20 Jul 2014

Baju "Al-Fatihah": Dia Adalah Pelancong Korea, Baju Dibeli Di India


Makcik' pakai baju tulisan ayat al-Quran disiasat

SHAH ALAM - Polis sedang menjalankan siasatan ke atas seorang 'makcik' yang memakai baju dikatakan mempunyai tulisan ayat al-Quran selepas beberapa gambarnya tersebar di laman sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, makcik tersebut seorang warga Korea.

"Dah mula siasat kes 'makcik' tu. Dia baru sampai sini. Beli baju itu di India.

"Biar kita siasat lanjut. Semua bersabar lah," katanya dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Gambar wanita berkenaan mula menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Turut dimuatnaik adalah gambar wanita itu seolah-olah sedang dimarahi oleh seorang lelaki dipercayai kerana tindakannya memakai baju dengan tulisan ayat suci al-Quran itu.

Gambar tersebut yang tersebar luas di alam maya menaikkan api kemarahan sebilangan pengguna di laman sosial yang beragama Islam.

ULASAN GB

Dari semalam kecoh dengan isu di atas.

Rupa-rupanya ia bukan wanita Cina dari malaysia tetapi seorang pelancong dari Korea. Beliau mungkin tidak tahu menahu baju itu tertera tulisan Al-Fatihah dan memakainya in good faith - tanpa menyangkakan ia amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Sepertimana jika orang Malaysia membeli baju bertulisan Jepun, Russia dan sebagainya.

Tetapi ramai juga terjebak membangkit isu perkauman lewat baju berkenaan. Kononnya ada pengusaha Cina Malaysia yang sengaja mmengeluarkan "fesyen" baju berkenaan untuk menghina Islam. Tup-tup baju itu dibeli dari India...

Banyak sanagt ujian untuk umat Islam di Malaysia di bulan Ramadhan ini.... sehingga sukar untuk "bersangka baik". Mungkin.







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




MAS Nazak, Perlu Diisytihar Bankrap.. Bukankah Itu Memang Hasrat Najib?


Tidak! Tidak Mungkin Untuk Kali Kedua...Ya Allah Ya Tuhanku...!"

BELUM pernah dalam sejarah penerbangan awam dunia, dua pesawat dari model yang sama dan dari sebuah syarikat penerbangan yang sama musnah dalam tempoh empat bulan. Dan jika dicantum jumlah mangsa yang terkorban akibat malapetaka ini, ia adalah satu rekod dunia malah yang terburuk dalam sejarah penerbangan awam dunia. Malah Dunia pun tiada jawapan kepada bencana yang menimpa Syarikat Penerbangan Malaysia ini.

Akan tercatat dalam sejarah, dalam tempoh empat bulan sahaja, MAS kehilangan 534 pelanggan dan kakitangan dengan 239 orang dari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi sehingga kini tidak dapat dikesan dan dijejaki.

Sesungguhnya cabaran dan dugaan yang sedang dihadapi oleh MAS adalah sangat-sangat luar biasa dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk dipikul.

Jika kita di luar MAS berasa gundah, resah dan gelisah, apatalah lagi mereka yang berada di dalam syarikat itu.

Pesawat Boeing 777-200 milik MAS

Seorang bekas kakitangan MAS yang dikenali penulis menangis teresak-esak sebaik sahaja berita mengenai tragedi ini muncul di kaca televisyen.

"Tidak!Tidak mungkin untuk kali kedua...Ya Allah Ya Tuhanku..," katanya sambil menutup muka dengan kedua-dua belah tangan.

Itu airmata dari bekas kakitangan MAS, apatah lagi mereka yang masih berkhidmat.


Dalam kes ini, bukan sahaja MAS tetapi Malaysia sebagai sebuah negara sedang sengsara dan kebigungan menghadapi krisis kedua yang melanda syarikat penerbangan kebangsaan dalam tempoh tidak sampai lima bulan.

Pada 8 Mac lalu, MAS turut kehilangan pesawat dari model yang sama dan kehilangannya itu masih tidak ditemui sehingga ke saat ini sekaligus menjadikannya misteri antarabangsa paling dahsyat.

Bukan sahaja ia tidak ditemui malah secebis serpihan daripada bangkai pesawat tersebut pun tidak dapat dikesan.

Petanda di mana ia terhempas atau menghilang pun masih menjadi teka-teki yang tidak terjawab.

Kemudian insiden terbaru yang berlaku di Ukraine pada Khamis lagi menyayat hati. Kesemua 295 penumpang dan anak kapal terkorban dalam sekelip mata apabila pesawat dari model yang sama dan milik syarikat penerbangan yang sama hancur musnah jatuh terhempas di kawasan konflik antara etnik Rusia Ukraine dengan kerajaan pusat pimpinan etnik Ukraine.


Teori yang diperkatakan oleh semua orang ialah ia musnah ditembak menggunakan roket tapi tiada siapa pun yang tampil mengakui bertanggungjawab melakukannya atau pun dilihat melakukannya.

Sejak malam semalam sehinggalah ke saat ini, semua stesen televisyen tempatan dan antarabangsa iaitu dari CNN, BBC sehinggalah ke Al Jazeera tidak henti-henti menyiarkan program temubual khas untuk membicarakan tragedi yang menimpa pesawat MAS ini.

MAS untuk kali yang keduanya menjadi topik bualan paling panas semua agensi berita, media dan televisyen dunia.

Belum pernah dalam sejarah syarikat penerbangan ini, ia menerima liputan yang begitu meluas dan menjadi bahan berita utama dunia sebanyak dua kali dalam tempoh beberapa bulan.

Tetapi apa yang pasti ialah, syarikat penerbangan yang kini sedang nazak dan berhadapan dengan kemungkinan diisytihar bankrap sebagai jalan terbaik untuk memulihkannya semula perlu berhadapan dengan satu lagi kisah sedih, pahit dan malang serta perhatian dunia ekoran insiden kedua yang menimpanya.

Persoalan paling besar yang kini menjadi tanda tanya ialah bagaimanakah malapetaka seperti ini melanda sebuah syarikat penerbangan yang rekod perkhidmatannya adalah antara yang terbaik dan cemerlang di dunia dalam tempoh masa yang begitu singkat.

Percayalah, jawapannya akan terus diperdebatkan sehingga ke akhir masa... -mstar


Mungkin sudah terlewat untuk selamatkan MAS selepas MH370, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) daripada keadaan terkini, sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berjuang untuk terus bertahan berikutan kehilangan pesawat MH370.

Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, perdana menteri berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh.

"Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan para pekerja dan orang awam," kata Najib kepada WSJ.

MAS berkata semalam, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada bursa saham Malaysia.

Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS.

Berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu, Reuters melaporkan ia adalah kerugian suku tahunan terburuk MAS sejak Oktober- Disember 2011.

MAS kerugian bagi tempoh tiga tahun yang lalu, dilanda kos yang tinggi dan persaingan sengit, kata agensi berita.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semalam bahawa Putrajaya tidak akan menyelamatkan MAS berikutan prestasi hambar syarikat penerbangan itu.

"Adakah kerajaan Malaysia menawarkan apa-apa bantuan kepada MAS? Tidak," kata Hishammuddin pada sidang akhbar mengenai penerbangan MH370 di Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu WSJ bahawa beliau berpendapat masih ada peluang untuk memulihkan MAS tanpa bantuan kewangan yang mahal atau langkah muflis.

"Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan MAS," katanya.

WSJ melaporkan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang lain dan perkhidmatan awam, dikuasai Melayu bagi jawatan pengurusan atasan di MAS, dengan orang bukan Melayu lebih suka bekerja di sektor swasta.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberitahu WSJ bahawa MAS lebih daripada sekadar perniagaan.

"Ia juga berkaitan tujuan sosial dan politik. Ketika ia menghadapi masalah, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk bertindak dengan cara komersial," katanya.

Berita MAS sedang berhadapan dengan kebankrapan mewujudkan satu jurang di kalangan penganalisis dan Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia.

Ketua kesatuan itu, Alias ​​Aziz memberitahu WSJ memandangkan MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, bantuan Putrajaya adalah satu cara untuk menyelamatkannya.

"Kami memerlukan kerajaan untuk membantu kami. Kami perlukan bantuan mereka untuk membantu kami berkhidmat kepada pelanggan kami.

"Kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Kami berhak mendapat bantuan yang diperlukan," katanya.

Penganalisis bagaimanapun memberitahu WSJ bahawa MAS memerlukan “jalan keluar yang pahit”, walaupun ia bermaksud membenarkannya bankrap seperti yang dilakukan Japan Airlines beberapa tahun yang lalu.

"Akan ada persoalan di mana kerajaan akan melihat dan bertanya sama ada mereka harus mengisytiharkan kebankrapan.

"Satu-satunya jalan keluar adalah kemusnahan kreatif – menghapuskan syarikat penerbangan itu dan membinanya semula dari awal," kata Shukor Yusof, bekas seorang penganalisis penerbangan Standard & Poor .
-TMI (16 Mei 2014)


ULASAN GB

Selepas 2 bulan Najib berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh, maka pada 18 Julai 2014, MH17 pun terhempas ditembak jatuh di Ukraine mengorbankan 295 nyawa.

Hukum Alam yang berlaku persis mengiyakan kata-kata Najib itu, dan MAS kini benar-benar nazak. Tiada pilihan kecuali membangkrapkannya apabila nahas dua buah pesawat MH370 dan MH17 berlaku di dalam tempoh selang 4 bulan yang mengorbankan 500 orang kesmeuanya.

GB dah kata sebelum ini... "setiap perkataan adalah doa" (kullu kalan ad-du'a".

Najib, you asked for it!







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Wanita Lapor Polis Terhadap Akaun FB Palsu


Itu akaun palsu, bukan saya'

Tawau: Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan Datuk Mohd Jeffry Rosman mewakili kelab terbabit dan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara membuat laporan polis bagi meminta siasatan dilakukan terhadap satu akuan Facebook (FB) yang bernama Sim Kwang Yung dikatakan menghina juruterbang MH17 dan rakyat beragama Islam mengenai isu nahas terbabit.‎

Bagaimanapun Mohd Jeffry dalam kenyataannya turut meminta supaya orang ramai tidak bertindak melulu menuduh wanita berkenaan dan biar pihak berkaitan menjalankan siasatan mereka. ‎

"Ketika laporan dibuat pagi tadi di IPD Tawau, kebetulan saya terserempak dengan pemilik penama Sim Kwang Yung yang tampil membuat laporan polis menafikan bahawa beliau membuat kenyataan berbaur menghina agama Islam dan juruterbang berkaitan nahas MH17 yang kini tersebar meluas di laman sosial," katanya.

Beliau berkata, akaun FB aslinya adalah Kwang ‎Yung Sim manakala yang palsu Sim Kwang Yung Sim dan perkara itu sudah dilaporkan kepada polis pada 2012 mengenai akaun palsu berkenaan," katanya dalam kenyataan di Facebooknya miliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, pihaknya ada menerima tiga laporan polis berhubung isu terbabit termasuk penama asal akaun ‎Facebook terbabit.

"Tindakan akan diambil dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan, katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. -HM


GUNA AKAUN PALSU BERNAMA SIM KWANG YUM HINA KAPTEN MH17, GELAR ARWAH KAMBING

Dalam kita bersedih diatas nahas yang baru menimpa MH17, ada juga yang 'biadap' dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap juruterbang pesawat berkenaan.

Hari ini, SK menerima aduan dari seorang pengunjung page SiakapKeli yang memuat naik satu gambar 'screenshot' satu komen daripada pengguna laman social Facebook.


Di dalam gambar berkenaan, kelihat pengomen tersebut, seorang wanita berkata “Juruterbang Islam Melayu Bodoh. Kalau dia dah makan, mesti dia lebih fokus untuk tidak terbang dalam zon larangan! Apa yang kambing rumput tu fikir?”

Setelah siasatan lanjut dijalankan oleh SK, wanita berkenaan didapati berasal dari Tawau Sabah.


Lagi kajian terperinci dibuat, profil tersebut adalah profil palsu. Jelas sekali apabila pemilik sebenar nama dan gambar berkenaan marah kerana pemilik akaun palsu kerana menggunakan gambar beliau sejak November 2013 lagi.


Ayat menghina berkenaan sememangnya membuatkan umat islam berderau darah apa lagi di bulan puasa dimana adalah kewajipan umat islam berpuasa. Pemilik akaun palsu berkenaan sememangnya tiada hati perut dengan menggelar kapten MH17 sebagai kambing.

Sebaiknya selepas kejadian MH17 ini, kita banyakkan menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa bukan kata hinaan dan cacian. Kalau ingin salahkan seseorang, salahkan penembak pesawat terbabit.

Kepada pengguna laman sosial, berhati-hati dengan informasi yang diperoleh kerana banyak informasi yang tidak benar berlegar-legar secara bebas di laman sosial. Pastikan sumber berita anda sentiasa tepat supaya fitnah tidak berlaku.
- SiakapKeli.com










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Rakan Mahu Teruskan Perjuangan Ghaffar Tentang Sajian Arak Dalam Pesawat


MAS hilang penentang sajian arak dalam penerbangan dengan hancurnya MH17

Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin.

Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

"Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Ghafar adalah ketua pramugara pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.


Beliau meninggal bersama 298 yang berada di atas pesawat Boeing 777 tersebut.

Turut meninggal adalah kesemua 14 krew MH17 yang bersama Ghafar mengendalikan penerbangan itu.

Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.

"Sekarang salah seorang pejuang dalam jihad kita menentang alkohol dijemput pergi dahulu... tetapi kita akan teruskan perjuangan ini,"
kata beliau dalam Whatsapp.

Walaupun Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya, MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan milik negara masih menghidangkan arak dalam penerbangan.

Ia dibuat berdasarkan permintaan dan juga amalan biasa dalam mana-mana syarikat penerbangan utama dunia. -TMI


Allahyarham Ghafar bantah hidang arak dalam MAS


MASJID TANAH: PAS Kawasan Masjid Tanah menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kejadian yang mengorbankan Ketua Pramugara, Abdul Ghafar Abu Bakar yang bertugas dalam pesawat MAS, MH17 yang dtimpa kemalangan di sempadan Russia-Ukraine.

Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman berkata demikian ketika menyampaikan ucapan takziah kepada ibu Abdul Ghafar, Maimon Sarpan, 74 di rumah beliau di Kampung Seri Tanjung di sini tengah hari tadi

Maimon berkata beliau terkejut menerima berita kejadian tersebut apabila diberitahu oleh anaknya pada tengah malam peristiwa malam itu.

"Anak saya telefon suruh buka TV tengok berita, dia kata Salim terlibat dengan kemalangan tersebut, saya baru nak tidur masa itu"

"Tidak ada apa yang dapat saya katakan, hanya air mata yang mengalir mengenangkan anak saya ini," ujar beliau.

Menurur Maimon, Salim (nama panggilan keluarga untuk Ghafar) merupakan anak yang baik dan sentiasa ingat kepada keluarga.

"Kita mendoakan roh Allahyarham dan semua penumpang muslim lain dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin"

"Kami juga mengharapkan Mak Cik Maimon dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini," ujar Imran dengan nada sedih.

Dalam pertemuan itu Maimon menunjukkan gambar-gambar Ghafar dan sentiasa memuji kebaikan anaknya yang terkenal dengan kuat beragama dan sentiasa komited menjaga kebajikan keluarga.

Difahamkan Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

Seorang rakannya Halim Hassan menyatakan Ghafar adalah seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah, Halim Hassan menulis perkara itu dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Menurut rakan-rakannya dari kariah Masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis surat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak daripada sajian dalam pesawat MAS.

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.
-HD










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI