23 Feb 2013

Raja Nazrin Nyatakan Kebenaran: PAS Jauh Lebih Berintegriti Daripada UMNO


Ditakdirkan Allah penulis dijemput hadir ke majlis wacana perpaduan ummah anjuran DBP pada 19 Februari 2013 dengan acara kemuncaknya ialah titah Diraja DYMM Dr.Raja Nazrin.

Apa yang ingin sangat penulis kongsikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia ialah mengenai inti titah Diraja DYMM Raja Dr. Nazrin yang jujur dan berpandangan jauh dalam isu perpaduan ummah yang membabitkan UMNO dan PAS sebagai dua kuasa politik Melayu di negara ini.

Antara mesej titah baginda ialah;

i) PAS kini bukan lagi parti tok lebai dan guru pondok tapi parti yang dipimpin dan dianggotai oleh golongan ulamak, professional, teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan UMNO.

ii) Kehebatan PAS yang tidak ada pada UMNO ialah ketinggian peribadi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang membudayakan hidup dengan masjid dan surau serta tazkirah dan syarahan agama dan tidak berpoya-poya.

iii) Kekuatan PAS sebagai wadah kepimpinan ummah kini setanding dengan UMNO dari segi kemampuan mentadbir Negara dan kedua-dua parti politik ini sama-sama mempunyai peluang menjadi juara ummah di Malaysia.

iv) Pendekatan kerjasama PAS dengan non muslim merupakan kemantangan pimpinan PAS dan merupakan strategi ampuh PAS dalam menyaingi UMNO khususnya dalam PRU 13.

v) Dalam menghadapi PRU 13 PAS dilihat lebih selesa kerana berada pada posisi offensive berbanding UMNO yang terpaksa defensive kerana dilingkari pelbagai isu kepimpinan, kronisme rasuah dan penyelewengan.

vi) UMNO dititahkan sebagai kurang berintegriti dalam menerajui pentadbiran negara kerana berlaku salah urus tadbir, kronisme, penyelewengan dan rasuah.

vii) UMNO dititah sebagai parti yang salah mendidik golongan muda yang kini diajar dan diasuh dengan budaya politik samseng yang mencemar demokrasi, menghakis keyakinan massa dan menjejaskan perpaduan di Negara ini.

viii) UMNO diititah telah melanggar dan membelakangi semangat perlembagaan persekutuan kerana menafikan prinsip dan tuntutan federalism atas negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang, walhal negeri-negeri tersebut di pilih oleh rakyat melalui demokrasi yang sah.

Berdasarkan mesej titah DYMM Raja Dr. Nazrin yang lahir dari kesucian hati baginda seperti senarai di atas, penulis mentafsirkan bahawa baginda DYMM Raja Dr.Nazrin menaruh keyakinan akan kemampuan PAS sebagai parti yang berpedomankan agama dalam mengurus Negara, memelihara dan memartabatkan ummah.

Justeru, maka kerapkali dalam titah baginda disebut PAS sebagai parti islam.

Selain itu, penulis mentafsirkan bahawa sikap dan pendirian PAS yang konsisten menolak kerjasama dengan UMNO serta membentuk wadah baru bersama PKR dan DAP adalah tindakan bijak, berpandangan jauh dan berada di atas landasan yang betul khususnya dalam menghadapi PRU 13. -HD

Ulasan GB

Sekalipun telah timbul isu mengenai "surat" d atas dan harakahdaily menarik balik siarannya kerana dikatakan "kurang tepat", tetapi matannya tetap betul dan ia adalah tafsiran penulis surat berkenaan terhadap titah Dr.Raja Nazrin.

Penulis surat berkenaan (bukan wartawan harakahdaily) berkemungkinan tidak ingat sepenuhnya titah ucapan Dr.Raja nazrin maka beliau menulis sekadar apa yang beliau ingat dan GB percaya ia ditulis dengan niat yang betul tanpa berhajat untuk menyelewengkan fakta titah berkenaan.

Justeru itu seperti yang GB katakan tadi, ia adalah tafsiran sahaja dari penulis berkenaan, maka GB kekalkan tanpa memadamkan entri ini.

Berita yang lebih tepat dan teks penuhnya boleh di baca di

PAS Kini Sedia Mengatasi Umno - Raja Nazrin [Berserta Teks Penuh]

Usaha Takutkan Kaum Bukan Melayu Terhadap PAS Gagal


Gambar yang di upload oleh Sdra. Kumar Ayavoo.

Kelab Penyokong PAS sedang menaikkan bendera parti di kawasan Indian Settlement, Kg Pandan (Parlimen Titiwangsa).

10-20 tahun lalu, kita tidak pernah fikirkan suasana begini akan berlaku. Marilah kita sama-sama jangan khianati perjuangan ini.

Bukan Nik Aziz Yang Kata, Tapi Tindakan Najib & BN Yang Jadikan Rakyat Sebagai Haiwan


Syang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).

Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

"Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Analogi haiwan

Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.

Berikut adalah analogi itu:

Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh...

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..

Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan...

Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!



‘Ini Kalilah’ Gelombang Terkuat Dalam Sejarah Tukar K’jaan Sabah


Sokongan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat jauh lebih hebat berbanding gelombang penukaran kerajaan negeri sebelum ini, kata bekas pemimpin Umno negeri itu.

Bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Shah Tambakau yang mengisytihar menyertai KEADILAN minggu lalu menyifatkan gelombang ‘Ini Kalilah’ tidak dapat disekat oleh Umno.

“Apabila Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing keluar BN dan sokong Pakatan, sambutan masyarakat Kadazan Dayak Murut begitu kuat.

“Masa saya masih dalam Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) pada 1985 pun tidak sekuat ini,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau bersama-sama Yapin Gimpoton mengisytihar menyertai KEADILAN ketika lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari lalu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Keningau itu bertekad membawa obor semangat perubahan itu ke setiap pelusuk masyarakat pedalaman di Sabah.

“Berdasarkan pemerhatian, sekitar Pantai Barat Sabah dan pedalaman sudah tolak Umno. Kali ini, rakyat Sabah sudah berani lawan Umno secara terbuka.


“Ternyata mereka sedia, Sabah tidak kisah untuk tukar kerajaan. Kerajaan ini zalim, kita tukar sahaja,” katanya.

Kata Ahmad, rakyat Sabah bukan saja mahu menukar kerajaan negeri, bahkan berhasrat menukar kerajaan Persekutuan berikutan jemu dengan janji BN.

“Rakyat tolak Umno BN seperti kita menangkan Berjaya dan selepas itu rakyat tukar pula kepada Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya.

Beliau juga tidak peduli dengan tohmahan konon penyertaannya dalam KEADILAN kerana mahu menjadi calon, sebaliknya fitnah itu dijadikan pembakar semangat untuk menghumbankan Umno.

Ahmad kecewa lantaran tabiat rasuah di kalangan pemimpin Umno semakin buruk dan menjadi-jadi hingga menyebabkan kemarahan rakyat.

“Ramai pemimpin Umno Sabah terlibat skandal aliran wang haram, kebas balak, rampas tanah. Banyak sangat rasuah tapi ada pihak buat tidak tahu sahaja,” katanya.

Beliau juga kesal kerana pemimpin Umno BN langsung tidak mempeduli isu pembelaan rakyat Sabah.

“Sudah lama kita buat perhati perkembangan politik Sabah. Bermula apabila Wilfred bawa isu Hak Tanah Adat ke Parlimen tetapi tiada perkembangan sehingga beliau keluar BN.

“Pada masa sama, kita tengok bagaimana KEADILAN buat kerja, banyak yang dibongkar untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Deepak Saman Najib RM100juta & Dakwa Najib Kenal Altantuya & Flora Ong

Seorang lagi nama wanita keluar dari Deepak hari ini

KUALA LUMPUR: Satu lagi nama baru keluar dari ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Flora Ong.

Deepak berkata, Najib mengenali dan mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua wanita iaitu Altantuya Shariibuu dan Flora Ong.

Deepak juga mendakwa Najib memberikan sokongan kewangan kepada kedua-dua wanita ini.

Pampasan untuk anak Antantuya

Deepak hari ini berjanji akan memberikan semua pampasan yang beliau perolehi dari tindakan samannya ke atas Datuk Seri Najib Razak kepada anak dan keluarga wanita Monggolia yang dibunuh dengan kejam, Altantuya Shariibuu.

Ini kerana, merekalah mangsa sebenar dari kematian wanita dari Monggolia ini, kata Deepak kepada Harakahdaily.

"Saya berjanji akan memberikan seluruh pampasan yang bakal saya perolehi dari saman ini kepada anak yatim yang ditinggalkan Altantuya dan keluarganya.

"Biarkan kebenaran terdedah (melalui saman ini)," tegas Deepak dalam kenyataannya.

RM100 juta saman

Deepak hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas Najib Razak kerana mendakwa beliau sebagai orang yang tidak berkredibeliti.

Beliau juga mengaitkan adik beradik Najib dalam kes ini iaitu Nazim dan Johari Razak di samping isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini kerana, kata beliau, ketiga-tiga mereka mempunyai kaitan secara langsung dengan kes pembikinan akuan bersumpah kedua yang dibuat oleh P Balasubramaniam. -HD

Ulasan GB

Mahathir pernah meminta Najib untuk tidak melayan dakwaan Deepak, kerana Mahathir sendiri tahu bahawa Najib tidak akan mampu menafkan kebenaran.

Najib hanya sedar memberi helah bahawa Deepak tidak berkredibiliti. Siapa Najib untuk membuat judgement sedemikian? Jika ada sekalipun keraguan terhadap kredibiliti Deepak, maka ia hendaklah dikemukakan di mahkamah dan hakim mahkamah menentukan samada Deepak berkredibiliti atau tidak.

Sepertimana yang GB selalu ungkapkan, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya, Najib bakal terhumban ke gaung yang dalam jika apa yang didakwa oleh Deepak itu benar.

[WAKE-UP CALL] Boikot Restoran Mamak!


Jom Boikot Restoran Mamak!!!!!!

Berita 18,000 restoran mamak bantu jentera BN dalam PRU 13 nanti telah mengundang tindak balas sepantas kilat dari rakyat.

Jika berita ini benar maka bersedialah untuk restoran maka seluruh Malaysia kena boikot,

Bila sudah tunjuk kepartian dalam berniaga maka sudah pasti hanya mengharapkan para ahli, penyokong dan pendokong UMNO saja menjadi pelanggannya.

PARA PENGUSAHA RESTORAN MAMAK DISELURUH MALAYSIA PERLU MEMBUAT PERAKUAN SAMA ADA BERITA INI SAHIH ATAU SENGAJA DIPUTAR BELITKAN OLEH MEDIA LIDAH BIAWAK RASMI UMNO. -omakkau

Ulasan GB

Bilangan rakyat yang menyokong PR adalah lebih ramai dari penyokong BN - ini dibuktikan melalui keputusan PRU12 pada 2008 dimana BN menang hanya kerana bilangan kerusi dan bukan bilangan pengundi di samping kerusi-kerusi "simpanan tetapnya" dari Sabah dan Sarawak. (dan jangan lupa BN juga dibantu oleh ramai pengundi hantu sewaktu PRU12 dahulu)

Maka terlalu bodoh jika ada peniaga yang masih hendak menyokong BN. Buktinya apa yang terjadi ke atas Restoran Ikan Bakar Sekinchan - rakyat memboikotnya lalu bankrap dan tutup kedai.