menjadi peneman waktu itu.

Ini bukan hal mengungkit tetapi kisah sebenar untuk batang tubuh orang-orang yang sekarang ini ada yang dah mendakwa hanya dirinya reformis sebenar dengan menafikan peranan orang lain.

Bahawa Allah tidak pernah tidur. Dan GB bersyukur kerana sentiasa berada dibawah lindunganNya selama ini walaupun tiada seorang di atas dunia ini memperdulikan GB. Dan GB akan tetap teruskan perjuangan suci menegakkan kebenaran dan keadilan ini sekalipun terpaksa menegur malah "memancung" para penghalangnya.