18 Mac 2011

Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Dipecat

Kerajan negeri Selangor hari ini memutuskan menamatkan kontrak perkhidmatan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor Mohd Saifulruddin Sulaiman (gambar) susulan syor yang dikemukakan laporan audit dimana terdapat beberapa isu berkaitan aturan perbelanjaan yang dikatakan tidak mengikut aturan biasa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010.

Laporan Audit berhubung pengurusan perbelanjaan majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan wujud beberapa kelemahan di agensi itu, antara lain perbelanjaan tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos sambutan hujung tahun lalu mencecah RM1 juta.

Malah terdapat wang telah selesai dibayar kepada pengurus acara sedangkan aktiviti yang diatur belum dilaksanakan.

Susulan syor dikemukakan laporan audit, kerajaan negeri Selangor juga telah memutuskan menamatkan kontrak perkhidmatan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor bulan lalu.

Sedutan laporan audit diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Khalid berkata, laporan audit itu disemak oleh Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Semakan audit banyak menumpu hal-hal berkaitan pengurusan perbelanjaan majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dirancang untuk diadakan 15 November lalu.

Kata Khalid, hasil audit dalaman bertarikh 14 Disember mendapati terdapat beberapa isu berkaitan aturan perbelanjaan yang dikatakan tidak mengikut aturan biasa.

“Terdapat juga tindakan yang dikatakan tidak menjaga kepentingan Yayasan Selangor,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Selain pengurusan perbelanjaan sambutan, kata Khalid kelemahan lain yang dikesan ialah tadbir urus korporat yang tidak baik di mana seramai 18 warga kerja telah berhenti dan 50 lagi ditukarkan dalam tempoh Mac hingga November tahun lalu.

Pengurus Besar juga meluluskan elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat,” kata Menteri Besar.

Malah menurut Khalid, terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang tahun lalu hanya melalui ‘Circular’ Resolusi, malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993 — arahan bagi meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan.

“Semakan Audit juga mendapati, Timbalan Pengurusan Besar (Pengurusan) tidak menghormati arahan bercuti dalam siasatan dengan hadir mesyuarat yang dihadiri Pengurus Besar. Perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010,” kata beliau.

Sehubungan itu tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor telah dan akan terus meneliti setiap syor yang diberikan dan akan menggunapakai cadangan tersebut dari semasa ke semasa demi menjaga kredibiliti Yayasan Selangor milikan penuh kerajaan negeri.

Khalid juga menambah, satu surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) bagi menjawab setiap kuiri yang ditimbulkan pada 5 Januari lalu.

“Proses yang teratur, adil dan bebas telah dijalankan. Pandangan serta saranan dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga telah diperoleh.

“Akhirnya pada 17 Februari 2011, Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor telah sebulat suara memutuskan untuk menamatkan kontrak Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dengan alasan gagal menunaikan tanggungjawab dan urus tadbir kewangan yang baik serta tidak prihatin dengan prosedur yayasan,” katanya lagi.

Seterusnya pada 18 Februari lalu, satu surat yang ditandatangani Khalid sendiri telah dikeluarkan yang mengarahkan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) ditamatkan kontrak dalam tempoh 24 jam berkuat kuasa serta merta.

“Kerajaan Selangor sentiasa berpegang pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Adalah menjadi harapan kerajaan negeri semua institusi termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri bukan sahaja mengamalkan perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah malah menyediakan audit tahunan yang tertib, lengkap dan teratur untuk semakan umum,” katanya lagi.

Khalid menambah, kerajaan negeri Selangor akan sentiasa bersikap telus dan tidak akan menyembunyikan sebarang salah laku yang dilakukan oleh mana-mana pegawai, kakitangan awam dan anak-anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri. Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor.

Akhir bulan lalu, Khalid berkata akan mengumumkan tidak lama lagi butir-butir lengkap laporan audit mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor.

Beliau berkata ini perlu demi menjelaskan kepada umum tentang kedudukan sebenar kedua-dua anak syarikat negeri itu.

Yayasan Selangor disiasat baru-baru ini selepas ia dikatakan membelanjakan RM300,000 untuk majlis makan malam ulang tahun ke-40nya, yang menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah rasa kurang senang, dan enggan menghadiri majlis.

PKNS pula dikatakan telah menaja perkahwinan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pada jumlah lebih RM500,000.

Ribuan Ular Serang Perkampungan Azerbaijan

Ribuan ular diberitakan berkeliaran di beberapa kampung di Azerbaijan yang bersempadan dengan Armenia. Kehadiran ular yang melata dalam jumlah banyak itu meresahkan penduduk.

Ular memasuki desa kawasan Nagorno-Karabakh, Azerbaijan. Masyarakat jadi hairan kerana di saat musim dingin mereka melihat ribuan ular yang satu di antaranya panjangnya berukuran lima meter. Seorang anak kecil berumur sembilan tahun telah digigit oleh kawanan ular tersebut.

Penduduk mengatakan bahwa ular tersebut datang dari Karabakh di wilayah Armenia dimana telah dalam penjajahan Armenia selama 20 tahun. Mereka menambahkan bahawa setelah tentera Armenia membakar sejumlah kwasan laluan, ular-ular tersebut dtang ke wilayah Azerbaijan.

[Bergambar] Jumlah Korban & Hilang Gempa Jepun Cecah 16,000 Orang

Tokyo – Jumlah rasmi mangsa korban dan yang belum ditemui akibat gempa dan tsunami Jepun mencapai 16,600 orang, dengan 6,405 orang dinyatakan terkorban setakat ini.

Polis Nasional Jepun menyatakan, hingga saat ini jumlah korban yang belum ditemukan sejak gempa dan tsunami pada minggu lalu, menjadi 10,259 orang dan 2,409 orang tercedera.

Jumlah korban terus bertambah dalam beberapa hari ini dan jumlah tersebut boleh menjadi lebih tinggi.

Dikutip dari Kyodo, Ketua Wilayah, Ishinomaki di Wilayah Miyagi mengatakan, jumlah korban yang masih belum ditemukan kemungkinan mencapai 10 ribu orang.

Pada Sabtu minggu lalu, NHK melaporkan sekira 10 ribu orang masih belum ditemukan di kota Minamisanriku di Wilayah Miyagi.

Di tengah usaha penyelamatan terdapat khabar duka banyaknya nyawa yang hilang di sepanjang pesisir timur Pulau Honshu dimana gelombang besar merosakkan lebih dari 55,380 rumah dan bangunan lainnya.


Suara Memanggil-manggil Itu Lenyap

Di pelabuhan perikanan Ofunato yang porak poranda, jarak setiap jengkal besar ertinya. Tanyakan saja kepada Masako Sawasato. Rumahnya sama sekali tak disentuh oleh tsunami raksasa yang menghancurkan pesisir timur laut Jepang menyusul gempa terkuat di negara itu.

Namun, puing-puing dari rumah para tetangga bertumpuk tinggi di kebun sayurnya, hanya beberapa jengkal dari pintu rumahnya. ”Rumah saya selamat sehingga keluarga saya boleh terus tinggal di sini. Namun, teman-teman saya sangat sulit untuk memulai kehidupan dari awal,” kata Sawasato.

Ketika bencana menimpa pada Jumat (11/3), dia sedang memandu kenderaannya, tetapi segera menyadari bahwa dia memerlukan rencana penyelamatan. ”Gelombang laut ada di belakang saya dan lalu lintas sesak sehingga saya keluar dari kereta dan lari,” kata ibu setengah abad itu.

Suaminya, di rumah, menyaksikan dengan kengerian saat air yang bergelora maju ke arahnya. Air itu mencapai sisi rumah mereka, tetapi menjilat hanya beberapa sentimeter sebelum air surut.

Tiga jenazah ditemukan di dekat situ, salah satunya seorang perempuan tua, sahabat Sawasato dan yang tidak dapat melarikan diri dari gelombang yang menerjang.

Lebih dari 600 orang dibawa ke rumah sakit di Ofunato sejak bencana. Dari jumlah itu, banyak di antaranya lanjut usia yang cedera. Namun, yang dirawat di rumah sakit itu juga termasuk mereka yang jatuh sakit di pusat pemindahan.

Warga Ofunato mempunyai sekitar 13 minit untuk menyelamatkan diri dari gelombang besar itu—waktu yang lebih panjang dibanding tempat-tempat lain yang lebih dekat dengan pusat gempa. Namun, besar dan kecepatan gelombang membuat banyak orang tak sempat lari.

Tak terdengar lagi

Ketika gempa menggoncang hari Jumat di Tagajo, Masashi Imai memeluk sekuat tenaga kerusi roda di mana isterinya yang cacat duduk. Rumah mereka bergoyang-goyang. Elektrik padam.

Imai menyalakan radio dan mendengar peringatan itu. Kemudian datanglah tsunami itu. Imai mengangkat tubuh isterinya dan membawanya ke lantai atas rumah mereka.

”Ayah! Ayah!” teriak seorang gadis dari rumah tetangganya. Banyak tetangga Imai tak dapat menyelamatkan diri karena rumah mereka hanya satu lantai. Suara gadis itu tak terdengar lagi.

Dalam gempa terkuat yang pernah tercatat di Jepang itu, garis antara hidup dan mati terbukti sangat tipis — dalam kes Imai hanya satu lantai. Bahkan, di zon bencana di pesisir timur laut, beberapa bangunan dan lingkungan selamat, sedangkan bangunan dan lingkungan lain lenyap.

Pada Jumaat itu, Ayumi Osuga sedang berlatih origami dengan tiga anaknya, berusia 2 sampai 6 tahun, di rumah mereka yang satu lantai di kota pesisir Sendai. Pada pukul 14:46, bumi mulai bergoncang. Cawan dan piring jatuh dari almari dan pecah, tetapi kerosakan tampaknya kecil saja.

Kemudian suami Osuga menelefon. ”Keluar dari situ sekarang!” teriaknya.

Kerana peringatan dengan nada keras itu, pekerja kilang berusia 24 tahun tersebut segera membawa anak-anaknya ke kereta. Osuga bergegas mengemudikan kereta ke sebuah rumah di puncak bukit milik keluarga suaminya dengan jarak 20 kilometer. Dia berhasil mengalahkan gelombang yang bergerak dengan kecepatan sebuah jumbo jet itu.

Hari Ahad, dia kembali bersama suami dan kerabatnya ke sebuah rumah yang sudah tidak ada lagi. Benda yang selamat, antara lain, hanya tiga bungkus lampin. Dengan berlinang air mata, Osuga memasukkan lampin itu ke dalam bag. Dia tahu dia beruntung kerana selamat. ”Keluarga saya, anak-anak saya.... Saya menyadari apa yang penting dalam hidup,” katanya.

Sementara itu, Imai, yang masih penuh emosi, berjalan bolak-balik sepanjang Sungai Sunaoshi yang mengalir melalui kota Tagajo. Sepatu botnya yang setinggi lutut menimbulkan bunyi setiap dia melangkah. Para korban selamat lain yang masih linglung menjelajahi jalan-jalan yang porak poranda.

Saat teringat tetangga-tetangganya yang lebih tua dan kemungkinan besar terkorban di rumah mereka, Imai mencucurkan air mata. ”Sungai ini telah memberi kami begitu banyak, tetapi pada Jumaat itu dia membawa bencana,” kata mantan pekerja hotel berusia 56 tahun itu. Beberapa hari lewat, dia masih merasa bumi bergoncang. (AFP/AP/DI)














Surat Dari Pemuzik Pink Floyd Mengajak Boikot Israel

Pada tahun 1980, lagu yang saya tulis, Another Brick on The Wall, dilarang diputarkan oleh kerajaan Afrika Selatan. Lagu itu dilarang kerana anak-anak kulit hitam Afrika Selatan kerap memperdengarkannya untuk membela hak pendidikan mereka. Bahawa kerajaan apartheid melakukan sekatan budaya, melarang berekspresi, dan melarang sesiapa menyanyikan lagu saya.

Dua puluh lima tahun kemudian, pada 2005, anak-anak Palestin menyertai sebuah festival lagu Tepi Barat digunakan untuk memprotes tembok Israel di Tepi Barat. Mereka menyanyikan: "We don't need no occupation! We don't need no racist wall!"

Pada saat itu, saya tidak melihat secara langsung apa maksud sebenarnya yang mereka nyanyikan.

Setahun kemudian, saya dikontrak untuk tampil di Tel Aviv. Warga Palestin dari Gerakan Boikot Akademik dan Budaya Israel mendesak saya untuk kembali. Saya memang sudah berbicara menentang 'the Wall', tapi saya tidak yakin apakah boikot budaya adalah cara yang tepat.

Mereka (warga Palestin) akhirnya mengajak saya untuk melihat sendiri bagaimana 'The Wall' yang mereka maksud. Dan saya setuju.

Di bawah perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu saya mengunjungi Jerusalem dan Betlehem. Tidak ada yang boleh menyiapkan saya untuk apa yang akan saya lihat hari itu. 'The Wall' di Palestin adalah sebuah bangunan mengerikan untuk dilihat. Tentera Israel memperlakukan saya, seorang pengamat biasa dari dunia lain, dengan tatapan menghina.

Jika seperti itu saya dilayan, seorang asing, seorang pengunjung. Bayangkan seperti apa bagi warga Palestin! Untuk warga kelas bawah. Saya tahu bahwa hati nurani saya tidak mengizinkan saya untuk berjalan kaki dari dinding itu. Dari nasib rakyat Palestin saya temui: Orang yang setiap hari dalam hidupnya dihancurkan oleh pendudukan Israel. Dalam solidariti, saya menulis di dinding mereka hari itu: "We don't need no thought control"

Menyaderi pada ketika itu bahwa kehadiran saya di atas panggung Tel Aviv sengaja akan mengesahkan penindasan, saya membatalkan konsert saya di stadium Tel Aviv. Saya memindahkannya ke Neve Shalom, sebuah komuniti pertanian sekaligus komuniti kerjasama antara umat beragama yang berbeza. Di mana Muslim, Kristian dan Yahudi bekerja berdampingan dalam harmoni.

Itu menjadi acara muzik terbesar dalam sejarah singkat Israel. Sebanyak 60,000 penggemar berjuang menghadapi kesesakan untuk hadir di konsert. Di akhir pertunjukan saya diberi kesempatan menasihati generasi muda, bahawa mereka harus berusaha membuat perdamaian dengan tetangga dan menghormati hak-hak sivil Palestin yang tinggal di Israel.

Sayangnya, pemerintah Israel tidak mau menerapkan undang-undang yang akan memberikan Palestin hak untuk hidup di dalam wilayah yang sama. Dan dinding telah tumbuh, tak terelakkan, permukiman tidak sah semakin banyak didirikan di Tepi Barat .

Bagi masyarakat Gaza, terkunci dalam penjara virtual di balik dinding sekatan tidak sah Israel, bererti satu ketidakadilan. Ini bererti anak-anak pergi tidur kelaparan, banyak kekurangan gizi yang kronik. Ini bererti juga bahawa ayah dan ibu tidak mampu bekerja kerana kehancuran ekonomi. Ini bererti juga bahawa mahasiswa dengan biasiswa untuk belajar di luar negeri terpaksa menyaksikan peluang mereka hilang kerana mereka tidak diizinkan untuk ke luar negeri.

Dalam pandangan saya, ini adalah kawalan yang menjijikkan dan kejam dari Israel ke atas Palestin. Bagi saya ini bererti Palestin harus berdiri di dalam satu suara. Tidak cuma dengan orang-orang Palestin tetapi juga dengan ribuan orang Israel yang tidak setuju dengan tindakan pemerintah mereka. Mari bergabung dalam kempen Boikot, Divestasi, dan Sekatan terhadap Israel.

Keyakinan saya lahir dari gagasan bahawa semua orang layak mendapatkan hak dasar mereka. Ini bukan serangan terhadap orang Israel. Tapi bagaimanapun juga ini adalah suatu permohonan kepada rakan-rakan saya di industri musik, dan juga untuk seniman di disiplin lain, untuk bergabung dengan boikot budaya.

Seniman pernah menolak untuk bermain di Afrika Selatan sebelum rejim apartheid jatuh. Dan kami pun punya hak untuk menolak datang ke Israel sampai mereka membebaskan Palestin- dan hari itu pasti akan datang - ketika dinding pendudukan jatuh dan Palestin hidup berdampingan dengan Israel dalam, kebebasan keadilan perdamaian, dan martabat bahawa mereka semua layak.

Salam...
Roger Waters,
Pengasas Pink Floyd

-republika

Siasat Segera Taib Mahmud!

Transparency International-M: SPRM Perlu Siasat Tuduhan Babitkan Taib Mahmud

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) bagi memperbaiki reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa, kata Transparency-International Malaysia (TI-M) hari ini.

Gesaan ini dibuat ketika negeri itu bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya negeri.

Badan pemantau antirasuah itu menggesa SPRM agar mengambil tindakan segera memandangkan tuduhan terhadap Taib, ketua menteri paling lama memegang jawatan, sudah muncul di media asing sekarang.

“Transparency-International risau mengenai kewibawaan negara dan juga imej kita jika siasatan tidak dijalankan,” kata Presiden TI-M Datuk Paul Low kepada pemberita hari ini.

“Dakwaan berkaitan dengan kekayaan yang begitu banyak (jumlahnya), yang diperoleh oleh mereka yang rapat dengan beliau (Taib), keluarga beliau, saudara mara, (dan juga) rakan-rakannya,” kata beliau sambil menambah, siasatan yang sewajarnya perlu dijalankan untuk membersihkan tanggapan bagaimana kekayaan itu dikumpulkan.

Minggu lalu, bekas perdana menteri Britain Gordon Brown memberi sokongan kepada adik iparnya yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak dan hutan negeri itu, yang didakwa telah dieksploitasi oleh Taib.

Menulis dalam akhbar The Independent, Brown menggambarkan penebangan hutan Sarawak sebagai “jenayah alam sekitar paling buruk pada zaman kita.”

Clare Rewcastle-Brown, yang mengakui bertanggungjawab atas kelahiran Radio Free Sarawak dan blog Sarawak Report bulan lalu, kritikal dengan kepimpinan Taib yang menjadi ketua menteri sejak 30 tahun lalu sambil mendakwa wujudnya amalan-amalan rasuah yang berleluasa dan kegiatan politik tidak sah.

Rewcastle memulakan operasi kedua-dua saluran itu akhir tahun lalu dan mendedahkan identiti bulan lalu ketika pilihan raya negeri disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Low berkata Rewcastle, yang juga pemilik blog Sarawak Report, baru-baru ini tampil dengan mendedahkan identitinya.

“Sukar untuk membuat pendirian apabila pihak terbabit tidak mendedahkan siapa mereka sebenarnya. (Tetapi) mereka di sebalik tabir ... Sarawak Report telah tampil dan mengatakan siapa mereka sebenarnya (mendedahkan identiti mereka),” kata Low.

Sehubungan itu kata Low, siasatan SPRM adalah penting untuk mengembalikan keyakinan pelabur dan memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang semakin merosot.

“Ia akan memperbaiki kredibiliti kita dan memberikan mesej kepada pelabur-pelabur asing dan orang ramai bahawa kita serius dalam mengatasi rasuah,” kata Low.

“Indeks rasuah adalah gambaran persepsi pelabur dan orang ramai,” katanya.

Kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah telah jatuh ke paras 4.4 daripada 4.5 tahun lalu dengan mata 10 merujuk kepada rendahnya amalan rasuah.

Kedudukan Malaysia 2010 masih sama dengan tahun sebelumnya, 56 daripada 178 negara, selari dengan kedudukan Namibia dan Turki.

Low berkata aduan rasmi telah pun dibuat di SPRM.

“Saya difahamkan beberapa dokumen telah difailkan di SPRM. Jadi, secara rasmi aduan telah pun dibuat,” kata Low.

Justeru kata beliau, adalah penting bagi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meneruskan “kes-kes besar” bagi menunjukkan adanya iltizam politik menangani masalah rasuah.

“Pentadbiran Najib telah memulakan kempen secara aktif di bawah NKRA untuk mengurangkan dan mengatasi masalah rasuah,” kata Low.

“(Mereka) perlu memastikan adanya iltizam politik untuk melaksakanannya, khususnya kes-kes seperti ini melibatkan kes-kes besar,” kata beliau lagi. -TMI


Nah!! Ini Dia Kekayaan Taib Mahmud Di Australia.

Wang Tunai Untuk Darjah Kebesaran Di Universiti Adelaide?

Sarawak Report telah mengambil masa beberapa minggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Universiti Adelaide apakah faktor mereka menamakan sebahagian dari kampus mereka sempena nama Ketua Menteri Sarawak.

‘Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak Court’ telah dinamakan khas sebagai menghormati seorang ahli politik yang penuh kontroversi dari Malaysia Timur pada tahun 2008. Pada ketika itu ianya dikatakan sebagai “suatu ruang sosial yang telah dilanskapkan”, yang mana terdapat sekeping gambar menunjukkan seorang ahli politik berstatus multi-jutawan dilihat sedang berjalan-jalan di suatu kawasan di situ bersama Timbalan Chancelor, Professor James McWha.

Namun permintaan kami tidak mendapat sebarang respon dari pihak universiti. Email-email kami tidak berjawab malah soalan-soalan lisan menerusi telefon kami pun tidak mendapat sebarang layanan. Beberapa orang ahli alumni Malaysia yang telah menuntut di situ telah meluahkan rasa kesal mereka terhadap penghormatan Taib Mahmud pada bulan Disember lalu, mengemukakan aduan bersama di dalam surat mereka:

“Sungguh memalukan kami bahawa universiti kami menganugerahkan seorang kleptomaniak dan seseorang penyalahguna hak asasi kemanusiaan” Alasan kegagalan untuk mendapatkan respon dari pihak universiti mungkin memandangkan Taib Mahmud mampu mencurahkan sejumlah derma yang amat banyak, tetapi tidak mampu dilakukan oleh Sarawak Report mahupun warga alumni universiti berkenaan.

‘Pemberian peribadi’ Taib diberikan dengan pelbagai cara!

Taib tamat pengajiannya dari Adelaide dalam jurusan perundangan dalam tahun 1961, tetapi seterusnya menerima darjah doktor kehormat dalam tahun 1994, diikuti dengan anugerah-anugerah lain kerana sokongannya. Pengumuman-pengumuman dari universiti itu menyatakan beberapa sumbangannya dalam masa beberapa tahun, namun setelah mereka mendiamkan diri sejak kebelakangan ini, kita sukar untuk membuat sebarang perkiraan.

Adelaide telah mengikhtiraf derma pertama Taib yang dilakukannya pada tahun 1987, enam tahun setelah beliau menjadi Ketua Menteri dan beliau telah mula memperlihatkan tahap pendapatan yang di luar jangkaan.

Syarikat hartanahnya di Amerika Utara, Sakti International, telah diasaskannya bersama-sama ahli-ahli keluarganya pada tahun berkenaan dan kini bernilai beratus-juta dollar Australia. Menurut universiti itu, derma pertamanya adalah untuk menaiktaraf kelengkapan Sekolah Perundangan di situ.

Dalam tahun 2001 Ketua Menteri itu telah menderma sebanyak $300,000 kepada universiti berkenaan yang telah digunakan untuk mendirikan “Malaysia Room, lengkap dengan perabot dan artifaks dari Sarawak”. Pihak universiti telah menyebut bilik berkenaan sebagai:

“suatu pemberian dari Ketua Menteri yang pemurah, yang juga merupakan seorang daripada alumni kehormat dan dermawan kami”.

Harga penghormatan apa?

Tanpa memperoleh sebarang respon rasmi dari pihak universiti berkenaan, kami menganggarkan bahawa sejumlah wang yang lebih besar telah mereka terima sebelum mereka menggunakan nama Taib Mahmud, Timbalan Chancellor, Prof. James McWha, mengucapkan terima kasih kepada Taib atas “sokongan signifikannya dan usaha gigihnya” dan seterusnya menyebut:

“Pemberian peribadi Ketua Menteri itu telah berterusan sejak selama beberapa tahun in”

Malangnya, derma-derma yang diberikan oleh seseorang yang mempunyai status dan pangkat tidak dipersoalkan oleh pihak universiti itu, bagaimana seseorang dalam kedudukan Taib itu dibolehkan undang-undang untuk menghulurkan “pemberian peribadi” yang sebegitu banyak jumlahnya.

Sebagai seorang penjawat awam yang dipilih, gaji bulanan Taib merupakan suatu rekod awam dan kesemuanya berjumlah RM20,000 sebulan (kira-kira $10,000 Australia). Ini bermaksud nilai harga untuk mewujudkan “Malaysia Room” sahaja boleh mencecah dua kali ganda gaji tahunannya.

Hanya sedikit penyoalan dilakukan oleh pihak universiti ke atasnya akan membongkar isu-isu yang berkisar sekeliling kekayaan Taib. Sudah pastinya tiada kekurangan maklumat dan bukti yang boleh mengaitkan Ketua Menteri itu dengan rangkaian rasuah pembalakan di seluruh hutan hujan tropika Sarawak yang telah semakin mengecil sehingga kurang dari 5% saiz asalnya selama 30 tahun beliau berkuasa.

Sebenarnya, kemusnahan yang dilakukan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan regim Taib Mahmud telah berkembang menjadi ancaman global. Syarikat-syarikat itu beroperasi di seluruh kepulauan Borneo, di Irian Jaya, the Solomon Islands, lembah-lembah Amazon dan Siberia, sebagai mana dilaporkan oleh beberapa NGO.

Dalam pada itu, the Green Party di Tasmania telah mempersoalkan kenapa sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan Taib telah diberikan subsidi sebanyak $8 juta oleh negeri itu untuk menebang kayu dan mengeksportnya kembali ke Malaysia, di mana hutannya kini telah ranap?

Suatu jenayah pelbagai mangsa

Kesan pemusnahan yang dahsyat ini telah menjejaskan hidupan liar, sungai-sungai dan sistem ekologi di rantau ini. Kemusnahan ini juga telah menjejaskan orang-orang asal yang mana kawasan-kawasan mereka telah dicerobohi, tanpa diadakan sebarang keberterusan, dan juga menghampiri kepupusan.

Hanya segelintir orang sahaja yang menikmati dari kekayaan yang terjana dari pemusnahan hutan mereka itu. Sebaliknya, University of Adelaide merupakan pemanfaat, bukan dari ‘pemberian peribadi’ Ketua Menteri, tetapi, dari hasil rompakannya ke atas rakyatnya sendiri.

Soalan-soalan kami

Dengan alasan-alasan inilah maka Sarawak Report telah menyenaraikan beberapa soalan yang kami harap sedia dijawab oleh Timbalan Chancellor. Kami ingin mengetahui jika universiti berkenaan mempunyai garis panduan etika apabila mereka menerima sebarang derma dari sesiapa, dan jika ada, apakah dasar yang digunakan oleh Professor McWha untuk menerima Taib Mahmud sebagai rakan kongsinya untuk Adelaide?

Kami juga ingin memohon maklumat mengenai jumlah sebenar derma-derma yang diterima dari universiti itu, berasaskan sejumlah derma itu dikenali sebagai wang dari hasil rompakan dan rasuah, dan seharusnya dikembalikan secara sah berteraskan undang-undang kepada rakyat Sarawak.

Jika universiti berkenaan sering menjelaskan bahawa derma-derma itu adalah hasil ‘pemberian peribadi’, maka kami tidak akan mempersoalkan lagi hanya jika wang daripada Taib Mahmud itu sememangnya dari gaji rasminya walaupun amat terhad.
Banyak lagi di Australia

Sebagaimana yang sering ditimbulkan oleh para NGO, terdapat banyak lagi harta Taib di Australia, ditambah dengan jutaan misteri Ketua Menteri itu. Adelaide Hilton 380 bilik merupakan sebuah syarikat perhotelan yang didaftarkan bawah nama anak-anak dan arwah isterinya, dan terdapat banyak lagi harta keluarganya di kawasan-kawasan lain.

Memandangkan Australia mempunyai kekayaan sendiri yang mencukupi, adalah memadai bagi University of Adelaide mencari penderma tempatan yang sah dan dari sumber-sumber domestiknya sendiri, tanpa mengharapkan keuntungan hasil dari ekploitasi ke atas orang-orang miskin di Borneo oleh Ketua Menteri mereka yang korup? Yang pastinya, adakah kebolehpercayaan itu harus dinafikan? -Sarawak Report


Noor Atiqah, Warga Sigapura Dihukum Gantung Sampai Mati

Shah Alam: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang ibu tunggal warga Singapura kerana didapati bersalah mengedar dadah di terminal penerbangan tambang murah di Subang dua tahun lepas.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Noor Atiqah M.Lasim, 27, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah berhubung pertuduhan mengedar 342.1 gram heroin dan 30.3 gram monosetil morfin pada 5 Januari 2009.

Noor Azian, semasa membacakan keputusannya, berkata bahawa semasa perbicaraan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang merupakan seorang pembantu peguam di republik itu.

Menurut hakim, pembelaan tertuduh bahawa beg berisi dadah itu milik orang lain adalah tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai.

Noor Atiqah, yang mempunyai anak perempuan berusia enam tahun, diwakili peguam Mohaji Selamat manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Zuraida Wan Nawan. -BERNAMA

Asap Masih Berkepul Keluar Dari Loji Nuklear Jepun

Yamagata: Agensi keselamatan nuklear Jepun menyatakan asap berkepul keluar dari bangunan yang menempatkan reaktor nuklear yang rosak di loji kuasa yang lumpuh akibat tsunami minggu lalu.

Jurucakap agensi itu berkata, asap dilihat berkepul naik dari Unit 2 Loji Fukushima Dai-ichi pagi ini.

Beliau berkata, punca kejadian itu tidak diketahui tetapi satu letupan berlaku di unit itu awal minggu ini dan mungkin merosakkan ruang di sebelah pusat reaktor.

Sementara itu, syarikat utiliti yang mengurus loji itu berkata pekerja sedang menyambung kabel bagi mengembalikan bekalan tenaga elektrik untuk menghidupkan semula sistem penyejukan reaktor.

Sementara itu, pihak tentera bersiap sedia untuk melepaskan air ke atas loji berkenaan dengan helikopter dan meriam air. - AP

Tokyo Bergelap: Ibu kota Jepun Bagai Bandar Berhantu Gara-gara Ancaman Radioaktif

Tokyo, merupakan bandar paling happening serta mempunyai penduduk seramai 13 juta kini tidak lagi seperti dulu gara-gara amaran radiasi radioaktif yang membuat penduduknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tinggal di rumah.

Stesen janakuasa nuklear Fukushima yang terletak hanya kira-kira 200km daripada Tokyo mengalami ketidakstabilan angkara gempa bumi 9.0 richter, Jumaat lalu.

Dalam perkembangan terbaru, Jepun hanya mempunyai masa kira-kira 48 jam untuk mengawal krisis nuklearnya sebelum tragedi yang lebih buruk daripada insiden Chernobyl berlaku.



Semalam, cubaan pihak keselamatan Jepun menghantar beberapa helikopter untuk menyejukkan reaktor dengan menjiruskan air, namun operasi tersebut dibatalkan ekoran radiasi tinggi yang mencecah 4,000 mikrosievert/jam.

Ada laporan yang menyebut bahawa lapangan terbang Chicago & Dallas menerima pelawat beradiasi, namun dakwaan tersebut belum disahkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.



Jepun ada 48 jam elak 'Chernobyl baru'




TOKYO: Jepun ada masa 48 jam untuk mengawal dengan segera krisis nuklearnya sebelum ia berdepan satu malapetaka 'lebih buruk berbanding Chernobyl'.

Jepun bergegas untuk mengelak kebakaran lebih teruk loji nuklearnya yang melepaskan radiasi pada tahap 809 mikrosievert sejam (unit radiasi) minggu ini.

Ada cubaan untuk menyejukkan kawasan itu dengan menjirus air laut dari helikopter dibatalkan kerana paras radiasi berbahaya di persekitaran bahagian atas loji.

Bacaan radiasi dekat bangunan itu mencapai 4,000 mikrosievert sejam ketika usaha itu dilakukan awal semalam.

Pihak berkuasa keselamatan nuklear di Perancis, berkata mereka pesimis sama ada jurutera Jepun dapat menghalang kebakaran teruk di loji jana kuasa Fukushima selepas satu kolam mengandungi batang besi bahan api nuklear berkeadaan terlalu panas dan mendidih dalam keadaan kering.

Thierry Charles, seorang pegawai keselamatan di Institut Keselamatan Nuklear dan Perlindungan Radiologi Perancis (IRSN), berkata: “Tempoh 48 jam berikutnya akan menjadi penentu. Saya amat pesimis kerana sejak Ahad lalu, saya lihat hampir tiada satu pun penyelesaian berkesan.”

Ditanya mengenai jumlah maksimum pembebasan radioaktif, beliau berkata: “Ia mungkin dalam kadar sama seperti Chernobyl.”

Insiden di loji jana kuasa nuklear Chernobyl di Ukraine pada 26 April 1986 menyebabkan 57 kematian langsung, dengan tambahan 4,000 kematian akibat kanser.

Paras radiasi dalam bangunan yang dilanda bahaya itu malam tadi dikatakan amat tinggi selepas digegarkan dengan letupan awal, bermakna radiasi mungkin sudah berada dalam atmosfera.

Tokyo Electric, pemilik loji terbabit, berkata lima pekerjanya terkorban di tempat kejadian, dua lagi masih hilang dan 21 cedera.

Malam kelmarin, seorang ketua keselamatan nuklear Amerika, berkata kerajaan Jepun gagal mengakui tahap bahaya penuh situasi di loji Fukushima manakala amaran kepada rakyatnya tidak mencukupi dan tidak jelas.

Gregory Jaczko, pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Amerika, memberi amaran, jika paras radiasi ‘amat tinggi’ adalah mustahil untuk kakitangan membuat pembetulan di loji mengambil kira ‘dos’ yang mereka mungkin alami berpotensi membawa maut dalam jangka pendek.

Jabatan Negara Amerika pula menyatakan, kerajaan menyewa sebuah pesawat untuk membawa warga Amerika keluar dari Jepun dan mengarahkan ahli keluarga petugas diplomatik pulang dari Nagoya dan Yokohama, membabitkan 600 orang.

Pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara mula gusar dengan sebarang kemungkinan seseorang dijangkiti radiasi dengan bertindak melancarkan pemeriksaan terhadap orang ramai, penumpang pesawat dan bot.

Ada laporan dari Korea Selatan dan Taiwan menyatakan pelancong yang tiba dari Jepun didapati ada sedikit tahap radiasi. – Agensi

Gembala Lembu Parah Terkena Peluru Sesat

Alor Gajah: Seorang gembala lembu nyaris maut selepas dipercayai terkena tembakan ketika dalam perjalanan balik ke rumah adiknya di Taman Bukit Tampin, Kuala Ina, Pulau Sebang, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu mangsa, D Latakrishnan, 44, bernasib baik kerana tidak terbunuh walaupun parah di belakang tubuhnya dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Menurut adiknya, D Sivanesan, 42, abangnya keluar mencari lembu peliharaan di satu kawasan kebun getah.

Katanya, kira-kira jam 7.30 malam dia menerima panggilan daripada abangnya memberitahu dia terjatuh dari motosikal selepas ia meletup ketika menuruni bukit menuju ke rumahnya.

“Saya terkejut menerima panggilan itu kerana suaranya tersekat-sekat seperti sedang menahan kesakitan sedangkan dia hanya jatuh daripada motosikal.

“Saya bergegas mencarinya ditemani bapa dan kami menemuinya terlentang bersebelahan motosikal terbalik kira-kira 20 meter dari rumah.

“Apabila mahu mengangkatnya, saya dapati banyak darah di bahagian belakang bajunya. Saya tanya sekali lagi dan dia kata motosikalnya tiba-tiba meletup ketika menuruni bukit,“ katanya di sini, semalam.

Menurut Sivanesan, dia tidak percaya dengan penjelasan abangnya kerana selain banyak darah, belakang baju mangsa juga terdapat beberapa lubang kecil. “Selepas memastikan keadaannya selamat saya bawa dia ke hospital dengan kereta.

“Ketika dia dirawat saya sempat melihat bahagian belakang badannya ada beberapa lubang kecil dan doktor mengesahkan ia adalah serpihan peluru penabur senapang patah,” katanya.

Menurutnya, dia difahamkan polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian turut menemui beberapa butir peluru dipercayai peluru senapang patah pada bahagian belakang tempat duduk motosikal abangnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan kejadian berkenaan.

Kerajaan Perlu Hentikan Segera Cadangan Bina Loji Nuklear

Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta kerajaan supaya menghentikan segera cadangan untuk membina loji nuklear dan empangan besar bagi menangani isu krisis tenaga kerana bimbang berlaku kebocoran reaktor seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ini.

Presidennya S.M Mohamed Idris (gambar) berkata trajedi yang berlaku di Jepun menunjukkan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak mustahil Malaysia juga akan mengalami perkara yang sama.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada pengalaman lepas yang telah menunjukkan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami akibat tenaga nuklear.

“Mana-mana negara termasuk Malaysia dengan aspirasi nuklear perlu pertimbangkan risiko bencana kemalangan sumbangan negatif utama teknologi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau berkata pada masa ini, jumlah penggunaan elektrik negara dianggarkan hanya 14,000 megawatt (MW) sedangkan kapasiti bekalan yang ada pula sebanyak 23,000 MW yang memberikan negara margin yang amat selesa.

Mohamed Idris berkata dengan rangka kerja yang berkesan, sempurna serta fiskal yang betul untuk tenaga diperbaharui, ia mampu menyumbang secara berkesan kepada rizab tenaga negara.

Katanya masyarakat dunia juga telah menyedari bahawa terdapat sumber tenaga. altenatif yang lebih selamat, murah dan boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan angin.

“Satu lagi cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga ialah dengan memperbaiki kecekapan tenaga dalam semua sektor. Usaha ini perlu ditingkatkan kerana ia bergerak terlalu perlahan.

“Dengan menggabungkan langkah kecekapan tenaga dan tenaga diperbaharui, permintaan tenaga di negara ini akan berjaya dipenuhi. Kita tidak perlukan tenaga nuklear dan empangan besar,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw juga menggesa kerajaan persekutuan mempertimbangkan semula cadangan membina loji tenaga nuklear ekoran krisis di Jepun.

Beliau berkata kerajaan persekutuan perlu menjadikan kejadian di Jepun sebagai pengajaran dan tidak cuba untuk mengulangi perkara sama di Malaysia.

Tambah Dr Tan, laporan lengkap mengenai perkara itu harus dibentangkan agar rakyat mendapat penjelasan.

“Laporan lengkap mengenai cadangan projek dua loji kuasa nuklear di Malaysia mestilah dibentangkan, agar orang awam dapat memahaminya kerana projek ini dikehendaki melalui penelitian yang rapi sebelum keputusan diambil ekoran malapetaka nuklear Jepun yang sangat membimbangkan.

“Laporan yang lengkap wajib diadakan mengenai projek ini termasuk implikasi ekoran bencana loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi.

“Kementerian Tenaga dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi Malaysia, ERMS, Lembaga Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia haruslah telus dan akauntabel mengenai data radiasi dan cadangan dua loji kuasa nuklear tersebut,” katanya. -TMI


NGO: Demi untung, jangan korbankan nyawa rakyat!

Dua pertubuhan bukan kerajaan secara terbuka meluahkan bantahan mereka berhubung tindakan kerajaan meluluskan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, di Gebeng, Kuantan.

Sehubungan itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan supaya segera membatalkan projek berkenaan.

“... amat khuatir dengan keputusan kerajaan negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang ini hanya menanti bencana untuk berlaku.

“Berdasarkan kepada semua risiko ini, adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan?” soal presiden dua pertubuhan itu, SM Mohamed Idris.

Menurutnya, SAM pada 2007 telah dijemput oleh kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi berdasarkan pengalamannya menangani pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.

“Berikutan itu, projek berkenaan telah ditolak oleh kerajaan Terengganu.

“Dalam tempoh tiga tahun lalu, CAP dan SAM membantah dengan bersungguh-sunguh cadangan kilang nadir bumi memandangkan potensinya kepada kesan alam sekitar dan kesihatan awam daripada radioaktif dan sisa berbahaya yang dihasilkan olehnya,” katanya.

Mohamed Idris juga mempertikaikan tindakan kerajaan BN yang membisu berhubung projek bernilai RM700 juta itu. Katanya, lebih membimbangkan projek pemprosesan tanah jarang itu tidak memerlukan penilaian kesan alam sekitar lengkap.

“Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita. Oleh itu tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.

“Syarikat itu menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi. Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan.

“Jangka panjang, pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan,” katanya.

Menurut Mohamed Idris, pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan system imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.

“Kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.

“Terdapat juga kemungkinan yang tinggi bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga,” katanya.

Menurutnya, isu lain yang dikhuatirkan ialah tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu.

Justeru, kerajaan kata Mohamed Idris perlu menjawab sama ada mereka bersedia mengorbankan nyawa rakyat demi mendapatkan keuntungan. -mk


Nong Chik Dicabar Buktikan 90% Setuju Rang Undang-undang Pembangunan Kg Baru 2010

Hormati hak pemilik tanah Kg Baru

SHAH ALAM: Kerajaan perlu menghormati pemilik tanah Kampung Baru kerana mereka berhak membuat keputusan berhubung pemilikan tanah di kawasan terbabit, kata pakar undang-undang Prof Dr Aziz Bari.

Beliau berpendapat isu Kampung Baru ini tidak boleh dilihat melalui sudut perundangan semata-mata. Sejarah serta latarbelakang berhubung isu ini perlu diambil kira, katanya.

“Bila bercakap mengenai masa depan Kampung Baru, saya berpendapat perbincangan berterusan perlu ada. Banyak sisi politik yang melibatkan harta rezab Melayu dan perlu ada kajian secara terperinci sebelum keputusan diambil oleh kerajaan,”

“Mungkin kerajaan boleh kata ia adalah hak mereka untuk ambil atau tidak kawasan itu tapi isunya nanti akan jadi isu politik dan juga isu perlembagaan.

“Memang dari segi undang-undang kerajaan ada kuasa untuk ambil tanah penduduk cuma pampasan itu mesti selaras dengan harga pasaran, maksudnya harga yang munasabah,” katanya ketika ditemui FMT di wacana ekonomi di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Menurut beliau, pemilik tanah boleh mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di mahkamah bagi membuktikan majoriti pemilik tanah di kawasan itu bersetuju dengan cadangan mewujudkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010.

Dr Aziz berkata sehingga hari ini Raja Nong Chik masih belum membuktikan secara bertulis majoriti bahawa pemilik tanah bersetuju dengan cadangan tersebut.

Nong Chik, katanya , berkata hampir 90 peratus pemilik telah bersetuju.

“Isunya sekarang hak penduduk untuk kekal di situ, dengan cara hidup mereka. Ini adalah isu besar dan kerajaan tidak boleh melalui Parlimen meluluskan rang undang-undang ini.

“Rang undang-undang ini tak perlu, ia adalah kehendak rakyat bukan keputusan kerajaan, maknanya kerajaan kena akur dengan kehendak rakyat.

“Lainlah kalau kerajaan boleh buktikan majoriti bersetuju, itu lain cerita tapi ia susah nak buat… adakah ada kajian yang dibuat? Kalau kata 90 peratus setuju tapi adakah ia sahih, adakah ia betul?

“Maka penduduk boleh membawa masalah ini ke mahkamah untuk mencabar buktikan kesahihan perkara itu,” jelas beliau.

Cadangan untuk mewujudkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 mendapat tentangan hebat pemilik dan pewaris tanah di kawasan itu.

Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti dikatakan Raja Nong Chik.

Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.

Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jun ini. -FMT

Wanita Islam Amerika Tidak Diizin Naiki Pesawat Kerana Pakai Tudung

San Diego (Amerika Syarikat): Seorang wanita Islam kelmarin berkata beliau mahu kakitangan penerbangan Southwest Airlines dikenakan tindakan disiplin kerana mengeluarkannya dari pesawat hanya kerana beliau memakai tudung.

Cik Irum Abbasi, 31 tahun, memberitahu wartawan dalam satu sidang akhbar di luar lapangan terbang San Diego bahawa beliau dipaksa keluar dari pesawat menuju San Jose itu Ahad lalu kerana seorang pembantu penerbangan mencurigainya.

Menurut Cik Abbasi, beliau diberitahu bahawa seorang anak kapal terdengar beliau berkata 'It's a go' (boleh diteruskan) ketika beliau berbual menggunakan telefon bimbitnya.

Ibu tiga anak asal Pakistan itu berkata beliau berkata 'I've got to go' (Saya perlu pergi) sebelum meletakkan telefon kerana pesawat itu akan berlepas.

Beliau percaya kakitangan itu membuat andaian tersebut kerana beliau memakai tudung.

Selepas menepuk tudung Cik Abbasi untuk memeriksanya dan bercakap kepada beliau, ejen-ejen Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan menyedari kesilapan itu.

Namun, mereka tidak membenarkannya menaiki pesawat itu dan memberitahu Cik Abbasi kakitangan pesawat tidak selesa dengannya. Beliau diizin menaiki penerbangan lain.

'Saya menangis,' kata Cik Abbasi. 'Saya sudah 10 tahun tinggal di Amerika. Saya warga Amerika.'

Jurucakap Southwest, Encik Chris Mainz, berkata syarikat itu telah dua kali meminta maaf kepada Cik Abbasi dan memberinya baucar penerbangan lain.

Cik Abbasi berkata perkara itu berkait dengan sentimen anti-Muslim di Amerika dan berkata ia angkara satu perbicaraan kongres berkenaan Muslim Amerika yang radikal. -- AP.

Peniaga Nafi Pukul Pegawai Bomba

George Town: Seorang peniaga hari ini menafikan dakwaan bahawa dia telah mencederakan seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang selepas operasi memadamkan kebakaran di Jalan Bukit Dumbar di sini, semalam.

Malik Faizal Abdul Rahim, 35, mendakwa sebaliknya beliau yang dikasari dan dipukul di dahi sehingga terpaksa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini selepas kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu.

Malik yang datang ke Biro Bernama di sini Khamis mendakwa kejadian itu berlaku berhampiran tempat tinggalnya dan beliau hanya melihat kebakaran itu dan mahu membantu sekadar yang mampu.

"Selepas (memadamkan) kebakaran itu, seorang pegawai bomba yang memang saya kenal dan tinggal di kawasan berhampiran rumah saya datang ke arah saya dalam keadaan marah sambil berkata "siapa yang marah kat (kepada) bomba, aku nanti pukul tidak kira bangsa.

"Saya hampirinya dan menasihatinya jangan buat bising nanti keadaan akan tegang lagi, (tetapi) tiba-tiba dia tolak saya dan saya yang hampir jatuh memegang tangannya," katanya.

Malik berkata dalam masa yang sama beberapa anggota bomba yang berada berhampiran kawasan itu datang ke arah mereka dan meminta beliau bertenang sedangkan sebenarnya beliau hampir terjatuh.

"Saya bagi tahu mereka (anggota bomba) yang saya bukan nak bergaduh dan dalam keadaan kelam kabut itu, pegawai bomba berusia lingkungan 50-an berkenaan terus tumbuk saya sebanyak tiga kali di bahagian dahi sehingga bengkak dan luka," katanya.

"Saya percaya pegawai bomba berkenaan bertindak sedemikian atas dasar peribadi ekoran mempunyai perselisihan faham dengan saya," katanya.

Katanya, ekoran kejadian itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima dua laporan berasingan daripada Malik dan seorang pegawai bomba dan kes itu disiasat menurut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh.

Akhbar hari ini melaporkan Pegarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Azmi Tamat berkata, seorang pegawai bomba dipukul seorang penduduk selepas operasi memadamkan kebakaran sebuah kilang papan di Jalan Bukit Dumbar di sini. - BERNAMA

Berita sebelum ini:

Pegawai bomba cedera dipukul




GEORGE TOWN - Seorang pegawai bomba tidak menduga, penat lelahnya bersama-sama 28 anggotanya memadamkan kebakaran sebuah kilang papan di Jalan Bukit Dumbar di sini semalam bertukar kecoh apabila dia pula dipukul seorang penduduk.

Kejadian memalukan itu berlaku pukul 7.45 pagi apabila seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an berkenaan dikatakan gagal mengawal emosi selepas permintaannya supaya anggota bomba menyiram air di kawasan yang tidak disambar api tidak dipenuhi oleh pegawai berusia 50 tahun terbabit.

Ekoran itu, dia terus memaki hamun mangsa sebelum bertindak bergelut dengan ketua operasi berkenaan sebelum dileraikan oleh anggota lain. Mereka kemudian menghubungi polis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, pihaknya dukacita dan kesal dengan kejadian tersebut dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -kosmo

Macam-macam: Pasangan Tanpa Nikah Setahun Duduk Atas Pokok

Melaka: Seorang lelaki sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah ‘mahligai’ di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya.

Bagaimanapun, kediaman ibarat chalet di Pantai Kundor, dekat sini, yang lengkap elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas milik lelaki itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Dalam serbuan itu, Jaim menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan kekasihnya, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun yang mendiami pondok terbabit.

Turut ditahan ialah anak saudara lelaki terbabit berusia 22 tahun yang berada dalam rumah di atas pokok itu dipercayai mengunjungi mereka.

Pondok terbabit dibina tiang penyokong, tangga dan mempunyai titi untuk ke beberapa bahagian di atas pokok berkenaan selain dilengkapi beranda.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata sepasukan pegawai dan anggotanya ke pondok terbabit selepas menerima aduan ada perbuatan maksiat dilakukan di sebuah rumah di atas pokok.

Katanya, apabila tiba di lokasi berkenaan pihaknya mendapati ada tangga untuk naik ke pondok dan selepas dua anggotanya naik serta mengetuk pintu, ia dibuka seorang lelaki.

“Selepas memperkenalkan diri, anggota kami masuk ke dalam pondok terbabit dan menemui seorang lagi lelaki serta seorang wanita.

“Apabila disoal siasat, wanita itu tiada hubungan mahram dengan kedua-dua lelaki terbabit. Wanita itu juga mengaku tinggal di dalam pondok terbabit bersama lelaki berusia 31 tahun itu yang juga kekasihnya,” katanya.

Rahimin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit tinggal di pondok yang diubah suai di atas pokok berkenaan sejak hampir setahun lalu.

Katanya, berdasarkan maklumat, pondok terbabit asalnya dijadikan tempat seorang ahli keluarga lelaki itu mengajar al-Quran yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan sejak itu pondok terbabit tidak digunakan.

Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sendiri mengubah suai pangkin berkenaan untuk dijadikan kediamannya.

“Bagaimanapun, dia bertindak luar batasan apabila tinggal bersama wanita Indonesia yang juga seorang pekerja industri seolah-olah suami isteri,” katanya.

Rahimin berkata, dua lelaki dan wanita warga Indonesia terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya. -hm


Tidak mahu berpisah

MELAKA: Dalam tempoh 24 jam selepas dijamin kerana dicekup berkhalwat, pemilik ‘mahligai maksiat’ di atas pokok bagaikan tidak serik kerana masih tinggal sebumbung dengan teman wanitanya di rumah terbabit.

Pasangan lelaki berusia 31 tahun dan wanita warga Indonesia berusia 23 tahun itu dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi, kelmarin.

Namun, ketika Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani membuat tinjauan ke rumah itu jam 3 petang semalam, dia menemui lelaki terbabit di bahagian bawah kediamannya itu.

Rahimin berkata, dia meminta lelaki itu membuka pintu rumah pokok miliknya dan sebaik masuk ke dalam dia terkejut apabila mendapati wanita yang dicekup bersama lelaki terbabit kelmarin, masih ada di situ.

Katanya, wanita itu yang baru bangun daripada tidur, hanya bersinglet dan seluar pendek terkejut dengan kehadirannya.

“Pemeriksaan lanjut mendapati masih banyak pakaiannya disimpan dalam kotak serta digantung dalam bilik.

“Malah, dokumen peribadinya turut ditemui di situ dan apabila ditanya mengapa masih tinggal bersama lelaki terbabit, dia memberi alasan malu pulang ke asramanya selain bekerja syif petang di kilangnya.

“Wanita itu ditahan kerana kami mahu menyerahkan kes ini kepada majikannya supaya dia tidak pulang semula ke tempat tinggal lelaki terbabit,” katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan turut menemui beberapa video cakera padat (VCD) dipercayai lucah berdasarkan gambar yang tertera pada VCD itu.

“Walaupun mereka tidak berkurung ketika ditahan, kami masih menahan wanita terbabit berikutan dia masih enggan tinggal di tempat lain,” katanya.-hm


Tsunami: Teladan Al-Quran Dari Kisah Nabi Nuh a.s.

Tsunami melanda negara Jepun. Sepastinya bencana Tsunami tersebut mengingatkan kita kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam. Pada tsunami 2004, kematian mencecah lebih 120,000 dan tsunami di Jepun, setakat ini disahkan hampir 15,000 mangsa terkorban.

Banjir di zaman Nabi Nuh a.s. diketahui adalah banjir yang meliputi keseluruhan muka bumi dan pengetahuan tentang pernahnya berlaku banjir besar itu, diiktiraf oleh semua tamadun manusia.

Sewajarnyalah kisah di zaman Nabi Nuh Alaihi as-Salaam itu dijadikan iktibar. Ini adalah kerana, Allah SWT mengekalkan ingatan umat manusia kepada peristiwa di zaman Nabi Nuh itu supaya ia terus menjadi peringatan, amaran dan pengajaran bagi sekalian umat manusia, mukmin dan kafir. Firman Allah SWT di dalam surah al-Haaqqah ayat 11-12:

“Sesungguhnya ketika air banjir itu melampau-lampau limpahannya, Kami telah damparkan kamu dengan selamat di dalam bahtera (Nabi Nuh) itu. Agar dengan itu Kami jadikan peristiwa tersebut sebagai teladan bagi kamu. Dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang-orang yang mahu menerima pengajaran”

Apabila kita meneliti beberapa potongan ayat al-Quran tentang bencana di zaman Nabi Nuh Alayhi as-Salaam, saya mendapat kefahaman bahawa ia tidak jauh berbeza dengan bencana Tsunami 2004 dan 2011. Cuma mungkin berbeza dari segi skala kerana Tsunami yang Allah SWT datangkan kepada kita hanya menelan manusia yang menghuni daratan perairan tertentu, tidak segenap pelusuk bumi.

Renungilah ayat-ayat di dalam surah Hud ayat 40 – 41 berikut:

“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ”


Kemunculan banjir besar di zaman Nuh itu bermula dengan limpahan air dari apa yang diistilahkan oleh al-Quran sebagai at-Tannur. At-Tannur ini pada makna asalnya adalah ketuhar atau oven yang digunakan untuk membakar roti. Ia dinamakan sedemikian rupa kerana di dalam ketuhar tersebut api marak membakar menyala-nyala di dalamnya.

Alangkah ganjilnya apabila kita cuba berfikir, bagaimana air keluar melimpah dari ketuhar yang di dalamnya api menyala-nyala!

Liqa’ Mutahaab FiLlaah

Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi di dalam kitabnya Al-Qasas Al-Qurani: ‘Ard Waqaa’ie’ wa Tahlil Ahdaath [Darul Qalam 1419H / 1998M] menyatakan bahawa hikmah Allah SWT di dalam hal ini amatlah besar. Sesuatu yang diketahui umum, air berfungsi memadamkan api. Akan tetapi jika api itu menyala-nyala di tengah air, bagaimanakah ia boleh dipadamkan? Bagaimanakah api dan air boleh ‘mesra’ di dalam ketuhar yang membakar itu?

Sesungguhnya fenomena seperti ini menggambarkan betapa miskinnya qudrat manusia untuk memadamkan api yang menyala-nyala itu sebagaimana mereka juga tidak mampu mengekang air yang melimpah-limpah dari punca api tersebut. [mukasurat 191]

Kita melihat fenomena banjir dan ombak besar di zaman Nabi Nuh Alayhi as-Salaam dan hubungkaitnya dengan ‘ketuhar’ itu dari satu sudut lain yang mungkin boleh difikirkan bersama. Pada tsunami 2004 dulu, kita sama-sama difahamkan bahawa ombak Tsunami iti dicetuskan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar Lautan Hindi berhampiran Sumatera. Gempa bumi ini berkait rapat dengan Lingkaran Api Pasifik. Batu batan dan api yang membara di perut bumi ini menjadikan kawasan terbabit tidak stabil sehingga mencetuskan gelinciran benua dan jenis-jenis gempa bumi yang lain. Dalam erti kata yang lain, seolah-oleh ombak besar Tsunami ini datang dari ketuhar Lingkaran Api Pasifik yang disebutkan sebentar tadi.

Bahkan ombak besar yang melanda bencana di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam itu juga lebih hebat dari Tsunami itu. Ia digambarkan seperti gunung oleh Surah Hud ayat 42 – 43:

“Dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir.

Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. ”


Namun bagi kita hari ini, bagaimanakah sepatutnya kita mengambil pengiktibaran daripada bencana Tsunami tersebut? Apakah hanya dengan berfikir tentang usaha mengadakan sistem amaran awal semata-mata?

Kita bernasib baik kerana Tsunami itu tidak menelan semua sekali bahkan Malaysia mengalami keajaiban apabila angka kematiannya begitu kecil berbanding dengan negara jiran Acheh. Allah masih mengizinkan kita untuk bermuhasabah dan tidak membinasakan kita semua dengan suatu bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata. Firman Allah SWT:

“Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus” (Al-Anfaal: 25)

Tsunami tidak menelan Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong. Tsunami tidak mengundang rebah Flat Pekeliling di Kuala Lumpur walaupun gegarannya cukup kuat untuk mendesak penghuninya lari bertempiaran. Tsunami ini belum seperti ‘Tsunami di zaman Nuh Alayhi as-Salaam’.

Pertamanya, terimalah hakikat bahawa bencana ini bukan ‘kejadian alam tanpa sebab’. Ia adalah amaran Allah. Ia adalah peringatan yang maha menakutkan. Tsunami di Acheh misalnya, yang menyaksikan penindasan pemerintah yang membunuh jutaan penduduk yang mahukan Acheh berdiri bebas merdeka. Bukit bukau di Acheh menjadi gunung kubur manusia yang dibunuh kejam. Tsunami menelan Selatan Thailand yang baru sahaja bermandi darah Muslim Tak Bai, Masjid Kerisik dan sebagainya. Thailand itu juga menyajikan industri seks sebagai tarikan pelancong ke Phuket dan lain-lain.

Tsunami juga menelan Sri Langka dan India yang menjadi pentas tradisi menyembelih umat Islam. Tsunami juga menelan Maldives yang menjadi destinasi pelancongan pengunjung warga Barat sehinggakan nilai Islamnya langsung tenggelam tidak kelihatan. Sesungguhnya Tsunami menelan tanah air dan anak watan yang begitu peri lakunya. Amat pedih untuk menyebut hakikat ini, namun kita perlu akur.

Janganlah terlalu saintifik sehingga tidak sudi memikirkan hakikat ini. Tiada kerosakan yang berlaku di muka bumi ini kecuali dengan asbab. Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum ayat 41:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”

Seterusnya, ingatlah kembali kepada apa yang telah disebutkan di awal tadi, bahawa Allah SWT mengekalkan kisah ini di dalam ingatan sekalian manusia, agar kita semua mengambil peringatan.

Qatadah telah menyebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari [Sahih al-Bukhari nombor 4869], “Allah SWT telah mengekalkan kapal Nuh supaya ia sampai kepada pengetahuan generasi awal umat ini”.

Sebagai penutup, renungilah wasiat Nabi Nuh Alaihi as-Salaam kepada anak-anaknya yang beriman sebelum baginda wafat pulang kepada Allah.

Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:

“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)” Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata kepadanya “Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!” Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:

“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.

Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”


[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

Inilah pesanan Nabi Allah Nuh Alaihi as-Salaam kepada anaknya sebelum wafat. Dan kita ini semua adalah cucu cicitnya baginda. Terimalah nasihat ini sebagai peringatan.

Sesungguhnya Tauhid dan Kalimah Tauhid adalah sebesar-besar perkara di dalam hidup ini. Menjadikan ia sebagai fokus diri, dan seterusnya disempurnakan pula dengan Takbir membesarkan Allah dan Tasbih mensucikanNya pada lisan dan perbuatan. Syirik yang muncul dengan pelbagai versi di dalam kehidupan kita hari ini bersama perbuatan angkuh, bongkak, takabbur atau Kibr itu pula hendaklah dijauhi. Sesungguhnya Syirik dan takabbur itu telah menjadi syiar dan cara hidup ramai manusia pada hari ini.

Manusia angkuh dengan Allah, orang ramai bongkak dengan hukum hakamNya, malah masih berani berpesta di Sungai Nibong walaupun bencana Tsunami hanya beberapa kilometer jaraknya. Selepas teguran dibuat oleh Mufti satu ketika dahulu dan orang ramai, TV3 masih tidak segan silu meneruskan silsilah Konsert Sure Heboh yang hanya mengukuhkan lagi hedonisma sebagai rukun kehidupan masyarakat sekarang. Di dalam beberapa pilihanraya kecil, parti kerajaan merancakkan program hiburan dengan lori 1Malaysia bersama penari separa bogel. Tidakkah sikap begini bermaksud memperlekehkan kebenaran? Bukankah sikap ini yang terpilih menjadi amaran Nabi Allah Nuh yang menyaksikan umatnya ditenggelamkan ‘Tsunami’?

Ada juga suara-suara yang membela kononnya, tsunami takkan berlaku di Malaysia. Kita selamat. Malah kita boleh bina logi nuklear kerana tsunami takkan berlaku di Malaysia, katanya. Kononnya kita mempunyai sistem kalis-gagal selaras dengan kemajuan yang telah dicapai oleh sains dan teknologi, dan orang ramai tidak perlu takut mengenai keselamatannya. (UKM Portal)

Keangkuhan suara itu samalah seperti keangkuhan suara anak Nabi Nuh seperti yang dikisahkan di dalam Surah Hud tadi. Ia benar-benar mencabar Allah s.w.t. Kita ulangkan petikan Surah Hud ayat 42 – 43 tadi:

“Dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir.

Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. ”


Apabila masyarakat kita diperingatkan dengan kebenaran, ramai yang gembira mempersendakan kebenaran tersebut. Ramai yang memperlekehkan ayat-ayat Allah tanpa segan silu. Bahkan dengan sifat jelek seperti itu, tidak hairan jika ramai pula yang zalim, menindas sesama manusia sama ada dengan kuasa, akta, mahu pun sikap dan tanduk di peringkat individu.

Apakah kita mahu menunggu sehingga bumi Malaysia tersenak hidung dengan gelimpangan mayat seperti di Jepun, di Acheh, baru mahu tersentak dari kelekaan semua dan selama ini? Setiap kali menonton siaran berita di televisyen, kita tidak dapat menahan sebak di dada. Tetapi apabila mengenangkan kebiadapan manusia hari ini, mungkin Tsunami sahaja yang mampu memecahkan tempurung kepala kita hari untuk untuk faham dan menginsafi kuasa Allah SWT. Ceramah tak makan, motivasi tak jalan, nasihat tak dilayan, teguran dipinggirkan, yang menang akhirnya tetap hiburan dan keseronokan. Tidakkah kita sebenarnya sudah terlalu jauh pergi meninggalkan sifat diri sebagai hamba Tuhan? Tepuk dada tanyalah iman…

Salam takziah untuk tamadun manusia.

”Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)

muhdhazrie/GB