17 Jan 2009

Keputusan Terkini PRK P036

BN dan PAS saling kejar mengejar.


PAS MENANG!!!


Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Keputusan itu diumumkan oleh Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.30 malam.

Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.

Beliau menang dengan majoriti 2,631


Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.

9.10 malam RASMI:BN 29,969, Pas 32,393, Bebas 191. Majoriti 2,424

9.05 malam RASMI:BN 29,862, Pas 32,225, Bebas 190. Majoriti 2,363

9.00 malam RASMI:BN 27,530, Pas 29,127, Bebas 175. Majoriti 1,957

8.50 malam RASMI:100 daripada 144 peti undi dikira, BN 21,461, Pas 22,004, Bebas 136. Majoriti 543..

8.35 malam TIDAK RASMI:PAS mendahului dengan 2,132 undi dengan 52,466 kertas undi dikira - PAS (26,971), BN (24,839), Bebas (152).

Malaysiakini melaporkan "PAS is certain to win the crucial Kuala Terengganu by-election with this unassailable lead."

8.20 malam RASMI: Setelah 85 peti dari 144 peti dibuka BN 18,364, Pas 18,532, Bebas 119. Majoriti 168


8.15 malam TIDAK RASMI: PAS ketika ini mendapat 23,956 undi berbanding BN - 21,884 undi. Manakala calon Bebas - 138 undi. Jumlah majoriti yang dimenangi PAS - 2072 undi.

8.10 malam TIDAK RASMI: Sumber dari ibu pejabat PAS menyatakan setelah 70% kotak dikira, PAS mendahului dengan majoriti 2,026 undi

8.00 malam: BN 15,385, Pas 15,189, Bebas 92. Majoriti 196. 70 daripda 144 peti telah dikira.

7.45 malam Setelah 50 peti undi dikira, BN 11,120, Pas 10,802, Bebas 69.

7.05 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

7.02 malam Keputusan tidak rasmi - BN mendapat 1,039 undi manakala PAS mendapat 86 undi. Calon bebas mendapat 1 undi.

7.00 malam Pada umumnya, PAS mendahulu di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dengan marginyang besar. Di bandar dan Ladang pula, PAS mendahului dengan margin yang kecil.

Akan dikemaskini sebentar lagi

Lintas Lansung PRK P036

LAPORAN PRK P036 K.TERENGGANU.

Sebanyak 143 saluran di 36 pusat mengundi dibuka mulai pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 80,229 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Hasil tinjauan para pemerhati senario suasana di pusat pembuangan undi berjalan lancar dan suasana tenang pada sebelah pagi tanpa sebarang masalah. Namun kemudiannya, satu insiden pergaduhan telah berlaku di Losong DUN Bandar ekoran penyokong Umno yang membawa banner yang tertulis 'PAS klu klek' (PAS bohong) yang bersifat memprovokasi sehingga menyebabkan penyokong-penyokong PAS yang berada di situ naik marah sehingga menimbulkan pertengkaran kecil

Wartawan Harakahdaily.net melaporkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa kesal di atas kempen yang agak kurang sopan dilakukan Puteri Umno sehingga menyerang peribadi pemimpin PAS dan KeADILan.

Katanya, telatah kurang sopan juga yang dilakukan Puteri Umno dan Pemuda mencerminkan keadaan sebenar perjuangan mereka.Pada kempen itu mereka melaungkan 'PAS gila, PAS pelihara babi, Anwar Ibrahim liwat' sehingga menimbulkan kemarahan penyokong PAS dan Pakatan.





dikemaskinikan setiap 30 minit.

MSTAR melaporkan pada jam 12.30 tghari kira-kira 42 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi.

Malaysianinsider pula menyatakan bahawa PRK ini amat penting bagi BN, ia merupakan situasi dimana BN terdesak untuk mempastikan ia menang bagi memulihkan imejnya dari tsunami 8 Mac 8 lalu seementara bagi Pakatan Rakyat pula PRK adalah bagi membuktikan ia belum kehilangan momentum and serta kekukuhan parti komponen Pakatan Rakyat yang masih baru disamping memenangi hati dan minda pengundi Melayu.

Pahang Daily Online melaporkan satu berita "gempar" berlaku di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Ia berikutan terdapat beberapa orang pegawai SPR yang menjaga "kaunter semakan daftar pemilih" telah menghalang seorang pengundi berdaftar masuk mengundi. Kejadian melibatkan seorang pengundi yang dikenali sebagai Puan Wok Binti Long, dari Kg.Bukit Besar yang dihalang masuk atas alasan beliau sudah mengundi. Walhal pengundi terbabit baru sahaja keluar rumah untuk pergi menunaikan tanggungjawab tersebut.

3.05 ptg Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, kedudukan sebelah pagi nampaknya lebih cenderung kepada PAS dan Pakatan Rakyat hasil kerja keras petugas sejak hari penamaan calon. “Saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih di atas sokongan padu semua pihak terutamanya yang datang dari luar Terengganu bagi membantu calon kita.

“Hasil kesungguhan mereka mungkin dapat memberi kesedaran baru kepada pengundi di sini bagi mengembalikan semula kecemerlangan PAS seperti yang berlaku pada 1999,” katanya ketika ditemui di tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga di sini, hari ini. Menurutnya hasil tinjauan sejak pagi lagi keadaan di seluruh tempat membuang undi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


3.15 ptg

Harakahdaily melaporkan Pengerusi Biro Putera Umno Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim telah 'ditahan' oleh sepasukan skuad pemantau PAS daripada Kedah kerana dipercayai menyamar sebagai agen tempat mengundi.

Azeez didapati memakai kad pas agen Barisan Nasional (BN) kepunyaan Ibrahim Omar nombor kad pengenalan 660404-11-5335 dan mendakwa beliau merupakan anak tempatan sedangkan beliau adalah calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen Baling, Kedah melawan Dato' Taib Azzamuddin daripada PAS.

Ronnie Liew, Exco Kerajaan Negeri Selangor menyatakan "Baki lima jam ini, peluang menang lebih cerah kepada calon Pas, Haji Abdul Wahid Endut dan selangkah lagi kemenangan kepada Pakatan Rakyat"

"Sepanjang kempen lalu jarang benar kelihatan jentera parti kompenan lain BN termasuk MCA dan Gerakan datang membantu kempen BN-Umno, MCA dan Gerakan dilihat takut turun bersama mereka," ujarnya.

"Sehingga hari membuang ini saya masih tidak lihat kelibat mereka turun membantu, jauh sekali dalam membantu merayu undi, ternyata 'gelombang peralihan' kaum cina di sini sangat menakutkan parti kompenan kuat BN ini.

Menurut laporan wartawan bertugas, MIC dan PPP sendiri juga dilihat tidak datang membantu kempen Umno. Ternyata Umno kelihatan lemah bersendirian dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini.


3.30 ptg


70% telah membuang undi. Purata 10@ pengundi untuk setiap 1 jam semenjak dari pagi tadi.

5.00 ptg
Semua 36 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ditutup tepat jam 5 petang tadi bagi membolehkan pengundi memilih wakil Parlimen mereka, hari ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi mencecah 80 peratus.

Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila daripada sekarang dan keputusan rasmi dijangka diperolehi sebelum pukul 10.30 malam.

SPR akan mengadakan sidang media pada pukul 6 petang ini.

Laporan lain akan menyusul





















P036 KT: Jom Kita Runtuhkan Keangkuhan BN

HARI INI adalah satu lagi peluang terbaik kita untuk meruntuh dan meerobek kesombongan dan keangkuhan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Hari ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia menghantar signal yang jelas kepada kerajaan BN: bahawa masa untuk BN untuk bungkus telah semakin hampir dan rakyat sudah muak dengan gelagat keangkuhan dan kesombongan mereka.

Mereka berulang-kali memainkan lagu yang streotaip basi kononnya hanya BN yang mampu membawa pembangunan, kononnya hanya BN yang mempunyai track record pemerintahan yang unggul, kononnya hanya BN yang mampu menongkat langit dan hanya BN yang bla bla bla.

Kononnya pemimpin BN sajalah yang mampu menterjemah impian menjadi realiti, kononnya hanya BN yang boleh memertabatkan agama dan bangsa, kononnya hanya BN yang (dalam satu kenyataan TPM yang namanya sinonim dengan Altantuya, mampu make things happen.


Golongan UMNO dan BN yang mabuk kuasa ini sanggup melakukan apa saja, by hook or by crook untuk memenangi setiap pertandingan dan pilihanraya. Dunia menyaksikan bagaimana mereka memperkuda dan memperkosakan machineries, media and money serakusnya untuk mencapai hasrat mereka.

Di atas nama politik yang berfalsafah haiwaniah Machievelism, the end justifies its means, matlamat menghalalkan cara, rakyat di seluruh negara menyaksikan ketempangan perjalanan setiap pilihanraya yang mereka kendalikan. Penggunaan machineries secara biadab dan keterlaluan dengan menghantar ribuan anggota polis untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat (kita telah muak untuk menyenaraikan kekejaman dan kezaliman anggota polis yang dilakukan terhadap rakyat), memperkuda dan memperkosa institusi kehakiman dengan meletakkan hakim-hakim yang korup sebagai hakim-hakim terkanan negara untuk membela dan menutup perbuatan salah laku pemimpin-pemimpin BN yang dibawa ke muka pengadilan (malah mereka mempunyai seorang Peguam Negara dan seroang Pengarah BPR yang begitu terkenal dengan keangkuhan dan sikap bias mereka di dalam hal-hal memilih dan menentukan kes-kes yang ingin diketengahkan untuk pendakwaan, mempunyai menteri-menteri yang bermentaliti kelas ketiga dari zaman penjajahan British tetapi menunjukkan kuasa di zaman digital seperti Syed Hamid yang diletakkan sebagai Menteri Dalam Negeri malah mereka berpemimpinkan ketua-ketua yang mempunyai darjah kredibiliti bermertabat rendah serta hipokrit.

Mereka memperalatkan media secukupnya untuk menutup segala kelemahan mereka dengan membela dan mengupah wartawan-wartawan bermaruah rendah untuk menghidang dan mengaburi mata rakyat dengan berita-berita palsu lagi jelek untuk menutup salahlaku dan kepincangan pemimpin dan parti mereka. Media massa arus perdana samada media eletronik atau cetak menjadi medan propaganda yang cukup hebat persis meletakkan semua rakyat di negara ini sebagai makhluk bebal yang diharapkan akan termakan dengan segala apa yang dihidangkan.

Mereka menjadi wang royalti minyak sebagai "kepunyaan bapak mereka" sehingga menjadikan mereka sebagai Santa Claus yang menaburkan gula-gula di malam hari natal untuk rakyat di Terengganu. Mereka tanpa merasa sedikit bersalah pun menipu kerajaan PAS Terengganu satu ketika dulu dengan mengubah status royalti kepada wang ikhsan, itu pun mereka lenyapkan yang sehingga kini mereka tidak mampu untuk menjawab dan menyerahkan wang ikhsan tersebut kepada PAS. Betapa jahat dan buruk sikap mereka!

Inilah masanya untuk rakyat bangun. Inilah masanya untuk kita rebut kembali satu satu demi satu kerusi Parlimen dari tangan mereka yang akhirnya kita humbankan mereka terus dari tampuk pemerintahan dengan metakkan parti yang lebih berwibawa dengan pemimpin yang lebih berintegriti serta meletakkan kepentingan rakyat dari kepentingan diri dan peribadi.

Mereka terlupa bahawa rakyat lebih berkuasa untuk menentukan masa depan mereka. Yang curang, yang angkuh lagi sombong, yang kotor lagi hina pasti akan menerima hukuman rakyat akhirnya. Jika rakyat alpa dan lemah, maka kuasa Allah lebih hebat dan perkasa untuk memberikan jawapan yang lebih tegas kepada mereka.

Kita jampikan segera. Agar terbalas segala derita dan agar mereka lenyap dari bumi Malaysia segera.

Cis !! Berani lagi menjawab kata
Dihadapanku menunjuk derhaka
Ku seru langit dan bumi bertepuk
Terpenyeklah engkau wahai si UMNO


Ayuh jom kita laksanakan tugas kita. Kita berdoa ke hadhrat Allah s.w.t. agar PAS dan Pakatan Rakyat menang cemerlang di dalam pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu ini.

Radio TKOfm Chanel Emas akan membuat lintas lansung bermula petang ini. InsyaAllah