28 Dis 2010

Menjelang Piala Suzuki : Jakarta Dilanda Puting Beliung

Kompas.com melaporkan hujan lebat disertai angin kencang melanda Jakarta hari ini mengakibatkan puluhan pohon dan sejumlah papan tanda tumbang.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) menyatakan, hujan lebat yang turun petang tadi membasahi wilayah DKI Jakarta dan sekitarnya disertai angin puting beliung.

Hal itu disebabkan adanya tekanan udara rendah yang terjadi di Teluk Carpentaria di utara Australia dan menarik masa udara dari barat ke wilayah ibu kota melalui pengunungan Banten.

Sudah ada beberapa laporan peristiwa pohon tumbang akibat hujan yang disertai angin kencang tadi.

"Karena hal itu menimbulkan bibit angin puting beliung," ujar Edvin Aldrian, Ketua Pusat Perubahan Iklim dan Kualiti Udara BMKG.

Edvin menambah, kecepatan angin sendiri mencapai 30 knot atau setara dengan 50 kilometer per jam. Hingga kini, sambungnya, awan Cumulonimbus masih berada di sekitar Laut Jawa, sebelum menyeberang ke Pulau Sumatera. Diramalkan, potensi hujan disertai angin puting beliung ini masih mungkin terjadi hingga malam Tahun Baru nanti.

Sementara itu, berdasarkan maklumat dari Dinas Pertamanan dan Pemakaman DKI Jakarta, hingga saat ini pohon yang tumbang terjadi di 12 ruas jalan di Jakarta.

BERITA KEDUA

500 Penyokong Malaysia Diberi Kawalan Khusus

ILUSTRASI: Panitia lokal atau LOC telah menyediakan 1.000 lembar tiket bagi penyokong "Harimau Malaya" itu. Namun, tiket yang dibeli hanya separuh dari jumlah tiket.


Setiausaha Jenderal PSSI, Nugraha Besoes, menyatakan, sekitar 500 penyokong Malaysia akan hadir untuk menyaksikan laga final kedua Piala AFF 2010, Rabu (29/12/2010), kompas.com melaporkan.

Para penyokong tersebut akan mendapatkan pengawalan khusus selama berada di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK).

"Kami menyiapkan 1,000 lembar tiket buat Malaysia. Namun, mereka hanya mempergunakan 500 lembar, sementara dari pihak kedutaan sebanyak 60-70 tiket." kata Nugraha Besoes

Panitia lokal atau LOC, kata Besoes, telah menyediakan 1,000 lembar tiket bagi penyokong "Harimau Malaya" itu. Namun, tambahnya, tiket yang dibeli hanya separuh dari jumlah tiket yang disediakan.

Penyokong Malaysia sendiri mendapatkan ancaman dari penyokong Indonesia pada babak penyisihan lalu. Agar kejadian serupa tidak kembali terulang pada laga final kedua, para penyokong Malaysia akan mendapatkan pengawalan khusus.

"Mereka akan duduk di dekat sektor VIP. Mereka juga akan diberi pengawalan khusus. Mereka juga akan mengenakan baju biasa," terangnya.

BERITA KETIGA

Malaysia Tidak Akan "Walk Out"

"Saya berharap tidak ada serangan cahaya laser. Namun, bila ada kami tidak akan walk out," kata Rajagobal.


Pasukan kebangsaan Malaysia tidak akan mengikuti tindakan Indonesia yang memilih walk out jika berlaku "serangan" laser pada final kedua Piala AFF 2010, Rabu (29/12/2010).

Pada final pertama yang berlansung di Malaysia, akhir minggu lalu, Firman Utina dan kawan-kawan beberapa kali mendapatkan tembakan sinar laser dari penyokong tuan rumah. Pasukan "Garuda" sempat memutuskan meninggalkan pertandingan atau walk out selama beberapa minit akibat perbuatan penonton tersebut.

Bukan tidak mungkin penyokong Indonesia akan melakukan tindakan balasan kepada "Harimau Malaya" pada pertandingan nanti.

Namun, jurutlatih Malaysia, K Rajagobal, menyatakan, pasukannya akan tetap melanjutkan pertandingan bila ada tembakan laser.

"Saya berharap tidak ada tembakan laser. Namun, jika ada, kami tidak akan walk out. Saya hanya akan mengarahkan kapten untuk memberi tahu kepada pengadil hal itu," ungkap Rajagobal kepada wartawan di Hotel Sultan, Selasa (28/12/2010).

Kes Rogol Pelajar Di Marang, 3 Suspek Ditahan Reman

Tiga suspek ditahan reman culik, rogol pelajar 16 tahun

KUALA TERENGGANU: Tiga suspek yang didakwa menculik dan merogol seorang pelajar berumur 16 tahun awal pagi semalam di sebuah kampung di Marang, kini ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan. Gambar hiasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata ketiga-tiga suspek itu disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 376 kerana merogol.

"Polis juga menahan abang mangsa yang dipercayai mempunyai masalah dengan ketiga-tiga suspek itu, untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat hubungan seorang pelajar berumur 14 tahun dengan suspek berkenaan dan bagaimanapun remaja itu kemudian dibebaskan.

Katanya, pelajar itu dikatakan menelefon kakak mangsa pada hari kejadian untuk memberitahunya bahawa mangsa dalam keadaan baik.

Manoharan juga berkata, pelajar tersebut turut menyatakan abang mangsa yang berumur 31 tahun berada bersama-sama ketiga-tiga suspek yang berumur antara 20 dan 27 tahun yang berasal dari Pasir Mas dan Bachok, Kelantan dan seorang lagi dari Kuala Lipis, Pahang.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki datang dan mengetuk rumah pelajar berkenaan di kampung berkenaan, kata beliau.

Katanya, selepas ibunya yang berumur 53 tahun membuka pintu, seorang lelaki menyerbu masuk ke dalam rumah dan menarik tangan mangsa sebelum melarikannya dengan sebuah kereta.

Polis berjaya mengesan ketiga-tiga suspek berkenaan melalui panggilan yang diterima kakak mangsa daripada pelajar berkenaan.

Dua suspek itu berjaya ditahan pada kira-kira 12.20 tengah hari semalam di sebuah kedai runcit di Kampung Pulau Rusa di sini sementara seorang lagi suspek yang menghantar mangsa balik ke rumahnya, tidak lama kemudian turut diberkas, katanya.

Manoharan berkata, mangsa mendakwa dia dirogol oleh ketiga-tiga suspek ketika ditahan di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang di sini. - BERNAMA

Tragedi Bot Karam Di Mersing: 2 Penumpang Kisahkan Pengalaman Detik-detik Ngeri

Paut pada pelampung dengan tiga penumpang lain untuk selamat

Dua penumpang Singapura cerita saat bot kayu yang dinaiki tenggelam dekat Mersing

Dari Mersing, Johor: CIK Xenn Teo, 25 tahun, terpaksa berpaut pada pelampung dengan tiga penumpang lain apabila bot kayu yang membawa 29 penumpang dari sebuah kelong di Pulau Sibu dekat Mersing, Johor, terbalik kirakira 300 meter dari jeti Tanjung Leman kelmarin.

Teman lelakinya pula, Encik Daniel Lim, 35 tahun, sempat berpaut pada kotak ais sebelum diselamatkan tidak lama kemudian.

'Kami dalam perjalanan dalam keadaan air pasang apabila air mula masuk ke dalam bot kayu itu.

'Tekong bot kemudian mengarahkan kami supaya bergerak ke depan bot kayu itu apabila bot itu mula senget dan dimasuki air. Kami menuruti arahannya dan bergerak ke depan.

'Namun pada saat itu lebih banyak air laut mula mengalir masuk dan secara tiba-tiba bot kayu itu senget ke belakang dan tiba-tiba terbalik,' ujar Cik Teo semasa ditemui di Hospital Mersing petang semalam.

Beliau adalah antara 19 pelancong Singapura, sembilan pelancong Malaysia dan seorang warga China yang pergi bercuti di sebuah kelong di Pulau Sibu.

Bot yang melebihi dua kali ganda muatan yang dibenarkan itu terbalik selepas dipukul ombak di perairan Mersing, 300 meter dari Jeti Tanjung Leman sekitar 1.30 tengah hari.

Cik Teo ke sana bersama Encik Lim dan sembilan anggota keluarganya bagi merai cuti Krismas.

Mereka ke kelong itu pada pagi Sabtu dan dijadualkan pulang ke jeti Tanjung Leman tengah hari kelmarin.

'Apabila bot itu karam naluri pertama yang berdetik ialah saya tidak ingin mati pada waktu itu.

'Walaupun saya tidak pandai berenang, saya kuatkan diri untuk keluar dari tingkap dan melompat keluar sebelum cepat-cepat berpaut pada pelampung dengan tiga penumpang lain,' cerita Cik Teo, seorang ekesekutif pentadbiran.

Menurut Cik Teo, ini kali pertama beliau pergi ke kelong untuk bercuti.

'Daripada pemerhatian saya, memang sah bot itu agak sarat dengan penumpang,' kata beliau.

Menurut Encik Lim, seorang eksekutif khidmat pelanggan, sewaktu kejadian cuaca agak baik tetapi keadaan laut agak bergelora.

'Apabila bot itu karam, saya cuba mencari apa yang tercapai untuk terapung. Mujur saya dapat berpaut pada kotak ais. Selepas terapung-apung saya hampir berputus asa, mujur saya berjaya diselamatkan kemudian,' ujarnya.

Dua daripada sembilan anggota keluarganya maut dalam kejadian itu.

Mereka ialah sepupunya, Encik Chua Lim Khoon, 45 tahun, dan Cik Low Lee Jun, 33 tahun.

Cik Teo dan Encik Lim mengaku mereka tidak memakai jaket keselamatan apabila bot kayu itu terbalik.

Ketika diminta menyingkap pengalaman mereka yang hampir terlepas dari maut, Encik Lim berkata beliau amat bersyukur dapat diberi peluang kedua.

'Kejadian ini sememangnya mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan. Sudah pasti saya tidak akan mensia-siakannya,' kata beliau. -cyberita

"Saya Lebih Sanggup Mati Daripada Difitnah" - Ahli Perniagaan Yang Dibelasah Polis

Lebih sanggup mati daripada difitnah" Chia Buang Hing sanggah tuduhan polis

"Lebih sanggup mati daripada difitnah," Chia Buang Hing tampil untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan daripada polis terhadapnya, malah menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan reputasi dirinya. Chia menafikan tuduhan bahawa beliau menyimpan dadah dan parang dalam kereta, malah tidak pernah menggelar dirinya sebagai "Datuk".

Dalam satu sidang media semalam, Chia Buang Hing berkata dirinya tidak terjebak dalam kegiatan jenayah atau perniagaan haram, sebaliknya sering melakukan kerja amal. Justeru itu, beliau amat tersinggung dengan "fitnah" bahawa dirinya menyimpan dadah dan parang dalam kereta.

Beliau menjelaskan bahawa dirinya hanya seorang peniaga membuat bingkai, tanpa latar belakang politik. Beliau memilih untuk mendedahkan pengalaman pahitnya ini kepada semua orang - dizalimi polis hanya kerana enggan menyogok rasuah berikutan cukai jalannya yang melewati tarikh luput lebih 20 hari.

"Bukankah polis seharusnya melindungi rakyat, menjaga keamanan masyarakat dan mengurangkan jenayah? Sebaliknya, (mereka pula) menzalimi saya, fitnah saya..." Chia menyambung, "Sehingga kini, polis masih memfitnah bahawa saya menyimpan dadah, membawa parang dan menyalahgunakan kad VIP dari istana. Mana dadahnya? Mana parangnya? Ini tuduhan yang bukan-bukan!"

Turut hadir dalam sidang media, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, OCPD Petaling Jaya Azizuddin pernah mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa Chia Buang Hing ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana dua gram dadah dan sebilah parang dijumpai dalam keretanya.

Bagaimanapun, dua orang anggota polis yang didakwa menyerang Chia telah dibebaskan semalam, dengan alasan bahawa mereka tidak akan melarikan diri kerana mereka adalah polis.

Gelaran "Datuk"

Berhubung gelaran "Datuk", Chia Buang Hing menjelaskan bahawa dirinya memperolehi kad VIP dari Istana Kelantan kerana sering terlibat dalam kerja amal. Beliau berkata, "Tak pernah saya menggelar diri saya 'Datuk' (dengan kad tersebut). Tak pernah juga saya sebut apa identiti saya. Saya tak pernah menggunakan kad ini. Cuma hari tu... ketika menyemak kad pengenalan saya, mereka (polis) menarik keluar kad (VIP) itu..."

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Hisan Hamzah berkata Chia Buang Hing mendakwa dirinya bergelar "Datuk". Malah, Hisan Hamzah berkata tindakan akan diambil ke atas Chia seandainya siasatan mendapati itu bukan gelaran "Datuk".

Chia Buang Hing menangis berkali-kali dalam sidang media yang diadakan bersama Lim Lip Eng, peguamnya, ibunya dan ibu mertuanya. Sebelum sidang media dimulakan, Chua memberitahu wartawan bahawa dirinya amat sedih setelah membaca kenyataan polis dalam media.

Chia menangis sejak awal pagi semalam, dan mula menulis sepucuk surat yang diibaratkan dirinya sebagai "surat wasiat". Beliau yang tidak fasih dalam bahasa Malaysia berkata, "Saya lebih sanggup terkorban. Saya lebih sanggup untuk mati daripada difitnah. Saya tidak akan membiarkan mereka berjaya (memfitnah saya). Kerana ia akan menjejaskan hidup saya, perniagaan saya, dan reputasi kuil saya."

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor. -MR

Ulasan GB

Ketara nampaknya polis cuba mereka-reka cerita malah Ketua Polis Selangor Hisan Hamzah, telah berani mengugut Chia dengan berkata tindakan akan diambil ke atas Chia seandainya siasatan mendapati itu bukan gelaran "Datuk", sedangkan Chia menafikan pernah mendakwa dirinya Datuk. Ketua Polis yang mengugut rakyat sedemikian sepatutnya diheret ke muka pengadilan.

Seluruh rakyat melihat polis kini seperti sedang cuba melakukan penutupan dan pembelaan untuk menjustifikasikan pembelasahan yang dilakukan oleh polis-polis ke atas seorang warganegara Malaysia. Ini amat mendukacitakan. Ini akan merendahkan lagi imej dan kredibiliti polis di mata rakyat.

Bertambah hairan pula, mahkamah semalam telah menolak dua anggota polis yang terlibat membelasah Chia daripada direman. Seperti ada sandiwara yang berlaku di sebalik itu.

Dan kepada Chia, syabas dan tahniah, memang ayat sdra meyakinkan bahawa sdra dianiayai. Sdra rela mati daripada difitnah. GB memberikan tanda hormat.


Bot Karam Di Kuala Dungun, 3 Beranak Nyaris Maut

Bot karam, 3 beranak nyaris maut

KUALA DUNGUN - Tiga beranak yang juga nelayan berdepan saat getir dan nyaris maut dalam kejadian bot karam yang berlaku di muara Sungai Dungun lewat petang semalam.

Kejadian berlaku jam 6.30 petang membabitkan sebuah bot nelayan tempatan.

Ia dipercayai berlaku ketika tiga nelayan berkenaan yang menaiki sebuah bot pukat tunda dalam perjalanan pulang setelah keluar menangkap ikan sejak 25 Disember lalu.

Sebaik menghampiri jarak 200 meter dari muara, tiba-tiba tali kemudi bot terputus menyebabkan bot hilang kawalan sebelum dipukul ombak, lalu terlangkup.

Tiga mangsa dalam bot terbabit adalah Yaakob Oth-man, 54, dan dua anaknya, Nur Afzalizam, 26, serta Nur Asrul, 23, berasal dari Kampung Rhu Batil, Dungun.

Nur Afzalizam bagaimanapun berjaya diselamatkan sebuah bot fiber ketika berpaut pada tong air.

Nur Asrul dan Yaakob terpaksa meredah ombak besar untuk berenang ke tepian.

Yaakob bagaimanapun berjaya mendarat di Pantai Teluk Lipat, manakala Nur Asrul berhampiran sebuah sekolah Cina.

"Kejadian berlaku terlalu pantas. Sebaik bot terlingkup, saya cuba berpaut pada satu tong air manakala adik dan ayah masing-masing berusaha menyelamatkan diri.

"Dalam keadaan cemas, saya menguatkan semangat dan berserah kepada Tuhan. Beberapa ketika kemudian, datang sebuah bot fiber menyelamatkan saya," kata Nur Afzalizam ketika menceritakan detik cemas itu.

Menurutnya, kejadian itu menjadi satu detik hitam dalam hidupnya dan dia bersyukur kerana terselamat dalam kejadian yang hampir meragut nyawanya, termasuk bapa dan adiknya.

Menurutnya, sebelum kejadian, tali kemudi bot yang dinaikinya mengalami masalah lalu putus menyebabkan botnya hilang kawalan.

Dalam keadaan cemas itu katanya, dia gagal melakukan apa-apa kerana ombak besar terus menghempas bot dinaikinya menyebabkan ia terlingkup dalam air.

"Saya bersyukur kerana selamat. Sebaik sampai ke darat, saya difahamkan adik dan bapa juga berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut dan mereka dilaporkan stabil.

Sementara itu, Yaakob ketika ditemui berkata, dia hanya berpaut pada sekeping papan bot yang pecah dan mengerah keringat berenang ke tepi sebelum sampai ke Pantai Teluk Lipat.

Menceritakan detik cemas itu, katanya, sebaik bot karam, dia terperangkap di bawah bot yang terlangkup.

"Ombak besar menghempas bot menyebabkannya pecah. Bila pecah, baru saya berjaya keluar dari bawah bot yang terlingkup dan terus berenang menyelamatkan diri.

"Masa berenang ke darat saya panggil nama dua anak beberapa kali. Ketika itu, walaupun saya berusaha untuk menyelamatkan diri, namun saya tetap bimbangkan keselamatan mereka," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, setibanya di hospital, dia lega bila diberitahu keduanya berjaya diselamatkan.

Bapa kepada tujuh anak ini menjadi nelayan sejak berumur 16 tahun lagi dan kejadian ini kali pertama berlaku dalam hidupnya.

Gobi Bangun Menyanggah Anwar

Anwar patut dihukum bukannya saya, Gopalakrishanan desak PKR

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Ahli Parlimen Padang Serai meneruskan serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dengan menggesa tindakan disiplin dikenakan ke atas ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terlebih dahulu, bukannya ke atas diri beliau.

Wakil rakyat Padang Serai itu mahu Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, dikenakan tindakan disilpin kerana menutup kuil Siva yang terletak di Bukti Gasing, Petaling Jaya.

“Jika tindakan disiplin mahu dikenakan, ia seharusnya dikenakan ke Anwar, pertama kerana menutup kuil Siva di Bukit Gasing dan (Exco Kerajaan Negeri Selangor) Dr Xavier Jeyakumar kerana menggunakan gengster ketika pemilihan PKR baru-baru ini,” kata beliau dalam kenyataan terbaru dikeluarkan pagi ini.

Ketua PKR Padang Serai ini berkata, sepanjang 12 tahun lalu Anwar hanya memperkukuhkan kepimpinan orang Melayu dan Cina dalam parti itu manakala masyarakat India dipinggirkan.

Malah Gobalakrishnan yang tewas dalam pemilihan jawatan naib presiden berkata, hanya mereka yang rapat dengan beliau dilantik mengisi jawatan-jawatan parti.

“Sepatutnya ada pertimbangan yang sewajarnya bagi masyarakat India dalam parti memandangkan mereka terdiri daripada 40 peratus ahli.

“Adalah jelas Anwar mengamalkan pendekatan pisah dan perintah,” kata Gobalakrishan sambil menambah, jika naib presiden baru N. Surendran mahukan sebarang penjelasan dan bukti mengenai tuduhan-tuduhan itu beliau boleh menghubunginya.

Semalam, Surendran menggesa Gobalakrishnan agar segera menghentikan kecaman dan kritikan ke atas pemimpin-pemimpin PKR.

Gopalakrishnan menggunakan akaun Twitternya untuk mengecam dan mengkritik kepimpinan Anwar dan timbalan presiden yang baru Azmin Ali sejak hujung minggu lalu.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Gopalakrishnan ketika mesyuarat biro politik awal bulan depan.


Apa akan jadi pada Gobi akhirnya

Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat akan mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Ahli Parlimennya N. Gobalakrishnan, yang dilihat mula memberontak dengan kecaman-kecaman pedas terhadap kepimpinan parti itu, bulan depan.

Setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa beliau telah menerima banyak aduan daripada akar umbi berhubung tindakan wakil rakyat Padang Serai itu menyerang beberapa pemimpinnya menerusi Twitter.

Saifuddin berkata, beliau akan memanjangkan aduan-aduan yang diterima kepada pemimpin parti ketika mesyuarat biro politik bulan depan, yang lazimnya bertemu setiap minggu, untuk membincangkan nasib Gobalakrishnan.

“Saya akan membangkitkan perkara ini dan menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi. Saya tidak boleh mengambil tindakan disiplin ke atas beliau tanpa membawa perkara ini kepada pemimpin-pemimpin parti.

“Menerusi perbincangan, biro politik akan membincangkan sama ada perlu mengeluarkan surat tunjuk sebab,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tambah beliau, ahli-ahli parti mengadu bahawa kepimpinan parti perlu merapatkan kerjasama selepas mengalami kesan teruk ekoran pemilihan parti baru-baru ini.

“Mereka melahirkan rasa tidak puas hati ke atas Gobalakrishnan, selaku pemimpin kanan parti, melahirkan rintihan di khalayak,” katanya lagi.

“Mereka merasakan beliau harus tahu peraturan (parti),” kata Saifuddin.

Malah kata beliau, ramai ahli berpandangan bahawa Gobalakrishnan cuba berusaha untuk memprovokasi parti agar mengambil tindakan memecatnya.

“Ini pandangan tulen ahli-ahli biasa. Mereka mengadu menerusi SMS, ada yang menghubungi saya. Mereka tidak gembira dengan beliau,” katanya.

Saifuddin menambah, Gobalakrishnan seharusnya menggunakan kelantangan beliau untuk faedah yang lebih baik daripada menyerang pemimpin-pemimpin sendiri dalam Keadilan.

“Saya tahu beliau sejak hari pertama dan beliau sentiasa kritikal, lantang dan berani. Ia satu aset kepada parti jika digunakan untuk tujuan yang baik,” katanya.

Saifuddin menambah, Keadilan ada ruang yang secukupnya bagi ahli-ahli parti melahirkan rintihan mereka.

Saifuddin juga menekankan, parti belum lagi mengisi tujuh jawatan dalam kepimpinan tertinggi dan juga nama ketua-ketua perhubungan negeri.

“Kami akan menyelesaikan semua ini pada minggu pertama bulan depan,” kata beliau sambil menambah, ahli-ahli Keadilan seharusnya memfokus untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum.

The Malaysian Insider mambawa laporan pagi tadi memetik naib presiden baru Keadilan N. Surendran melahirkakn kekecewaan dengan sikap Gobalakrishnan sambil menggesa Ahli Parlimen Padang Serai itu agar menghentikan serangan ke atas parti tersebut serta-merta.

Surendran berkata, Gobalakrishnan juga telah menghambur kritikan kabur serta tidak berasas ke atas beberapa individu dalam parti.

“Di saat Keadilan mengalu-alukan sebarang diskusi konkrit dan menguntungkan, kita juga tidak bertolak ansur dengan serangan tidak berasas ke atas kepimpinan parti,” kata beliau, yang minggu lalu dilantik sebagai naib presiden, dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau meminta Gobalakrishnan menghentikan segala serangan tidak berasas ke atas parti pada kadar segera.

“Jika tidak, kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat mengandaikan tindakan beliau itu adalah semata-mata untuk memprovokasi parti agar tindakan disiplin diambil ke atas beliau berikutan matlamat beliau untuk mendatangkan bahana kepada parti sebelum meninggalkannya,” kata beliau merujuk kepada kenyataan melalui media lama dan Twitter oleh Gobalakrishnan, yang telah dilapor sejak akhir minggu lalu.

Gobalakrishnan merupakan salah seorang calon naib presiden yang kalah dalam pemilihan Keadilan yang baru berakhir.

Kelmarin, Gobalakrishnan meningkatkan kecaman dan kritikan serta menjawab ulasan pelbagai pihak tetapi menafikan akan keluar parti.

Ia membawa kepada andaian sesetengah pihak bahawa Gobalakrishnan juga akan keluar PKR mengikut beberapa bekas wakil rakyat parti itu.

“Mengapa mesti saya keluar parti, ini parti reformasi, kita mesti melakukan reformasi. Saya berada sejak awal penubuhan parti.

“Kami baru mengadakan pemilihan, saya memberi panduan kepada pemimpin-pemimpin yang baru... saya memberikan pandangan ikhlas, itu sahaja,” katanya.

Dalam mesej Twitter hari ini, Gobalakrishnan berkata, “semua pimpinan PKR harus sedar saya tidak kecam parti, malah pimpinan yang tidak telus dan juga mereka yang tidak hormati rakyat.”

Satu lagi mesej berbunyi, “Anwar boleh pecat saya, mengkhianati saya, malah menghantar saya ke neraka. Tiada mengapa. Tolong buka (laluan ke) Kuil Siva (di Bukit Hasing), yang dia tutup,” katanya.

Gobalakrishnan menambah, “saya telah melalui ranjau perjalanan, tetapi hasilnya hanya pengkhianatan Anwar (yang saya terima)”.



Sharpshooter - Keadilan tidak mampu kehilangan mana-mana pemimpin selepas Pemilihan 2010. Gobala atau Gobi, Saifudin Nasution, Chegubard adalah nama-nama besar dalam Keadilan sejak era Reformasi1998.

Rakyat sudah pasti resah dan gelisah melihat kemelut Keadilan yang tidak berkesudahan. PAS dan DAP juga sudah pasti tidak selesa dengan kemelut dalaman ini.

Tindakan Gobala memang salah walaupun ada kebenaran dalam kata-katanya tetapi dalam masa yang sama Saifudin juga sudah terlalu banyak berbohong. Janji Saifudin juga belum tertunai.

Bayangkan jika dalam prk Tenang yang akan berlangsung awal tahun depan, selesai berkempen dan mengundi, SPR umum calon BN pemenang Dun Tenang tanpa memberitahu jumlah undi yang diperolehi oleh calon PAS dan calon BN. Adakah PAS dan Pakatan Rakyat akan berdiam diri dan akur sahaja dengan keputusan seperti itu? Sudah pasti tidak, PAS dan Pakatan Rakyat akan membantah keputusan seperti itu dan mungkin akan mengajak rakyat ke jalanraya tanda protes seperti perhimpunan BERSIH.

Jika perkara seperti ini berlaku, siapa salah? sudah pasti kita akan salahkan SPR sebab SPR tidak telus umum pemenang calon BN tanpa umumkan jumlah undi calon BN dan calon PAS.

Inilah punca sebenar yang berlaku dalam Pemilihan Keadilan 2010, Shamsul Iskandar dan barisannya diumum pemenang tanpa mengetahui jumlah undi. Sudah pasti Chegubard protes. Mengapa dalam hal ini, Chegubard terus difinah sedangkan Chegubard dan barisannya hanya ingin menegakkan haknya sebagai calon yang bertanding.

Bolehkah kita berkata pada PAS jika keputusan seperti itu berlaku di Dun Tenang..tak pe lah..yang sudah tu sudah lah..jangan protes..nak buat macamana terimalah kekalahan...kalau takut kalah jangan bertanding...

Sudah pasti PAS dan Pakaan rakyat akan berkata, ini bukan soal menang atau kalah, ini soal ketelusan dalam pemilihan pilihanraya.

Jadi janganlah double standard dalam setiap isu yang berbangkit.
Jika kita SPR tidak telus kerana umum pemenang tanpa umum jumlah undi, kita juga wajib berkata JPP tidak telus kerana perkara yang sama.

Sebab itu, Keadilan wajib segera selesaikan kemelut dalaman yang melanda parti yang sudah pasti mengecewakan rakyat. Sudah pasti dalam prk Tenang, Keadilan yang akan jadi sasaran serangan umno BN, yang terpalit dan terkesan adalah calon PAS yang bertanding.

Ada yang berkata...kita kena tahu adab berjamaah...ya sharpshooter setuju...tetapi kita kena ingat dalam masa yang sama adab berjamaah juga tidak mengizinkan kita menipu sesama jamaah.

Ada yang berkata...jika takut kalah jangan bertanding...ya sharpshooter setuju...tetapi kalau nak menang jangalah sampai menipu...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)


Ulasan GB

Sudah lama GB tuliskan di bawah tajuk Siapa Mahu Peduli Dengan Anwar Lagi Selepas Ini?. Petikan:

Dengan izin Allah, beberapa blogger yang tegak berdiri dengan kebenaran dan keadilan, akan "pancung" mereka yang menyebabkan kegagalan PR selepas ini tak kira besar mana pun pangkat kamu di dunia ini.

Jadi selepas ini Anwar bolehlah minta pertolongan dengan Azmin, Saifuddin, pengikut taksubnya dan beberapa kerat blogger yang menjilatnya selama ini.

GB telah banyak kali mengingat Anwar, tetapi beliau begitu, begitu juga. Tiada mahu lansung untuk berubah. Oleh itu jangan dikesal, jika selepas ini bebannya menjalar.

GB tak pernah menggunakan kaedah-kaedah keji seperti yang dilkukan para blogawan UMNO tetapi cukup dengan dalil-dalil aqli dan naqli.

GB dan blogger-blogger pejuang kebenaran dan keadilan akan tetap terus menggalas amanah bersama-sama mereka yang mahukan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini. Kami yakin tanpa Anwar pun kami boleh berjaya, mungkin lebih cemerlang lagi.

Tidak ada salah perjuangan PKR, yang bersalah ialah pimpinannya yang diketuai oleh ketua de faktonya bersama-sama apek-apek lempangnya
.

Dan di dalam ruang komentar di situ, GB menulis :

Kita perlu membela "keadilan" untuk Anwar, bukan membela "Anwar" untuk keadilan.

Itu dua perkara yang berbeza. Ramai yang keliru sehingga perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tiba-tiba bertukar menjadi perjuangan menegakkan Anwar dan kroninya.

Sewaktu Saidina Ali menjadi Khalifah, pernah satu ketika seorang Yahudi telah mencuri baju besi beliau. Saidina Ali menyedari perkara ini lalu membawa kes ini ke pengadilan hakim. Walaubagaimanapun beliau tidak mempunyai bukti dan saksi bahawa Yahudi tersebut mencuri baju besi beliau. Lalu hakim memutuskan baju besi tersebut menjadi hak milik Yahudi.

Namun sekalipun Yahudi itu terlepas, ini tidak bermakna Yahudi itu perlu disokong. Islam tidak menyokong Yahudi berkenaan tetapi melepaskannya kerana tiada saksi yang dpt ditampilkan oleh Saidina Ali sekalipun memang baju besi itu memang kepunyaan Saidina Ali.

Perbuatan "salah tetap salah" sekalipun di dunia mungkin terlepas.

Jika sistem kehakiman itu yang tidak adil, maka sistem kehakiman yang adillah yang kita perjuangkan, bukan Anwar yang perlu diperjuangkan.

Oleh itu kita jangan keliru.

Seorang mukmin sebenar tidak akan terpelosok ke lubang biawak dua kali, kata Nabi.

Ya, begitulah reformis dan blogger sebenar tidak akan tertipu dua kali.


Nasihat GB, sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan. Anwar dan Saifuddin perlu akur kesalahannya dan meminta maaf dari semua ahli PKR khususnya, juga Pakatan Rakyat amnya.

Skandal Amah: Menteri Itu Sudah Kecut, Usah Salahkan Blogger Nanti

Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang. -harakahdaily


Laporan polis terhadap Rocky's Bru bertepatan peruntukan undang-undang: Rais

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakannya membuat laporan polis terhadap seorang penulis blog adalah bertepatan dengan haknya sebagai individu negara ini.

Katanya tindakan itu wajar mengikut peruntukan undang-undang bagi mendapat perlindungan setelah namanya tercemar berikutan laporan di dalam blog berkenaan.

"Saya mempunyai hak sendiri sebagai individu, kita harus menghormati undang-undang sedangkan hari ini pun PM (Perdana Menteri) cakap kena hormat undang-undang. Jadi setiap individu perlu menghormati undang-undang yang ada di negara kita.

"Saya tidak ada melibatkan sesiapa. Barang siapa yang mencemarkan dan memburukkan sesiapa, waima, beliau seorang penulis blog ataupun seorang kerani, kita mempunyai hak masing-masing, jadi ini yang saya tegaskan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Pada 12 Oktober lalu, Dr Rais membuat laporan polis terhadap Rocky’s Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan yang di dalam blognya mendakwa kononnya anak lelaki menteri itu mempunyai kepentingan dalam kementerian itu dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Selain itu, Dr Rais juga berkata semua pihak sewajarnya menghormati peraturan dan undang-undang negara yang dibuat untuk melindungi rakyat semua peringkat.

"Misalnya, kalau kita takut kepada mengimplikasi undang-undang yang kita cipta, ini bukan satu keadaan yang positif, ini negatif. Jadi apa kita jadikan undang-undang, kita perlu ikut dan jadikan azimat perjuangan kita.

"Saya tergolong kepada orang seperti itu, jadi saya tidak menakuti mana-mana komen tapi kalau melanggar hak saya sebagai individu, saya perlu mengambil lindungan di bawah undang-undang negara," katanya.

Sementara itu, mengulas ucapan Datuk Seri Najib Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno yang menegaskan bahawa hak-hak orang Melayu dilindungi dalam Perlembagaan, Dr Rais berkata orang Melayu tidak seharusnya terus menerus bergantung kepada peruntukan Perlembagaan itu.

"Kalau orang Melayu hanya bertongkat mahu berjalan, ini tentu sekali tidak membawa kita ke mana-mana.

"Kita perlu berganding bahu dengan orang bukan Melayu, rakan-rakan Cina dan rakan-rakan India kita, bagaimana mereka bertahan kerana kita perlu berkebolehan untuk mencapai tahap seperti mereka," katanya.

Beliau turut meminta semua pihak untuk menghormati asas-asas Perlembagaan negara membabitkan Raja-Raja Melayu, Kontrak Sosial dan kuasa-kuasa rizab Melayu kerana ia telah dipersetujui oleh "nenek moyang kita terdahulu".

Dr Rais juga menyifatkan ucapan Perdana Menteri berhubung hak istimewa orang Melayu sebagai "tindakan berani" dan menjadi satu titik permulaan yang mampu menyemarakkan lagi perjuangan UMNO.

"Ini adalah mesej yang sangat jelas, yang seharusnya kita perjelaskan ke bawah selepas ini. Kita perlu memberi tahniah kepada Perdana Menteri dan Presiden yang berani tampil kemuka menjelaskan situasi ini.

“Kontrak sosial itu adalah tulang belakang kepada Perlembagaan Malaysia. Seharusnya ucapan ini dijadikan azimat perjuangan dan orang Melayu khasnya serta orang Malaysia amnya kena menghormati Perlembagaan Malaysia,” katanya. - BERNAMA


Ulasan GB

Kes ini kes lama tetapi meletup setelah blogger, Datuk Ahirudin Atan (Rocky's Bru) mendedahkan mengenai laporan WikiLeaks yang menyatakan ada menteri yang pernah merogol amahnya.

Dan sementelah lagi sebagai seorang wartawan senior dan blogger, Ahirudin sepastinya memiliki maklumat yang lebih banyak dari orang lain.

Bodohnya menteri berkenaan bertindak untuk berlawan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang wartawan cum blogger.

Jika Rais berkata, beliau mempunyai hak sendiri sebagai individu untuk membuat laporan polis ke atas Rocky's kerana kita harus menghormati undang-undang - sehingga nama Rocky's yang baru mendapat pingat "Datuk" itu terjejas dan komputernya dirampas, maka kini Rais tidak boleh menghalang jika Rocky's bertindak balas.

"Patuhi undang-undang" - satu klise yang sedap didengar dari mulut Rais. Dan Rocky's cuma melaporkan pendedahan Wikileaks yang mana ada menteri yang telah melanggar undang-undang lebih awal dan untuk kes yang lebih dasyat.


Selepas Sekolah Mengandung, Kini Buanglah Bayi Di tempat Yang Disediakan

Ipoh: KPJ Ipoh Specialist Hospital (KPJ-ISH) di sini mewujudkan sebuah pusat perlindungan bayi, yang pertama seumpamanya diwujudkan di hospital di negara ini, dalam usaha membendung gejala pembuangan bayi di samping mengurangkan risiko kematian bayi yang baru lahir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Nasirruddin Harun berkata pusat itu ditubuhkan bagi menyediakan tempat jagaan terbaik kepada bayi malang serta yang tidak diingini oleh keluarga mereka.

“Ia ditubuhkan atas rasa tanggungjawab sosial KPJ-ISH bagi membendung gejala pembuangan bayi yang tidak berdosa ini.

Pusat ini hanya mahu menyelamatkan nyawa bayi serta memberi perlindungan sebaik-baiknya kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat berkenaan di KPJ-ISH di sini, Isnin.

Beliau berkata pusat itu dibuka 24 jam bagi membolehkan mereka yang tidak menginginkan bayi yang dilahirkan boleh meletakkannya di tempat yang disediakan dan akan dikendalikan oleh sekumpulan tenaga mahir serta perunding.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman turut dihadiri Pengarah Perubatan KPJ ISH Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah.

Ahmad Nasirruddin berkata KPJ-ISH tidak mempunyai kepentingan untuk mengetahui identiti ibu atau individu yang menghantar bayi ke pusat berkenaan.

Sementara itu, Hamidah berkata kerajaan negeri menyokong penuh program yang dijalankan KPJ ISH kerana ia membantu menangani masalah pembuangan bayi di negeri ini.

Bagaimanapun katanya kewujudan pusat itu bukan penyelesaian kepada masalah pembungan bayi tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi kesedaran di kalangan pihak berkaitan bagi menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.

“Sebelum ini ada beberapa kes membabitkan kematian bayi berikutan dibuang di tempat berbahaya.

Jadi kewujudan pusat perlindungan itu dapat dijadikan satu alternatif bagi menangani masalah itu,” katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Nak kata apa lagi jika ia bukan tanda-tanda kiamat yang semakin hampir?

Tempat buang bayi telah disediakan, sekolah mengandung sudah diwujudkan - persis menggalakkan gejala perzinaan di kalangan remaja termasuk yang di bangku sekolah terus berlaku. Bukannya berusaha untuk menghalangi gejala tersebut.


Remaja Konvoi Maut Dirempuh Van, Seorang Cedera Parah

Dua Remaja Maut, Seorang Cedera Parah Apabila Basikal Dirempuh Sebuah Van

JOHOR BAHARU, 27 Dis (Bernama) -- Dua remaja lelaki maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah apabila basikal yang dinaiki dirempuh sebuah van dalam kejadian di Jalan Muar-Batu Pahat, berhadapan Kompleks Penghulu Sungai Balang, dekat Muar, Isnin.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohamad Nasir Ramli berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi tadi ketika ketiga-tiga mangsa bersama enam rakan yang lain menaiki basikal secara berkumpulan untuk ke Taman Tema Wet World, di Batu Pahat.

"Mangsa yang terbunuh adalah Mohd Sufi Johari, 15, dan Mohd Amirul Nizam Awang Nudin, 17. Mohd Sufi maut di tempat kejadian manakala Mohd Amirul Nizam meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kira-kira pukul 11 pagi tadi," katanya ketika dihubungi, di sini, Isnin.

Mohamad Nasir berkata mangsa yang cedera parah dan belum dikenal pasti identitinya pula dilaporkan dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital yang sama.

Beliau berkata enam lagi kumpulan remaja itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut Mohamad Nasir, siasatan awal mempercayai van dari arah Parit Jawa, Muar menuju ke Batu Pahat itu merempuh kelompok basikal berkenaan yang menyebabkan sebahagian mangsa terpelanting bersama basikal mereka.

Rempuhan yang kuat itu, katanya turut menyebabkan cermin hadapan van berkenaan pecah.

"Pemandu van berkenaan yang berusia 24 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Rahman Remi di 06-9526222 bagi membantu siasatan. -- BERNAMA

Perlantikan Khusrin Sebagai SUK - Agenda Rampas Selangor

Pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri Belum Muktamad, Kata MB Selangor

SHAH ALAM, 27 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru belum muktamad.

Ini kerana katanya, selain beliau tidak dimaklumkan mengenai pelantikan itu kerajaan negeri juga telah menubuhkan sebuah panel temuduga yang menyenarai pendek tiga nama.

Senarai nama itu telah dihantar kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapat perkenan baginda, kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan, di sini hari Isnin.

Abdul Khalid berkata beliau juga akan mengadap Sultan Selangor itu pada Rabu ini berhubung perkara tersebut.

Pelantikan Mohd Khusrin diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini, bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Dis ini.

Pelantikan Mohd Khusrin, 54, berkuatkuasa 1 Jan depan. -- BERNAMA


Kerana jemput Ustaz Hadi, Khusrin beri amaran

GOMBAK, 27 Dis: Kerana menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan tazkirah di suraunya, pengerusi Surau Al Ehsan, Taman Samudera dekat sini diberikan surat tunjuk sebab oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamad Khusrin Munawi.

Amaran itu diberikan Khusrin melalui satu surat yang ditandatangani beliau bertarikh 17 Disember lalu.

(Gambar: Surat yang ditandatangani Khusrin yang ditujukan kepada Pengerusi Surau Al Ehsan)

Melalui surat itu, Khusrin memberikan amaran kepada pengerusi surau itu kerana menjemput penceramah tanpa tauliah iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berceramah di masjid itu pada 22 November 2010 yang lepas.

Hari ini Bernama melaporkan Khusrin telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru iaitu ketua pentadbir kepada kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat itu.

Namun begitu, pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya menjelaskan perlantikan itu belum muktamad kerana cadangan perlantikan Khusrin oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice notes). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. Sehubungan itu, Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

Dalam suratnya kepada pengerusi surau Al Ehsan ini, Khusrin berkata, jabatannya (Jais)m akan mengambil tindakan terhadap pengerusi surau itu di bawah peruntukan kaedah-kaedah pegawai masjid dan jawatankuasa kariah (Selangor) pindaan 2001 jika gagal memberikan penjelasan dan alasan yang munasabah.

Menjadi satu amalan biasa bagi mana-mana surau khasnya di negeri untuk menjemput para penceramah yang dianggap mengetahui hal ehwal agama untuk memberikan tazkirah di surau mereka.

Tazkirah biasanya diberikan selepas sembahyang Maghrib sambil menunggu waktu Isyak tiba iaitu kira-kira 30 hingga 45 minit.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS telah memberikan tazkirah di surau itu pada 22 November lalu dan kira-kira sebulan selepas itu jawatankuasa surau melalui pengerusinya menerima amaran ini.

Sebelum ini, ketika majlis perasmian Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Khusrin dalam ucapannya telah memberikan amaran, pihaknya tidak akan teragak-agak menukar balik AJK Masjid yang dipilih oleh ahli kariah jika mereka tidak mematuhi arahan pihaknya.

"Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini.

"Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan," katanya.

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, sistem pemilihan AJK masjid dan surau dibuat secara demokrasi dan pihak yang dipilih anak-anak kariah akan dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor berbanding sebelum ini pemilihan dibuat melalui perlantikan terus bukan pemilihan secara demokrasi. -harakahdaily


Ulasan GB

Semua rakyat tahu, tindakan KSN untuk melantik Khusrin sebagai SUK Selangor hanyalah untuk memenuhi satu agenda - rampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

Déjà vu Perak - trojan dihantar terlebih dahulu sebelum rampasan dimulakan.


Kebakaran Besar Di Langkawi, Blog GB Benar Tentang Serangan Obor-obor Sebelum Ini

200 nelayan hilang tempat tinggal kebakaran di Langkawi

LANGKAWI: Seramai 200 mangsa tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 70 rumah di perkampungan nelayan Bukit Malut, di sini, malam tadi iaitu kejadian terburuk di daerah ini sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, berkata sehingga jam 1.30 pagi tadi tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun sebahagian besar rumah terbabit hangus dalam kebakaran yang percayai bermula sekitar jam 11.40 malam.

Katanya, pasukan bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bergegas ke tempat kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan.

Kebakaran hanya dapat dikawal sepenuhnya kira-kira sejam selepas kejadian dan punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya.

"Berdasarkan sejarah, ini adalah kebakaran ketiga terbesar di perkampungan ini selepas kejadian sama pada 2005 dan 2007," katanya. -BH

Ulasan GB

Blog ini, pada 23 Disember yang lalu telah menulis berkenaan dengan serangan obor-obor di Langkawi. Di dalam ulasan GB di situ, GB menyatakan begini:

Ada perkara yang Allah ingin sampaikan kepada kita lewat serangan obor-obor itu. Kita nantikan.

Seorang pembaca yang menggunakan nickname shay2k telah menulis komentar di bawah artikel itu:

Mungkin obor2 tu petanda ada malapetaka akan melanda Langkawi....ingat Krismas, ingat 26Disember 2004,ingat lagi..

Kini, 28 Disember 2010, hanya 3 hari selepas Krismas, Langkawi terbakar.

Setiap satu kejadian Allah s.w.t. tidak ada yang sia-sia.. Ayat manzurah adalah ayat yang jelas dan nyata untuk kaum yang berfikir.

Firmanullah:


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka - Ali-Immran : 190-191

Kejadian berlaku sejurus ayat itu diperdebatkan tetapi ramai umat Islam sendiri yang tidak ambil pelajaran dari ayat berkenaan.

Skuad Harimau Malaya Tiba Jakarta Untuk Bawa Pulang Tropi

Raja resah gangguan luar

RAJAGOBAL (kiri) bersama anak buahnya ketika tiba di Lapangan Terbang Sukarno-Hatta di Jakarta, semalam.

Harimau Malaya hadir mahu bawa pulang trofi

"KAMI datang ke Jakarta untuk menang," laung pengendali skuad negara, K Rajagobal sejurus tiba bersama anak didiknya ke sini, semalam bagi melangsaikan baki perlawanan final Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, esok.

“Tahap keyakinan pemain kita cukup tinggi. Tapi saya sudah arahkan mereka untuk melupakan kemenangan besar ini sebaliknya menghadapi baki 90 minit Rabu ini (esok) dengan penuh tumpuan.

“Untuk tempoh dua hari ini, saya tidak sesekali mahu pemain hilang fokus dengan temu ramah atau acara tiada berkaitan. Segala pertanyaan harus melalui saya atau pengurus pasukan (Datuk Subahan Kamal).”

Tidak dinafikan apa yang membuat Rajagobal kian gelisah adalah gangguan luar yang harus dielak pemain pada saat genting ini walaupun berbekal modal selesa hasil kemenangan 3-0 ke atas Indonesia, kelmarin.

Pengendali itu turut berpendapat, kegagalan lawannya, Indonesia mempamerkan aksi sebenar di Bukit Jalil hasil daripada kelemahan dan kesilapan pemainnya sendiri, terutama penjaga gol, Markus Horison.

“Siapa dia (Markus) untuk menghentikan perlawanan?” tanya Rajagobal.


Malaysia bersemangat tinggi

PENJAGA gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menurunkan tandatangan di baju seorang penyokong skuad negara sebaik tiba di Jakarta semalam.


JAKARTA – Kira-kira 12 jam setelah menumpaskan Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, pasukan Malaysia tiba di Jakarta pagi semalam dengan penuh keyakinan bagi menghadapi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno malam esok.

Berbekal kelebihan agregat 3-0, jurulatih skuad Malaysia, K. Rajagobal berkata, pasukan Malaysia tampil dengan keyakinan untuk menghadapi Indonesia.

“Sudah tentu kami datang dengan keyakinan dan semangat kesukanan yang tinggi. Jika ditanya kepada sesiapa sekalipun pastinya masing-masing mahu menang dan tiada siapa mahu tewas.

“Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja hari Rabu ini,” katanya sebaik tiba bersama pasu- kan negara di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Cengkareng, Tangerang, Banten semalam.

Ditanya sama ada beliau yakin pasukannya akan muncul juara Piala AFF kali ini, Rajagobal berkata: “Tunggu dan lihat sajalah.”

Sebelum menaiki bas bersama anak-anak buahnya menuju hotel penginapan di Jakarta, Rajagobal sempat berseloroh apabila ditanya pemberita sama ada pemain Malaysia ada yang cedera.

“Ada dua orang yang mengalami cedera ringan.”

“Yang cedera adalah jurulatih dan pembantu jurulatih,” katanya sambil ketawa dan meluru menaiki bas.

Terdahulu ketibaan mereka di Lapangan Terbang Soekarno- Hatta itu disambut dengan nyanyian lagu patriotik oleh sekumpulan pelajar Malaysia di Indonesia.

Pertandingan bola sepak Piala Suzuki AFF kali ini menarik minat besar warga Indonesia sete- lah pasukan mereka muncul unggul dalam perlawanan peringkat kumpulan sehingga ke separuh akhir.

Kekalahan Indonesia 0-3 kepada Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin mengecewakan para penyokong pasukan itu, namun mereka tetap berharap pasukan negara itu akan berjaya mengatasi Malaysia di gelanggang sendiri malam esok.

Indonesia sekurang-kurangnya perlu menang 4-0 pada final kedua malam sekiranya mahu menjuarai kejohanan kali ini. -kosmo






UMNO Perlis: Belum Apa-apa Pengerusi Dan Timb Pengerusi Dah Bergasak


Bekas MB dakwa sukar kerjasama, syak ada campur tangan

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, semalam berpendapat keputusan mengekalkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengetuai UMNO negeri itu mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu.

Beliau yang mengisi jawatan menggantikan Ketua UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin turut mempersoalkan sejauh mana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dijadikan penanda aras oleh pucuk kepimpinan UMNO terhadap pencapaian seseorang pemimpin, terutama di negeri itu.

Shahidan juga menyatakan sukar baginya untuk bekerjasama dengan Md Isa yang dianggap sebagai ‘perampas’ jawatannya sebelum ini.

"Pada saya, Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis kini tidak menepati KPI berkenaan. Mungkin keputusan mengekalkannya itu dibuat atas dasar campur tangan baik oleh ahli parti atau mereka dari luar atau mungkin juga campur tangan veteran UMNO.

"Jika tanya pasal gandingan, bagi saya itu suatu yang mustahil terutama untuk bekerjasama dengan individu yang saya lihat sebagai 'menyamun' jawatan saya sebelum ini," katanya ketika diminta mengulas rombakan kepemimpinan UMNO negeri yang mengekalkan Md Isa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan ada wakil rakyat di Perlis tampil melobi Perdana Menteri untuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Bagaimanapun, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Mat Rawi Kassim menafikannya, sekali gus menganggapnya sebagai khabar angin semata-mata yang diwujudkan pihak tertentu berasaskan kepentingan peribadi.

Sementara itu, Md Isa yang juga Menteri Besar Perlis, mengalu-alukan keputusan berkenaan yang disifatkannya sebagai gandingan terbaik UMNO Perlis dalam usaha menjana kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.

"Gandingan itu pada saya amat elok sekali. Mungkin akan ada perbezaan pendapat antara kami, tetapi keputusan itu dianggap tepat untuk mengelakkan perpecahan dalam parti.

"Justeru, saya harap semua pemimpin baik di peringkat cawangan, bahagian dan sayap dapat bekerjasama dengan mantap selepas ini demi mengukuhkan perpaduan sesama ahli, sekali gus memastikan kemenangan parti," katanya. -BH

Selepas Laser, Indon Tuduh Malaysia Guna Dukun Pula

Akhbar Indonesia canang Malaysia guna dukun

AKHBAR NonStop dakwa Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam.

SEOLAH-olah tidak dapat menerima kekalahan sulung pada kempen Piala Suzuki AFF kali ini, Indonesia berselindung di sebalik pelbagai alasan, termasuk sinaran laser dan bomoh.

Sinaran laser dikatakan punca pemain Indonesia hilang tumpuan, tetapi selepas jurulatih Alfred Riedl mengumumkan faktor itu bukan penyebab kekalahan pasukan kendaliannya, media Indonesia mula mencari alasan lain.

Akhbar NonStop, membuka pekung di dada Garuda apabila merujuk kepada bomoh terkenal Indonesia ketika membuat dakwaan Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam.

"Kekalahan pasukan kebangsaan Indonesia sudah diramalkan ahli paranormal, Andi S Chalin,” lapor NonStop dalam berita utamanya. Penulis buku Bahasa Setan Dalam Perilaku Manusia itu meramalkan Indonesia akan tewas 3-0 kepada Malaysia.

“Daripada pemerhatian mata batin saya, saya nampak kita akan tewas 0-3. Kita tewas bukan kerana pemain lemah, tetapi kerana ada unsur-unsur jampi paranormal Malaysia,” kata Andi kepada NonStop menerusi sms tiga hari sebelum final di Bukit Jalil.

Malah selepas perlawanan akhir pertama kelmarin, Andi sekali lagi menghubungi akhbar berkenaan dan mendakwa ada ahli perniagaan Malaysia mendapatkan khidmat bomoh dari Thailand, China dan India. -bh



Kakinya Tersepit Eskalator

Sejam celah eskalator

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun hanya mampu mengerang menahan kesakitan selama lebih sejam kerana kaki kirinya tersepit di bahagian sisi tangga bergerak (eskalator) ketika bersiar-siar di sebuah pusat beli- belah di Peringgit, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Chrisanta Geron Lee, 10, berada di depan ketika menuruni eskalator bersama keluarganya apabila kasut dipakainya tiba-tiba tersangkut menyebabkan kaki kirinya terselit di celah eskalator bergerak.

Menurut ibunya yang hanya mahu dikenali Juliet, 46, dari Bertam Jaya, dekat sini, dalam kejadian antara jam 8 malam hingga 9 malam itu, mereka sedang menuruni eskalator itu dari tingkat satu ke tingkat bawah.

“Dia (Chrisanta) berada di depan saya dan suami serta adik-beradiknya yang lain. Tiba-tiba dia menjerit sakit sambil memegang kaki kirinya. Suami terus berlari ke arahnya untuk menolong.

“Saya pula berlari cuba menghentikan eskalator itu dengan menekan butang di bawah, namun tidak berjaya sebelum beberapa kakitangan pasar raya datang membantu memberhentikannya,” katanya di temui di wad pediatrik Hospital Melaka petang semalam.

Beliau yang enggan wajah anaknya dirakam bagaimanapun bersyukur kerana Chrisanta tidak mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.

Katanya, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jalan Kubu tiba beberapa minit kemudian dan berjaya mengeluarkan kaki anaknya yang tersepit sambil dibantu kakitangan bahagian penyelenggaraan pusat beli belah itu.

“Kaki anak saya hanya dapat dikeluarkan kira-kira sejam dan saya terkejut apabila melihat kecederaan dialaminya kerana menampakkan tulang kakinya.

“Anak saya kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan. Syukur apabila doktor menjelaskan dia tidak mengalami sebarang keretakan tulang atau tisu otot terkoyak, sebaliknya hanya cedera kulit,” katanya.

Suaminya kemudian membuat laporan polis kejadian, namun tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat beli-belah itu.

“Pihak pengurusan dan kakitangan pasar raya memberi kerjasama dan bantuan dengan penuh tanggungjawab. Malah pengurusnya turut melawat anak saya dan menawarkan bantuan termasuk ketika pendaftaran masuk ke hospital.

“Mereka juga berjanji bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan berdasarkan semua ini, saya tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Peluk Islam Setelah Temui Sungai Tawar Di Lautan Masin Spt Tertulis Dalam Al-Quran

Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Qur'an

Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV "Discovery" pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.

Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.


» KETERANGAN

Gambar 01


Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut:

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu” (QS Fushshilat 53).

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” (Q.S Al Furqan 53).

Pada suatu hari Mr.Jacques Yves Costeau ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Gambar 02


Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.

Gambar 03


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Gambar 04


Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Sumber: voa-islam