20 Apr 2014

Hakim Tak Pertikai Saiful Jumpa Najib Dua Hari Sebelum ‘Kejadian’?

Peguam N Surendran mempersoalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menyatakan ‘tiada apa yang mustahil’ tentang bukti berkaitan Saiful Bukhari, saksi utama kes Fitnah II.

“Bagaimana ketiga hakim ini mencapai kesimpulan sebegitu, apabila tidak dapat dipertikaikan lagi yang Saiful dipertemukan dengan musuh politik Anwar,” kata Surendran dipetik Keadilan Daily.

Saiful bertemu Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Saiful turut bertemu pegawai atasan polis SAC Rodwan, individu yang terlibat dalam kes Fitnah pertama.

“Bagaimanakah yang Saiful mendakwa diliwat beberapa kali ketika laporan perubatan Hospital Besar KL mendapati tiada bukti fizikal sedemikian.

“Mengapa Saiful tidak melepaskan diri, sedangkan dia mempunyai banyak peluang untuk berbuat demikian? soal Surendran.

Tambah walaupun pegawai penyiasat Jude Pereira telah membuka beg sampel P27, hakim mengatakan ini tidak bermakna Jude telah ‘mengusik eksibit’.

“Ini bertentangan dengan semua prinsip undang-undang yang berkaitan, rantaian bukti dan bertentangan dengan common sense (sesuatu diterima akal)

Tegas Surendran, perbicaraan ini tidak boleh dipercayai, bertujuan mensabitkan Anwar Ibrahim, mengenepikan fakta penting dan bertentangan dengan prinsip undang-undang. -selangorku



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Negeri Lain Catu Air Juga, Kenapa Noh Omar Mahu Demo Hanya Di S'ngor?


Isu air: Kenapa tumpu Selangor sahaja?

SHAH ALAM - “Harap Umno Selangor juga boleh memikirkan usaha untuk menyelesaikan isu catuan air di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka juga,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mengugut mengadakan demonstrasi jika catuan air yang menjejaskan banyak pihak di Lembah Klang tidak ditarik balik.

Izzah berkata, agak menghairankan mengapa isu air di Selangor begitu menjadi tumpuan, padahal masalah air bukan sahaja terhad di Selangor.

“Mengenai isu air, agak menghairankan saya mengapa ianya menjadi masalah nasional, padahal isu air ini juga telah melibatkan negeri lain, bukan Selangor sahaja, tetapi nampak gayanya Selangor sahaja yang menjadi tumpuan,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Terdahulu, Noh memberikan masa kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor sehingga 4 Mei ini untuk menghentikan segera catuan air.

Katanya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka akan mengadakan demonstrasi dan program jelajah bersama kumpulan NGO dan penduduk terjejas.

“Perkara itu bukan usaha Umno semata-mata, sebaliknya semua rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan bekalan air, kata Noh di Shah Alam semalam.

Pelan catuan bekalan air di selangor bermula pada 2 Mac lalu, antara kawasan yang terlibat ialah Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Ianya dibuat berdasarkan konsep bergilir-gilir iaitu dua hari mendapat air dan dua hari tiada air. -SH


Umno S'gor demo jika catuan air tak tamat

Umno Selangor mengancam mengadakan protes terhadap kerajaan negeri jika catuan air yang menjejaskan banyak pihak di Lembah Klang tidak ditarik balik.

Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (kiri) hari ini memberikan masa kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu sehingga 4 Mei ini untuk berbuat demikian.

Katanya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka akan mengadakan demonstrasi dan program jelajah bersama kumpulan NGO dan penduduk terjejas.

Perkara itu bukan usaha Umno semata-mata, sebaliknya semua rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan bekalan air, kata Noh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Shah Alam hari ini
-mk






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Apa, Papagomo Mahu Langkah Mayat Karpal Singh Dan Sokong Hudud?


Blogger kontroversi Papagomo telah turut serta dengan kumpulan pemimpin dan penyokong UMNO yang dungu dengan melontarkan komennya yang tidak sensitif terhadap kematian bekas Pengerusi DAP Karpal Singh, demikian theaintdaily.com melaporkan.

Beliau bukan sahaja menggunakan isu kematian Karpal untuk meneruskan agenda politiknya tetapi juga turut mengheret nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga PAS di dalam bawaan kempennya itu.

Papagomo, yang nama sebenarnya ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris, pada akaun Twitter telah mengutuk Karpal yang digelar "Harimau Jelutong" dengan posting berikut: “Karpal Singh mati kemalangan, takziah kepada keluarga Karpal Singh. Apa pun peguam utama kes Liwat Anwar Al Juburi yang menyimpan segala dokumen dan keterangan mangsa mangsa liwat Al Juburi sejak 1996 telah mati. Lega lah kau Nuar.”

Papagomo terus menuangkan minyak ke dalam api apabila beliau terus menyatakan bahawa kematian Karpal akan membuka jalan untuk PAS bagi melaksanakan undang-undang hudud dan ia tnetunya tanda kemenangan bagi parti Islam itu.

Beliau menulis di twitter lagi: “PAS kini sudah berlapang dada dengan kematian Karpal Singh. Tidak ada lagi alasan oleh PAS untuk mempercepatkan Hudud di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kematian Karpal Singh satu kemenangan besar untuk parti PAS.”

Blogger tersebut yang menggunakan tweet @Papagomo telah mengkritik Anwar, "Karpal Singh sebelum dia mati dia buat pengakuan Anwar Ibrahim pengamal Homoseksual. Tulah jasa dia selama mana dia hidup.”

Dia tidak berhenti setakat itu apabila dia mentweet lagi : "Mintak pihak @PDRMsia siasat secara terperinci kenderaan yang dinaiki Karpal Singh. Siasat kerana tak mustahil Al Juburi terlibat!”

Beliau menambah lagi dengan menanya pemimpin-pemimpin PAS samada mereka telah melangkah mayat Karpal dan mencabar mereka untuk berbuat demikian, disamping menyoal apa mereka mereka takutkan.

Beliau juga menulis menyatakan di dalam tweetnya yang dia turut mahu melangkah mayat ahli parlimen Bukit Gelugor tersebut.

Kematian Karpal telah mendedahkan kemunculan mengejutkan beberapa makhluk yang kejam, tidak sensitif dan amat jahat. Terdapat ramai juga yang bersuara sumbang yang dilihat telah muncul di celah-celah ruang politik Malaysia.

Ia bermula dengan kenyataan bekas naib presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin yang menghantar mesej berikut di Twitter: " Dlm keadaan kemelut Krjn PAS Klntn mau mlaksanakn hudud dgn bantuan UMNO, Allah tlh mmatikn Karpal yg mnjadi pnentang utama prlaksanaannya!​"

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang mengakui bahawa kematian Karpal adalah kerugian yang besar kepada negara, namun dengan pantas menuduh Karpal sebagai seorang yang tidak menhormati Islam.

Ahli Parlimen Langkawi dari UMNO BN, Datuk Nawawi Ahmad, yang kini bos KTM, juga melemparkan penghinaan terhadap Karpal dengan menyiarkan gambar Karpal dengan mukanya yang cacat dan berlumuran darah ke atas satu keratan akhbar lama yang membawa tajuk "Langkah Mayat Kami Dulu" berhubung dengan pelaksanaan hudud.

Ini adalah orang-orang yang dikenali sebagai orang Islam yang tidak hanya telah memalukan agama Islam tetapi juga negara. Syukurlah, mereka ini hanyalah kelompok minoriti.

Terdapat juga ramai umat Islam yang lain yang telah bersuara yang menentang watak-watak tidak senonoh itu.

ULASAN GB

Papagomo mahu langkat mayat Karpal Singh? Kerana apa? Sebab Karpal kata langkah mayatnya kalau mahu laksanakan hudud? Oleh itu apakah papagomo mahu langkah mayat Karpal kerana mahu melaksanakan hudud? Bagus sangatlah macam tuh, sebab di dalam hudud ada bab hukuman terhadap pemfitnah tegar sepertinya. Ada qazaf. Hukumannya adalah sebatan 80 kali, tidak boleh menjadi saksi, sehinggalah dia bertaubat nasuha dan melakukan amal soleh.

Kalau sekadar suka-suka nak langkah mayat orang ... hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan, silap gaya kudung kedua kaki. Ada berani?


IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI