12 Mac 2009

Altantuya : Gobind Gelar Najib Sebagai Pembunuh

Timbalan Perdana, Najib Razak yang kini ditekan atas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dikejutkan hari ini dengan panggilan "pembunuh" oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Deo dalam Dewan Rakyat.

Kejadian berlaku apabila Gobind bangun mengajukan soalan sejurus sahaja Najib selesai menyampaikan ucapan beliau.

Anak kepada tokoh veteran DAP Karpal Singh itu menyentuh mengenai kes kematian mengejut A Kugan, seorang pemuda berusia 22 tahun yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket curi kereta mewah pada 20 Januari lalu.

Gobind meminta Najib menjawab sama ada mereka yang terbabit dengan kematian Kugan akan di dakwa.

Gobind turut merujuk kepada perbicaraan Altantuya yang berat sebelah kerana saksi penting seperti Najib tidak dipanggil oleh mahkamah untuk memberi keterangan.

Timbalan Speaker, Ronald Kiandee dengan segera cuba menyekat Gobind daripada terus bercakap atas alasan apa yang disentuh oleh Gobind tidak relevan.

Melihat Najib tidak menjawab dan sedang bangun untuk meninggalkan dewan, Gobind berkata, "saya belum habis bertanya dengan anda.”

“Tolong duduk dan jawab soalan saya. Jawap soalan saya Pembunuh,!” tegas Gobind.

Isteri Najib, Rosmah Mansor berserta dua anak mereka juga berada di galeri awam semasa kejadian itu berlaku.

Setelah beberapa kali di minta duduk, akhirnya Gobind diperintahkan keluar dewan dan digantung dari dewan sehingga tamat sidang hari ini.

"Tuan Speaker, anda sepatutnya berasa malu atas tindakan ini," kata Gobind semasa beliau diiring pengawal keluar dari dewan.

Beliau berkata penggantungan dari menghadiri sidang dewan tidak memberi kesan terhadap beliau tetapi menegaskan soalan yang penting harus diajukan kepada pihak berkenaan.

Laporan : TVAntara
Video Klip : Edisi 7


PPSMI - Polis Ambil Sikap Kurang Bijak

Polis hari ini dilhat mengambil sikap kurang bijak apabila terus ingin mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta yang menghadiri perhimpinan Anti-PPSMI 7 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat hari ini meminta beberapa orang pemimpin PAS, PKR dan GMP menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan berhubung perarakan pada Sabtu lepas.

Diantara mereka yang diminta menghubungi polis termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa, Ketua Pemudanya Salahuddin Ayob, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hasan Ahmad, Prof Shaharir Mohd Zain, Hasni Abas, Abdullah Hasan, Che Shamsudin Othman, Mohammad Faizal Abd Aziz, Aizad Mohd Saleh, Muhammad Haafizuddin Abirerah, Kamarulzaman Mohamad, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Suhaizan Kaiat, Ainon Simo@Mohd@Somo, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Idris Ahmad dan Rozan Azen Mat Rasip.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah berkenan untuk menerima memorandum yang diserahkan oleh rakyat yang membantah perlaksanaan PPSMI sekalipun pihak polis telah menggunakan kekerasan yang melampu pada hari berkenaan untuk menyuraikan para peserta perhimpunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga telah meminta Kementerian Pelajaran supaya mengambil langkah untuk menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin kerana PM mengakui tentang wujudkan keresahan di kalangan rakyat terhadap perlaksanaan PPSMI tersebur.

Banyak pihak beranggapan tindakan polis untuk menahan dan menyoal-siasat pemimpin-pemimpin PAS dan GMP sebagai tindakan kurang bijak kerana ia akan lebih mengakibatkan isu tersebut terus dibincangkan oleh rakyat disaat ia telah pun reda dan akan mengundang simpati rakyat terhadap mereka yang disoalsiasat apatah lagi jika polis mencadangkan keputusan untuk mendakwa mereka nanti.



Kes Altantuya AMK Minta Polis Usah Double Standard

AAngkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada kadar segera berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 yang lepas antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.

AMK mendesak agar pihak polis tidak bersikap double standard di dalam siasatan kes ini. Sekiranya polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan ke atas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?

AMK akan menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib untuk menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera. Susulan daripada laporan polis ini, AMK akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus di dalam mengendalikan siasatan kes ini.

AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat secara telus dan terbuka.

AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Maka bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaannya yang menemui bukti baru mengenai kes wanita Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu.

Shamsul berkata, beliau memberi keterangan kira-kira sejam bermula pukul 11.15 pagi tadi di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini.

"Hari ini saya memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi Sabtu lalu mengenai bukti baru yang saya dapati daripada satu artikel yang disiarkan sebuah laman web akhbar Perancis pada 6 Mac lalu.

"Artikel itu mengaitkan Razak (Baginda), (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor) dalam kes pembunuhan Altantuya disebabkan komisyen berjumlah 114 juta Euro," katanya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Shamsul berkata, berikutan itu, beliau telah meminta pihak polis membuka semula kes siasatan terhadap Razak dan menyiasat Najib serta Rosmah.

Selain itu katanya, beliau turut mengemukakan salinan kenyataan salah seorang tertuduh bagi kes itu iaitu anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar tentang penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya.

"Selain itu, pegawai polis tersebut turut bertanya saya mengapa saya tidak mengemukakan laporan ini kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Saya berkata kepadanya, kes ini adalah mengenai dakwaan membunuh. Walaupun terdapat unsur rasuah tetapi dakwaan bunuh adalah yang utama," katanya.

Shamsul berkata, pihak polis memaklumkan bahawa kes itu akan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur.

Nasib dua individu yang dituduh membunuh Altantuya, Sirul dan seorang lagi anggota UTK, Cif Inspektor Azilah Hadri akan diketahui pada 9 April ini.

Perbicaraan mereka telah berlangsung selama 159 hari di Mahkamah Tinggi Shah Alam bermula 18 Jun 2007 dan berakhir pada 17 Februari lalu.

Azilah, 33, dan Sirul, 37 diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor kira-kira jam 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi, manakala Sirul pula memilih membacakan keterangan bertulisnya dari kandang tertuduh.

Pada 31 Oktober tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Md Yasin memerintahkan Razak, 48, seorang penganalisis politik yang sebelum itu dituduh bersubahat dalam kes itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam tuduhan bersubahat.



Azalina Akan Menerima Hukumannya

Menteri pelancongan, Azalina Othman Said akhirnya menerima balasan daripada apa yang dilakukan terhadap Pakatan Rakyat.

Hari ini dilaporkan SPRM melakukan pemeriksaan mengejut di Kementerian Pelancongan semalam dan dikatakan merampas sejumlah fail serta menyoal siasat beberapa pegawai kementerian itu.

Ini ekoran laporan sebelum ini dimana Setiausaha Politik kementeriannya Sdr Amran Mat Noor ditahan kerana didapati membawa bersama wang tunai RM75,000 dalam keretanya.

Menurut akhbar Malaysian Insider, siasatan SPRM terhadapnya menandakan berakhirnya kerjaya beliau sebagai seorang menteri sekalipun berkemungkinan SPRM tidak memperolehi bukti kukuh terhadap gejala politik wang yang dilakukan menjelang pemilihan UMNO dimana beliau akan beranding sebagai salah seorang ahli majlis tertinggi. Namanya bakal juga dicicirkan dari sebarang jawatan menteri yang bakal diumumkan selepas pemilihan nanti.

Ini kerana menurut akhbar online itu bakal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mempunyai cukup banyak kontroversi dan masalah mengikutinya nanti ke jawtannya itu, dan dia tidak perlukan menteri-menterinya untuk mempunyai "tanda soal" di hujung nama masing-masing.

Memetik tulisan Barry Wain di dalam artikelnya di dalam Far Eastern Economic Review, Najib membawa bersamanya masalah politik yang besar tatkala memegang jawatan PM nanti, iaitu, kontroversi yang menyentuh pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu pada tahun 2006.

Azalina yang mencatat sejarah kerana dua kali menang tanpa bertanding bertanding di kawasan parlimen Pengerang, Johor pernah menimbulkan kontroversi apabila mengumumkan kementeriannya mengambil keputusan membatalkan kesemua Perjanjian persafahaman (MOU) yang telah ditandatangani dengan kontraktor dan pengusaha pelancongan berkaitan pelaksanaan aktiviti pelancongan di lima negeri yang dikuasai pembangkang tersebut.

Menteri berkenaan berkata tindakan itu diambil kononnya kementerian tersebut bimbang strategi dan pelaksanaan pelancongan negara tidak dapat diterima oleh kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.

Kelab GB sewaktu itu MENGUTUK KERAS tindakan menteri berkenaan yang berfikiran sempit serta kolot, yang masih menggunakan pendekatan penganiayaan dan kezaliman sepertimana yang dilakukan oleh pihak kerajaan pusat di dalam menyekat peruntukan pembangunan kepada negeri Kelantan sebelum ini.

Kini tindakannya untuk menyekat penyaluran peruntukan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat menerima balasannya.

Masih terdapat banyak lagi kementerian-kementerian yang telah melakukan diskriminasi terhadap Pakatan Rakyat. Malah di parlimen hari ini, seornag timbalan menteri ternag-terangan mengakui peruntukan khas disediakan kepada wakil Barisan Nasional bagi mengagihkan sumbangan secara terus kepada rakyat tetapi peruntukan yang serupa tidka disediakan untuk wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.




Khir Ditelanjangkan Di DUN Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Azmin Ali semalam mendedahkan perbuatan penyalahgunaan dana negeri oleh isteri bekas mentri besar Datuk Seri Khir Toyo untuk bercuti di luarnegara, termasuklah satu lawatan ke Disneyland Tokyo pada 2007.

Amin memberitahu Dewan Undangan Negeri Selangor mengenai catatan kerajaan negeri yang menunjukkan Pertubuhan Kebajikan Isteri ADUN dan Ahli parlimen Selangor Balkis) yang dipengerusikan oleh Datin Seri Zahrah Kechik juga telah menyalahgunakan "peruntukan kebajikan" untuk membeli pakaian dan lain-lain peralatan.

Balkis telah dibubarkan pada Mac 11 sebelum Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac, 2008.

Pada 2007, syarikat pelaburan kepunyaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mencatatkan RM1.2 juta untuk kos perjalanan termasuklah lawatan teknikal Balkis, dedah Azmin.

Beliau memberitahu dewan yang beliau mempunyai rekod bagi membuktikan Balkis melakukan "lawatan teknikal" ke Disneyland Tokyo.

"Teknikal apa ke Disneyland? Nak jumpa Mickey Mouse? Kalau pergi ke industri di Tokyo dan Eropah, (saya) boleh terima lagi. Ke Mongololia pun saya mungkin boleh terima lagi," katanya sinis.

Rekod-rekod juga menunjukkan Balkis juga membuat "lawatan teknikal" ke Korea dan Hong Kong selepas Tokyo.

Balkis juga menerima peruntukan yang besar dari PNSB untuk tujuan kebajikan tetapi laporan awal yang diterimanya mendedahkan dana itu telah digunakan untuk pakaian dan perhiasan para ahli.

"Apa ini? Jika ini fitnah, saya rela didakwa di mahkamah," tegasnya.

Beliau sebelumnya juga telah mendedahkan salahguna transaksi dan korupsi oleh PNSB di dalam pembelian apartment di Mekah.

Pejabat Menteri Besar Selangor sebelum ini pernah mendedahkan kerajaan negeri Barisan Nasional melakukan pelaburan untuk apartment di Mekah, Arab Saudi bernilai RM17.5 juta pada 2007.

Pengarah-pengarah PNSB hanya meluluskan pembelian 5 unit apartmen tetapi 12 unityang telah dibeli dan ia didaftar di atas nama persendirian. Tujuh unitnya kemudian dijual semula kepada individu yang tak diketahui kerana ketiadaan resit untuk mengesahkan transaksi tersebut.


Perlukah Nizar Mengadap Sultan?

Persoalan kini, perlukan Dato Seri Mohammad Nizar mengadap Sultan di dalam situasi pihak Istana TELAH pun mengambil pendirian yang jelas tidak akan membubar DUN dan tidak akan mengadakan pilihanraya?

Sebagai parti yang bermaruah, sebagai parti yang masih menerima sokongan rakyatnya dan setelah segala usaha untuk menemui Sultan Perak dilakukan tidak dilayan sewajarnya dan, jika pihak Istana sudah enggan untuk menemui Nizar yang mewakili rakyatnya, maka rasanya tumpuan kini bukan sepatutnya kita menghabiskan masa melakukan kerja yang sedemikian rupa.

Kalau padi katakan padi, tidak patik tertampi-tampi.

Banyak lagi kerja-kerja berguna yang boleh kita lakukan untuk merebut semula hak-milik kita yang dicuri, kerana apa yang jelas, sesuatu yang dicuri tidak ada berkatNya dan ia pasti akan kembali kepada kita semula.

Yang perlu kini kita lakukan ialah gembelengkan segala usaha untuk pastikan kita mencapai kemenangan cemerlang di dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk bertindak sebagai satu manifestasi rakyat terhadap apa yang telah menimpa.

Mujurlah rakyat bersama kita. Jagalah hati rakyat sekali pun segala pihak menekan kita.

Strategi pertama dari Sun Tzu: Perdaya Langit untuk melewati Samudera.

Bergerak di kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan tempat-tempat tersembunyi, atau bersembunyi di belakang layar hanya akan menarik kecurigaan. Untuk memperlemah pertahanan musuh kita harus bertindak di tempat terbuka menyembunyikan maksud tersembunyi kita dengan aktiviti biasa sehari-hari!


Isu Pemberian Tanah Sekolah Cina: Zambry Menipu Rakyat

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) menyifatkan kenyataan Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir untuk meneruskan pemberian tanah kepada Sekolah Jenis kebangsaan Cina sepertimana yang telah diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebelum ini sebagai hipokrit dan menipu rakyat.

Menurut Presidennya, Mohd Hafez Sabri beliau amat kesal dengan kenyataan Dato’ Zambry tersebut kerana sebelum ini pemimpin UMNO berkenaan pernah menuduh kerajaan Pakatan Rakyat dan Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai boneka DAP hanya kerana pemberian tanah berkenaan.
“Dulu waktu Dato’ Seri Nizar umumkan pemberian tanah kepada sekolah cina, beliau (Dato’ Zambry) mengatakan kononnya Dato’ Seri Nizar sebagai boneka DAP lah, alat kepada cinalah, pengkhianat Melayulah. Sekarang bila dah bentuk kerajaan, beliau pula setuju dengan pemberian tanah tersebut” jelas beliau.
Beliau secara sinis turut mempersoal wajaran Zambry meneruskan dasar Nizar sekarang.
"Jadi jelas sekarang siapa sebenarnya pengkhianat Melayu dan siapa sebenarnya yang menjadi alat kepada bangsa asing” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, meskipun beliau menyokong pemberian tanah tersebut, namun beliau turut mendesak Dato’ Zambry untuk memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Seri Nizar atas tuduhan dan fitnah beliau sebelum ini kepada Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat Perak berkenaan.
“Jika beliau (Dato’ Zambry) gagal berbuat demikian (memohon maaf), seluruh rakyat negeri Perak akan menganggap beliau sebagai pemimpin yang tidak ada maruah dan harga diri” katanya.
Katanya lagi, Bersatu Perak mendesak Zambry memohon maaf secara terbuka kepada Nizar atas tuduhan dan fitnah beliau sebelum ini sekiranya beliau benar-benar jujur mengutamakan kebajikan rakyat.
Jika jujur, berani, minta maaf secara terbuka kepada Nizar kerana fitnah Nizar sebagai itu dan ini. Jika tidak, tahulah rakyat (Perak) bahawa Si Zambry ini sebenarnya seorang pemerintah yang tidak ada maruah dan harga diri,” desak Hafez lagi.

Inilah kepimpinan UMNO Perak (iaitu) hanya pandai menipu rakyat kononnya patriot Melayu, walhal realitinya tetap tunduk dan takut pada pemimpin-pemimpin tertentu MCA dan Gerakan, bukan mementingkan hak rakyat berbagai, ” tambahnya lagi.
Sehingga kini, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak jika diukur melalui prinsip Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) merupakan badan bukan kerajaan yang menaungi mahasiswa anak kelahiran Perak tanpa mengira ideologi dan warna kulit.

Terdahulu, UMNO melalui bakal Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah menculik empat Adun Pakatan Rakyat dan melakukan kudeta ke atas kerajaan negeri Perak melalui penyalahgunaan pengaruh kuasa Istana Perak.


mahasiswakini.com


Nizar, Zambry, Raja Nazrin dan Pak Kaduk

Mukaddimah
SIAPA YANG MENIPU PAK KADOK

“Akhirnya Melayu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung dalam hikayat-hikayat lama dan ketika itu tidak akan ada lagi minat untuk dilakukan kajian sosio-politik dan sosio-ekonomi bangsa Melayu secara dinamik,” titah baginda.

Untuk itu, Raja Nazrin Shah berharap bangsa Melayu mengambil renungan akan kisah kebodohan Pak Kadok memiliki ayam sabung yang hebat lalu dipermainkan pihak lawan dan akhirnya Pak Kadok menyerahkan ayam sabungnya kepada lawan, Pak Kadok sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah tergadai.

Betul nasihat yang diberikan oleh Raja Muda Perak itu. Beliau tidak mahukan sejarah Pak Kadok berulang.

Siapakah yang menipu Pak Kadok sehingga kampungnya tergadai?

Jawapannya yang ditemui:
Lagenda Ikan Tapah - Hikayat Pak Kadok

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun

Bermula Kisah
-----------------------------------
Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.

Si Kaduk
------------------------------------
Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya

Ayam
--------------------------------------
Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam

Pertarungan Ayam
---------------------------------------
Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya

Dan di pihak Sultan pula:
Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.
Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Rumah Hjh Hasmah, Kg Tua

Kekalahan
-----------------------------------------
Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.

Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan

Sumpah
-----------------------------------
Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:

"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya..."

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air

Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan

Tebus
----------------------------------------
Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa

Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis.

Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah
--------------------------------------------
Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam.

Mukaddimah oleh Amin Iskandar
Lagenda Ikan Tapah : Hikayat Pak Kadok oleh Misteri Jejak Warisan

Kes Altantuya Gamatkan DUN Selangor

Kes pembunuhan Altantuya Sharibuu menjadi tumpuan di sidang dewan undangan negeri Selangor apabila wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali menegahkan laporan akhbar Peranchis Liberation berhubung penglibatan Najib Razak dengan Altantuya.

Azmin mempersoalkan tentang tertuduh di dalam kes Altantuya, dimana mereka di tutup dengan topeng yang dibuat khas oleh pihak tertentu.

Langkah Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) membaca laporan itu dibantah oleh Datuk Satim Diman (BN-Seri Serdang).

Pemimpin PKR itu sebelumnya mengupas isu keselamatan dan jenayah yang meningkat di negeri itu sewaktu membahaskan titah ucapan Sultan Selangor sewaktu perasmian penggal kedua persidangan ke-12 DUN semalam.

Kes jenayah berprofil tinggi melibatkan Altantuya juga terjadi di negeri itu, kata Azmin.

Kenyataannya dibantah oleh Satim yang mengingatkan kes tersebut masih dalam perbicaraan di mahkamah dan tidak wajar dibangkitkan dalam DUN.

Persidangan hari kedua bermula dengan sesi soal jawab pagi tadi sebelum Azmin bangun membahaskan titah ucapan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Terdahulu, Azmin mendakwa Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) menggunakan dana Syarikat Permodalan Negeri Selangor (PNSB) untuk mengadakan lawatan ke Disneyland di Tokyo dan Hong Kong.

Sewaktu rehat tengah hari, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau dan barisan exconya akan mendedahkan aset masing-masing mulai Jumaat ini.

Maklumat hartanah, saham dan wang mereka yang diperolehi atau dilupuskan sejak mengangkat sumpah pada 24 Mac 2008 diisytiharkan di laman web rasmi kerajaan www.selangor.gov.my.

Negeri Selangor merupakan negeri pertama di dalam negara ini yang berbuat demikian untuk membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat yang bersih dan telus.

Di dalam satu perkembangan lain, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan Selangor untuk tidak tunduk pada tekanan syarikat konsesi air dan kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat dan pekerja negeri itu.


.

Bukit Gantang : TG Nik Aziz lancar jentera pilihanraya

YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah melancarkan gerak kerja bagi Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan bertempat di Pejabat Majlis Tindakan Dun Kuala Sepetang Parliman Bukit Gantang pada 8 Mac lalu.

Kuala Sepetang adalah salah satu Dun yang dipertanggungjawabkan kepada PAS Kelantan untuk berperanan dalam PRK Bukit Gantang kali ini.

Lebih 1000 orang petugas dan warga tempatan hadir ke majlis tersebut yang bermula pada jam 5 petang dan berakhir pada jam 6.45 petang.

Majlis ini di meriahkan lagi dengan kehadiran kaum India dan Cina yang begitu bersemangat untuk menyokong PAS. Mereka berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat nanti.

Tok Guru dalam ucapannya menyentuh soal isu hak istimewa bumiputera yang tidak bertepatan dengan hakikat sebenar apa yang berlaku di kalangan rakyat di bawah. Bagi beliau, bukan bumiputera sahaja yang susah dan hidup melarat akan tetapi kaum-kaum lainpun terlibat sama.

Jadi tambah beliau, hak istimewa bumiputera tidak akan menyelesaikan masalah kemiskinan kalaulah kaum-kaum lain juga turut terpinggir dalam pelaksanaan program tersebut.

Beliau juga turut menyarankan supaya hak istimewa bumiputera diubah kepada hak istimewa orang-orang miskin kerana merekalah yang berhak mendapat keistimewaan itu bukannya pemimpin-pemimpin Melayu yang sudah kaya raya.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Haji Abdul Fatah Haron, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Dato Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Penyelaras Pasukan Pembantu Kelantan, Ustaz Misbahul Munir Masduki wakil Ketua Pengarah Operasi PRK Bukit Gantang dan Ustaz Nordin Jaafar, Yang DiPertua Pas Bukit Gantang.

Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan telah mula menempatkan petugasnya bermula 1 mac lagi. Petugas-petugas ini telah dijadulkan kerja-kerja mereka sehinggalah kepada hari pembuangan undi pada 7 mac nanti.

Sambutan kehadiran para petugas PAS Kelantan cukup menggalakkan dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari penduduk kampung.

Menurut Abdul Fatah, beberapa siri gerak gempur akan diadakan sehinggalah kepada hari penamaan calon.

Di samping itu juga tambah beliau, beberapa siri pertemuan dengan ahli-ahli Umno yang tidak berpuashati dengan cara pemimpin mereka menangani masalah dalaman Umno dan negeri juga sedang dipergiatkan.

Beliau juga turut merasa terharu di atas sambutan orang-orang bukan Islam terhadap gerak kerja yang dilakukan secara bersama dengan mereka.

“Mereka bersungguh-sungguh mahukan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS menang besar dalam PRK ini” tambah beliau lagi.

Setakat ini, Umno masih “sejuk” mungkin menunggu siapa calon mereka. Difahamkan pemilihan calon menimbulkan masalah kepada BN kerana ada dua kumpulan yang berpengaruh sedang melobi iaitu kumpulan Timbalan Ketua Bahagian dan kumpulan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian yang kalah semasa mencabar Ketua Bahagian dalam pemilihan yang lalu.

manjanik

Minibajet 60 Billion Banyak Kelemahan Asas - Anwar

K
etua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata pakej rangsangan ekonomi RM60 bilion yang diumumkan Menteri Kewangan Najib Abdul Razak pada 10 Mac lalu tidak mapan mengatasi kemelut ekonomi hari ini.

Anwar berkata Pakej Rangsangan II ini tidak mampan kerana tidak menerapkan prinsip ketanggungjawaban dan ketelusan dalam rumusannya.

“Persoalan sebenar yang harus diberi perhatian ialah ketelusan dan pertanggungjawaban institusi serta memecahkan tembok psikologi rakyat terbanyak, peniaga juga pelabur agar yakin dengan pengurusan ekonomi negara,” tegas Anwar di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Najib Abdul Razak membentangkan Pakej Rangsangan II di Dewan Rakyat untuk menangani kemelesetan ekonomi. Pakej RM60 bilion ini adalah susulan kepada Pakej Rangsangan I yang dibentang tahun lalu.

Pakej Rangsangan I yang mencecah RM7 bilion dikritik hebat dan menyerlahkan keraguan atas keupayaan Najib mengemudi ekonomi negara.

Keputusan beliau untuk menggunakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan disalurkan ke firma ValueCap untuk menyelamatkan syarikat-syarikat terpilih mencetuskan bantahan ramai pihak.

Kegagalan kerajaan Pusat melaksanakan reformasi sewajarnya bagi membasmi gejala rasuah dan kebocoran memburukkan lagi keadaan.

Anwar turut mempersoalkan Pakej Rangsangan II yang dilihat seolah-olah alat untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tertentu.

Pakatan Rakyat juga melihat saranan Najib Razak supaya gagasan itu bekerjasama dengan Barisan Nasional menangani kemelut ekonomi sebagai retorik politik, tanpa berpaksi kepada keikhlasan.

Sambil menyifatkan pelawaan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam supaya kerajaaan dan pembangkang sepakat dalam menangani masalah ekonomi umpama 'menghulurkan ranting zaitun', pelawaan itu tidak ada gunanya jika pada masa yang sama, rakyat 'ditikam' dengan pelbagai tindakan zalim dan ditindas.

Mengenai pertemuan Anwar dan Abdullah di Hulu Langat, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menafikan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri semalam, sebelum melepaskan jawatan hujung bulan ini, telah merundingkan 'caturan politik'.

"Kehadiran kedua-dua pimpinan adalah di atas jemputan Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub (yang lebih selesa dikenali dengan panggilan Tok Ayah) bersempena dengan majlis Maulidur Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor," kata beliau.