27 Nov 2008

Berita TKOfm 27 Nov 2008


PM mengulas isu Yoga dengan menyatakan ia boleh diteruskan jika tidak disertai pemujaaan. Ust. Nasharuddin Mat Isa menyatakan orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan langkah MBSA membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.

Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya merujuk Ketua Hakim Negara yang baru dilantik, Tan Sri Zaki Azmi kepada tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas dakwaan terbabit dalam amalan rasuah.

Anak anggota polis lepaskan tembakan rambang. Apa kata Ketua Polis Selangor dalam hal ini? Bagaimana pistol seorang anggota polis cuai membiarkan pistolnya digunakan oleh anaknya? Cakap KPN Selangor yang sentiasa menyalahkan rakyat kini terkena batang hidung anggota bawahannya sendiri. Siapa kini yang menyebabkan rakyat membenci polis? Blogger?


26 Nov 2008

Berita TKOfm 26 Nov 2008

Nazri terlepas dari dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa membuat kenyataan yang tidak benar dalam Dewan Rakyat. Sebaliknya, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh digantung dua hari selepas membantah keputusan timbalan speaker.

Caj satu peratus terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula dilaksanakana pada 1 Jan tahun depan dan bukan 1 Jun tahun ini seperti diumumkan. Isu YOGA: JAKIM minta jawatankuasa fatwa negeri bermesyuarat. Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menitahkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mempertimbangkan secara terperinci mengenai aktiviti senaman yoga di negeri itu.

Luarnegara: Singapura potong gaji kakitangan awam termasuk Presiden, PM, Menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan ekoran keadaan ekonomi yang merudum. Malaysia bila lagi? Barrack Obama mula melantik pasukan ekonominya untuk mengatasi krisis kewangan yang sednag melanda Amerika Syarikat.


24 Nov 2008

Berita TKOfm 25 Nov 2008

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan pengarah Tenaganita, Irene Fernandez dari hukuman penjara 12 bulan setelah mengenepikan sabitannya atas kesalahan menerbitkan dengan niat jahat satu berita palsu pada 1995.

Sembilan ahli dan pemimpin PAS yang ditahan di perhimpunan pelancaran kempen mansuhkan ISA di Ampang Jaya malam tadi, dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 4 pagi tadi. Mereka terdiri daripada ahli Parlimen Kubang Krian, Salahuddin Ayub; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP), Kamaruzaman Mohamad; Ketua Unit Amal PAS WP, Sarifuddin Mohd Yatim, Mohd Sani Hamzah, Abdullah A Rahman, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli dan Azman Abdul Hamid.

Isu fatwa YOGA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah berharap sebarang keputusan fatwa pada masa depan yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum sebaik-baiknya dirujuk kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan sebelum diumum. Samy Vellu juga bersuara mengenai fatwa pengharaman Yoga.



14 Nov 2008

Berita TKOfm Hari Ini 14 Nov 2008

Polis dan Jabatan Hal Agama Islam tak sepakat dalam isu Ayah Pin. Musa Hassan hari ini berkata polis tidak dapat mengambil tindakan terhadap Ayah Pin kerana Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya sehingga siasatan selesai.

Nazri akhirnya mengakui berbohong di Parlimen apabila menyatakan 6 hakim tidak dipecat tetapi telah ditamatkan tempoh perkhidmatannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dan mengakui bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat.

Kerajaan Selangor mengarahkan keluarga bekas wakil rakyat Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Md Derus supaya mengosongkan bahagian laman banglonya dalam tempoh sebulan kerana tidak mendapat kelulusan pemilikan. Polis tak mengaku mengkasari Ronnie Liu.

Tiga maut dan tiga parah apabila sebuah bas kilang yang membawa lapan pekerja dirempuh dua buah lori treler dari arah bertentangan dalam kejadian di Kilometer 33.7, Jalan Klang-Teluk Intan.


13 Nov 2008

Berita TKOfm Hari Ini 13 Nov 2008

Tun Dr Mahathir saran guna ISA untuk mereka yang amalkan politik wang dalam UMNO. 97% responden NTV7 bersetuju dengan cadangan tersebut.

ADUN kawasan Kota Alam Shah M. Manoharan gagal buat kali ketiga untuk dibebaskan daripada tahanan ISA selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi habeas corpus.

BN Perak serlahkan kezalimannya apabila menyelar tindakan kerajaan Perak senaraikan keluarga tahanan ISA sebagai penerima bantuan Tabung Khas. Mahkamah Tinggi menolak dengan kos perintah injunksi interim yang dipohon Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu menghalang bekas ketua pemuda MIC, M. Vigneswaran dan tiga yang lain daripada terus menerbitkan artikel berunsur fitnah mengenai beliau.

RPK sanggup jadi saksi prosiding bela diri kes Altantuya. Harga beras 15% hancur tidak diturunkan. Isu KTMB cetus suasana tegang di Parlimen. Harga minyak menjunam kepada $59 setong di pasaran Asia dan Malaysia masih melengahkan penurunnya di pasaran tempatan.


12 Nov 2008

Berita TKOfm Hari Ini 12 Nov 2008

Kerajaan BN sudah gila - mahu tetapkan paras minimum harga minyak tempatan. Cadangan itu ditentang oleh FOMCA dan 64% responden NTV7 tidak setuju terhadap langkah kerajaan itu.

Notis usul yang dikemukakan dua Ahli Parlimen DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang gagal dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat apabila ia ditolak kerana ada notis usul lain dikemukakan lebih awal daripada itu.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilantik pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR menggantikan Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkuatkuasa 31 Disember ini. Bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan menawar diri untuk bertanding jawatan presiden MIC, menentang penyandangnya Datuk Seri S. Samy Vellu. Datuk Wong Foon Meng yang dilantik sebagai Setiausaha Agung parti yang baru, dan pemimpin korporat Senator Tan Sri Tee Hock Seng sebagai bendahari agung MCA yang baru.


7 Nov 2008

Berita TKOfm Hari Ini 8 Nov 2008

Mahkamah mengisytiharkan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera. Raja Petra dibebaskan secara rasmi oleh Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3.20 petang tadi. Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pula hari ini memutuskan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didengar di mahkamah yang sama. Hakim S.Komathy Suppiah berkata, sijil yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagi memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah.

Umno Bahagian Tanah Merah, Kelantan, membuat satu laporan polis di sini hari ini terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa. Dua pemimpin kanan UMNO Sabah ditahan BPR. Pengumuman Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum berhubung senaman yoga ditunda. Khir Toyo cabar Kerajaan Selangor robohkan rumah mewah milik Zakaria Daros kerana Pemuda UMNO Kelang tak calonkannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia?


6 Nov 2008

Berita TKOfm Hari Ini 7 Nov 2008

Kerajaan membayar RM10.5 juta kepada enam bekas hakim yang dipecat sebagai bayaran ex-gratia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat.

Beliau berkata bayaran kepada Mohd Salleh melibatkan RM5 juta, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh (RM2 juta) dan Tan Sri George Edward Seah Kim Seng juga RM2 juta.

Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin pula masingmasing menerima bayaran berjumlah RM500,000, katanya.

Speaker Dewan Rakyat sekali lagi tunjuk belang, halau Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen daripada persidangan Dewan Rakyat sepanjang hari ini kerana kononnya tidak patuh kepada arahannya.

Bekas KSU Kem. Pembangunan Luar Bandar bebas dari tuduhan subahat pecah amanah.

Obama yang menang di dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat semalam mula susun barisan pentadbirannya.


Berita TKOfm Hari Ini 6 Nov 2008

Mengenali Obama : Presiden baru Amerika. Apakah kemenangannya akan mengubah dasar luar Amerika terhadap negara-negara Islam? bagaimana reaksi pemimpin negara terhadap kemenangan Obama.

Obama, 47, turun gelanggang persaingan dengan slogan "Change" mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam untuk mengetuai White House berkata, "tempoh lama yang dinanti-nantikan sudah tiba." Ini kali pertama sejak 1908 AS menyaksikan peratusan keluar mengundi paling tinggi iaitu kira-kira 64 peratus.

Suasana tegang di Dewan Rakyat tegang apabila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bangun untuk membahaskan rang undang-undang itu pada peringkat jawatankuasa, mempersoalkan mengenai pakej bernilai RM7 bilion itu tidak terkandung di dalam Bajet 2009.

"Sebelum peringkat jawatankuasa adakah ruling atau nasihat mengenai beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri terhadap suntikan RM7 bilion kepada Bajet 2009.

"Ini luar biasa kerana cadangan yang dibuat tidak ada dalam Bajet 2009 (yang dibentangkan) Menteri Kewangan dahulu (Abdullah). Setiap sen perlu diluluskan di Parlimen tetapi perkara ini tidak dibawa ke hadapan kita," katanya.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) kemudian mencelah dan meminta pertimbangan Dewan supaya angka yang diumumkan semalam itu diedar kepada anggota Parlimen untuk dibahaskan

Situasi tegang di Cilacap menjelang hukuman mati terhadap3 pengembom berani mati. Sukan : Liverpool 1 Athletico Madrid 1


5 Nov 2008

Berita TKOfm 5 Nov 2008 Edisi Petang

Barack Obama dipilih sebagai presiden baru Amerika Syarikat, warga berkulit hitam Afrika-Amerika pertama menduduki Rumah Putih. Pesaingnya, John McCain daripada Republikan telah mengaku kalah dan mengucapkan tahniah atas kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru, hari ini.

Pakatan Rakyat persoalkan sumber dana RM7 billion untuk pakej ransangan ekonomi. Sidang Dewan Rakyat ditangguh dan pembangkang desak bajet baru.

Kerajaan juga menyatakan bahawa mereka tidak bercadang untuk mewujudkan Mufti Kebangsaan peringkat pusat sebagai menjawab soalan YB Ust Nasaruddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok.


Beirta TKOfm 5 Nov 2008

Najib umumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion. Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat bantah dan keluar dewan apabila Najib enggan beri laluan untuk sebarang soalan dari ahli parlimen dengan helah biar dihabiskan dahulu pembentangannya.

Azalina tak yakin dapat pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan Naib ketua Wanita UMNO dan meminta Wanita Bahagian tidak mencalonkannya.

Hamilton, sehari selepas bergelar juara Formula1.