23 Mac 2013

Kenyataan Kit Siang Sedia Bertanding Atas Tiket PAS, Bukti "PAS For All" Berjaya


PAS hari ini mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang untuk bertanding di bawah logo PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya menjelang PRU13.

“Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini kepada Harakahdaily.

Mustafa memberikan reaksi kepada cadangan Lim yang menyatakan kesediaannya untuk bertanding di bawah lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Di Twitter, bagaimanapun Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melahirkan kebimbangan timbul konspirasi untuk mengelakkan partinya bertanding di PRU13.

“Tiada sebab untuk ROS untuk membatalkan DAP! Tapi konspirasi tertinggi di dalam jabatan mainan kotor BN akan menggantung/membatalkan DAP supaya lambang Roket tidak boleh digunakan pada PRU13 kerana BN takut pada PRU13.

"(Saya telah) memberitahu wartawan bahawa BN bersalah menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan DAP dengan tidak mengikut perlembagaan supaya simbol roket tidak dapat digunakan di PRU. Maka dengan itu, calon-calon DAP akan bertanding sebagai calon bebas atau meminjam logo PAS/PKR. Jika BN salahguna kuasa, saya mungkin akan guna logo PAS di PRU13 untuk menguatkan PR,” tulis Lim di Twitter.

Semalam, bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa DAP diambil tindakan oleh ROS kerana gagal mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman pula berkata ia menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Rahman dipetik berkata notis telah diberi kepada seorang pemimpin tertinggi DAP untuk memberi keterangan tapi pemimpin tersebut memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Sementara itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13.

“Adalah tidak adil untuk membatalkan DAP di saat menjelang pilihanraya umum ke 13. PAS melihat tindakan itu lebih bermotif politik,” tegas beliau. -HD


Kit Siang: Saya mungkin tanding guna lambang PAS


Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada.

"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.

Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

ROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.
-mk


ULASAN GB

Mungkin ada yang terkejut kesediaan Lim Kit Siang untuk bertanding di atas tiket PAS sekiranya partinya DAP menghadapi tindakan penggantungan daripada ROS.

Namun, yang nyata, kenyataan terbuka Lim Kit Siang itu adalah bukti kesetiakwanan PAS-DAP-PKR di dalam Pakatan Rakyat adalah mantap.

Kedua, slogan PAS selama ini "PAS FOR ALL" telah berjaya dan diterima oleh semua kaum di negara ini. Ornag Cina dan India tidak lagi takut dengan PAS yang difitnah oleh UMNO dan sekutunya dengan pelbagai momokan seperti hudud dan sebagainya. Dengan pelbagai penjelasan dan penerangan oleh pimpinan PAS, masyarakat Cina dan India sudah mengerti bahawa PAS bukan sebuah parti ekstreme tetapi sebaliknya PAS adalah parti yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan - sebuah perjuangan yang menjadi nadi kepada Pakatan Rakyat seluruhnya.

Sudah ramai orang Cina dan India yang mengibarkan bendera PAS di mana-mana.


Begitu juga orang Melayu dan Islam dalam PAS. Mereka tidak lagi memandang DAP sebagai sebuah parti cauvinis Cina.


Kedua-dua parti, PAS dan DAP telah dapat saling memahami dan menghormati dasar perjuangan masing-masing. Dan peranan serta jasa yang dimainkan oleh PKR, dalam banyak ketika, sebagai jambatan memperkukuhkan hubungan kedua-dua parti berkenaan tidak juga dapat dikesampingkan.

Kini ketiga-ketiga parti di dalam Pakatan Rakyat adalah rakan seperjuangan, seiring sejalan, seia sekata untuk mempastikan kebenaran dan keadilan tertegak di bumi Malaysia ini dengan menumbangkan parti-parti berasaskan perkauman di dalam BN iaitu UMNO, MCA dan MIC.

[HOT] Rekod Undi Pos Papagomo Tetiba Hilang


Selepas mendedahkan Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua rekod daftar pemilih semalam, PKR hari ini mendakwa salah satu rekod tersebut 'hilang' dari Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata semakan pihaknya hari ini mendapati Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis) RF142863 telah dibuang dan tiada dalam rekod SPR.

"Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos," katanya dalam satu kenyataan.


(Gambar: Carian rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris menggunakan kad pengenakan sama yang dibuat semalam)

Semalam Rafizi mendedahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang terkenal sebagai bloger pemfitnah seks mempunyai dua rekod daftar pemilih.

Satu adalah sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan polis RF142863 dan satu lagi sebagai pengundi biasa dengan memegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.

Bagaimanapun hari ini katanya, rekod blogger umno itu sebagai pengundi pos telah dipadamkan.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan pihak SPR duduk semeja dengan pasukan keselamatan bagi mengenalpasti kes wujud dua rekod daftar pemilih seperti Papagomo dapat dibersihkan.

"Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.

"Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat," katanya. -HD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Hebat, Ceramah BN Paling Ramai Orang.. Tak Terbilang ..


Beginilah suasana yang dimaklumkan kepada Omak kau dengan gambar sebagai bukti berbicara.

Suatu ceramah anjuran UMNO Kuala Krai dengan penceramah jemputan khas dari Minda Pondok, Ustaz Zainal Abidin Awang.

Ceramah ini diadakan dalam kawasan DUN N41, Manik Urai.

Yang Omak kau terkejut ialah yang dengar hanyalah kanak-kanak kecil yang masih belum boleh mengundi pun walaupun siap dengana beberapa hamper sebagai hadiah cabutan bertuah.

Kalau begini punya sambutan nampaknya hasrat dan niat UMNO/BN Kelantan mau menukar kerajaan PAS/PR Kelantan pimpinan YAB TGNA hanya tinggal angan-angan mat jenin. -omakkau


SPR Akui Wujud Pendaftaran Berganda, Akan Semak Status Papagomo!


SPR akui terdapat pendaftaran berganda, akan semak status penulis blog pro Umno

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui terdapat sejumlah kecil pendaftaran berganda dalam daftar pemilih dan mengatakan akan menyemak tuduhan penulis blog pro Umno “Papa Gomo” atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah “pengundi hantu”.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu The Malaysian Insider, suruhanjaya tersebut akan menyemak status Azri dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selepas PKR mendakwa penulis blog tersebut terdaftar sebagai pengundi di dua kawasan parlimen – Ampang dan Wangsa Maju.

“Memang ada sejumlah kecil isu pendaftaran berganda seperti ini, tetapi ianya very small number (mempunyai angka yang kecil),” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Pegawai saya akan buat semakan berhubung perkara ini dengan polis,” tambah beliau lagi.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat pendedahan tersebut semalam selepas partinya menyemak laman sesawang SPR menggunakan kas pengenalan awam Papa Gomo dan kad pengenalan polis yang didakwa milik penulis blog tersebut.

Menurut Abdul Aziz, pendaftaran berganda melibatkan polis atau anggota tentera kebiasaannya berlaku apabila selepas seseorang anggota keselamatan itu tamat atau ditamatkan perkhidmatan, perkara ini tidak dibawa kepada SPR menyebabkan data tidak dapat dikemaskini.

“Hanya SPR yang boleh bersihkan nama mereka (anggota polis atau tentera) dalam daftar pemilih. Jabatan (polis dan tentera) tidak boleh lakukan perkara ini,” menegaskan hanya suruhanjaya tersebut yang boleh melakukan perubahan dalam daftar pemilih.

Beliau mengatakan SPR sudah menghentikan penggunaan nombor kad pengenalan polis dan tentera dalam Pilihan Raya 2013, sambil menambah mereka hanya akan menggunakan nombor kad pengenalan awam anggota keselamatan tersebut.

“Tetapi sekarang semua anggota tentera dan polis sudah mempunyai nombor kad pengenalan awam. SPR akan menggunakan nombor kad pengenalan awam bagi polis dan tentera bagi tujuan pilihan raya.

“Kalaupun penulis blog itu cuba untuk mengundi dengan menggunakan kad pengenalan polis, dia tidak akan dibenarkan mengundi,” tambah Abdul Aziz lagi.

The Malaysian Insider difahamkan ini adalah pertama kali pasukan keselamatan akan menggunakan nombor kad pengenalan biasa untuk mengundi, oleh kerana pengundian pos sudah digantikan dengan pengundian awal, salah satu langkah SPR untuk memperbaiki proses mengundi.

Abdul Aziz juga tidak menolak kemungkinan kes pendaftaran pengundi berganda penulis blog tersebut melibatkan dua orang yang berbeza.

“Orang yang ada nama sama ni banyak. Tarikh lahir sama, tempat lahir sama, tetapi kalau terbukti ianya orang yang sama, kita akan keluarkan nama dia dari daftar pemilih polis,” katanya.

Walaupun SPR telah dikritik oleh parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan dengan tuduhan gagal untuk menjalankan pilihan raya adil, suruhanjaya tersebut telah memperkenalkan beberapa perubahan untuk memperbaiki perjalanan pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal dan undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara untuk Pilihan Raya 2013.

Dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR semalami, Rafizi turut mendakwa Papa Gomo yang disaman semalam kerana memfitnah Anwar pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah pada masa lalu.

“Siasatan menunjukkan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah bekas polis trafik yang berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah,” kata Rafizi, selepas menunjukkan laporan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan namanya dalam anggota polis dan kad pengenalan polisnya.

Beliau kemudian menunjukkan dua mukasurat dari laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menunjukkan dua tarikh lahir berbeza yang menyebabkan PKR menyiasat alamat yang digunakan oleh Papa Gomo.

Rafizi mendakwa dokumen mahkamah dan alamat surat-menyurat rasmi menunjukkan Papa Gomo mempunyai dua alamat rumah, di Ampang dan Wangsa Maju.

Apabila ditanya bukti adakah kedua-dua nama yang tertera di pangkalan data SPRM itu adalah Papa Gomo, Rafizi sekali lagi berkata dokumen mahkamah dapat menyamakan kedua-dua nombor kad pengenalan berkenaan, dan berkata beliau mahu respon dari blogger itu sebelum menunjukkan bukti tersebut.

Ulasan GB

Selalu GB katakan, hukum kebenaran dan keadilan tetap akan mengambil tempatnya. Samada disukai atau pun tidak.

Walau bagaimana dipusing dan dispinkan pun untuk membela papagomo, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Segala-galanya akan terbongkar dan terdedah kerana "penipuan dan pemfitnahan" itu tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk melawan kebenaran dan keadilan.

Papagomo, Utusan, para blogger pencacai malah UMNO sendiri akan hancur binasa... tunnggu saat dan ketika kerana terbukti mereka itu semua adalah dari kumpulan yang jahat dan Allah akan tetap membinasakan mereka akhirnya. Kejahatan dan kebatilan itu tidak samasekali akan menang melawan kebenaran dan kebaikan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Utusan & Papagomo: Pemfitnah Yang Cuba Membela Pemfitnah


Kes Papagomo, Utusan Malaysia ‘cover’ malu!!

Utusan Malaysia menyiarkan wajah Papagomo di muka depannya hari ini. Apabila tersiar dan disebarkan pula oleh blogger-blogger PR yang mengatakan Utusan Malaysia mengesahkan wajah Papagomo, Utusan Malaysia serba salah.

Ini kerana, hanya Utusan Malaysia yang terliur menyiarkan gambarnya dan mengambarkan seolah-olah dialah ‘hero’ rakyat. Lihat apa yang ditulis Utusan Malaysia…

“Blogger Papagomo tetap pertahankan pendirian dan pendedahannya demi rakyat, agama, bangsa dan negara.”


Media arus perdana yang lain ‘tak lalu’ menyiarkannya lebih-lebih di muka hadapan.

Apabila dah tersebar wajah Papagomo, Utusan Malaysia ‘cover’ malu [eh, bila UM tahu rasa malu!!] membuat berita baru petangnya “Pemilik blog Papagomo dipukul samseng?” dan turut sama menyabitkan media arus perdana yang lain menyiarkan gambar Papagomo seperti berita di bawah.


Laman-laman sosial telah lama menyiarkan sebelum ini.

Jadi eloklah, Utusan Malaysia juga dah mengesahkan pemilik blog tersebut.

Itulah hakihatnya, kaki fitnah yang cuba-cuba membela kaki fitnah kesayangannya!! -ekeleh

[VIDEO & GAMBAR] Warga CIMB Berdemo Kecam Adik Najib, Nazir Razak


Ahli Kesatuan Sekerja Bank (NUBE) dan kakitangan bank CIMB Berhad hari ini mengadakan piket membantah pihak pengurusan bank itu kerana didakwa tidak menjaga kebajikan dan melanggar hak asasi pekerjanya.

Mereka membantah antaranya mengenai dakwaan ketidakadilan dalam penilaian prestasi bagi bayaran bonus kakitangan dan isu pemecatan kakitangan yang mempersoal penggunaan dana pekerja oleh pihak pengurusan.

Piket NUBE di CIMB di Petaling Jaya dhari ini bermula kira-kira jam 12 tengahari ini selama satu jam dan disertai kira-kira 300 ahlinya termasuk kira-kira 60 kakitangan CIMB.

NUBE mempunyai kira-kira 5,000 ahli yang bekerja di rangkaian CIMB. Penolong setiausaha NUBE, A Karuna berkata aduan berhubung perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan bank sejak setahun yang lalu tetapi tiada tindakan.



Karuna berkata, piket yang diadakan di hadapan CIMB di Petaling Jaya itu merupakan yang kali ke-30 sejak Disember tahun lalu Sejak Februari lalu, mereka mengadakan piket antaranya di Kangar, Alor Setar, Temerloh dan Pekan.

CIMB diterajui Ketua pegawai eksekutif kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak - adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam perkembangan berkaitan, Karuna berkata pihaknya bercadang mengadakan piket besar-besaran di CIMB dan Bank Negara di Kuala Lumpur pada 6 April depan, supaya tuntutan mereka didengari.

Beliau mensasarkan 20,000 ahli NUBE termasuk kakitangan CIMB hadir dalam piket tersebut. -kingofgoblok


Adik mahu Najib kekal PM supaya mudah kayakan kroni – Azan



Keinginan Datuk Seri Nazir Razak supaya abangnya kekal sebagai Perdana Menteri dipercayai bertujuan memudahkan ‘kerja’ mengkayakan anak beranak dan kroni.

“Ini membuktikan jika Datuk Seri Najib Razak bukan Perdana Menteri, seolah-olah tiada lagi amalan mengkayakan kroni, rasuah.

Jadi susah untuk kawal kewangan.

“Kekayaan kroni dan anak beranak bergantung kepada Najib, adiknya sendiri mungkin hanya tumpang kuasa untuk jadi CEO,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kepada Keadilan Daily.

Nazir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB, adalah adik kepada Perdana Menteri itu.

Nazir dalam wawancara dengan stesen Bloomberg TV dilapor, berkata abangnya itu kononnya ada sasaran jelas dari segi transformasi ekonomi.

Jika berlaku perubahan, beliau dipetik berkata, ia kononnya mengecewakan pelabur dan terpaksa menilai kembali pandangan mereka terhadap Malaysia.

Mengulas lanjut, Azan berkata, Nazir sebagai seorang profesional dalam bidang perniagaan, tidak wajar membuat kenyataan seumpama ahli politik.

“Patutnya cakap, sesiapapun jadi Perdana Menteri selepas PRU 13 akan dapat beri kestabilan ekonomi dan bawa polisi baik,” katanya.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu itu turut menyindir Nazir yang risau dengan kedudukannya dalam dunia perbankan jika berlaku perubahan kerajaan.

“Adakah Nazir selama ini hanya bergantung kepada pengaruh abangnya?” kata beliau.

Kebelakangan ini, kakitangan CIMB kerap mengadakan piket di beberapa negeri berikutan mereka berasa kebajikan mereka diabai majikan.
-KD