30 Apr 2008

Alwi Che Mat Yang Celupar

Datuk Alwi Che Mat, ADUN Kok Lanas yang kini menggantikan Datuk Anuar Musa sebagai Ketua Pembangkang di DUN Kelantan tidak menerima kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mendiskriminasi kerajaan Kelantan, malah dengan celuparnya beliau mempersoalkan samada tuntutan YAB Menteri Besar Kelantan TG Nik Aziz adalah untuk memasukkan peruntukan ke poket sendiri.

Sedangkan telah terbukti di dalam sidang dewan penggal lepas, Datuk Mustapha Mohd sendiri selaku menteri kerajaan persekutuan telah mengaku terlibat di dalam menyekat peruntukan pembangunan kepada negeri Kelantan.

29 Apr 2008

SPR Yang Berat Sebelah Kini Mula Mengugut


Aneh! Itu yang dapat kita katakan mengenai kenyataan Wan Ahmad Wan Ibrahim, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya yang kini bertindak menggantikan hero SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang kini bertapa kerana kegagalan grand design untuk memenangkan UMNO/BN di negeri Kelantan khususnya dan di seluruh negara amnya.

Tersentak dengan keputusan pilihanraya yang nampaknya menyerlahkan perancangan SPR yang gagal untuk menipu rakyat, kini Timbalan Pengerusi SPR cuba menghalakan sasarannya ke alam langit dengan kenyataannya: Calon dan parti politik yang berkempen menggunakan laman web, blog atau SMS pada pilihan raya akan datang, boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan.

Saya ingin bertanya kepada manusia yang bernama Wan Ahmad bin Wan Ibrahim ini, sejak bilakah ada undang-undnag dan peraturan yang membolehkan SPR bertindak terhadap kempen calon yang menggunakan internet? Atau kerana SPR kini telah mati kutu untuk terus menipu menjadikan mereka sekelompok manusia yang telah hina akibat perbuatan durjana mereka selama ini telah dihidu oleh rakyat yang akhirnya telah menghukum kerajaan UMNO-BN yang umum mengetahui SPR menjadi boneka mereka?

Anda tidak layak untuk mengugut ahli parlimen. Tetapi ahli parlimen kini layak untuk mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat semua salahlaku anggota SPR yang amat jelas telah telribat dalam salahlaku serta membongkar semua konspirasi yang diatur untuk memenangkan BN selama ini.

Terlalu banyak penyelewengan serta perbuatan salahlaku SPR yang mereka lakukan. Malah penafian demi penafian daripada mereka selama ini mengenai banyak perkara lansung tidak dapat meyakinkan rakyat.

Yang aneh bagi rakyat, ketiga-tiga penjawat tertinggi badan SPR datangnya dari Kelantan sehingga Kerajaan UMNO-BN begitu yakin untuk merampas Kelantan daripada PAS kerana mengharapkan bantuan "pengundi hant pengundi pos dan egala bentuk knspirasi dari ketiga-tiga pegawai tertinggi SPR ini. Malah kerajaan UMNO-BN tanpa segan silu dalam satu pindaan mengejut pada 12 Disember tahun lalu, meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi melanjutkan umur persaraan anggota SPR dari 65 ke 66 tahun ntuk membolehkan pengerusi SPR meneruskan perkidmatannya, walaupun dibantah rakyat.

Sekalipun dirancang sedemikian rupa, namun kekuasaan dan perencanaan Allah mengatasi konspirasi mereka bertiga. Kelantan gagal ditawan dan SPR menjadi badan yang paling hina keran konspirasi yang terdedah itu.

Selain Kelantan, isu pengundi hantu yang menyaksikan pembohongan ketara mengenai jumlah pengundi contohnya di Terengganu yang seramai 516,000 orang daripada jumlah penduduk Terengganu yang berjumlah 898,825 iaitu 57%. Angka tersebut adalah pelik kerana jumlah pengundi sebenar yang dinyatakan oleh SPR sendiri untuk seluruh negara ialah 10,922,139 daripada jumlah penduduk Malaysia 26 juta (42%). Perbezaan sebanyak 15% daripada nisbah jumlah pengundi kepada jumlah penduduk diantara negeri Terengganu dengan angka purata seluruh negara JELAS tidak logik dan adalah satu bentuk penipuan ketara yang dilakukan oleh SPR.

Apakah SPR menganggap semua rakyat di negara ini boleh diperbodohkan sedemikian rupa yang mana angka tersebut adalah telah diatur oleh pihak SPR?

Ini pula diikuti dengan berduyun-duyunnya bas yang membawa pengundi hantu dari luar Terengganu di hari mengundi. Mengapa senario yang sama tidak berlaku di negeri lain kecuali Terengganu jika benar sekalipun kata-kata Datuk Kamaruzzaman (Setiausaha SPR) yang kononnya mereka berada di luar kawasan mengundi dan balik k negei asal untuk mengundi?

Itu belum termasuk poster-poster pihak UMNO BN yang keterlauan sehingga ada yang lansung telah menghina ugama. Mengapa SPR memejamkan mata tetapi lebih berahi untuk mengawal para ahli parlimen mempnyai blog dan lamanweb untuk "berkempen" sedangkan peluang mereka untuk melakukannya di media arus perdana (cetak dan eletronik) ditutup rapat akibat perkosaan UMNO dan BN terhadap media-media ini?

Dan mengapa SPR lansung tidak memperdulikan sikap media arus perdana yang bertindak ibarat pelacur murahan kepada UMNO dan BN ini?

Pembatalan dakwat kekal beberapa hari sebelum hari mengundi jelas satu percubaan SPR yang gagal apabila mereka terjerat mengaturkan pengundi hantu yang tepaksa mengundi lebih dari sekali.

Menurut sebuah badan geakan sivil, ALIRAN, berkata semua alasan yang dibentangkan ketika menarik balik perlaksanaan dakwat kekal itu tidak munasabah dan keputusan itu dibuat berdasarkan syak tanpa sokongan bukti yang kukuh.

“Persepsi awam kepada kewibawaan SPR hilang sama-sekali. SPR kini dilihat tidak lebih dari sayap BN, suatu persepsi yang bercanggah dengan pilihanraya adil dan bersih kerana ramai yang beranggapan SPR “bersekongkol dengan BN bagi membenarkan penipuan dalam pilihanraya”,” tegas kenyataan itu lagi.

Justeru itu kita sekali lagi meminta supaya ahli parlimen Pakatan Rakyat mengusulkan supaya Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi menyiasat salahlaku SPR ini dan mereka bertiga Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausahanya ditahan dan disiasat dan jika terbukti wujud penipuan dan konspirasi, mereka hendaklah dihukum sewajarnya!

28 Apr 2008

Apabila Ahli Parlimen UMNO Mula Berkurang Ajar Di Parlimen

Tindakan Ahli Parlimen Mersing yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad yang untuk tidak mematuhi peraturan sewaktu mengangkat sumpah dengan tidak mengangkat tangan kanannya di sidang pertama penggal ke dua belas telah menerima riaksi tindakbalas yang serupa dari Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang mengangkat tangan dengan tangan kiri dengan alasan tangan kanannya sakit.

Tindakan Karpal Singh itu adalah tepat sebagai menyindir Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak tegas di dalam mengenakan peraturan tersebut kepada Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan mengubah ayat peraturan "seraya mengangkat tangan kanannya" kepada ayatnya sendiri: "kalau boleh angkat tangan kanan".

Ia adalah satu permulaan yang hodoh dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen BN yang tidak mematuhi peraturan sewaktu mengangkat sumpah di Dewan Rakyat dan juga merupakan satu sikap tidak profesyenal Speaker Dewan Rakyat yang tidak tegas mengenakan peraturan berkenaan ke atas Abdul Latif disebaliknya melakukan pembelaan peribadinya kepada Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan menyatakan "mana tahu dia tidak boleh angkat tangan kanannya.." seraya disambut tepukan oleh ahli-ahl parlimen BN.

Karpal Singh yang telah terpukul dengan sikap berat sebelah dan tidak profesyenal Speaker Dewan Rakyat tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk tidak mengangkat tangan kanannya, disebaliknya mengangka tangan kirinya secara lesu dengan memberikan alasan tangannya sakit yang kemudiannya Speaker Dewan Rakyat terpaksa akur dengan permintaan Karpal Singh berkenaan.

Tindakan Abdul Latif itu jelas sama sekali cuba menunjukkan lagak samseng dan kurang ajarnya di Dewan Rakyat dengan membelakang peraturan sewaktu mengangkat sumpah sebagai seorang ahli parlimen dan lebih malang apabila tindakan itu mendapat pembelaan dari Speaker.

Jika demikian halnya maka di lain kali adalah wajar untuk dihapuskan sahaja peraturan mengangkat tangan kanan sewaktu membaca ikrar angkat sumpah oleh ahli-ahli parlimen.

Contoh tauladan yang telah dimulakan oleh ahli parlimen BN sendiri yang memegang jawatan timbalan menteri jelas menunjukkan bahawa peraturan Dewan Rakyat boleh dipatuhi atau pun tidak oleh ahli-ahlinya.

Di dalam sidang pertama penggal kedua belas yang bermula hari ini menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pukul 10.15 pagi dan diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Parlimen lain.

27 Apr 2008

Kami berperang dengan pelepah tamar!

Menyedari hakikat bahawa dunia siber sentiasa berkembang, teknologinya sentiasa berubah, kami TKO sentiasa mengikuti perkembangan ini dan mencari jalan alternatif agar kami sentiasa berada dihadapan dalam penyampaian maklumat dan sumber.

Rata-rata telah tahu bahawa TKO.fm 6 bulan telah beroperasi dan cuba mengubah cara gaya persembahan maklumat kepada pengunjung. Al Hamdulillah komitmen DJ akhie Greenboc setakat tidak boleh dipertikaikan.

Dalam kesempatan kemampuan yang ada dengan serba kedaifan kami mengorak langkah menghadapi pilihan raya ke-12 dengan serba kekurangan. Walaupun server beberapa kali down kami tidak pernah berputusan asa, apa sahaja yang ada akan dijadikan alternatif. Kami seolah-olah berperang dengan pelepah tamar, melawan musuh.

Suara DJ berteriak untuk memadam fitnah media arus perdana seban masa, seolah-olah kami menyalak bukit. Walaupun apa peribahasa diungkap, kami tidak mati semangat. Kami lawan dengan masa yang ada, walaupun kami semua adalah pegawai kerajaan yang juga ada komitmen kerja.

Kita bertaut dengan apa sahaja ketika kami hampir rebah, www.tunasislam.net dijadikan tapak untuk bertahan, walaupun kami tahu dia juga adalah pelepah tamar! Kami bina www.tkodaily.net sebagai ampungan kedua untuk bertahan. Kami amat-amat memerlukan bantuan pada ketika itu tetapi jiwa, rohani dan kekuatan yang Allah bagi kepada kami membuatkan kami tidak akan merintih untuk minta...

Allah Maha Kaya, kami mendapat sokongan daripada mereka yang daif. Kami dan mereka yang membantu tanpa dikenali melalui sumbangan adalah kekuatan untuk kami menyerang musuh dengan pelbagai maklumat serta sumber. Al Hamdulillah kami berjaya walaupun www.tunasislam.net binasa!!

Memang peperangan perlu tipu daya, mencipta pelbagai rangkaian adalah satu kaedah mengelirukan musuh hingga musuh tidak tahu dari mana atau mana satu kubu utama!!

Pilihan raya ke-10 yakni pada 1999, internet memainkan peranan yang cukup baik. Laman Mahazalim, Mahafiraun, Harakahdaily, Minda Rakyat, RPN dll adalah tongak kepada serangan media internet.

Pilihan raya ke-11 yakni pada tahun 2004, internet tidak memainkan peranan yang penting. Ada beberapa faktor yang turut menjadi penyebab yang saya boleh ketengahkan sebagai pandangan peribadi saya.

Pilihan raya tersebut berlangsung selama 8 hari, tempoh kempen. Harakahdaily down selama 4 hari. TranungKite tidak dikemaskini, webmaster mengambil tugas misi untuk menjayakan satu projek di Dungun. Ini tidak disenangi oleh ramai pihak, termasuk satu e-mel yang berbunyi “hang tu webmaster, yang hang pi tampal poster buat apa. Orang lain boleh buat”.

Saya tak nafikan webmaster pada masa itu telah menghabiskan masa sepenuhnya untuk projek berkenaan dan kebetulan pada masa itu isterinya melahirkan anak dan dia berjumpa isteri dan anaknya dalam keadaan enjin kereta tidak dimatikan kerana ‘berkejar’ masa.

Pilihan raya ke-12, saya sebagai webmaster mengambil keputusan untuk bekerja sepenuhnya dengan TKO meninggalkan tugas saya sebagai SU Peti Undi sehingga ada masej “sedap mung tidur orang lain jaga malam di markaz”. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan TKO pada pilihan raya ke-11.

Dua laman utama Harakah dan TKO tiada pada pilihan raya ke-11 dan dua laman ini beroperasi dengan baik pada pilihan raya ke-12. Selain daripada Malaysiakini, MalaysiaToday, Marhaen dan semua bloggger reformasi.

Inilah jawapan saya kepada tulisan-tulisan yang menepikan peranan TKO dalam pilihan raya kali ini. Walaupun jawapan saya terlalu lambat. Ada banyak fakta yang perlu kita tahu. Saya tegaskan bukan ini yang kami mahu dan kami sebenarnya tidak pernah memikirkannya. Sekadar mengulas dan yang amat penting sejauh mana peranan kita di alam siber ini untuk menghadapi masa-masa yang akan mendatang yang pasti lebih mencabar dan kronik...

tulisan akhi SongkokPutih
Webmaster Tranungkite

25 Apr 2008

Melaka Lancar Kelab Penyokong PAS

Kelab Penyokong PAS Melaka dilancarkan malam tadi oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Dr Mujahid Yusof Rawa di perkarangan Pejabat PAS Negeri Melaka di Semabok.

Setelah sekian lama ianya dinantikan, akhirnya Kelab Penyokong PAS menjadi realiti apabila En Lim Swee dilantik sebagai Pengerusi kelab tersebut sebentar tadi.

Dr Mujahid dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dan gembira kerana PAS Melaka akhirnya berjaya melahirkan Kelab tersebut setelah negeri-negeri selesai menubuhkannya bermula sejak tahun 2005 lagi.

"Insya Allah dengan penubuhan kelab ini di Melaka, PAS Melaka akan berjaya menarik lebih ramai kaum Cina dan India untuk mendekati PAS dan seterusnya berjaya meraih sokongan mereka dengan lebih baik lagi, lebih baik dari yang dizahirkan semasa pilihanraya umum baru-baru ini".

"Kita merasakan bahawa penubuhan Kelab Penyokong PAS di Melaka ini akan menyemarakkan lagi sokongan kaum bukan Melayu kepada PAS" kata Mujahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Encik Lim Swee telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Melaka dan beliau telah menerima surat watikah perlantikan dari YB Dr Mujahid dalam majlis tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya Encik Lim Swee mengharapkan semua pimpinan dan ahli PAS dapat membantunya menggerakkan Kelab Penyokong PAS Melaka bagi menarik lebih ramai kaum Bukan Melayu menyertai Kelab Penyokong PAS Melaka ini.

"Kita yakin PAS akan memenangi kerusi pada Pilihanraya akan datang dengan bantuan Kelab ini" tegas beliau dengan penuh semangat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, pimpinan-pimpinan PAS Negeri; aktivis Persatuan Penternak Babi Paya Mengkuang, Encik Lim Oh Pah; Aktivis masyarakat India, Encik Karupaya serta masyarakat Tionghua dan India dari seluruh negeri Melaka.

Oleh Sofi Wahab
Ketua Penerangan DPPNM

a

b

c

23 Apr 2008

Ahli Parlimen PAS dan Blog

Faktor teknologi maklumat telah diakui merupakan salah satu faktor utama yang membantu kemenangan Pakatan Rakyat di dalam PRU12 yang lalu. Di dalam keadaan di negara ini dimana media massa arus perdana (media cetak dan media eletronik) telah diperkosa dengan sedemikian rupa sehingga bukan sahaja melaporkan secara berat sebelah dan diskriminasi, tetapi dengan wewenangan memutarbelitkan berita dan kenyataan para pemimpin Pakatan Rakyat, rakyat mengharapkan alam siber sebagai alternatif bagi mendapatkan berita-berita semasa yang dengan kadar yang lebih cepat, adil dan meluas.

Peranan portal-portal dan blog-blog yang melapor, membawa dan mengulas sesuatu isu dan peristiwa telah menjadikan alam siber sebagai satu wadah baru penyampaian maklumat.

Di negara kita, tiada siapa yang dapat menafikan tentang peranan portal-portal dan blog-blog ini yang telah memberikan impak yang amat besar terhadap keputusan pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Di beberapa hari semasa kempen pilihnanraya berjalan, kunjungan ke lamanweb-lamanweb akhbar online, portal dan blog memuncak sehingga terdapat limpahan kunjungan yang memaksa para pemilik pemilik portal menaik-tarafkan server msing-masing disamping mengubahsuai portal supaya menjadi lebih "ringan" dengan tidak melibatkan pengaksesan pengkalan data yang tingi.

Blog adalah penting untuk seorang Yang Berhormat. Masyarakat tidak merasa kekok untuk berinteraksi dengan wakil rakyat mereka di blog.

Seringkali seorang wakil rakyat akan menjadikan "kesibukan melawat kawasan" sebagai alasan lantaran tidak mempunyai masa mnengemaskinikan blog. Sedangkan rakyat yang ingin menemuinya di rumah seringkali pula kecewa dan gagal kerana "YB seringkali tidak ada di rumah". Waktu malam pula YB "sibuk dengan ceramah" atau "jangan ganggu, YB baru nak bersama dengan ahli keluarganya atau dengan orang rumah!"

Dengan sebab itu rakyat mengharapkan malah lebih selesa YB-YB ini "ditemui" di blog mereka. Jika tidak kenapa wujudkan blog? - tanya mereka. Dan sementelah lagi jika tidak di blog bagaimana lagi hendak menghubungi YB ini yang sering sahaja sukar untuk di temui di alam nyata?

Yang ingin kita tonjolkan di sini ialah sejauhmana wakil-wakil rakyat yang terpilih terutama ahli-ahli parlimen menggunakan internet sebagai wadah untuk berinteraksi dengan rakyat di kawasannya.

Dan skop pembicaraan di sini hanya kepada ahli parlimen PAS yang 23 orang itu.

Daripada 23 ahli parlimen darpada PAS ini, hanya 8 orang yang mempunyai blog iaitu 34.8%. Dan daripadanya pula hanya dua orang wakil rakyat (8.7%) yang ada mengemaskinikan blog masing-masing iaitu Hj Roslan Shaharum (Bukit Gantang) dan Dr Lo'lo Mohd Ghazali (Titiwangsa) sementara yang lain tidak pun dikemaskini lebih dua bulan.

Mendukacitakan apabila pelayar web mendapati blog Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS (Salehuddin Ayob dan Mahfuz Omar) telah dibiarkan bersawang sejak beberapa tahun lamanya!

Tiada kesungguhan di kalangan ahli parlimen yang telah menang ini untuk memperdalami bidang yang telah memberikan mereka kemenangan!

Jika menteri-menteri dan ahli parlimen parti pemerintah sering dijadikan sasaran kerana buta dan malas pula belajar IT, kita berharap YB-YB dari PAS ini tidak sedemikian sifat dan sikap mereka.

Kita tidak menafikan kemungkinan masing-masing sibuk dengan urusan lain seperti ceramah dan sebagainya tetapi mengabaikan blog di alam siber akan mengundang pelbagai persepsi negatif di kalangan masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka melalui blog masing-masing.

Justeru itu sebarang sikap yang mengabaikan blog oleh YB-YB PAS ini perlu diperbetulkan segera sebelum mereka dihukum oleh rakyat di dalam pilihanraya yang akan datang.

Lajnah Teknologi Maklumat parti perlu lebih proaktif di dalam membantu YB-YB ini. Mereka harus disedarkan dari lamunan. Kita tidak mampu untuk mempunyai YB yang hanya pandai berbicara mengenai kepentingan IT sedangkan mereka sendiri tidak serius menggunakan IT sebagai uslub berdakwah dan wadah perjuangan. Lebih buruk lagi jika mereka menciptakan alasan-alasan untuk menutup kelemahan diri dan bersikap malas untuk belajar bidang tersebut.

Menjadi ahli parlimen seharusnya peka terhadap perkembangan hal-ehwal komptemporari dan maklumat ini hanya akan berada di hujung jari jika para ahli parlmen ini tidak mengabaikan kepentingan teknologi maklumat. Apresiasi kepada IT ialah dengan mempunyai blog yang sentiasa dikemaskini supaya rakyat melihat ahli-ahli parlimen PAS memang perkasa ilmu pengetahuan "perangnya" dengan tidak mengabaikan bidang IT ini. Mengenepikan sedikit bahagian dari gaji dan elaun untuk IT samada dengan mempelajarinya atau mengupah pakar IT untuk membina blognya adalah atu pelaburan yang wajib yang tidak boleh dipandang remeh.

21 Apr 2008

MB Perak Kini Bergelar Dato' Seri

Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Mac lalu telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Hari Keputeraan ke-80 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kelmarin.

Turut menerima darjah kebesaran ialah Pengerusi DAP Perak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Ngeh Ko Ham yang menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP). Darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk.


20 Apr 2008

Teng sebagai Speaker dan Haniza Timbalan Speaker

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pencalonan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang Teng Chang Khim dari DAP sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Adun Taman Medan Haniza Talha dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Timbalan Speaker. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat percaya pilihan mereka kali ini bakal mencipta lembaran sejarah di dalam politik Malaysia dan merupakan gandingan terbaik untuk Selangor.

17 Apr 2008

Ali Rustam, Babi dan Blog Klon

Akibat keangkuhan dan ingin berlagak seperti gerilawan sedangkan dirinya masih di peringkat bayi di dunia siber ini, blog Ali Rustam yang dulunya menerima komen-komen pedas dari rakyat yang membelasahnya cukup-cukup, tiba-tiba blog tersebut telah memadam semua komen di blognya itu malah turut menyah-aktifkan ruangan komen.

Ini bererti cuma ada satu hala - one way ticket. Baca dan kemudian angguk-angguk geleng-geleng. Itu sikap yang cuba ditanamkan di dalam mentaliti pembaca blognya sama seperti pemilihan wakil-wakil rakyat BN di negeri Melaka iaitu sekadar menjadi pak-pak angguk kepada semua kenyataan dan keputusan Ketua Menteri.

Mungkin beliau tersentak beruk kerana mendapati baru hanya sehari dua di internet, blognya menerima respons yang begitu hangat dari pelayar internet. Apa tidaknya, posting beliau yang pertama ialah mengenai isu babi di Selangor dengan cuba melakukan satu "serangan" terhdap keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di dalam hal penternakan babi moden yang telah dieksplotasikan sebegitu rupa oleh ahli-ahli dari parti UMNO.

Begitu rendah mentaliti dan moral pemimpin dan ahli UMNO ini. Isu babi telah menddahkan sikap hipokrisi darjat tertinggi para pemimpin UMNO apabila terdedah rupa-rupanya mereka ynag menjuarai penentangan terhadap penernakan babi secara moden itu adalah mereka yang sebelum ini adalah para pejuang babi yang sebenarnya!

Hal ini terdedah apabila ahli exco kerajaan negeri Selangor mengeluarkan gambar-gambar mengenai hipokritnya seorang pemimpin UMNO Selangor yang juga ahli dewan undangan negeri Tanjung Sepat Dr Karim Mansor yang berposing di sebuah kandang babi dengan menunjukkan tanda isyarat jari "bagus" sewaktu berada di German (lihat foto).

Itu belum lagi mengenai kisah pejuang babi di Melaka yang memprjelaskan tentang hipokrisi pemimpim UMNO Melaka di dalam isu babi Paya Mengkuang yang sehingga hari ini Ali Rustam masih gagal untuk menanganinya.

Takut dengan kebenaran yang semakin terdedah, dihilangkan semua komen pembaca di blognya. Itu Ali Rustam! Mujur pihak tertentu telah membuat salinan terhadap komen-komen berkenaan dan setentunya ia bahan arkib yang amat berharga yang cuba ditutup oleh blogger yang bernama ALi Rustam ini.

Malah lebih jauh dari itu Sebol di dalam satu tulisannya menyatakan adanya usaha Profesor Klon, telah mengklonkan Blog Ali Rustam dengan lengkap dan disitu para pelayar blog boleh mengulas serta meninggalkan komennya.


Alamat Blog Ali Rustam Klon adalah:

http://mohdalirustam2.blogspot.com/

Yang anehnya profil Ali Rustam turut diklonkannya. Kata sebol: "Tahniah kepada profesor klon kerana telah mengklonkan Blog Ali Rustam supaya rakyat boleh bersuara."

16 Apr 2008

Khalid dapatkan pandangan Penasihat Undang-Undang negeri kes ‘Black 14′

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata polis telah menghubungi beliau untuk diambil keterangan berhubung perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Bagaimanapun, Abdul Khalid yang juga Presiden Kelab Sultan Sulaiman berkata beliau telah meminta nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Zauyah T Lothy Khan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Dato’ Ramli Mahmud sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Bernama memetik kenyataan Khalid selaku presiden kelab itu, yang berkata beliau telah membenarkan perhimpunan tersebut kerana ia diadakan di dalam kawasan kelab yang merupakan kawasan persendirian dan penganjurannya tidak memerlukan permit polis.

Katanya, beliau telah menulis kepada pihak polis bagi memaklumkan mereka mengenai penganjuran majlis kelmarin dan perbincangan dengan pihak polis juga telah diadakan sebelum majlis itu diadakan.

“Kita telah buat perbincangan dengan pihak polis mengatakan perjumpaan kita lakukan mesti berakhir pada pukul 11 (malam).

“Bagaimanapun, polis telah datang untuk hentikan pada pukul 10.30 (malam). Kita merasakan kita mesti bersetuju dengan pendapat terlalu ramai orang datang sebab itu kita perlu hentikan bukan alasan tak dapat permit sebab kita dah jalankan perkara tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Timbalan Speaker, Ustaz Nasurudin Daud di pejabatnya di sini semalam.

15 Apr 2008

Mengutuk Kezaliman Polis..

Saya telah dimaklumkan bahaa pihak polis telah mula mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru malam tadi.

Beberapa Anggota Polis telah datang kerumah Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi ini untuk menghantar notis untuk hadir memberi keterangan di Balai Polis Daerah Dang Wangi pada jam 3 petang ini.

Notis dibawah syeksen 111 (1) kanun Prosuder Jenayah, itu ditandatangani oleh Pegawai Siasatan Jenayah Dang Wangi, ASP Anan Than Rajoo yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan Black 14 malam tadi

Selain Dr Wan Azizah, Kediaman Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali turut dihadiri oleh polis dan menghantar notis yang sama.

Kita MENGUTUK KERAS sikap polis tersebut yang tidak menghormati suara rakyat di negara ini tetapi masih terus ingin menjadikan kelompok mereka sebagai kuda tunggangan kepada UMNO-BN.

Setiap kali mana-mana perhimpunan yang diadakan oleh ahli yang bukan UMNO-BN, setiap kali itulah pihak polis akan bertindak secara pantas untuk menahan dan menangkap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat/Barisan Alternatif.

Tetapi Polis terus memejamkan mata mereka terhadap sebarang perhimpunan yang dilakukan oleh UMNO-BN tanpa sebarang tindakan.

Demonstrasi oleh ahli UMNO di Komtar Pulau Pinang, kebiadaban UMNO di dalam babi di Selangor, hasutan membencikan institusi raja oleh UMNO Terengganu, mengapa kamu berdiam diri?

Itu hal-hal jenayah rompakan, penculikan, pembunuhan dan seumpamanya yang kian meningkat, mengapa kamu gagal untuk mengatasinya tetapi sengaja beralih untuk menekan, mengugut serta menzalimi rakyat terbanyak di dalam hal-hal yang tidak ada kena-mengena dengan indeks-indeks jenayah di negara ini?

Kami meminta polis supaya menghormati keputusan pilihanraya yang baru lalu yang sebenarnya mengandungi satu mesej yang jelas dan nyata bahawa: RAKYAT KINI TELAH MUAK DAN BENCI KEPADA KEZALIMAN POLIS selama ini yang telah menjalankan tugas mereka secara pilih kasih, diskriminasi dan tidak profesyenal.

Kehadiran 20,000 rakyat yang membelakang arhan polis perlu juga dilihat sebagai maifestasi jelas kebencian rakyat terhadap kezaliman polis tersebut.

Saya meminta pihak polis supaya jangan hanya mengugut Anwar, YB Wan Azizah, YAB Khalid tetapi tangkap semua 20,000 orang yang hadir di perhimpunan Black 14 dan masukkan kesemua kedalam penjara JIKA KAMU MAMPU MELAKUKANNYA.

TKO telah berulangkali menegaskan keangkuhan, kezaliman dan kesombongan polis di negara ini perlu dihentikan segera. Mereka menerima gaji yang dibayar hasil kutipan cukai dari rakyat, bukan dibayar dari wang ringgit milik UMNO, atau milik Abdullah Ahmad Badawi, tetapi malangnya mereka sering bertindak sewenang-wenangnya ke atas rakyat di atas alasan yang superficial - "keamanan dan keselamatan negara" walhal yang tergugat sebenarnya ialah keamanan dan keselamatan UMNO dan para pemimpin korup mereka.

Kita ingin mendesak satu SURUHANJAYA DIRAJA ditubuhkan untuk menyiasat salahlaku pihak polis-polis ini dan kemudian mempastikan anggota polis yang terlbat itu, samada berpangkat bsar atau kecil diberikan hukuman yang sewajarnya.

Anjak paradigma dan momentum arus kebangkitan rakyat sepatutnya dilihat sebagai satu hal yang serius dan menjadikan polis lebih SEDAR DIRI, namun apa yang berlaku ternyata sifat haiwaniah mereka masih membuak-buak untuk menunjukkan lagak samsengnya kepada rakyat dna ia perlu dinoktahkan.


13 Apr 2008

Isu Selangor FM. Celuparnya Ahmad Sabree.

Kemelut yang melanda Selangor.fm yang menerima kata dua dari Kerajaan Selangor supaya menyiarkan visi dan program kerajaan pimpinan pakatan pembangkang itu atau keluar dari Bangunan SSAAS menjadi bertambah kusut dengan kenyataan angkuh dan bongkak Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek (foto) yang mengarahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengendalikan Radio Selangor FM supaya mengosongkan pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam secepat mungkin.

Tindakan Menteri Penerangan tersebut amat menjelaskan tentang sikap Kementerian Penerangan yang sebenar : mereka sebenarnya selama ini adalah penyebar propaganda UMNO - BN yang mendiskriminasi rakyat yang bukan UMNO-BN dari menikmati siaran radio dan TV kendalian Kementerian Penerangan.

Ahmad Shabery telah dilaporkan berkata bahawa kononnya tindakan kementeriannya itu dibuat bagi membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak tunduk terhadap sebarang ancaman atau ugutan kerajaan negeri Selangor.

Persoalan kini, PAKATAN RAKYAT yang telah menguasai 5 buah negeri selama ini bukan sahaja telah diancam dan diugut, malah telah dizalimi dan di diskriminasikan sekian lama oleh Kementerian Penerangan yang telah memperkosakan media massa arus perdana dengan rakus tanpa memberikan sedikit ruang pun kepada mana-mana negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT untuk sama-sama menikmati siaran media arus perdana khususnya Selangor dengan enggan untuk membenarkan Kerajaan negeri menyiarkan visi dan program kerajaan pimpinan pakatan pembangkang tersebut.

Sikap sedemikianlah menggambarkan sikap kemaruk kuasa pihak Kementerian Penerangan yang telah menghalang orang lain selain UMNO-BN dari menikmati kemudahan awam sekali gus dan yang akan menyulit dan menjejaskan hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan dalam pelaksanaan pelbagai projek pada masa depan, bukan akibat dari tindakan kerajaan Selangor yang telah pada kali ini memperlihatkan "ketegasan"nya untuk tidak diperbodoh dan dipermainkan oleh mana-mana agensi kerajaan persekutuan terutama RTM.

Umum mengetahui bahawa kerajaan persekutuan UMNO-BN kini hanya tinggal sedikit kuasa dan dengan sedikit kuasa itu sesetengah pemimpinnya seperti Shabery ini masih ingin terus memperlihatkan keangkuhannya kepada rakyat. Arus kebangkitan rakyat yang menolak UMNO-BN tidak dihormati menyebabkan keangkuhan dan keceluparannya untuk mengkaitkan isu Selangor.fm dengan isu babi di Selangor lebih menimbulkan kebencian yang meluap-luap serta kutukan di seluruh anggota masyarakat di Selangor.

Rakyat berbilang kaum di Selangor tidak akan dapat menerima UMNO-BN lagi. Bagi masyarakat India, tragedi Rimba Jaya tetap terpahat sebagai satu monumen hitam walaupun seluruh menteri datang menyembah kepada kaum India di Selangor, mereka tidak samasekali memaafkan. Doperburukkan lagi apabila wakil rakyat M.Manoharan masih tertahan dengan ISA dinafikan hanya untuk mengangkat sumpah. Kaum Cina pula telah lama diperalatkan oleh pemimpin BN-UMNO ntuk memenuhi kerakusan dan tamak harta menjadikan seluruh kaum Cina begit jijik dan menolak UMNO-BN di Selangor serta sebilangan besar kaum Melayu sudah jelek dengan sikap tamak haloba dan gila kuasa pemimpin UMNO-BN dengan tidak melupakan tragedi Berembang dan Rimba Jaya yang penuh dengan kisah duka dan airmata.

RTM? Hah itu cerita dongeng hari semalam. Siapa agaknya rakyat yang nak mendengar Selangor.fm? Puarata pendengarnya sekitar 200 orang sahaja... itupun di kalangan remaja yang telah lama rosak binasa dihancurkan oleh UMNO-BN.

TKO melalui TKO.fm bermula saat ini akan menghentikan rancangan Berita Perdana TV1 yang kerap disiarkan di blog GB sebagai membantah keceluparan Ahmad Shabery di samping menyeru seluruh rakyat Malaysia memboikot terus RTM d dalam usaha untuk memberi signal kepada RTM supaya mereka juga perlu "bungkus" dari angkasapuri tidak lama lagi. Ahmad Shabery perlu sangat diajar dan dihantar pulang ke kampungnya untuk tidak bersikap angkuh dan celupar supaya beliau lebih menghormati arus kebangkitan rakyat yang kini rata-rata telah menolak UMNO-BN di ngara ini khususnya di Selangor Darul-Ehsan ini.

10 Apr 2008

Keadaan TG Hj Abdul Hadi Stabil

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah diserang strok ringan di rumahnya di Rusila, di sini awal pagi ini berada di dalam keadaan stabil. Kami di TKO mendoakan semuga Presiden PAS tersebut dikurniakan kesembuhan oleh Allah s.w.t.


9 Apr 2008

BN Cemburu Keakraban Pakatan Rakyat


GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata isu perkauman sengaja dimainkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi merenggangkan komponen Pakatan Rakyat khususnya antara DAP dan PAS.

“Jika renggang bermakna BN boleh menang lagi maka tindakan merapatkan Pakatan Rakyat (PR) perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan rakyat daripada terus dihimpit penderitaan dan kezaliman termasuk kenaikan harga barangan dan petroleum,” katanya kepada pemberita pada sidang media bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kedua-dua pemimpin itu bertemu pagi tadi di Pejabat Ketua Menteri di aras 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dalam merangka jalinan muhibbah untuk menghindarkan percakaran perkauman di Malaysia.

Kerajaan Pulau Pinang akan menubuhkan ‘Majlis Silatulrahim Antara Agama’ bagi merealisasikan situasi sekarang kerana rakyat melihat perkembangan baik untuk melahirkan pendekatan antara kaum.

Ini kerana, setiap pendekatan PAS ada persamaan yang boleh digerakkan bersama kerajaan negeri selain bertindak merancang sebagai hala tuju.

Sementara itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya menegaskan, Malaysia memerlukan satu gagasan di bawah Pakatan Rakyat bagi mengimbangkan kesedaran rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

Sekarang ini tidak timbul lagi ketakutan orang Islam mengundi DAP atau bukan Islam mengundi PAS.

Atas rasa kepentingan penyatuan berada dalam satu gagasan, PAS tetap berpendapat ia amat wajar diadakan bagi menghadapi BN yang semakin rapuh.

“Kunjungan hormat saya pada hari ini juga inginkan satu pendekatan bersama bagi menyelamatkan rakyat sekaligus membawa rakyat ke satu tahap yang membanggakan, ” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

Turut serta bersama rombongan kunjung hormat pagi tadi ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman; Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi dan Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Halim Saleh.

Rosol Tidak Dipilih Sebagai Exco

Oleh malaysiakini

aSepuluh anggota exco kerajaan negeri Terengganu - termasuk tujuh muka baru - dijangka mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah pagi esok.

Tujuh muka baru itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr Abdul Rahman Mokhtar, Rozi Mamat (Telemong), Khazan Che Mat (Batu Rakit), Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan), Ashaari Idris (Langkap), Datuk Za'abar Mohd Adib (Rantau Abang) dan Ahmad Razif Abdul Rahman (Seberang Takir).
Kesemua mereka menghadiri majlis raptai istiadat angkat sumpah jawatan exco di istana itu di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut laporan Bernama, turut hadir ialah tiga muka lama - Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai), Datuk Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu) dan Toh Chin Yaw (Bandar).

Berdasarkan pada kehadiran di majlis raptai itu hari, dua exco kanan pada penggal lepas - Datuk Rosol Wahid (Ajil) dan Datuk Din Adam (Bukit Besi) - digugurkan daripada senarai barisan baru exco.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis raptai tersebut, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

BN Terengganu dilanda krisis selama tiga minggu sejak berakhir pilihanraya umum 8 Mac selepas Datuk Idris Jusoh tidak mendapat perkenan pihak istana.

Rosol, yang juga setiausaha badan perhubungan Umno negeri, bertindak sebagai jurucakap 22 Adun yang menyokong Idris dan membantah pelantikan Ahmad.

BN menang selesa di Terengganu apabila mendapat 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi gagal menubuhkan kerajaan akibat krisis itu.

6 Apr 2008

Pekerjaan Menteri Selepas Tidak Dilantik

Entri berikut adalah merupakan satira dan celaan sinis terhadap bekas-bekas Menteri yang tidak dilantik dalam kabinet baru Pak Lah.

Okeh jom kita bergelak ketawa sebelum memulakan hari di pagi jumaat yang indah ini. Kredit sebanyak 4lori diberikan kepada forumer cari iaitu Zainuddin Maiddin yang kreatif gila menghasilkan gambar ini... hehehe peace!!!jangan marah2 kita gurau2!

1) Dato Sri Jamaluddin Jarjis dilihat kehulu-kehilir di pasar borong pekan Rompin, dilaporkan dia dilihat membuat "deal" dengan Ah Chong iaitu seorang Tokey ikan terkenal di pekan rompin. Segala teka-teki terdedah apabila dia dilihat menjual ikan dengan rakan baiknya Rammasami Karuppiah!!!2)Sementara itu, situasi berbeza pula di Kedah, Bekas Menteri Besar iaitu Mahdzir Khalid dilihat bersama kerbau kesayangannya dilihat sedang membajak sawah di tanah pusaka milik keluarganya.

3) Datuk Idris Jusoh pula dilihat sedang menjalankan business Keropok lekor di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu selepas percubaannya menderhaka kepada Sultan tidak berjaya. Dia bersama 22 Adun yg turut menderhaka sedang dalam perancangan untuk membangunkan sebuah kilang Keropok lekor di belakang rumah Idris untuk diproses dan dieksport ke luar negara dipatentkan sebagai "Keropok Lekor Hadhari"


4) Di Kuala Selangor pula Dr Khir Toyo menghadapi dilemma bersama penyapu, dia dilihat berpakaian seragam tukang sapu Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Mungkinkah dia mendapat karier baru sebgaai tukang sapu Majlis Perbandaran? Terdengar juga gosip awam yang mengatakan Khir Toyo akan berpindah ke Jawa untuk menyelamatkan industri tempe yg dikatakan sedikit bermasalah di Indonesia.


5)Sementara itu di Putrajaya Datuk Tengku Adnan dilihat menebar roti canai di Restoran Pelita Nasi Kandar. Dengan aksi2 tebaran yang penuh dengan skill, dia meungkin sedang berlatih untuk melayakkan diri ke pertandingan roti canai peringkat antarabangsa di India hujung tahun ini.

6) Sementara itu perkara menarik terjadi di Bachok Kelantan, apabila seseorang yg disebut-sebut bakal Menteri Besar, Datuk Dr Awang Adik Hussain dilihat menjalankan perniagaan tradisional warisan keluarganya iaitu khidmat mengurut...owh servis tukang urut wanita xde ke?Datuk??
7) Di R&R Juru Pulau Pinang orang ramai terserempak dengan satu muka yg familiar iaitu Dr Koh Tsu Konn sedang beniaga buah sukun goreng tepung dengan harga RM1 untuk dua keping. DIpercayai resepi rahsia tepung goreng adalah warisan keluarganya.

8) Rapidah Aziz pula membuka kedai Runcit, setelah kawalan terhadap AP yang dikuasainya sebelum ini telah dirampas oleh orang lain.

9) Sementara itu di Tol Jelapang Ipoh, dilihat (arggghhhh korang letak la ayat korang sendiri kat sini, maleh aku nak taip pepanjang).....wakakakakakak Cittt pppooooooorarrraaaahhhhhhh Mr. Sammy.

4 Apr 2008

UMNO Kian Hancur Dan Dalam Darurat

Ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, Semasa Merasmikan Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Gua Musang, Di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang Pada Hari Jumaat 4hb April, 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal, 1429 Jam 10.00 pagi

Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah Izin-Nya, kita semua dapat bertemu di perjumpaan ini pada ketika kita sedang menghadapi pengalaman yang sangat pahit dan membimbangkan kita semua, iaitu pengalaman buruk yang dilalui oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang baru lepas.

Sejak tertubuhnya UMNO pada 11 Mei, 1946, parti kebangsaan Melayu ini tidak pernah tercabar begitu hebat – dan teruk – seperti yang berlaku padanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 itu. UMNO lahir dari semangat perjuangan kebangsaan menentang muslihat dan gagasan British untuk menghapuskan kedaulatan bangsa Melayu, negeri Melayu dan raja Melayu di tanah air mereka sendiri. Kita berjaya menumpaskan gagasan penjajah itu dan meneruskan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hanya dengan bersenjatakan semangat cinta kepada bangsa, agama, budaya dan tanah air. Itulah agenda kebangsaan Melayu waktu itu dan itulah sumber kekuatan yang telah menyatukan bangsa Melayu sehingga kita akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan tanpa terpaksa berperang kerana pihak British menyedari bahawa bangsa Melayu waktu itu mempunyai kekuatan sejarah dan warisan yang kuat, dan sukar ditentang.

2. Kekuatan UMNO itu terbukti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pertama yang diadakan dalam tahun 1955. Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO dengan dukungan rakan-rakan dari MCA dan MIC mencapai kemenangan yang cemerlang. Daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan (sekarang Parlimen) yang ditandingi, Perikatan memenangi 51 kerusi dan menguasai lebih 2/3 atau hampir 95% kerusi Majlis Perundangan Persekutuan. Yang penting kita ingatkan diri kita semula ialah, kerusi UMNO melebihi 2/3 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan dengan memenangi 33 kerusi. Ini bererti bahawa kuasa politik Melayu pada waktu itu cukup kuat dan itulah salah satu asas ketuanan bangsa Melayu.

3. Malangnya kita tidak bertahan dan tidak mampu memperkukuhkan kedudukan itu dalam pilihan-pilihan raya berikutnya. Empat puluh tahun kemudian, iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 dalam tahun ini, UMNO jatuh tarafnya sebagai parti yang terkuat dan yang didukung oleh majoriti orang Melayu tiba-tiba jatuh menjadi parti yang kecil perwakilannya dalam Parlimen padahal parti ini adalah parti yang terbesar di negara ini, mempunyai 191 Bahagian di seluruh Malaysia dan jumlah anggotanya melebihi 3 juta orang. UMNO cuma berjaya memenangi 78 buah kerusi Parlimen, menurun sebanyak 32 buah kerusi dari jumlah 110 buah kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-11.

4. Yang memeranjatkan kita ialah, parti baru, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kerusi Parlimen. Dalam tahun 2004 parti ini cuma mempunyai seorang ahli Parlimen. Daripada 31 ahli parlimen PKR itu, 18 ialah orang Melayu. PAS memenangi 23 kerusi. Dalam tahun 2004 parti ini mempunyai 6 orang ahli Parlimen sahaja. Akibatnya, BN kehilangan kuasa majoriti 2/3 majoriti dalam Parlimen.

5. Dua perkembangan lain yang tidak disangka-sangka oleh UMNO (tetapi mungkin tidak memeranjatkan orang lain) ialah pertama, jatuhnya empat buah negeri – Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - ke tangan parti Pakatan Rakyat, iaitu gabungan parti PAS-PKR-DAP. PAS di Kelantan menjadi bertambah kuat. Dan kedua, kalahnya banyak calon MCA, MIC dan Gerakan di tangan calon DAP dan PKR.

6. Itu petanda bahawa BN dan UMNO yang telah memerintah negara ini dengan tidak putus-putus sejak Merdeka atau sejak tahun 1955 tidak lagi mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat Malaysia dari semua kaum. Berdasarkan statistik tentang kadar jumlah undi popular seluruh rakyat Malaysia, didapati bahawa hanya 48% sahaja daripada pengundi seluruh negara yang menyokong (mengundi) BN, manakala jumlah undi popular seluruh negara yang menyokong parti-parti lawan ialah 52%. Jadi, mesej atau isyarat pengundi agak terang dan jelas: Mereka mahukan perubahan kerajaan. Mereka mahukan kerajaan yang lebih cekap, telus, bersih, beramanah, adil dan pro-rakyat tanpa mengira kaum.

7. Beberapa perkembangan yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 itu diadakan, memperkuatkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadap keupayaan dan komitmen kerajaan BN untuk memerintah negara ini dengan cekap, bersih, amanah dan adil, untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi, sosial, perumahan dan pendidikan rakyat miskin, untuk menghapuskan rasuah yang semakin menjadi-jadi di kalangan ‘orang atasan’ dan yang berkuasa, termasuk dari kalangan wakil rakyat sendiri. Kita sebut satu kes sahaja, iaitu kes yang berkaitan dengan ‘rakaman video Lingam’ yang didedahkan kepada Suruhanjaya yang dilantik untuk mendengar kes ini. Segala cerita yang disampaikan kepada Suruhanjaya kes ini memperlihatkan kepada rakyat betapa korap dan lemahnya sistem pelantikan dan cara membuat keputusan mahkamah. Bayangkan, seorang peguam bela dalam kes tertentu boleh menulis keputusan (‘judgement’) mahkamah dan hakim yang berkenaan hanya membaca keputusan yang telah disediakan oleh peguam itu. Bayangkan juga, para tauke atau tauke judi boleh ‘campur tangan’ dalam soal pelantikan hakim.

8 Kes seperti ini tidak sahaja mengaibkan darjat hakim – hakim bangsa Melayu beragama Islam pula – tetapi ia dengan jelas memusnahkan kredibiliti kerajaan BN yang nampaknya membiarkan perkara-perkara yang buruk dan dahsyat itu berlaku terhadap sistem kehakiman negara. Orang akan takut untuk menghadapi mahkamah yang dikendalikan oleh hakim yang boleh dibeli.

9. Ada beberapa kes lain – ada yang masih belum selesai, iaitu masih dalam proses pembicaraan – yang juga tidak kurang besar pengaruhnya terhadap sentimen dan pola pemilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Tidak usah saya sebutkan kes-kes itu – saudara sekalian yang membaca surat khabar tentu mengetahuinya.

Apakah Respons Kita Terhadap Kemerosotan Kuasa Politik UMNO Ini?

10. Sampai saat ini, setelah hampir sebulan UMNO dan BN mengalami ‘malapetaka’ politik yang dahsyat itu, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti untuk membincangkan sebab-sebab mengapa ‘malapetaka’ itu berlaku pada UMNO dan BN. Tidak ada usaha untuk mengajak para perwakilan UMNO dari semua peringkat – peringkat Bahagian dan Cawangan – untuk mengadakan proses muhasabah secara terbuka, secara kritis tetapi tenang. Matang dan rasional, tidak beremosi, dari hati ke hati sesama anggota parti sendiri, membincangkan ‘masalah rumah’ sendiri ini, dan mencari jalan yang baik dan benar dengan tujuan untuk memperbaiki diri dan menghindari berlakunya kejadian yang lebih buruk lagi baik sekarang mahu pun dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

11. Kita mendengar bermacam-macam reaksi, pandangan dan keluhan, kritik dan tuduh menuduh dari orang-orang perseorangan UMNO, yang paling banyak ialah dari beberapa orang pemimpin dan menteri UMNO. Ada yang mengatakan bahawa kita sebenarnya tidak kalah, kita masih menang; ada yang berkata, ‘BN akan bangkit semula untuk menebus kekalahannya’; ada yang menyalahkan orang Melayu yang memilih parti lain, dan berkata orang Melayu itu ‘tidak mengenang jasa’ (tidak tahu saya ‘jasa siapa dan apa’); ada yang menyalahkan generasi muda Melayu kerana kononnya mereka ‘tidak faham perjuangan UMNO’ atau kerana mereka tidak mendapat berita, maklumat dan cerita yang sebenar tentang kerajaan, UMNO dan BN yang disiarkan dalam surat khabar arus perdana, tetapi membacanya dari blog-blog ‘anti kerajaan’ dan ‘anti UMNO’ dalam Internet.

12. Jadi, nampaknya, kita masih mengekalkan fiil dan budaya lama, fiil tidak mahu memeriksa kesalahan dan kelemahan kita secara kolektif, secara rasional, bijak dan cerdik. Kita mencari kesalahan orang lain, kesalahan pengundi, kesalahan parti lawan. Para pemimpin parti – walaupun tidak semuanya – cuba menutup suara rakyat akar umbi UMNO, tidak mahu mendengar pandangan dan kritikan dan teguran mereka. Kita pergi ke sana ke mari menyebarkan propaganda dan dongeng bahawa parti akan rosak jikalau ahli akar umbi UMNO tidak menyerahkan segala masalah yang dihadapi oleh UMNO sekarang kepada pucuk pimpinan untuk ditangani dengan sebaik-baiknya – mereka diseru supaya memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan. Apakah mereka tidak sedar bahawa yang menjadi punca besar kelemahan UMNO yang membawa kepada malapetaka yang tersebut itu bukan rakyat akar umbi UMNO tetapi ialah kelemahan kepimpinan UMNO, ini termasuk para menteri UMNO, yang setengah-setengahnya tidak mempunyai rekod peribadi, moral dan budaya yang baik. Merekalah yang tidak mahu UMNO berubah; merekalah yang mahu kepimpinan UMNO yang ada dikekalkan, jangan digantikan, jangan ditandingi.

13. Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab ‘eksklusif’. UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu. Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti ‘Tanah Air’. Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akanditinggalkan oleh bangsa Melayu.

14. Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya.

(Tiga Perubahan Besar Yang Harus Berlaku dalam UMNO)

15. Anggaplah masalah yang kita hadapi itu sebagai darurat UMNO. Untuk menangani sesuatu darurat kita perlu bertindak segera sebelum darurat itu merebak dan merosakkan seluruh asas tamadun dan perjuangan UMNO yang telah dibina sejak tahun 1946. Kita perlu mengadakan sidang muhasabah dengan segera, melibatkan perwakilan UMNO yang selama ini menjadi nadi dan tenaga raksasa dalam kelangsungan hidup UMNO selama 60 tahun, untuk membincangkan kelemahan dan kesalahan UMNO selama ini dan memikirkan visi baru UMNO untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Rakyat hari ini tidak sama lagi dengan rakyat 40 atau 30 tahun yang lepas. Harapan mereka tidak sama lagi dengan harapan ibu bapa atau nenek mereka. UMNO perlu terus relevan dengan cita-cita, harapan dan tuntutan mereka.

16. Saya hendak menyentuh tiga perkara pokok yang saya anggap menjadi punca kelemahan UMNO, terutama mulai tahun 1980-an sehingga akhirnya menyebabkan UMNO (dan BN) nyaris-nyaris terlungkup dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pertama: Musnahnya Demokrasi dalam UMNO.

17. Ini bermula apabila Perlembagaan UMNO dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak menandingi jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian UMNO. Ini bererti calon itu perlu mendapat pencalonan daripada 58 Bahagian daripada jumlah 191 Bahagian UMNO. Tujuannya kononnya ialah untuk mengelak supaya tidak sembarangan anggota parti sahaja, sesuka hatinya dan secara bermain-main akan mengemukakan dirinya sebagai calon Presiden atau jawatan-jawatan lain. Saya tidak fikir anggota UMNO yang tahu diri dan berbudaya dengan sesuka hati sahaja akan mencabar presiden UMNO, lebih-lebih lagi jikalau Presiden itu diketahui oleh semua anggota parti sebagai pemimpin yang baik, cekap, bijak, adil, bersih dan tegas. Sebelum kuota itu diperkenalkan UMNO pernah juga mengenakan peraturan, iaitu calon hendaklah mendapat pencalonan daripada dua bahagian sahaja. Ini ‘peraturan’ yang munasabah dan tidak terlalu ‘undemocratic’.

18. Parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri, bagi saya, ini adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa. Parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik. Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku. Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik. Orang lebih taat kepada pemimpin daripada kepada parti dan perjuangan parti. Rasuah politik akan dan memang sedang berlaku dalam parti sebagai cara untuk membeli undi atau untuk mengekalkan kedudukan pemimpin yang lemah. Maka lahirlah banyak ‘pak turut’ dan ‘tukang ampu’ dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah.

19. Inilah keadaan yang berlaku dalam UMNO hingga sekarang. Setiap kali menjelang pilihan parti, ada sahaja orang dan puak yang menyeru anggota parti supaya jawatan Presiden Parti, atau Timbalan Presiden, Ketua Wanita, atau Ketua Pemuda tidak ditandingi. Sebenarnya mereka tidak berhak berbuat demikian. Memilih pemimpin parti dari peringkat Presiden hingga ke peringkat pemimpin akar umbi adalah hak anggota parti.

20. Jadi, untuk menyelamatkan UMNO dan menjadikannya parti politik kebangsaan Melayu ini terus relevan, cekap, kuat dan maju sepanjang zaman, demokrasi hendaklah dikembalikan dalam UMNO. Saya mengesyorkan dua perubahan: Pertama, kuota yang ada itu dihapuskan dan kedua, parti hendaklah mengawal kerajaan.

21. Ahli UMNO yang memegang jawatan kerajaan tidak boleh lebih berkuasa dari parti. Partilah yang seharusnya mengawal, memantau dan menilai prestasi mereka. Jika mereka menjalankan dasar yang bertentangan dengan dasar parti, mereka boleh dipersoalkan oleh Majlis Tertinggi UMNO. Logik cadangan ini mudah dan jelas: Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dari UMNO tidak akan memegang jawatan itu sekiranya mereka tidak lebih dahulu dipilih oleh perwakilan UMNO sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti dan oleh rakyat sebagai ahli Parlimen. Kalau P.M yang juga Presiden UMNO menggubal dan melaksanakan dasar yang boleh menjahanamkan bahasa Melayu dan agama Islam, maka dia mesti ditegur dan didisiplinkan oleh parti. UMNO perlu mewujudkan mekanisme yang sesuai dan cekap untuk melaksanakan sistem ‘parti mengawal kerajaan’ ini.

Kedua, Dasar dan Visi UMNO hendaklah merentas sempadan kaum, dan tidak dilihat sebagai parti untuk dan bagi pihak orang Melayu sahaja.

22. Dasar dan visi UMNO yang asal, iaitu yang berasaskan perjuangan Alif, Ba, Ta, seperti yang saya sebutkan tadi, tetap dipertahankan tetapi dalam soal untuk memajukan keadaan hidup ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya untuk rakyat, UMNO hendaklah memprojekkan dirinya sebagai parti untuk kepentingan semua rakyat tidak kira kaum. Kita mahu UMNO menjadi parti supraetnik, parti nasional, yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum tetapi tetap mempertahankan ‘visi tradisionalnya’: iaitu, mempertahankan tanah air (negara ini) daripada penjajahan politik, ekonomi, ideologi dan budaya orang asing atau kuasa asing, mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara yang faedahnya ialah untuk negara, bukan untuk mana-mana kaum, dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan. Dasar dan perjuangan parti UMNO ini tidak menjejaskan hak dan kepentingan kaum lain.

23. Imej UMNO selama beberapa tahun ke belakangan ini dapat kita bahagikan kepada tiga jenis: Pertama, imejnya kepada orang Melayu ialah: UMNO tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala. UMNO dilihat sebagai parti yang tidak lagi mempedulikan bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat Melayu yang miskin. Ini memarahkan orang Melayu. Di samping ini orang Melayu juga mula risau dan khuatir melihat kurangnya komitmen UMNO untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu. Institusi Raja-Raja Melayu ialah institusi yang tertua di Tanah Melayu dengan usianya melebihi 700 tahun dan institusi inilah yang menjadi salah satu penyelamat tamadun Melayu walaupun kita dicabar oleh tiga kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan British. Negeri Melayu dan kedaulatan Melayu kekal sampai sekarang kerana adanya institusi ini sebagai penyelamat bangsa. Imej kedua ialah imej UMNO di mata orang bukan Melayu, iaitu: mereka menganggap UMNO ialah parti untuk kepentingan orang Melayu, tidak untuk kepentingan kaum lain; UMNO dianggotai oleh orang Melayu yang ‘fanatik Melayu’, suka menjulang keris apabila memarahkan kaum lain, entah apalah sebabnya. Imej UMNO yang ketiga ialah imejnya sebagai parti yang menggalakkan rasuah politik atau parti ‘orang kaya’ di atas dan parti orang miskin di bawah, parti yang korap, parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek dan kontrak kerajaan dan hak rakyat miskin tidak kira kaum. Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak sahaja orang Melayu tetapi juga oleh kaum bukan Melayu.

24. UMNO mesti mengubah atau kalau perlu membersihkan ketiga-tiga imej yang buruk itu. UMNO mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, kita lihat ada orang dari kaum India dan kaum Cina, misalnya, mengibarkan dan menjunjung bendera PAS, dan mereka mengundi calon PAS di kawasan kuat UMNO. Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau di-Islamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada UMNO terhadap kaum bukan Islam. Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin UMNO Kelantan.

25. Inilah cabaran yang dihadapi oleh UMNO hari ini. UMNO terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum. UMNO terpaksa menyaingi parti baru seperti PKR yang dilihat oleh semua kaum – termasuk orang Melayu generasi baru – sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka.

Ketiga: perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO perlu diadabkan

26. Kita perhatikan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12, kelakuan beberapa calon UMNO tidak beradab. Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen UMNO memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit. Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu. Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon Parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di K.L memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Aziz, MB Kelantan. Bahkan seluruh jentera UMNO digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam.

27. Saya faham, PAS ialah parti lawan UMNO tetapi bukan itulah caranya orang Melayu-Islam cuba mengalahkan pihak lawan sesama bangsa dan sesama agama. Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab. Orang Melayu – bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun – meluat dan menyampah dengan fiil dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati pihak lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng. Akhirnya, kita kalah – kalah lebih teruk daripada dalam tahun 2004, bukan kerana dasar UMNO tidak baik tetapi kerana orang UMNO itu yang tidak baik, dan merekalah yang merosakkan imej parti.

28. Saya rasa kelakuan yang semakin biadab itu timbul daripada beberapa sebab, antaranya dapat kita sebut: (a) kerana terlalu yakin pada kekuatan parti – dan tidak nampak apakah kelemahannya – lalu orang-orang seperti itu berasa megah, berani bercakap besar dan memberi tahu pengundi ‘Aku akan menjadi Menteri Besar’ atau akan menjadi menteri jika dipilih; (b) ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme sudah menjadi alat politik UMNO untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam UMNO untuk kepentingan kepimpinan, tidak untuk kepentingan rakyat dan anggota akar umbi UMNO. Jiwa dan roh Melayu orang UMNO mulai digantikan dengan ‘rohperut’ . Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam UMNO.

29. Jadi, untuk menyelamatkan UMNO, kita kena buang segala anggota UMNO di atas itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana. Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka. Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat. Mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu.

30. Mungkin banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan oleh UMNO yang menjadi punca kelemahan UMNO. Kita tidak boleh menyerahkan semua perkara ini kepada beberapa orang pemimpin sahaja untuk memikirkannya. Mereka boleh jadi tidak mempunyai ‘feed-back’ yang cukup, yang benar, yang ikhlas dari bawah, dari anggota akar umbi UMNO, untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku dalam UMNO yang menyebabkan parti nyaris-nyaris tersungkur dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

31. Inilah sebabnya mengapa saya menggesa supaya Perhimpunan Agung Khas itu diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO diadakan. Kita tidak mahu nanti perwakilan yang datang ke persidangan pemilihan itu datang seperti fiil lama, tidak mengetahui apakah kelemahan dan masalah UMNO, lalu mereka memilih atau disuruh memilih calon-calon yang sama, yang lemah untuk memimpin parti.

32. Kalau begitu gayanya, saya khuatir kita akan mengalami malapetaka yang lebih buruk lagi.

3 Apr 2008

BN Telah Mula Anaktirikan Kerajaan Yang Dikuasai Pakatan Rakyat

Kerajaan Pusat hari ini telah mula mengambil langkah menganak-irikan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat apabila Kementerian Pelancongan mengambil keputusan membatalkan kesemua Perjanjian persafahaman (MOU) yang telah ditandatangani dengan kontraktor dan pengusaha pelancongan berkaitan pelaksanaan aktiviti pelancongan di lima negeri yang dikuasai pembangkang tersebut.

Menteri berkenaan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tindakan itu diambil kononnya kementerian tersebut bimbang strategi dan pelaksanaan pelancongan negara tidak dapat diterima oleh kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.

Rakyat negara ini MENGUTUK KERAS tindakan menteri berkenaan yang berfikiran sempit serta kolot, yang masih menggunakan pendekatan penganiayaan dan kezaliman sepertimana yang dilakukan oleh pihak kerajaan pusat di dalam menyekat peruntukan pembangunan kepada negeri Kelantan sebelum ini.

Adalah menjadi tanggungjawab kementerian-kementerian di peringkat persekutuan untuk menyalurkan pembangunan kepada negeri-negeri di Malaysia ini TANPA MENGIRA samada ianya diperintah oleh kerajan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Pemerhati politik melihat tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Pelanconan berkenaan adala sebagai tindakan "membalas dendam" kerana kekalahan Barisan Nasional di lima negeri berkenaa di samping kegagala mereka untuk mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen.

"Nampaknya kekalahan yang mereka alami tidak lansung membuka mata mereka untuk tidak berlaku zalim sebaliknya terus menerus melakukan penganiayaan dan paksaan kepada rakyat supaya menyokong mereka," bantah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Dengan sikap mereka itu, rakyat akan bertambah benci kepada Barisan Nasional dan kita yakin tinakan mereka itu akan mempercepatkan lagi kemusnahan dan kehancuran BN," tegasnya.