30 Jun 2013

Negara Paling Selamat: Rumah Khairy Dimasuki Perompak, Kerugian RM24,000

Tiga penjenayah rompak rumah menteri di Damansara

Tiga lelaki merompak rumah seorang menteri di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di sini, semalam.

Mereka yang menaiki kereta Proton Waja, dipercayai melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Beliau berkata, ketika kejadian, menteri berkenaan dan isterinya tiada di rumah.

"Suspek dipercayai memanjat tembok di tepi pagar dan masuk ke rumah menerusi pintu depan yang tidak berkunci.

"Pembantu rumah menyedari kehadiran perompak apabila melihat pintu depan terbuka tetapi dia tidak berani menentang mereka,” katanya di sini, hari ini.

Ku berkata, pembantu rumah itu juga sempat melihat suspek menyelongkar bilik utama sebelum mereka melarikan diri. Jumlah kerugian masih disiasat, katanya. - Bernama


KJ’s house burgled


Burglars ransacked the bungalow of Sports Minister Khairy Jamaluddin in Bukit Damansara yesterday evening and escaped with valuables worth RM24,000.

Among the items taken during the theft, which was a quick job, were watches and a laptop.

At the time of the incident, only the maid was at home.

Sources said the burglars scaled the wall to get into the compound and easily gained access into the bungalow.

The maid, who was in the kitchen, only realised that the bungalow was broken into when she noticed the front door was wide open.

She could only watch as the four burglars ransacked the master bedroom and left minutes later.

Calls and text messages to Khairy's handphone from The Malaysian Insider were not answered.

Khairy is among several prominent figures whose houses have been broken into in the past two months.

In May, the house of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin's sister in Petaling Jaya was broken into. Losses were estimated at RM300,000.

A few days later, a younger sister of Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar and her family were robbed at their home in Mantin, Negeri Sembilan. The robbers escaped with RM5,000 in cash and valuables.
-TMI


Ulasan GB

Rumah menteri kena rompak satu hal. anehnya, agensi berita pro-UMNO, BERNAMA enggan untuk mendedahkan siapa menteri berkenaan.

Hanya akhbar online The Malaysian Insider melaporkan rumah bangalow Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah dipecahmasuk oleh perompak.

Masihkah menteri KDN boleh mendabik dada menyatakan negara kita paling selamat?

Berulang kali GB sudah katakan tapi Menteri KDN, Pemandu dan KPN masih bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun.

Petikan ulasan GB yang lalu

Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk. Beberapa rumah artis juga menjadi sasaran seperti Wardina, Mawi dan terbaru rumah Aznil dan Imuda.

Kebenaran itu tidak boleh disembunyi atau ditipu. Ia akan muncul juga bahawa kadar jenayah tidak turun seperti yang digembar-gemburkan.


Anggota polis nampak gayanya lebih memberi tumpuan untuk menyekat parti politik pembangkang dengan segala kekuatan FRU, CID, SB dan sebagainya ditambah untuk mengekang kebangkitan rakyat dan mempertahankan kerajaan UMNO BN yang dah nak tumbang.

Sedangkan persoalan jenayah diabaikan dan dipandang remeh.

Kita bukan nak mentertawakan polis apabila rumah anggotanya dipecah masuk, tetapi kita ingin mengingatkan polis supaya berkhidmat untuk rakyat dan negara bukan untuk UMNO BN yang kini nazak cuba mempertahankan kuasa.

Keputusan Kes Kugan Bakal Diterbalikkan Oleh Mahkamah Rayuan?

Kerajaan, polis akan rayu kes Kugan

Kerajaan dan polis akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi minggu lepas yang memberi award lebih RM800,000 sebagai bayaran ganti rugi kepada N. Indra, susulan kematian anak lelakinya A. Kugan ketika dalam tahanan polis pada Januari 2009.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan jika gagal ia akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

"Saya menghormati keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T Singham dan itu adalah keputusan mahkamah, oleh kerana keadilan harus diikuti bukan sahaja oleh pihak tertuduh tetapi juga pihak yang menuduh, maka sudah pasti ketua polis negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan kerajaan akan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Alumni Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Raja Perempuan Ta'ayah (Sista) ke-35 serta Koperasi bekas pelajar Izzuddin dan Ta'ayah (Kosista) ke-15 hari ini.

N. Indra menang dalam kes saman itu di Mahkamah Tinggi pada 26 Jun lepas apabila mahkamah mendapati plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap defendan-defendan.

Singham memberi award RM851,700 kepada Indra bagi ganti rugi serangan dan memukul, penjara palsu, misfeasans, kesakitan dan penderitaan.

Singham juga memerintahkan Khalid (yang ketika itu Ketua Polis Selangor), bekas konstabel polis V. Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar (yang telah meninggal dunia), ketua polis negara dan kerajaan untuk membayar RM50,000 sebagai kos. - Bernama

Tak Sudah-sudah Kerja Simbah Cat Ni...


Keganasan politik nampaknya tidak reda-reda walaupun pilihan raya umum ke-13 sudah berlalu.

Dalam insiden terbaru, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh Khoo Poay Tiong pula mendapati keretanya disimbah dengan cat merah dan dilontar batu.

Khoo berkata, pada jam 7.30 pagi tadi, beliau dapati bahagian belakang Honda CRV yang mempunyai logo ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan Rakyat dilitupi cat merah.

"Cermin belakang juga retak kerana dibaling dengan batu," katanya ketika dihubungi.

Khoo berkata, beliau dan keluarganya berada di rumah dan tidur kira-kira jam 1 pagi tanpa mengesyaki sesuatu.

"Memang kami ada dengan sesuatu pada masa itu tetapi kami tidak jangkakan perkara macam ini," katanya.

Ulasan GB

Kita sungguh merasa pelik terhadap golongan simbah cat dan baling batu ini. Tidak sedarkan mereka bahawa bidaya barbarian itu telah ditolak oleh rakyat jelata semasa PRU13 yang lalu?

Di Selangor kejadian simbah cat dan baling batu ini amat berleluasa sebelum PRU13. Apa berlaku selepas itu? UMNO BN kalah teruk di negeri tersebut.

Begitu juga di Temerloh, dimana kediaman Ketua Pemuda PAS dilemparkan dengan darah babi. Apa kesudahannya? Ketua Pemuda PAS menang di dalam PRU13 menewaskan lawannya, sekalipun lawannya itu seorang timbalan menteri.

usteru itu, kita ingin menyatakan kepada golongan yang suka menyimbah cat dan sebagainya itu, bahawa jika kerja yang mereka lakukan itu diteruskan juga, akan lebih cepat UMNO BN ditamatkan riwayatnya.

Itu hukum kebenaran dan keadilan...

Remaja Tanpa Segan Silu Akui Adakan Hubungan Seks Dgn Ramai Lelaki

Saya ada ramai teman lelaki'

Kulim - Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.

Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.

“Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.

"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks,” katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.

Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.

Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.

Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.

Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.

Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.


“Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.

"Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba," katanya.

Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.

Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur.

Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama. -SH

Kredibiliti Dua Manusia Ini Hancur Lebur, Mengapa Najib Masih Berdiam Diri?


Dalam 48 jam kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur

Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu?

Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.

Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur.

Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009.

Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006.

Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim menyebut bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam Zahid, Shamsul Bahrain Ibrahim, adalah berfakta dan perlu didengar dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Dengan keputusan mahkamah tertinggi dalam negara ini, saman sivil oleh Amir Bazli Abdullah terhadap menteri dalam negeri akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos nanti.

Baru dua minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, iaitu bahawa mereka mahu kerajaan bersikap tegas mempertahankan institusi-institusi penting dalam negara, “menguatkuasakan undang-undang, menegakkan Perlembagaan”. Malangnya dua insiden melibatkan Menteri Dalam Negeri dan KPN ini menyampaikan mesej yang berlawanan, iaitu betapa kredibiliti, integriti, dan kewibawaan institusi-institusi negara sedang diancam hebat selepas PRU13.

Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006.

Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009.

Langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri.

Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?

Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah.

Rakyat Malaysia berhak tahu bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak menyelesaikan jerebu terbaru ini yang menjejaskan tahap kebertanggungjawaban, integriti, dan tadbir-urus yang baik oleh dua pegawai keselamatan tertinggi negara. Rakyat mahu tahu sama ada beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka. -LKS

[VIDEO] Piala FA: Kelantan 1 JDT 0 [updated]


P asukan Kelantan sekali lagi bergelar juara Piala FA Malaysia sekaligus memepertahankan trofi yang di julang musim lalu selepas menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Kemenangan tipis pasukan Kelantan itu hasil jaringan Mohd Nor Farhan pada minit ke-16 permainan.

Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak itu menguasai permainan dengan beberapa serangan berbahaya yang dilakukan Ahmad Fakri Shaarani serta Dickson Nwakaeme.

Skuad Singa Selatan yang dikemudi Fandi Ahmad gagal memecah benteng pertahanan Kelantan di mana penyerang sensasinya, Nor Shahrul Idlan Talaha dikawal rapi rakan-rakan bekas pasukannya itu.

Sementara itu, kelibat Safee Sali hanya dapat dilihat sehingga minit ke-17 sahaja selepas dikeluarkan kerana kecederaan dan diganti dengan Leonel George Nunez.

Selain itu, separuh masa kedua menyaksikan permainan seimbang Dengan kedua-dua pasukan cuba melakukan serangan balas.

Tiada perubahan pada babak kedua dengan menyaksikan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat permainan.

Lebih manis, kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau Piya dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan.

Aksi ini merupakan kali keempat Kelantan mara ke final selepas tahun 2009, 2011 dan 2012.

Manakala Johor kali terakhir menjulang trofi ini pada tahun 1998.

Aksi perlawanan akhir ini disaksikan 87,000 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.

Senarai Pemain:

KELANTAN

Azizi Matt Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Mohd Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Norfarhan, Mohd Daudsu, Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Dickson Nwakaeme, Zairul Fitree

JOHOR DARUL TAKZIM

Muhd Al-Hafiz, Kamarul Afiq, Agmad Tharmini, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Andre Francisco, Nurl Azwan Roya, Mohd Safee Sali, Muhd Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Farid Ramli

GOL KELANTAN JARINGAN MOHD NORFARHAN