21 Dis 2014

Rosyam Nor Seru Boikot HAMLEYS... HAMLEYS Lantas Mohon Maaf...


Sebelum ini cerita panas mengenai anak gadis Rosyam Nor itu disuruh membuka tudung jika ingin bekerja di sebuh kedai di pusat membeli belah terkemuka tanah air tersebar meluas di Media Sosial.

Dengan itu pihak HAMLEYS tampil dengan permohonan maaf. Rupa-rupanya salah seorang pekerja HAMLEYS yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak tepat. ehm selepas ini kami berharap pihak HAMLEYS lebih peka isu - isu seperti ini. Ini kerana banyak menguris hati orang Islam di negara ini

Permohonan maaf daripada pihak HAMLEYS

Salam Sejahtera Semua

Terima kasih kepada semua yang memberitahu pihak kami mengenai isu ini.

Kami tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab/tudung. Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama.

Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini.

Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini. Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya. Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin & Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi merima permohonan maaf kami ini.

Yang Ikhlas
Pihak Pengurusan
https://www.facebook.com/hamleysmalaysia

Ini kata Rosyam Nor:

Sedih, harini anak saya yg baru habis SPM gi mintak kerja nak isi masa terluang TAPI syarat kena bukak tudung. Kedai HAMLEY's !!! Kurang aja

Kedai tu kat ONE UTAMA .ingat nama HAMLEYS jgn masuk k

Diharap perkara ini menjadi perhatian kerana seperti merendahkan agama, maruah orang dan menggalakkan orang membuka tudung.

Rosyam Nor juga meminta orang ramai boikot kedai tersebut.

Ini pula tulis Hamleys Malaysia:

Salam to our Muslim brothers and sisters... Please bear with us while we investigate this alleged incident thoroughly. Thank you for your kind patience.

Hamleys kini sedang menyiasat kejadian yang menimpa anak gadis Rosyam Nor

sumber: fb penmerahdotcom

Minyak: Rakyat Pula Kena Beri Subsidi Kepada Kerajaan RM274 Juta


Rakyat bayar harga lebih untuk RON95

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pengguna terpaksa menanggung harga tinggi untuk petrol RON95, sedangkan harga purata bagi 15 hari pertama Disember 2014 jatuh ke paras kurang dari RM2 seliter.

Menurutnya, formula yang diumumkan oleh kerajaan BN sebelum ini menunjukkan harga RON95 kini telah jatuh ke paras RM1.98 liter tanpa subsidi.

Malah, jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan, maka harga RON95 bagi dua minggu pertama bulan ini secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter, katanya.

"Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin BN pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014.

"Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan pengiraan itu, beliau mendesak kerajaan BN agar tidak berdolak dalih dan menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta.

Rafizi berkata, jika harga RON95 yang akan diumumkan pada 31 Disember ini lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ia bermakna BN terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.

"Selagi BN tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar, siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi,
" katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam laporan Bernama semalam menyebut, harga runcit RON95 dan diesel dijangka diturunkan di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.

Harga runcit semasa bagi RON95 dan diesel pada ketika ini masing-masing RM2.26 dan RM2.23 seliter. -mk


BN kutip RM274 juta cukai petrol dalam 45 hari – Rafizi

Kerajaan Barisan Nasional mengutip RM274 juta cukai petrol sejak 1 November hingga 15 Disember lalu, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Menurutnya, harga pasaran bagi RON95 menjunam daripada paras RM1.73 seliter kepada RM1.58 seliter, manakala harga diesel menjunam daripada RM1.87 seliter kepada RM1.71 seliter.

Dengan mengambil kira jaminan keuntungan syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel), harga bahan api itu sepatutnya masih rendah berbanding harga ditetapkan kerajaan, kata Rafizi.

Bagaimanapun rakyat, katanya, membayar lebih mahal bagi harga petrol RON 95 dan Diesel, masing-masing sebanyak RM2.26 seliter dan RM2.23 seliter.

“Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Katanya, ia berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

“Bagi tempoh November 2014, rakyat membayar sebanyak RM47 juta cukai petrol. Manakala bagi tempoh 15 hari pertama Disember, rakyat membayar sebanyak RM146 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM81 juta bagi diesel,”

“Maka, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi tempoh 45 hari sahaja ialah RM274 juta tanpa diketahui oleh rakyat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Oleh sebab itu, katanya, beliau sekali lagi menegaskan bahawa sistem penetapan harga sekarang tidak telus dan memangsakan rakyat.

“Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab segera ke mana perginya cukai tersembunyi sebanyak RM274 juta yang dikutip dari rakyat dalam tempoh 45 hari sahaja di antara 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014?,”
soalnya.
-KD


ULASAN GB

Setelah mengumumkan penghapusan subsidi minyak, dengan penurunan harga minyak dunia, nampaknya kerajaan UMNO BN tidak menurunkan harga minyak negara sepertimana yang dijanjikan.

Kerajaan melengah-lengahkan penurunannya sehingga 2015, tidak seperti apabila harga minyak dunia naik, serta-merta akan dinaikkan harga minyak negara. Malah di dalam beberapa kes yang lepas, apabila harga minyak dunia jatuh, tiba-tiba harga minya negara pula naik!

Kini rakyat yang dilihat terpaksa memberikan subsidi kepada kerajaan setiap hari.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan, sebuah kerajaan yang dapat tegak hasil pemberian subsidi oleh rakyatnya sendiri.... dan kerajaan subsidi tidak akan dapat bertahan lama...

[BERGAMBAR] Perjuang Kalimah ALLAH Stail PERKASA: Dedah Dada Merata-rata!


Gambar-gambar konvoi bermotor PERKASA pertahankan kalimah Allah.

Hai perkasa. I dengar u nak pertahankan kalimah Allah. Lebih tepat you nak pertahankan kesucian kalimah Allah dari digunakan oleh mana2 pihak non muslim di malaysia be it kristian ke sapa ke seme tak boleh hanya muslim je boleh menggunakan ia.

Itulah tujuan asal you all seme berkonvoi semalam. Menggunakan motor. Konvoi bermotor nama diberi. Matlamat pertahankan kesucian kalimah Allah jadi sasaran.

Maaf, i tak dapat join. Bukan sebab busy. Atau malas. Cuma i tak cukup alim macam you all.

Terus terang. Bagi orang macam i, momantai la kristian nak guna ke apa ke nak gunakan Kalimah Allah.. dalam bible ke dalam gereja ke apa ke.. lantak la.

Itu bukan my biggest concern, currently.

Boleh dikatakan aku tak memandang non muslim ancaman kepada akidah umat islam.

Boleh dikatakan aku beranggapan ada isu yang lebih penting untuk diselesaikan dan ditumpukan berbanding isu kalimah Allah itu.

Maka, begitulah aku berfikir.

Jadi, PERKASA i am so sorry because not supporting your cause. Apa pun tahniah ek, cara korang pertahankan kalimah Allah agak unik untuk direnungkan.

Well, yang harus itu harus hukumnya. Yang wajib itu wajib hukumnya. Sebelum pertahankan yang harus, marila kita mengimani yang wajib, oke? Bai. -malaysiansmustknowthetruth



ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan verjalan. Terserlah siapa "munafik" sebenar dalam masyarakat kita...