Oktoberfest tiba-tiba meletup sebagai satu isu yang menggegarkan negeri Selangor. Serangan dilakukan ke atas Menteri Besar yang baru, Azmin Ali dan MP Shah Alam, Khalid Samad.
Sedangkan Pesta Oktoberfest sudah berjalan bertahun-tahun tetapi tiada pula yang bersuara ketika itu.
Siapa Menteri Besar Selangor pada tahun 2010 sehingga 2013? Mengapa Azmin & Khalid Samad pula yang jadi sasaran?
Nampak sangat serangan dan bantahan itu bermotifkan politik bukan di atas keikhlasan dan niat untuk mempertahankan syariat.
Kedua, Ketua Agama Islam Negeri Selangor sendiri tidak menghalang. Bukankah PAS hari itu di dalam isu pemilihan menteri besar yang baru untuk Selangor menyuruh kita hormat dan wala kepada Sultan? Jangan derhaka, demikian kata-kata puak UG dalam PAS yang berjongkang jongket dengan UMNO.
Sekarang hukum kebenaran dan keadilan berjalan, PAS perlu ikut tentak dan tari, selagi Sultan tidak menghalangnya kena terima kehadiran Oktoberfest (?) Apasal tak mahu hormat lagi?
Kalau nak bantah maka perlulah dapat perkenan Sultan dahulu sebab beliau Ketua Agama Islam di Selangor. Jangan pandai-pandai nak buat keputusan sendiri dalam bab agama sebab Sultan berkuasa penuh. Tak begitu? Kalau nak bantah pergi dapat perkenan Sultan dahulu, bukan menyalak tak tentu pasal salahkan Azmin atau Khalid Samad.
Bukan GB menyetujui Pesta Arak tersebut tetapi jika ia dilakukan ditempat yang tertutup dan dikhususkan untuk bukan Islam, maka apa masalahnya? Ingatlah pesanan Hadith Rasulullah:
"Barangsiapa berlaku zalim kepada seorang kafir 'ahdi, atau mengurangi haknya, atau memberi beban melebihi kemampuannya, atau mengambil sesuatu daripadanya dengan niat yang tidak baik, maka saya adalah pembelanya nanti di hari kiamat." (Riwayat Abu Daud)
"Barangsiapa mengganggu seorang kafir dzimmi, maka sungguh ia mengganggu aku, dan barangsiapa mengganggu aku, maka sungguh ia mengganggu Allah." (Riwayat Thabarani)
Dan ini kenyataan paling rasional dari MP Shah Alam.
Khalid pertahan kenyataan, PBT perlu main peranan kawal ketat pesta arak
Ahli Parlimen PAS Khalid Samad hari ini mempertahankan kenyataannya yang sambutan festival arak Oktoberfest boleh dibenarkan di negara ini, tetapi dengan syarat sensitiviti dan hak masyarakat Islam perlu dilindungi.
Wakil rakyat Shah Alam itu berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memainkan peranan utama dengan mengenakan syarat dan kawalan ketat terhadap penganjur yang juga syarikat pengeluar produk minuman keras, Carlsberg Malaysia.
Antaranya, dengan melarang penganjurannya di kawasan penduduk majoriti beragama Islam, melarang pengiklanan secara terbuka di papan iklan dan Facebook serta menghadkan penyertaannya kepada bukan Islam sahaja.
"PBT perlu menguruskannya dengan baik. Nak perkenalkan arak atau pesta perlu dibuat di kawasan yang majoritinya bukan Islam, jangan buat di Shah Alam contohnya, jangan iklan merata-rata dan jangan panggil orang Islam hadir.
"Jika semua ini dipatuhi untuk masyarakat Islam, saya rasa tidak ada masalah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kenyataan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu sebelum ini yang membenarkan Oktoberfest atas alasan negara majmuk menimbulkan reaksi negatif apabila dikatakan tidak memahami konsep Islam sebagai agama Persekutuan.
Namun Khalid menegaskan, Islam sebagai agama global juga mengajar umatnya cara untuk berurusan dengan bukan Islam memandangkan penggunaan minuman dan makanan beralkohol dibenarkan dalam ajaran agama lain.
Jelasnya, tidak ada halangan bagi bukan Islam makan dan minum sesuatu yang dihalalkan mengikut kepercayaan agama masing-masing, cuma pelaksanaannya perlu mengambil kira suasana dan realiti masyarakat.
"Kalau ambil pendekatan 'ini negara Islam agama rasmi' maka akhirnya bukan Islam tidak nampak keadilan dalam Islam.
"Sebaliknya mereka nampak seolah-olah terpaksa tunduk dan akur kehendak Islam."
Katanya, sehingga kini masih wujud perbahasan antara ulama mengenai isu pengambilan hasil cukai arak oleh kerajaan.
Ada mazhab yang membenarkan hasil cukai melalui keuntungan jualan arak digunakan untuk rakyat dengan membina kemudahan awam, tetapi ada juga yang mengasingkannya untuk kegunaan rakyat beragama Islam dengan bukan Islam.
"Di Malaysia, kita tidak ada sistem pengasingan itu. Tetapi di Kelantan, cukai arak tidak dicampur dalam cukai yang bersih.
"Menjadi amalan pentadbiran Kelantan mengasingkan cukai lesen jualan arak dan memasukkannya dalam tabung yang berasingan," katanya.
Mengulas dakwaan Pengerusi Umno Datuk Seri Noh Omar terhadap iklan Oktoberfest yang dipasang disekitar kawasan Shah Alam, Khalid menafikannya dan menganggap dakwaan itu sebagai palsu.
Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square.
Kemuncak pesta akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya. – -TMI
Komentar pembaca, klik untuk lebih jelas
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI