30 Sep 2011

Najib Naik Bas & Berbasikal, Kos Selenggara Kediaman PM & TPM RM49 Juta Belum Berjawab

Ketika Datuk Seri Najib Razak cuba menonjolkan imejnya berjiwa rakyat termasuk ‘menaiki bas’ dan berbasikal, Perdana Menteri itu masih gagal menjawab kos selenggara kediaman beliau dan timbalannya yang menelan belanja RM50 juta setahun.

Kediaman rasmi Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria, dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.

Keadilan Daily melaporkan, menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, beliau mempersoalkan mengapa kos selenggara kediaman PM dan TPM menelan belanja jutaan ringgit.

“RM200 juta diguna untuk membina kediaman PM dan kenapa akhirnya terpaksa menyewa daripada Putrajaya Holdings. Maintainence (elektrik dan air) sebenarnya tak boleh dari 10 peratus dari kos pembinaan. (Tetapi) Ini RM10 juta setahun, satu angka yang tidak masuk akal,” katanya.

Katanya, ia menyerlahkan sikap boros pentadbiran Najib yang gemar berbelanja mewah, tetapi pada masa yang sama cuba menonjolkan imejnya yang berjiwa rakyat.

“Najib dilahirkan dari keluarga yang mewah dan sesungguhnya tidak tahu menahu kesusahan rakyat. Oleh sebab itu pembaziran menjadi sebahagian hidup beliau,” katanya yang turut mengaitkan isu pembelian cincin bernilai RM24 juta oleh oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Justeru itu katanya, Ketua Audit Negara perlu memberikan penjelasan.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang membangkitkan soalan itu di parlimen sebelum ini, Najib sehingga kini masih belum menjawab isu berkenaan.

“Selepas kita membuat sidang media, tidak ada pihak bagi jawapan balas menjelaskan kepada kita kenapa kos begitu tinggi, macam isu tu disenyapkan begitu sajaha. Itu lah realiti pengurusan di peringkat tertinggi sedangkan Najib mengarahkan rakyat supaya berjimat cermat,” ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menyewa dari Putrajaya Holding yang memerlukan kerajaan membayar secara komited kepada pemaju itu setiap bulan.

“Yang kita tahu, keseluruhan Putrajaya Holding ini disewa bermakna kerajaan mempunyai komitmen bulanan kerana ia bukan aset kerajaan. Jika dibuat kos analiss jangka panjang, saya rasa kerajaan rugi,” katanya.

Dalam jawapan bertulis menteri di Jabatan perdana Menteri pada Jun lalu, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.

Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya sahaja berjumlah RM10 juta dan bil air pula mencecah RM1.9 juta untuk tempoh yang sama.

Pada Disember 2008, iaitu pada masa pentadbiran perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan menjelaskan sewa bagi kediaman PM di Seri perdana hanya pada sekitar RM4.15 juta. Manakala RM2.74 juta lagi dibayar bagi sewa kediaman TPM di Seri Satria. -HD



Marshanda Kekal Bertudung Setelah Bergelar Isteri

Sebut saja namanya, peminat tentu saja terbayangkan watak penuh emosi dan dramatik, yang sememangnya cukup sinonim dengan wanita muda dikenali sebagai Adriani Marshanda Irwan Yusuf ini.

Begitupun, sejak akhir-akhir ini, minat pelakon berusia 22 tahun bertubuh kecil ini lebih terarah kepada lakonan drama keagamaan serta watak penuh adat sopan.

Tindakannya itu tentulah bersebab. Marshanda yang ditemui ketika penulis mengikuti rombongan liputan pakej Indo Pek di Jakarta baru-baru ini mendedahkan, dia berbuat demikian kerana terdorong untuk menjaga tatasusila sebagai seorang isteri, di samping kesesuaian dengan imej bertudung yang dikenakan.

Jika dilihat lakonannya dalam sinetron Sejuta Cinta Marshanda dan Benci Bilang Cinta, dia tampil manja di sisi bekas kekasih hati, Baim Wong, yang tentu saja membuatkan ramai peminat perempuan di luar sana cemburu dengannya.

Di luar lokasi, isteri kepada pengacara MTV Indonesia, Ben Kasyafani, ini pada hakikatnya mudah menguntumkan senyuman, petah berbicara, malah sentiasa ceria.

Walaupun tampil dengan imej sopan dan bertudung, namun karakter sebenarnya tidak disembunyikan. Malah berdepan dengan wanita kelahiran ibu kota Indonesia ini menyenangkan siapa saja.

“Saya sekarang sibuk dengan kuliah dalam jurusan perhubungan awam, yang diikuti sejak 2008 lagi. Saya juga baru selesai penggambaran sinetron Dari Sujud Ke Sujud dan kini, tumpuan adalah kepada rumah tangga dan kuliah.

“Selepas sinetron ini saya berhenti berlakon selama dua bulan kerana memberi tumpuan kepada peperiksaan yang bermula pada 26 September,” kata penuntut Universitas Pelita Harapan, Tangerang, Indonesia ini.

Bagi Marshanda, meskipun bertudung litup, berimej sopan, watak antagonis masih mampu dilakonkannya dengan baik, tetapi dari perspektif yang berbeza sesuai dengan penampilan terbarunya.

Tiada batasan dalam berkarya, itu tanggapan Marshanda sehingga mampu melonjakkan namanya di antara pelakon disegani di Indonesia.

“Bagi lakonan di layar perak, saya lebih gemar karakter yang mencabar berbanding sinetron. Saya pernah mencuba watak antagonis dalam sinetron, tetapi sukar untuk diterima penonton.

“Bagi saya tidak ada karakter tertentu untuk dipilih. Mungkin sesuatu yang kompleks atau mencabar. Apa pun, selagi ada keupayaan untuk membawakan watak itu apa salahnya mencuba,” jelasnya yang mula bertudung sejak Jun tahun lalu, selepas terbabit dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Dia yang baru enam bulan bergelar isteri turut berazam untuk kekal mempertahankan bidang lakonan, bahkan dia mendapat dorongan positif daripada suami tercinta.

Setelah tujuh tahun meniti perjalanan dalam dunia seni, Marshanda pada hakikatnya lebih menumpukan kepada lakonan sinetron berbanding layar lebar.

Dia berasakan, berlakon di layar lebar kurang memberi impak kepada penonton, berbanding sinetron yang terpaksa menempuh penggambaran berminggu-minggu lamanya.

Karier nyanyian tidak dilupakan

BAKAT lakonan dan nyanyian wanita muda ini bergerak seiring, bahkan Marshanda atau lebih mesra disapa dengan panggilan Chacha tidak pernah meletakkan imej yang dikenakan sekarang sebagai halangan untuknya bergerak aktif dalam bidang seni suara.

Pernah tampil dengan album solo Bidadari dan Marshanda sekitar 2005, dia ingin mengorak langkah lebih jauh lagi agar dikenali dalam dunia muzik.

“Sekarang saya mempunyai album mini untuk nada dering berjudul Sisi Marshanda yang turut memuatkan lagu runut bunyi Dari Sujud Ke Sujud nyanyian saya sendiri.

“Malah saya juga ada tiga lagu muat turun nada dering, Cinta Yang Kembali, Sahabat Diri Sendiri dan Daddy,” jelasnya.

Tidak membataskan kebolehannya kepada lontaran vokal semata-mata, Marshanda turut menjinakkan diri dalam bidang penulisan lagu.

Buktinya, dia mencipta sepenuhnya lagu Sahabat Diri Sendiri, yang bergenre balada. Lebih daripada itu, dia turut berhasrat menghasilkan album sendiri.
“Saya mensasarkan, pada tahun depan saya akan mempunyai album hasil ciptaan saya sendiri, tetapi buat masa sekarang saya perlu banyak belajar cara penghasilan lagu.

“Suami tidak pernah menghalang atau melarang saya untuk terus terbabit dalam bidang seni, bahkan dia jugalah yang memberi dorongan kepada saya,” katanya yang semakin yakin dengan dirinya selepas mengubah penampilan.
Bahkan sejak tampil dengan imej terbaru, gaya tudungnya kini menjadi ikutan anak gadis di Indonesia.

INFO:Adriani Marshanda Irwan Yusuf
Umur: 22 tahun
Asal: Jakarta, Indonesia
Status: Berkahwin - isteri kepada Ben Kasyafani
Kerjaya: Penyanyi, pelakon, penyampai
Sinetron: Bidadari, Keluargaku Mata Hatiku, Kisah Sedih Di Hari Minggu, Kisah Kasih di Sekolah, Adam dan Hawa, Manis dan Sayang, Hikmah 2, Putri Yang Terbuang, Soleha, Aqso dan Madina, Benci Bilang Cinta, Maha Kasih, Maha Cinta, Hingga Akhir Waktu, Anak Cucu Adam, Sejuta Cinta Marshanda dan Dari Sujud Ke Sujud. -bh

Ada Apa 594 Batang Penyapu Dipacak Depan Parlimen?

Brasilia, Brazil - Sekumpulan aktivis membuat demonstrasi dengan memacak 594 batang penyapu di hadapan bangunan Kongres Kebangsaan Brazil di sini.

Gambar: PEMANDANGAN 594 penyapu yang dipacak di hadapan bangunan Parlimen Brazil di ibu negara Brazil, Brasilia kelmarin.

Tindakan kumpulan aktivis hak asasi manusia, dikenali sebagai Pergerakan Sungai Keamanan itu dibuat sebagai simbolik bagi menggesa pemerintah membasmi gejala rasuah di Brazil.

Jumlah penyapu yang dipacak itu bersamaan dengan jumlah timbalan dan senator yang menganggotai Kongres Kebangsaan Brazil.

Demonstrasi yang sama pernah dilakukan di pantai Copacabana di bandar raya Rio de Janeiro awal bulan ini. - AFP

Noraniza Selamat Dinikahkan Dengan Jeffri

Johor Bahru: “Saya berdoa supaya pernikahan kali ketiga ini yang terakhir, ia juga doa serta harapan dua anak saya, Mohd Alif Haikal Fareez yang berusia 19 tahun serta Mohd Alfeq Haikal yang berusia 15 tahun.

“Berbanding pasangan lain yang berbulan madu, kami berdua merancang mengerjakan umrah bagi mendapatkan keredaan Allah SWT selain ditunjukkan-Nya jalan ke arah pintu kebahagiaan serta kejayaan,” kata Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris, 43, yang bernikah buat kali ketiga dengan seorang bilal bebas dari Singapura, Jeffri Hudi, 52, di sini, petang semalam.

Dengan dua kali lafaz di majlis akad nikah pada jam 2.45 petang itu, Jeffri yang juga duda empat anak dan Noraniza yang anggun berbaju gaun labuh berwarna putih sah menjadi pasangan suami isteri.

Pasangan berkenaan diijabkabulkan jurunikah merangkap Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak di tapak ‘Program Kahwin-kahwin Masyhur 1Malaysia’ di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana.

Majlis pernikahan itu turut disertai keluarga kedua-dua mempelai, kanak-kanak kurang upaya dari Sekolah Pendidikan Khas, Taman Ungku Tun Aminah selain ratusan peminat Noraniza dari seluruh negara.

Biarpun Noraniza yang berasal dari Kluang kelihatan tenang sepanjang majlis berkenaan, dia sebak sejurus Jeffri selesai melafazkan akad nikah itu.

Noraniza atau mesra dengan panggilan Kak Ani menerima lima dulang hantaran dan membalas tujuh dulang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Hantaran Noraniza kepada Jeffri ialah al-Quran, sirih junjung, songkok, kain pelekat, wangian dan tasbih.

Manakala Jeffri yang mendirikan rumah tangga selepas menduda hampir 13 tahun memberikan Noraniza cincin, sirih junjung, al-Quran, alat solekan dan kain telekung.

Pasangan itu yang mengikat tali pertunangan pada 22 April diijabkabulkan selepas solat Zuhur dengan mas kahwinnya senaskhah al-Quran.

Noraniza berkata, berbanding perkahwinan sebelum ini, pengalaman bergelar raja sehari semalam sesuatu yang paling indah kerana dia berserah sepenuhnya kepada Allah SWT untuk merestui dan memberkati hubungan itu.

“Harapan saya menerusi perkahwinan ini supaya suami sentiasa berada di sisi dan memberi sokongan bagi membolehkan saya mencapai kejayaan termasuk memperluaskan empayar perniagaan keluarga,” katanya. -hm

Macam-macam Atas Dunia: Coli Digantung Untuk Timbulkan Kesedaran Barah Payu Dara

Pittsburgh, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.

Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.

Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.

Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.

"Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi

Ugut Mat Sabu: PAS Mahu Polis Siasat Perkasa (UMNO Juga)

PAS mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan pendesak Melayu, Perkasa ekoran ancaman terbuka mereka untuk 'menyerang' Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sambil menyifatkan ancaman itu boleh mencetus ketegangan, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihak polis sepatutnya sudah boleh memanggil Perkasa.

"Sepatutnya pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap Perkasa yang membuat ancaman secara terbuka.

"Mereka boleh cakap apa yang mereka nak cakap, tetapi jangan pulak sampai bertindak menghalang hak orang lain berceramah," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas amaran Perkasa Negeri Sembilan bahawa mereka akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.

Amaran itu dilontarkan ketuanya Mohd Noor Nordin Abdullah yang dengan angkuh berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad, jika timbalan presiden PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Sabtu lalu satu pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban.

Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas bergelut dengan ahli Perkasa yang menyerbu pentas ceramah ketika timbalan presiden PAS sedang berucap. -hd


SAH!!! UMNO berlindung dibalik PERKASAM serang ceramah Mat Sabu





Masa Depan Perniagaan Penyewa Empire Gallery Kabur

Penyewa pejabat dan lot kedai Empire Gallery yang rosak teruk akibat letupan awal pagi semalam dibenarkan masuk mengambil harta benda mereka hari ini.

Namun ramai daripada kalangan mereka mengharapkan penjelasan rasmi dari pemilik bangunan berhubung status bangunan dan masa depan perniagaan mereka.

TVSelangor difahamkan pihak Suruhanjaya Tenaga menemui sisa gas yang tertinggal di bawah runtuhan dan kerja-kerja menghapuskan sisa gas sedang giat dijalankan.

Tinjauan TvSelangor mendapati hari ini mendapati semua penyewa ruang beli belah Empire Soho dan ruang pejabat Menara Empire dibenarkan untuk mengambil harta benda mereka di bangunan tersebut sambil diiringi pihak berkuasa polis dan pengawal.

Kaunter dibuka seawal jam 8.30 pagi tadi sehingga 6.00 petang bagi membolehkan dua wakil untuk setiap unit sewaan mengambil harta benda mereka.

Pengurus Besar kompleks membeli-belah Empire Gallery, May Woo menerusi kenyataan medianya hari ini berkata pihaknya berusaha keras bagi membolehkan para penyewa menyelamatkan harta benda mereka dan menjanjikan pertolongan sebaik mungkin kepada para penyewa.

"Izinkan saya menekankan bahawa keselamatan tanpa ragu-ragu adalah utama kami. Kami akan melakukan apa jua keperlauan berhubung kemalangan ini bagi memudahkan penyewa kami", katanya.

Salah seorang pemilik unit di Empire Gallery, Lee Kwong Seng mengharapkan satu kenyataan berhubung status bangunan segera dimaklumkan kepada para penyewa.

"Apa yang penting buat masa ini, pemilik dan pelabur harus diberitahu tetang status bangunan ini, masih boleh digunakan atau tidak"

Sementara itu, Ke Tung Chen, pekerja yang berkhidmat di salah sebuah syarikat yang menyewa di bangunan tersebut, turut mengharapkan satu penjelasan yang rasmi berhubung keadaan bangunan untuk memikirkan perancangan akan datang.

"Sekurang-kurangnya kenyataan dikeluarkan dahulu dan kita sudah boleh lakukan perancangan akan datang."

Kejadian letupan Kompleks membeli-belah ini dilaporkan berlaku 3.30 pagi semalam dan pihak polis dan pasukan bomba dan penyelamat tiba 15 minit kemudian.

Hasil siasatan polis setakat kini bagaimanapun menolak unsur sabotaj dan keganasan sebagai punca letupan yang menggegarkan kompleks tersebut.

Sebaliknya, pihak berkuasa mengesahkan letupan disebabkan kebocoran gas yang kemungkinan ada kaitan dengan elemen kecuaian.

Kompleks Empire Gallery terletak tidak jauh dari Lebuh Raya Persekutuan dan turut menempatkan hotel.

Kompleks itu juga menempatkan menara pejabat 12 tingkat, pusat membeli-belah lima tingkat, ruang pejabat kecil 9 tingkat.

Kawasan yang mengalami kerosakan akibat letupan ialah aras letak kereta, dua aras ruang kedai dan restoran, dan juga block A bangunan itu.

Blok pangsapuri dan pejabat bersebelahan bangunan itu turut mengalami kerosakan.

Ketua Polis Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika ditemui TvSelangor hari ini menjelaskan pihaknya bersama Bomba dan penyelamat sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca letupan.

"Siasatan masih giat dijalankan dan kita tutup kompleks ini untuk orang ramai." -tvsnews



Iktibar: Ambil Nama & Nombor Polis Yang Menahan Anda

Tak catat nama, nombor punca gagal saman polis

Seramai 57 ahli PAS gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka dalam himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kegagalan mereka berbuat demikian kerana sebahagian daripada polis yang menangkap mereka itu hanya meletakkan nama, tetapi tidak meletakkan nombor keahlian polis pada uniform yang dipakai oleh mereka ketika melakukan tangkapan terhadap orang awam pada hari itu.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi (gambar) menjelaskan, selain itu, sesetengah daripada mereka sememangnya terlupa untuk mencatat nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka pada hari itu disebabkan tidak terfikir, akibat kekalutan, tertekan atau terlalu hairan dengan tangkapan yang dilakukan ke atas mereka.

Menurut beliau, disebabkan kegagalan itu, pihaknya turut gagal membantu mereka memfailkan saman terhadap kerajaan dan pihak polis berhubung kejadian itu, walaupun di dalam senarainya terdapat 60 orang ahli PAS yang berhak berbuat demikian.

Katanya, sehingga kini, hanya 3 orang sahaja peserta himpunan aman Bersih 2.0 yang ditangkap polis yang boleh dibantu oleh pihaknya untuk menyaman kerajaan dan PDRM kerana berjaya mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka pada himpunan itu.

"Saman pertama yang telah difailkan menerusi syarikat guaman saya dilakukan oleh Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Manakala saman kedua dan ketiga, menurut beliau, akan dilakukan oleh kepimpinan PKR Cabang Tambun, dengan satu daripadanya Cina dan satu lagi India pada minggu depan.

Katanya, kegagalan ahli-ahli PAS mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka pada himpunan tersebut tidak seharusnya berlaku kerana seminggu sebelum himpunan itu dilangsungkan telah pun diadakan taklimat mengenainya.

"Taklimat itu diadakan oleh saya sendiri di Markas PAS Bukit Gantang, Perak dengan dihadiri ratusan ahli-ahli PAS khususnya yang tinggal di Perak," jelasnya.

Sungguhpun begitu, beliau tidak menyalahkan sepenuhnya ke atas ahli-ahli PAS terbabit ekoran kegagalan itu kerana mereka mungkin terlupa berbuat demikian ekoran kekalutan yang berlaku.

"Tambahan pula, pada uniform yang dipakai oleh sebahagian polis yang menangkap mereka itu hanya terdapat namanya sahaja tetapi tidak terdapat nombornya.

"Anggota-anggota polis terbabit seolah-olah telah diberikan taklimat supaya berbuat begitu pada hari itu, walaupun sepatutnya setiap uniform yang dipakai oleh setiap anggota polis mestilah lengkap dengan catatan nama dan nombor pada baju masing-masing," katanya.

Selain itu, tegasnya, sebahagian anggota polis terbabit sememangnya tidak memakai uniform, tetapi hanya memakai jaket, manakala sebahagiannya lagi menutupi uniform mereka dengan jaket di luarnya sehingga langsung tidak terdapat catatan nama dan nombor keahliannya.


Sebahagian tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis pada hari itu, jelasnya, bukannya dilakukan pada himpunan tersebut, malah sebahagian daripadanya dilakukan di luar himpunan berkenaan.

"Orang awam atau sesiapa sahaja yang hendak ditangkap oleh pihak polis tidak perlu takut untuk mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka, malah untuk tujuan itu, mereka juga berhak meminta angota polis terbabit menunjukkan autoriti kadnya kepada mereka untuk pengesahan dan memudahkan mereka mencatatkan nama dan nombor polis terbabit.

"Anggota polis itu pula tidak boleh keberatan untuk menunjukkan autoriti kadnya kepada sesiapa sahaja yang hendak ditangkapnya itu kerana individu itu sendiri sememangnya berhak berbuat demikian.


"Itulah juga yang telah dilakukan oleh dua kepimpinan PKR Cabang Tambun yang akan memfailnya saman mereka pada minggu depan. Itulah sebabnya mereka berjaya mencatatkan nama dan nombor polis terbabit dengan betul sehingga boleh diambil tindakan undang-undang ke atas polis itu," katanya.

Beliau yang cukup kesal dengan kejadian itu menasihatkan setiap ahli PAS supaya mengambil iktibar terhadap kegagalan mereka mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka pada setiap himpunan yang diadakan pada masa akan datang.

Katanya, catatan nama dan nombor polis itu amat penting kerana jika tidak mempunyai catatan itu, tindakan saman tidak boleh dilakukan kerana keperluan itu telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. -HD

[Bergambar & Video] Taufan Nesat Membadai China Pula

Hong Kong: Taufan Nesat tiba di selatan China semalam selepas lalu dekat Hong Kong selain menjadi punca kematian serta banjir di Filipina awal minggu ini.

Nesat melanda kawasan paling timur Pulau Hainan pada jam 2.30 pagi waktu tempatan, kata pegawai agensi berita Xinhua.

Pihak berkuasa Hainan menutup sekolah, menghentikan khidmat feri dan memanggil pulang bot nelayan ketika Nesat menyeberangi Laut China Selatan dari Filipina selepas menyebabkan 35 maut dan 45 lagi masih hilang.

Sebanyak 67 penerbangan dibatalkan di dua lapangan terbang pulau itu.

Ribut melanda Hong Kong awal pagi, memaksa urusan pasaran saham dihentikan manakala kedai serta tempat perniagaan ditutup meskipun hanya mengakibatkan sedikit kerosakan. Kawasan sekitar tengah kota pusat kewangan Asia itu yang biasanya sibuk menjadi sunyi dan kosong kerana tidak ramai berani meredah hujan lebat dan angin kuat.

Dua cedera apabila perancah buluh tercabut dan menimpa teksi manakala seorang lelaki cedera ditimpa pokok, kata televisyen tempatan RTHK.

Cable TV pula menunjukkan sekumpulan pelancong dari tanah besar China terperangkap selepas perkhidmatan feri ditunda.

“Di lapangan terbang Hong Kong, 245 ditangguh, 20 dibatalkan dan 22 lagi dialih ke lapangan terbang lain. Ribut tiba di kawasan 350 kilometer di Hong Kong pagi semalam sebelum bergerak,” kata agensi pemantau Hong Kong.

Pusat Meteorologi Nasional melaporkan, bot nelayan di pelabuhan dan sekolah sepanjang pantai ditutup berikutan kemaraan taufan kali ke-17 dan dianggap paling kuat melanda Hainan tahun ini. – AP











Jimmy Shanley Teruskan Kes Nusyuz Terhadap Isteri

Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh,25, pada Khamis, membuat keputusan untuk meneruskan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy,32.

Gambar: Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, (kiri) bersama peguam Syarie, Mohd Noor Aizan Mohd Idrus ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam hari ini untuk sebutan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur. - Foto Chan Wai Yew

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus pada prosiding sebutan semula kes yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Menurut Mohd Noor Aizan, pihaknya juga telah memfailkan jawapan kepada pembelaan yang difailkan oleh Nursuhaila, pada prosiding terdahulu.

Jimmy, yang mengendalikan program 'Gala TV Plus' seterusnya memberitahu, dia juga telah memasukkan pelbagai bukti setebal 100 halaman termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga rakaman video dan audio yang akan dikemukakan pada perbicaraan tersebut.

Pada prosiding itu, Hakim Syarie Shaharuddin Selamat turut menegur Jimmy apabila dia mengatakan 'lakonan' isterinya semakin menjadi-jadi selepas berpantang.

Shaharuddin: Kamu juga seorang pelakon?

Jimmy: Ya.

Shaharuddin: Kamu jangan berlakon di dalam mahkamah saya.

Pengacara itu seterusnya memohon agar mahkamah dapat memberikan tarikh perbicaraan segera dan Shaharuddin menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh pendengaran permohonan tersebut.

Sementara itu, semasa ditemui di luar mahkamah, Jimmy memberitahu dia memilih untuk berdiam diri selepas Nursuhaila membuat kenyataan media yang mendakwa keretakan rumah tangga mereka disebabkan oleh sikapnya yang pernah memukul dan terlalu mengongkong.

"Saya mendiamkan diri kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Tetapi saya mengumpulkan semua bukti yang akan dikemukakan di mahkamah kelak," tambahnya.

Jimmy dan Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya tersebut bernikah di rumah kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dekat sini pada 1 Oktober 2010.

Ketika itu, Nursuhaila menerima wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986.

Bagaimanapun, pasangan itu hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari menyebabkan Jimmy memfailkan permohonan menuntut Nursuhaila agar kembali taat pada 3 Januari lalu manakala permohonan nusyuz difailkan pada 27 Januari lalu.

Bagaimanapun, pada 15 Julai lalu, Jimmy memberitahu dia sedang berkira-kira sama ada mahu meneruskan kes itu atau tidak selepas dimaklumkan Nursuhaila bersedia untuk kembali semula apabila tamat tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka, Zahrah pada 24 Jun lalu.

Nursuhaila pada 25 Julai lalu akhirnya 'membuka mulut' mengenai permasalahan rumah tangga mereka dalam sidang media yang diadakan di pejabat syarikat keluarganya di Damansara Damai, dekat sini.

Pada sidang media itu, Nursuhaila mendakwa Jimmy sebagai seorang yang berperangai pelik dan enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan selain pernah dipukul.

Berita sebelum ini
klik untuk baca

Jimmy Shanley


Ulasan GB

GB pernah ulas dulu. Petikan:

“Saya tidak hisap rokok, tidak pernah minum arak walau seteguk, tidak berjudi, bukan kaki disko dan bukan kaki perempuan. Saya hanya pernah bersama dengan seorang sahaja perempuan."

GB anggap ia pengakuan ikhlas dari seorang pengacara bernama Jimmy. Tapi hairan buat si isteri, dikurniakan seorang suami yang sedemikian baik tapi malangnya dipersia-siakan.


Statistik PDRM Buktikan Jenayah Johor Lebih Tinggi Dari Pulau Pinang


Media massa kawalan pemerintah UMNO-Barisan Nasional menjadi haru-biru apabila Lim Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa menghina negeri Johor, negeri kelahirannya, dalam satu wawancara radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Laporan itu yang dibuat oleh agensi berita nasional Bernama dan disebarkan oleh media kawalan BN rupa-rupanya silap dan berbentuk berita palsu yang jelas bermotif politik.

Walau pun pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menuntut permohonan maaf, media kawalan UMNO-BN begitu bongkak enggan berbuat demikian walau pun fitnah itu telah luas tersebar.

Untuk menutup malu atas perbuatan fitnah mereka, dicungkil pula sumber kononnya “penghinaan” terhadap Johor berhubung kadar jenayah negeri itu dikatakan dibuat oleh Guan Eng sewaktu berada di Singapura.

Sama ada benar atau tuduhan itu, ia mungkin akan dijelaskan kepada umum tidak lama lagi.

Tetapi isu yang lebih utama, sama ada benar atau tidak tuduhan media kawalan UMNO-BN itu, ialah adakah bercakap benar tentang sesuatu keadaan itu dianggap satu penghinaan?

Pelabur mahu diyakinkan

Memang benar Guan Eng selaku Ketua Menteri melawat ke Singapura dalam usaha menarik pelaburan ke Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya. Bukan sahaja Singapura, malah banyak negara telah dan sedang dilawatinya untuk membantu memulihkan ekonomi negara yang agak malap sekarang.

Lawatan Lim Guan Eng itu adalah atas dasar lawatan untuk menarik pelabur Singapura datang melabur /berdagang di Pulau Pinang. Ini bukan jemputan ke Pulau Pinang untuk sekadar merasa semangkok cendol atau sepinggan char kue tiaw.

Ini jemputan yang akan membawa masuk wang, kepakaran dan teknologi yang ianya berjumlah berjuta-juta ringgit, malah billion ringgit. Pelaburan ini akan memberi impak kepada ekonomi negeri khususnya anak watan yang akan berkerja di situ. Laba ini untuk seluruh rakyat Pulau Pinang.

Justeru, modal Lim Guan Eng untuk meyakinkan pelabur datang ke Pulau Pinang harus ‘besar’ dan ‘convincing’ dengan jaminan keselesaan dan keselamatan pelaburan itu. Ini termasuklah dengan kestabilan politik di Pulau Pinang dan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri yang terkenal menerusi urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT).

Maka tidak hairanlah jika mana-mana Ketua Menteri, Menteri Besar atau Menteri termasuk Perdana Menteri akan bersungguh-sungguh meyakinkan bakal pelabur untuk menanam modal di negara kita.

Statistik jenayah

Jika benar Guan Eng dikatakan membandingkan kadar jenayah yang berlaku di negeri seberang Singapura, iaitu Johor dengan Pulau Pinang, ia hanya sekadar perbandingan statistik rasmi yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia.

Bukankah statistik dan data yang ada dikeluarkan sendiri oleh Polis Diraja Malaysia? Ini bukan laporan statistik yang dibuat oleh badan asing tanpa tauliah berbanding PDRM. Sila semak data statistik itu sendiri yang tertera di laman web PDRM.

Malah, laporan-laporan akhbar kawalan UMNO-BN sendiri telah menyatakan bahawa kes-kes jenayah yang dicatatkan di Johor pada tahun lalu adalah 20,648 kes berbanding 12,161 kes di Pulau Pinang.

Adakah menjadi kesalahan bagi negeri-negeri seperti Perlis yang mempunyai kadar jenayah paling rendah untuk menggunakan statistik itu sebagai daya penarik untuk pelabur datang ke negeri Indera Kayangan?

Lagi pula, pelabur bukannya jenis manusia yang tidak berakal. Walau pun Selangor dan Kuala Lumpur mempunyai kadar jenayah yang paling tinggi (kerana jumlah penduduk yang besar), pelaburan tetap tinggi di Lembah Klang kerana banyak faktor-faktor lain turut diambil kira oleh usahawan antarabangsa seperti infrastruktur, kemudahan asas dan lain-lain.

Jadi, menyatakan apa yang benar bukan soal menghina mana-mana negeri, termasuk Johor atau pihak polis. Malah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sendiri telah memuji pihak polis yang berjaya mengurangkan kadar jenayah di pulau mutiara itu.

Malah, polis Johor sendiri tidak perlu emosi atau kecewa. Mereka pegawai yang profesional dan mereka telah berusaha gigih menurunkan kadar jenayah. Daripada beremosi, adalah lebih baik mereka terus menggembleng tenaga dalam menurunkan kadar jenayah di negeri Johor. Itu lebih praktis dan baik demi kesejahteraan rakyat Johor.

Siapa burukkan siapa?

Kedua, istilah “memburuk-burukkan” negeri Johor digunakan oleh media massa milik UMNO-BN hanya bertujuan memomokkan Guan Eng yang mereka lihat mewakili kejayaan Pakatan Rakyat. Jelas ia bermotif politik.

Sudah menjadi lumrah, jika fakta yang baik, akan dikenal dan mengharum wangi baunya. Jika buruk, tidak perlu kita heboh-hebohkan kerana, bau busuknya itu tetap akan terhidu oleh jiran kita.

Menuduh Guan Eng menghina Johor adalah perbuatan terdesak. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dilahirkan di Johor dan dibesarkan di banyak tempat termasuk di Batu Pahat dan di Melaka. Kehidupannya perit kerana menerima tempias perjuangan politik bapanya Lim Kit Siang yang sentiasa dijadikan mangsa oleh kerajaan BN.

Guan Eng sepatutnya menjadi kebanggaan Johor kerana beliau adalah anak jati Johor yang diterima baik oleh warga Pulau Pinang untuk menjadi Ketua Menteri mereka. Tidak mungkin beliau sanggup menghina negeri kelahirannya sendiri.

Karenah Mahathir dan UMNO-BN

Malah, dalam soal hina-menghina ini, bukankah pemimpin agung UMNO Tun Mahathir Mohamad terkenal dengan penghinaannya terhadap Kelantan sejak PAS mengambil alih kerajaan negeri lebih 20 tahun lalu?

Adakah orang-orang UMNO sudah lupa dengan sindiran yang menghina kepada isu ‘janggut nabi’ suatu masa dahulu? Atau, semua juak-juak UMNO sudah lupa bagaimana Mahathir menghina Raja-Raja Melayu?

Isu-isu yang sekadar untuk menimbulkan emosi orang-orang Melayu khususnya, tidak perlu diambil serius. Apa yang penting, kita jelaskan kepada khalayak, apakah dasar kita yang sebenar. Jangan tertipu dengan mainan sentimen UMNO-BN.

Dalam soal kritik-mengkritik, ia adalah amalan biasa dalam demokrasi yang matang. Jika kritikan dan teguran dianggap penghinaan, maka gelap masa depan anak-anak Malaysia yang akan menjadi terlampau manja sehingga sentiasa mahu menangis apabila ditegur sedikit.

Permainan kotor UMNO-BN boleh memandomkan generasi akan datang. Sekejap main isu hudud, sekejap main isu Ketuanan Melayu, sekejap main isu Perlembagaan, lepas itu main isu komunis. Hakikatnya, semua isu-isu ini tidak pernah dijelaskan oleh UMNO secara lengkap untuk memberi kefahaman rakyat.

UMNO-BN amat mengharapkan rakyat gelap tanpa ilmu yang cukup di dada. Di padang yang tiada helang, maka belalang menjadi raja. – Roketkini.com

Apa Barang Mahu Takut Dengan Perkasa?

Saya tak gentar amaran PERKASA'

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri itu.

Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya menerima jemputan.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

"Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya, beliau akan menghadiri satu lagi ceramah di negeri tersebut, yang dijadual pada 6 Oktober ini di DUN Paroi.

Mohamad mengulas kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang dilapor akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Amaran itu dikeluarkan selepas kekecohan tercetus di ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban Sabtu lalu sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA mara ke pentas ceramah.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

Mengulas mengenai keselamatan yang pada ceramahnya akan datang, Mohamad menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk berbuat demkian termasuk ceramah yang dibuat dalam kawasan persendirian yang tidak memerlukan permit.

Sementara itu, amaran PERKASA tersebut mengundang reaksi balas, khususnya dari pemimpin Pemuda PAS yang mengecam dan menyelar "kenyataan amaran dan ancaman" pemimpin PERKASA itu.

Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggapnya kenyataan kurang cerdik dan dangkal yang "hanya dilakukan oleh puak-puak yang tidak mempunyai keberanian untuk berhujah secara ilmiah dan beradab."

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata PERKASA sepatutnya mengadakan protes terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwanya "memutarbelitkan dan menyalahtafsirkan" kandungan sebenar ucapan Mohamad.

Sehubungan itu, beliau meminta polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kenyataan PERKASA yang didakwanya berbaur ancaman dan hasutan untuk mendatangkan kecederaan ke atas Mohamad.

"Kenyataan PERKASA ini juga menunjukkan mereka ini sebenarnya kumpulan 'samseng' yang tidak menghormati undang-undang, tetapi sebaliknya berselindung di atas nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Mohd Sany juga mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil sebarang langkah yang membelakangkan undang-undang untuk memudaratkan pimpinan PAS.

Sementara itu, ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Riduan Mohd Nor juga kesal dengan PERKASA yang didakwanya "sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS bertindak balas" sewaktu kekecohan itu berlaku.

"PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanahair. Ahli-ahli PERKASA tidak perlu mencetuskan provokasi seumpama itu.

"PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor.

Dengan nada menyindir, Riduan menyifatkan tindakan PERKASA mengganggu dan didakwa memukul penyokong PAS sebagai "tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran". -mk

PAS NS buat laporan polis terhadap PERKASA


PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhubung laporan dalam akhbar Sinar Harian hari ini bahawa NGO tersebut akan mengadakan protes jika timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berceramah di negeri itu.

Laporan polis itu dibuat oleh pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani di Ibu pejabat polis (IPD) Seremban pada jam 10.52 pagi tadi.

Dalam laporan polis tersebut, Mohamad Taufek mendakwa kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang disiarkan oleh akhbar berkenaan, bersifat "ugutan dan bertentangan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara".

Mohamad Taufek mendakwa tindakan PERKASA itu bertujuan "berusaha menghalang kehadiran kepimpinan PAS berceramah di negeri tersebut".

"Tindakan ini jelas tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

"Kami memohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian keganasan berulang lagi sepertimana yang berlaku pada 24 September lalu," laporan polis itu dipetik.

Mohamad Taufek diiringi kira-kira 20 penyokong termasuk kepimpinan Dewan Harian PAS negeri itu.

Beliau yang juga ADUN Paroi turut menyertakan bersama dalam laporan polis tersebut, salinan keratan akhbar berkenaan dan laporan polis berhubung kekecohan di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) hujung minggu lalu.

Akhbar harian itu melaporkan Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin parti itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Amaran itu dikeluarkan selepas tercetus kekecohan sewaktu ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban hujung minggu lalu yang menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA ke pentas ceramah.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.-mk


29 Sep 2011

Isu Kg. Baru: 93.8% Pemilik Setuju Penubuhan PPKB? Penduduk Bantah Nong Chik

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) didesak mendedahkan butiran mengenai jumlah borang soal selidik berhubung cadangan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampungh Baru (PPKB), yang telah dipulangkan oleh penduduk.

Ketika membuat desakan tersebut, Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa (DPPKT) ingin tahu, daripada jumlah itu, berapakah jumlah keseluruhan penduduk asal Kampung Baru yang perlu diserahkan borang soal selidik berhubung cadangan penubuhan PPKB.

Timbalan ketua DPPKT, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, kenyataan bahagian komunikasi KWPKB semalam menyebut 93.8 peratus pemilik setuju dengan penubuhan PPKB.

"DPPKT mempersoalkan adakah jumlah ini menggambarkan majoriti penduduk menyokong penubuhan perbadanan tersebut, sedangkan daripada maklumat yang diperolehi, hanya 30 peratus penduduk memulangkannya," katanya dalam satu kenyataan.

DPPKT, tegasnya berpendapat, kementerian perlu mendedahkan jumlah keseluruhan borang soal selidik yang diterima.

"DPPKT juga berpendapat kementerian sepatutnya berusaha mendapatkan persetujuan penduduk, paling tidak 80 peratus daripada penduduk keseluruhannya.

"Ini kerana mereka adalah pemilik asal tanah Kampung Baru dan kerajaan berhasrat membangunkan tanah tersebut. Amat wajar kerajaan mendapatkan persetuju mereka dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Jika tidak ia dianggap sebagai mengambil hak penduduk tanpa kebenaran," tegas Mohd Shahir.

Menurutnya, pihak kementerian sendiri mengakui bermasalah untuk menghubungi pemilik kerana pelbagai faktor seperti pemilik yang telah meninggal dunia, pewaris yang tidak membuat tuntutan pusaka kecil, pemilik berada di luar Kuala Lumpur, pemilik sukar dihubungi serta kesukaran mendapatkan persetujuan sesama pemilik dalam satu lot.

"Jika demikian, apa perlunya rang undang-undang Perbadanan Kampung Baru dibacakan kali kedua di Parlimen pada bulan Oktober nanti?

"Bukankah ini menggambarkan cadangan kerajaan dibuat dalam keadaan terburu-buru sedangkan masih ramai pemilik belum dihubungi.

"Sepatutnya kerajaan bersabar sehingga majoriti penduduk dihubungi dan seterusnya mendapatkan persetujuan mereka dahulu, baru dibentangkan cadangan rang undang-undang Perbadanan Kampung Baru," katanya.

Mohd Shahir berkata, DPPKT tetap berpendirian bahawa kerajaan perlu membatalkan atau setidak-tidaknya menangguhkan usaha membawa rang undang-undang tersebut ke Parlimen Oktober nanti.

"Berikan ruang secukupnya buat penduduk Kampung Baru memberikan keputusan berhubung cadangan pembangunan ini," tambahnya. -mk

PAS bawa isu Kg Baru ke global jika Putrajaya ‘berdegil’

KUALA LUMPUR, 28 Sept — PAS akan membawa perkara isu kedudukan Kampung Baru di ibu negara ke peringkat antarabangsa jika kerajaan terus berdegil tidak mahu memulihara Kampung Baru sebagai khazanah warisan Melayu, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

“Jika kerajaan terus bersikap keras kepala dengan keengganannya untuk memulihara Kampung Baru sebagai khazanah warisan Melayu, banyak lagi yang akan dilakukan dalam pelan tindakan bersama-sama Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) termasuk membawa perkara itu ke peringkat dunia dan bukan setakat isu nasional sahaja,” kata Salahuddin.

Bukan setakat perjuangan demi mengekalkan warisan bangsa Melayu yang semakin pupus, tegas beliau sambil memberitahu, “tetapi kami yang terlibat membantu bantahan penduduk Kampung Baru terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 menyifatkan perjuangan itu sebagai pejuangan peribadi kami sehingga dapat diselamatkan Kampung Baru sebagai khazanah warisan Melayu.”

Menurut Salahuddin, para pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru menyifatkan kandungan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 jelas cuba memanipulasi mereka dan mereka membantah dengan menaikkan kain rentang di rumah-rumah mereka.

Hasilnya, bacaan kedua rang undang-undang berkenaan telah ditangguhkan pada sesi Mac 2011.

“Tetapi, jika kerajaan terus berdegil dan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 akan dibaca bagi kali kedua di peringkat jawatankuasa, PAS dan SPKB akan menggunakan semua saluran yang sah di sisi undang-undang untuk mempertahankan Kampung Baru sebagai khazanah warisan Melayu,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga kesal dengan kegelojohan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melihat Kampung Baru dari sudut keuntungan komersial dan ekonomi semata-mata.

“Pemuliharaan warisan bangsa tidak sepatutnya ditangani secara komersial tetapi ia adalah tanggungjawab sosial kerajaan untuk memulihara warisan bangsa.

“Jika perkampungan Portugis di Ujong Pasir, Melaka boleh dipulihara, mengapa kerajaan BN menunjukkan sikap yang luar biasa rakus terhadap Kampung Baru yang menjadi khazanah warisan Melayu?” kata beliau.

Beliau mengingatkan kerajaan supaya jangan terus mengabui mata orang-orang Melayu dengan apa yang didakwa sebagai persetujuan sebahagian mereka yang telah mengembalikan borang referendum yang diedar oleh kerajaan kepada mereka.

“Jangan gunakan suara minoriti untuk menekan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru supaya tunduk dan menyerah kalah kepada taktik pulas tangan kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” katanya.

Salahuddin menyifatkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tidak bersikap jujur kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

Menurut beliau, borang referendum itu diedarkan pada Jun 2011 oleh kementerian dengan janji bahawa ia akan dijadikan asas utama untuk menentukan sama ada Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 akan diteruskan.

“Pada 17 September menteri mengumumkan sekali lagi bahawa bacaan kali kedia akan diteruskan pada sesi Parlimen kali ini.

“Bagaimanapun beliau langsung tidak menyatakan perkembangan referendum yang telah dijalankan,” katanya. -TMI


Kereta Terjunam Ke Dalam Laut - 4 Selamat, Pemandu Masih Hilang

Butterworth -- Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki bersama empat rakannya menjunam ke dalam laut ketika cuba mengelak daripada ditahan kerana menceroboh Penang Port Sdn Berhad (PPSB) di Dermaga Dalam, di sini awal pagi Khamis.

Gambar: Sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki lima mangsa dibawa naik selepas dipercayai terjunam ke dalam laut awal pagi tadi di Pelabuhan Pulau Pinang Dermaga Dalam di sini, hari ini. Empat daripada mangsa tersebut berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Zulkifli Alias berkata kejadian itu berlaku apabila kereta Proton Wira yang dinaiki lima lelaki terbabit memecut laju ketika melalui pintu masuk dermaga sebelum terus menjunam ke laut pada pukul 12.45 tengah malam.

"Polis menerima panggilan daripada pengurusan PPSB memaklumkan kejadian itu dan sepasukan anggota kita bergegas ke tempat kejadian sebelum menahan empat lelaki yang berjaya diselamatkan daripada lemas.

"Empat lelaki terbabit bernasib baik kerana berjaya diselamatkan pekerja sebuah kapal yang berlabuh di pelabuhan itu manakala seorang lagi rakan mereka berusia 24 tahun tenggelam bersama kereta," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkifli berkata siasatan awal mendapati lima lelaki yang berusia antara 24 dan 53 tahun itu berasal dari Kedah berada dalam keadaan mabuk selepas pulang berhibur di George Town dekat sini, sebelum tersilap jalan ketika mencari laluan ke lebuh raya.

Zulkifli berkata kereta dipandu lelaki yang masih hilang itu dikatakan berhenti di hadapan pintu masuk pusat pemeriksaan keselamatan PPSB sebelum tiba-tiba memecut laju ke arah dermaga yang terletak di belakang pusat berkenaan.

"Mereka dikatakan berjaya melepasi pusat pemeriksaan kerana ketika itu palang penghadang laluan dinaikkan berikutan sekumpulan pekerja syarikat pembinaan sedang menjalankan kerja-kerja menyelenggara pusat terbabit," katanya.

Sepasukan anggota polis dibantu Unit Scuba Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Marin terlibat dalam operasi mencari lelaki terbabit.

"Selepas empat jam usaha mencari dan menyelamat, kita hanya menemui kereta Proton Wira, lelaki itu bagaimanapun gagal dikesan," katanya.

Beliau berkata semasa operasi berkenaan, pihaknya menemui mayat seorang lelaki lain yang identitinya masih belum dikenal pasti.

"Polis membawa rakan mangsa ke tempat kejadian untuk mengenal pasti mayat yang ditemui, bagaimanapun mereka menafikan itu rakan mereka
," katanya.

Zulkifli berkata empat lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. -- BERNAMA




Isu Video Klip "UNDILAH": Rais Yatim Sudah Tidak Hormat Ku Li & Pak Lah Lagi?

Rais dakwa video 'Undilah' tak disenangi rakyat

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata klip video "Undilah" tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

"Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di Kampung Gajah hari ini.

Katanya penarikan semula penyiaran klip video 'Undilah' sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.

"LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,"katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video "Undilah" belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.

Mengenai program merakyatkan seni, Rais berkata tujuannya untuk memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa akar umbi budaya, seni dan bahasa dalam konteks membina negara.

"Kaum-kaum lain pula cuba berazam mengekalkan budaya mereka sementara orang Melayu mengetepikan soal perpecahan menerusi siasah dan bersatu di bawah panji-panji seni budaya kita,"katanya.

Rais berkata 180 program Merakyatkan Seni yang diadakan setiap tahun akan diselitkan dengan pengertian 1Malaysia dan penterjemahan transformasi kerajaan ke arah pembaharuan yang positif. - Bernama

Pak Lah: Tiada sebab SKMM wajar sekat klip Undilah

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tiada sebab bagi pengawal selia stesen penyiaran menghalang penyiaran klip video Undilah kerana pengumuman khidmat awam seumpama itu ke udara demi kepentingan umum sejak pilihan raya umum pertama.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan agar stesen penyiaran lokal tidak lagi menyiarkan klip video itu, yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lalu. Arahan itu difahamkan dikeluarkan oleh SKMM awal minggu ini.

“Saya merasakan ia (klip video) baik. Saya seronok mendengar (klip video itu),” kata bekas perdana menteri ini.

“Saya mendapati lagu ini bukan (memihak) mana-mana kumpulan atau parti, liriknya menggalakkan, merangsang orang ramai tentang kepentingan pilihan raya,” kata beliau pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini hari ini, dengan merujuk kepada klip Marilah Mengundi yang lazimnya akan dimainkan ketika pilihan raya.

“Saya tidak melihat apa-apa sebab mengapa SKMM wajar ambil tindakan ini,” katanya.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, SKMM berkata klip video Undillah belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan.

Agensi itu berkata, hasil pemantauan pematuhan secara rutin dibuat menunjukkan pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo belum mendapat kelulusan LPF.

SKMM menambah, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.

Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.

Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.

Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah ciptaan komposer Pete Teo.

Video klip berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Abdullah yang melepaskan jawatan perdana menteri April 2009 bertanya sama ada lesen atau kelulusan diperlukan untuk menyiarkan klip pengumuman khidmat awam. -TMI


Ulasan GB

Pertama klip video berkenaan memaparkan Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang satu ketika pernah menjadi Presiden Parti Semangat 46 dan Rais Yatim adalah Timbalan Presidennya.

Kerana Rais kini sudah menjadi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah panji UMNO BN, maka beliau sudah tidak lagi menghormati Ku Li?

Apakah salah besar bagi pemuzik Peter Teo memaparkan wajah Ku Li di dalam video klip berkenaan semata-mata kerana Ku Li kini menjadi pemimpin yang diketepikan di dalam UMNO pimpinan Najib?

Kedua, Pak Lah sendiri merasakan ia (klip video) baik dan beliau seronok mendengar (klip video itu).

Apakah Rais terlupa bahawa beliau terhutang budi, maruah dan jasa Pak Lah yang telah mengenepikan tuduhan terhadapnya di dalam isu "rogol amah"?

Dan Pak Lah juga yang bertindak mengekalkan Rais Yatim sebagai anggota kabinet sekalipun pada ketika itu nama Rais sudah pudar ekoran skandal tersebut?

Amat tidak patut bagi Rais Yatim untuk tidak berterima kasih kepada kedua-dua bekas pemimpin tersebut dan amat tidak wajar hanya semata-mata kerana video klip berkenaan telah membariskan beberapa tokoh yang tidak disenangi oleh UMNO yang ada kini maka diharamkan penayangan video klip berkenaan. Jahatnya kamu Rais!

GB sudah mengulas sebelum ini. Petikan:

Apakah di dalam video klip itu ada ajakan kepada permusuhan dan pertentangan ras, atau ada adegan bogel dan seks sepertimana video seks yang sebelum ini disiarkan secara meluas di dalam berita-berita televisyen?

Hanya sekadar untuk memberikan alasan menegakkan benang yang basah semata-mata kerana klip video itu memaparkan beberapa wajah ddan ucapan beberapa pemimpin yang tidak disenangi oleh UMNO BN. Jika boleh klip video yang perlu ditayang di TV hanya perlu ada muka-muka Najib, Muhyiddin, Rais Yatim, Jamil Khir dan seumpamanya sahaja.

Rakyat bukan bodoh macam zaman 60an 70an. Ini zaman IT, zaman digital, zaman internet, zaman maklumat di hujung jari. Sungguh kasihan SKMM masih berada dan hidup di zaman batu.


Kesemua 18 Mangsa Nahas Pesawat Dikhuatiri Maut

Medan (Indonesia): Sebuah kapal terbang membawa 18 orang penumpang dalam satu penerbangan domestik terhempas di kawasan pergunungan pada Khamis, demikian menurut sumber rasmi.

Beberapa kumpulan mencari dan menyelamat dilaporkan bergegas ke tampat kejadian.

Pesawat CASA C-212 buatan Sepanyol sudah terbang separuh jalan dari Sumatra Utara dan wilayah Acheh apabila ia hilang perhubungan dengan pusat kawalan tarfik udara, kata jurucakap Kementerian Pengangkuatan, Bambang Ervan.

Beberapa minit kemudian juruterbang pesawat menghantar isyarat kecemasan dan kapal terbang itu kelihatan jatuh dalam radar Tentera Udara, beritahu seorang marsyal tentera, Bonar Hutagaol kepada media.

Penduduk kampung melaporkan pesawat malang itu terhempas di kawasan perkampungan mereka, Bahorok dan para penyelamat berjaya mengesan bangkai pesawat.

Pesawat membawa empat kenak-kanak dan 14 dewasa dalam penerbangan tersebut. -AP

Inilah Titik Koordinat Jatuhnya Cassa 212

TRIBUNKALTENG.COM, MEDAN - Pesawat Cassa jenis 212 yang dioperasikan PT Nusantara Buana Air (NBA) rute Medan-Kutacane diperkirakan jatuh pada titik 0324 Lintang Utara dan 09801 Bujur Timur.

Wartawan Tribun Medan melaporkan, informasi mengenai titik koordinat tersebut diperoleh dari Tim SAR Medan yang saat ini bergerak ke lokasi. Titik jatuhnya pesawat di perkirakan di hutan Bahorok, Kabupaten Langkat.

Informasi sementara, pesawat jatuh sekitar 25 menit setelah take off dari Bandara Polonia, Medan. Informasi terbaru menyebutkan, Cassa yang mengangkut 15 penumpang dan tiga kru itu take off dari Bandara Polonia Medan pukul 07.28 dan diperkirakan mendarat 07.58 di Bandara Alas Lauser Kutacane, Aceh Tengah.

Seperti diberitakan sebelumnya, Pesawat Cassa jenis 212 hilang kontak, Kamis pagi ini. Pesawat perintis yang dioperasikan PT Nusantara Buana Air (NBA) itu menerbangi rute Medan-Kutacane.

Wartawan Tribun Medan melaporkan Kamis pagi ini, Tim SAR Medan sudah berangkat ke lokasi yang diduga jatuhnya pesawat, yakni di hutan Bahorok di Kabupaten Langkat, untuk mencari korban.

Pesawat tersebut dilaporkan mengangkut 18 orang terdiri atas seorang pilot, seorang co-pilot, seorang teknisi, serta 15 penumpang. Penerbangan Medan (Sumatera Utara) ke Kutacane, Aceh Tenggara (NAD) ditempuh satu jam. Pesawat take off dari Bandara Polonia Medan pukul 07.00 WIB. Sesuai jadwal, pesawat ini seharusnya sudah mendarat di Kutacane, Aceh Tenggara, pukul 08.00 WIB - tribunnews



[Video] Loji Penapis Minyak Shell Singapura Terbakar

Singapura -- Satu letupan kuat kedengaran di kilang penapisan minyak Shell di Pulau Bukom kira-kira tengah hari Rabu ketika operasi memadamkan kebakaran dijalankan di kilang penapisan itu.

Kebakaran di kilang penapisan itu dipercayai membabitkan produk petroleum daripada paip dalam tangki di kawasan kilang itu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataan Khamis berkata keadaan kini adalah terkawal.

Operasi penyejukan masih dijalankan bagi mengelak bahang panas merebak ke tangki simpanan berhampiran.

Dalam operasi memadamkan kebakaran itu, tiga jentera bomba SCDF mengalami kerosakan dengan dua daripadanya rosak teruk.

Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.

Sehingga pukul 8 pagi, sebanyak enam jentera dan 11 kenderaan bantuan dengan 80 anggota terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

Kira-kira 250 kakitangan utama Shell juga berada di Pulau Bukom bagi membantu operasi itu.

Shell, dalam kenyataan berkata pihaknya percaya kebakaran itu adalah kemalangan dan siasatan penuh akan dijalankan selepas api dipadam sepenuhnya.

Semua petugas dari Pulau Bukom dipindahkan dari pulau itu. -- BERNAMA





Video Seks Fitnah ADUN Kota Anggerik: AMK Buat Laporan Polis

PKR Shah Alam mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan blogger Pro-Umno Papa Gomo yang memaparkan klip video seks bagi memburukkan imej Pejabat Khidmat DUN Kota Anggerik.

Setiausaha Akhbar Adun Kota Anggerik, Mohd Ridzuan Alias menyifatkan usaha tersebut sebagai satu fitnah bagi memburukan imej Adun Kota Anggerik Yaacob Sapari.

"Hari ini kami menafikan bahawa klip video tersebut sebagai suatu yang palsu dan niatnya hanya untuk memfitnah, ini kerana dekorasi dan susun atur pejabat sangat berbeza dengan keadaan pejabat (DUN Kota Anggerik) sebenar, saya juga menafikan individu dalam klip tersebut adalah kakitangan kami termasuk pelanggan itu, ini hanya satu fitnah yang cuba memberi persepsi buruk kepada pejabat DUN Kota Anggerik."

Beliau berkata demikian ketika ditemui TvSelangor sejurus selepas membuat empat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, hari ini.

Dalam serangan terbarunya ke atas pemimipin Pakatan Rakyat, Papa Gomo memaparkan kilp seorang wanita bertudung dengan seorang lelaki yang kelihatan melakukan perbuatan sumbang di dalam sebuah pejabat.

Papa Gomo mendakwa klip tersebut dirakam di pejabat DUN Kota Anggerik yang mana ADUNnya ialah Yaakob Sapari. Tajuknya adalah ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’.

"kita berharap perkara ini dapat diperbetulkan dan blogger tersebut dapat menarik kembali pendedahan klip video tersebut dan memohon maaf secara terbuka."

Pegawai Khas ADUN Kota Anggerik, Shamsul Firdaus berkata hanya beliau sahaja yang berkihdmat dan berada pada hari tersebut yang dikatakan kejadian sumbang itu berlaku.

"Pada waktu yang dinyatakan hanya saya seorang sahaja di pejabat kerana seorang lagi kakitangan iaitu Pembantu Tadbir Operasi, Cik Norlela Idris tidak berada di pejabat kerana bercuti sakit pada hari 19 september, ternyata ia adalah suatu yang tidak benar dan usaha memburukan imej Yaacob Sapari. "



Tindakan PERKASA Buat Kecoh Tidak Bertamadun: Pemuda Pas

Kota Bharu- Pemuda Pas Kelantan menyifatkan tindakan pihak tertentu yang menyerang majlis dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu adalah tidak bertamadun.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, tindakan menimbulkan kekecohan tersebut adalah kerana pihak musuh tidak berani untuk berdepan dan menjelaskan fakta tepat berhubung pejuang sejarah kemerdekaan negara.

Menurutnya, dalam keadaan yang masih terumbang ambing dalam mencapai penyelesaian isu kemerdekaan negara itu, ada pihak yang menghidupkan budaya samseng.

“Saya kesal dengan kejadian tersebut, bagi saya budaya buruk dalam parti musuh seperti ingin dihidupkan semula dalam keadaan yang terdesak sekarang.

“Saya juga yakin perkara-perkara tersebut tidak akan dilakukan oleh orang Pas tetapi musuh kepada kita,” katanya demikian ketika diminta mengulas kekecohan dan insiden serangan dalam majlis hari raya yang dihadiri Mat Sabu di Ampangan beberapa hari lalu.

Abdul Latiff berkata, perkara tidak sihat tersebut tidak sepatutnya berlaku dan sewajarnya pihak berkenaan perlu berani berdepan bagi selesaikan persoalan yang masih belum bernoktah ini.

“Kalau tidak berpuas hati dengan Mat Sabu terimalah cadangan untuk berbincang secara ilmiah bukan menggunakan budaya samseng,” katanya.

Mengapa Perkasa melenting ceramah Mohd Sabu

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Ahli-ahli Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat mereka sendiri berhubung ceramah Mohamad Sabu.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan sikap ahli-ahli kumpulan Perkasa yang bertindak menyerang dan menumbuk penyokong PAS dalam ceramah umum yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Ampangan, Seremban, beberapa hari lalu.

“Bagi DPPM, tindakan ahli atau penyokong Perkasa tidak wajar kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dan mengganggu ketenteraman awam,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor kepada Harakahdaily.

Katanya, ceramah tersebut dianjurkan oleh PAS dan telah diberi permit. Penceramahnya pula adalah Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Semuanya, ujar beliau dilangsungkan dalam keadaan terkawal dan secara sah.

Menurutnya, dalam suasana demokrasi di negara ini, setiap parti berhak mengadakan aktivitinya dan ahli-ahli Perkasa tidak seharusnya mengganggu majlis yang sedang berlangsung.

PAS, jelasnya telah menyatakan sokongan terhadap kenyataan Mohamad Sabu berhubung fakta sejarah negara.

Bahkan, kata beliau ahli sejarawan juga menyatakan bahawa Mohamad Sabu telah mencetuskan suatu fenomena baru dalam pengkajian sejarah negara.

Katanya lagi, meskipun ada yang melihatnya dari sudut negatif, tidak kurang juga yang memandang kenyataan Mohamad Sabu dari sudut positif.

“Mengapa perlu ahli-ahli Perkasa melenting?” soalnya.

Katanya, DPPM melihat Perkasa sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS pula bertindak balas.

Beliau menjelaskan, PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanah air.

“Ahli-ahli Perkasa tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat ahli-ahli dan Perkasa sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga.

Akhirnya, kata beliau DPPM menegaskan bahawa hujah perlu dilawan hujah, bukan dengan tindakan ganas.

“Mengganggu program PAS serta memukul penyokong PAS adalah tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran,” tegasnya.

DPPM, ujar beliau sama sekali tidak mengizinkan sebarang keganasan timbul di negara ini dan PAS akan tetap istiqamah memilih jalan demokrasi bagi mendapatkan kuasa membentuk kerajaan.

“DPPM yakin rakyat telah mula membuka mata dan mencari kebenaran di sebalik sejarah negara yang diselewengkan faktanya,” katanya lagi. -HD


[Bergambar & Video] Kucing Yang Mempunyai Dua Wajah

Milbury (Massachusetts): Seekor kucing istimewa dilahirkan dengan dua wajah. Frankenlouie yang tinggal bersama pemiliknya di Milbury, Massachusetts mempunyai kecacatan kelahiran genetik menyebabkan ia mempunyai tambahan wajah.

Dua wajah luar biasa dimiliki kucing itu disebabkan oleh penyakit digelar Janus yang biasanya membolehkan haiwan berkenaan hidup selama beberapa hari saja.

Namun, haiwan peliharaan itu mengatasi jangkaan apabila dapat hidup lebih lama untuk meraikan hari jadinya yang ke-12.

Kemampuannya itu membolehkan Frankenlouie mencatat rekod dalam Rekod Dunia Guinness
.

Frankenlouie sudah pun menjadi bintang dan muncul dalam ribuan video di YouTube. Haiwan satu dalam seribu itu sudah muncul dalam siaran televisyen seperti ‘Strange, Freaky, True’. Pemilik Frankenlouie adalah seorang jururawat haiwan.