13 Mac 2013

Pencerobohan Sabah: Hal-hal Yang Perlu Kita Ketahui


Mari kita beri tumpuan pada Isu Lahad Datu :

1. Pengkhianatan UMNO dengan menabalkan Si Kiram menjadi Sultan Sulu sedangkan Si Kiram bukan waris yang sah..

2. Kiram diberi IC Malaysia.

3. Kiram bersekongkol dgn Tun Mahather membawa masuk warga philipinan dari sukul Tausug dan sulu secara berama di Sabah dan diberikan IC Malaysia utk mengundi dan memenangkan BN dalam Pilihanraya Sabah.

4. Melantik Kiram menjadi Timbalan pegawai daerah Kudat

5. Kiram menjadi Ahli UMNO Sabah.

6. Kiram menyandang jawatan Pengerusi PEKIDA Sabah.

7. Menjadikan Kiram sebagai kroni yg menjadi salah seorang paraih ikan yg terbesar di Sabah.

8. Rata-rata puak yang memberontak di Sabah (kebanyakannya) adalah Ahli UMNO.

9. Jika berlaku perbalahan dari kalangan Tausug / Suluk dgn warga tempatan Sabah yg sebenar maka pihak berkuasa lebih memihak puak Tausug dan Sulu kerana mereka dilindungi oleh UMNO Sabah.

10. Kegagalan Kerajaan UMNO menjaga keselamatan dan Kedaulatan Negara menjaga perairan negara dan lambat bertidak terhadap para pemberontak..

Sebab tu PM tak berani utk membawa Kes Lahad Datu ni ke meja rundingan sebab akan terbarai dan terburai semuanya...

Note :

Kini Kami Rakyat Malaysia mendesak agar Persidangan Tergempar Parlimen diadakan secepat mungkin kerana ianya adalah isu kedaulatan Negara.. Apa yang Najib takutkan jika benar beliau di pihak yang benar.. -sumber:fb Bekas Penyokong UMNO


Lagi Bukti Pemberian Kad Pengenalan (IC) Kepada Pendatang Haram Dari Filipina Bila Turut Di Serta Kad Keahlian UMNO.



Mungkin semasa melaksanakan projek berkenaan untuk satu tujuan, "Dalang Utama" atau pemikir projek berkenaan tidak terfikir akan implikasi dan risiko di sebalik projek berkenaan di kemudian hari.

Gara-gara projek IC ini membolehkan penceroboh berselindung di sebalik 'legalasi' berkenaan atau menjadikan waris warah mereka sebagai benteng untuk melindungikan diri.

Ini terbukti apabila ada di kalangan penceroboh itu terdiri dari rakyat Filipino yang sudah memilihi kad pengenalan legal negara ini. Terdapat di kalangan penceroboh yang mati katanya memiliki kad pengenalan Malaysia. Sejauh mana kebenaran belum ada kepastian tetapi kerajaan tentu ada maklumat ini. Pihak berkuasa tidak perlu menyembumyikan perkara ini dan patut dijelaskan secara terbuka tanpa memikirkan implikasi politik. Kebodohan diri yang memudaratkan umum elok diakui dan didedahkan.

Kita anggaplah tidak ada penceroboh yang mati itu memegang kad pengenalan Malaysia. Kita anggap mereka semua adalah rakyat Filipino bangsa Sulu?

Setakat ini seperti mana dijelaskan oleh pihak keselamatan dan berkuasa, mereka tidak berjumpa apa-apa dokumen di tubuh penceroboh yang dibunuh dalam Operasi Daulat? Jadi pihaknya tidak dapat mengenal inditatas penceroboh itu apakah mereka orang Filipino yang diberikan kad pengenalan atau tidak.
-fb




Tenaga risikan negara diguna bagi tujuan politik, dakwa Ghafir

Kegagalan agensi perisikan negara mengesan awal akan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah adalah punca utama banyak nyawa telah terkorban dalam insiden berkenaan.

Menurut bekas Leftenan Jeneral (B), Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, jika anggota perisikan menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal akan kemasukan penceroboh dari negara luar, maka insiden di Lahad Datu dapat dielakkan.

"Apa yang saya hendak tekankan perisikan tak berfungsi sehinggakan mereka yang masuk ini tidak dapat kita ketahui.

"Keupayaan mereka dari segi perisikan luar negara, badan dan aset mereka digunakan bagi tujuan operasi politik,"
dakwa beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Malah dakwanya anggota perisikan negara seolah-olah sudah "hilang kepakaran dan aset" untuk menjalankan kerja-kerja perisikan bagi menjaga benteng pertahanan negara.

Beliau meminta seluruh rakyat Malaysia menggesa kerajaan agar memohon maaf atas kegagalan menangani insiden di Lahad Datu sebelum keadaan menjadi parah dan membawa banyak kematian anggota keselamatan.

"Apa yang berlaku setelah 23 hari, lebih kurang, barulah kita hendak bertindak,"
katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak kerajaan untuk memastikan waris kepada wira negara yang telah terkorban diberikan jaminan pendidikan, perumahan dan pelan insurans kesihatan sebagai mengenang jasa ketua keluarga mereka yang telah terkorban.

"Untuk maksud ini saya menggesa rakyat Malaysia untuk bersatu atas prinsip dan pendirian yang jelas demi kemakmuran dan keselamatan rakyat Malaysia," ujar beliau.

Menurut Azmin, pihaknya turut dapat mengesan isu keselamatan di Lahad Datu dan Semporna ini cuba dialihkan kerana kegagalan kerajaan menanganinya.

Sementara, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sekali lagi mengulangi gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu keselamatan negara dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang.

Dalam perkembangan terbaru, polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Pihak polis sudah pun berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan kepada mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan.

Malah polis juga difahamkan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang memperlekeh dan mempersoal tindakan anggota keselamatan yang terkorban dan cedera dalam Op Daulat.

Bahkan mereka yang menyebar ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan juga akan berhadapan tindakan undang-undang.
-SH




[HOT] Siapa Taja Majlis Makan Malam Bersama PM Bernilai Lebih RM1 Juta Di Seremban?


PAS Negeri Sembilan hari ini mempertikaikan kos makan malam ‘Beramah mesra bersama PM’ anjuran Gabungan Persatuan Keturunan Cina Negeri Sembilan yang akan diadakan pada hari Sabtu 16 ini di Padang Majlis Perbandaran Seremban, bermula 7 malam.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata program yang berslogan ‘Janji DiTepati’ itu akan menyediakan 3, 000 ribu meja dan 30, 000 kerusi.

“Ini bermakna makan malam percuma akan disediakan kepada 30, 000 orang dan daripada maklumat yang saya terima, kos makanan untuk setiap orang adalah sebanyak RM30.00.

“Maka untuk menyediakan makanan untuk 30, 000 orang, pihak penganjur perlu menghabiskan wang sebanyak RM900, 000.

“Kos RM900, 000 untuk makanan sahaja dan itu belum dicampur dengan hadiah cabutan bertuah seperti sebuah kereta Proton Saga, lima motorsikal, lima set TV Plasma, 20 basikal, 100 baranag elektrik dan kos untuk mendirikan khemah, pembesar suara dan artis yang membuat persembahan.

“Logo kerajaan Negeri Sembilan turut dicetak dalam tiket cabutan bertuah.


“Persoalannya dari mana penganjur dapat peruntukan sebegini banyak untuk program ini? Ini satu pembaziran dan wang tersebut boleh dibelanjakan untuk perkara yang lebih manfaat, contohnya pembangunan sekolah jenis kebangsaan Cina,” kata Mohd Taufek yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi.

Tutup jalan

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Sembilan, Yau Con Seng pula mempertikaikan tindakan menutup sebahagian daripada Jalan Yam Tuan pada hari Sabtu ini.

“Kerajaan Barisan Nasional kata perhimpunan Bersih menyusahkan orang ramai kerana banyak jalan kena tutup dan merugikan peniaga.

“Tetapi tidak mengapa pula kalau jalan ditutup untuk program ini. Bagaimana pula dengan masalah ruang tempat letak kereta? Apakah ia tidak akan menyesakkan bandar Seremban?

“Menawarkan hadiah cabutan bertuah seperti kereta dan motosikal mungkin untuk menarik lebih ramai masyarakat Cina hadir ke program ini, sekaligus memberi gambaran kepada Perdana Menteri bahawa masyarakat Cina menyokong penuh Barisan Nasional.

“Tetapi saya percaya, masyarakat Cina bijak. Mereka akan mengambil hadiah cabutan bertuah dan ketika hari mengundi akan mengundi calon Pakatan Rakyat,” ujar Yau.

Sementara itu Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek berpendapat kekerapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang ke Negeri Sembilan membuktikan kegusaran mereka bahawa Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

`Janji-janji’

“Mereka datang dengan janji-janji. Selama 54 tahun lepas, mereka tidak buat (kekerapan bertemu rakyat) sedemikian.

“Kini mereka sudah merasa bahang kemarahan rakyat Negeri Sembilan menolak Barisan Nasional.

“Maka sejak Februari tahun lepas Najib sudah datang ke Negeri Sembilan sebanyak empat kali dan jika sah beliau hadir Sabtu ini, maka sebanyak lima kali.

“Sementara Muhyiddin pula sudah enam kali turun padang di Negeri Sembilan termasuk paling terbaru pada hari Jumaat minggu lepas.

“Menariknya kawasan yang kerap dan berkali-kali Najib serta Muhyiddin berkunjung adalah kawasan-kawasan yang Pakatan Rakyat telah menang pada PRU 2008.

“Walaubagaimanapun semuanya sudah terlambat. Rakyat Negeri Sembilan tidak kira Melayu, Cina atau India sudah membuat keputusan dan nekad menolak Barisan Nasional pada PRU-13 tidak lama lagi,” kata Mohamad Rafie. -FMT

Utusan Menipu & Memfitnah Lagi, UMNO BN Baling Telur, Dituduhnya PAS


PAS Jelebu, Negeri Sembilan menafikan laporan Utusan Malaysia yang mendakwa pihaknya melontarkan telur ke arah penceramah BN di Felcra Ayer Hitam Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Jelebu, Nor Hanif Selamat sebaliknya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mereka sebenarnya menjadi mangsa balingan mercun, botol, batu dan telur.

Malah, katanya, ia juga mengakibatkan tiga orang yang hadir ke ceramah Pakatan Rakyat berdekatan tempat itu anjuran kawasannya cedera terkena botol yang didakwa dibaling penyokong BN.

"Kita tidak membalas balingan yang dibuat. Suasana tegang semasa YDP Jelebu berucap. Selepas itu pihak polis minta tangguh ceramah.

"Mereka (BN) baling mercun, botol, batu dan telur. Telur yang dibaling ada dua jenis. Yang biasa dan telur tembelang.

"Cuma ada yang mereka baling tak sampai sebab jarak mereka dengan kawasan ceramah 50 meter," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Utusan: Kena ADUN Sg Lui

Pihaknya juga berkada ada membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam tentang kejadian itu.

"Pada hari kejadian, pihak polis dah ada awal dah masa ceramah bermula. Balingan memang pada kita.

"Pihak polis tak buat apa-apa. Jadi semalam, selaku penganjur, kami buat laporan polis," katanya lagi.

Utusan Online semalam melaporkan, kira-kira 15 penyokong PAS membaling telur ke arah penceramah BN iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad sehingga terkena lengan.

Laporan itu juga menyebut, Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ turut terkena balingan telur di bahagian badan.

Sementara itu, di pihak Pakatan, ceramah mereka sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua tetapi dibatalkan dan digantikan dengan Penyelaras JINGGA 13 Fariz Musa setelah mendapat maklumat awal berhubung rancangan "kekacauan" itu.

"Saya dah beritahu Tian Chua awal-awal supaya jangan datang. Sebab kita dapat maklumat mereka akan turun, jadi sebab bimbang keselamatan Tian Chua kita batalkan dia dan ganti dengan Fariz Musa. -mk

Ulasan GB

Utusan ni memang tak takut Tuhan.

Sentiasa saja melakukan tuduhan tanpa takut berdosa lantaran memfitnah.

Ya Allah, Kau timpakanlah pukulanMu yang amat dasyat ke atas pemfitnah yang bernama UTUSAN itu sepertimana janjiMu:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

[GAMBAR TERBAIK] Bendera PAS Depan Rumah Di Sebuah Pulau


Dua buah bendera PAS berkibar megah menghiasa depan rumah di pulau Batu-Sapi.

Menyedari rezeki itu di tangan Tuhan, bukan di tangan UMNO BN, mereka memanifestasikan "tak kebuloq tak dpaat BR1M, tak kelapaq jika tak sokong UMNO BN".

SMS Menyayat Hati Dari Allahyarham Prebet Hurairah


Ismail Hussin, 55, menunjukkan sms terakhir yang dihantar anaknya, prebet Ahmad Hurairah, 24, (gambar kecil) yang terkorban dalam Ops Daulat di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, hari ini. Jenazah Hurairah dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara di Subang pagi ini.

Bapa reda anak terkorban pertahan negara

"Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara," kata Ismail Husin, bapa Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, semalam.

Ismail, 55, berkata beliau menerima berita sedih yang menimpa anaknya itu kira-kira 2.30 petang ini daripada seorang rakan Allahyarham yang menelefon memberitahu anaknya terlibat dalam pertempuran dan terkorban.

"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di Pasir Mas hari ini.

Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tawau, Sabah, terkorban dan dua penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

Ismail, seorang petani, berkata Allahyarham anak ketiga daripada 12 beradik dan seorang anak yang sentiasa mengambil berat serta banyak membantu keluarga.

"Kali terakhir arwah menelefon saya pada 1 Mac, masa itu dua anggota polis terkorban.

Arwah beritahu suruh doakannya sentiasa selamat sebab dia nak pergi ke Lahad Datu.

"Kali terakhir arwah (menghantar) SMS ialah 10 Mac (Ahad) beritahu dia kena standby untuk ke Lahad Datu," katanya sambil memberitahu Allahyarham telah empat tahun berkhidmat dalam tentera.

Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata beliau memang sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu tetapi demi perjuangan untuk mempertahankan negara, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT itu.

Anggota keluarga, kenalan dan penduduk kampung mula berkumpul di rumah keluarga Allahyarham untuk menunggu ketibaan jenazah.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba pagi esok dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang. - Bernama


Lahad Datu: Korban terbaru, PAS ucap takziah

PAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang menjadi korban terbaru dalam misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS mendoakan Allahyarham memperoleh ganjaran setimpal dari Allah atas tugas mulia mempertahankan negara.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga seorang tentera Malaysia yang menjadi korban terbaru di Sabah dalam insiden tembak menembak pagi tadi.

"Saya dimaklumkan Allahyarham berasal dari Kelantan dan jenazahnya akan tiba pagi esok di Pengkalan Chepa.

"Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada Allahyarham yg terkorban mempertahankan kedaulatan negara," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan melalui Facebook petang ini.

Seorang lagi wira Malaysia terkorban di Lahad Datu. Takziah buat keluarga Prebet Mohd Hurairah dari Kelantan yang bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah. Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Dalam insiden pagi tadi, Mohd Hurairah yang berasal dari Kelantan dan bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah terkorban ketika bertempur dengan penceroboh di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini.

Dalam pertempuran itu juga, tiga orang penceroboh turut ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Korban terbaru hari ini menjadikan jumlah keseluruhan anggota keselamatan yang terkorban seramai sembilan orang dipihak penceroboh seramai 57 orang.

Allahyarham Prebet Mohd Hurairah merupakan anggota tentera pertama yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.
-HD



Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi esok.
Ulasan GB

Semuga roh allahyarham tenang di sisiNya... Al-Fatihah...

Musa Hitam: Negara Takkan Bangkrap Sekiranya Pakatan Memerintah


Tun Musa pertahan dasar Buku Jingga PR

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.

Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.

“Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan.

“Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing.

“Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, selepas menghadiri Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ di Kompleks Karangkraf.

Wujud spekulasi

Wujud beberapa spekulasi yang meramalkan hutang negara akan bertambah sehingga menyebabkan muflis sekiranya Pakatan mengamalkan dasar ekonomi yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

Antaranya penghapusan tol, pengurangan harga minyak, pendidikan percuma serta menurunkan harga kereta.

Musa berpendapat tidak ada pihak yang sanggup dan sengaja membiarkan ekonomi jatuh kerana ia tanggjungjawab selepas diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara.

“Hasrat mereka (Pakatan) sama seperti yang lain iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Sebab itu mereka bersaing untuk menang dalam PRU dan untuk membuktikan siapa lebih layak,”
katanya.

Bekas Menteri Dalam Negeri itu juga berkata, semua pihak perlu menerima hakikat tidak mustahil perkara ini akan berlaku dalam realiti dunia politik demokrasi.

Enggan ulas lanjut

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perincian dasar ekonomi yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat kini giat turun padang memberi penjelasan kepada rakyat tentang tawaran dasar ekonomi yang dirangka bagi meraih sokongan undi semasa PRU 13 nanti.

Manakala di pihak Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpinnya menganggap tawaran Pakatan itu mampu menggugat kestabilan ekonomi.

Malah, wujud perang siber di media sosial yang menyiarkan video dan menggelarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Mr Mansuh’.

Sementara itu, Musa dalam ucapannya menyelar sikap sesetengah ahli politik yang gemar memainkan sentimen perkauman sebagai modal politik.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah terdesak yang akhirnya boleh memusnahkan negara.

Bangkrap politik “Barang siapa guna isu perkauman dia adalah ahli politik yang bankrap.

“Banyak isu yang boleh dibahaskan untuk pembangunan negara selain hanya nak takutkan rakyat dengan isu perkauman,” tegasnya.

Sementara itu, beliau yakin Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya mencapai matlamat apabila kemiskinan tegar semua kaum dapat dikurangkan.

Malah beliau berpendapat 30 peratus penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi juga turut tercapai.

Musa yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu turut menepis persepsi survival ekonomi Melayu kini terancam.

Katanya, perasaan rendah diri boleh berubah sekiranya pemimpin tidak menyalahgunakan peluang yang ada untuk kepentingan politik. -FMT

Ulasan GB

Cetak dan edarkan kenyataan ini kepada rakyat seluruh negara terutama rakyat kampung yang telah ditipu oleh media massa pro-BN.