24 Dis 2012

[GAMBAR & VIDEO] Kuantan Tenggelam Dilanda Banjir Kilat


Kuantan - Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalu lintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.

Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di sini melimpah dan naik sehingga 1 meter.

Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.

Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik.

Ini, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan keselamatan penumpang.- Bernama








Inilah CETAKAN TERAKHIR Majalah Newsweek


New York - Cetakan terakhir majalah Newsweek seperti memberi isyarat terakhir sebelum majalah tersebut menamatkan edisi cetaknya dan akan bertransformasi menjadi media digital. Ia semakin ketara melalui satu-satunya tajuk utama yang terpampang di muka hadapan akhbarnya.

"Edisi terakhir Newsweek sebelum kami hanya menjadi edisi digital menampilkan sebuah hashtag di muka hadapannya #LastPrintIssue," demikian pengumuman yang disampaikan di Twitter rasmi @Newsweek.

Penampilan majalah yang seharusnya beredar beredar pada hari ini (24/12/2012) telah dibocorkan pada hari Ahad sehari sebelumnya. Berlatar belakang gambar lama pejabat Newsweek di sebalik bangunan-bangunan pencakar langit di New York dalam warna hitam putih.

Ia menjadi edisi terakhir Majalah Newsweek dalam bentuk cetak. Mulai tahun 2013, Newsweek akan beralih menjadi media online yang bakal diberi nama Newsweek Global.

Keputusan tersebut telah diumumkan ketua redaksi Newsweek Tina Brown pada 18 Oktober 2012. Menurut Brown, keputusan mengubah format majalah itu kerana semakin tingginya kos cetakan dan pengeluaran, sehingga majalah tersebut terus mengalami kerugian.

Newsweek mula diterbitkan sebagai edisi cetak sejak hampir 80 tahun sejak ia diterbitkan kali pertama pada 1933. Newsweek mula beralih dari media cetak ke media online sejak November 2010 di saat majalah tersebut bergabung dengan media online The Daily Beast menjadi Newsweek Daily Beast Company.

Tika ini, jaringan media itu telah memiliki lebih dari 15 juta pengunjung setiap bulan. Kita nantikan transformasi Newsweek di dalam dunia digital? -pulakdah

Ulasan GB

Akhbar-akhbar pencacai seperti Utusan, TheStar, kumpulan NST tidak perlulah segan silu atau malu-malu untuk mengikuti jejak langkah Newsweek di atas.

Bekas Pengerusi SPR Gesa Ditubuhkan Suruhanjaya Diraja Kaji Sistem Pilihanraya

Rashid: Suruhanjaya diraja perlu kaji sistem pilihan raya KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah gagal dalam mengemukakan tuntutan-tuntutan menyeluruh untuk membawa pembaharuan signifikan ke atas sistem pilihan raya, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Sehubungan itu kata beliau, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk jika rakyat mahukan sistem yang sedia ada dikaji semula dan kemudian diadakan satu referendum bagi mendapatkan pendirian rakyat.

Katanya, sistem pilihan raya yang ada sekarang memerlukan perubahan struktur, bukannya pembaharuan yang disifatkan sebagai "quick fix."

"Saya lebih hendak setuju dengan Bersih dalam satu hal iaitu tubuh satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji (sistem pilihan raya), yang terdiri daripada orang-orang tertinggi.

"Sekarang PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) sudah selesai, jadi suruhanjaya masih perlu? Perlu!

"PSC ini hanya sementara. Dia punya terma dan syarat pun kecil. Ia tidak boleh bergerak di luar terma dan syaratnya. PSC selesai tugasnya. Bagus! Tapi ini orang Parlimen, mereka ahli politik.

"Mereka tahu apa yang berlaku, tetapi mereka tidak sentuh. Enjin, mereka tukar, plug mereka tukar, minyak hitam ditukar. Itu sahaja," kata beliau dalam satu temu bual bersama Sinar Harian Online minggu lalu.

Abdul Rashid yang menjadi Pengerusi SPR selama 10 tahun berkata, "kalau negara mahu, kalau negara setuju, kalau tuntutan-tuntutan ini hendak dilayan, tubuhkan suruhanjaya untuk mengkaji semula dan mengadakan sistem (baru), kalau negara bersetuju."

Beliau bersara daripada jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Sambil melihat Bersih 2.0 bukan sebagai pertubuhan pembangkang, kata Abdul Rashid, ia satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hendak menuntut supaya ditingkatkan sistem demokrasi di negara ini, bukan sahaja dalam pilihan raya tetapi perkara lain.

"Tetapi Bersih (2.0) ini khusus untuk kita buat perubahan pada sistem pilihan raya dan mereka tidak berapa mengerti agaknya, tuntutan-tuntutan itu nampaknya tidak menyeluruh.

"Saya kaji juga tuntutan-tuntutan ini dan mereka tidak mendesak dilakukan suatu perubahan yang menyentuh struktur," kata beliau.

Tambah beliau, "maknanya seluruh undang-undang itu dikaji. Bukan satu dua tempat. Ini macam kita tukar bateri, tukar ‘spark plug’, tukar minyak hitam, 'quick fix’ ini (sebenarnya) boleh mendatangkan masalah yang lebih besar. Yang dasarnya tidak berubah."

Bersih 2.0 mengemukakan lapan tuntutan pada awal tahun lalu. Ia kemudian mengadakan perhimpunan pada awal Julai 2011 dan sebulan kemudian kerajaan menubuhkan PSC bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya.

Menjawab soalan sama ada tuntutan Bersih itu lebih kepada ‘quick fix’ semata-mata?, Abdul Rashid yang pernah menjadi Setiausaha SPR berkata, "saya pun terkejut juga Bersih ini, yang terdiri daripada peguam yang besar-besar (ternama).

" "Tuntutan-tuntutan itu nampaknya.... apabila anda buat tuntutan itu, kerajaan respons, itulah yang dibuat menerusi PSC, itu yang dibuat. Jadi tuntutan mereka telah dipenuhi.

"Tapi kita tahu, Bersih hendak lebih daripada itu. Mereka tidak mahu PSC. Mereka mahu suruhanjaya yang betul-betul bebas dan adil," katanya.

Jelas Abdul Rashid, bagi beliau Bersih 2.0 telah gagal mengetengahkan isu yang sebenar walaupun mereka tahu apa yang mereka mahu.

".... sebab mereka tidak kemukakan apa yang mereka mahu. Mereka hendak undi pos dikaji, ini semua kecil.

"Bagi saya, ia tidak membantu untuk memperkuatkan amalan demokrasi.

Ia hanya merubah sedikit tatacara atau pun prosedur," katanya lagi.

Selepas PSC mengemukakan laporan penuh 22 perkara kepada Parlimen awal tahun, Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan akhir April lalu. -SH

Ulasan GB

Dah pencen baru Tan Sri Rasyid ni bersuara mengenai perlunya Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat perjalanan SPR>

Tapi kira oklah juga, sekurang-kurangnya beliau telah mahu untuk menyuarakan kebenaran dan keadilan daripada terus berdiam diri terhadap segala kebobrokan yang berlaku di dalam SPR.

Jadi kerajaan jangan buat pekak telinga!

Dihalang Dengar Ceramah PAS, Peneroka Buat Laporan Polis


Temerloh: Peneroka Jengka 11 membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Temerloh berikutan tindakan pengurusan tanah rancangan berkenaan yang didakwa menutup jalan dengan palang besi bagi menghalang orang keluar masuk mendengar ceramah anjuran PAS.

Isa @ Zaharudin Noh, 42, dalam laporannya semalam mendakwa kumpulan polis bantuan Felda dan kumpulan belia upahan Umno turut bertindak menghadang jalan dengan sekatan mengakibatkan penduduk menghadapi kesukaran untuk berurusan keluar.

Dalam laporan itu, Isa yang juga ahli PAS, mendakwa akibat sekatan secara samseng itu juga menyebabkan ceramah anjuran PAS cawangan gagal diadakan di markas PAS walaupun polis telah mengeluarkan permit.

Tambahnya, keganasan tersebut secara jelas mengakibatkan pencabulan hak mengawal keselamatan yang sepatutnya di bawah urusan pihak polis serta mencabul demokrasi.

Sementara itu, Muhammad Syafie Md Esa dari Jengka 23, turut membuat laporan polis di tempat yang sama berikutan sekatan rombongan Jelajah Oren daripada memasuki tanah rancangan berkenaan, sedangkan telah mendapat kebenaran pihak IPD Maran.

Dalam laporannya, Syafie menjelaskan rombongan mereka sepatutnya berkumpul dan melaksanakan program di markas PAS Jengka 23, tetapi mendakwa dihalang pasukan Rela, pengurusan Felda Jengka, JKKR dan penyokong Umno.

Tegas Syafie, pihaknya memandang serius budaya samseng seperti itu kerana mengambil alih tugas polis, mencabul hak berhimpun secara aman, menyuburkan budaya samseng dan melanggar undang-undang.

Turut berada di balai polis Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka PAS Pahang Md Jusoh Darus, Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Anak Pahang Yohanis Ahmad, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Abdul Majid Hasan serta para peneroka.

Kelmarin, Jelajah Oren Selamatkan Felda berkonvoi dengan kira-kira 50 buah kereta dan 50 buah motosikal melibatkan kawasan Felda di Parlimen Bera, Maran, Kuala Krau dan Jerantut.

Program jelajah mendapat sambutan baik oleh penduduk tempatan apabila bermula kira-kira pukul 9 pagi di Felda Bukit Kepayang, Bera dengan aktiviti ceramah dan mengedar risalah.

Rombongan yang kemudiannya bergerak ke Felda Kampung Awah, Maran selepas itu juga mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk di situ apabila dibenarkan masuk berceramah, makan tengah hari dan sembahyang Zohor di masjid di situ.

Bagaimanapun apabila konvoi bergerak ke Parlimen Kuala Krau dan cuba memasuki Jengka 23, kira-kira 100 orang dipercayai penyokong Umno menghalang laluan sambil memaki hamun dan menghambur kata-kata lucah kepada rombongan Jelajah Oren yang jumlahnya dua kali ganda daripada mereka.

Penyokong-penyokong Umno yang turut mempergunakan wanita dan kanak-kanak, meletakkan tong-tong milik Rela di atas jalan masuk.

Konvoi Jelajah Oren sekali lagi dimaki hamun dan diusir apabila tiba di simpang Jengka 21 meskipun mereka hanya singgah dan tidak berhasrat untuk masuk ke situ.

Namun begitu mereka tidak dihalang apabila memasuki Jengka 12 dalam Parlimen Kuala Krau, sehingga tidak diganggu untuk menunaikan sembahyang Asar, minum petang dan ceramah ringkas.

Aktiviti mengedar risalah diteruskan di pasar malam Bandar Tun Razak Jengka.

Ceramah pada sebelah malam yang sepatutnya diadakan di markas PAS Jengka 11, terpaksa diadakan di hadapan kedai dengan kehadiran ribuan pendengar. -HD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



[TERKINI] Mahkamah Benarkan Penangguhan Hukuman Ke Atas Umar


Umar Muhammad Aziz, seorang pelajar kolej swasta yang dijatuhi hukuman sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mendapat penangguhan hukuman oleh mahkamah pagi ini.

Peguam Umar, Syahredzan Johan memohon mahkamah supaya hukuman penjara sebulan dan denda RM1000 kerana didakwa menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ditangguh sementara keputusan rayuannya disebut semula.

Bagaimanapun Umar tidak hadir kerana masih ditahan di Penjara Kajang, Selangor sejak dijatuhkan hukuman pertengahan minggu lalu.

Umar dibenar diikat jamin RM5000 dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan kesnya didengar semula.

Syaratnya, dia tidak dibenarkan menyertai mana-mana perhimpunan atau demonstrasi tanpa permit dari pihak berkuasa.

Umar seorang pelajar tahun akhir jurusan diploma dalam jurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hulu Klang.

Umar didakwa pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada “menangkap dan mengiringi” aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Sementara itu, pelbagai pihak menyokong agar keluarga Umar menyaman Pendakwaraya yang menyebabkan proses rayuan tidak dapat dijalankan.

Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak media kes itu tidak sempat dibuat rayuan kerana ketiadaan pendakwaraya.

“Ini perkara yang memalukan kerana seseorang itu boleh dibebaskan atau ditangguhkan sementara hukuman itu sementara menunggu rayuan.

“Jadi jika pihak pendakwaraya tidak ada, itu menunjukkan mereka tidak serius untuk memastikan keadilan itu ditegakkan,”
kata Shamsul, TVSelangor melaporkan.

Umar dibawa ke Penjara Kajang petang kelmarin bagi menjalani hukuman tersebut, selepas gagal mendapat pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya.

Ujar Shamsul lagi, adalah tidak adil apabila seseorang itu dihukum penjara atau ditahan dalam keadaan di mana beliau mempunyai peluang untuk hukumannya ditanguhkan sementara menunggu rayuan.

“Sewajarnya Umar ini tidak perlu ditahan dan dipenjara sementara menunggu rayuan.

“Tindakan menghukum pelajar itu adalah zalim dan memberikan kesan buruk kepada proses demokrasi negara,” katanya.

[GAMBAR & VIDEO] Gejala Samseng UMNO Menjadi-jadi, Kembara Oren DIserang Lagi


Dari kembara Oren sdr. Naraza Muda Ketua Penerangan ANAK ditikam di Felda Bukit Rokan Utara. Pergaduhan ala samseng dimulakan umno dengan menyerang kenderaan peserta kembara.

Inilah sikap-sikap yang tidak boleh di ikut oleh masyarakat kerana umno/bn selalu saja merusuh dan mengganggu rakyat dalam menyalurkan berita yang benar kepada rakyat ...






Ini pula video-video Kembara Oren dihalang memasuki Jengka 23


[GEMPAR] Pemimpin UMNO Mahu Tumpahkan Darah Semasa PRU?


Rakaman gambar Abdul Rahman Bakar bekas Ahli Parlimen Marang, dengan beberapa ahli UMNO dengan bersenjatakan parang dan keris kononnya mau tawan DUN Manir, Parlimen Hulu Terengganu mengundang beberapa persoalan, kini berlegar ligat dialam siber.

Adakah beliau mau mengajak ahli, penyokong dan pendokong UMNO mau tawan/rampas DUN Manir dari tangan PAS secara pertumpahan darah?

Jika ini dimaksudkan maka ini sudah mengamalkan budaya politik yang cukup berbahaya. -wargamarhaen

Ulasan GB

Polis berdiam diri saja?

Jikalah yang memegang parang itu pemimpin-pemimpin dari Pakatan, berduyun agaknya FRU tiba.

Pernah satu ketika, penyokong Pakatan ditahan dan ditangkap hanya terbawa pisau lipat kecil yang ditemui di dalam kereta.

Wahai polis, mengapakah kamu tidak bersikap adil di dalam melaksanakan tanggungjawab?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambl tempatnya. Polis yang bersikap berat sebelah dan dwi-standard akhirnya akan menerima hukuman Tuhan. Tidakkah tuan-tuan polis semua melihat bagaimana mantan-mantan polis pangkat tertinggi akhirnya berpihak kepada kebenaran dan keadilan? Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyertai PAS, dan Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara sendiri melakukan pendedahan berani tentang campurtangan menteri KDN dan orang luar yang bernama Robert Phang terhadap urusan PDRM.

Pekung-pekung jenayah anggota polis pun banyak Allah dedahkan, yang merogol, yang buat harta semasa berkhidmat dan lain-lain. Itu hukum kebenaran dan keadilan apabila anda gagal menyempurnakan tugas dengan adil dan bertanggungjawab!