4 Mac 2011

Rakyat Mengeluh, Harga Barang Keperluan Naik Mendadak

Kuala Lumpur: “Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari makan,” keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini.

Katanya, harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.

“Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga.

Kenaikan itu dakwa mereka kerana harga ditawarkan pemborong amat tinggi berbanding harga sebelumnya.

“Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula,” kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran.

Menurut Kamarulzaman, harga borong bagi sekilogram daging tempatan RM18 dan harga daging import antara RM12 hingga RM13, namun berlaku perubahan harga yang mendadak baru-baru ini.

“Harga baru kami terima dari pemborong semalam RM24.50 bermakna harga daging tempatan naik RM6.50,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, beberapa pelanggan yang ditemui berkata, kenaikan harga barang membebankan mereka. Menurut Rafei Jamil, 32, harga makanan mentah utama tidak perlu dinaikkan kerana ia akan membebankan.

“Sepatutnya harga makanan mentah seperti ayam, daging dan ikan tidak perlu naik kerana harga sekarang pun membebankan,” katanya.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, ketika mengulas isu kenaikan harga barangan, berkata keadaan ini sukar untuk dikawal memandangkan sifat tamak sesetengah peniaga yang mengaut keuntungan mudah menaikkan harga barang sesuka hati.

Katanya, sifat tamak peniaga sukar untuk dikikis memandangkan mereka tahu pembeli pasti akan membeli barangan keperluan harian berkenaan.

Menurutnya, bagi menangani masalah ini pengguna mempunyai hak bagi membasmi penularan kenaikan harga barang. -hm

'Keling Tak Sedar Diri' - Risalah Perkauman Ditaburkan Di PRK Merlimau

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini membuat dua laporan di balai polis Merlimau berhubung tindakan liar pihak tertentu menyerang kenderaannya dan terjumpanya risalah berbaur perkauman yang tertera dengan logo PERKASA.

Risalah itu dijumpai di peti surat penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau semalam.

Ia kelihatan seperti halaman utama akhbar Utusan Malaysia, milik Umno dengan perkataan "Keling tak sedar diri".

"Risalah jahat berbau perkauman yang bertajuk 'Keling tak sedar diri' dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian penduduk setempat yang berbilang bangsa dan agama.

"Saya selaku Pengerusi Majlis pimpinan Negeri Keadilan Melaka mendesak pihak polis segera menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap penyebaran risalah yang tidak beranggungjawab ini," kata Shamsul dalam laporannya.

Ini kejadian kedua seumpama itu dilaporkan di Merlimau. Dua hari sebelum hari penamaan calon, beberapa risalah yang dijumpai melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'.

Laporan kedua PKR dibuat oleh Shamsul adalah berhubung 'serangan' ke atas beberapa kenderaan PKR termasuk yang digunakan bagi membawa ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai pada 2 Mac lalu.

Menurut Shamsul beberapa objek keras dibaling ke arah kereta yang membawa Anwar dan dua lagi kereta yang mengiringi ketua pembangkang berkenaan.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi hentaman yang kuat pada kenderaan, saya terus beredar dan berhenti rehat di gerai berhampitan Masjid Sempang tidak jauh dari dari jalan Batu Gajah... dan mendapati terdapat kesan hentaman yang kuat di bahagian depan bonet oleh batu.

"Ini adalah tindakan provokasi dan samseng oleh penyokong-penyokong BN,"tulis Shamsul dalam laporannya itu.

Dua hari lalu, ketika ceramah Pakatan Rakyat oleh Anwar di Permatang Pasir, dua kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya juga dibakar.

PRK Merlimau: Kempen BN Bertentangan 1Malaysia

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau sangat kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan BN, lapor Harakahdaily.

Lim yang kesal dengan beberapa perbuatan khianat termasuk penyebaran risalah fitnah berkata, Umno BN harus bertanggungjawab dalam perkara berkenaan.

"Kempen ini mahu menonjolkan 1Malaysia yang sepatutnya menunjukkan perpaduan dan satu kempen yang bersih.

"Tapi sangat sedih apabila melihat kempen yang sangat kotor. Ada fitnah, dusta, risalah-risalah dan gambar lucah, tuduhan-tuduhan tidak berasas dan siapa yang bertanggungjawab?

"Tentulah Barisan Nasional. Tak boleh lari daripada itu," kata beliau pada sidang media di bilik gerakan DAP, pekan Merlimau,
petang semalam.

Hadir sama ialah calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah.

Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur juga berkata, Umno harus memberi peluang kepada pengundi-pengundi untuk memilih calon daripada mana-mana parti tanpa menggunakan wang sebagai umpan.

"Siapa menang siapa kalah terpulang kepada pengundi-pengundi.

"Berkempenlah secara bersih dan hormati keputusan rakyat. Tak perlu ada insiden-insiden seperti pecah kereta, pentas DAP cuba dibakar.

"Ini semua tidak patut berlaku dan semua bertentangan dengan slogan 1Malaysia.

"Politik wang sangat jelas dan ini bukan satu pertandingan yang sihat dan sangat dikesali," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya ini, Lim berkata, kalah atau menang bukan keutamaan tetapi yang lebih penting adalah melihat perubahan yang dilakukan pengundi-pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Kita tahu tempat ini memang sukar untuk menang, mungkin tak boleh menang tapi apa yang mustahak dapat sambutan pengundi-pengundi di kawasan ini yang menunjukkan sokongan lebih kuat kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Ujarnya juga, selepas pilihan raya umum 2008, semakin ramai rakyat yang mahukan politik baru.

"Sejak tsunami politik tiga tahun dahulu kita lihat ada perubahan bukan sahaja di negeri Melaka tapi di Malaysia dan apa yang berlaku di Mesir,Tunisia dan Timur Tengah, kita lihat perkembangan politik baru dan rakyat mahu menuntut perubahan termasuk di Malaysia," katanya.

NGO 1Malaysia Di Merlimau: Ali Rustam Ibarat Kura-kura Dalam Perahu

Jasin - Kewujudan pertubuhan misteri yang menggunakan nama 1 Malaysia ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menimbulkan pelbagai persoalan besar mengenai motif sebenar badan itu.

Malah pertubuhan itu, yang turut menganjurkan pelbagai jenis program termasuk majlis makan malam dikatakan mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional (BN).

Selain itu, kewujudan pertubuhan misteri itu dilihat membantu kempen BN dengan menawarkan pelbagai hadiah dalam setiap program yang dianjurkan.

Difahamkan pertubuhan itu beroperasi atas nama 1Malaysia dan hanya muncul dalam kempen pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan termasuk mengedarkan kemeja-T tertera logo 1 Malaysia kepada pengunjung khususnya pengundi kawasan Merlimau yang hadir.

Pertubuhan ini dikatakan mengadakan makan tengah hari dan makan malam secara percuma kepada pengundi. Difahamkan program itu dihadiri pengundi bukan Melayu yang jumlahnya begitu ramai.

Terbaru, pertubuhan itu telah mengadakan program makan malam bersama masyarakat India di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Merlimau di sini malam tadi.

Setiap pengundi diberikan tiket untuk menghadiri program tersebut. Mereka yang tiada tiket tidak dibenarkan masuk termasuk wartawan.

Selain itu, program anjuran pertubuhan misteri itu dikawal ketat petugas yang memakai kemeja-T 1 Malaysia.

Ketika ditanya mengapa wartawan tidak dibenarkan masuk, petugas terbabit berkata hanya mereka yang mempunyai tiket dibenarkan untuk menyertai program yang dianjurkan.

“Maaf, hanya mereka yang ada tiket sahaja yang boleh masuk. Ini adalah arahan pihak atasan, saya tidak boleh benarkan,” kata petugas yang mengawal di pintu utama sekolah itu.

Selain makan malam, masyarakat India yang hadir turut dipersembahkan dengan dendangan lagu dan cabutan bertuah.

Wartawan yang menunggu di hadapan pintu masuk sekolah itu hanya dibenarkan masuk ketika Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam hadir memberikan ucapan.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pertubuhan itu, Mohd Ali berkata beliau tidak tahu tentang kewujudannya.

“Saya tak tahu, saya datang sini sebab ada ramai orang, jadi saya singgah.

“Tapi kalau ia sokong 1 Malaysia saya juga sokong,” katanya.

Pertubuhan 1 Malaysia ini pertama kali muncul pada kempen pilihan raya kecil di Galas November lalu dengan sejumlah sukarelawannya mengagihkan beg barangan itu kepada pengundi, khususnya di kawasan yang ramai pengundi berbangsa Cina.

Keadaan yang sama juga disaksikan pada pilihan raya kecil Tenang. -TMI

Ulasan GB

Kura-kura dalam perahu. Pura-pura tak tahu.

GB sudah ulas di dalam BN Guna NGO, Ubah Taktik Bawa Penari Seksi Ke Merlimau.

Petikan:

Ya, begitu sandiwara UMNO BN yang mengubah taktik dengan menggunakan NGO, bukan lagi parti komponen BN untuk membawa penari seksi di dalam pilihanraya kecil.

Jika sebelum ini majlis konsert sedemikian di bawa oleh MCA, tetapi setelah di hentam teruk oleh masyarakat Islam, kini sebuah NGO dibentuk - bernama 1Malaysia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh MCA sebelum ini.

Untuk menipu rakyat, maka berkatalah mereka kononnya mereka juga mengjengkelkan BN, kononnya MCA, MIC dan Gerakan juga irihati dengan mereka, walhal itu adalah hanya wayang dan sandiwara untuk mengaburi mata masyarakat umum.

MCA, MIC dan Gerakan telribat untuk menjemput masyarakat bukan Melayu ke jamuan anjuran NGO berkenaan. Itu sudah jelas membuktikan ia adalah tajaan BN sendiri.



Khalid Mahu Peguam Negara Dakwa ADUN Kuang

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim menghantar sepucuk surat hari ini kepada Peguam Negara, Abdul Ghani Patail yang mengesa tindakan undang-undang diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus yang secara terbuka mengaku memiliki dan mengedar akhbar tanpa permit, Selangor Terkini.

Pengakuan terbuka Ketua Penerangan UMNO Selangor itu telah disiarkan portal berita, Malaysiakini dan beberapa akhbar utama lain pada 23 Februari lalu.

Tindakan Abdul Shukor menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedarkan kalendar beliau bersama-sama akhbar Selangor Terkini yang didapati menggunakan logo rasmi Kerajaan Selangor tanpa kebenaran.

Menteri Besar berpendirian bahawa tindakan Abdul Shukor telah memberi imej buruk terhadap wakil rakyat kerana perbuatannya itu menunjukkan seolah-olah beliau menyokong bahawa sesebuah penerbitan tidak memerlukan kebenaran Kementerian Dalam Negeri.

Sehubungan itu, Menteri Besar menggesa Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Abdul Shukor kerana bersubahat mengedarkan akhbar tanpa permit dan menggunakan logo rasmi Kerajaan Selangor tanpa kebenaran.

Menteri Besar juga telah mengarahkan pegawainya menghantar bukti-bukti kepada pihak polis bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang telah dibuat pada 17 Januari lalu.

Abdul Khalid (gambar kanan) berharap Peguam Negara tidak menutup sebelah mata atau pilih kasih dalam kes ini kerana Abdul Shukor memperlekehkan pentadbiran Kerajaan Selangor dan DYMM Sultan Selangor.

"Saya berharap Peguam Negara akan bertindak tanpa rasa takut atau memihak (without fear or favour) dalam hal ini sepertimana yang dituntut oleh rakyat dan undang-undang Malaysia," kata Menteri Besar. -MR

*Kenyataan media daripada sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Pemimpin PAS Kesan Ada Pengundi Luar Ditawarkan Untuk Mengundi Di Merlimau

Merlimau - Beberapa pengundi luar akan digunakan untuk menjadi pengundi di pilihanraya kecil DUN Merlimau, demikian didedahkan oleh Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub di sini petang tadi.

"Daripada maklumat yang kita dapat, diantaranya ialah ada (orang luar) yang ditawarkan menjadi pengundi. Kita melihat hal ini sebagai sesuatu yang serius. Mereka disediakan habuan sekiranya mereka bersedia untuk menjadi pengundi pada 6 hb ini. Jadi saya berharap perkara ini dapat dielakkan untuk menjamin sebuah pilihanraya yang adil dan bersih di Merlimau ini," ujarnya.

Menjawab satu pertanyaan, Salehuddin merasa pelik bahawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan beliau tidak tahu mengenai kewujudan sebuah NGO misteri yang menamakan diri mereka 1Malaysia di kawasan Merlimau yang bergerak untuk memberikan hadiah-hadiah kepada pengundi-pengundi.

Laporan The Malaysian Insider sebelum ini menyebut pertubuhan itu turut menganjurkan pelbagai jenis program termasuk majlis makan malam dikatakan mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional (BN).

Selain itu, kewujudan pertubuhan misteri itu dilihat membantu kempen BN dengan menawarkan pelbagai hadiah dalam setiap program yang dianjurkan.

"Bagaimana Ketua Menteri Melaka bleh hadir di program berkenaan tetapi dalam masa yang sama beliau menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang kewujudan NGO berkenaan?" soal Salehuddin.

Selain itu beliau turut mendedahkan bahawa beberapa pemimpin PAS termasuk calon PAS, Haji Yuhaizad Abdullah telah menerima SMS ugutan dari kumpulan yang menggelarkan diri sebagai ‘Geng Jebat Derhaka’.

Ujar beliau, kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) adalah dalang di sebalik penyebaran SMS berbaur ugutan itu.

SMS tersebut berbunyi “Geng Jebat Derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR (Pakatan Rakyat) yang menjadi pentas memecah-belahkan Melayu, sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di (Kampung) Chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirlah ke ceramah-ceramah PR pada malam ini dan seterusnya... awas keselamatan kenderaan anda tidak terjamin”.

Selain Yuhaizad, turut menerima SMS sama adalah Setiausaha PAS Melaka Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Jasin Jasme Tompang.

Setiausa Perhubungan PAS, Sdra Harun Mohammad menyatakan:

“Saya yakin ugutan ini datang dari pihak Umno-BN kerana sebelum ini saya pernah menerims SMS dari nombor yang sama berbunyi ‘TPM (Timbalan Perdana Menteri) bayau (bayar) makan minum di Chinchin supaya halal dan dia tak amik (ambil) kesempatan macam (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat)... naik haji pun nak free (percuma)... nak orang sponsor (taja)... itu rasuah namanya dan tak ikut sunah nabi... sah ke hajinya?

“Nombor telefonnya sama tapi bila dihubungi tidak dapat,” kata Harun.

Tambah Harun, beliau telah membuat laporan polis berhubung SMS berbaur ugutan itu dan berharap pihak polis akan membuat siasatan segera.

Jelas Harun, beliau menerima SMS tersebut pada pukul 7.20 malam dan membuat laporan polis kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Yuhaizat dan calon BN, Roslan Ahmad yang merupakan ahli jawatankuasa Umno Jasin.

Bumbung Rumah Terbang Dipukul Puting Beliung

Melaka - Tiga rumah penduduk di sini, rosak di bahagian bumbung apabila terlibat dalam kejadian angin puting beliung yang melanda secara tiba-tiba di Taman Rembia Setia, Rembia, petang semalam.

Bagaimanapun, kejadian jam 4.30 petang itu tidak membabitkan kecederaan berikutan dua daripada pemilik rumah berkenaan tiada di rumah.

Malah, seorang nenek, Leong Gee Ling, 57, yang berada di rumahnya bersama seorang cucu perempuannya berusia 3 tahun turut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Gee Ling berkata, ketika kejadian, dia duduk di ruang tamu, sementara cucunya itu pula sedang tidur di ruang sama.

Menurutnya, semasa kejadian dia menonton televisyen dan tiba-tiba terdengar bunyi kuat di bahagian atas bumbung disusuli dentuman seperti ada barang jatuh.

Katanya, kejadian beritu berlaku begitu pantas sehingga beberapa keping bumbung di bahagian dapur rumahnya musnah dipukul ribut.

“Ketika itu, saya tidak menyangka ia ribut kerana tidak hujan, lalu saya terus duduk di dalam rumah tanpa berbuat apa-apa.

“Bagaimanapun, apabila menyedari jiran berteriak menyuruh saya keluar barulah saya menyedarinya,” katanya.

Sementara itu, R Ganesan, 46, berkata, bumbung rumahnya paling teruk terjejas dalam kejadian itu apabila lima keping di bahagian atas bilik rumahnya musnah.

Menurutnya, ketika kejadian dia bekerja dan mengetahuinya selepas dihubungi oleh jirannya, jam 4.45 petang.

“Ketika kejadian tiada sesiapa berada di rumah kerana isteri dan lima anak berada di Kuala Lumpur,” katanya. -SH

Polis Pengiring Kes Bunuh Sosilawati Ditemui Mati

Kepong – Seorang anggota polis yang pernah mengiringi suspek terbabit sepanjang kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, ditemui mati dalam longkang akibat kemalangan di Jalan 26, Taman Desa Jaya, semalam. -illustrasi hmetro

Mayat anggota polis berpangkat Lans Koperal dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Berat D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) itu dipercayai maut kira-kira jam 3.00 pagi hari sama.

Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim berkata, kejadian disedari kakitangan melakukan kerja penyelenggaraan di taman perumahan di situ.

Mayat mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras sebelum ditemui tersangkut pada perangkap sampah di longkang besar perumahan terbabit.

“Mangsa satu lelaki India dikenali sebagai Devaraju Naidu Krishnan, 30, kad pengenalan RF144780 ketika itu menunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas.

“Siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal bersendirian pulang ke rumahnya di Taman Ehsan dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu bergesel dengan pembahagi jalan,” katanya.

Ismail berkata, pergeseran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam longkang sedalam dua kali dua meter yang dipenuhi air akibat hujan lebat.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 7.30 pagi, 200 meter daripada tempat kejadian akibat dihanyutkan arus longkang.

“Ketika kejadian dipercayai hujan lebat dan air longkang penuh. Mangsa ketika itu menunggang motosikal jenis Honda Wave, nombor pendaftaran WSX 2355.

“Pemeriksaan ke atas mayat tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan lain, selain di bibir kanan,” katanya.

Terdahulu, menurutnya, mangsa berkhidmat lebih 10 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

Ismail berkata, kes ini dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci sedang dijalankan pihak polis.

Sementara itu, tinjauan di tempat kejadian, penduduk berhampiran, Muhammad Hafiz Kamarudin, 15, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan ke kedai ternampak kelibat orang ramai melihat mayat mangsa kira-kira jam 8.00 pagi.

“Ketika mayat dikeluarkan nampak keadaannya sudah kembung, terdapat kesan darah di bahagian kepala, manakala sebelah mata mangsa terkeluar,” katanya.

Menurut seorang jiran mendiang yang enggan dikenali, mangsa tinggal bersama keluarga mertuanya di apartmen berhampiran kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian.

Katanya, mangsa sering dilihat keluar masuk ke perumahan berkenaan dengan menaiki motosikal pergi balik ke tempat kerja dan kadangkala bersama ahli keluarganya.

Saran Harussani Letak Jawatan, Sertai Politik

Kota Bharu - Pas Kelantan menggesa Tan Sri Harussani Zakaria meletak jawatan Mufti Perak dan menyertai politik sekiranya beliau berterusan memberi kenyataan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangannya, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebagai ilmuwan agama, Harussani sememangnya sudah mengetahui setiap perbuatan dilakukan manusia tidak terlepas dari hukum halal dan haram.

“Beliau hendaklah jujur dengan ilmunya, kita yakin beliau (Harussani) tahu tidak ada satu pun perkara atas dunia ini sama ada besar atau kecil, tidak terlepas hukum halal, haram, dosa dan pahala.

“Sebenarnya fatwa dikeluarkan beliaulah yang akan mengelirukan umat Islam, kita nasihatkan beliau kalau sokong BN sekalipun jangan gunakan institusi mufti, lebih baik beliau berterus terang dengan sikap sebenar. Letak jawatan dan terjun ke bidang politik,” katanya.

Selasa lalu, Harussani menasihatkan pemimpin Pas khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana diimbangi menyebabkan masyarakat Islam terkeliru.

Kesal dengan kenyataan itu, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan setiap perbuatan yang dilakukan manusia, termasuk soal masuk tandas sekalipun mempunyai hukum tersendiri.

Isu timbul apabila Nik Aziz ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, mengeluar kenyataan berkempen “undi Pas masuk syurga”. -SH


Teropong: Ada YB PAS Tak Turun Bantu Kempen Di Merlimau & Kerdau

Dengan kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau yang tinggal sehari sahaja lagi, ramai YB-YB PAS dan Pakatan Rakyat didapati TIDAK turun untuk membantu calon-calon PAS di kedua-dua tempat berkenaan.

Hal ini disedari apabila seorang pemimpin kawasan mempersoalkan mengapa ramai YB-YB terutama ADUN-ADUN dan ahli-ahli parlimen PAS sendiri tidak hadir di sepanjang kempen pilihanraya kecil di dua-dua PRK tersebut.

Markas Induk PAS yang mengaturkan nama-nama YB-YB yang membantu untuk program ceramah mendapati kesukaran untuk mengatur nama-nama penceramah apabila dikesani hanya sekitar 10% sahaja YB-YB yang turun membantu calon-calon yang bertanding.

Sikap mereka yang selfish ini amat mendukacitakan.

Seorang pemimpin PAS bernada kesal dengan sikap YB-YB berkenaan yang merasa lebih selesa mengikuti perkembangan PRK Merlimau dan Kerdau dari rumah masing-masing dengan membaca akhabr, blog dan menonton TV.

"Mungkin mereka ini telah menjangkakan kekalahan, tetapi sepatutnya jika demikian, mereka lebih banyak berusaha turun padang membantu daripada duduk di rumah," tegas seorang pemimpin PAS Kawasan.

"Kami meminta YB-YB tersebut sedar diri, bahawa Mursyidul Am PAS sendiri, TG Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang telah berkempen sejak sebelum hari penamaan calon lagi. Adalah malang kita mempunyai YB-YB yang enggan membantu sedangkan sewaktu mereka bertanding dahulu, ahli PAS seluruh negara berkempen untuk membantu mereka," tambahnya.

"Kita mempunyai ramai YB-YB dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Perak. Adalah mustahil tidak mempunyai masa walaupun sehari untuk turun membantu," kata seorang petugas.

"Mungkin ada di antara mereka mungkin khuatir jika berlaku apa-apa yang tidak diingini semasa program ceramah yang bakal menyebabkan keselesaan hidup mereka tergugat," ujarnya.

"Pelawak, penyanyi seperti Bob Lokman dan penyanyi OKU Azhan Atan boleh turun bantu berkempen, apasal mereka yang sempurna yang tak cacat apa-apa tak boleh bantu?" tambahnya.

Namun terdapat juga YB-YB dan pemimpin parti yang bertungkus-lumus membantu berkempen di kedua-dua tempat. Selepas Merlimau, bergegas ke Kerdau, kemudian kembali semula ke Merlimau.

Berlaku juga keadaan di mana terdapat pemimpin-pemimpin yang terpaksa berceramah di tiga empat tempat dalam sehari.

Mereka adalah pemimpin yang bertanggungjawab, yang sayang kepada parti yang inginkan kemenangan untuk parti.

Sementara semua pihak bertangungjawab menyedarkan YB-YB yang tidak turun berkenaan dan mendedahkan nama-nama YB ADUN, Parlimen dan pemimpin-pemimpin di muktamar nanti yang dilihat mementingkan diri dan kawasan sendiri dan lebih mengutamakan hal-hal lain daripada membantu parti tatkala "berperang" menghadapi musuh.


[Video] Lelaki Muslim Saman Presiden Amerika, FBI

Washington: Seorang warga Amerika Syarikat beragama Islam menyaman pentadbiran Presiden Barack Obama dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kelmarin kerana melanggar hak perlembagaannya apabila memantau pergerakannya menggunakan alat GPS yang disembunyikan dalam kereta plaintif.

Yasir Afifi, 20, dari California yang belajar di Santa Clara, California, mengetahui yang pergerakannya dirakam apabila alat berkenaan dikesan mekanik ketika menukar minyak enjinnya, Oktober lalu. Ejen FBI kemudian bersemuka dengannya selepas beberapa hari alat itu dikeluarkan.

Saman itu menuduh FBI dan Jabatan Keadilan melanggar hak perlembagaan dengan melakukan siasatan tanpa waran, menjejaki pergerakannya dan menggugat kebebasannya untuk berpersatuan dan berceramah.

“Saya tidak patut diikuti atau diintip oleh sesiapa pun. Saya perlu ke sana sini dengan bebas tanpa perlu ditahan berjam-jam untuk soal siasat,” kata Afifi pada sidang akhbar di Washington.

“Sekarang saya sudah dua kali gagal untuk dapat kerja kerana majikan terpaksa berfikir dua kali sebelum mengambil saya bekerja berikutan insiden ini,” katanya.

Afifi memohon tuntutan ganti rugi yang tidak dijelaskan dan meminta hakim menghalang FBI serta Jabatan Keadilan daripada mengekorinya tanpa waran dan memadamkan sebarang rekod serta analisis apa yang dikumpul.

Apabila ejen FBI bersemuka dengan Afifi selepas mengeluarkan alat itu, beliau menanyakan sama ada beliau warga yang mengancam negara, mengapa beliau keluar negara dan sama ada beliau ke Yaman, terbabit dengan aktiviti al-Qaeda, kata saman itu.

Seorang ejen turut mengucapkan tahniah kepadanya atas pekerjaan barunya dan memuji seleranya di restoran, tambah saman itu.

FBI dikritik oleh sesetengah kumpulan hak asasi kebebasan kerana taktik mengintip orang awam Muslim termasuk ejen yang menyamar memasuki masjid untuk mengetahui mengenai kegiatan yang boleh menggagalkan plot pengganas.

“Penyiasatan FBI yang dibuat menerusi Jabatan Keadilan dan peraturan FBI mendapati penyiasatan ini mengikut langkah yang dibenarkan,” kata jurucakap FBI, Michael Kortan.

Jurucakap Jabatan Keadilan berkata agensi itu masih menilai tuntutan saman itu dan enggan mengulas lanjut.

Mahkamah Rayuan Amerika menolak sabitan kes dadah tahun lalu selepas menolak hujahan kerajaan persekutuan yang mereka boleh melakukan pengintipan menggunakan GPS tanpa sebarang waran.

Berbeza dengan Mahkamah Rayuan Amerika di San Francisco mensabitkan seorang pesalah yang mempertikai penggunaan alat GPS sebagai pencarian yang tidak sah. – Reuters




Buang Bayi Dalam Tren Komuter

Pelabuhan Klang: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan dibungkus dalam plastik hitam ditemui bersama surah Yassin serta sejadah di bawah tempat duduk gerabak depan tren komuter yang berlepas dari stesen Batu Caves dan berhenti di stesen Pelabuhan Klang sini semalam.

Gambar: SEPASUKAN anggota polis memeriksa mayat bayi lelaki yang ditemui dalam beg plastik di stesen Komuter Klang, semalam. Bungkusan hitam diletak bawah tempat duduk.

Mayat bayi itu dibalut dengan selimut bercorak bunga dan masih berdarah itu ditemui kira-kira jam 9.15 pagi semalam oleh seorang pekerja pembersih Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Siti Khalijah Mat Zain, 37, ketika menjalankan kerja pembersihan di gerabak berkenaan.

Siti Khalijah berkata, beliau yang bertanggungjawab mengemas dan mencuci gerabak komuter memulakan rutin harian dengan menyapu lantai tren komuter, menemui bungkusan beg plastik berwarna hitam itu yang diletakkan di bawah kerusi paling hadapan dalam tren berkenaan.

“Ketika menyapu lantai, saya hampir menyapu beg plastik hitam yang berada di bawah kerusi bersebelahan dengan gerabak pemandu. Saya pada mulanya hanya mengambil beg itu dan meletakkan di kerusi luar tren komuter dan meneruskan kerja.

“Selesai kerja, saya meminta seorang rakan membuka bungkusan beg itu dan kami terkejut apabila ia mengandungi mayat bayi.

“Ini kejadian pertama yang berlaku di stesen komuter di sini. Saya sedih dan terperanjat melihat bungkusan itu adalah bayi kecil yang baru lahir, bertali pusat dan masih berdarah,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.30 pagi dan mayat bayi itu dipercayai dibuang ketika komuter berkenaan dalam perjalanan ke stesen Pelabuhan Klang di sini.

Mohamad berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini untuk bedah siasat. Kes siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. -BH

Umno BN Restu Budaya Samseng Di Merlimau

Jasin - Umno BN seolah-olah merestui budaya samseng sewaktu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau.

Gambar: Antara kain rentang PAS PRK Merlimau yang dikoyak oleh puak samseng.

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai pengarah PRK bagi BN yang hanya berdiam diri menunjukkan beliau mahu keadaan ini berterusan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa insiden keganasan yang didakwa dilakukan oleh penyokong BN dalam tempoh beberapa hari kempen ini.

"Datuk Seri Ali Rustam tak boleh kawal tindakan ini ke?

“Ini menunjukkan beliau merestui budaya samseng ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada sidang media di Markas Induk PAS, di sini hari ini.

Beliau juga yakin perbuatan khianat yang dilakukan termasuk cubaan membakar pentas ceramah DAP sengaja dilakukan untuk membangkitkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Saya percaya mereka buat macam ini supaya orang PAS marah, dan balas balik apa yang dilakukan itu.

"Dengan itu mereka boleh tuduh orang PAS ganas, ekstremis," katanya. -HD

[Bergambar] Pelajar UiTM Maut Nahas Motosikal, Mayat Ditemui Selepas 8 Jam

Kangar: Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau yang dilaporkan hilang oleh rakannya apabila tidak pulang ke rumah sewa mereka selepas membeli-belah di Jitra malam kelmarin, ditemui mati akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Arau-Kodiang, berhampiran Jelempuk, dekat sini, pagi semalam.

Mayat Umi Kalsum Abdul Majid (gambar), 21, ditemui orang awam yang lalu di situ pada jam 7.30 pagi semalam, iaitu selepas kira-kira lapan jam mangsa yang menunggang motosikal bersendirian terbabit dalam kemalangan.

Apabila menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sewa mereka di Arau, rakan serumahnya membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada jam 3 pagi semalam selepas puas mencarinya.

Mangsa yang juga pelajar jurusan Sains Komputer dan berasal dari Mersing, Johor sebelum itu dikatakan pergi ke Jitra untuk membeli-belah bersama beberapa rakannya yang menunggang motosikal berasingan, tetapi dia pulang lebih awal, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Deputi Superintendan Ibrahim Idris, berkata motosikal ditunggangi mangsa dipercayai terlanggar kon yang diletakkan di jalan berkenaan yang kerja pembinaannya terbengkalai sejak lima tahun lalu.

Katanya, mangsa mungkin tidak nampak kon berkenaan kerana lokasi kejadian yang gelap dan pengguna melalui jalan di situ juga dipercayai tidak menyedari kemalangan terbabit.

“Rakannya yang mendapati mangsa tiada di rumah kemudian membuat laporan polis pada jam 3 pagi tadi (semalam) kerana khuatir sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya.

"Mayatnya hanya ditemui orang awam kira-kira jam 7.30 pagi tadi (semalam) dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di tepi jalan di situ, sebelum memaklumkannya kepada polis," katanya di sini, semalam.

Ibrahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk dibedah siasat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BH





Remaja Perempuan Selamat Selepas Terjatuh Dari Tingkat 10

Kuala Lumpur - Muzliya Shaqina Anbia yang cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 10 kuarters kediaman polis di Taman Miharja, Cheras kelmarin tidak menyangka tindakannya memanjat pagar koridor rumah akan mengundang padah.

Gambar: MUSLIHA melihat keadaan Muzliya yang masih lemah di PPUKM semalam.

Menurut ibunya, Muslihan Sairan, 45, anaknya memanjat koridor itu dengan harapan dapat memasuki rumah selepas mendapati pintunya berkunci sebaik pulang daripada sekolah pada pukul 3.45 petang.

Katanya, Muzliya, 13, masih lemah dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini.

"Saya memang terkejut dengan kejadian dan tindakan nekad anak saya itu tetapi saya bersyukur kerana Tuhan masih memanjangkan umurnya.

"Sebaik sedar selepas selesai membuat ujian X-ray di PPUKM, dia terus meminta maaf kepada saya. Saya memang sedih apabila melihat keadaannya yang cedera di mata kiri manakala tangan kanan serta kaki kirinya patah," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di PPUKM di sini semalam. -kosmo

BERITA SEMALAM

Remaja 13 tahun terjatuh dari tingkat 10 selamat

Gambar: Lokasi kejadian remaja 13 tahun jatuh dari bangunan tingkat 10 kuarters polis di Taman Miharja, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - ihsan China Press

KUALA LUMPUR 2 Mac - Bumbung papan sebuah surau menjadi penyelamat nyawa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang hanya patah kaki kanan dan tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 10 kuarters kediaman polis di Taman Miharja, Cheras di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa yang merupakan anak kepada anggota polis berpangkat koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, terselamat apabila segera dibawa oleh penduduk ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan baru sahaja pulang dari sekolah sebelum mendapati ibu bapanya tiada di rumah.

"Remaja berkenaan dikatakan cuba memasuki rumahnya dengan memanjat melalui koridor apabila mendapati pintu rumahnya berkunci
.

"Dia nekad memanjat koridor untuk memasuki rumahnya melalui pintu dapur namun malang sekali, dia tergelincir dan terus jatuh di atas bumbung surau yang diperbuat daripada papan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, remaja tersebut terjatuh ke dalam surau dan mengalami kecederaan patah kaki kanan dan tangan kiri.

Katanya, kejadian itu disedari penduduk kuarters berkenaan yang kemudian bertindak pantas membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Mohan Singh berkata, sehingga berita ini ditulis, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Mangsa terselamat daripada maut kerana terjatuh di atas bumbung papan sebelum terhempas ke dalam surau.

"Jika dia terus terhempas ke atas lantai, mangsa mungkin mengalami kecederaan lebih teruk daripada patah kaki kanan," ujarnya.


Ulasan GB

Untuk perhatian ahli patologi kes Teoh Beng Hock.
Patah tangan dan kaki bagi kes di atas. Tak mati.

Bagi kes Teoh Beng Hock, aneh, tak patah tangan tak patah kaki, leher pula ada kesan cekikan. Mati.

Muntah Darah Kerana Minum Air Kencing Setan

Ipoh: Bukan akibat ilmu hitam atau disantau, namun ramai belia dilaporkan mengalami simptom muntah darah gara-gara ketagihan sejenis minuman keras digelar ‘tonik gila’ atau ‘samsu setan’.

Lebih mengejutkan apabila gejala penyakit berkenaan dikesan berpunca daripada kadar alkohol terlalu tinggi sehingga mencecah 43 peratus di dalam minuman terbabit, sekali gus mengancam nyawa individu yang ketagih minuman itu.

Gejala menakutkan ini kian serius selepas tinjauan mendapati minuman terbabit mudah dibeli hampir di semua kedai runcit dan kedai ubat tradisional Cina.

Tinjauan Harian Metro mendapati minuman terbabit dengan kandungan 150 mililiter itu dijual RM3.30 sebotol.

Hasil tinjauan di lebih 10 kedai runcit sekitar bandar raya ini, terdapat kira-kira lima jenama minuman keras yang dijual murah dengan kadar alkohol terendah 27 peratus.

Seorang penagih tegar minuman terbabit yang hanya mahu dikenali Man, 21, berkata dia kini menderita penyakit hepatitis atau bengkak hati akibat ketagih minuman itu sejak lebih setahun lalu.

Dia yang ditemui ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, berkata kini dia kerap muntah darah selain sakit pada hulu hati.

“Doktor memberitahu penyakit saya itu berpunca daripada kesan toksik pada alkohol minuman keras. Saya dinasihatkan berhenti meminumnya kerana doktor bimbang hati saya bertambah rosak. “Malah, kini saya cepat pitam dan buang air besar bercampur darah,” katanya.

Man berkata, dia ketagih arak terbabit selepas bercampur kumpulan Mat Rempit dan bahan berbahaya itu dengan pelbagai jenama dijual tidak melebihi RM3.

Menurutnya, minuman keras yang dijual di dalam botol itu dianggap lebih ‘power’ berbanding arak di dalam tin.

“Arak dalam tin hanya mendatangkan kesan mabuk jika diminum melebihi tiga tin, namun tonik gila ini boleh menyebabkan mabuk dengan hanya empat teguk.

Gambar: PENGSAN...penagih arak murah terbaring akibat penangan minuman keras terbabit.

“Selain minuman keras berlogo candi, terdapat juga beberapa minuman keras seangkatannya yang menggunakan simbol kapak dan nombor tertentu,” katanya.

Menurutnya, arak itu menjadi pilihan remaja dan belia berikutan harganya murah dan kebanyakan individu yang meminumnya golongan berpendapatan rendah.

“Minuman keras biasa dijual antara RM7 hingga RM9 setin, namun samsu setan ini boleh dibeli semurah RM3.

“Ada juga remaja yang terjebak dalam gejala seks bebas percaya arak itu mampu menambah daya seksual, namun saya tidak pasti kebenarannya,” katanya.

Menurutnya, minuman terbabit membawa mudarat apabila menyebabkan individu yang meminumnya jatuh pengsan untuk tempoh masa lama.

“Sebab itu ramai kaki botol yang minum samsu murah ini boleh hilang kawalan dan tidur tersadai di kaki lima. “Rasa minuman keras ini tidak sesedap mana, namun kesannya amat pantas dan lebih ‘kaw’ jika diambil selalu,” katanya yang kini bergantung ubat hospital.

Sementara itu, tinjauan turut mendapati ramai penagih minuman terbabit seperti penagih dadah apabila terbaring mabuk atau tidak sedarkan diri di kaki lima bangunan.

Ini dibuktikan apabila rata-rata kaki botol ditemui bersama terbaring bersama botol minuman terbabit di samping mereka. -hm

Rakyat Sukar Untuk Pecaya Laporan Patologi.

3 pakar patologi kekal keputusan Teoh mati akibat jatuh

Tiga pakar forensik patologi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock mengekalkan keputusan bahawa kematian setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor itu disebabkan kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat yang tinggi.

Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Mohamed Noor; Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim dan Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar merupakan saksi yang sama dalam inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam sebelum ini.

Dr Shahidan, yang dipanggil memberi keterangan hari ini, merupakan pakar forensik patologi yang membuat pembedahan kali kedua bersama-sama Pakar Patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand dan Pakar Forensik British Prof Dr Peter Vanezis.

Dr Shahidan turut merumuskan bahawa kecederaan pada leher Teoh disebabkan tekanan yang kuat ketika jatuh.

Dr Khairul Azman, yang selesai memberi keterangan semalam dan Dr Prasant yang selesai memberi keterangan pagi tadi, turut membuat keputusan yang serupa dalam laporan autopsi masing-masing.

Ketiga-tiga mereka juga mendapati Teoh berada dalam keadaan sedar ketika jatuh berdasarkan tindak balas pergerakan tubuh.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya siasatan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen. Ia dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka'.

Dalam prosiding hari ini, Dr Shahidan yang ditanya oleh peguam N Navaratham yang mewakili Majlis Peguam, sama ada beliau menerima arahan sesiapa untuk memfokuskan bahagian leher mangsa (ketika bedah siasat) berkata, ia dibuat hasil perbincangan secara profesional dalam kalangan lima doktor yang terlibat iaitu Dr Khairul Azman, Dr Prashant, Dr Pornthip dan Dr Venesis.

Ditanya mengapa lebam pada leher tidak disedari pada bedah siasat pertama dan ia muncul ketika bedah siasat kedua, Dr Shahidan berkata ketika bedah siasat kali pertama oleh Dr Khairul dan Dr Prasant dilakukan, ia mungkin telah ada tetapi tidak dinyatakan dalam laporan.

Prosiding disambung Isnin. - Bernama

Ulasan GB

Apa yang dilihat oleh rakyat, ketiga-tiga apa yang dinamakan "pakar" tersebut hanya untuk mengesahkan tuduhan menteri dan SPRM bahawa Teoh jatuh atau terjun dari bangunan Plaza Masalam.

Mereka seolah-olah berpakat, seolah-olah sentiasa menyemak penemuan-penemuan supaya konsisten di antara satu sama lain.

Tetapi terdedah banyak keraguan sehinggakan berlaku perkara penting seperti SENGAJA tidak dimasukkan di dalam laporan -

lebam pada leher tidak disedari pada bedah siasat pertama dan ia muncul ketika bedah siasat kedua, Dr Shahidan berkata ketika bedah siasat kali pertama oleh Dr Khairul dan Dr Prasant dilakukan, ia mungkin telah ada tetapi tidak dinyatakan dalam laporan

Tidak mustahil mereka ini dibayar. Tidak mustahil mereka ini diugut. Tidak mustahil mereka ini berpakat. Tidak mustahil mereka ini mendapat arahan. Tidak mustahil juga mereka ini pengkhianat rakyat.

Walau apa-pun, Tuhan tidak pernah tidur. Kebenaran pasti akan terbuka juga satu hari nanti.

Zakar Dan Dubur Anwar Diperiksa

Anwar: Amat malu, zakar dan dubur saya diperiksa

Bicara dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan semalaman antara 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - boleh dikemukakan sebagai barangan bukti bersambung petang ini.

Anwar yang tampil sebagai saksi pertama hari ini berkata pada 16 Julai kira-kira jam 1 petang, beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut terlihat sebuah kenderaan dengan kira-kira 10 hingga 15 anggota UTK yang bersenjata memintas keretanya.

"Kami terpaksa berhenti serta-merta.

Katanya ketika itu beliau berada di belakang kereta manakala peguambelanya, Sankara Nair di bahagian depan.

"Sudah tentu kita terpaksa berhenti. Sankara keluar dan seorang anggota menghampiri. Saya diminta terus berada dalam kereta.

"Polis berkata: Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar."

Katanya, Sankara juga menghalangnya daripada keluar.

Menurutnya lagi, anggota polis itu mengarahkan beliau ke kenderaan mereka.

"Apahal buat saya macam ini lagi," kata Anwar ketika menceritakan peristiwa tangkapannya itu kepada hakim Mahkamh Tinggi, Datuk Mohd Zbidin Mohd Diah.

"Saya bagi tahunya (pegawai polis itu) saya mahu berjumpa dengan Jude (Pereira) pada jam 2 petang dan telahpun memaklumkan kepadanya. Mengapa saya dilayan seperti ini?”

Mahkamah kemudiannya memangil pegawai yang menahan Anwar, Supt Ahmad Taufik is called into the courtroom to be identified by Anwar.

Menurut ketua pembangkang itu, beliau kemudian diarahkan ke bilik mesyuarat IPK KL (Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur).

Sankara dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah datang kemudiannya.

"Saya bertanya mengapa mereka melakukan saya sedemikian tetapi mereka berkata mereka mahu kerjasama saya dalam hal ini meskipun saya nyatakan saya mahu jumpa Jude.”

Zakar, dubur diperiksa

Seterusnya, Anwar berkata kenyataannya dirakamkan sekitar jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan selepas itu sekali lagi diarahkan ke bilik mesyuarat.

"Saya tanya mereka, 'awak minta saya beri keterangan, apa lagi mahu?' Mereka sepatutnya membebaskan saya.”

"Sebaliknya mereka bawa saya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan tiba selepas jam 8 malam pada 16 Julai 2008."

Anwar berkata kemudiannya dua doktor memeriksa zakar dan duburnya.

"Ini amat memalukan.”

Perkara itu dilakukan setelah pegawai penyiasat Pereira, peguamnya dan jururawat diminta beredar.

"Doktor-doktor kemudian bertanyakan tentang dakwaan meliwat itu.”

Anwar berkata, beliau dibawa semula ke IPK pada jam 11 malam.

"Saya tanya polis dan Jude, 'bila mahu bebaskan saya?

"Dan kata mereka, 'Awak akan pulang sebentar lagi'. Sebaliknya mereka bawa saya ke lokap.”

Anwar juga mendakwa Superintendent Yahya Abdul Rahman kemudian membekalkannya dengan air minuman berbotol, tuala, berus gigi, ubat gigi dan sabun.

Tandas tidak bersih

Menceritakan keadaan di lokap itu, Anwar berkata geriji besi terdapat di keempat-empat sudut. Beliau beliau merayu kepada anggota polis untuk menyediakan tempat tidur kerana keadaan tulang belakangnya yang sakit tidak tahan tidur di lantai simen.

"Saya tidak jangkakan layan VIP tetapi keadaan agak buruk manakala tandas pula tidak bersih.”

Menurut Anwar beliau dibebaskan pada jam 12.30 tengahari pada 17 Julai 2008. Sejurus dilepaskan, Anwar mendapatkan rawatan untuk tulang belakangnya yang sakit.

Ketika disoal-balas, Anwar berkata tidak ada anggota polis yang memaklumkan kepadnya yang dia ditahan kerana kesnya itu.

Walaupun mengesahkan bahawa tiada penderaan fizikal, Anwar mengadu beliau diheret ke kenderaan polis. -mk