17 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Pengajaran Utk Muhyiddin Akibat Salahguna Hak Kerajaan (updated)

Setiap apa yang berlaku adalah dari Allah Yang Maha Esa dan tidak ada dari Yang Maha Esa itu sia-sia. Begitulah apa yang berlaku kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini yang sebelum ini terlalu celupar menuduh Datuk Seri Anwar sebagai pengkhianat bangsa kemudian terlalu angkuh pula tidak menarik balik tuduhan itu biar pun telah diminta.

Dilaporkan helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawanya terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.

Selain Muyiddin, turut berada dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, demikian lapor Bernama.

Bagaimanapun, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.

Menurut Ainon sebelum kejadian mereka berlepas dari Kudat pada 1.45 tengah hari selepas Muhyiddin merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kudat, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

"Selepas itu beliau sepatutnya merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang pula," kata Ainon kepada Bernama di sini.

Ainon berkata kira-kira 45 minit selepas berlepas, cuaca buruk melanda dan helikoper yang mereka naiki terpaksa membuat pendaratan cemas berdekatan pusat peranginan Impian Jadi di Tuaran kira-kira 45 km dari sini.

Ainon berkata ekoran kejadian itu Muhyiddin terpaksa membatalkan hasrat merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Penampang dan meminta agar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mewakili beliau.

Beliau berkata Muhyiddin kemudian menaiki kereta menuju ke Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata beliau bersyukur kerana semua yang berada dalam helikopter itu terselamat dan tidak cedera.

"Saya okay.. tiada ada-apa yang berlaku," katanya sambil mengakui ini merupakan pertama kali beliau mengalami saat-saat getir pendaratan cemas.

Mengulas tindakan juruterbang, Muhyiddin berkata " Saya fikir beliau (juruterbang) telah melakukan perkara yang betul (mendarat cemas) kerana cuaca buruk pada ketika itu.

Muhyiddin telah menggunakan kemudahan harta kerajaan (helikopter nuri) untuk melakukan kerja-kerja partinya, UMNO bukan untuk melakukan kerja-kerja sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dan biar saja Allah menegur pebuatannya kerana teguran manusia tiada satu pun yang didengar oleh Muhyiddin ini.


Perbuatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan kenderaan kerajaan untuk tujuan peribadi dan politik telah pun dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Shamsul Iskandar berkata, perbuatan Muhyiddin menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia untuk tujuan peribadi nyata satu kesalahan dan melanggar undang-undang.

Semalam Agensi Berita Nasional (BERNAMA) melaporkan bahawa helikopter Nuri yang membawa Muhyiddin melakukan pendaratan cemas di Tuaran berikutan cuaca buruk.

Shamsul berkata, penggunaan helikopter Nuri bukan sahaja satu kesalahan besar yang dilakukan oleh Muhyiddin sebaliknya turut melibatkan pembaziran wang rakyat yang membayar cukai setiap tahun.

Turut bersama Shamsul membuat laporan tersebut ialah, Ketua AMK Pulau Pinang, Yusmadi Yusoff, Timbalan Pemuda PAS Pusat Saudara Ahmad Sabki dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Pakatan rakyat menggesa SPRM agar membuat satu siasatan yang terperinci tentang penyalah gunaan kuasa ini dan berharap integriti dan kepercayaan rakyat terhadap SPRM akan dapat dikembalikan dengan siasatan yang telus.



Era Najib Altantuya : Patologi Tak Siasat Pegawai SPRM (updated)

Inkues hari ini menyaksikan mahkamah kecoh dengan pertelagahan antara barisan peguam yang mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock dan peguam dari pejabat Peguam Negara.

Pertelagahan berlaku apabila peguam keluarga mangsa, Gobind Singh Deo mendapati bahawa pakar patologi yang membedah-siasat tubuh mangsa, Dr Khairul Azman Ibrahim, hanya menyiasat keluarga mangsa tetapi tidak melalukan sebarang siasatan terhadap mana-mana pegawai SPRM.

Gobind mengasak Dr Khairul mengapa dia dengan sengaja tidak menyoal siasat mana-mana pegawai SPRM untk mengetahui kejadian yang menimpa si mati. Dr Khairul beralasan bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian kerana itu tugas polis.

"Memadai pada saya untuk tanya pada pegawai penyiasat dan saya tertanya- tanya mengapa tidak balik selepas disoal siasat," kata Khairul.

Asakan tidak dapat diteruskan selepas dihalang oleh peguam mewakili Pejabat Peguam Negara.

Khairul semasa disoal-siasat berkata ahli keluarga mengsa dan tunang mendiang tidak mengemukakan sebarang jawapan yang menyokong teorinya sebelum ini. Khairul sebelum ini berangapan bahawa mangsa telah membunuh diri.

"Tidak ada masalah psikologi, tidak ada masalah perubatan, tidak minum dan tidak berhutang," katanya. Malah si mati juga disifatkan keluarga sebagai seorang yang bersikap terbuka dan mudah berbincang.

Inkues kemudian menjurus kepada adakah si mati mengalami tekanan psikologi ketika soal siasat dan adakah terdapat kemungkinan kesan kecederaan yang dialami bukan disebabkan hentakan ketika jatuh tetapi kerana dipukul menggunakan objek seperti paip PVC, cota atau pembaris besar.

Dr Khairul juga menyatakan kesan patah pada tulang rusuk kanan si mati juga menunjukkan kesan patah yang sama. Katanya juga, kesan patah pada paha dan kecederaan pada punggung si mati juga adalah disebabkan oleh akibat kesan jatuh.

Namun, Gobind bertanya pendapatnya sama ada kesan patah tersebut boleh disebabkan akibat dipukul dengan objek keras, Dr Khairul tidak menolak kemungkinan itu, namun beliau menegaskan bahawa hasil pemeriksaannya mendapati kesan kecederaan lutut tersebut adalah akibat terjatuh.

Dia juga menerangkan keretakan pada tengkorak si mati adalah disebabkan impak daripada kesan terhentak ketika jatuh dari tempat yang tingi.

Dr Khairul juga menyatakan bahawa kesan retakan pada tengkorak si mati boleh disebabkan akibat dipukul dengan alat tumpul ataupun benda leper. Namun dia tetap menegaskan bahawa dalam pemeriksaannya dalam kes ini, dia percaya keretakan tersebut adalah akibat dari kesan jatuh dari tempat tinggi.

Dr Khairul memaklumkan bahawa dalam hasil bedah siasat si mati beliau mendapati perut si mati kosong, tidak mempunyai makanan tetapi terdapat cecair berwarna coklat. Katanya, perut seseorang akan kosong setelah 4 jam selepas makan.

Mahkamah kemudiannya berhenti rehat. -TVA



Era Najib Altantuya : Video Gobala DiKasari Polis Di permatang Pasir

Hari pertama kempen Pilihanraya Permatang Pasir, rakyat telah dapat menyaksikan kekasaran dan kezaliman Polis Malaysia terhadap rakyat negara ini.

Apatah lagi ianya berlaku ke atas seorang ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan dimana pada hari ini, 1Malaysia menyaksikan perbuatan kejam Polis Malaysia yang tidak ada nilai kemanusiaan. 1Malaysia menyaksikan Gobala yang sendirian diasak oleh Polis yang ramai. 1Malaysia juga menyaksikan Polis merompak saku Gobala dengan mencuri dompetnya. 1Malaysia menyaksikan Polis menaggalkan seluar Gobala.

Apa jenayah yang Gobala lakukan? Besar sangatkah kesalahannya sehinga dia perlu di kasari sedemikian rupa sehingga perlu digari yang menyebabkan tangannya patah?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin di dalam kenyataannya yang membela polis mungkin tidak menyaksikan kejadian itu tetapi hanya memperolehi maklumat dari pihak polis yang sepastinya telah diberikan gambaran kononnya Gobala itu bersalah.

Saksikan sendiri video di bawah ini untuk melihat sendiri provokasi dan kekasaran Polis Malaysia terhadap seorang anggota parlimen Malaysia serta pendustaan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob.







Era Najib Altantuya : Sayonara UMNO - Datuk Alimuddin

Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

Ketika dihubungi hari ini, Alimudin berkata beliau membuat keputusan Sabtu di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan dalam blog bekas timbalan perdana menteri mengenai perkara itu hari ini.

Blog tersebut menyatakan Alimudin yang juga bekas ahli jawatankuasa bahagian Umno Temerloh telah mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno dan mengumumkan menyertai PKR.

"Pengumuman itu dibuat oleh beliau sendiri di hadapan Datuk Seri Anwar Sabtu lalu di Mentakab, Pahang," tulis blog tersebut.

Menurut Alimuddin beliau membuat pengumuman tersebut di Taman Saga Mentakab dalam satu majlis yang dihadiri oleh Anwar di situ.

Katanya, beliau bertindak keluar Umno kerana "tidak wujud ruang demokrasi dalam Umno".

"Saya dukacita, kebebasan bersuara tidak ada dalam Umno. Kalau dikongkong, (maka) tidak guna jadi ahli," katanya.

Menurutnya, beliau telah menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian Temerloh pada pagi Sabtu lalu untuk membentangkan satu usul meminta perdana menteri mewartakan hari Jumaat sebagai hari cuti umum.

"Sudah dua kali - tahun lalu dan tahun ini - bahagian tidak memberi peluang kepada ahli berucap (dalam mesyuarat bahagian). Ahli sepatutnya mengusulkan apa yang mereka tidak puas hati.

"Oleh kerana tidak ada peluang, apa guna saya berjuang dalam Umno. Nak bersuara tak boleh, apa gunanya," tambahnya.

Bagaimanapun, kata Alimudin, beliau tidak ada sebarang masalah dengan Umno bahagian.

"Tetapi, Umno bahagian mesti memberi peluang (kepada ahli) memberi idea baru. Sindrom 'angguk, kipas' tak ke mana," katanya. -malaysiakini



Era Najib Altantuya : Sikap SPRM dan PDRM Punca Kekalahan BN Di Permtg Pasir Nanti (updated)

Isu tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak secara tidak professional dan adil akan menghukum UMNO BN di Permatang Pasir nanti.

Pakatan Rakyat akan mendedahkan siri siasatan berpilih yang dilakukan oleh kedua-dua badan itu di dalam usaha mereka menjalankan konspirasi merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat bagi pihak UMNO BN dengan melakukan kezaliman ke atas pemimpin parti pembangkang di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

SPRM telah melakukan pelbagai tindakan untuk menekan kerajaan Pakatan Rakyat. Di Selangor umpamanya, kenyataan Pengerusi SPRM stau ketika dulu mengenai kononnya "ada bukti kukuh di dalam isu lembu korban", siasatan ke atas ahli dewan undangan negeri Selangor di dalam isu pembelian bendera bernilai RM2,400 sehingga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock dan yang terbaru mengasari seorang lagi pembantu khas exco sehingga terpaksa dirawta di hospital kerana kecederaan di kaki jelas menunjukkan sikap SPRM yang melampau terhadap Pakatan Rakyat.

Namun siasatan ke atas pemimpin UMNO Selangor tidak dilakukn sekalipun berpuluh aduan telah dibuat di atas salahlaku yang ketara dilakukan oleh mantan Mentreri Besar Selangor, Mohd. Khir Toyo yang melibatkan rtusan juta ringgit.

Begitu halnya dengan Polis Malaysia yang begitu jelas bertindak zalim dengan melakukan siri tekanan ke atas pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat. Kematian A.Kugan dan beberapa orang tahanan yang lain di samping usaha Polis melakukan cover-up terhadap kematian Teoh Beng Hock di bangunan SPRM jelas menampakkan kepada rakyat bahawa PDRM telah bertindak secara wewenangan dengan meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.

Kenyataan terbaru Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengugut Pembantu khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Wong Chuan How yang menurutnya boleh dikenakan tindakan sekiranya siasatan polis terhadap laporan yang dibuat SPRM ke atasnya jelas merupakan satu tindakan tidak professional.

Musa berkata, mengikut peruntukan sedia ada, pegawai SPRM mempunyai hak untuk menahan Chuan How bagi membantu siasatan.

"Mangapa hanya mengugut Wong, sedangkan polis belum menyiasat apa yang sebenarnya berlaku? Mengapa perkara yang sama tidak disuarakan terhadap pegawai SPRM yang melakukan kekasaran ke atas Wong? Di mana professionalisme KPN?" tanya seornag pemimpin PR hari ini.

Ini belum lagi dibicarakan kezaliman polis sewaktu meleraikan perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA yang berlaku di ibu kota awal bulan ini di mana rakyat yang berhimpun secara aman yang telah diberikan pengesahan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah diperlakukan seperti binatang oleh Polis Malaysia dengan tembakan gas pemedih mata, air berasid dan tangkapan rambang ek atas peserta perhimpunan.

Sikap yang ditunjukkan oleh SPRM dan Polis akan menentukan nasib UMNO-BN di pilihanraya kecil Permatang Pasir dan setiap pilihanraya yang lain di mana pendedahan kezaliman mereka akan membuka mata rakyat untuk menghukum UMNO BN sebagai pengajaran kepada kedua-dua institusi yang menjadikan mereka kuda tunggangan UMNO BN.

KEMASKINI

Sikap kebinatangan PDRM dapat dilihat dengan menonton video dibawah dimana kenyataan polis yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Yaakob bahawa Ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi adalah dusta dan tidak berasas.

Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.

Tiada ada hak untuk polis melakukan kekasaran sedemikian rupa apa tah lagi ke atas seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat.

Kerana Gobala, UMNO BN perlu dikalahkan.


Era Najib Altantuya : Patologi Tidak Siasat Pegawai SPRM

Inkues hari ini menyaksikan mahkamah kecoh dengan pertelagahan antara barisan peguam yang mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock dan peguam dari pejabat Peguam Negara.

Pertelagahan berlaku apabila peguam keluarga mangsa, Gobind Singh Deo mendapati bahawa pakar patologi yang membedah-siasat tubuh mangsa, Dr Khairul Azman Ibrahim, hanya menyiasat keluarga mangsa tetapi tidak melalukan sebarang siasatan terhadap mana-mana pegawai SPRM.

Gobind mengasak Dr Khairul mengapa dia dengan sengaja tidak menyoal siasat mana-mana pegawai SPRM untk mengetahui kejadian yang menimpa si mati. Dr Khairul beralasan bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian kerana itu tugas polis.

"Memadai pada saya untuk tanya pada pegawai penyiasat dan saya tertanya- tanya mengapa tidak balik selepas disoal siasat," kata Khairul.

Asakan tidak dapat diteruskan selepas dihalang oleh peguam mewakili Pejabat Peguam Negara.

Khairul semasa disoal-siasat berkata ahli keluarga mengsa dan tunang mendiang tidak mengemukakan sebarang jawapan yang menyokong teorinya sebelum ini. Khairul sebelum ini berangapan bahawa mangsa telah membunuh diri.

"Tidak ada masalah psikologi, tidak ada masalah perubatan, tidak minum dan tidak berhutang," katanya. Malah si mati juga disifatkan keluarga sebagai seorang yang bersikap terbuka dan mudah berbincang.

Inkues kemudian menjurus kepada adakah si mati mengalami tekanan psikologi ketika soal siasat dan adakah terdapat kemungkinan kesan kecederaan yang dialami bukan disebabkan hentakan ketika jatuh tetapi kerana dipukul menggunakan objek seperti paip PVC, cota atau pembaris besar.

Dr Khairul juga menyatakan kesan patah pada tulang rusuk kanan si mati juga menunjukkan kesan patah yang sama. Katanya juga, kesan patah pada paha dan kecederaan pada punggung si mati juga adalah disebabkan oleh akibat kesan jatuh.

Namun, Gobind bertanya pendapatnya sama ada kesan patah tersebut boleh disebabkan akibat dipukul dengan objek keras, Dr Khairul tidak menolak kemungkinan itu, namun beliau menegaskan bahawa hasil pemeriksaannya mendapati kesan kecederaan lutut tersebut adalah akibat terjatuh.

Dia juga menerangkan keretakan pada tengkorak si mati adalah disebabkan impak daripada kesan terhentak ketika jatuh dari tempat yang tingi.

Dr Khairul juga menyatakan bahawa kesan retakan pada tengkorak si mati boleh disebabkan akibat dipukul dengan alat tumpul ataupun benda leper. Namun dia tetap menegaskan bahawa dalam pemeriksaannya dalam kes ini, dia percaya keretakan tersebut adalah akibat dari kesan jatuh dari tempat tinggi.

Dr Khairul memaklumkan bahawa dalam hasil bedah siasat si mati beliau mendapati perut si mati kosong, tidak mempunyai makanan tetapi terdapat cecair berwarna coklat. Katanya, perut seseorang akan kosong setelah 4 jam selepas makan.

Mahkamah kemudiannya berhenti rehat. -TVA

Era Najib Altantuya : Dr Khairul Akui Teorinya Tidak Berfakta (updated)

Ahli Pathologi yang mengketengahkan teori bahawa Teoh Beng Hock membunuh minggu lepas mengakui hari ini di dalam mahkamah di hadapan koroner bahawa beliau tidak menemui sebarang fakta untuk menyokong teorinya itu.

Dr Khairul Aznam Ibrahim dari Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang memberitahu inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock yang dia tahu pemuda yang berumur 30an itu telah mendaftar untuk melansungkan perkahwinan pada hari dia ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam, sembilan tingkat di bawah pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pakar Pathologi itu juga telah menemuduga abang, adik perempuan dan Teoh pada hari yang sama.

Namun beliau tidak memperolehi latarbelakang psikologi untuk menyatakan si mati mempunyai kecenderungan membunuh diri atau penyalahgunaan apa-apa bahan.

Khairul menyatakan fakta-fakta menunjukkan Teoh tidak mempunyai kecenderungan membunuh diri.

Abang Teoh menyatakan si mati adalah seorang yang "terbuka dan peramah" tambah Khairul lagi.

Tetapi Khairul akui, setelah digerudi hebat oleh Gobind Singh Deo, peguam untuk keluarga Teo, dia tidak menyiasar sesesiapa pun dari pegawai siasatan SPRM untuk menyemak kemungkinan ada berlakunya motif pembunuhan, sekalipun mengetahui setiausaha politik exco Ean Yong Hian Wah telah melalui interrogasi sebelum dia mati.

“Itu tugas polis. Bukan saya,” Khairul menjawab.

Semasa inkues disambung semula, Dr Khairul setuju pendapat peguam Malik Imtiaz bahawa keretakan kepala Teoh kemungkinan disebabkan beliau telah dipukul sebelum jatuh.

Mahkamah juga diberitahu dubur Teoh tercedera.


Era Najib Altantuya : Gobala Jadi Mangsa Di Permatang Pasir

Pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir akan menyaksikan satu lawan satu antara calon PAS Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman.

Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil bermula dengan calon Pakatan Rakyat dari PAS, Salleh Man dan calon BN, Rohaizat Othman menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Bukit Mertajam.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut kelihatan ialah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan naib presiden, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan ADUN Penanti, Dr Mansor Othman.

Turut hadir ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Ab Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Hj. Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya. Pegawai SPR Roslan Yahya berkata sebanyak 15 bantahan yang dibangkitkan hari ini telah ditolak seraya membolehkan 2 calon ini bertembung pada 2 0gos nanti.

Salleh tiba seawal 8.35 pagi dengan diiring Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Md Isa, Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim serta pemimpin akar umbi Md Sabu. Beliau diarak lebih ribuan orang sejauh 400 meter ke pusat penamaan calon.

Manakala Rohaizat tiba tidak lama kemudian dengan 400 penyokong diketuai Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC S Samy Vellu dan Ahmad Zahid Hamidi.
Kamarul Ramizu Idris, calon bebas yang bertanding di Bukit Gantang, Penanti juga turut menyatakan hasrat untuk menjadi Adun di Permatang Pasir. Beliau bagaimanapun menarik diri pada minit-minit terakhir ekoran tersesat jalan lalu terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan telah cedera dan dibawa oleh ambulan apabila berlakunya pergelutan antara beliau dan pihak polis menyebabkan beliau cedera. Pihak polis menuduh beliau menimbulkan kekecohan.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi.

Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negerinya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas akibat diserang sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.


Era Najib Altantuya : SU Menteri Akui Salah Guna Kepala Surat

Ekoran pendedahan Dr Lo' Lo' Ghazali yang membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak dipilih oleh rakyat, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan, Setiausaha politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan hari ini telah mengakui tersilap menggunakan kepala surat kementerian berkenaan yang dihantar kepada ketua Umno bahagian di negeri tersebut, berhubung pelantikan ahli jawatankuasa masjid di kariah masing-masing.

M Sazali Kamilan - setiausaha politik kepada Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin - berkata surat tersebut juga bukan untuk dihantar kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sebaliknya, jelas beliau, surat itu bertujuan meminta ketua Umno bahagian di Wilayah Persekutuan mengemukakan senarai calon yang berwibawa untuk dicadangkan kepada JAWI bagi dilantik menganggotai AJK masjid.

"Saya mengakui kesilapan itu. Tidak sepatutnya saya menggunakan kepala surat kementerian berkenaan (untuk tujuan tersebut)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sazali diminta mengulas kenyataan ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Dr Lo' Lo' mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh setiausaha politik menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada JAWI berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan surau.

Beliau mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh setiausaha politik menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan surau, demikian dilaporkan oleh malaysiakini.

"Saya difahamkan dari sumber yang sahih, surat tersebut dikatakan ditujukan kepada JAWI yang akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIWP selasa ini, mengarahkan JAWI membatalkan arahan-arahan dan tindakan JAWI sebelum ini dalam penyusunan semula pentadbiran masjid/surau," kata Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan minggu lalu.

Era Najib Altantuya : Pathologi Akui Tiada Fakta Untuk Sokong Teorinya

Ahli Pathologi yang mengketengahkan teori bahawa Teoh Beng Hock membunuh minggu lepas mengakui hari ini di dalam mahkamah di hadapan koroner bahawa beliau tidak menemui sebarang fakta untuk menyokong teorinya itu.

Dr Khairul Aznam Ibrahim dari Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang memberitahu inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock yang dia tahu pemuda yang berumur 30an itu telah mendaftar untuk melansungkan perkahwinan pada hari dia ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam, sembilan tingkat di bawah pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pakar Pathologi itu juga telah menemuduga abang, adik perempuan dan Teoh pada hari yang sama.

Namun beliau tidak memperolehi latarbelakang psikologi untuk menyatakan si mati mempunyai kecenderungan membunuh diri atau penyalahgunaan apa-apa bahan.

Khairul menyatakan fakta-fakta menunjukkan Teoh tidak mempunyai kecenderungan membunuh diri.

Abang Teoh menyatakan si mati adalah seorang yang "terbuka dan peramah" tambah Khairul lagi.

Tetapi Khairul akui, setelah digerudi hebat oleh Gobind Singh Deo, peguam untuk keluarga Teo, dia tidak menyiasar sesesiapa pun dari pegawai siasatan SPRM untuk menyemak kemungkinan ada berlakunya motif pembunuhan, sekalipun mengetahui setiausaha politik exco Ean Yong Hian Wah telah melalui interrogasi sebelum dia mati.

“Itu tugas polis. Bukan saya,” Khairul menjawab.

Era Najib Altantuya : KEMPEN P.PASIR BERMULA

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Calon BN ialah Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, manakala lawannya dari Pas ialah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, 52.

Calon bebas, Kamarul Ramizu Idris bagaimanapun tidak dapat bertanding kerana tiba selepas waktu bantahan ditutup.

Pengesahan calon bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya, pada jam 11.25 pagi tadi.

Sebanyak 15 bantahan diterima dalam waktu bantahan selama sejam tetapi ditolak.

Kerusi DUN Permatang Pauh kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dari Pas yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu akibat sakit jantung.



Era Najib Altantuya : LIVE PERMATANG PASIR

Lintas lansung Penamaan Calon Permatang Pasir

11.20 pagi Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya mengesahkan dua calon bertanding - Rohaizat Othman (BN), Mohd Salleh Man (PAS). 15 bantahan diterima tetapi semuanya ditolak.

11.18 pagi : Polis menggari Ahli Parlimen Padang Serai daripada PKR, N.Gobalakrishnan.

11.10 pagi : KM Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng sifatkan Ust Salleh Man sebagai oemimpin yang bersih dan berkebolehan.

11.05 pagi : Dilaporkan berlaku kekecohan di sebelaha penyokong PAS kerana dikatakan mereka memasuki kawasan pagar penghadang kira-kira 100 meter di pusat penamaan calon. Namun ramai percaya ia angkara perbuatan orang yg tidak dikenali menyamar sebagai ahli PAS utk burukkan keadaan.

10.55 pagi : Mursyidul Am PAS mengadakan sidang media. Kelihatan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ada bersama.

10.45 pagi : 5 org bagi setiap parti yang bertanding dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar bangunan IBKN.

10.40 pagi : Khairy cari jalan utk batalkan kemenangan PAS jika PAS menang dengan mendakwa terdapat pengundi hantu di Permatang Pasir

10.30 pagi : Khairy Jamaluddin pagi ini sekali lagi cuba alih isu kelemahan calon BN kepada isu pengundi hantu. Dah GB ulas di sini.

10.10 pagi : Hanya dua calon - BN dan PAS menyerahkan borang. Kamarul Ramizu Idris yang hadir untuk serah borang mengubah fikiran dan tidak mengemukakan borang penamaan calon, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

10.00 pagi : Penamaan calon ditutup. Setakat ini 3 orang telah menyerahkan borang. Rohaizat Othman dari BN, Mohd Salleh Man dari PAS dan Kamarul Ramizi Bebas. Masa bantahan 1 jam.

9.45 pagi : Menunggu masa penamaan calon tamat untuk masa bantahan pula.

9.38 pagi : Calon Bebas Kamarul Ramizu Idris tiba di pusat penamaan calon.

9.30 pagi : Bilangan penyokong PAS dianggarkan 5,000 orang. BN 500 orang.

9.24 pagi : Calon Bebas Kamarul Ramizu Idris dikhabar masih di dalam perjalanannya ke pusat penamaan calon

9.15 pagi : Tidak kelihatan seorang pun calon Bebas. Mungkin pertandingan hanya BN lwn PAS.

9.05 pagi : Muhyiddin dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi kembali ke khemah khas untuk BN.

9.00 pagi : Penamaan Calon dibuka, Rohaizat dari BN masuk dahulu diikuti dengan Ust Mohd Salleh Man dari PAS

8.45 pagi : Rombongan BN mula bergerak ke pusat penamaan calon diketuai TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama calon BN, Rohaizat Othman, dan pemimpin Umno serta BN lain.

8.40 pagi : Kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh di Pusat penamaan Calon

8.35 pagi: Kira-kira 50 pemimpin PAS dan anggota komponen Pakatan yang lain - antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali - memasuki IBKN dengan mengiringi calon mereka, Salleh Man untuk menyerahkan borang penamaan calon.

8.20 pagi: Penyokong Pakatan dan BN sudah mula berkumpul di kawasan berhampiran IBKN. Penyokong PAS melaungkan lagu dan slogan.

8.00 pagi: Anggota panel SPR tiba di IBKN. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin proses penamaan calon akan berjalan lancar.

7.55 pagi. Ahmad Zahid Hamidi dan Ali Rustam turut kelihatan.

7.52 pagi : Timb Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Seri Nizar Jamalauddin hadir bersama penyokong PAS.

7.50 pagi: Helikopter PDRM membuat rondaan udara sekitar kawasan IBKN.

7.40 pagi: Jumlah kehadiran penyokong BN dam Pakatan Rakyat mula meningkat, cuaca cerah. Kelihatan ramai penyokong mengenakan topeng perlindungan pernafasan ekoran kebimbangan wabak influenza A(H1N1). Begitu juga anggota pasukan keselamatan.

7.30 pagi: Penyokong-penyokong parti mula berkumpul dalam lingkungan kawasan kira-kira satu kilometer dari IBKN. Ramai menggunakan topeng pelindung elak penularan wabak H1N1 di Permtg Pasir

7 pagi: Jalan Berapit ke Institut Kemahiran Belia Negara (IBKN) ditutup secara berperingkat kepada lalu lintas menjelang proses penamaan calon.

dikemaskinikan sentiasa


Era Najib Altantuya : Saksi Kes Linggam diugut, bimbang dibunuh!.

Majlis Peguam menyatakan rasa terkejut di atas keengganan saki-saksi penting kes Linggam dari memberi keterangan dalam tribunal disiplin Majlis Peguam berikutan pelbagai ancaman dan ugutan yang mereka terima. Majlis Peguam turut memahami kebimbangan mereka yang khuatir dibunuh atau dicampak dari bangunan. Mari kita lihat isu-isu pembunuhan yang berlaku sejak kebelakangan ini sejak UMNO terdesak:

"Malay Mail 14 Ogos, 2009
by Masami Mustaza

Trio have second thoughts about testifying at Bar Council hearing

THREE key witnesses in the Datuk V.K. Lingam video clip case have been receiving threats via text messages.

The witnesses fear for their lives and it has caused them to have reservations about testifying at the Bar Council's disciplinary hearing against the lawyer.

Of the three, only Kelana Jaya Member of Parliament Gwo-Burne Loh and Lingam's former secretary G. Jayanti had allegedly received the text messages at 12.25am on Aug 9 while V.K. Thirunama, Lingam's brother, was also named in the text messages."



1. Isu Pembunuhan Altantuya

hukuman mati ke atas 2 tertuduh yang tidak mempunyai motif membunuh Altantuya cukup pelik. Kenyataan akhbar oleh Razak Baginda bahawa Najibh tidak terlibat sebaik sahaja mahkamah melepaskan Razak (tanpa perlu membela diri) menambah keajaiban kes ini.

2. Teoh mati

Kematian misteri Teoh ini menimbulkan seribu satu tandatanya berhubung peranan SPRM dan UMNO dalam kematiannya.

3. Ong Tee Kiat diancam bunuh

Ong mengatakan wujud ancaman bunuh dari kepimpinan tertinggi BN. Ong ketua MCA. LOgiknya, kalau lebih tinggi dari Ong tentulah Najib atau konco-konconya..

4. Anwar pun nak dibunuh

Anwar dilabel sebagai pengkhianat. KJ dulu pun dah memprovok ahli UMNO apabila mengatakan Anwar pengkhianat lalu bertanya kepada ahli-ahli UMNO: "apa hukuman untuk pengkhianat?". Ini disahut dengan jeritan "BUNUH!" oleh ahli-ahli UMNO. POlis pun tiba-tiba jadi kecut perut dan tak berani bertindak ke atas KJ pasal dia orang besar, orang kerajaan..

5. Tok Guru nak dipenjara

Pemuda UMNO Kelantan berusaha memenjarakan tok guru dengan membuat pelbagai laporan polis palsu ke atas Tok Guru dan pelbagai kenyataan Tok Guru diputar belit oleh media.

kepada Pakatan, ambillah langkah berjaga-jaga. Orang gila UMNO ni macam macam kezaliman nak dibuatnya.. -dewa

Era Najib Altantuya : Surat Terbuka Untuk Pengerusi SPR

Surat Terbuka Untuk Pengerusi SPR

YBH. TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD. YUSOF
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA
Ybh.Tan Sri,

PULIHKAN IMEJ SPR : JANGAN JADIKAN SPR SEBAGAI SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT

Saya panjatkan doa ke hadrat Allah swt agar Ybh.Tan Sri berada dalam keadaan sihat walafiat.

Ybh.Tan Sri,

2. Nampaknya benarlah anggapan sebahagian besar rakyat di dalam Negara ini yang menganggap bahawasanya SPR adalah boneka kepada parti pemerintah UMNO untuk mengekalkan kuasa. Ini berdasarkan tindak-tanduk SPR tidak melambangkan slogan “Cekap dan Tulus” seperti yang dipaparkan.

3. Cara SPR melayan parti UMNO amat berbeza sekali dengan apa yang diperlakukan oleh SPR terhadap parti-parti pembangkang. Dari dahulu sampailah sekarang, pengerusinya saling bertukar-ganti, namun setiap mereka tidak boleh lari daripada penguasaan pengaruh UMNO terhadap perjalanan Suruhanjaya ini. Saya sedar Tan Sri merupakan bekas seorang pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara. Sudah tentu Tan Sri dipilih berdasarkan rekod perkhidmatan Tan Sri yang condong kepada parti UMNO, kalau terdapat secalit rasa simpati Tan Sri terhadap nasib parti-parti pembangkang, nescaya Tan Sri tidak akan terpilih. Hal yang serupa berlaku terhadap pengerusi-pengerusi terdahulu juga terpaksa melalui kaedah yang sama.

4. Kerajaan UMNO tidak akan memilih seseorang itu berdasarkan professionalisme yang ada pada seseorang individu itu, tetapi berdasarkan kecenderongan politik seseorang itu terhadap survival UMNO. Itulah hakikatnya termasuk Ybh Tan Sri sendiri yang mengalaminya. Ybh Tan Sri mesti mempunyai rekod ‘BERKHIDMAT UNTUK UMNO’ bukan berkhidmat untuk rakyat dan negara.

5. Oleh itu, saya dapat melihat dengan jelas tindakan Tan Sri membuat beberapa tindakan yang memberi advantage kepada UMNO. Sebagai contoh Tan Sri ada membuat kenyataan berbau ugutan dan ancaman terhadap parti-parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat bahawa Tan Sri akan menguatkuasakan sepenuhnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir yang akan diadakan pada 25 Ogos nanti, Tan Sri telah membuat kenyataan mengugut parti-parti dalam Pakatan Rakyat, Tan Sri tidak membenarkan parti PKR dan DAP mempamerkan bendera mereka kerana kononnya PAS yang bertanding, maka PASlah yang dibenarkan mempamerkan benderanya. Sekiranya PKR dan DAP tidak mematuhi arahan ini, maka tindakan undang-undang akan diambil. Disamping itu Tan Sri juga mengarahkan parti-parti pembangkang tidak membawa para penyokong yang ramai-ramai di hari penamaan calon pada 17 Ogos ini. Lain-lain arahan [seperti mendirikan barung, menyemak daftar pemilih, berkempen, merayu undi di hari mengundi dsbnya] yang dikeluarkan oleh Tan Sri boleh diterima pakai demi keselesaan para pengundi untuk membuang undi.

Ybh. Tan Sri,

6. Saya tidak nampak kerelevannya kenapa arahan sebodoh seperti itu dikeluarkan. Kalau ia bertentangan dengan undang-undang, maka ia perlu dipinda bagi membolehkan dan mengesahkan parti-parti yang tidak bertanding dibenarkan mempamerkan bendera masing-masing sebagai tanda kerjasama politik berlaku dalam pakatan di antara parti-parti politik, tidak kira sama ada dalam pilihan raya mahu pun dalam pilihan raya umum. Kedua-dua belah pihak boleh melakukannya dengan syarat-syarat tertentu. Tan Sri membuat arahan tersebut adalah semata-mata untuk menjaga maruah UMNO. Tan Sri takut UMNO kalah dalam perang saikologi di awal pusingan kerana ini melemahkan semangat ahli, penyokong dan para pemimpin UMNO untuk terus berperang dalam kempen memenangi hati pengundi-pengundi selanjutnya.

7. Tan Sri sendiri sedar bahawa buat ketika ini UMNO menghadapi masa depan yang gelap dan Tan Sri juga merasai detik-detik kehancuran UMNO mulai tiba. UMNO terlalu sukar untuk membawa ramai penyokong untuk turun sama-sama berarak mengiringi calon ke pusat penamaan calon kerana setiap penyokong yang hadir wajib dibayar makan-minumnya, pengangkutan wajib disediakan dan duit poket perlu diberi. Menang-kalah belum tentu lagi, tetapi duit berjuta telah dibelanjakan. Perkara ini tidak berlaku kepada pihak pembangkang. Penyokong-penyokong pembangkang menanggung sendiri segala perbelanjaannya, malah mereka sanggup pula memberi sumbangan terhadap perjuangan parti masing-masing. Ini merupakan satu kelebihan pembangkang yang tidak ada pada UMNO dan kerabatnya dalam BN.

8. Melihat kepada scenario tersebut, maka Tan Sri telah melakukan tindakan-tindakan membela, mempertahankan dan memperkukuhkan UMNO untuk terus survival sepertimana yang pernah dilakukan oleh pengerusi-pengerusi yang lepas, walaupun sebahagian besar rakyat meluat, benci dan marah kepada UMNO, tetapi Tan Sri telah bertindak melebihi kuasa yang dibekalkan. Di bawah ini saya perturunkan beberapa contah tindakan Tan Sri dalam membela UMNO:

i. Kerajaan Pakatan Rakyat runtuh di Perak adalah sebahagian perancangan Tan Sri dalam SPR membantu UMNO mengambilalih pemerintah di Perak secara haram di luar gelanggang demokrasi, disamping peranan Sultan Perak, PDRM, SPRM dan mahkamah turut membantu UMNO. Terbukti apabila Tan Sri bertindak sebagai hakim mahkamah mengisytiharkan bahawa tidak ada kekosongan yang berlaku di Dun Behrang [Jamaluddin Mohd. Radzi] dan di DUN Changkat Jering [Kapten (B) Mohd. Osman Jailu] seperti yang didakwa oleh Speaker DUN Perak, V. Sivakumar. Mereka berdua telah menghilangkan diri untuk bertemu Najib Tun Razak bagi tujuan tawar-menawar untuk memberi sokongan kepada UMNO, dan dalam masa yang sama kes rasuah mereka akan digugurkan seperti kes rasuah yang melibatkan Ghasidah Gadam. Tan Sri memberi alasan terdapat kekeliruan dalam soal perletakan ini berdasarkan surat tanpa tarikh. Tan Sri memang sedar bahawa setiap parti ada membuat peraturan seperti itu bagi mencegah dan menghalang ADUN yang terpilih melompat dengan sesuka hati. Begitu juga di bawah pentadbiran Dr.Mahathir Mohamad dahulu, perkara seumpama ini terut dilakukannya, malah menteri karbinet dipaksa menandatangani surat tanpa tarikh bagi menwujudkan keadaan ‘berjaga-jaga’. Dalam politik apa pun mungkin terjadi yang di luar kawalan kita.

ii. Tan Sri bertindak membantu UMNO dengan memberi ruang yang luas dan selesa bagi UMNO membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya kecil serentak di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau pada 7 April lalu. Hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Ogos sebaik sahaja UMNO selesai bermusyuarat agung [mesyuarat agung UMNO bermula dari 24 hingga 28 Mac 2009], pemilihan pemimpin baru UMNO berjalan lancar dan Najib berjaya mengambilalih tugas sebagai presiden menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang disingkirkan secara terhormat. Tan Sri terpaksa memanjangkan tempoh mengadakan pilihan raya kecil tersebut selama 58 hari, tempoh yang terpanjang dalam sejarah pilihan raya kecil di Malaysia [diisytiharkan kosong pada 9 Februari 2009]. Alhamdulillah, Pakatan Rakyat menang penuh bergaya, UMNO hanya menang di Batang Ai, Serawak yang pengundi kebanyakannya miskin dan buta huruf terpinggir daripada arus kemodenan Negara. Perkara ini berbeza dengan pilihan raya kecil di Permatang Pasir. Nampaknya Tan Sri terpaksa mengadakannya secara tergesa-gesa bagi mengelak UMNO daripada menerima kekalahan yang amat memalukannya nanti, walaupun dalam bulan puasa. InsyaAllah. Tan Sri takut di musim perayaan nanti anak-anak dari perantauan akan pulang ke kampung halaman masing-masing dan mereka akan berkempen secara tidak langsung membongkarkan kebobrokan UMNO dan ini boleh mempengaruhi para pengundi menolak UMNO dan menyekat pembangkang dan NGO-NGO [bukan seperti Pewaris] berkempen dalam tempoh yang lama yang memberi kesan buruk terhadap UMNO.

iii. Budaya UMNO mengamalkan politik wang dalam organisasinya dan dibawa keluar ketengah-tengah masyarakat melalui pilihan raya kecil atau pun pilihan raya umum dibiarkan, malah Tan Sri mendiamkan diri seolah-olah mengalakkan UMNO melakukan rasuah dalam pilihan raya. Contoh terbaru dalam pilihan raya kecil Manik Urai, dua laporan telah polis dibuat untuk tindakan lanjut daripada SPRM dan SPR sendiri, tetapi sehingga kini SPRM dan SPR yang Tan Sri selaku pengerusinya berdiam diri. Pertama laporan polis yang dibuat di Balai Polis Laloh pada 14 Julai lalu ke atas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana beliau telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954 yang menjanjikan [waktu berkempen] untuk membangunkan Manek Urai sekiranya UMNO menang dengan peruntukan sebanyak RM24 juta termasuklah membina jambatan yang bernilai RM7 juta. Kedua, laporan polis di balai polis Kuala Krai pada tarikh yang sama mendakwa UMNO telah merasuah pengundi pada hari pengundian dalam sebuah premis Kesedar di Sungai Peria iaitu 50 meter dari pusat pengundian SK Perai. Malaysiakini menyiarkan rakaman video insiden tersebut. Mengapa Tan Sri mengwakili SPR dan SPRM mendiamkan diri, tidak melakukan sebarang siasatan sepertimana yang dilakukan terhadap pembangkang, walaupun sebaris laporan dibuat oleh pihak UMNO, bangun bertindak pantas macam kucing mengejar tikus.

Paling kurang ajar ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh
Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Abdul Jalil Abdul Majid yang disiarkan oleh BERNAMA pada 12 Ogos lalu. Beliau mengugut dan mengancam para pengundi supaya memilih UMNO, kalau tidak peti undi yang UMNO kalah, rakyat di kawasan tersebut tidak akan diberi sebarang peruntukan. Katanya :
a. "Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi”

b. "Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka”.

c. "Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," [http://www.malaysiakini.com/news/110358]

Tidak cukup lagikah bukti untuk Tan Sri mengambil tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Jalil itu. Perkataan yang berbau ancaman dan ugutan terhadap para pengundi di Permatang Pasir merupakan satu kesalahan yang paling serious dan ia berbentuk rasuah dalam pilihan raya.Kenyataan ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954–Bahagian III: Perbuatan-perbuatan Rasuah dan boleh didakwa di bawah seksyen 10 mana-mana kurungan yang bersesuai (a) hingga (i). Sekiranya Tan Sri tidak mengambil tindakan terhadap kenyataan berbau ancaman dan ugutan ini, maka sah dan sahih Tan Sri adalah “BARUA” kepada UMNO.

10. Abdul Jalil ingat duit pembangunan itu datang daripada tabung UMNO atau daripada kocek keturunan mak-bapa dia atau daripada golongan beliau yang merompak harta rakyat dengan sewenang-wenangnya berbekalkan kuasa di tangan. Beliau lupa bahawa setiap sen duit pembangunan kerajaan datang daripada kocek seluar rakyat tanpa kira parti dan fahaman politik melalui pelbagai cukai yang dikenakan ke atas kepala rakyat. Kalau konsep ini diguna pakai, maka adalah dicadangkan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan [dengan petrokimianya] dan lain-lain negeri, berbagai cukai dan berbagai sumber lagi yang dikutip daripada rakyat yang tidak menyokong UMNO hendak hasil kutipan tersebut diserahkan kepada negeri berkenaan, tidak perlu lagi diserahkan kepada kerajaan persekutuan. Itu lebih memudahkan bagi kerajaan-kerajaan negeri memberi pembangunan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik dan perkauman seperti yang diamalkan oleh UMNO selama ini. Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat tidak perlu lagi menjadi pengemis lagi.

Oleh itu, saya mencabar ABDUL JALIL ABDUL HAMID supaya mencadangkan kepada kerajaan pusat [persekutuan] agar kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menguruskan kewangannya sendiri. Kalau tidak Abdul Jalil seorang pengecut dan mempunyai pemikiran Abu Jahal perosak masyarakat. Berfikiran jumud, sangat bodoh dan pendik akal serta hidup di zaman batu. Hakikat sebenarnya kerajaan persekutuan tidak ada sumber pendapatannya sendiri, ia bergantung daripada kutipan hasil daripada negeri-negeri yang kaya seperti negeri Selangor, Terangganu, Kelantan Serawak dan Sabah [yang kaya dengan minyaknya]. Allahmarhum Sultan Brunei membuat keputusan yang bijak kerana enggan menyertai pembentukan Negara Malaysia pada 1963 dulu, kalau tidak Brunei akan terus miskin, kerajaan persekutuan semakin kaya raya dan lebih ramai lagi para pemimpin UMNO menjadi kaya raya secara mee segera.


Jadi, Ybh Tan Sri perlu mengambil tindakan segera bagi memulihkan imej SPR yang kini popular digelar sebagai “SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT” seperti berikut :

1. Perlaksanaan sepenuhnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tanpa mengira parti dan tanpa rasa takut untuk menegakkan keadilan. Tan Sri hanya perlu takut terhadap Allah swt, bukan kepada manusia yang munafik dan fasik.

2. Bertindak secara bijaksana agar tidak mudah dipengaruhi oleh sentiment kepentingan politik oleh para pemimpin UMNO yang rakus dengan kuasa, kedudukan dan kekayaan.

3. Tidak boleh berkompromi dalam sebarang bentuk menyalahgunaan kuasa atau menggunakan harta kerajaan, baik di peringkat kerajaan persekutuan mahu pun di peringkat kerajaan negeri [yang diperintah oleh Pakatan Rakyat atau UMNO/BN] bagi kepentingan politik masing-masing dalam proses pilihan raya yang diamalkan.

4.Membenteras amalan politik wang yang semakin berluasa dalam sistem pilihan raya di Malaysia kini.

5.Berlaku adil kepada semua pertubuhan politik yang berdaftar tidak kira sama ia parti memerintah [UMNO] atau pembangkang [Pakatan Rakyat]. Semuanya mempunyai hak yang sama dari segi perlembagaan Negara, Cuma yang lebihnya UMNO diberi mandat untuk berkuasa buat sementara waktu bukan untuk selama-lamanya. Tidak boleh menggunakan kerajaan melawan parti politik dalam pilihan raya.

6.Mengawalselia media-media milik kerajaan supaya ia tidak disalahgunakan untuk berkempen semata-mata untuk UMNO sahaja ketika pilihan raya. Hak ini patut juga diberi kepada pembangkang untuk mengeluarkan pandangan dan ideologi masing-masing bagi dinilai oleh rakyat.

7.Bertindak tidak mengikut rentak tari UMNO, tetapi dahulukan kepentingan rakyat dan Negara daripada kepentingan para pemimpin UMNO yang opportunist.

8.Jangan bias kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.

9.Sekiranya Tan Sri gagal melaksanakan saranan ini dan UMNO masih melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang, mengkontrol semua sumber [PDRM, Kehakiman, Peguam Negara, SPRM, media dan SPR sendiri], maka jalan terbaik ialah mengusulkan kepada kerajaan melakukan pindaan perlembagaan bagi mengharamkan pertubuhan politik melainkan UMNO. Tegakkan sebuah kerajaan autokratik, bukan kerajaan demokrasi. Demokrasi tidak berguna selagi UMNO tidak mahu berubah. Demokrasi ala UMNO memusnahkan rakyat dan Negara.

Sekian, Terima kasih.Wassalam.

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

- Tun telanai

Era Najib Altantuya : Khairy Cuba Alih Isu Dengan Bangkitkan Pengundi Hantu

Setelah terpukul dengan calon bermasalah, Rohaizat Othman yang dikatakan telah dibatalkan lesen guaman sivilnya, UMNO BN hari ini mengambil jalan lain untuk menyelamatkan diri.

Kini Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di sini, hari ini.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Tindakan Khairy itu dilihat hanya untuk mengalih pandangan masyrakat terhadap isu calon UMNO BN yang kini telah menjadi pertikaian ahli-ahli UMNO sendiri di Permatang Pasir yang menurut mereka UMNO BN telah tersilap di dalam memilih calon untuk pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir.

Era Najib Altantuya : Apa Hak SPRM Guna Kekerasan? (updated)

Sekalipun dinafikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mereka menggunakan kaedah gestapo semasa menahan Wong Chuan How, pembantu khas kepada seorang daripada Exco kerajaan negeri Selangor, pada Jumaat lepas, namun tindakan melampau mereka bergelut dengan Wong adalah sesuatu yang ultra vires dan tidak professional.

"Adalah ditegaskan bahawa pegawai SPRM tidak pernah sama sekali menolak Wong (Ahli Majlis Perbandaran Sepang) sehingga beliau jatuh. Kecederaan yang dialami oleh Wong tidak akan berlaku sekiranya beliau mematuhi arahan yang telah diberikan dan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menyempurnakan siasatan yang dijalankan," menurut SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Ahad, bernama melaporkan.

SPRM berkata siasatan awal mendapati beberapa program dan bantuan yang menggunakan peruntukan pembangunan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek telah tidak disampaikan kepada pihak pemohon walaupun kelulusan telah diberikan dan cek-cek telah diserahkan kepada Wong.

Kata SPRM apabila Wong yang tidak digari hendak dimasukkan ke dalam kereta pegawai SPRM yang sudah pun menunggu di luar pusat tersebut, beliau secara tiba-tiba menepis tangan pegawai SPRM yang mengiringi beliau dan cuba melarikan diri.


"Pegawai SPRM terpaksa mengambil tindakan menghalang Wong dari melarikan diri dengan memeluk beliau dari belakang kerana beliau mula meronta-ronta dan akhirnya menjatuhkan dirinya di atas lantai kaki lima deretan kedai di situ.

Adalah tidak wajar samasekali pegawai SPRM mengambil tindakan sedemikian sekalipun Wong dituduh dan didakwa cuba melarikan diri kerana pegawai SPRM sepatutnya melaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan bukan untuk mengambil tindakn sendiri-sendiri bergelut dengan Wong.

"Kita ingin tahu undang-undang mana yang pegawai SPRM gunakan dan kuasa apa yang ada pada mereka untuk membenarkan mereka menggunakan taktik kekerasan di dalam menahan sesiapa juga yang disyakki oleh mereka," tegas seorang pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.

"Sikap tidak professional SPRM adalah jelas dan kita yakin hal yang sama telah menimpa kepada beberapa orang pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat sebelum ini sehingga berlaku kematian Teoh Beng Hock, pegawai khas kepada seorang exco negeri Selangor," tambahnya.

Sementara itu, banyak pihak membidas tindakan SPRM yang hanya melakukan siasatan kepada pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat tetapi tidak pemimpin dan ahli parti pemerintah UMNO dan BN. Malah kenyataan SPRM untuk menangguhkan penyiasatan tokoh-tokoh politik di dalam kes rasuah yang melibatkan skandal PKFZ dan ADUN BN Terengganu tetapi meneruskan siasatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat jelas menunjukkan sikap berpilih SPRM menjalankan tugasnya.

Timbalan Perdana Menteri sewaktu mebgulas berkata tidak sepatunya ada perbezaan di dalam penahanan seseorang.

"SPRM tidak sepatutnya membezakan siasatan ke atas orang politik atau orang biasa. Soalnya isu yang berbangkit ialah rasuah.

"Waktu yang lepas tidak ada masalah sesiapa pun yang dipanggil (untuk memberi keterangan) mereka beri kerjasama kerana ia hanyalah penyiasatan... belum lagi dihukum," katanya kepada pemberita di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull semalam bahawa SPRM akan memberhentikan siasatan serta-merta terhadap semua kes membabitkan ahli politik berikutan suruhanjaya itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak berhubung cara siasatan dijalankan.

Sebelum ini, SPRM dituduh bertindak kasar ketika menahan pembantu kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How, 50, di pejabat perkhidmatan wakil rakyat di Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Wong yang cedera di kaki mendakwa dia ditolak kakitangan SPRM.