7 Nov 2011

Belanda Mahu Haramkan Cara Penyembelihan Halal Dan Kosher

Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidiladha, lebih sejuta penganut agama itu di Belanda sudah mula risau tentang bekalan daging halal mereka di negara Eropah tersebut.

Ini kerana, mulai bulan depan, kemungkinan besar pemerintah Belanda akan mengharamkan menyembelihan haiwan mengikut hukum syarak di negara tersebut.

Menurut sebuah laporan laman web British BBC, keputusan itu akan memaksa pembekal daging halal di Belanda untuk tutup kedai sekaligus menjejaskan bekalan kepada komuniti Islam di negara itu.

Ia juga akan memberi kesan kepada masyarakat Yahudi Belanda kerana pengharamanan tersebut juga merangkumi cara penyembelihan secara "kosher".

Walaupun pengumbal undang-undang tersebut berkata tujuan mereka adalah untuk memelihara kebajikan haiwan, organisasi Islam Belanda berkata pengharaman itu mencerminkan sentimen anti-Islam yang semakin menular di Belanda.

Menurut sebuah laporan Pakistan Today, rang undang-undang itu telah luluskan di Parlimen Belanda Jun lalu dan bil itu sedang diteliti oleh dewan Senate.

Jika lulus di Senate dan berkuatkuasa bulan depan, undang-undang tersebut akan menwajibkan setiap operasi pembekal daging di Belanda agar mengunakan kaedah "stun", iaitu menjadikan seekor haiwan itu pengsan atau tidak sedar, sebelum ia disembelih.

Apabila dilaksanakan, peraturan itu dengan efektif akan mengharamkan kaedah penyembelihan yang mewajibkan haiwan itu sedar seperti yang digunakan di dalam agama Islam dan Yahudi.

Pada asalnya, undang-undang tersebut di cadangkan sebuah parti bernama "The Party for the Animals", yang mempunyai dua daripada 146 kerusi di dalam parlimen Belanda.

Mengikut laporan BBC Jun lalu, ketua Party for the Animals Marianne Thieme berkata cadangan mereka adalah untuk menjaga kebajikan haiwan. Tambah beliau, kajian sains menunjukkan bahawa haiwan yang masih sedar sebelum disembeli mengalami kesakitan yang amat perit.

Walaupun Marianne menafikan undang-undang tersebut ditujukan kepada masyarakat Islam dan Yahudi, bil mereka disambut baik dan mendapat sokongan padu dari Ahli Parlimen Freedom Party.

Freedom Party yang diketuai Geert Wilders, terkenal di Eropah dengan platform anti-Islam dan anti-pendatang mereka.

Seorang pemimpin badan Islam di Belanda, Umar Mizra menyifatkan peraturan tersebut sebagai usaha untuk menyisihkan orang Islam di dalam masyarakat Belanda.

"Setengah pihak tidak mahu orang Islam mengamalkan cara penyembelihan mereka. Mereka tidak mahu orang Islam bergerak secara terang di dalam masyarakat dengan logo halal kita pada makanan dan pada tingkap (restoran dan kedai).

"Mereka mahu orang Islam mengamalkan agama hanya di rumah dan bukan di dalam kehidupan masyarakat," Umar berkata dipetik daripada BBC.



Tuntutan Royalti Minyak Hak Rakyat Kelantan: Poster Ucapan Tun Razak Diedarkan

Pemimpin Kerajaan Kelantan akan ke Parlimen pada 10 November ini untuk membawa poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi mengingati ulang tahun ucapan allahyarham pada 12 November 1975.

Kunjungan yang akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Parlimen, Gegar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa akan menyerahkan himpunan risalah Tun Abdul Razak serta beberapa pemimpin lain kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Husam pada sidang media semalam memberitahu, risalah tersebut mengandungi ucapan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaacob, Pengerusi Pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain agar pimpinan kerajaan Persekutuan hari ini sedar Kelantan berhak mendapat royalti petroleum.

“Memandangkan hari Sabtu Parlimen tidak bersidang, jadi kita memilih hari yang paling hampir dengan tarikh tersebut, iaitu 10 November untuk menyerahkan risalah serta amanat ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang berhubung perkara itu,” ujarnya.

Husam berkata, risalah atau poster tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri tidak hadir.

“Sekiranya kedua-duanya tidak ada, risalah tersebut akan diserahkan kepada mana-mana menteri atau timbalannya,” ujarnya.

Sehubungan itu juga, menurutnya himpunan kata-kata rasmi pimpinan terdahulu yang terkandung dalam risalah itu akan diedarkan kepada orang ramai pada hari berkenaan.

Antara yang terkadung dalam risalah itu ucapan Tun Abdul Razak pada tahun 1975, ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat ketika itu menyebut mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai sama ada kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut.

Selain itu, risalah tersebut turut mengisi ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam yang menyokong kerajaan berhak mendapat hasil royalti petroleum.

25 Nyaris Maut Bas Ekspres Jatuh Dalam Parit

Johor Bahru: Seramai 25 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang mereka naiki terjatuh ke dalam parit di Km 19 Jalan Ayer Hitam, di sini awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi itu, bas tersebut melanggar besi penghadang jalan sejurus keluar dari persimpangan tol Kulaijaya, sebelum terjatuh ke dalam parit menyebabkan semua penumpang cedera dengan tiga parah.

Seorang penumpang, D. Kanageswaran, 30, ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Aminah di sini, berkata bas tersebut dipandu laju sejak perjalanan bermula kira-kira 9.45 malam.

Beliau yang pengsan selepas kejadian berkata sempat melihat bas itu melanggar besi penghadang jalan.

"Apabila sedar, bas sudah di dalam parit dan saya terus mencari ibu dan isteri yang duduk di bahagian hadapan. Disebabkan tiada jalan keluar, saya terpaksa menendang cermin hadapan bas untuk menyelamatkan diri dan keluarga serta diikuti penumpang lain," katanya.

Kanageswaran mengalami kecederaan di kepala dan kaki manakala ibunya P. Saraswati, 61, bengkak di bahagian muka, sementara isterinya P. Kogilawani mengalami kecederaan serius dan masih dirawat di hospital.

Seorang lagi penumpang S. Parvathi, 26, berkata beliau bernasib baik apabila diselamatkan seorang lelaki yang tidak dikenali ketika terperangkap di dalam lumpur akibat kejadian tersebut.

"Separuh badan saya terkeluar daripada bas setelah kepala saya terhentak ke cermin bas. Saya tidak boleh bangun apabila terperangkap di dalam lumpur tetapi seorang lelaki menarik tangan saya keluar," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baru Utara (JBU), Superintendan Mohd Akhir Ishak berkata, pemandu bas berkenaan yang berusia 45 tahun telah ditahan untuk diambil keterangan.

"Tiga daripada penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan serius manakala baki hanya mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. BERNAMA

BERS✔H 3 Dilancarkan Jika Panggil PRU Sebelum Laksana Reformasi

Protes halang PRU-13 jika reformasi tak dilaksana

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang pilihan raya umum ke-13 daripada diadakan sebelum proses pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dilaksanakan.

“Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihan raya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan,” kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyatan media.

Menurutnya, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, pilihan raya di negara ini hanya boleh diadakan selepas proses penambah-baikan dijalankan sekiranya kerajaan BN tidak mahu berdepan dengan kuasa rakyat.

“Yakinlah rakyat sudah mula hilang kesabaran. Negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang ini.

“Jika pilihan raya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihan raya yang meyakinkan kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar,” katanya.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak teruk dibidas pelbagai pihak baik di dalam mahupun di luar negara berhubung cara pentadbirannya bertindak menggunakan kekerasan melampau dalam menggagalkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Bebas(BERSIH 2.0) pada 9 Julai lalu.

Parlimen dibubarkan November ini?

BERSIH yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini berjaya menarik penyertaan ribuan rakyat jelata dari segenap lapisan untuk turun di jalanan sekitar Kuala Lumpur.

Pada perhimpunan itu, tidak kurang 1,700 penunjuk perasaan telah ditangkap manakala ribuan lagi diserang dengan gas pemedih mata, tembakan meriam air berkimia dan turut dipukul oleh pihak polis.

Bagi mengendurkan ketegangan dan kemarahan rakyat serta masyarakat antarabangsa, Najib akhirnya akur untuk menubuhkan Jawatankuasa khas terpilih parlimen bagi reformasi pilihan raya.

Walau bagaimanapun, para pengkritik memberi amaran bahawa ini hanya alasan untuk merdakan kemarahan orang ramai kerana Najib selaku perdana menteri boleh membubarkan Dewan Rakyat pada bila-bila masa. Malah beliau juga pernah berkata ini mungkin dilakukan sebelum jawatankuasa itu siap mengemukakan cadangan mereka.

Menurut Chegubard, berdasarkan maklumat terkini, daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Najib akan membubarkan parlimen dalam bulan November bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Paling kotor

“Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan.

“Jika ini tetap dilakukan maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihan raya kali ini hanya proses ‘palsu’ bagi menghalalkan regim terus berkuasa,” katanya.

Chegubard berkata selain sistem pilihan raya yang belum diperbetulkan, pentadbiran BN dijangka cuba mengambil kesempatan daripada musim tengkujuh dan musim haji bagi kelebihan mereka.

Justeru, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat PKR berkata SAMM bersama dengan organisasi massa yang lain memberi amaran supaya perdana menteri memastikan segala kepincangan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki sebelum membubarkan Dewan Rakyat.

“Kami SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa yang lain pada hari ini mewakili rakyat keseluruhanya memberi amaran kepada perdana menteri Malaysia bahawa pilihan raya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihan raya dilakukan.

“Proses penambahbaikan ini juga seharusnya satu proses ‘reformasi’ serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata,” katanya lagi.

Kekal berkuasa

Sementara itu, Harakahdaily memetik presiden Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim (kanan) berkata, pihaknya dan NGO lain yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat untuk melakukan perubahan.

Katanya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihan raya.

"Namun kami telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa perdana menteri akan melakukan pembubaran parlimen pada 11 November ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan pada 10 Disember ini.

"Jika benar, kita lihat ini sebagai satu langkah sekali lagi oleh Umno dan BN untuk memegang kuasa sama ada di peringkat persekutuan dan negeri melalui cara penipuan," katanya dipetik akhbar rasmi parti PAS.

Selain Chegubard, hadir pada sidang media itu, adalah Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala. -mk



Pekerja Restoran Mati Leher Hampir Putus Kepalanya Tersepit Pintu Lif

Hilang nyawa dimamah lif

KOTA KINABALU: Seorang pelayan wanita sebuah restoran makanan Cina, di sini, mati apabila lehernya hampir putus akibat tersepit di pintu lif menyimpan makanan di restoran tempat dia bekerja semalam.

Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari sebelum mangsa, Lau See Yen, 20, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada kira-kira jam 9.15 malam tadi.

Sebelum kejadian, Lau berada di tingkat dua restoran berkenaan dan meletakkan juadah ke dalam lif khas yang digunakan untuk membawa makanan ke tingkat bawah.

Tanpa disedari, pintu lif itu tertutup secara tiba-tiba menyebabkan kepala mangsa tersepit dan lehernya hampir putus.

Dalam suasana kelam-kabut, mangsa cuba dibantu rakan sekerja dan seorang doktor yang menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan memberikan bantuan pernafasan. -hm

MAUT...mangsa dibawa ke HQE sebelum disahkan meninggal dunia, malam tadi.


[Bergambar] Sambutan Idul-Adha Di Seluruh Dunia

Hari Raya Aidiladha disambut oleh seluruh penduduk Muslim di dunia.

Sambutan itu diadakan sempena peristiwa Nabi Ibrahim yang sanggup mengikut perintah Tuhan mengorbankan anaknya, Nabi Ismail.

Namun, tempat Nabi Ismail itu kemudian ditukarkan dengan seekor kibas oleh Tuhan.

Penduduk di Libya turut meraikan Hari Raya Aidiladha semalam walaupun harga barang melonjak tinggi selepas kebangkitan rakyat menentang kepimpinan Muammar Gaddafi.

Gaddafi mati ditembak pada 20 Oktober lalu.

Di Syria, sejumlah penduduk berhimpun selepas solat Hari Raya Aidiladha pagi semalam bagi menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

Seramai 3,000 orang terbunuh di negara itu sejak kebangkitan rakyat menentang kepimpinannya pada Mac lalu.

Namun, Bashar menghadiri solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Nur di bandar Raqqa.

Di Bandar Gaza, ketua pentadbiran Hamas di Tebing Barat, menyampaikan ucapan di Masjid Palestin sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

"Ini merupakan hari besar untuk kebebasan di Mesir dan Tunisia serta Libya dan semua orang yang menang menentang kezaliman.


Solat berjamaah mengawali Hari Raya Idul Adha atau di Indonesia dikenal juga dengan nama Hari Raya Haji. Ratusan warga melaksanakan solat di salah satu sudut kota Jakarta, Minggu

Warga Muslim Filipina mengikuti solat di Masjid Emas di Manila.

Idul Adha juga dirayakan di Afghanistan. Para jemaah melaksanakan solat berjamaah di lingkungan Masjid Shah-e Do Shamshira, Kabul sementara domba yang akan dikurbankan ditempatkan di sisi masjid

Warga Syria yang tinggal di Jordan melakukan solat di halaman kedutaan besar Syria di Amman. Sebahagian dari mereka melarikan diri dari kekecohan politik di Syria

Seorang tentara Yaman memberikan ucapan Idul Adha kepada seorang warga selesai solat Idul Adha di ibukota Yaman, Sanaa. Dalam pesan Idul Adha, Presiden Ali Abdullah Saleh menyerukan dialog menuju peralihan damai berdasarkan perlembagaan ketika menangani desakan agar dia berundur

Warga Palestin mengikuti solat Idul Adha di lingkungan Masjid Al-Aqsa, Jerusalem.

UMAT Islam di India mengerjakan solat sunat Aidiladha di masjid dan
runtuhan kota Feroz Shah Kotla, New Delhi


Idul Adha mempunyai keistimewaan kerana disertai ibadat penyembelihan korban. Lembu, kambing, biri-biri dan unta disembelih pada hari raya ini dan dagingnya dibagi-bagikan kepada mereka yang memerlukan

Sehari sebelum Idul Adha, jutaan jemaah haji berkumpul di Padang Arafah untuk melaksanakan wukuf (berdiam diri) dan berdoa hingga menjelang Maghrib

Jemaah haji berada di Mina (6/11) untuk melempar jumrah sebagai bagian dari rangkaian ibadah. Mereka melempar batu-batu kecil ke tiga tiang sebagai simbol menjauhkan diri dari segala sifat buruk yang biasa dimiliki syaitan.

Di Terengganu, Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang turut telah menyempurnakan ibadat Qurban sebanyak 8 ekor lembu/kerbau.

Upacara korban bersempena Hari Raya Aidil Adha berlangsung meriah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 34 ekor lembu disembelih untuk dibahagikan kepada orangramai.



Syarikat DI Terengganu Berhentikan Pekerja & Beri Pampasan Serendah RM22.20

Kuala Terengganu - Ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban, 22 daripada 70 kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) tidak menyangka mereka turut menjadi 'korban' apabila diberhentikan kerja berkuat kuasa esok.

SEBAHAGIAN daripada 22 pekerja Terengganu Agrotech mengadakan demonstrasi aman di Gong Badak, Terengganu semalam.

Alasan yang diberi pihak syarikat untuk membuang seorang pengurus, enam eksekutif dan selebihnya kakitangan kontrak itu ialah kerana syarikat mengalami kerugian dan melakukan penstrukturan semula.

Lebih malang, apabila ada di antara kakitangan yang mula berkhidmat sejak tahun 2006 itu diberikan faedah pemberhentian tidak setimpal apabila salah seorang daripada mereka diberi pampasan berjumlah RM22.20.

Bekas Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran syarikat berkenaan, Mohd. Razak Salih berkata, surat pemberhentian kerja bertarikh 1 November itu diserahkan kepada mereka Khamis lalu (3 November).

"Pemberhentian kami pula berkuat kuasa pada 8 November ini iaitu pada tarikh sepatutnya kami masuk kerja selepas cuti umum Hari Raya Aidiladha," katanya ketika ditemui bersama rakan-rakannya di Gong Badak dekat sini, kelmarin.

Menurut Mohd. Razak, penamatan perkhidmatan mereka oleh syarikat tidak dilakukan secara adil menyebabkan mereka kini hilang tempat bergantung dan mereka berharap campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi membela nasib mereka.

Jelasnya, sebelum ini dia cuba berjumpa dengan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus TADC namun pada tarikh surat itu diserahkan kepada mereka dua individu berkenaan tidak kelihatan di pejabat mereka di Bangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di sini.

"Saya juga cuba menghubungi telefon bimbit mereka tetapi panggilan kami tidak dijawab," katanya yang turut menjelaskan mereka tidak tahu alasan sebenar mereka dipilih di antara lebih 70 kakitangan syarikat berkenaan untuk diberhentikan.

Katanya, dia cuba merujuk masalah mereka ke Jabatan Perusahaan dan dia diberitahu pemberhentian kerja seperti yang dilakukan ke atas mereka hanya boleh dilakukan jika mereka merupakan pekerja bermasalah.

Tambahnya, beliau berharap agar campur tangan Ahmad dapat menyelesaikan masalah tersebut memandangkan mereka mempunyai tanggungan tambahan dua bulan lagi sesi persekolahan baharu akan dibuka. -kosmo

Abang Cuba Perkosa Adik Sendiri, Pukul Ibu Dengan Papan Menggosok Pakaian

Abang setan. Itu gelaran kepada seorang pemuda berusia 20-an yang mencabul adik perempuannya berusia 17 tahun dan memukul mangsa serta ibunya dengan papan menggosok pakaian apabila kejadian itu diceritakan kepada ibunya. -Gambar Fail

Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Sungai Besi, di sini, pada jam 8.30 pagi kelmarin ketika mangsa yang juga pelajar tingkatan lima berada di biliknya berseorangan manakala ibu dan kakaknya tiada di rumah.

Sumber berkata, suspek masuk ke dalam bilik dan menolak mangsa ke atas katil sebelum mencabulnya.

“Mangsa merayu serta cuba melawan, tetapi suspek bertindak lebih ganas apabila cuba merogolnya, namun ketika bergelut, mangsa dan suspek terjatuh daripada katil dan berlaku pertengkaran.

“Sebelum meninggalkan adiknya, suspek memberi amaran supaya mangsa tidak memaklumkan kejadian ibu mereka,” katanya.

Menurutnya, mangsa mengadu kepada ibunya dan dihantar ke rumah kakaknya buat sementara.

“Bagaimanapun, apabila mangsa pulang ke rumah pada sebelah malam dia terkejut melihat biliknya bersepah dan pakaiannya dibuang suspek yang tidak puas hati kerana mangsa memberitahu kejadian itu kepada ibu mereka.

“Suspek bertindak lebih ganas dengan memukul mangsa dan ibunya dengan papan menggosok pakaian menyebabkan mereka cedera di kaki dan badan,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jalan Bandar. -HM

[Sedih] Kisah Kucing Dipotong Kakinya Kerana Mencuri Ikan - Video Di dalam

Kisah seekor kucing yang dipotong kedua belah kaki hadapannya oleh “seekor manusia” (atau layakkah digelar manusia) kerana dipercayai mencuri ikan di sebuah restoran.

Selepas kaki kucing itu dipotong, ia dibiarkan menderita kesakitan di tepi kaki lima. Korang boleh bayangkan betapa menderita dan sakitnya kucing itu.

Sedangkan jari kita terluka terkena pisau pun, pedihnya bisa buat tak karuan seketika, inikan pula dipotong kakinya dalam keadaan hidup-hidup.

Kucing ini bernasib baik kerana ditemukan Allah oleh orang yang berhati mulia bernama Hairey. Hairey la yang menyelamatkan kucing tersebut dan merawatnya hingga sembuh.

Kini setelah 6 tahun berlalu, kucing yang diberi nama Hero itu telah pulih sepenuhnya. Hero mampu berjalan dan melompat walaupun kudung kedua kaki depannya. Melihat ketabahan Hero, timbul rasa simpati.

Sampai hati betul “seekor manusia” itu sanggup memotong kaki Hero.

Hairey atau kini mahu digelar Papa Hero turut berkongsi pengalamannya membela Hero dan juga kucing-kucing lain di blognya – kakimotong.blogpot.com

Papa Hero juga turut memuat naik video-video aksi Hero dan kucing lain di youtube.

Video di bawah menceritakan serba sedikit tentang Hero – kucing yang dipotong kaki. -penyubiru