5 Jul 2012

[TRAGIS - BERGAMBAR] Budak Rentung Atas Katil

Johor Bahru - Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Jalan Permas 2/2, Taman Permas Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Aminuddin Mohammad Nor Idris (gambar kecil) yang bakal menyambut ulang tahunnya yang kedua pada 19 Julai ini ditemui rentung di atas katil dalam bilik di tingkat dua rumah teres berkenaan selepas api berjaya dipadamkan.

Difahamkan kanak-kanak itu dan keluarganya baru sahaja berpindah ke rumah yang berusia 30 tahun itu jam 9 malam kelmarin. Mereka sebelum ini tinggal di kawasan Stulang Baru, di sini.

Aminuddin menangis tanpa henti awal pagi Ibu mangsa, Nor Nadia Abdul Samad, 25, berkata, ketika kejadian, suaminya Mohammad Nor Idris Ahmad, 29, yang merupakan pekerja Tenaga Nasional Berhad sedang bekerja manakala dia bersama anak sulungnya, Muhammad Amirul Hakim, 6, berada di tingkat bawah.

Menurut Nor Nadia, sedang dia menyiapkan Amirul untuk ke sekolah, anak keduanya, Nur Aisyah Nadirah, 4, turun dari tingkat atas meninggalkan Aminuddin yang sedang tidur.

“Sebaik sahaja Nur Aisyah turun, saya terhidu seperti sesuatu terbakar dari tingkat atas seterusnya terdengar Aminuddin menjerit memanggil saya.

“Saya nak naik ke atas, tetapi asap terlalu tebal. Saya cuba selamatkan anak saya, namun tidak berjaya,” katanya kepada pemberita dengan linangan air mata ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nor Nadia berkata, paling menyayat hati, awal pagi sebelum kejadian itu juga Aminuddin menangis tanpa henti sejak dari jam 3 pagi.

“Tetapi selepas dipujuk oleh bapanya baru dia berhenti menangis dan tidur sekitar jam 5 pagi,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Bomba alami kesukaran

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Taman Johor Jaya, Syed Nasir Syed Abu Bakar berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian 15 minit selepas menerima panggilankecemasan berhubung kebakaran itu pada 9.23 pagi.

Menurutnya, dia bersama sembilan anggota dan satu jentera pada awalnya mengalami kesukaran untuk tiba awal di lokasi kejadian berikutan laluan kawasan perumahan berkenaan agak sempit berikutan terdapat sebilangan kenderaan diletakkan di bahu jalan.

“Anggota kami cuba naik untuk menyelamatkan mangsa, tetapi gagal kerana api terlalu marak pada waktu itu. Tambahan pula, risikonya sangat tinggi apabila kami dapat tahu yang rumah ini berlantaikan papan.

“Kira-kira lima minit kemudian, kami berjaya mengawal kebakaran dan anggota kami bersama bapa mangsa naik ke rumah untuk mengeluarkan mangsa. Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.

Keluarga terima lawatan

Dalam pada itu, Adun Permas, Datuk M Munusamy yang berkesempatan hadir melawat keluarga mangsa dan tempat kejadian berkata, pihaknya akan menyalurkan bantuan segera termasuklah dari segi pengurusan jenazah serta bantuan berupa barangan keperluan asas.

Keluarga terbabit turut dikunjungi Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah yang hadir menyerahkan sumbangan berupa wang tunai.

“Saya mewakili Pas Kawasan Pasir Gudang bersimpati dengan apa yang berlaku. Kami bersedia untuk menyalurkan bantuan keperluan susulan dari masa ke semasa,” katanya. -SH










Gambar Uncle Seekers Ditangkap & Direman 4 Hari Atas Dakwaan Hina Sultan

Uncle Seekers bersama Siti Nadhirah dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini, hari ini.

Pengendali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini ke atas beliau, nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46, bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini.

Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 3 petang tadi.

Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu sempat melambaikan tangan ke arah wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang sebaik turun daripada trak polis.

"Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau sebelum dibawa ke kamar. -SH







Kroni BN Dapat RM244 juta Projek Selenggara Kawalan Trafik

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendedahkan, kerajaan Umno BN memberikan kontrak penyelenggaraan sistem kawalan trafik di seluruh negara kepada kroni mereka.

Katanya, projek bernilai RM244.5 juta itu diberi kepada Selex Sistemeni Integrati (Selex) dan Advanced Air Traffic Systems (AAT) dengan kontrak selama lima tahun.

Beliau berkata, berdasarkan dokumen sebut harga yang ditinggalkan di depan pejabatnya, anggaran penyelenggaraan untuk setiap tahun berjumlah RM45,142, 987.

“Ia meliputi Kawalan Trafik Udara (ATC) Kuala Lumpur, Subang Interim, Stesen Radar Pengawasan Menengah Monopulse (MSSR) Genting, Stesen Pengawasan Radar Rendah (PSR) dan Pengawasan Radar menengah (SSR) Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu dan Miri.

“Ia turut melibatkan stesen PSR, SSR dan ATC Johor Bahru, Kota Bharu, Sibu, Penang, Tawau serta Kuala Terengganu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini pagi tadi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mendedahkan, kos keseluruhan penyelenggaraan Program Pemodenan Perkhidmatan Trafik Udara Malaysia (MATSMP) bernilai RM35,521,610 dalam empat lebel.

Izzah berkata, kerajaan memberikan kontrak secara runding terus kepada Selex dan AAT kononnya syarikat lain tidak pakar dengan sistem yang dipasang kedua-dua syarikat itu.

“Sepatutnya, tender perlu dibuat berasingan untuk mendapat nilai terbaik. Saya difahamkan sistem sedia ada di KLIA dibekalkan 10 syarikat berbeza,” katanya.

Lebih dikesalinya, kedua-dua syarikat itu bukan sahaja gagal menyelenggara sistem radar malah wujud kecacatan sistem trafik hingga mengancam keselamatan ruang udara.

Menurut Izzah, maklumat dalaman diperoleh daripada Jabatan Penerbagan Awam (DCA) mendapati, sistem radar telah beku daripada 0614z hingga 0625z selama lima saat.

“Selain itu, berlaku ‘rebooting’ komputer pegawai-pegawai trafik udara dan tiada pertukaran teknologi seperti yang dijanjikan Selex dan AAT.

“DCA terpaksa menunggu jurutera dari Itali hingga melambatkan bantuan teknikal yang diperlukan sedangkan kos kontrak adalah tinggi,” ujarnya.

Pada 8 Jun lalu, Izzah mendedahkan, projek MATSMP bernilai RM280 juta diberi kepada Selex dan AAT secara tender tertutup.

Selex merupakan sebahagian syarikat Finmeccanica Spa dari Itali dan terlibat pelbagai dakwaan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia.

Manakala AAT dimiliki oleh Tirai Variasi Sdn Bhd iaitu syarikat keluarga Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. -KD

Abby Abadi Teruskan Iltizam Bersama PAS


Penyataan Abby jadi hiasan facebook anak muda

KUALA LUMPUR: Kata-kata pelakun Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang tidak takut lagi menyokong parti pembangkang kini menjadi hiasan Facebook anak-anak muda Malaysia.

Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka.

Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna.

248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.

"Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang.
Tak dapat masuk television. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa.

"Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu,
tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu.
Banyak dah dosa dalam tu,"
kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.

Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara.

Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.

Ucapan beliau yang mahu mencari seorang 'ustaz' untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.

Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah.

Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.

Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini.

Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.

Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan.

Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London. -HD

Abby pertahan Pa s

Cerita pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas.

Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah menafi kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.

Paling ketara, semalam, status terbaru di laman sosial, Facebook miliknya, terang-terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas.

Malah, statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatpeminat. Tidak kurang ada yang menyokong dan ada juga yang menghentam.

Pun begitu, bekas pelakon Gerak Khas ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.

Sementara itu, Zass cuba menghubungi Abby namun tidak berjaya. Adakah Abby sebenarnya sedang berkira-kira hendak mengumumkan penglibatannya dalam parti Pas.
-SH


UNISEL Lebih Baik Bawah PR Daripada BN - Naib Cancelor

Unisel: Dakwaan Noh tidak relevan

shah Alam – Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad menyifatkan universiti tersebut kini adalah lebih baik di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) berbanding kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum itu.

Menurutnya, kenyataan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang mengatakan kononnya universiti tersebut tidak menghadapi sebarang masalah semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerana mendapat sumber kewangan sendiri adalah sebagai tidak tepat.

Beliau berkata, dahulu kewangan Unisel dikawal sepenuhnya Kerajaan Negeri tetapi kini pihak Unisel boleh berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai perkara tersebut.

“Kalau nak dibuat perbandingan, Unisel pada hari ini adalah lebih baik berbanding dahulu kerana dahulu yang bermasalah.

“Macam sekarang soal kewangan saya sendiri boleh mengetahuinya dan boleh berbincang dengan Menteri Besar” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Unisel juga telah mencapai sasaran operasinya pada tahun ini dengan penambahan jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 13,500 termasuk 2,800 pelajar yang akan menamatkan pengajian tahun ini.

Katanya, beliau percaya Unisel dapat menjadi sumber kewangan kepada Kerajaan Negeri menjelang hujung tahun ini.

“Unisel dah capai sasaran apabila Kerajaan Negeri mengambil alih bon tersebut pada Januari lalu,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kewangan Unisel, Anuar berkata, semua pembelian peralatan ataupun tender dibuat mengikut prosedur.

Katanya, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai laporan lengkap kewangan tersebut kerana ia sedang dalam proses diaudit.

“Semua proses pembelian direkodkan dan kita telus mengenai hal ini dan akan dedahkannya apabila laporan tersebut selesai diaudit seperti mana yang dikatakan oleh Menteri Besar,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa sebarang pelantikan atau pun peletakkan jawatan adalah bukan di bawah bidang kuasa universiti tersebut sebaliknya ia terletak di bawah Kerajaan Negeri.

Anuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi pelantikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Unisel.

Menurutnya, tahun ini Unisel juga menempa nama apabila berjaya melahirkan seorang pelajar terbaik bidang kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan daripada Insititut Kejuruteraan Malaysia.

"Kini lebih ramai pensyarah berkelulusan doktor falsafah (PhD) mengajar di universiti ini," katanya.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Unisel bakal menjadi gajah putih akibat kerakusan Kerajaan Negeri mempolitikkan pendidikan dan menjadikan universiti itu sebagai alat politik mereka. -SH




‘Sexting’ Berleluasa Di Kalangan Remaja

Hampir 30 peratus remaja Amerika Syarikat terbabit dalam kegiatan ‘sexting’ menghantar gambar bogel menerusi e-mel.

Kajian yang dijalankan menunjukkan perbuatan itu begitu berleluasa daripada yang dijangka sebelum ini.

Penyelidik di Cawangan Perubatan Universiti Texas juga mendapati lebih separuh remaja diminta menghantar gambar bogel mereka kepada seseorang dan 31 peratus meminta gambar bogel dihantar kepada mereka.

“Sexting semakin berleluasa di kalangan remaja belasan tahun dan ia mungkin penunjuk yang boleh dipercayai mengenai tingkah laku seksual sebenar,” kata Dr Jeff Temple, Pembantu Profesor Obstetrik dan Ginekologi serta penyelidik utama kajian.

“Saya berpendapat ia penunjuk mengenai apa remaja lakukan dalam kehidupan mereka sekiranya tidak online,” kata Temple.

Tidak seperti kajian online dan kaji selidik serta beberapa terbitan menerusi kajian sebelum ini, penemuan Temple yang berdasarkan kajian terhadap hampir 1,000 pelajar sekolah tinggi di tenggara Texas menunjukkan kadar tinggi kegiatan ‘sexting’ di kalangan remaja.

“Saya berpendapat ia mewakili gambaran lebih tepat mengenai pelajar sekolah tinggi,” kata Temple, merujuk kepada kajian lain.

Remaja yang menjadi responden dalam kaji selidik itu berusia antara 14 hingga 19 tahun tetapi sebahagian besarnya berusia 15 dan 16 tahun.

Lelaki adalah lebih ramai meminta gambar bogel dihantar kepada mereka.

Namun, dalam beberapa kes, remaja perempuan yang memulakannya.


“Kami mendapati, 21 peratus responden perempuan meminta gambar bogel dihantar kepada mereka dan 42 peratus lelaki diminta menghantar gambar itu,” kata Temple.

Meskipun ‘sexting’ yang Temple sifatkan sebagai fenomena telefon pintar adalah lumrah di kalangan remaja, namun ramai mengaku tidak selesa dengan tingkah laku itu. - AP

[VIDEO] Rupanya Najib Memang Biasa "Mengharamjadahkan" Orang

Kuala Nerus – Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia tidak perlu hairan dan terkejut ketika Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak menghina peneroka Felda dengan perkataan ‘Haram Jadah’.

Menurutnya, perkataan seumpama itu sudah biasa bermain di bibir Najib.

Gambar - Datuk Ariff dakwa pemimpin Umno dapat saham Felda free sebnyak RM 2juta...

“Najib ni satu hal juga, seorang pemimpin yang ‘mengharamjadahkan’ orang lain, tetapi jangan hairan (kerana) kata-kata kesat ini keluar dari (mulut) dia (adalah) satu perkara biasa,

“kalau dia (berada) di Pekan (Pahang) itu dia tengok (orang miskin) dia cakap ini (orang) papa kedana, (orang) bangsat,

“sebab itu bila dia sebut ‘Haram jadah’ itu memang perkara biasa memang cara dia begitu,”
ujarnya.

Beliau yang juga bekas ADUN Umno Pulau Manis, Pekan, mendakwa perbelanjaan yang tinggi dalam pembinaan sesuatu lebuh raya adalah sebenarnya permainan pemimpin Umno.

Katanya, kos sesuatu lebuhraya itu akan meningkat dua kali ganda apabila ia telah ‘diUmnokan’.

“pembinaan lebuhraya adalah satu lagi siri pembohongan pemimpin Umno, sebab itu bila dia buat ‘highway’ bermakna harga pembinaan itu telah ‘diUmnokan’ maknanya (kos meningkat) dua kali ganda,

“projek Lebuhraya Utara Selatan dulu harga sebetulnya RM3 bilion, tetapi apabila berbincangan diantara ‘geng-geng Umno atas’ dia kata ini tak betul, tak mencukupi, kita mesti ‘Umnokan’,

“kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan jadi RM6 bilion,”
jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong yang berucap sebelumnya, dalam Majlis Ceramah meraikan penerimaan sijil keahlian PAS oleh bekas-bekas ahli Umno di Kampung Banggol Donas pada Isnin 2 Julai.

Mereka adalah 80 orang yang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS di Kampung terbabit, diketuai oleh Haji Salleh Embong yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus sebagaimana dilaporkan Buletinonline pada 9 Disember 2011.

Sehubungan itu, Datuk Ariff turut mendedahkan, tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional menyenaraikan Felda di bursa saham adalah satu ‘pemerahan sumber’ orang Felda supaya segelintir pemimpin Umno mendapat laba lumayan.

Sedangkan menurutnya, para peneroka Felda yang telah 56 tahun mengerah tenaga dan membanting tulang hanya mendapat terlalu sedikit dari keuntungan penyenaraian tersebut.

“dia (para pneroka) hanya dapat 810 unit (saham) premium 75 sen dia dapat RM600 bekerja macam lembu 56 tahun (itu pun) kena tolak pinjaman bank RM200 (bakinya) cuma RM400 campur pendahuluan (berjumlah) RM15,400.00,

“sebab itu Najib beri rasuah pendahaluan RM15,000 sebab dia tahu apabila Felda diapungkan premiumnya tidak begitu tinggi, tetapi puak-puak yang tidak bersangkut paut dengan Felda buat duit banyak,


“geng-geng, puak-puak Umno (dan) menteri-menteri (dapat) 3 juta unit saham bermakna dia dapat RM2.3 juta free sahaja (secara percuma),”tegasnya. -BO



Ulasan GB

GB percaya apa yang disampaikan oleh Datuk Ariff Sabri tersebut bahawa: Najib ialah seorang pemimpin yang suka ‘mengharamjadahkan’ orang lain.

Di dalam satu sidang media, Najib pernah tersasul menyebut "Kementerian Buruh"... bererti beliau memandang semua perkeja (awam dan swasta) sebagai "buruh" negara, sedangkan satu dunia sudah mengubah persepsi bahawa pekerja-pekerja yang berkhidmat untuk negara adalah "sumber manusia".

Begitu bangsat pandangan Najib terhadap rakyatnya dengan memandang mereka sebagai buruh yang hina.

Maka sebab itu beliau menaburkan RM500 setiap mereka yang berpendapatan rendah, kerana beliau semmemangnya memandang rendah terhadap golongan miskin dan undi mereka boleh dibeli dengan taburan wang ringgit secara on-off sedemikian.

Masihkah anda mahu menerima kepimpinan Najib jika sudah tahu perangainya sebegitu?



[IKTIBAR] Kisah 18SX: Malam Pengantin...

Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang sahabatnya, Mohd. Jamil.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."

"Ha''''ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"

"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."

"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"

"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.

"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab Amat dengan muka mencuka.

"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"

"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalan keadaan separuh sedar dia menjawab, ''''Terima Kasih Bang, datang lagi ya''''...!"

Moral cerita ;-) Lelaki baik hanya untuk perempuan baik. Begitu juga sebaliknya. So jadilah seorang lelaki or perempuan yang baik, kalau nak jodoh yang baik.

Ulasan GB

Firmanullah swt di dalam An-Nur ayat 3 yang bermaksud:

"Laki-laki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan penzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan penzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki penzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang Mukmin."