25 Jan 2009

ADUN Bota Sertai PKR: Tamparan Kepada UMNO

Ahli Dewan Undangan Negeri Umno dari Bota di Perak Datuk Nasarudin Hashim mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat.

Beliau mencatatkan sejarah politik pasca-tsunami politik 8 Mac tahun lalu apabila menjadi Adun pertama dari BN yang melompat kepada parti gabungan Pakatan Rakyat.

Pada 3 Ogos tahun lalu, Tajol Rosli pernah menyatakan: “Pakatan Rakyat Perak kini berada dalam keadaan goyah dan terumbang-ambing dengan pelbagai isu. Ini mungkin menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dan kecewa di kalangan wakil rakyat mereka. Sebab itu saya beritahu dengan Adun BN, yakinilah yang kerajaan negeri Perak akan tumbang pada 31 Ogos (2008)”.

Ia tidak menjadi kenyataan, disebaliknya pada hari ini, UMNO menerima tamparan paling hebat apabila Datuk Nasaruddin Hashim, ADUN Bota yang memilih untuk menapak keluar dari UMNO/BN dan menyertai PKR/PR.

YB Nasarudin berumur 58 tahun, pernah menjadi Pengerusi Felcra Berhad pada tahun 2006. Beliau mengalahkan Kapten Usaili Alias dengan majoriti 2068 undi, dalam PRU ke 12 yang lalu. Nasarudin yang menjadi mangsa politik wang dan tekanan dalaman Umno khususnya di bahagian Parit telah membuat keputusan meninggalkan parti yang semakin sukar dipulihkan kemelut dalamannya.

Menurut seorang penulis veteran, Wan Hamidi Hamid, "Tajol Rosli amat mengharapkan Pas menyertai Umno kerana ia akan memberikan sejumlah 34 kerusi kepada kerajaan campuran BN-Pas. Tetapi suara rasional dalam Pas khususnya dari Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghampakan Umno."

ISU KUGAN ANANDAN

Menteri Dalam Negeri yang terkenal dengan keangkuhan tetapi bebal hari ini "memberi amaran" kepada menteri dan timbalan menteri dengan menyatakan "tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang".

Dua timbalan menteri kemungkinan menghadapi tindakan jika mereka didapati melanggar undang-undang dalam kejadian sekumpulan orang menyerbu dan menceroboh bilik mayat Hospital Serdang di Selangor pada Selasa lalu, kata beliau.

Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah, kedua-duanya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, hadir di bilik mayat itu apabila sekumpulan orang memasuki premis itu untuk memeriksa mayat suspek curi kereta A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan polis. Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar di dalam percubaan untuk mengalihkan isu telah memanggil kedua-dua menteri berkenaan untuk disoal-siasat.

Rakyat sudah muak dan jelak dengan isu kezaliman polis, namun nampaknya pihak polis tidak pernah cuba untuk memperbaiki mutu perkhidmatannya disebaliknya terus-terusan menggunakan ugutan serta tindakan-tindakan kejam dan zalim ke atas rakyat. Mereka meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka sambil melupakan fakta bahawa mereka juga sebenarnya terikat dengan undang-undang negara. Mereka amat berpuashati untuk menjadi kuda tunggangan kepada parti pemerintah disamping akan bertindak secara kejam ke atas mana-mana pemimpin dan orangramai yang tidak menyokong UMNO/BN.



Maka rakyat pun tertanya-tanya kepada dua menteri dari MIC ini, bila lagi mahu menapak keluar dari BN?



ADUN Bota Keluar BN Sertai PKR

T
ahniah! Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kemasukan Datuk Nasarudin dalam parti itu yang memperkuatkan kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak.

Datuk Nasaruddin berkata beliau semakin yakin dengan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan kepentingan rakyat pelbagai kaum.

Pada masa sama beliau juga keciwa dengan hala tuju UMNO dan masalah kepimpinan parti itu yang semakin meruncing.

Datuk Nasaruddin berkata langkah beliau menyertai PKR membolehkannya memberi khidmat yang lebih berkesan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bota kepada penduduk setempat.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.

Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.

Video akan menyusul

Isu Kugan : KPN Selangor Patut DiPecat

Kematian Kugan Anandan ketika disoal siasat yang oleh polis di Balai Polis Taipan, Subang Jaya setelah ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta amat mengejutkan negara.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar tanpa memperdulikan isu pokok mengenai kematian A.Kugan tiba-tiba cuba mengalihkan pandangan orangramai dengan mengambil tindakan ke atas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah dan rakan sejawatnya, K. Devamany dari MIC kerana memasuki bilik mayat Hospital Serdang bagi melihat keadaan mayat tahanan, kononnya ia menjejaskan bukti.

Telah menjadi kelaziman oleh pihak polis untuk mengambil langkah ugutan dengan menyoal-siasat pihak lain untuk menutup kelemahan dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka.

Masyarakat India seluruhnya samada dari MIC, PKR, DAP, Hindraf atau tidak berparti nampaknya telah bersatu hati mengutuk kezaliman polis yang menyebabkan kematian A.Kugan tersebut. Kesedihan tersebut diperkongsikan bersama oleh mereka yang berjuang menuntut kebenaran dan keadilan di samping menentang segala kebatilan dan kezaliman yang dilakukan oleh Polis di bawah regim BN selama ini.

Tindakan Ketua Polis Selangor itu jelas telah cuba menipu rakyat dan tindakan perlu diambil bukan sekadar meminta beliau meletakkan jawatannya tetapi perlu dipecat dari jawatannya dan dipenjarakan ekoran dari percubaan untuk menutup kezaliman yang dilakukan oleh anak buahnya.

Beliau adalah simbol kezaliman polis, beliau bersama Ketua Polis Negara turut dikenali sebagai ikon pengampu kerajaan UMNO/BN selama ini apabila terlibat secara lansung menahan dan menangkap aktivis sosial dan pemimpin pembangkang secara semborono di dalam mana-mana perhimpunan.

MIC sepatutnya telah menyedari hal ini dan perlu meninggalkan kerajaan BN yang jelas selama ini mempergunakan Polis untuk bertindak zalim ke atas rakyat.

Ia adalah segelintir dari kes kezaliman polis yang terdedah. Mungkin lebih banyak kes interogasi berlebihan yang dilakukan oleh polis selama ini yang tidak diketahui oleh orang ramai dengan pihak polis telah meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.

Polis tidak boleh sepatutnya mempersalahkan orang lain seperti menuduh blogger dan pemimpin pembangkang menghasut orang ramai membenci polis, tetapi polis mesti menyedari bahawa kezaliman dan kekejaman mereka selama inilah yang telah menyebabkan mereka dibenci oleh rakyat.



Rakyat Menyaksikan Khir Toyo Dah "Gila Talak"

Persis orang yang telah "gila talak" - bernafsu untuk berkuasa semula sebagai Menteri Besar Selangor sekalipun telah jelas rakyat Selangor menolak UMNO/BN di dalam PRU12 yang lalu.

Kini dengan taktik baru - menggunakan kaedah untuk mendapatkan publisiti murahan di dalam usaha menarik perhatian ahli-ahli UMNO sempena pertandingan Ketua Pemuda di dalam pemilihan UMNO akan datang, Khir Toyo melakukan serangan kepada Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pelbagai isu rekaan dilontarkan namun nampaknya ia hanya mempalitkan ludah ke muka sendiri. Khir Toyo memfitnah Khalid Ibrahim membeli Lexus yang mana harganya hampir mencecah RM 1 juta meggunakan dana KDEB. Khalid menjelaskan kereta Lexus RX350 yang digunakan sekarang dibeli menggunakan wangnya sendiri pada tahun 2007 iaitu sebelum beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar. Sebaliknya Tan Sri Khalid berkata semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor dahulu, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membeli sebuah Mercedes Benz berjumlah kira-kira hampir RM 1 juta untuk kegunaan peribadi Khir Toyo. Nah, bukankah meludah ke langit mengena muka sendiri?

Kini isu Khir Toyo dengan kuda tunggangannya GERAK, beliau menuduh Khalid menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa telah menekan bekas Pemangku Pengurus Besar PKNS, Madam Low Siew Moi membuat pengakuan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan beliau menyumbangkan lembu-lembu untuk dikorbankan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Dakwaan tersebut sungguh memalukan kita sebagai saorang Islam lagi mengelirukan. Khir Toyo dilihat sangat terdesak dan terencat akal budinya dengan lemparan fitnah kepada Khalid dan membuka lagi pekung banyak pihak terutama SPRM yang dilihat rakyat tidak professional dan melakukan siasatan secara pilih kasih disamping mendedahkan GERAK yang kini menjadi alat Khir Toyo memuaskan nafsu serakahnya untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Puluhan aduan mengenai salahlaku Khir Toyo kepada SPRM kenapa sampai kini kenapa SPRM berdiam diri?

Temubual TVANTARA bersama Ketua Pengarang Harakah, AHmad Lutfi Othman di dalam menjelaskan isu ini amat menarik.

ISU KEDUA
Pemahsyuran Barrack Hussin Obama Presiden Amerika Syarikat: Suatu Perspektif.


Di dalam satu wawancara Zainulfaqar (TVPAS) bersama Prof. Madya Dr. Muhammad Agus Yusoff, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Agus menyatakan:

"Sekiranya Obama gagal melunaskan janjinya itu, saya kira itu cukup berbahaya; cukup menimbulkan kecuaian yang luar biasa yang bukan sahaja dalam kalangan rakyat Amerika, malah masyarakat dunia.

Kerana apa? Kerana Obama menjanjikan pekerjaan untuk rakyatnya; menjanjikan bantuan untuk negara-negara miskin; menjanjikan keselamatan untuk rakyatnya; menjanjikan keamanan untuk masyarakat dunia; menjanjikan terorisme dan krisis dunia ini dapat diatasi dalam waktu yang cepat.

Janji itu, wajib ditunaikan; perlu ditunaikan. Sekiranya gagal, selebriti, kemeriaan, kemuliaan Obama dimahsyurkan akan bertukar menjadi kekecohan dan mampu membawa pada keganasan dan kehancuran."

Beliau menambah:

"Bush tidak meninggal apa-apa legasi baik untuk dikenang. Pada saya, Dia ini betul-betul Presiden Perang yang gilakan darah manusia.

Bush sepatutnya dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas tindakan-tindakan overside beliau kepada masyarakat lemah."