21 Apr 2010

ZulKulim Dan Zahrain Ikut Najib Ke Washington Untuk Cerita Pasal Spender Anwar?

Datuk Seri Najib Razak, yang kembali dari lawatan luar negara awal pagi ini, muncul di sini dengan memberi ucapan seolah-olah mahu mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim — beliau sudah mengetahui “kesemua” rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Perdana Menteri berkata dua wakil Bebas yang mengikuti beliau ke Washington DC baru-baru ini — bekas wakil rakyat PKR — sudah mendedahkan segala perkara berkaitan dengan fitnah dan strategi pembunuhan karektor digerakkan oleh Anwar selama ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan rakannya dari Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin telah mengadakan pertemuan dengan Najib, yang disifatkan Perdana Menteri “sebagai hampir setiap malam” ketika berada di Washington.

“Saya tahu semua, sampai seluar dalam pun. Dia dah cakap segala-segalanya (kepada saya),” kata beliau dalam ucapan kempen sulungnya di pusat gerakan utama Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa di sini malam ini.

Bagaimanapun Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau tidak akan mendedahkannya kepada umum.

“Tapi saya tidak akan huraikan, biarlah saya simpan... biarlah ia antara dia dan Tuhan (yang tahu),” kata beliau.

Najib dijadual singgah di enam lokasi termasuk mengadakan solat maghrib di Masjid Bukit Sentosa.

Kira-kira dua minggu sebelum menyertai rombongan Najib, Zahrain dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 Sept mahu mengambil alih kerajaan pusat ketika sesi perbahasan di Parlimen.

Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia.

Ekoran pendedahan itu Najib berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Zulkifli yang mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.

Perdana Menteri berkata beliau ingin bertemu dengan bekas wakil rakyat PKR itu kerana mahu mencari kebenaran, yang menurutnya kebenaran akan muncul juga pada akhirnya.

“Saya mahu mencari kebenaran kerana saya percaya kebenaran akan muncul juga akhirnya,” kata Najib akhir bulan lalu.

Zulkifli juga pernah memberitahu beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Najib yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.

Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004. -TMI

Ulasan GB

Oh itu rupanya Najib nak tahu sangat, bab 16 Sept dan bab Altantuya dan itu rupa-rupanya yang nak disampaikan oleh 2Z ini kepada Najib.

Begitu besar bahana 16 September rupa-rupanya kepada Najib, sehingga terpaksa membeli dan mengheret dua orang bekas pemimpin PKR ke Washington untuk dapatkan maklumat. Persoalannya, apakah maklumat yang Najib perolehi itu benar?

Spender Anwar pun Najib kata dia dah tahu... heheh.. Spender Najib orang lain tak tahu ker?

Puteri Zainah, isteri pertama Najib tentu lebih arif tentang spender Najib... Tapi tak pernah orang heret Puteri Zainah sampai ke Washington nak tahu kisah seluar dalam Najib yang tentunya hapak dan berbau.

Aiseh Najib... Aiseh Zulkulim .. Aiseh Zahrain

Very low quality with very-very low mentality politicians we have in Malaysia...



Hishamuddin Tak Ingat Atau Buat-buat Tak Ingat?

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein "tidak ingat" sama ada dirinya lelaki yang minum arak dalam satu gambar yang tersebar dalam internet atau tidak. Ketika soalan ini diajukan oleh MerdekaReview kepada Naib Presiden UMNO ini, beliau menjawab, "Saya tak ingatlah..." (I don't remember.)

Beliau bertanya, "Apa yang mereka lakukan? Ada juga gambar isteri saya. Anda boleh lihat itu superimpose (diubahsuai). Gambar yang mengaitkan anak perempuan saya itu jelas bukannya! Untuk saya, saya telah membuat keputusan...(gambar yang) dalam web ini saya takkan jawab. Benda-benda begini."

"...Dan mereka melatah dalam konteks ini, itu terserlah kepada mereka. Tapi kalau nak cari tuduhan, dakwaan, gambar... gambar saya dengan student, gambar saya dengan perempuan, semua ada dekat dalam tu. Kalau nak tanya gambar ini dan itu...saya ke tidak? (Saya ada lagi) Banyak kerja lain, kalau kita nak buat ikut tanggungjawab dan amanah," sambungnya.

Hishammuddin menambah, "Itu realiti politik. Bagi saya, itu asam garam. Tetapi bila dia menyentuh isteri, anak-anak saya yang tak berdosa, itu maknanya mereka dah agak daif dan ketandusan nak berkempen dan nak memperjuangkan kedudukan mereka sebagai parti politik untuk rakyat Malaysia."

Dalam satu lawatan ke ladang Nigel Gardner kawasan Hulu Selangor pada hari ini, Hishammuddin Hussein diminta untuk respon kepada isu gambar yang tersebar di internet, di mana seorang lelaki yang menyerupai wajahnya sedang memegang tin arak.

Selepas tamatnya aktiviti di sebuah sekolah tamil, wartawan MerdekaReview meminta agar Hishammudin respon kepada isu gambar tersebut. Pada mulanya, beliau berkata beliau telah respon kepada isu ini pada waktu pagi. Wartawan kemudiannya bertanya sama ada beliaulah orang yang berada dalam gambar tersebut, lantas Hishammuddin mendakwa bahawa dirinya tidak ingat.

Menurut laporan Bernama pada pagi ini, Hishammuddin Hussein berkata beliau sedar akan wujudnya gambar ini di internet sejak lapan tahun yang lalu. Beliau mempertikaikan mengapa isu gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun, malah menyifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.

Zaid Ibrahim, calon PKR untuk PRK Hulu Selangor, berdepan dengan tuduhan "kaki botol" sebermulanya kempen PRK ini. Beliau telah mengakui kesilapannya dan mendakwa dirinya telah bertaubat. Bagaimanapun, serangan ini tidak terhenti dan Pakatan Rakyat kini membalas dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin UMNO yang juga meminum arak, dan memiliki syarikat arak.

*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang. -MR

Khairy Kelam Kabut Diaju Kisah Gambarnya Dengan Botol Arak Dan Betina Seksi

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.

Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya terpaksa akur dan membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.

Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Apabila ditanya oleh wartawan di lobi parlimen, hari ini, mengenai sekeping gambar di Internet, Khairy cuba mengelak menjawab secara langsung.

Gambar berkenaan menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman beralkohol di meja mereka.

Berikut wawancara berkenaan.

Wartawan: Adakah Pakatan hiprokit kerana menyerang BN berhubung kontroversi arak itu?

Khairy: Jika saya melayan soalan ini, ia akan berlarutansepanjang kempen Hulu Selangor. Anda juga sepatutnya dipersalahkan kerana bertanyakan mereka soalan berkenaan dan kemudiannya mengajukannya kepada saya.

Cukupla. Saya saya jawap ia akan berlarutan.

Adakah anda menyalahkan media?

Anda cuba memaksa saya berkata-kata demikian. Saya tidak kata saya menyalahkan media. Anda cuba membuat saya berkata-kata demikian.

Jadi, apabila merujuk kepada 'anda juga' siapa mereka sebenarnya?

Semua pihak - politik dan juga media. Perkara ini semakin tidak terkawal. Jika anda ingin menghentikannya dan media mengambil berat terhadap isu itu, anda sepatutnya berhenti daripada membuat laporan daripada kedua-dua pihak.

Hentikan kempen propaganda berdasarkan serangan peribadi di kedua-dua pihak dan hentikan heret ahli politik dengan menbdapatkan ulasan mereka. Saya berminat untuk melihat bagaimana anda akan menulis.

(Ketika meninggalkan parlimen, Khairy sekali lagi 'diserbu' oleh sekupulan wartawan lain dan ditanya isu yang sama).

Wartawan: YB, Saya berharap anda tak keberatan menjawap soalan...

Khairy: Saya mesti pergi, saya mesti pergi.

Pembangkang menyerang anda dan mendakwa anda juga seorang kaki botol...

Siapa? Saya mesti pergi...Huh? Apa yang perlu diserang?

Boleh komen mengenainya?

Apa yang perlu diserang?

Mereka menggunakan foto yang kontroversial...

Foto kontroversial apa itu?

...menunjukkan seorang lelaki sedang minum...

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Ya, saya sudah melihat gambar itu.

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Saya tidak pasti sama ada orang itu adalah anda...

Saya tidak minum. -mk

SPR Dikecam Kerana Pekakkan Telinga Pindahkan Pengundi

Pakatan Rakyat hari ini mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya kerana masih gagal mengambil sebarang tindakan berhubung isu pemindahan pusat pengundian lebih 14,000 pengundi di Parlimen P094 Hulu Selangor.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, meskipun bukti telah dikeluarkan, namun SPR masih tidak mengambil tindakan sewajarnya termasuk memaklumkan kepada pengundi yang ditukarkan pusat pengundian mereka.

"Ini sungguh memalukan bagi sebuah suruhanjaya yang mengendalikan pilihan raya yang bebas dan bertanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya.

"Di mana kewibawaan SPR. SPR ialah badan, suruhanjaya pilihan raya yang menguruskan pilihan raya untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan adil. Tetapi sekarang mereka tidak dapat mengurus perkara asas dalam pilihan raya," katanya pada sidang media di Pusat Media Pakatan di sini tengahari tadi.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat membidas SPR kerana mengubah pusat pengundian 13,488 pengundi yang akan mengakibatkan berlaku kekeliruan dan kacau bilau pada hari pilihan raya Ahad nanti.

Menurut Fuziah, undang-undang belah bahagi dalam peruntukan pilihan raya seksyen 7 (1) hanya boleh dilakukan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Bagaimanapun katanya, di Kampung Tanjung, dalam kawasan Sungai Choh, seluruh kampung berkenaan dipindahkan ke kawasan Parlimen yang lain tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan SPR.

Justeru itu beliau merayu kepada seluruh pengundi Hulu Selangor supaya menyemak pusat pengundian di bilik-bilik gerakan Pakatan Rakyat .

Fuziah berkata, KEADILAN kini terpaksa mengambil tanggungjawab tersebut dengan cuba membantu memudahkan para pengundi dengan membuka talian secara hotline yang boleh dihubungi di talian 019-326-9874 untuk pengundi luar.

Tambah beliau, pengundi di Hulu Selangor boleh datang ke bilik gerakan Pakatan Rakyat untuk membuat semakan atau melalui SMS dengan menaip SPR jarak semak jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

"Mereka boleh buat banyak cara untuk dapat tahu di mana mereka mengundi pada 25 April nanti. Kita juga sedang mencetak slip pengundi yang akan diberi kepada pengundi dalam masa terdekat.

"Kami akan melakukan yang terbaik. Kami melakukan tugas SPR. Sebab itu saya kata SPR satu badan yang tidak bertangungjawab, tidak kompeten dan mereka harus letak jawatan, tetapi malangnya mereka tidak menerima apa yang kami katakan dan terus dalam keadaan penafian sehingga memberikan bermacam alasan," tegas Fuziah lagi.

Sementara itu, calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kecewa dengan sikap SPR yang masih gagal memberi penjelasan dan membuat tindakan sewajarnya.

"Saya sebagai calon, saya menganggap SPR patut berlaku adil kepada kita. Sebab itu kita ada pilihan raya. Begitu ramai pengundi dipindahkan samada dipindah dalam Hulu Selangor, atau hilang langsung dari daftar pemilih.

"Apakah kita boleh tukar pengundi tanpa pengetahuan pengundi. Saya harap dalam beberapa hari ini SPR bertindak," tegas beliau.

Zaid menggesa SPR bertindak segera dengan membuka kaunter bergerak bagi memudahkan pengundi Hulu Selangor mengetahui di manakah mereka akan menunaikan kewajipan mereka.

"Kalau kamu ada kuasa sekalipun, kamu tak berhak mengubah pusat mengundi. Mereka ada hak untuk mengundi, itu adalah hak fundamental. Saya tidak hanya bidas SPR, saya bidas Perdana Menteri," kata Zaid. -SK

Poster G.Palanivel Turut Dipasang?

Kita sudah mengetahui bahawa pertandingan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor pada pengundian 25 April ini ialah antara calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN, P. Kamalanathan selepas dua calon bebas menarik diri yang mana kedua-duanya bekas calon bebas itu ialah dari MIC dan ahli Umno.

Namun, erapakatan.com mengesan bekas calon BN yang sebelum ini merupakan Ahli Parlimen (AP) selama empat penggal, G. Palanivel dikesan berkempen bagi mempromsikan dirinya walaupun beliau bukanlah calon BN bagi pilihanraya kali ini.

Poster Timbalan Presiden MIC itu dikesan dalam kawasan kubu kuat BN berhampiran Dewan Majlis Daerah Hulu Selangor di Hulu Yam (gambar).

Liew Chen Yang, 37, salah seorang penduduk di situ memberitahu, mungkin poster itu poster lama namun BN, dilihat sengaja enggan menurunkannya sehinggalah ke hari ini walaupun di sini merupakan kubu kuat MIC.

“Samada mereka sengaja atau tidak, kita tidak tahu tetapi yang pasti semacam ada protes dikalangan penyokong G. Palanivel di sini atas pemilihan P. Kamalanathan,” katanya.

Rekod menunjukkan kawasan itu yang menggabungkan antara Ulu Yam lama dan Ulu Yam baru terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Batang Kali dengan komposisi penduduknya adalah campuran dengan majoritinya masyarakat Cina.

Tidak jauh dari poster G. Palanivel itu terdapat satu markas BN dalam tokong Cina yang bukan sahaja dipenuhi kerusi kosong malah sepanjang tinjauan erapakatan.com mendapati ia lengang dari sebarang aktiviti kecuali beberapa petugas sedang berborak di kawasan itu.

Di sini juga kira-kira lima markas PKR di wujudkan termasuklah di persimpangan jalan menuju perkampungan itu.

Terdahulu, Presiden MIC, Samy Vellu hanya mencalonkan G. Palanivel sebagai calon BN dan ia dibantah keras oleh ahli perkauman Umno yang mahukan calon Umno ataupun pemimpin MIC yang akan membawa suara Umno di situ yang mengakibatkan G. Palanivel gagal bertanding.

Beliau juga enggan hadir semasa penamaan calon P. Kamalanathan malah jarang-jarang muncul di pentas kempen calon MIC itu.

Erapakatan.com sebelum ini mendedahkan G. Palanivel mula bekerja keras untuk berkempen sejak penghujung tahun lalu malah kempennya giat dijalankan pada pertengahan Januari tahun ini apabila mengetahui Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad kian tenat ketika itu.

Malah, segala kerja keras beliau telah disiapkan sebelum masuk bulan Februari lagi.

Apa yang pasti, krisis dalaman BN ketika ini kian parah dengan tindakan penyokong G, Palanivel yang melakukan protes senyap dalam PRK kali ini.

Bagi Datuk Zaid Ibrahim, walaupun seterunya yang bertanding ialah dari MIC, tetapi strategi kempen menunjukkan seolah-olah beliau sedang bertenpur dengan presiden Umno, Najib Razak yang dilihat kepmpen mereka lebih kepada fitnah dan jauh sekali mengemukakan fakta dalam ceramah-ceramah mereka.

“Mereka serang, kita balas dengan fakta, tetapi Umno bila diserang, mereka membisu, malah gagal menjawab isu yang kita ketengahkan,” katanya.

Antara isu yang berlegar di Hulu Selangor ialah isu kaitan Umno dengan sebuah perunding Israel, isu kehilangan enjit jet, rasuah pimpinan Umno yang tiada berkesudahan sehingga kini selain isu janji pembangunan yang ditabur dalam PRK Bagan Pinang dan sehingga kini gagal diselesaikan.

Malah, sepanjang PRK ini, beberapa pimpinan Umno sesuka hati mengumumkan projek tertentu untuk merampas undi rakyat di kawasan itu.

Parlimen Hulu Selangor sebelum ini dimenangi oleh calon Pakatan Rakyat iaitu Datuk Zainal Abidin Ahmad pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Sehingga hari kelima kempen PRK ini berlangsung, poster G. Palanivel itu masih gah tergantung bersebkahan dengan bendera rasmi Parti Keadilan Rakyat. -erapakatan

Zaid: Saya Bukan Kaki Judi, Orang Umno Selalu Ke Kasino

Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan pimpinan Umno yang terlibat dalam kegiatan perjudian tetapi memutar belit fakta dengan menuduh beliau bagi merosakkan reputasinya sebagai calon pilihan raya.

Tanpa gentar, bekas Menteri Undang-Undang itu turut mencabar mana-mana pihak supaya meneliti senarai nama pengunjungi kasino dan yakin nama pimpinan Umno yang bakal terpapar.

Sebuah blog yang mesra Umno BN menyatakan Zaid Ibrahim terlibat dalam aktiviti perjudian semata-mata beliau pernah memiliki seekor kuda lumba yang dinamakan 'Kelantan' ketika belum menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Ini adalah serangan peribadi kedua terhadap Zaid selepas dituduh sebagai peminum arak wal hal pelakuan itu berlaku ketika masih muda, malah beliau sudahpun bertaubat.

Sambil menafikan terlibat dalam anasir perjudian, Zaid Ibrahim juga tidak mahu mengambil endah kewujudan blog tajaan Umno BN yang giat mereka-reka bukti palsu termasuk mengubah suai gambar beliau.

“Blog begini tak usah layanlah," katanya.

Bagaimanapun, Zaid Ibrahim secara tegas mengganggap serangan peribadi yang dibidikkan kepada beliau ibarat meludah ke langit.

"Mengatakan saya seorang kaki judi, itu tidak benar. Itu fitnah. Kaki judi semuanya dalam Umno," katanya.

“Kalau pergi kasino, tak akan jumpa nama saya tapi akan jumpa satu nama tapi saya tidak mahu dedah, tidak mahu mengaibkan orang itu," katanya. -TVS


Bukti BN Terdesak

Tindakan Barisan Nasional (BN) yang didakwa menarik pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti adalah bukti BN sudah semakin terdesak kini.

Pengerusi PKR Negeri, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa, tindakan ‘membeli’ pemimpin dan wakil rakyat PKR adalah modus operandi sering diguna pakai BN, terutama menjelang pilihan Raya kecil.

Menurutnya, tindakan tidak bermoral itu tidak lain bertujuan merosakkan kredibiliti PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR).

“Walaupun perkara ini sudah lama berlaku, namun ia tidaklah separah sekarang ini. Malahan, ada laman web yang melaporkan bahawa sejumlah dana ada disediakan untuk ‘membeli’ pemimpin dan wakil rakyat PR supaya keluar parti.

“Malahan, sehingga sekarang, dakwaan ini tidak dinafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO ataupun BN,” dakwanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Azmin Ali, yang mendakwa kes-kes lompat parti membabitkan pemimpin dan ahli PKR didalangi individu dilabelkan ‘panglima besar’ UMNO.

Beliau mendakwa, tindakan itu dipercayai punca pemimpin dan wakil rakyat PR yang keluar parti sanggup menyerang dan memburukkan bekas pemimpin mereka semata-mata kerana ingin mengekalkan kekuasaan.

“Tidak mustahil apa yang disebutkan sebagai panglima-panglima besar itu wujud,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Shamsul Iskandar, walaupun gejala lompat parti kini semakin berleluasa, namun beliau yakin masyarakat sudah bijak menilai.

Menurutnya, PR juga akan menggunakan pelbagai media alternatif untuk memberi penjelasan sebenarnya kepada masyarakat umum supaya mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya yakin bahawa rakyat kini sudah semakin bijak dengan intelektual yang tinggi dan mampu berfikir mana yang betul atau sebaliknya,” katanya. -SH

Nazri Keterlaluan Dan Kurang Ajar

Inkues Teoh Beng Hock bersambung hari ini dengan peguam Karpal Singh menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz sebagai “kurang ajar” kerana melabelkan pakar pathologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand ‘pembohong’.

Karpal yang mewakili keluarga Teoh, minggu lalu mengemukakan permohonan bagi mendakwa Nazri menghina mahkamah berhubung kenyataannya itu.

"Ini adalah kesalahan yang serius kerana beliau cuba campur tangan dalam pelaksanaan keadilan,” Karpal memberitahu inkues.

"Menteri itu ‘bermulut besar’ dan ini bukan kali pertama beliau membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.”

Semasa disoal di Dewan Rakyat, semalam, Nazri bertegas mempertahankan kenyataannya itu.

Koroner Azmil Muntapha Abas akan memutuskan pada 26 April ini sama ada akan mendengar permohonan Karpal bagi mendakwa Nazri atas tuduhan menghina mahkamah.

Pada perbicaraan hari ini, peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor memaklumkan inkues bahawa pihaknya telah menulis surat kepada Kementerian Undang-undang Thailand pada 13 April lalu memohon kehadiran Pornthip bagi memberi keterangan.

Inkues juga dimaklumkan bahawa Kementerian Undang-Undang Thailand telah memberitahu kerajaan Selangor dalam sepucuk surat bertarikh 8 April lalu yang Pornthip tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugasan lain.

Bagaimanapun kerajaan Selangor belum menerima surat itu.

Menurut Malik, beliau juga tidak dapat mengesahkan sebab sebenar Pornthip tidak dapat hadir memberi keterangan.

Pada 11 April lalu, Pornthip berkata dia tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung semula kerana ‘tekanan politik’ dari kerajaan Malaysia.

Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand – tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat – supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi. - Malaysiakini