5 Feb 2009

Benarkah Sultan Azlan Sebodoh dan Sezalim Itu?

Sultan Azlan Shah, itulah namanya, sultan yang dianggapkan terpandai di antara sekalian raja-raja Melayu, sultan yang sentiasa mempunyai karisma dan memberi harapan kepada rakyatnya di dalam setiap titahnya, sultan yang selama ini adalah payung rakyat untuk mendapatkan keadilan lantaran sejaran Sultan Azlan sebagai bekas Ketua Hakim Negara.

Dengan berlatarbelakang begitu baginda Sultan Azlan tentulah telah terlatih untuk membuat keputusan yang adil tatkala menjawat Ketua Hakim sebelum ini. Malah semasa baginda menjadi Ketua Hakimlah baginda telah ditegur secara sinis oleh Perdana Menteri waktu itu Tun Dr. Mahathir yang kurang senang dengan institusi raja dengan merujuk baginda sebagai golongan yang tak boleh disentuh dan ditegur, kemudian baginda sendiri melihat bagaimana institusi kehakiman telah menjadi bahan ketawa apabila ketua-ketua hakim yang selepasnya menjadi balaci politik kepada pihak tertentu.

Kini institusi istana menjadi perhatian, dan bagindalah yang sedang menjadi perhatian seluruh negara. Dengan pengalaman yang luas memberi keadilan semasa menjadi hakim, maka baginda diyakini akan bertindak dengan saksama kepada situasi yang berlaku sekarang - itulah setidak-tidaknya harapan sekalian rakyat.

Namun apabila saya menerima berita bahawa Sultan Azlan menolak sembah Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan malah menitahkan agar Menteri Besar itu meletakkan jawatannya - dengan gaya bahasa istana paling angkuh - saya terduduk sebentar, memikirkan apakah tanggapan saya terhadap Sultan Azlan Shah selama ini silap? Atau...

Selepas solat zohor, saya pun melakukan sedikit renungan dan cuba melihat dari arah manakah baginda menyampaikan keputusannya itu - dari hatikah atau dari akalkah?

Jika keputusan yang dilakukan itu datang dari hatinya yang sepastinya hati manusia ini tersalut nafsu - maka saya berpendirianlah - Sultan Azlan adalah raja paling zalim - raja yang patut disanggah sepertimana titah baginda sendiri satu ketika "raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah".

"Dalam Islam takhta turut diberikan pengiktirafan menyamai seorang Khalifah. Perlembagaan Negara mengiktiraf setiap takhta sebagai Ketua Agama Islam." titah baginda satu ketika.

Sultan Azlan Shah bertitah berikutan itu pada setiap Jumaat, berjuta jemaah menadah tangan mengaminkan doa ketika khatib membaca khutbah supaya takhta dikurniakan dengan taufik dan hidayah untuk terus kekal memimpin negara, menurut keredaan Ilahi.

"Sayugia Beta mengingatkan bahawa doa ini akan terus dibaca dan terus diaminkan, selagi takhta dipandang mulia, selagi takhta memperlihatkan pemerintahan yang adil lagi saksama.

"Selagi takhta tidak melakukan kezaliman atau penganiayaan kepada rakyat," titah baginda.

Tetapi kemudian saya terfikir, bahawa baginda adalah terbijak dan terpandai dari sekalian raja-raja, mana mungkin Sultan Azlan memerintah mengikut hati sedangkan titahnya di atas mempamirkan keluhuran sebenar akal budi seorang raja.

Kerana sudah pasti Tuanku sendiri pernah meneliti titah anakandanya Raja Nazrin yang berbunyi:

"Untuk membolehkan Raja bertindak secara arif, bijak, adil dan saksama, adalah menjadi keperluan bagi Raja mempunyai barisan pembesar dan penasihat dari kalangan mereka yang arif lagi ilmuwan, dari kalangan mereka yang tidak mempunyai muslihat, dari kalangan mereka yang tidak berkepentingan terselindung, supaya Raja, disembah nasihat dengan maklumat yang tepat, secara objektif - secara rasional, berasaskan fakta - bersandarkan data; agar Raja terlindung dari berpagarkan sokong yang membawa rebah."

Terdetik persoalan di hati saya pula, perancangan apakah yang ada pada akal tuanku yang arif bijaksana ini yang tak terjangkau oleh kami-kami rakyat jelata ini?

Dan pastilah tuanku yang arif sudah meneliti yang datang menghadap tuanku - diantara dua kumpulan - pembesar dan penasihat manakah yang mampu memberi nasihat dan maklumat secara tepat, objektif dan rasional - bukan sokong yang membawa rebah yang dimaksudkan oleh anakanda tuanku itu? Dan patik menyaksikan juga hati Tuanku yang senyum dan ketawa apabila si bebal mengheret dan menderetkan orang-orangnya seramai 31 orang untuk membuktikan yang kononnya dia telah boleh berkuasa.

Hal ini menjadi bertambah nyata apabila pada hari ini Perdana Menteri dan sekalian yang tiba ke istana dengan harapan untuk menyaksikan satu upacara mengangkat sumpah seorang Menteri Besar terpaksa pulang melopong dan masing-masing membuat telahan mungkin upacara itu dilakukan pada hari esok.

Titah anakanda Tuanku:

"Bahawa selagi rakyat menaruh kepercayaan terhadap Raja dan menghormati Institusi Raja, selagi itulah takhta tidak akan dipindahkan dari istana ke muzium;.... Bahawa takhta juga tidak boleh lari dari hukum Allah, hukum yang ditetapkan ke atas seluruh umat manusia tanpa mengira Raja atau rakyat"

Sedangkan baginda juga tahu pada malam ini ribuan rakyat Perak berhimpun di stadium menghadap Ilahi memohon Allah membantu golongan yang lemah ini di dalam menghadapi golongan yang angkuh serta menyelamatkan Perak dari terlepas ke tangan mustakbirin! Dan sepastinya airmata berlinangan membasahi bumi Perak.....

Namun, jika benar Tuanku mengikut hati bukan akal, ertinya Tuanku sendiri menumbangkan institusi raja - jangan disesal beban menjalar, jangan disalahkan ibu mengandung lantaran dilahirkan dari kerabat diraja kerana mengalihkan istitusi raja ke muzium seperti yang diminta.

Hubaya-hubaya tuanku! Hanya firasat, harapan dan doa dari pacal yang hina, GB.

PERAK: PERKEMBANGAN MUTAKHIR

Pemecah Berita

TVAntara: Kemelut politik yang berakhir dengan rampasan kuasa di Perak memperlihatkan jenis pemerintahan yang bakal dibawa oleh Najib Razak apabila beliau mengambil alih sebagai Perdana Menteri bulan depan. Memancing Adun yang menghadapi tuduhan rasuah dan wakil rakyat yang mudah berpaling tadah dihalalkan, asalkan BN dan UMNO merampas semula Perak melalui pintu belakang. Takut kalah jika diadakan pilihanraya, politik memancing dan membeli wakil rakyat dijadikan sandaran untuk mengekalkan kuasa.






_______________________

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang.

Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan mengangkat sumpah esok.

Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi menteri besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis.

_______________________

Ada yang kelihatan memakai baju tertera "Raja Adil Raja Disembah Raja Zalim Raja Disanggah' sebagai mengulangi titah Sultan Azlan satu ketika dulu.
_______________________

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha sedang dibuat untuk memohon menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik di Perak. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata UMNO telah merampas kuasa secara “hentam kromo,” dengan membelakangkan mandat rakyat.
_______________________

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Adun Jelapang, Hee YIt Foong supaya menjawab tindakannya melompat parti sekaligus mengiyakan politik kotor Najib.






_______________________

5.30 pm - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Pakatan Rakyat untuk menerima kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) kini memerintah negeri Perak. Tetapi rakyat menyatakan Pak Lah mesti menerima kenyataan bahawa apa yang berlaku kini ialah penipuan UMNO merampas Perak dengan cara tidak bermaruah.
_______________________

5.10pm - Datuk Seri Nizar Jamaluddin menegaskan tidak akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak walaupun telah diminta oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah agar berbuat demikian.
_______________________

malaysiakini 4.50pm: Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar dan meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru dari Rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.
_______________________

Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.

Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di Stadium Ipoh malam ini.
Perakexpress: Sebentar tadi Lim Kit Siang, Hj Hadi, DSAI berkata sultan sepatutnya ikut apa yang dinasihatkan oleh MB, untuk bubar DUN

TheStar: 4.21 pm - Polis dan FRU telah mengambil alih Bangunan SUK Negeri. Apabila Sultan Azlan Shah menitahkan Mentri Besar dan exco perlu letak jawatan, Setiuasaha Kerajaan Negeri perlu mengarahkan semua hak kerajaan dikembalikan, seperti kunci pejabat, kereta dan sebagainya. Beliau juga telah pergi ke pejabat-pejabat exco dan meminta pembantu-pembantu mereka meninggalkan pejabat masing-masing.

idham: Jam 4.20 pm - Lebih 100 orang wartawan sedang berkumpul di perkarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar menunggu sidang akhbar yang akan diadakan bila-bila masa.


Manakala didalam kediaman sedang berlaku satu mesyuarat penting oleh kesemua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat demi menyelamatkan keadaan genting dan mandat rakyat kepada Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat.

catatan Perakexpress pula:

Maklumat terkini: Umno sudah mula ‘menyerang’ Kedah.

Menurut blog Isham Rais - Jalan masuk ke Ipoh menuju ke rumah MB sesak.

Benar…orang ramai tidak dibenarkan masuk kedalam pekarangan rumah MB. hanya wartawan dan bloggers dibenarkan masuk selain daripada kepimpinan PKR dan PAS. Hanya beberapa pemimpin DAP kelihatan masuk kedalam rumah MB.

Kemaskini 1557 hrs. FRU telah mengepung pejabat SUK.

Kemaskini 1545 hrs. Maklumat dari YB….dari dalam rumah MB. “respect teman pada Sultan dah hilang…confirmed.”

Kemaskini 3.40pm.

Macam-macam berita yang masuk, setengah boleh percaya, setengah hampeh.

Sidang media masih belum dibuat.Setakat ini kepimpinan PKR dan Pas sudah masuk kedalam rumah MB.

15220hrs. Salahudin Ayub sampai.

1528 hrs. Dr. Lee Boon Chye tiba.

1530 hrs. YB Rodziah Ismail dan rombongan Wanita PKR Pusat masuk kedalam rumah.

Sultan titah Nizar letak jawatan MB, Nizar enggan.

Aku dah ada dalam pekarangan rumah MB. Hanya reporter dan blogger yang dibenarkan masuk buat masa ini. DS Anwar Ibrahim sudah pun berada bersama Nizar, untuk sidang media jam 3.00 ptg. MSK

Laporan dari BERNAMA menyatakan Sultan menitah Nizar letak jawatan.

Anwar tiba di rumah Nizar, akan mengadakan PC pukul 3ptg ini bersama KM Penang Lim Guan Eng.
dikemaskinikan setiap masa

GEMPAR!

Bernama melaporkan Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran dewan undangan negeri dan meminta Menteri Besar meletakkan jawatannya.

Berita tersebut dipetik dari laporan terkini TheStar.

"(2.25pm): Sultan Azlan Shah does not consent to dissolution of state assembly and asks Nizar to resign as Perak Mentri Besar, reports Bernama. If Nizar fails to do so, the post would be considered as vacant."

Bahagian Isi. Ini adalah bagian yg hanya muncul jika link 'Baca selanjut' diklik.

Allah Penentu Segala-galanya

Keputusan samada Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan atau tidak setelah episod yang mendebarkan apa yang berlaku di Istana Kinta pagi ini masih terawang-awang.

Kini hak mutlak Sultan Perak untuk membuat keputusannya.

Sehubungan dengan itu rakyat diminta untk meneruskan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar dibukakan hati DYMM Sultan Perak untuk mendengar rayuan dan permohonan Datuk Seri Nizar yang membawa cetusan hati nurani rakyat Perak seluruhnya supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi mendapatkan semula mandat dari rakyat menentukan parti yang berkuasa.

Nizar yang telah meninggalkan istana pada jam 1.05 petang sambil melambaikan tangan kepada wartawan dengan menyatakan, "Petanda baik. Alhamdulillah."

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula dijangka akan menghadap Sultan Perak jam 6.00 petang ini.

Sehubungan dengan itu, Majlis Munajat Perdana yang dijadualkan berlansung pada 7 mlm hingga 11 mlm ini di tukar ke Stadium Perak kerana perkarangan Kediaman MB tidak akan mampu menampung kehadiran orang ramai.

Tuan Guru Nik Aziz akan mengimami solat hajat malam ini. Orang ramai dinasihatkan supaya datang dengan sejadah dan bersiap dengan air wudu'



Najib Temui Sultan Perak Dua Kali (Kemaskini)

Datuk Seri Najib telah pun keluar dari Istana Sultan Perak dengan hasratnya untuk mendapatkan perkenan Sultan bagi menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Turut hadir di Istana Kinta di Ipoh ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Pengerusi BN Negeri.

Najib, Pengerusi BN Perak tiba di Istana Kinta pukul 9.50 pagi tadi dan keluar 30 minit kemudian.

Sejurus selepas itu beliau menuju ke Bangunan Umno Perak untuk mesyuarat.

Namun dilaporkan rombongan Najib telah masuk semula ke perkarangan istana pada jam 10.50 pagi.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai semula Umno dan tiga Adun Bebas, Jamaluddin Mohd Razdi (Benrang); Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang) turut bersama Najib untuk menghadap Sultan Perak.

malaysianinsider melaporkan YAB Datuk Seri Nizar juga turut dipanggil mengadap Sultan Perak.

Datuk Seri Najib Razak keluar dari Istana Kinta jam 11.35 pagi tadi, selepas diminta menghadap semula Sultan Azlan Shah bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN).

Thestar melaporkan Mentri Besar Perak Datuk Seri Nizar memberitahu wartawan di Bagan Serai beliau baru mendapat makluman untuk mengadap Sultan di Istana Kinta.

malaysiakini melaporkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai kira-kira 11.45 pagi tadi.

Berita Harian : Najib mengadakan sidang akhbar dan menyatakan kini terserah kepada Sultan Perak yang mempunyai hak mutlak untuk memutuskan sama ada menerima Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan baru Perak atau bubarkan DUN negeri.

TheStar: Speaker DUN Perak V. Sivakumar baru saja meninggalkan mahkamah untuk memohon perisytiharan surat perletakan jawatan tiga ADUN sebagai sah dan meminta supaya diisytiharkan 3 kerusi tersebut kosong.

Belum ada sebarang laporan samada MB Perak, sudah tiba ke Istana Kinta atau pun tidak. Mungkin dalam perjalanan. Jarak Bagan Serai ke Ipoh ialah 120km.

idhamlim: YAB MB sedang mengadap Sultan Perak.

malaysianinsider: Najib datang semula dengan 31 ADUN mengiringinya ke Istana Sultan Perak.

TheStar: MB Perak meninggalkan Istana Kinta dan menyatakan Datuk Seri Anwar akan memberikan sidang akhbar di kediamnya jam 3 ptg

TVANTARA: Najib meninggalkan ibu pejabat UMNO. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan istana Kinta jam 1.05 tengah hari tadi selepas menghadap Sultan Perak 15 minit kemudiannya.

Menteri besar itu bersama Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media jam 3 petang.

TAMAT KEMASKINI

Sementara itu, Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan bahawa tindakan Najib yang terburu-buru akan mengakibatkan pengundi menjadi marah di seluruh negara dan akan menolak Barisan Nasional (BN) dengan lebih dasyat di dalam pilihanraya umum akan datang jika tidak berlaku pilihanraya peringkat negeri Perak.

Tengku Razaleigh menambah, rakyat tidak akan percaya bahawa lompatan beberapa orang ADUN ke BN itu adalah jujur, menjelaskan lompatan mereka bermula dari "kehilangan yang penuh misteri, putaran pendirian yang tiba-tiba, dengan alasan yang begitu lemah pula".

"Lompatan itu mungkin atau mungkin tidak akan menukarkan kerajaan Perak yang ada tetapi ramai di kalangan kita (UMNO) telah berperangai seolah-olah telah berlaku pertukaran kerajaan kepada BN dalam sekelip mata."

"Lompatan bukan pembentukan sesebuah kerajaan, tetapi pilihanraya. Kerajaan dibentuk setelah rakyat menentukan pilihannya melalui sistem pilihanraya yang bebas dan adil."

"Dewan Undangan Negeri bukan sebuah pasar jual daging dan kerajaan bukan pula sesuatu yang digantung untuk dilelong," tambahnya.

dikemaskinikan setiap masa. tulisan merah adalah berita yang terkini

Nasihat Sultan Perak : "Bersabarlah"

Sultan Perak, Sultan Azlan Syah sewaktu menerima mengadap Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin baginda telah membacakan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-Anfal Ayat 46:
وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Bersabarlah sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar

Datuk Seri Nizar menyatakan Sultan Perak juga meminta tempoh untuk membuat keputusan permohonan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.

Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.

Sebelumnya, MB Perak itu juga menjelaskan tentang kedudukan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyeberang semula ke UMNO/BN yang menyebabkan Najib merasakan BN sudah cukup mempunyai majoriti di Perak. Dia telah di ambil oleh ADUN Pengkalan Baru, Dato' Hamdi dan ADUN Lintang, Pakeh Adam dengan alasan Raja Muda menjemput ke Istana, tetapi mereka telah dibawa ke Putrajaya bertemu dengan Najib petang ini.

Kelab GB sebelum ini pernah melaporkan kehilangan tiga orang UMNO dimana rakyat juga "membaca" kehilangan tiga orang ADUN UMNO, Datuk Ahmad Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) daripada menghadiri mesyuarat tergempar UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Najib sebagai salah satu skrip yang ada di dalam drama culik-menculik ini.

Mereka diculik untuk tidak melakukan U-turn seperti yang dilakukan oleh Datuk Nasaruddin Hashim, ADUN Bota yang pada ketika telah berhijrah ke Pakatan Rakyat dan "disekolahkan" pula untuk menculik Datuk Nsaruddin Hashim supaya kembali menyertai UMNO/BN. Berapa upahnya? Hanya mereka dan Allah s.w.t. yang tahu.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa meminta rakyat agar jangan terpedaya dan tertipu dengan dakyah-dakyah dan maklumat yang sengaja diputar-belitkan oleh media ketika ini dalam isu yang melanda negeri tersebut.

Beliau turut menerangkan bahawa Presiden PAS,Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan pulang esok daripada Gaza dan akan menghadiri mesyuarat lajnah politik tertinggi PAS yang akan diadakan esok.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula meminta agar Sultan Perak tidak mengizinkan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan di Perak dengan mengheret dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menghadapi tuduhan rasuah untuk mendapatkan majoriti mudah.

"Jika Sultan mengizinkan penubuhan kerajaan Perak dengan cara seperti itu, ia bukan sahaja dibimbangi akan mencemarkan nama baik istana malah ia akan memberi kesan kepada pertuduhan rasuah ke atas Jamaluddin (Mohd Radzi) dan Mohd Osman (Mohd Jailu).


(Untuk Pakatan Rakyat) Esok Masih Ada

Pasal apa nak menangis? Pasal apa nak marah?

Relax!!! Dunia belum kiamat dan esok masih ada. Esok kita tengok sapa yang masih tegak berdiri, sapa yang cabut lari, dan sapa yang masih berani menjerit Reformasi!!!

Seorang ibu tua menangis apabila anak keempatnya mati dalam peperangan. Apabila ditanya oleh rasulullah mengapa dia menangis, dia menjawab, “aku tidak ada lagi anak yang akan menyambung perjuangan ini”.

Sudah berapa anak kita yang mati? Sudah banyak mana harta kita yang habis..maka kita perlu menangis dan berasa sayu?

Kita baru habis dua set. Umno satu. PR satu. Kita sedang memasuki rubber game. And the game had just begun.

Sultan Azlan Shah masih belum membuat keputusan. Surat perletakan jawatan Jamaludin Osman dan Hee sudah ada ditangan Sultan, dan aku percaya, Sultan akan memanggil ketiga-tiga ADUN ini untuk menjelaskan mengapa mereka menghina Sultan dengan membelakangkan surat yang telah mereka tandatangani dihadapan Sultan.

Menang atau kalah, Melayu atau Cina, ketiga-tiga ADUN ini sudah menderhaka kepada Sultan. Sudah menipu Sultan dan rakyat negeri Perak. Mereka menandatangani surat perletakan jawatan ini dihadapan Sultan dan berjanji dihadapan Sultan, bahawa sekiranya mereka keluar dari Pakatan rakyat…kelayakan mereka terbatal.

Mereka boleh menyalahgunakan SPR, mereka boleh menyalahgunakan apa saja jentera kerajaan, tapi mereka tidak boleh memperdayakan Sultan.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang ada hari ini adalah kerajaan pilihan rakyat yang diperkenankan oleh Sultan. Sekiranya kerajaan boleh dijualbeli, , kerajaan itu tidak akan dihormati lagi. Dan sekiranya Sultan boleh dipermainkan, maka Sultan juga tidak akan dihormati lagi.

Esok…adalah hari mengundi. Bukan untuk memilih pemimpin politik yang boleh dijual beli, tetapi untuk menentukan…sama ada kita mempunyai Sultan yang adil dan saksama, atau Raja yang membelakangkan hak rakyat.

Aku akan berikan undi aku kepada Sultan Azlan Shah.

oleh MSK, Perakexpress

Apabila Mereka Melacurkan Maruah...

Inilah wajah-wajah yang menjual maruah mereka untuk kepentingan peribadi.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan perbuatan berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan.

"Saya rasa cukup dukacita apabila timbul cerita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut.

"Selepas dapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mereka jual (berpaling tadah). Perbuatan ini pastinya ada perancang yang memujuk mereka sebagai cara mudah mencari majoriti (membentuk kerajaan).





"Kalau begini, lebih baik tak payah diadakan pilihan raya, sebaliknya cukup diagihkan duit saja," katanya kepada pemberita di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, petang tadi.

Beliau menyifatkan, hanya pemimpin yang rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan masalah pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan - Berita Harian
Sketsa: Kassimselamat

Mahathir Kurang Senang Tindakan Najib

Tindakan Najib untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah adalah tindakan kurang bijak.

Demikian ulasan Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO tatkala mengulas perkembangan mutakhir kemelut politik di Perak tentang langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR telah dikatakan kembali semula kepada Umno.

Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi pakatan PAS-PKR-DAP dalam 59 kerusi Dewan Undangan Negeri merosot daripada 32 kepada 28 manakala kerusi BN meningkat kepada 28 daripada 27.

Menurut Tun Dr Mahathir, "Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti. Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu," katanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman menghadapi pertuduhan rasuah dan kes mereka sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

Beliau juga mengingatkan bahawa jika kedua-dua mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah selepas menyertai BN, rakyat akan berkata sistem kehakiman telah dimanipulasi.

Berikut petikan dari webblog chedet

1. Saya kembali ke tanahair dari Djibouti dan mendengar berkenaan Ahli Yang Berhormat UMNO Perak keluar parti dan masuk Keadilan (PKR).

2. Kemudian saya dengar pula dua orang ahli PKR hilang. Bila mereka dijumpai cerita yang didengar ialah mereka sudah keluar daripada PKR.

3. Dan banyaklah berita angin berkenaan ahli-ahli Yang Berhormat yang akan lompat dari parti ke parti.
4. Dahulu UMNO dan Barisan Nasional telah cuba sekat kejadian lompat melompat dengan mensyaratkan tiap calon tandatangan surat letak jawatan sebagai ahli Yang Berhormat tanpa tarikh. Kononnya jika setelah jadi ahli Yang Berhormat mereka ingin lompat masuk parti lain maka surat letak jawatan yang telah di tanda tangani oleh mereka akan dihantar kepada Speaker (Tuan Yang di Pertua Dewan) dan dengan itu akan terlucutlan anugerah Yang Berhormat mereka.

5. Malangnya perbuatan ini didapati tidak sah daripada segi undang-undang. Jika mereka ingin keluar daripada parti maka mereka sendiri perlu keluarkan surat yang diperbuat oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka pada ketika itu untuk disampaikan kepada Tuan Speaker.

6. Saya percaya surat yang diperbuat oleh mereka tanpa tarikh dahulu akan ditolak oleh Tuan Speaker. Oleh itu mereka akan kekal sebagai Ahli Dewan walaupun mereka lompat ke parti lain atau mereka akan jadi ahli bebas.

7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.

8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.

9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.

10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.