Selain blog Anwar, FMT dan laman Raja Petra turut digodam
Blog Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama portal berita freemalaysiatoday.com (FMT) dan laman web Raja Petra Kamarudin tidak dapat diakses hari ini dipercayai ekoran serangan siber.
Penyelaras media kepada Anwar, Mohd Eekmal Ahmad juga mengesahkan blog ketua pembangkang itu tidak boleh diakses hari ini.
“Kami masih menyiasat punca gangguan tetapi ketiga-tiga insider dilihat terjadi secara kebetulan,” katanya.
Editor FMT, K. Kabilan berkata portal itu berhadapan dengan gangguan Distributed Denial of Service (DDOS) sekejab-kejab sejak dua tiga minggu lalu sebelum tidak dapat diakses sama sekali mulai pukul 3 pagi tadi.
DDOS adalah satu bentuk serangan berterusan untuk mengelak laman web daripada berfungsi secara berkesan dengan menyalurkan permintaan-permintaan luaran secara berlebihan.
“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan hubungan hari ini,” kata Kabilan kepada The Malaysian Insider.
Menurut Kabilan, laman web malaysia-today.net juga tidak dapat diakses ekoran gangguan sejak awal minggu ini.
Dalam pada itu, ketua pegawai teknikal FMT Thirun Nadason dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata pihaknya percaya yang DDOS adalah kerja mereka yang profesional dalam bidang ICT.
“Pasukan kami sedang mengambil tindakan untuk memastikan perkhidmatan boleh disediakan sedia kala tanpa gangguan,” katanya.
Pengarang Urusan FMT Phllip Rodrigues mengecam tindakan itu.
“Ini kali kedua insiden seperti ini terjadi tetapi FMT tidak akan terganggu dengan tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab dan akan terus membuat laporan tanpa rasa bimbang dan takut,” katanya.
“FMT ingin memohon maaf kepada pembaca kami atas sebarang ketidakselesaan yang wujud,” katanya.
Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberitahu pihaknya telah mengesan peningkatan ketara dalam jumlah laman web dalam Negara yang digodam bulan ini, dan sedang bekerjasama dengan pemilik-pemilik laman web berkenaan untuk memulihkannya.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM Zeti Marziana Muhamed berkata bilangan laman web yang digodam meningkat kepada 262 kes minggu pertama bulan ini berbanding 168 kes bulan lepas.
“SKMM ingin mengingatkan semua pemilik laman web untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengemaskini pelayan serta aplikasi-aplikasi yang berkaitan pada laman web itu.
“Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko penggodaman sekiranya terdapat kelemahan pada ciri-ciri keselmatan laman web,” katanya.
Katanya pemilik laman web juga disaran mengambil langkah-langkah yang mencukupi supaya keselamatan web mereka terjamin dan diberi perhatian sewajarnya semasa cuti perayaan. -TMI