Baru saja dua minggu negara mencipta satu sejarah perhimpunan aman BERSIH yang berjaya menghimpunkan lebih 50 ribu orang, hari ni 25 November satu lagi sejarah tecipta - lebih 15 ribu orang penganut ugama Hindu dari keturunan India hari ini memenuhi segenap ruang bandaraya Kuala Lumpur di perhimpunan Hindraf yang elah diharamkan oleh kerajaan.
Di dalam dua kes berkenaan, kita menyaksikan betapa kebencian rakyat terhadap kerajaan yang ada sudah di tahap mengejutkan kerana amaran keras polis sudah tidak lagi bermakna apa-apa. Nak tangkap tangkaplah nak tembak tembaklah....seolah-olah demikianlah suara hati rakyat.
Siapa yang perlu dipersalahkan? Samy Vellu yang satu ketika dianggap "tuhan" oleh kaum India cepat menuding jarinya kepada parti pembangkang yang didakwanya menjadi dalang meniupkan sentimen anti-kerajaan di kalangan masyarakat India. Samy Vellu telah meminta rakyat tidak mengindahkan ajakan ke perhimpunan Hindraf dan masyarakat India nampaknya kali ini menongkah arus dengan meolak permintan "tuhan" mereka itu. Kebencian mereka kepada Samy Vellu sama kebencian mereka kepada kerajaan BN yang ada.
Masyarakat India telah lama menyimpan "dendamnya". Orang India terguris apabila UMNO mengadakan perhimpunan agongnya di hari Deepavali. Apabila kuil di Kampung Rimba Raja dirobohkan oleh seorang Menteri Besar Penyapu, rasa kebencian yang membuak terhadap UMNO diterjemahkan di dalam perhimpunan Hindraf - tanpa memperdulikan sebarang risiko lagi.
Perhimpunan Agung Umno tahun 2007 ini telah berlansung pada pada 7 - 9 November di PWTC Kuala Lumpur. Sedangkan perayaan Deepavali jatuh pada hari Khamis 8 November 2007. Nah, ini sudah cukup satu alasan kukuh untuk masyarakat India merasa terhina dengan perbuatan biadab UMNO kerana lansung tidak menghormati hari perayaan terbesar kaum mereka.
Apabila Majlis Bandaraya Shah Alam dengan keganasan dan keangkuhan mereka merobohkan kuil orang Hindu di atas arahan Menteri Besarnya, kemarahan kaum India kepada kerajaan sudah tidak dapat disembunyikan. Umpama luka yang terus dilukai.
Lebih menaikkan api kemarahan mereka apabila empat orang peguam masyarakat keturunan India yang hadir di hari perbohohan kuil itu ditahan dan dibawa ke mahkamah.
Dan 25 November 2007, dunia menyaksikan sekali lagi Malaysia bergolak. Dan polis masih seperti biasa, menggunakan kekuasaannya secara ganas, zalim, kejam dan angkuh menembak air kimia dan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan serta menahan lebih 400 orang India yang menghadiri perhimpunan tersebut.
Maruah PDRM sebenarnya telah lama punah. Tiada siapa rakyat yang mahu mendengar mereka lagi. Kezaliman polis tidak boleh dibiarkan berterusan. Rakyat telah dan akan bangun meruntuhkan benteng kesombongan dan kezaliman polis walaupun diugut dan ditekan dengan apa cara sekalipun.
Itulah yang berlaku di dua perhimpunan rakyat.
Umum mengetahui perhimpunan rakyat itu sebenarnya aman - tidak ada sebarang masalah jika polis tidak campurtangan seperti mengadakan sekatan jalanraya, menembak air kimia an gas pemedih mata, menahan secara rambang siapa saja yang mereka dapat. Jadi kebiadaban polis inilah sebenarnya masalah paling besar yang negara sedang hadapi. Malah di perhimpunan Hindraf ini ada rakaman polis masih membelasah dan memukul orang awam sesuak hati.
Pihak media massa pengampu kerajaan terus bisu dan kelu di hari perhimpunan Hindraf diadakan. Tiada satu laporan diberikan sekalipun di perhimpunan BERSIH dahulu, Bernama giat melaporkan hanya 4 ribu orang hadir sedangkan jumlah sebenarnya melangkaui 40 ribu orang. Kali ini mereka bisu, lansung tidak mahu melaporkan bkan saja jumlah kehadiran masyarakat India di Perhimpunan itu malah berita mengenainya pun tidak disiarkan.
Dan yang pasti Kerajaan kini amat terdesak. Mengadakan pilihanraya awal ertinya menggali lubang untuk semua para menterinya terjun. Tidak mengadakan pilihanraya pula akan menyebabkan mereka sudah tidak terdaya dengan tekanan yang sedia ada - kenaikan minyak, tol, barangan keperluan dan sebagainya adalah umpama mimpi ngeri yang menghambat mereka untuk ayuh cepat adakan pilihanraya sebelum harga lebih memuncak...
Yang jelas Pilihanraya Umum ke 12 ini akan memberikan kemenangan besar Barisan Alternatif!
Video Al-Jazeera membuat liputan Hindraf