Kuala Lumpur – Seorang ahli perniagaan menghadapi saat cemas setelah kereta mewah jenis Lamborghini miliknya yang dipandu terbakar di Jalan Beringin, Bukit Damansara, semalam.
Mangsa yang enggan dikenali, berumur 31 tahun, ketika itu sedang memandu untuk memanaskan enjin keretanya setelah seminggu kenderaan tersebut tidak digunakan.
Lelaki itu berkata, secara tiba-tiba, asap keluar daripada bahagian enjin di belakang kereta, kira-kira jam 11.50 pagi,
“Saya terus memberhentikan kereta untuk tujuan pemeriksaan tetapi apabila mendapati api mula keluar daripada bahagian belakang enjin, saya terus keluar menyelamatkan diri
“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kereta ini sudah seminggu tidak dihidupkan kerana saya berada di Shanghai, China atas urusan perniagaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian hampir RM1.2 juta.
Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan Dua, Shahrul Azizi berkata, satu jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas tiba tujuh minit kemudian setelah menerima panggilan daripada orang awam.
Beliau berkata, sebaik tiba, kenderaan itu didapati sedang terbakar dan api berjaya dikawal sepenuhnya, kira-kira jam 12.05 tengah hari.
“Kereta tersebut hangus sepenuhnya dan setakat ini Unit forensik masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya.
Katanya, bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada masalah teknikal ekoran kenderaan tersebut jenis berkuasa tinggi.
Ulasan GB
Sekadar bertanya, zakat dah tunaikan? Jika sudah alhamdulillah, itu mungkin ujian utk dikurniakan lagi kekayaan dariNya. Jika belum, itu peringatan dariNya supaya membersihkan harta yang ada.