18 Sep 2014

Ucapan Dasar Presiden PAS Elak Terima Nasib Dato Asri?


Hadi: PAS terus bersama Pakatan, tolak Umno

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS akan terus istiqamah mengadakan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan.

Pada masa yang sama, beliau mahu rakan parti dalam Pakatan supaya tidak mengkhianati kerjasama yang terbentuk.

Beliau membaca sepotong ayat al-Quran yang menjelaskan syarat iaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini.

"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Terus beistiqamah" pada Muktamar PAS di Batu Pahat.

Beliau turut mempertegaskan bahawa dakwaan bahawa PAS akan menyertai atau bergabung dengan Umno adalah "tohmahan" dan "api fitnah" yang dicetus oleh mereka yang mahu memecah dan merosakkan perjuangan Islam.

"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah," katanya.

Mengimbau pengalaman PAS dalam mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak sejak tahun 50-an, Abdul Hadi mengingatkan bahawa tahaluf yang dilaksanakan mesti memperkuatkan parti dan bukan bertujuan melemah sehingga mencetuskan pergaduhan sesama anggota parti.

"Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri.

"Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita, atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat, sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pemimpin dan anggota parti supaya perjuangan Islam untuk mencapai kemenangan mestilah di atas landasan syarak dan memperolehi pahala di sisi Allah bukan sekadar politik biasa sebagaimana yang difahami oleh Barat.

Dalam ucapannya juga, Abdul Hadi berkata politik Islam membenarkan tahaluf antara mana - mana golongan yang tidak memusuhi Islam sekaligus membuktikan Islam bukanlah agama ekstrem seperti yang dijaja media barat.

"Sebagai sebuah gerakan yang berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah, maka setiap langkah tahaluf kita mestilah mempunyai sandaran dan terikat dengan syarat-syarat tahaluf yang berpaksi kepada kedua sumber tersebut, tanpa merugikan kepentingan Islam.

"PAS juga tetap menghubungkan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat, membuka ruang dialog dan wacana demi kebaikan dan masa depan umat Islam," katanya. -mk

ULASAN GB

Semalam Timbalan Mursyidul Am, Dato Haron Din dengan tegas meminta supaya kerjasama di dalam Pakatan Rakyat dikaji semula. Ucapan beliau semalam memberikan persepsi yang beliau sudah mahu PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana "tahaluf siyasi" sudah dikhianati. Beliau dilaporkan berkata:

"Sekiranya syarat (tahaluf siyasi) dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan (atau tidak).

"(Jika) syarat-syarat dirobohkan ulama perlu memperbaiki balik, memperbaiki balik, memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah konsep talak dalam perkahwinan, walaupun ia dibenci," katanya.

Belum pun sempat "tahaluf siyasi" dikaji semula seperti permintaan Dato Haron Din, hari ini Presiden PAS menegaskan PAS akan terus istiqamah mengadakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan.

Kedua, di sebalik kenyataan Presiden PAS yang ingin PAS bersama Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin PR yang lain dari DAP dan PKR tidak hadir seperti di muktamar-muktamar yang lepas.

Presiden PAS menempelak rakan parti dalam Pakatan supaya tidak mengkhianati kerjasama yang terbentuk. Nak bersama Pakatan tetapi sempat menempelak rakan.

Ketiga, Presiden PAS berkata: "Tahaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya.

"Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, kucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri," katanya dalam ucapan dasarnya.

Jika tahaluf siyasi itu bertujuan memperkuatkan parti maka sepatutnya suara partilah yang perlu diikuti bukan menggunakan kuasa veto Presiden sendiri untuk membenamkan suara AJK PAS Pusat kerana AJK PAS Pusat itu dipilih oleh parti melalui muktamar dan mereka mewakili suara ahli bawahan.

Keempat, presiden berkata lagi, menjalinkan kerjasama politik juga bukan bermakna PAS perlu menyerap ke dalam sistem parti lain dan meminggirkan matlamat perjuangan PAS.

Tiada siapa yang kata kita nak masuk PKR atau DAP. Ia hanya tohmahan golongan taksub pihak tertentu. Kita berada dan ingin terus berada di dalam Pakatan dan sepatutnya kita perlu bijaksana di dalam menjalinkan hubungan dengan rakan-rakan di dalam Pakatan. Jika benar rakan-rakan Pakatan telah mengkhianati kita seperti yang didakwa Presiden, maka perlu apa bertegas lagi duduk dalam Pakatan?

Siapa yang sebenarnya mengkucar-kacirkan Pakatan dan siapa yang menyebabkan ahli-ahli PAS sanggup berlawanan sesama sendiri?

Ini dipetik dari pandangan seorang bukan Islam yang mungkin mewakili majoriti kaum bukan-Islam lain yang telah muak dengan pendirian PAS yang sentiasa berubah-ubah.


Apa pandangan dan usaha Tuan presiden untuk memperbaikinya?

Ada yang berpendapat ucapan Presiden hari ini adalah untuk mengelak dirinya dari menerima nasib Dato Asri yang ditolak ucapan dasarnya di Muktamar ke 28 di DBP pada tahun 1982 dulu.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





MUKTAMAD: Mahkamah Persekutuan Perintah Papagomo Bayar RM300,000


Mahkamah Persekutuan semalam menegaskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah penulis blog kontroversi Papagomo, lapor malaysiaini.

Mahkamah oleh itu menolak permohonannya untuk merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung saman terhadapnya oleh ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Wan Muhammad Azri dikehendaki membayar RM300,000 atas kenyataan fitnah yang dibuatnya terhadapnya oleh Abdul Razak.

Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan dirinya adalah Papagomo.

Keputusan semalam dibuat oleh panel lima hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Ma’arop.span class="fullpost">







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Gambar Ini Untuk Kite-kite Aje....?


Blog ini beberapa kelmarin telah menyiarkan gambar-gambar yang menjadi viral di media sosial dan seorang pengkomen meminta GB untuk menjelaskan lebih lanjut mengenainya.

Sebelum ini, GB hanya memaparkan gambarnya saja tanpa mengulas apa-apa sekadar mencatatkan: "Masing-masing boleh nilai sendiri samada perjuangan ini untuk parti atau untuk perut kroni sendiri?"

Gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai persepsi sekaligus fitnah jika ianya tidak dijelaskan. Gambar tersebut diambil dari blog Malaysia-Today kepunyaan Raja Petra Kamaruddin yang di dalam gambar tersebut turut ada bersama-sama Raja petra Kamaruddin ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar. Pertemuan itu dikatakan berlaku di Manchester, UK sekitar penghujung 2013.

Carta organisasi syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor pula mendedahkan bahawa abang kepada Raka Petra Kamaruddin iaitu Raja Idris Raja Kamaruddin (abang kepada Raja Petra Kamaruddin) adalah Pengerusi Lembaga Pengarahnya. Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad yang juga Ahli Majlis Syura PAS, memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat berkenaan.


Di dalam satu lagi printscreen SMS dari seorang rakan Ahmad Sabki Yusof (Penolong Setiausaha Agung PAS) pula mendedahkan mengenai pengkuan Sabki memngenai pembahagian ESOS Kumpulan Peransang Selangor Berhad. ESOS (Employees Share Option Scheme) iaitu Skim Pilihan Saham Pekerja yang lazimnya ditawarkan kepada pekerja syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia. Jumlah saham yang ditawarkan bergantung kepada gred jawatan yang disandang dan gred appraisal yang diperolehi setiap staff. Yang nyata di situ, pada tahun 2012 terdapat dua orang kroni Presiden PAS (?) iaitu Ahmad Sabki Yusof dan Zaharuddin Muhammad yang masing-masing ditawarkan ESOS masing-masing sebanyak 533,000 dan 495,000.


Daripada blog malaysiawaves.net, harga saham Kumpulan Perangsang terkini ialah RM1.80 seunit, manakala ESOS di atas berharga RM1 seunit. Ini bererti untuk Zaharuddin saja, beliau boleh membuat keuntungan atas angin 500k x 0.80 = RM400,000. Itu baru setahun iaitu tahun 2012.

Tawadhu sunggu ahli Majlis Syura PAS ya... ada saham beratus ribu (mungkin sekarang dah juta?)...

Yang menjadi persoalan kini, ahli-ahli PAS diminta untuk WALA kepada Presiden dan Majlis Syura Ulama. Sedangkan persoalan di atas tidak diketahui lansung oleh ahli-ahli PAS (kalau ada yang tahu pun tak ramai bilangannya).

Sebelum ini GB mengulas bahawa kumpulan pro-ulama Marah sangat Wan Azizah dijadikan calon untuk MB kerana kroni katanya, abis yang di atas itu apa? Kroni atasan PAS peringkat tertinggi?

Dan apakah kerana itu maka Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama bertungkus-lumus mempertahankan TSKI sebagai MBnya dengan melambung namanya seolah-olah TSKI satu-satunya orang yang paling berintegriti dalam dunia? Wan Azizah perlu dikutuk dan diaibkan sebagai tiada kebolehan?

Pagi tadi pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di dalam ucapannya menyatakan pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagi mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.

Macamlah PAS tidak pernah menukarkan kepimpinan sehingga sanggup menggunakan hujjah sedemikian. Pesuruhjaya PAS Selangor ditukarkan daripada Abd Rani Osman kepada Iskandar Samad, apa kesalahan Abdul Rani Osman sehingga beliau ditukarkan kepada orang lain sedangkan semua orang tahu kejaaan cemeralng PAS Selangor di dalam PRU13 adalah kerana kewibawaan Abdul Rani.

Kemudian hari ini diluluskan juga usul dari Dewan Ulama menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura.

Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?”

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,”jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.


Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...


Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Jadi dimana justifikasi Presiden dan ahli Majlis Ulama tidak boleh dikritik. Maksumkah mereka?

Kemudian ada pula seorang pemimpimpin parti menyatakan bahawa Presiden mempunyai kuasa pemutus. Majlis Syura mempersetujuinya. Tak perlu rujuk AJK PAS Pusat. Dah jadi komunis. Guna sistem autokrasi. Tiada lagi demokrasi. Hujjah mereka menyatakan hanya ulamak yang tahu bab Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias yang merupakan tunggak tertinggi perlembagaan PAS. Jika demikian apa guna pilih AJK PAS PUsat setiap dua kali bermuktamar? Bukankah mereka itu dipilih menjadi "wakil" daripada orang bawahan?

Malah jika disemak Al-Quran amat jelas ada perintah Allah supaya bermesyuwarah, bukan menggunakan kuasa veto ketua.

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarah sesama merekadan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

"Bermesyuarah" ertinya apa? Guna kuasa veto presiden seorang sajakah yang bercakap dengan dinding?

Kemudian memaksa pula suruh wala. Jika tidak tindakan disiplin akan diambil. Huh!

Beginilah. Jika merasakan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi sesuai dan tahaluf siyasi sudah tidak dapat dilaksanakan seperti kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr. Haron Din, apa kata jika PAS berpisah saja dari Pakatan Rakyat? Kita lihat saja nanti kesannya kepada parti Islam SeMalaysia?

Dan jika pengkritik-pengkritik Presiden dan Majlis Syura Ulama nak dikenakan tindakan, apa kata jika pecat saja semua pemimpin dan ahli yang mengkritik supaya PAS hanya menjadi kumpulan UG (Ulama Group)?

InsyaAllah, bagi GB jika dipecat sekalipun, jiwa GB redha dan tenang, kerana kebenaran itu lebih berhak untuk diikuti.....

Selama menjadi blogger ini pun GB sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk parti. Setidak-tidaknya sejak zaman reformasi dan alhamudillah, PAS telah berjaya cemerlang hasil usaha sedikit ini dari para blogger yang menyebarkan maklumat dan berjuang dari alam langit (siber).

Tiada siapa ambil tahu perit dan susah payah kami selama ini.

Namun, walaupun parti tidak menghargai jasa kami, kamihanya mampu berdiam diri kerana kami yakin Allah itu sentiasa Maha Melihat dan Maha Mengetahui dan Dia berjanji tidak akan sia-sia orang-orang yang berbuat kebaikan. Balasan adalah ditanganNya. Malah jika Dia tidak mengganjari kami pun kami terima kerana itulah keikhlasan kami sebagai hambaNya di dalam perjuangan menengakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Bukan mudah untuk mencapai maqam "keikhlasan" itu kalau tanpa pertolonganNya jua...









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI