17 Sep 2008

Sebab-sebab SAPP Tinggalkan BN

MSTAR melaporkan Parti Maju Sabah (Sapp) yang menggerakkan usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri empat bulan lalu hari ini memutuskan untuk keluar Barisan Nasional.

Perkara itu diumumkan di Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.

Dengan pendirian itu, Sapp akan bertindak sebagai parti 'bebas' di dewan perundangan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Sapp hari ini.
Ekoran keputusan itu, Timbalan Presiden Sapp, Datuk Raymond Tan berkata, beliau akan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam tempoh 24 jam.

Kata Tan, beliau belum memutuskan sama ada meninggalkan Sapp ataupun sebaliknya.

Tan merupakan antara pemimpin dalam Sapp yang tidak bersetuju dengan usul tidak percaya kepimpinan Abdullah yang dibawa parti itu.

Presiden Sapp, Datuk Yong Teck Lee pada Jun lepas berkata parti itu telah hilang keyakinan terhadap Abdullah dan dua anggota Parlimennya - Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau) - akan menyokong sebarang usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Keadaan itu menyebabkan Majlis Tertinggi BN mengeluarkan surat tunjuk sebab yang telah dijawab oleh Sapp, tetapi BN masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.
Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh parti berkenaan melalui lamanwebnya, SAPP menyatakan bahawa

BN telah hilang "semangat BN". Ia bukan disebabkan rakyat menolaknya tetapi BN sendiri yang tidak memperdulikan rakyat. Sekalipun telah diberitahu berulangkali supaya BN lebih sensitif kepada kehendak rakyat namun pemimipin-pemimpin ini terus-menerus mengugut dengan pelbagai cara. Mungkin setelah 50 tahun memerintah tanpa gangguan telah mengakibatkan wujudnya sebilangan pemimpin BN yang merasakan diri mereka adalah dewa.

Kenyataan itu menambah pilihanraya 8 Mac lalu tidak pernah diambil iktibar oleh BN. Kenaikan harga minyak pada 4 Jun dan kegagalan mengatasi inflasi disamping kelembapan ekonomi telah benar-benar mencerut rakyat.

Penggunaan ISA keatas wartawan, seorang MP dan blogger hanya mengesahkan kepimpinan BN tidak pernah belajar dari kesilapan mereka. Pelancongan ke Taiwan oleh 49 MP BN dan penyemarakan isu perkauman hanya merendahkan keyakinan orangramai dan rakyat terhadap bukan sahaja kepada PM malah kepada BN juga. Belanjawan 2009 yang dibentangkan oleh PM lansung tidak ada yang mengghairahkan dan telah diperrendahkan sebelum ianya di bahaskan di parlimen lagi. BN telah hilang kuasa moral untuk memerintah. Bilangan majoriti yang tipis di Parlimen bererti rakyat tidak lagi menghormati BN.

Perletakan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan ramai peguam telah tahu bahawa PM dan kerajaan tidak berhasrat lansung untuk memperbaiki institusi kehakiman. Perdana Menteri sendiri seolah-olah seorangyang kebingungan, tak tahu apa yang berlaku disekelilingnya.

Semenjak pengumuman untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada PM pada 18 Jun lalu, SAPP dinafikan untuk hadir dari empat mesyuarat jawatankuasa tertinggi dan dua mesyuarat jawatankuasa pengurusan, BN tela scara efektif menamatkan keanggotaan SAPP. Justeru itu Mjlis Tertinggi SAPP dengan ini mengumumkan SAPP bukan lagi sebuah parti komponen di dalam Barisan Nasonal.

Bursa KL Merudum, Najib Di lantik Menteri Kewangan

P
asaran saham Bursa Malaysia telah merudum dengan begitu teruk sejak kekalahan kerajaan BN di dalam mengekalkan majoriti dua pertiganya di dalam plihanraya ke 12 lalu.

Malah di dalam minggu ini sahaja Bursa Malaysia kehilangan hampir 50 mata dan kedudukan indeks komposit Bursa Malaysia pada petang ini berada pada paras yang hampir memecah garis psikologi 1000 mata iaitu 1007.23 mata.


Para pelabur nampaknya berhati-hati untuk terus melabur di negara ini sementara para pemodal nampaknya sedang menunggu saat pemerintahan atau setidak-tidaknya kepimpinanan negara bertukar.

Yang penting negara tidak boleh lagi dipimpin oleh manusia yang bernama Abdullah Ahmad Badawi. Beliau tidak mempunyai keupayaan dan kredibiliti untuk menjaga ekonomi negara.

D dalam satu perkembangan yang masih menarik, Perdana Menteri, Abdullah, telah melantik timbalannya Datuk Seri Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan, satu portfolia yang dipegangnya semenjak beliau mengambil-alih tampuk pemerintahan negara.

Penganalisis ekonomi menyambut baik langkah berkenaan sekalipun mereka tidak menjangkakan akan berlaku sebarang perubahan ketara di dalam dasar ekonomi negara yang telah hampir musnah di tangan Abdullah.

Beberapa telahan dibuat ekoran pengumuman Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan.

Pertama ialah kenyataan Mohd Najib sendiri sebelum ini yang ingin menyerahkan kepada keputusan bahagian mengenai tarikh peralihan kuasa yang mana kenyataan itu amat tidak disenangi oleh Abdullah yang telah menetapkan 2010 ebagai tahun dimana beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya. Ini ekoran dari kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Yassin yang meminta Abdullah menyegerakan pelan peralihan kuasa dan usaha Muhyiddin untuk membawa Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri untuk menyertai semula UMNO.

Kedua, kemuraman pasaran Bursa Malaysia yang menyaksikan keadaan pasaran yang begitu "bearish" memaksa Abdullah untuk ayoh pergi dari pejabat kementerian kewangan sebelum nanti negara mengalami kerugian yang dasyat apabila para pelabur terus mennggalkan Bursa Malaysia.

Ketiga asakan kuat Pakatan Rakyat untuk perubahan pemerintahan negara nampaknya tidak mungkin berupaya untuk ditolak lagi. Ini akan mengakibatkan satu anjakan baru di alam sejarah pemerintahan negara dan Abdullah merupakan orang yang dipertanggungjawabkan seandainya Brisan Nasional terpaksa menyerahkan pemerintahan kepada Pakatan Rakyat. Untuk mengelaknya, Abdullah kini sanggup "memperkongsikan" risiko itu kini bersama timbalannya sekalipun jawatan Menteri Kewangan itu adalah lubuk penting setidak-tidaknya bagi anak menantunya.

Kini, Najib terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah besar negara disamping terpaksa pula memulihkan keadaan ekonomi negara yang begitu terjejas akibat dari kelemahan pentadbiran dan pemerintahan Abdullah.

Mampukan Najib memperbaiki keadaan ekonomi yang telah parah ini? Kita sama-sama saksikan. Kejayaan atau kegagalannya amat menentukan nasibnya samada layak atau tidak untuk menjawat jawatan Perdana Menteri ke 6 atau rakyat akan memilih parti baru menggantikan seluruh jentera Barisan Nasional yang korup itu.