21 Ogo 2011

Keretakan Dalam UMNO Semakin Terdedah

Perkembangan terbaru dalam arena politik negara membuktikan bahawa adanya keretakan dalam pentadbiran Perdana Menteri, Najib Razak dakwa Pakatan Rakyat.

Kenyataan Najib yang menyatakan pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja membuktikan ada pergolakan dalaman yang gagal disembunyikan gagasan itu.

Malah ia disusuli oleh perkembangan semasa terdapatnya halangan atau bantahan daripada pimpinan di bawah Najib ke atas inisiatif perdana menteri itu yang membabitkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Pakatan katanya yakin, Najib akan melakukan lebih banyak pembaharuan dalam PSC yang akan dilewatkan pelaksanaannya memandangkan beliau perlu mendapatkan sokongan terlebih dahulu dan berusaha mengatasi bantahan dalam pentadbirannya sendiri.

Portal The Malaysian Insider yang memetik Mohamad melaporkan, beliau percaya tindakan Najib yang dilihat berundur ke belakang daripada inisiatifnya, menunjukkan beliau sedang “membeli masa” agar Perdana Menteri keenam itu boleh mendapatkan sokongan kakitangan kerajaan dan pengundi atas pagar menjelang pilihan raya umum.

“Saya tidak fikir Najib dan BN serius untuk membawa pembaharuan,” kata beliau selepas melancarkan kempen antiharga barang naik, menggunakan nama Protes BN, di ibu negara semalam.

“Mereka hanya membuka injap untuk melepaskan tekanan tetapi tidak serius mengadakan pilihan raya bebas dan adil. Ya, mereka cuba beli masa,” katanya lagi merujuk kepada kesan perhimpunan Bersih di ibu negara pada 9 Julai lalu, yang diadakan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya.

Kelmarin, Najib berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Jawatankuasa PSC itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kelmarin, Perdana Menteri memberitahu oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Namun menurut Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, tindakan Najib ini menyebabkan beberapa kumpulan dalam Umno tidak berpuas hati dengan pembaharuan Najib dan cuba mewujudkan kebangkitan ke atas kepimpinan beliau dan perikatan yang dipimpinnya.

Beliau menamakan pertubuhan bukan kerajaan seperti Penawar dan Amanah Merdeka yang diketuai oleh veteran-veteran Umno.

Oleh itu kata Mat Sabu, Najib cuba mendapatkan sokongan daripada tempat-tempat lain.

“Saya tidak fikir beliau cuba menyatukan sokongan veteran Umno tetapi membeli masa pegawai-pegawai kerajaan dan menjawab Buku Jingga (dikeluarkan Pakatan Rakyat),” kata beliau.

Sementara itu, ahli parlimen Ipoh Timur memberitahu, Najib kemungkinan cuba untuk mengadakan inisiatif baru susulan perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu tetapi gagal ekoran tentangan daripada Umno sendiri.

“Beliau tidak boleh keluar daripada bangkangan, kritikan jelas daripada pihak berpendirian keras seperti Muhyiddin,” kata Lim merujuk kepada timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selasa lalu, Muhyiddin menegaskan sistem pilihan raya semasa adalah adil dan telus, dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan.

“Mereka tidak boleh gembira dengan idea itu apabila mereka selama ini mempertahankan bahawa tidak ada apa-apa kekurangan dalam sistem semasa,” kata Kit Siang. -tvsnews




Kawasan Tol Senawang Makan Orang? Terbaru, Bayi Tercampak Keluar Dari Kereta

Seremban - Sepasang suami isteri meraung selepas melihat bayinya tidak lagi bernyawa selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 252.8 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Plaza Tol Senawang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kereta jenis Toyota Camry dinaiki pasangan terbabit bersama bayi lelaki dan seorang lagi penumpang dalam perjalanan menuju ke utara, sebelum dikatakan terbabas akibat hujan lebat.

Dalam masa sama, sebuah kenderaan pacuan empat roda turut terbabas ke tepi jalan dan merempuh kenderaan dinaiki keluarga berkenaan.

Akibat kemalangan itu, bayi berusia setahun itu yang dikenali sebagai Lin Isaac yang ketika itu dipercayai sedang dalam pangkuan ibunya, tercampak ke luar dan terhumban ke bawah kereta.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri dan pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku berikutan jalan licin akibat hujan lebat menyebabkan Toyota Camry dinaiki keluarga berkenaan terbabas.

Menurutnya, bayi berkenaan kemudian ditemui tersepit di bawah Toyota Camry dan sudah meninggal dunia.

“Bapa dan ibu mangsa serta seorang lagi penumpang dipercayai anggota keluarga pasangan berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, dua jentera bomba membabitkan 12 anggota dari Balai Bomba Senawang dan Rembau tiba ke tempat kejadian untuk kerja-kerja menyelamat mangsa.

Dalam pada itu, pasangan suami isteri berkenaan mengelak daripada wartawan kerana masih terkejut dengan kejadian menimpanya dan ibu mangsa juga kelihatan meraung dan menangis ketika melihat bayinya yang sudah tidak bernyawa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari bawah kereta.

Mayat bayi kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk bedah siasat.

Ulasan GB

Berpuluh-puluh kejadian kemalangan berlaku di kawasan yang berdekatan dengan Tol Senawang.

GB cuba membuat carian di Google dengan menulis "kemalangan tol senawang", maka dipaparkan pautan kepada berpululoh-puloh laporan kemalangan, yang sebahagian besarnya kemalangan maut berlaku di jajaran 20KM-30KM di sepanjang Tol Senawang dan Tol Simpang Ampat.

Jangan lupa insiden pada tarikh 10.10.10 dimana seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di kawasan yang berhampiran di Kilometer 223.

Sebelumnya pada 27.09.10 lima sekeluarga menempuh detik ngeri apabila kereta dinaiki terbabas dan terbalik hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 254.5

Dan 6 sekeluarga, Pengarah Urusan Fadhilat Herb, Suhaimi Ghazali, isteri dan empat anak mereka disahkan rentung dalam kemalangan di Kilometer 252 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat Senawang pada bulan Februari 2010.

Pada 16.07.11, seorang wanita dan bayi lelakinya maut manakala suaminya cedera apabila lori yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km252.9

Ia menunjukkan kawasan lebuhraya di sepanjang 20KM-30KM Tol Senawang adalah kawasan kemalangan maut.

Kita ingin tahu samada pihak Lebuhraya PLUS sudah membuat kajian terperinci mengenai keadaan lebuhraya di situ dan sebab-sebab terlalu banyak kemalangan maut berlaku di tempat yang hampir sama.

Kepada pemandu, berwaspadalah tatkala melalui kawasan berkenaan.

PAS Tawar Hati Untuk Sertai J/K Khas Parlimen, Desak Tubuh Suruhanjaya Diraja

PAS mungkin tidak sertai JK Khas Parlimen

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: PAS mungkin tidak akan menyertai Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya berikutan sikap tidak ikhlas kerajaan yang semakin jelas, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub (gambar).

Sebaliknya PAS, akan terus berpegang kepada pendirian supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini, katanya.

"Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada Jawatankuasa Khas Parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut," tegas beliau sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai bukti keangkuhan Najib dan Umno.

Menurut Perdana Menteri, pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya itu.

"Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," kata Salahuddin.

Mengenai usaha untuk menghubungi badan-badan di peringkat antarabangsa mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau menjelaskan, usaha itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenai tunturan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih dalam negara ini.

"Kesedaran mengenai tuntutan itu perlu diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa," kata Salahuddin.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. -HD



PAS Tidak Mahu Sertai PSC, Kekal Desak Suruhanjaya Diraja

Kenyataan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebabkan PAS tawar hati untuk turut serta dalam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya yang bakal ditubuhkan Oktober depan, kata Salahuddin Ayub.

Sebaliknya ujar beliau, PAS akan terus berpegang supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini.

"Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada jawatankuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk (Seri) Najib (Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut,"
kata beliau dipetik dari portal Malaysiakini.

Najib sebelum ini berkata, pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja tanpa terikat dengan keputusan PSC.

"Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," kata Salahuddin, semalam.

Mengenai usaha untuk menghubungi badan-badan di peringkat antarabangsa mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, ahli parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau menjelaskan, usaha itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenai tunturan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih dalam negara ini.

"Kesedaran mengenai tuntutan itu perlu diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa," kata Salahuddin.

Bersih 2.0 sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.







Latah Isteri Selamatkan Suaminya Dari Dibaham Buaya

Kuching: Jeritan seorang isteri yang menghidap penyakit latah menyelamatkan suaminya, Wan Sahari Wan Ateng, 47, daripada dibaham buaya di Sungai Paroh, di sini, malam kelmarin. Gambar fail

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Wan Sahari, yang sedang menjala udang bersama isterinya Saliah Jini, 47, tiba-tiba diserang buaya yang dianggarkan sepanjang 6.5 meter.

Melihat buaya yang muncul di tepi perahu mereka menyambar lengan kanan suaminya, Saliah, melatah dan jeritannya menyebabkan reptilia itu melepaskan gigitannya.

"Selepas menyambar lengan saya, buaya itu cuba menarik saya ke dalam sungai dan ketika itu saya hanya terfikir akan mati namun saya berusaha menggagahkan diri melawannya menyebabkan perahu kami senget dan hampir karam.

"Isteri saya yang menghidap latah terkejut melihat kejadian itu dan menjerit dengan suara yang cukup kuat menyebabkan buaya itu berundur tiba-tiba dan terus hilang dalam gelap," katanya.

Sambil mengucapkan syukur terselamat daripada kejadian yang menakutkan itu, Wan Sahari, turut berterima kasih kepada isterinya kerana jeritannya berjaya menakutkan reptilia ganas itu.

"Kalau tidak kerana jeritannya, tidak tahulah nasib saya. Syukurlah Tuhan melindungi saya menjelang 10 hari lagi kita menyambut hari raya," katanya sambil menunjukkan kesan gigitan buaya itu di lengan kanannya.

Bapa kepada sembilan anak itu berkata, kejadian itu adalah kali pertama sejak menjadi nelayan sungai sepenuh masa selepas berhenti kerja dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) 17 tahun lalu.

"Sebelum ini, sudah beberapa kali perahu yang saya naiki terlanggar reptilia itu selain terserempak buaya yang timbul berdekatan perahu, namun apabila menyedarinya saya akan segera berpindah ke tempat lain," katanya.

Ulasan GB

Takdir Allah, siapa sangka. Seorang perempuan yang melatah... tiba-tiba jadi penyelamat kepada suaminya.

Subhanallah, tiada satu pun dari Allah itu sia-sia....

Kenalkah Pemimpin PAS Siapa Allahyarham Azizi Hj Abdullah?

Novelis Azizi Haji Abdullah meninggal

GEORGETOWN, 21 Ogos: Novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi.

Rakan sekerjanya di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Zulkifli Mohd Yusuf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Jenazah Allahyarham Haji Azizi akan dibawa pula ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini.

Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan. -HD

Ulasan GB

GB telah menyiarkan satu entri khusus mengenai keadaan kesihatan Allahyarham Azizi pada 20 Mei yang lalu bertajuk Azizi Terlantar Di ICU, Pemimpin PAS Bersegeralah Menziarahinya. Kalau ada pemimpin tertinggi PAS yang pergi menziarahinya, syukurlah tetapi jika tiada, maka beringatlah!

Kini beliau sudah tiada lagi, tetapi jasa beliau kepada perjuangan Parti Islam SeMalaysia belum sempat diiktirafkan oleh parti. GB agak terkilan sikap parti yang kurang mengindahkan pejuang-pejuang belakang tabir yang banyak membantu parti terutama yang menulis melalui blog-blog seperti Allahyarham Azizi.

Meskipun PAS mengakui sumbangan media baru terutama blogger yang menyebabkan kemenangan PAS di beberapa siri pilihanraya umum dan kecil, namun pemimpin tertinggi parti, dari satu muktamar ke satu muktamar, tidak pernah secara rasmi, menghargai sumbangan para blogger ini.

Sememangnya para blogger berjuang tidak mengharapkan balasan manusia, tetapi sepatutnya menjadi kewajipan parti menghargai sumbangan mereka ini.

Telah banyak diulas mengenai hal ini (ketidak-pekaan parti terhadap sumbanga blogger) sebelum ini, namun ia umpama mencurah air di daun keladi.... para pemimpin PAS sudah senang lenang dengan gaji dan elaun sebagai wakil rakyat sedangkan para blogger berhempas pulas separuh mati menjadi benteng utama parti di dalam siber dilupakan. Siapa yang ada memperdulikan nasib mereka selama ini? Hanya Allah s.w.t. Yang Maha Tahu.

Penah sewaktu GB sendiri satu ketika terlantar sakit di hospital, tak siapa ambil peduli. GB wujudkan sebuah tabung Kelab GB merayu simpati agar GB dapat terus membantu perjuangan parti, haram, tak der seorang pun YB-YB PAS menghulurkan simpati kecuali beberapa ahli bertaraf penampal poster yang menjadi rakan untuk berkongsi doa dan harapan. Sejak itu, GB kenal watak manusia yang memegang jawatan parti ini apatah lagi apabila sudah bergelar YB.

Itu sebab agaknya mengapa ramai juga blogger kita yang telah menarik diri seorang demi seorang di alam siber ini. Yang tinggal kebanyakannya blogger "100% salin-tampal", itupun mujur mereka masih rajin lagi. Dan mungkin ini juga salah satu faktor prestasi PAS sudah mula merudum di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil kebelakangan ini sebagai hukuman terhadap kealpaan parti. Dan GB melihat, hukuman itu akan berjalan lagi ke atas pemimpin-pemimpin PAS, ramai yang akan kalah selepas ini. Entahlah. Diharap penglihatan GB itu tidak benar. Wallahu 'alam bissawab.

Kepada keluarga Allahyarham Azizi Hj Abdullah, kita mengucapkan slaam takziah dan semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Allah lebih menyayanginya. Al-fatihah.

Petikan ulasan GB yang lalu:

GB tersentak membaca berita mengenai seorang penyokong kuas PAS dari kalangan penulis/sasterawan yang kini terlantar di ICU.

GB cepat-cepat buka blognya, dan benar beliau menulis di situ bahawa beliau kini berada di hospital.

GB tidak tahu samada harakahdaily sudah menyiarkan atau pun tidak berita mengenainya, dan tidak tahu samada pemimpin-pemimpin PAS Negeri dan Pusat sudah atau tidak menjengah beliau di sana.

Jika belum bersegeralah kerana hargailah beliau yang penulisan-penulisannya banyak memperjuangkan kebenaran dan keadilan yang didokong oleh PAS selama ini.

Jangan masing-masing duk sibuk merebut jawatan dan mengatur strategi untuk menang sedangkan saudara kita kini sedang terlantar dan sedang berjuang dengan maut di hospital.

Jika dekat GB tetap pergi menziarahinya.... seorang pejuang yang berjuang melalui penanya... Yang termampu kita lakukan, sama-sama kita doakan beliau segera sembuh.

p/s Baca tajuk artikel ini dengan nada lembut.



Isu Mentega Golden Churn: Kenyataan JAKIM Buat Masyarakat Islam Keliru!

Hanya mentega Golden Churn New Zealand tak halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan hanya mentega jenama 'Pure Creamery Butter - Golden Churn Butter'keluaran syarikat Ballantyne Food Pty (New Zealand) tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan Jakim dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak serta Jabatan Agama Islam Johor pada 8 Ogos lepas.

Sehubungan itu, Jakim menegur media yang menyiarkan maklumat atau memaparkan gambar produk selain keluaran syarikat beralamat di Allen Street Morrinsville 3340, New Zealand berkenaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 19 Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu, yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis, sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA babi, menyebabkan industri makanan berkenaan terjejas. --Bernama

Ulasan GB

Soalan GB yang pertama kepada JAKIM, apakah JAKIM sudah melakukan ujian, pemeriksaan dan siasatan ke atas mentega jenama 'Pure Creamery Butter - Golden Churn Butter' keluaran syarikat SELAIN DARIPADA Ballantyne Food Pty (New Zealand) sehingga JAKIM menyatakan "hanya mentega jenama 'Pure Creamery Butter - Golden Churn Butter' keluaran syarikat Ballantyne Food Pty (New Zealand) tidak halal"?

Kerana semua orang tahu bahawa sesuatu jenama walaupun dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza di negara yang berbeza akan tetap menggunakan resipi yang sama. Justeru itu dimana letaknya kebenaran dan kesahihan untuk "mengharamkan" produk mentega dari Ballantyne Food Pty (New Zealand) dan menghalalkan mentega yang sama dari negara lain?

Apakah kerana apabila Ballantyne Australia mendakwa ada sijil halal maka JAKIM menyatakan hanya dari Ballantyne New Zealand sahaja yang haram? Sijil Halal untuk Ballantyne Australia siapa yang keluarkan?

Sekarang nyatakan samada JAKIM sudah membuat ujian keatas mentega-mentega Golden Churn yang dikeluarkan selain dari Ballantyne New Zealand dan nyatakan Golden Churn yang negara mana statusnya halal supaya umat Islam tidak keliru dan dikelirukan.

Seperkara lagi GB ingin menarik perhatian di sini ialah tatkala negara sedang membincangkan isu-isu besar seperti pembersihan pilihanraya, tetapi JAKIM masih terkepung dengan isu-isu furu'iyah seperti hukum memakan cicak tokeklah, hukum gunakan inhaler masa puasalah dan yang seumpama.

Tetapi belum ada kenyataan JAKIM dikeluarkan apa hukumnya jika SPR melakukan penipuan di dalam pilihanraya, apa hukumnya menggunakan kaedah pengundi hantu dan pengundi klon dan apa hukumnya jika pilihanraya di dalam negara berlansung di dalam keadaan yang penuh meragukan dan dipersoalkan rakyat?

Mengapa JAKIM membisu di dalam hal-hal yang lebih utama tetapi lebih kepada persoalan cabang di dalam Islam?

Ia mengingatkan saya kisah seorang ulamak yang datang menemui Ibnu Umar r.a.

Dia datang bertanya: "Ya Ibnu Umar, apakah hukumnya darah nyamuk kalau darah nyamuk kena baju?"

Ibnu Umar menyoalnya: "Dari mana engkau datang?"

Dia menjawab: "Dari Iraq"

Kata Umar : "Kamu datang dari Iraq ke Mekah, kamu tanya aku tentang darah nyamuk? Sedangkan ramainya darah umat Islam yang dtumpahkan di Iraq di hadapan kamu secara zalim kamu tidak tanya, kamu tanya aku apa hukum darah nyamuk terkena baju? Perkara kecil kamu bisingkan perkara besar kamu tutup mata?"

Remaja Perempuan Maut Terkena Petir - Bukan Kes Pertama

Tanah Merah: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas sebahagian badannya dari telinga hingga ke punggung hangus terkena panahan petir di sebuah bangsal berdekatan rumahnya di Batu Tiga, Kampung Belimbing, dekat sini, kelmarin.

Gambar: DI SINI... lokasi Siti Munirah maut dipanah petir. Gambar kecil, Siti Munirah.

Kejadian pada jam 9 malam itu disedari ibunya, Rosnah Dollah, 49, selepas mangsa, Siti Munirah Nordin, tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa menyebabkan usaha menjejakinya dilakukan sekitar kampung, termasuk rumah rakan.

Ibu tunggal terbabit akhirnya mendapati anaknya meninggal dunia dalam keadaan terlentang di sebuah bangsal 50 meter dari rumah dengan telefon bimbit masih di sisinya.

Menceritakan kejadian itu, Rosnah berkata, sebelum kejadian, dia menegur anaknya kerana bergayut dengan telefon sepanjang hari.

“Saya tegur dia (arwah anak), dengan siapa dia bergayut kerana sepanjang hari dilihat tidak renggang dengan telefon bimbit.

“Mungkin bosan dengan teguran saya, dia kemudian keluar rumah dan sangkaan saya ketika itu mungkin dia ke rumah rakan.

“Selepas teguran itu, saya ingatkan dia masih di rumah rakannya dan berbuka di sana. Bagaimanapun, perasaan saya bercampur curiga berikutan dia masih tidak pulang selepas Maghrib, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan di kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Jalan Manal, di sini, semalam.

Rosnah berkata, dia terkejut mendapati rakan anaknya pulang ke kampung mereka di Salor, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan di sekeliling rumah.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Saya bimbang berlaku kejadian tidak diingini dan terus mencarinya meskipun keadaan sekeliling mulai gelap.

“Bagaikan tidak percaya apa yang saya saksikan apabila menemui anak dalam keadaan separuh tubuhnya hangus, dipercayai terkena panahan petir berdekatan kawasan bangsal semak dan terlindung dari pandangan umum,” katanya.

Katanya, ketika itu Siti Munirah dalam keadaan terlentang, manakala baju T hitam dan seluar pendek merah jambu yang dipakainya turut terkena panahan petir dan hangus sebahagiannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, mangsa ditemui 50 meter dari rumah dalam keadaan terlentang dengan sebahagian badan hangus. -hm


Maut kena petir waktu guna telefon


Rosnah menunjukkan telefon bimbit yang digunakan Siti Munirah yang maut dipanah petir di Kampung Belimbing, Tanah Merah semalam.


TANAH MERAH – “Saya mahu tidur puas-puas.” Itu ungkapan aneh yang diucapkan Siti Munirah Nordin (gambar), 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan terbakar pada telinga, rambut dan punggung.

Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam setelah ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang.

Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di bawah bangsal tersebut.

Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini.

Ibunya, Rosnah Dollah, 49, berkata, pada mulanya dia menyangka Siti Munirah pergi berbuka puasa di rumah kawannya tetapi terkejut apabila mendapat tahu kawan anaknya itu pulang ke kampungnya di Salor dekat sini.

“Sebelum kejadian, Siti Munirah sedang menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah dan apabila saya menegurnya kerana berbual terlalu lama, dia terus keluar dari rumah. -kosmo


Ulasan GB

Ini bukan kejadian pertama. Sebelum ini GB pernah menyiarkan kisah mengenai tiga orang yang sedang berteduh dari hujan di sebuah wakaf di tepi sawah nyaris maut apabila mereka secara tiba-tiba disambar petir dalam kejadian di Kampung Durian Telur, Hulu Besut.

Kenapa merbahaya menggunakan handfon sewaktu petir?

Handfon memancarkan tenaga elektromagnet yang menarik tenaga-tenaga lainnya seperti eletrik untuk mendekat. Sehingga bila kita menggunakan handfon sewaktu hujan maka terdapat kemungkinan kita boleh disambar oleh petir yang bertegangan tinggi itu.

Hal itu boleh saja terjadi lantaran handfon terdiri dari komponen-komponen yang mengandungi logam, dan logam tersebut berhubungan langsung dengan tubuh si pengguna.

Justeru sambaran petir ke arah hanfon akan lansung mengena kepada pemegangnya. Justeru berwaspadalah selalu!



Kudis Polis Yang Semakin Terdedah, Wanita Dakwa Dicabul 11 Polis

Wanita dakwa dicabul 11 polis

Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.

Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.

Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeDalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.

Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.

"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.

Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu.

Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih makluma. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu.

Ulasan GB

Setelah negara dikejutkan dengan 5 anggota konstabel yang merompak 16 warga Bangladesh semalam, kini negara tersentak dengan pendedahan seorang wanita yang mendakwa dirinya dicabuli oleh polis secara berkumpulan 11 anggotanya.

Maruah dan integriti pasukan polis semakin hanyir dan membusuk. Keengganan mereka untuk melakukan pembersihan total di kalangan pasukan mereka menyebabkan Tuhan mendedahkan kudis-kudis mereka satu demi satu, hasil daripada penafian mereka selama ini terhadap kezaliman, kekejaman dan keganasan yang mereka cuba selindungi dan menyapunya ke bawah karpet.

Tanpa pembersihan total, atau reformasi atau transformasi (sebutlah apa juga istilah yang hendak dipakai) bagi membersihkan pasukan polis ini, ia akan tetap berkudis dan bernanah...

Kebenaran yang nyata daripada Tuhan tidak dapat ditutup dan dilawan dengan penafian berdegar-degar oleh ketua-ketua mereka kerana seperti yang GB katakan tadi, kekejaman, kezaliman dan keganasan itu akan terus menjadi kudis yang hanyir dan membusuk yang merupakan bakteria yang bakal menghancurkan pasukan polis sendiri. Hanya menunggu masa.


Pegawai SKMM Sudahlah Aju Soalan Bodoh, Berlagak Samseng Pula

Soal siasat SKMM: Jurugambar Suara Keadilan diaju soalan ‘bodoh’

KUALA LUMPUR: Yuisriah Yusof (gambar), Ketua Jurugambar Suara Keadilan – sebuah akhbar rasmi KEADILAN, berdepan pelbagai soalan tidak munasabah dan ‘bodoh’ sepanjang Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil keterangannya.

“Adakah patut SKMM tanya: Adakah kamu yang muat naik gambar dalam portal Malaysian Insider? Adakah gambar itu diubah suai?

“Saya jawab, kerja saya hanya tangkap gambar, tidak tahu nak adobe (ubah suai),” katanya yang tidak mahir menggunakan photoshop, malah komputernya juga tidak ada perisian itu.

Beliau ditanya kira-kira lapan soalan ketika memberi keterangan di pejabat SKMM di sini, petang ini ditemani peguam dari Lawyer For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri.

Yuisriah atau lebih mesra dipanggil Kak Yuis dipanggil SKMM kerana membantu siasatan berhubung gambar kecederaan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry.


Pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, Fayyadh cedera teruk di muka dan hancur tulang pipi selepas terkena kanistes gas pemedih mata di laluan bawah KL Sentral.

Lima plat besi terpaksa dimasukkan di tulang pipi Fayyadh manakala Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut berada di lokasi sama, pula cedera di kepala hingga menerima enam jahitan.

Gambar kecederaan Fayyadh yang berlumuran darah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cedera, sempat dirakam Yuisriah yang membuat liputan di kawasan itu sebelum tersebar luas di internet.

Ketika ditemui di lobi pejabat itu, Fadiah menyatakan kekecewaannya dengan gelagat pegawai penyiasat SKMM kerana mengugutnya keluar dari bilik siasatan sedangkan beliau ada tanggungjawap terhadap anak guamnya.

“Apabila saya masuk ke dalam, sua pegawai itu menjerit, suruh keluar. Mereka ugut mahu panggil polis tapi bila saya tanya nama, mereka cuma kata – jangan bercakap soal undang-undang.

“Ini melanggar undang-undang dan mengancam saya selaku peguam. Saya kecewa kerana tidak menghormati saya sebagai peguam,” katanya. -KD


‘MCMC officers behaved like thugs’

LFL lawyer is outraged over MCMC's insinuation that it is above the law.

PETALING JAYA: The Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) today questioned a journalist over a picture she had taken during the Bersih 2.0 rally.

But according to Lawyers For Liberty (LFL) coordinator, Fadiah Nadwa Fikri (pic), the officials had behaved like thugs in their intimidation and harassment of both her and her client.

Fadiah had accompanied her client, Yusriah Yusof, a photographer with opposition mouthpiece Suara Keadilan, to the MCMC headquarters earlier this afternoon.

Yusriah was being questioned over her picture of Anwar Ibrahim’s bodyguard, Fayyadh Afiq Albakqry, taken after he was hit in the face with a tear gas canister while shielding Anwar.

The picture of his bloodied face were among the many circulated online in the aftermath of the rally as evidence of police brutality.

When the investigating officer (IO) met them at the entrance, Fadiah introduced herself and said that she was accompanying her client into the investigation room. The IO denied her entry and an argument ensued.

“He said that lawyers were not allowed to be present during the questioning,” she told FMT. “I told him that under the Federal Constitution my client had the right to have her lawyer present and asked him what his basis was in disallowing that right.”

“I even asked him why she was being questioned and whether there was a report made against her. The IO said of course there is a report but he wasn’t going to divulge it to me.”

When Fadiah pointed out that even the police released reports to lawyers, the IO apparently shot back, “That is the police, we are MCMC.”

Shouting match

He, however, eventually reluctantly allowed Fadiah into the investigation room but then told her that he wanted to take her statement too.

“I refused and told him that I am merely accompanying my client and I’m not the party under investigation,” she said. “We continued arguing until he shouted ‘you’re a Malay, right? you’re a Muslim, right?… stop asking questions!’”

“I told him not to bring religion into this and to respect the law. He shouted back that if I wanted to talk about the law then I should go to the court because this was his office and he didn’t want to talk about it.”

Before a stunned Fadiah could respond, two more officers entered the room and shouted to her to leave. While she argued with them, the IO began taking Yusriah’s statement, disregarding the photographer’s obvious distress.

“I turned my back on the two and focus on my client,” Fadiah said. “These men were in the baju Melayu complete with the sampin and they were behaving like thugs. They were talking like the law didn’t apply to them.”

“I am shocked by MCMC’s arrogance and ignorance. Even when they called my client in for questioning they never sent her an official notice. Just a casual phone call.”

The two officers threatened to lodge a police report against her, but when she she asked for their names in return, they replied that she had no right to know as she was in their office.

Fadiah added that the line of questioning was to determine the authenticity of the picture and if copies had been distributed to other publications.

“It was obvious that they want to send out a warning that the public and journalists who take and distribute such pictures will be hauled in for quesitioning,” she said.

“It is pure harassment of journalists, particularly my client because they couldn’t even tell her the basis of the investigation or what law she had breached.”

Yusriah is the first journalist to be questioned over this picture. The Suara Keadilan editor is expected to be called in next as are the other media that have published the image. -FMT


Ulasan GB

Semakin hari semakin banyak kisah pegawai-pegawai dari agensi-agensi penguatkuasa undang-undang samada polis, SPRM dan kini SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) berlagak samseng dan merasakan dia paling berkuasa di dalam negara ini.

Keganasan mereka yang tahapnya binatang sudah tidak terbendung lagi semenjak akhir-akhir ini.

Ini adalah akibat dari sistem pemerintahan yang bobrok dan kacau bilau - dan ia perlu dihentikan sesegera mungkin sebelum rakyat menjadi mangsa kerakusan pihak yang terlibat.

Saya ingin ulangi, jika PR memerintah, mereka ini tidak akan dilepaskan lagi... ke lubang cacing kita akan cari!