6 Apr 2009

BUKIT GANTANG : Tak Salah Nga Kor Meng Nak Baca Quran - Nik Aziz

Tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat Al-Quran dari Surah Al-A'raf tidak mempunyai apa-apa kesalahan, demikian ditegaskan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Siapa pun nak gunakan ayat Quran patutnya dia guna lama dah. Itu kesan gelombang kebangkitan Islam," kata Nik Aziz.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kemungkinan Nga tersalah tafsir dan sebagainya kerana tidak menjadi keslahan orang bukan Islam untuk membaca Al-Quran.

Banyak pihak menyifatkan laporan polis yang dilakukan oleh beberapa badan bukan kerajaan terhadap Nga adalah gimik politik kerana mereka terpukul dengan ayat yang dibacakan oleh Nga tersebut yang mengenai diri mereka.

Laporan polis dibuat oleh Timbalan Presiden Majlis Muafakat Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan wakil-wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Rakyat Insan Malaysia (IRIM) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Rahimmuddin berkata, tindakan Nga menggunakan Al-Quran dalam ceramahnya ternyata menimbulkan kemarahan umat Islam negara ini.

Seorang pemimpin PAS berpendapat bahawa sebenarnya orang-orang UMNO merasa terkejut orang bukan Islam boleh mengetahui ayat Al-Quran kerana orang UMNO sendiri sebenarnya yang telah lama meninggalkan ajaran Al-Quran.

"Sebenarnya bukan menimbulkan kemarahan umat Islam, tetapi kematrahan umat UMNO," tegasnya.

"Ayat Al-Quran adalah milik Allah dan sesiapa juga samada yang Islam atau bukan Islam boleh membacanya," tambahnya.

"Mereka ini (ahli UMNO) bertindak sebagai pembela ayat Quran kononya, walhal mereka lebih buta Al-Quran dari sesetengah kaum bukan-Islam," tegasnya lagi.



BUKIT GANTANG BUKIT SELAMBAU BATANG AI - Tahanan ISA Tidak Bebas Sebenarnya

Penipuan Kerajaan BN terserlah apabila mengumumkan pembebasan tahanan ISA yang dibuat oleh Dato Seri Najib Razak selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6.

Dua pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) V. Ganabatirau dan R. Kenghadharan telah dibebaskan tetapi mereka tidak dibenarkan tidak keluar daripada kawasan masing-masing.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata bahawa pembebasan Peguam Hidraf, V. Ganabatirau dan R. Kenghadharan adalah tidak sepenuhnya kerana mereka tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kediaman masing-masing.

Lim juga mendakwa sekatan itu merupakan sesuatu yang memalukan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahukan kebebasan kepada rakyat dan amalan demokrasi dipraktikkan dalam kepimpinannya.

Seorang aktivis masyakarat menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Polis menambah-nambah syarat yang tidak diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai sikap yang cuba menunjukkan bahawa mereka paling berkuasa di dalam negara ini.

"Justeru itu, rakyat jangan terpedaya seperti yang dinyatakan Mursyidul Am PAS terhadap helah yang dilakukan oleh BN dan rakyat perlu mengajar melalui petiundi di dalam pilihanraya kecil esok.



BUKIT GANTANG BUKIT SELAMBAU : KUGAN MATI KATAK. RAKYAT PERLU BANGUN BANTAH DI PETI UNDI ESOK

Setelah sekian lama menunggu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican, pada sidang media khas di Kementerian Kesihatan hari ini menyatakan Jawatankuasa Bebas Siasatan kes kematian A. Kugan mendapati punca kematian tahanan itu adalah disebabkan paru-paru berair akibat radang jantung dan diburukkan lagi oleh kecederaan berganda akibat objek tumpul.

Jawatankuasa Bebas itu dikatakan dianggotai oleh "pakar" dalam dan luar negara yang membuat kesimpulan itu hasil berdasarkan hasil dari laporan bedah siasat, analisa dan temuramah ke atas dua pakar yang menjalankan bedahsiasat.

Ujar Ismail perbezaan laporan bedahsiasat pertama dan kedua boleh dielakkan sekiranya terdapat komunikasi diantara pakar-pakar bedahsiasat berkenaan. Keadaan diperburukkan apabila bedahsiasat kedua hanya dilakukan seteah empat hari. Faktor itu membawa impak kepada badan simati.

Menurut Ismail, jawatankuasa berpendapat kecederaan Kugan itu diakibatkan oleh benda tumpul tetapi fleksibel seperti hos getah yang terlipat. Kesemua kecederaan yang ditemui tidak mencukupi untuk menyebabkan kematian secara lansung.

Seorang aktivis masyarakat menyatakan bahawa laporan yang dikemukakan itu adalah "bias" dan tidak komprehensif. Malah mereka yang menganggotai Jawatankuasa Siasatan tidak pernah didedahkan dan justeru itu kredibiliti mereka boleh dipersoalkan.

"Apa yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah penubuhan Suruhanjaya DiRaja Siasatan untuk menyiasat kes Kugan, bukan jawatankuasa yang dilantik oleh kementerian yang boleh saja mengambil sikap berpihak lantaran tidak mengambilkira pandangan dari analisa dari pelbagai perspektif," ujarnya.

Ramai beranggapan keputusan hasil bedahsiasat yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan itu adalah percubaan untuk menyelamatkan maruah polis yang tercalar ekoran kes tersebut dan justeru itu ia sepatutnya dipertikaikan dan ditolak.

Rakyat khususnya mereka yang melihat kebenaran dan keadilan ditegakkan di dalam kes Kugan ini perlu menjadi pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai esok sebagai tempat untuk menyatakan bantahn dengan mengundi calon Pakatan Rakyat supaya ianya dapat memberi pengajaran kepada semua "goivernment servant" supaya tidak memperbodohkan rakyat serta tidak melakukan kerja "mengampu" dan "membodek" keterlaluan terutama apabila melibatkan kes kematian.

"Tan Sri Ismail perlu meletakkan jawatannya kerana beliau tidak dilihat sebagai mampu untuk melakukan pembelaan kepada keluarga simati tetapi lebih kepada membela polis yang telah melakukan kezaliman dan kerajaan yang BN yang didokongi oleh pihak berkenaan. Beliau dilihat cuba bermain politik terhadap isu berkenaan." tambahnya.


BUKIT GANTANG BUKIT SELAMBAU BATANG AI - KONSPIRASI SPR UNTUK MENANGKAN BN

Kurang 24 jam sebelum pilihanraya kecil serentak di Batang ai, Bukit Gantang dan Bukit selambau, Pakatan Rakyat dihimpit dengan pelbagai kekangan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Di Bukit Selambau, Parti Keadilan rakyat dimaklumkan SPR bertindak mengatur susunan calon atas kertas undi untuk memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

Nombor calon pada kerta undi juga digugurkan atas tujuan sama.

Kertas undi sebegini jelas tidak mengikut beberapa prisnip asas untuk memastikan keadilan bagi semua calon terbabit.

Bagi PKR, tindakan nekad spr meminda kertas undi adalah bukti badan itu di peralatkan untuk memastikan kemenangan bagi Barisan nasional esok.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan SPR yang condong kepada Barisan Nasional.

“SPR ini kerja tak professional..kerja main-main..memihak kepada suatu pihaknya,” kata Anwar. “Jadi sepatutnya dia faham kepada perlembagaan dan sumpah jawatannya. Ini Suruhanjaya Diraja,” tambah beliau

Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata tindakan meminda kertaa undi itu “menyalahi undang-undang dan menimbulkan kecurigaan.”

“Ini muslihat yang cuba dilakukan nSPR untuk memudahkan pengundi memilih BN,” tambah Azmin.

Undang-undang pilihanraya turut diperlekehkan oleh SPR untuk kerusi parlimen Batang Ai Sarawak.

Peti undi di 14 saluran mengundi di kawasab itu tidak akan di kira dan di perakukan oleh wakil parti-parti bertanding di pusat pengiraan setempat seperti lazimnya.

Sebaliknya, kertas undi akan diterbangkan dengan helicopter terus ke pusat perjumlahan undi.

Ini menimbulkan persoalan mengenai ketelusan proses pengiraan undi pada pilihanraya kecil Batang aii.

“Langkah SPR macam ini jelas membelakangkan undang-undang dan kami menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah untuk membetulkan keadaan,” kata Azmin.

Setakat ini SPR belum memberi sebarang penjelasan terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh PKR.

Langkah terbaru SPR meyerlahkan kebimbangan bahawa Barisan Nasional Sarawak di bawah pimpinan Taib Mahmud akan melakukan apa yang perlu untuk memastikan kemenangan esok.

Ini dipercayai kali pertama SPR bertindak menafikah wakil parti daripada memantau keseluruhan proses pengiraan dan penjumlahan undi.

-tvantara


BUKIT GANTANG BUKIT SELAMBAU BATANG AI : PASTIKAN PR MENANG 5-0

PAKATAN Rakyat mampu menang 3-0 pada pilihan raya esok, setelah meraih kejayaan 2-0 pada pilihan raya sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, sejak pilihan raya umum ke 12 tahun lalu.

"Kita mahu Pakatan Rakyat menang 5-0. Jangan bagi peluang kepada BN bernafas setelah sempuk dan nazak," tegas Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya.

Beliau yakin, wabak rasuah yang kian membarah menggodam Umno pada pemilihan parti itu Mac lalu bukan sahaja melumpuhkan parti Melayu itu tetapi mengukuhkan kepercayaan rakyat tentang betapa rapuhnya Umno dan BN di negara ini.

Rata-rata ahli dan pemimpin Umno peringkat akar umbi bersetuju dan menyifatkan kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya Umno memansuhkan sayap-sayap parti itu, hakikatnya merupakan cadangan sinis supaya Umno dihapuskan terus.

Sindiran itu, dakwa Ismail dapat difahami maksud sebenar kenyataan Tengku Ahmad Rithauddeen itu dan menolak parti itu habis-habisan kerana wabak rasuah yang dibawanya.

"Rakyat Permatang Pauh dan Kuala Terengganu telah memulakannya. Ia bukan sahaja tamparan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai PM seperti yang dinyatakan oleh Prof Dr Johan Saravanamuttu dalam temubual dengan Bloomberg, malah ia isyarat dari orang-orang Melayu sendiri supaya Umno ditolak habis-habisan.

"Orang Melayu tidak mahu dijangkiti wabak rasuah Umno" katanya.

Dakwa Ismail lagi, penyakit Umno, bukan hanya merebak di sayapnya, tetapi sebenarnya jantung parti itulah yang paling teruk dilanda wabak rasuah.

"Kalau kita baca kenyataan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) nyatalah penyakit Umno itu sebenarnya berada pada peringkat Majlis Tertinggi (MT) parti itu. MT umpama jantung Umno," katanya.

"Bila sayap dimusnahkan, tak boleh terbang lagi untuk cari makan. Akhirnya akan mati. Sebab itulah cadangan itu sebenarnya merupakan cadangan supaya Umno dihapuskan terus, tetapi Tengku Ahmad Rithauddeen tak sampai hati nak minta Umno dihapuskan terus," dakwa seorang perwakilan Umno ketika ditemui di lobi PWTC ketika Perhimpunan Agung Umno berlangsung.

Malah, katanya yang berasal dari Kelantan, kenyataan Ahmad Rithauddeen itu juga mengisyaratkan tidak ada apa-apa lagi yang boleh diharapkan dari Umno kerana sayap-sayap generasi muda parti itu juga dilanda wabak rasuah.

- sanggahtoksaga

BUKIT GANTANG : Kehadiran Mahathir - Manusia Hipokrit Darjah Tertinggi

Bukit Gantang hari ini menerima tetamu seorang hipokrit darjah tertinggi - the return of mahazalim - yang tiba-tiba melakukan serangannya kepada calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Malah sebelum ini beliau menyatakan, kesilapan-kesilapan, strateji buruk dan kecuaian yang berlaku pada 5 Feb lalu di dalam rampasan kuasa tersebut, yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mengakibatkan krisis politik berlaku di Perak.

"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegasnya di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.

"Umno-BN terlalu cuai dan dan tidak menunggu persidangan dewan tetapi sebaliknya meminta Sultan melucutkan jawatan menteri besar," tambahnya, merujuk kepada keputusan Sultan Azlan Shah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk meletakkan jawatannya.

"Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada peruntukan sedemikian di Perak atau Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dengan pusingan 360 darjah, pagi ini beliau mengikut rentak korus pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang lain menuduh Nizar sebagai penderhaka dengan beliau lupa bahawa beliaulah sebenarnya bapa kepada penderhaka raja-raja kerana peranan besar beliau dalam menghakis kuasa serta martabat raja-raja Melayu semasa pemerintahannya.

Ini termasuk membuat pindaan perlembagaan untuk mengurangkan kuasa Yang DiPertuan Agong pada 1983, menubuhkan Mahkamah Khas untuk mendakwa raja-raja termasuk YDP Agong dan menghina institusi raja melalui media kawalan Umno dan BN.

Naib Presiden PKR, Azmin Hj Ali berkata,

"Saya ingin meminta kepada rakyat Bukit Gantang supaya bertanyakan hal-hal ini kepada Dr Mahathir

"Saya mahu tengok adakah dia berani menjawab pertanyaan daripada rakyat Bukit Gantang dan rakyat akhirnya akan tahu bahawa dia lah Bapa Penderhaka Raja-Raja Melayu sebenarnya bukannya Pakatan Rakyat yang difitnah selama ini," tegas Azmin lagi.

Ahli Parlimen Gombak itu juga mendedahkan sikap hipokrit Umno bahawa parti itulah yang memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya parti itulah yang membinasakan agama.

Ini dibuktikan oleh pembelian 20 peratus kepentingan dalam syarikat arak Filipina, San Miguel oleh anak Dr Mahathir, Mirzan.

Antara isu lain yang disentuh Azmin termasuklah isu pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu dan penjelasan mengenai pemberian tanah kepada rakyat miskin Melayu, Cina dan Orang Asli semasa tempoh sepuluh bulan pemerintahan Pakatan Rakyat.

Azmin juga mengambil kesempatan untuk menasihatkan pengundi P059 Bukit Gantang supaya keluar awal untuk mengundi kerana cuaca hujan pada sebelah petang.

"Saya juga memberi amaran keras kepada hantu-hantu yang berniat untuk datang ke Bukit Gantang membuang undi. Kita sudah bersedia untuk menangkap hantu-hantu ini kerana saya ada sedikit pengalaman menangkap mereka semasa di Lunas dulu," tegas beliau.


BATANG AI : DETIK PERUBAHAN SARAWAK BERMULA ESOK

Saat-saat terakhir berkempen oleh pemimpin BN bersama jenteranya menyaksikan pilihanraya Batang Ai semakin sengit. Dengan politik colek, ugut dan sogok semakin menjadi-jadi, masyarakat Iban semakin sakit hati dengan BN.

Rakyat Batang Ai mahu bangkit dari belenggu kedaifan dan kemiskinan hidup dibawah kekejaman kepimpinan Barisan Nasional selama 51 tahun ini.

“Kini kesedaran telah meningkat di kalangan penduduk di kawasan ini apabila ramai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang datang ke kawasan Batang Ai untuk menerangkan bahawa betapa pentingnya pengundi yang seramai 8006 orang ini mengundi Pakatan Rakyat.”

Moto pemimpin BN adalah mahukan rakyat Batang Ai terus mundur dan dibelenggu kehidupan dibawah paras kemiskinan untuk mereka terus menindas dam merompak segala kekayaan bumi Batang Ai dengan ugutan akan mengambil tindakan kejam pada sesiapa yang tidak mahu tunduk kepada pemimpin BN.

Kelmarin di rumah panjang, mereka telah secara kasar menurunkan bendera PKR yang menghiasi ruang tamu rumah panjang untuk digantikan dengan bendera BN yang dipasang keliling. Namun siapa dapat menurunkan bendera KEADILAN dari hati masyarakat Iban ini?

Esok, BATANG AI bakal berubah sebagai permulaan kepada satu detik perubahan yang lebih besar untuk pilihanraya umum 2012 nanti.

BUKIT SELAMBAU : DI AMBANG KEMENANGAN

Hari ini merupakan hari terakhir bagi parti parti yang bertanding untuk berkempen meraih undi untuk calon masing masing. Sebentar lagi BN terpaksa membawa turun Tun Mahathir Mohamad ke Bukit Selambau untuk berkempen bagi calon dari partai Barisan Nasional. Betapa terdesak sangatnya mereka.

Nescaya hari yang terakhir untuk peluang terakhir untuk membuktikan serta meyakinkan pengundi dalam mentadbir kawasan masing masing. Seperti di Bukit gantang Perak ia melambangkan keputusan rakyat untuk memilih pemerintahan negeri iytu sendiri walaupun nizar bertanding bagi kerusi Parlimen namun ia sekaligus keputusan undi tersebut adalah bagi membukytikan belia merupakan sebagai calon pilihan rakyat ataupun zambry yang di anggap sebagai Menteri Besar haram yang merampas negeri itu dengan cara tidak berdemokrasi.

Jika di Bukit Selambau pula walaupun jumlah pengundi adalah sebanyak 50% pengundi Melayu dan hanya 30% pengundi India namun Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim ada sebab memilih calon india Manikumar sebagai calon Parti.

Di dalam pemerintahan kerajaan negeri Kedah kesemua Exco dan pemimpin dari kaum Melayu dan Cina dan tiada satu kerusi pun di sandang kaum india maka Anwar membuat keputusan melonggarkan syarat di mana sebelum ini kerusi Bukit selambau di peruntukan untuk calon Melayu. Tidak adil bagi masyarakat india apabila tiada seorang pun yang bakal mewakili mereka dan mempertahankan hak mereka jika tiada pemimpin dari kalangan masyarakat mereka sendiri.

Maka pilihanraya bagi Bukit Selambau yang bakal menyaksikan 15 penjuru dengan kehebatan calon bebas yang tidak dapat di jangkakan bukan seperti di Kuala Terengganu akan membuatkan persaingannya lebih sengit namun tiada yang dapat menghalang jika calon berkenaan menjadi pilihan rakyat. Sekaligus melambangkan kerajaan negeri Kedah yang bakal kukuh.

Sekali lagi kesilapan yang di lakukan oleh Barisan Nasional apabila menimbulkan kemarahan rakyat di saat akhir apabila menggunakan pihak polis untuk menyerang lawan seperti di Taman Tengku Aminah Bukit Selambau semalam. Disamping terdedahnya pelbagai kisah kesamsengan BN di dalam menganggu program-program anjuran PR menjadikan rakyat mengenali perilaku lawan dengan lebih terang dan nyata.

Apa tahlagi calon lawan kini telah terpalit dengan tuduhan menipu rakyat sebelum terpilih menjadi wakil rakyat lagi.

Dan itu petanda kemenangan calon PKR mewakili Pakatan Rakyat menjadi semakin pasti N25 Bukit Selambau.

..manusia merancang Allah juga merancang, sesungguhnya Allah juga merancang
sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang...

BUKIT GANTANG : PR MENITI KEMENANGAN

Kenyataan Tmb. Presiden MCA yang gerak kerja BN jauh ketinggalan dan mengamalkan pendekatan yang lama semasa berkempen sebagai satu penunjuk aras akan penerimaan dan sokongan pengundi di Bkt. Gantang kepada calon PAS Daro' Hj Nizar.

Dari segi sokongan kaum cina dan india sudah memang terbukti dengan komitmen dan respon yang sungguh menggalakkan terhadap calon PAS setiap kali mereka dikunjungi oleh Dato' Hj Nizar. Malam ini saja di Kuala Sepetang hampir 3000 orang hadir meraikan beliau dalam Jamuan Makan Malam. Saya sendiri semasa berada di Bukit Gantang terkejut dan kagum dengan gerak kerja yang bersungguh-sungguh dari mereka untuk memenagkan calon PAS, ini yang menjadikan Umno semakin meroyan dan hilang tumpuan.

Rata-rata petugas PAS sudah diberi lampu hijau agar tidak risau tentang sokongan kaum cina dan india setiapkali mereka pergi merayu undi. Sebenarnya, ketokohan dan sifat Amanah yang ada pada Dato' Hj Nizar itu sendiri telah menjadikan beliau semakin popular di kalangan pengundi kaum cina dan india di Bukit Gantang ini ditambah dengan kemesraan dan sifat rendah diri beliau jika di bandingkan dengan calon BN yang ada.

Sehinggakan ada pihak dari Umno sendiri yang menyatakan bahawa dari segi ketrampilan dalam bertemu dan bermesra dengan pengundi telah di terajui oleh calon Pas Dato' Hj Nizar ketika ini menyebabkan BN terpaksa mencari cara lain untuk memikat para pengundi apabila mereka sedar bahawa BN telah jauh ketinggalan sebelum tiba 7 Aparil ini.

Dakyah dan segala pembohongan Umno telah dengan mudah dapat di patahkan oleh petugas-petugas PAS yang sudah masak dengan taktik kotor BN ini. Dalam keadaan segalanya tidak memihak kepada PAS seperti TV, Surat khabar, sekatan ceramah,polis yang menjadi sayap kanan Umno menjadikan pendokong Pakatan Rakyat terpaksa melakukan sesuatu dengan kesungguhan dan jihad yang tinggi tanpa perlu ada bayaran seperti petugas-petugas BN.

Dato' Zambry ( MB Haram ) mohon restu pengundi untuk beri mereka sekali lagi peluang, maka mereka akan melakukan segala-galanya untuk rakyat. Selama ni sudah 50 tahun memerintah apa yang mereka buat?

Sesungguhnya slogan "Kekalkan Kemenangan Rakyat" akan direalisasikan oleh pengundi Bukit Gantang pada 7 April esok, dan rakyat mahukan seorang ahli parlimen yang mampu berhujah dalam pelbagai aspek seperti Hj Nizar. Sebab itu tiada alasan pengundi Bukit Gantang menolak Hj. Nizar kerana Umno sejak dulu lagi tiada perubahan ke arah yang lebih baik, walaupun berlaku pertukaran pucuk pimpinan.

Marilah kita sama-sama bermunajat kepada Allah agar kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat,setelah kita berusaha maka " Segala urusan kita, kita serahkan kepada Allah "

" Selamat Mengundi,Barang siapa Yang menolong Agama Allah
sudah pasti Allah akan menolong mereka "

- sendirimauingat

BATANG AI : AMK DAN MAFREL BANTAH SPR SARAWAK

AMK bersama Sdr Shamsul Iskandar Ketua AMK Malaysia semalam jam 3.30 ptg telah menghantar surat bantahan di Pejabat SPR Lubuk Antu. Bantahan tersebut menyatakan ketidakpuashati Jentera pilihanraya PKR Batang Air terhadap cara kendalian undi oleh SPR. Bantahan tersebut telah disampaikan kepada Tuan Haji Takun Pengarah SPR Negeri.

SPR Batang Air telah menwartakan 14 buah sekolah kiraan undi tidak akan di buat di pusat mengundi malah kiraan undi akan dilakukan di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Lubuk Antu. Perkara amat membimbangkan Jentera pilihraya PKR kerana takut penipuan akan berlaku semasa pemindahan tong peti undi dari tempat pembuangan undi menuju ke Pusat pemjumlahan undi.

Sdr Shamsul telah membantah keras dengan sistem yang di buat oleh SPR kerana tidak selari dengan SPR semenanjung Malaysia. Walaubagaimana SPR telah memberi alasan yang tidak wajar kerana amalan sudah menjadi biasa di Sarawak dan tiada parti yang membuat bantahan sebelum ini.

Susulan dari itu, Sdr Zulfikar Bersama Jentera PKR akan membuat sidang akhbar di bilik gerakan utama Lubuk Antu pagi ini untuk mengesahkan bantahan pada Media.

Di dalam satu perkembangan lain, Suruhanjaya Badan Pemerhati Bebas Pilihanraya (Mafrel) turut membantah mengenai larangan Pegawai SPR Batang Ai kepada Mafrel untuk ikut serta di dalam penghantaran peti-peti undi dari pusat mengundi ke pusat pengiraan undi. Mafrel juga tidak dibenarkan untuk menyaksikan proses pengiraan undi.


BUKIT SELAMBAU : RAKYAT MENGHARAPKAN KEMENANGAN PR

Rata-rata masyarakat Bukit Selambau mahukan Pakatan Rakyat untuk meraih kemenangan di dalam pilihanraya kecil yang akan berlansung hari esok.

Banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat Bukit Selambau di bawah pentadbiran BN.

Ada yang mengutarakan masalah jenayah sementara seorang penduduk yang lain dari Kg. Baru mengadu mengenai masalah jalan dan longkang yang kurang elok.

Tinjauan umum mendapati ada rakyat mempersoalkan pemerintahan BN 50 tahun keadaan status quo masyarakat Bukit Selambau masih tidak berubah sedangkan Pakatan Rakyat baru setahun memerintah telah dapat membawa projek-projek untuk kebaikan rakyat.

Mereka bertekad untuk menterjemahkan sokongan mereka di kertas undi bagi memberikan mandat kepada calon Pakatan Rakyat, S.Manikumar meneruskan usaha dan perjuangan sejak 8 Mac lalu bagi membela nasib dan hak rakyat di N25 Bukit Selambau.

Dalam tempoh 50 tahun pemerintahan BN dan setahu pemerintahan PR, terdapat perbezaan yang ketara dari sudut kemajuan yang dibawa dimana di dalam 50 tahun BN hanya mementingkan kumpulan mereka.

Yang nyata, rakyat gembira sewaktu kini diperintah oleh Pakatan Rakyat berbanding sewaktu diperintah oleh BN, dan inginkan keadaan yang berlaku dapat diteruskan denga kemenangan PR di dalam pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau esok.



BUKIT SELAMBAU ; CERAMAH PR DIHALANG POLIS KERANA SEBUT NAMA NAJIB

Ceramah yang berlangsung di Bilik Gerakan Utama Taman Tengku Aminah Bukit Selambau yang di hadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat telah di ganggu oleh sepasukan anggota polis yang bertindak memberhentikan ceramah berkenaan beralasankan tidak boleh menyebut nama Najib Razak.

Ceramah yang dihadiri lebih kurang 3,000 penyokong Pakatan Rakyat pada awalnya berjalan lancar sehinggalah diganggu oleh pihak polis selepas penceramah pertama, YB Zuraida, Ahli Parlimen Ampang habis menyampaikan ceramahnya. Seorang anggota polis cawangan khas telah cuba menhentikan ceramah berkenaan dengan alasan tiada permit.

Namun setelah dibuktikan oleh pihak urisetia bahawa ceramah tersebut mempunyai permit barulah dibenar untuk diteruskan.

Orangramai semakin bertambah sehingga jumlah kehadiran mencecah 5,000 orang swaktu YB Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik) yang juga exco Kedah menyampaikan ceramahnya.

Ia diikuti dengan ceramah Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang mana ceramahnya mula diganggu oleh pemuda-pemuda MIC yang pejabatnya terletk lebih kurang 30 km di sebelah tempat ceramah.

Giliran R.Tangam kemudiannya menyampaikan ceramahnya yang menyentuh Datuk Seri Najib. Sebaik sahaja beliau tamat, sekumpulan 30 orang anggota polis telah menghalang program itu diteruskan dan meminta supaya diberhentikan yng menyebabkan timbul kekecohan.

Hasil perbincangan bersama YB Gobalakrishnan dan YB Sim, pihak urusetia bersetuju untuk menghentikan program sekalipun dibantah oleh orangramai. Orang ramai menjadi hairan mengapa pihak menganggu dan menghentikan program ceramah kempen pilihanraya Pakatan Rakyat berkenaan tanpa alasan yang menasabah.


BUKIT GANTANG : Zambry Dicabar Husam Buktikan Tuduhan

YB. Dato’ Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar ‘Haram’ Perak di cabar buktikan bahawa polisi pentadbiran Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin salah dan memudaratkan rakyat Perak.

Cabaran itu dibuat oleh YB. Dato’ Haji Husam Musa, Naib Presiden PAS sewaktu siri kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Sepanjang empat siri ceramahnya, Dato’ Haji Husam menegaskan bahawa Dato’ Seri Nizar bukanlah boneka DAP seperti yang dijaja oleh Barisan Nasional. Sebaliknya Husam menyifatkan YB. Nizar sebagai seorang Menteri Besar pelbagai bangsa.

YB. Nizar telah mentadbir Kerajaan Negeri Perak dengan penuh semangat hormat menghormati kepada semua pihak termasuklah anggota dari parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR.

“Ahli-ahli exco DAP tak pernah desak Nizar tapi mereka beri sokongan penuh kepada polisi Nizar,” tegas Husam menafikan Nizar dicucuk hidung oleh Ahli-ahli Exco DAP.

“Apabila menjadi MB, Nizar melawat pondok Che Latif (pusat pengajian agama) dan luluskan sebidang tanah untuk meluaskan pondok itu.” Kata Husam.

Menurut Husam lagi, exco Perak yang majoritinya ahli Yang Berhormat dari DAP telah meluluskan permohonan itu bahkan mereka juga mencadangkan keluasan yang diberi lebih besar dari yang di usulkan oleh Nizar.

Husam juga mendedahkan fakta dan statistik disebalik kontroversi pemberian geran tanah kepada penduduk kampung baru yang kini menjadi isu hangat dijaja oleh BN.

BN mendakwa pemberian tanah itu mencabar orang Melayu kerana ianya diberikan dengan jumlah begitu banyak kepada masyarakat Cina.

Menurut Husam, “YB. Nizar telah meluluskan pemberian 102,000 lot tanah kampung tersusun kepada penduduk yang rata-ratanya Melayu. Tetapi yang diungkit oleh BN ialah pemberian 47,000 lot tanah kampung baru kepada kebanyakannya penduduk keturunan Cina”.

“Saya cabar Dr. Zambry, kalau tindakan Nizar itu salah, mengapa Dr. Zambry teruskan juga pemberian tanah itu lepas jadi MB haram!”.

Bagaimanapun, sehingga kini Dato’ Dr. Zambry masih belum memberikan sebarang respons kepada cabaran itu.

BUKIT GANTANG : SPRM TAKUT SIASAT NAJIB

SEHINGGA kini, tiada sebarang tindakan diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Timbalan Perdana Menteri ekoran Akuan Bersumpah yang dibuat oleh Ketua Bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda.

Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah membuat laporan kepada SPRM pada 3 Februari lalu bertempat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Dalam laporan tersebut, Dato' Seri Najib Tun Razak didakwa cuba menyogok Adun Pakatan Rakyat Perak supaya melompat parti.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohd mendesak agar SPRM segera menyiasat Presiden Umno itu yang didakwanya telah menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan rasuah untuk memastikan BN berjaya menubuhkan kerajaan di Perak.

Bagaimanapun, Speaker Dun Perak dan beberapa Adun Pakatan Rakyat pula yang minat disiasat oleh badan itu berbanding cabaran dan dakwaan Fauzi yang dianggap serius. Mohamad Noor kesal, sikap acuh tak acuh SPRM menyiasat individu penting negara dan ini boleh dianggap sebagai tidak telus dan berkepentingan.

Pada 2 Februari lalu, Ketua Bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak tahun lalu telah mencuba untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti.

Fauzi mendakwa, telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.

Fauzi turut mendakwa baru-baru ini ditawarkan pula RM5 juta untuk dirinya serta RM5 juta seorang untuk mendapatkan keduadua Exco kerajaan Negeri Perak daripada PKR iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) supaya melompat parti.

Beliau mendakwa kononnya BN turut berjanji akan menggugurkan tuduhan rasuah ke atas Mohd Osman dan Jamaluddin iaitu dakwaan menerima rasuah berhubung kelulusan permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah.Perbicaraan kes rasuah mereka akan didengar di Mahkamah Sesyen di ditangguhkan.

Fauzi mendakwa BN turut berjanji bahawa Jamaluddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Koperasi, Pertanian dan Perladangan serta Mohd Osman, yang juga Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, akan dikekalkan sebagai Exco negeri jika BN memerintah semula di Perak.

sanggahtoksaga