23 Jul 2009

Era Najib Altantuya : 8 Individu Di Soal Siasat Berhubung Kes Teoh

Lapan individu termasuk rakan karib setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, memberi keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini pagi ini, bagi membantu siasatan kes kematian mengejut mangsa Khamis lalu.

Lima ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan dua ahli DAP adalah antara lapan individu yang dipangil polis untuk memberi kenyataan di temani dua peguam iaitu Ganapatirau dan Lim Lip Eng, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ahil Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, kelapan mereka dipanggil berikutan siasatan terhadap telifon bimbit Teoh yang ditemui oleh pihak polis di tempat kejadian.

"Saksi-saksi hari ini dipanggil untuk beri keterangan adalah sebab sebelum 24 jam sebelum kematian mereka ada sms atau terima sms atau telifon atau terima talifon dari Teoh Beng Hock, ini semua dicari dari senarai rekod telifon Teo Beng Hock, hari ini kita hantar dua peguam mewakili mereka iaitu Encik Ganapatirau dan saya Lim Lip Eng” katanya.

Rakan karib Teoh, Woo Chun Seng berkata, Teoh memberi mesej kepadanya untuk mengundangnya sebagai pengiring pada hari perkahwinan tersebut dan beliau terkejut tentang berita kematian Teoh.

"saya terperanjat, saya tak tau di check out di interbet baca berita ini, dia tak pernah memberitahu pasal kerjanya tapi dia kata kerjanya very challenging," katanya.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kelana Jaya Gwo-Burne.

Khalid berkata, cara penyiasatan yang dilakukan oleh SPRM kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan kematian Teoh ini seperti sebuah strategi yang diatur oleh pihak Barisan Nasional untuk mengambil alih Selangor seperti yang telah berlaku di Perak namun sasaran mereka kepada PKR dan DAP.

"Dalam kematian Teoh Beng Hock kita lihat UMNO cuba bangun memberi sokongan kepada MACC, satu pekara yang cukup aneh dimana ada kematian dalam tahanan, UMNO keluar menyokong pihak yang berkenaan menahan, yang di pertikaikan profesionlisenya dalam menjalankan tugas-tugas mereka,"

"kita amat mengharapkan bahawa pihak pilis tidak turut membenarkan diri mereka diperalatkan, kita tahu pihak barisan nasional ingin sangat untuk rampas kembali Selangor, hakikatnya tindakan ini akan memberi kesan kepada Negara kita, dan the role of law tidak akan lagi wujud," katanya. -selangorkini


Era Najib Altantuya : Suruhanjaya Diraja Perlu Tiada Campurtangan BN

Suruhajaya Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock perlu bertindak secara telus, tanpa melibatkan kepentingan mana-mana pihak.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, setakat ini apa yang boleh dilihat ialah sejauh mana Suruhanjaya ini bertindak menjalankan siasatan tanpa dicemari campur tangan Barisan Nasional.

“Royal commission yang ingin ditubuhkan ini kita harap ia bertindak seperti mana yang sepatutnya. Jika dengan royal commission juga tidak bebas ianya bertindak kepentingan tertentu, akhirnya rakyat akan menganggap sudah hilanglah apa-apa harapan untuk mencapai keadilan untuk rakyat jelata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Shah Alam untuk memberi sokongan kepada lapan individu yang dipanggil merakamkan keterangan berhubung kematian Setiausaha Politik, Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Khamis lalu.

Menurutnya, rakyat boleh menerima penubuhan Suruhanjaya Diraja, tetapi bergantung kepada siasatan dan keputusan yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Tambahnya lagi, perkara ini juga memberi amaran kepada agensi penguatkuasaan yang melakukan penderaan kepada tahanan semasa soal-siasat dan ia perlu dihentikan segera.

“Satu lagi pekara, perlu diterima sebagai normal practice, penderaan semasa tahanan, penderaan semasa soal siasat, this cannot carry on. Benda macam ini perlu dikutuk oleh semua pihak, You have to respect people, u have to respect their right,” katanya

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne berkata, Suruhanjaya Diraja nanti perlu terdiri daripada mereka yang tidak berkepentingan dan dapat menyiasat dengan telus dan membuktikan kebenaran yang ditunggu oleh rakyat.

“The member of Suruhanjaya is also more important, we don’t want Musa Hassan and Ghani Patail, we want somebody who say of this as well,” katanya. -selangorkini


Era Najib Altantuya : Kematian Bukan Hal Politik - MB Selangor

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kenyataan Barisan Nasional yang mendakwa kerajaan negeri mempolitikkan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock sebagai kebudak-budakan.

Menurutnya, kematian adalah satu perkara yang serius dan bukan permainan dan keadilan yang dituntut bukan untuk mengaburi mata rakyat terhadap penyiasatan tujuh Adun pakatan rakyat.

“Kenyataan itu adalah kebudak-budakkan kerana bagi Pakatan Rakyat, kematian adalah suatu perkara yang serius dan bukan untuk dimain-mainkan. Saya tak tahu bagaimana ia boleh melibatkan politik.


“Jika itu pandangan UMNO dan Barisan Nasional, tapi bukan kami, kami akan memperjuankan keadilan atas kematian Teoh dan berharap semua rakyat juga bersama-sama kami,” katanya

Tan Sri Khalid berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan SUK, kelmarin.

Beliau berkata, rakyat sendiri mendesak kerajaan negeri menuntut keadilan di atas kematian Teoh, dan Pakatan Rakyat akan memastikan kematian Teoh tidak sia-sia dan tiada konspirasi pihak tertentu.

Teoh ditemui mati di koridor tingkat 5, dipercayai jatuh dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Tingkat 14, kira-kira jam 1.30 petang, Khamis lalu.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan SPRM tidak adil dalam menjalankan penyiasatan mereka.

Ini kerana katanya, pada Mac tahun lalu, semua Adun Barisan Nasional telah menghabiskan peruntukan mereka hanya dalam masa dua bulan sahaja tanpa di siasat oleh SPRM.

Namun kini, beliau berkata, Pakatan Rakyat disiasat tanpa alasan yang spesifik.

“MACC tak adil, tak neutral kerana lepas 2008, kita telah membangkitkan bahawa semua adun dari Barisan Nasional, mereka habiskan peruntukan dalam masa dua bulan, sampai hari ini kita disiasat, tak ada aduan yang spesifik,” katanya. -selangorkini



Era Najib Altantuya : Hanya DNA? Insitutsi Kehakiman Akan Segera Tumbang!

Walaupun telah wujud empat laporan dari doktor berlainan yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat, tetapi perbicaraan kes liwat Saiful lawan Anwar Ibrahim yang bakal bersambung nanti mungkin akan memberi kelebihan kepada Saiful.

Dalam ceramah umum di Beserah, Kuantan pada malam Sabtu lepas, pemimpin-pemimpin kanan PKR yang hadir, Zulkifli Noordin, Fuziah Salleh dan Azan Ismail, serta Saudara Ahmad Nizam Hamid senada dalam mendedahkan tentang keputusan hakim dalam sesi perbicaraan terakhir sebelum penangguhan baru-baru ini, bahawa perbicaraan seterusnya akan hanya mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA.

Keputusan mahkamah yang sebegini tentulah sangat mengejutkan, apalagi dalam keadaan telah wujudnya laporan pemeriksaan dari empat doktor yang bersedia memberi kesaksian mereka.

Mengecilkan skop pembuktian hanya kepada analisis DNA memberi gambaran bahawa empat orang doktor tersebut tidak berwibawa dan pandangan profesional mereka tidak berharga.

Pergantungan tunggal kepada ujian DNA dalam kes-kes jenayah, seperti di Amerika Syarikat, walaupun semakin diterimapakai di mahkamah-mahkamah mereka, namun sehingga hari ini masih menjadi kaedah pembuktian yang penuh kontroversi.

Ketepatan DNA hanya bersifat kepercayaan popular, bahkan kadar ketepatan 99.9 peratus DNA hanyalah suatu anggaran dan tidak ada sesiapa yang pasti tentangnya.

DNA memang berbeza untuk setiap manusia, tetapi yang digunakan dalam pembuktian adalah Profil DNA, yang sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja dari DNA keseluruhan seseorang manusia. Kerana itu, Profil DNA dua orang adik-beradik mungkin sahaja hampir sama.

Pada tahun 2001, Kathryn Troyer telah menjalankan ujian terhadap pengkalan data Profil DNA penjenayah Arizona, dan telah membuat penemuan dua penjenayah dengan profil genetik yang hampir sama, kedua-dua penjenayah ini mempunyai padanan 9 dari 13 lokasi kromosom. Sememangnya mereka berdua bukan adik-beradik kerana seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit hitam.

Asalnya FBI cuba menafikan bukti penemuan ini dengan mendakwa ia kes terpencil, 1 dalam 113 bilion, tetapi Troyer pada tahun-tahun berikutnya telah membuat berdozen-dozen penemuan yang serupa.

Ini telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Profil DNA. DNA memang berciri unik, tetapi tidak untuk Profil DNA, ia hanya sekelumit dari keseluruhan genom.

DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain. Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, Zulkifli Noordin berkata jenayah mesti dibuktikan berlaku.

Jika ada tuduhan seseorang merompak, rompakan itu mesti berlaku, ada barang yang hilang, ada wang yang hilang. Jika ada tuduhan seseorang merogol, rogol itu mesti berlaku, mangsanya disahkan hilang dara, ada bukti koyakan, ada bukti tusukan dan sebagainya.

Dalam kes Saiful, dia mendakwa diliwat, maka liwat itu seperti rogol mesti berlaku, ada koyakannya, ada tusukannya, dalam Islam mesti menghadirkan empat orang saksi.

Empat orang saksi telah hadir dengan laporan mereka, keempat-empat mereka doktor dan kesimpulan mereka sama, liwat tidak berlaku!

Doktor-doktor ini tidak akan dipanggil ke mahkamah, hanya hasil ujian DNA sahaja yang akan digunakan. Sampel DNA Anwar, menurut Zulkifli Noordin, boleh diperolehi di mana-mana sahaja, bahkan dari peluh yang dilap ketika Anwar berdebat dengan Shabery Chik dahulu pun, sebelum itupun sampel DNA Anwar sudah berada di tangan polis, ketika Anwar ditumbuk pengsan oleh Rahim Nor, dicuri tanpa keizinan, itu pengakuan polis sendiri, dan ia terdedah untuk disalahguna dengan menaburnya di lokasi yang didakwa tempat kejadian atau di bahagian tertentu di tubuh Saiful.

Kali ini Anwar mungkin akan terpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama.

Ulasan GB

Jika berlaku demikian, apakah Peguam Negara, Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan merasakan rakyat akan berdiam diri? Dan jika hakim hanya menumpukan kepada usaha untuk memenjarakan Anwar tanpa memperdulikan asas-asas kebenaran dan keadilan, percayalah, ia hanya mempercepatkan keruntuhan institusi kehakiman negara dan kerajaan BN yang mendokongnya.

Era Najib Altantuya : Berapa Kerat Rakyat Yang Percaya Kepada Siasatan Polis?

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan akan mencari jalan bagi memantapkan lagi prosedur siasatannya supaya sebarang kes yang dibawa ke mahkamah tidak dibuang begitu sahaja akibat kecacatan prosedur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata pasukan itu akan membincang langkah-langkah yang boleh dilaksanakan di samping mengambil pendekatan secara bersepadu antara jabatannya untuk mengemas kini segala aspek yang diperlukan bagi tujuan itu.

Kenyataan Ketua Polis Negara di atas menjelaskan kepada kita bahawa memang pasukan polis tidak mempunyai kredibiliti di dalam menangani masalah jenayah di dalam negara.

Sebenarnya rakyat tidak menaruh harapan kepada polis yang kerap kali bersekongkol dengan "penjenayah" sepertimana di dalam beberapa kes kematian seperti A.Kugan di mana terlalu jelas bahawa terdapatnya unsur "cover-up" yang dilakukan sejak dari awal lagi oleh pihak polis terhadap anggotanya sendiri yang telah melakukan jenayah.

Rakyat sudah terlalu faham bahawa polis mengambil jalan mudah di dalam menyelesaikan sesuatu isu seperti yang ditunjukkan di dalam beberapa kes: sebarang demonstrasi dis elesaikan dengan water-canon dan unit FRU yang akan bertindak seperti binatang kepada rakyat.

Dan kedua, orang yang disyaki penjenayah akan "ditembak mati" agar tiada perbicaraan yang kelak menyukarkan pasukan polis.

Polis yang sepatutnya menjadi pihak yang melaksanakan undang-undang telah menjadi penyangak yang mengejar pangkat dan kedudukan tanpa ada rasa kemanusiaan yang sepatutnya mereka bertugas menegakkan "kebenaran" dan "keadilan".

Di dalam banyak keadaan, rakyat yang berbeza parti dan pendapat dengan kerajaan pusat akan menjadi mangsa tekanan dan kezaliman polis.

Dengan sebab itu maka rakyat menyambut baik inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada seorang anggota Exco Selangor, sekalipun ada yang meminta agar kes tersebut disiasat oleh Suruhanja Diraja juga,.

Pembentukan inkues adalah lambang kekecewaan rakyat kepada polis dan polis tidak perlu lagi bising-bising mahu soal-siasat itu dan ini dalam hal kematian Teoh. Tiada siapa yang nak dengar siasatan kamu yang merapu untuk mengatur dan melakukan pembelaan kepada SPRM.

Era Najib Altantuya : Penubuhan Suruhanjaya Diraja Disambut Baik

Pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyambut baik langkah yang diambil Kerajaan Pusat untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mencari punca sebenar kematian Teoh Beng Hock, Khamis lalu.

Keputusan ini dilihat sebagai perkembangan yang positif dalam usaha memastikan kes ini dilaksanakan oleh badan bebas menyiasat dengan ketelusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Melalui suruhanjaya ini, peraturan soal siasat yang diguna pakai SPRM perlu diteliti dan dikaji bagi mengenal pasti kewujudan pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh dilakukan.

Demikian, keputusan kabinet meluluskan penubuhan suruhanjaya tersebut yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, petang tadi.

Walaupun keputusan Najib agak lewat, namun ianya disambut baik oleh semua pihak sekaligus dapat menyiasat dengan lebih telus punca sebenar kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

“Satu perkembangan yang positif lah, yang positif untuk kes kematian Teoh Beng Hock, dan saya berpendapat suruhanjaya ini mesti dianggotai oleh anggota-anggota yang berwibawa dan dihormati oleh masyarakat.

Saya juga harap suruhanjaya ini dapat melaksanakan tugas dengan secepat mungkin untuk memberi satu jawapan punca kematian saudara Teoh ini untuk memberi penjelasan yang sewajarnya kepada orang ramai sekiranya tidak, orang ramai tidak akan puas hati terhadap perkembangan sehingga sekarang ini”, kata Ng Suee Lim selaku pembantu Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram di pejabatnya petang tadi. - selangorkini



Era Najib Altantuya : Ean Yong Telah Beri Keterangannya Kepada Polis Semalam

Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung siasatan kes kematian Setiausaha Politiknya, Teoh Beng Hock.

ASP Mohd Amirul Abdullah dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam tiba di pejabat Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram ini, mula mengambil keterangan Ean pada jam 3.30 petang.

Ean yang ditemani dua peguamnya, Keppy Wong dan Manoharan memberi keterangan di bilik perbincangan, di pejabatnya selama tiga jam.

Manoharan kemudiannya dibawa ke bilik Pembantu Exco, Ng Suee Lim bersama Setiausaha Sulit kepada Ean, Hiew Kim Boon untuk disoal siasat oleh ASP Mohd Hafiz dari IPD Klang kira-kira pada jam 3.50 petang.

Kim adalah antara individu yang rapat dengan keluarga mendiang Teoh, yang ditemui mati di tingkat lima, bangunan Plaza Massalam, Khamis lalu.

Menurut Manoharan, Kim sudah mengenali Teoh sejak berkhidmat di pejabat Exco ini, pada bulan Mei tahun lalu.

“Since he knew him past one year, how was he’s so peramah, tekun”, kata Manoharan selaku peguam Kim.

Dalam pada itu, siasatan terhadap Ean berakhir jam 6.30 petang di bilik berasingan.
Menurutnya, dari segi prestasi kerja, Teoh berada dalam keadaan sihat dari segi mental dan fizikal serta tidak menghadapi masalah kewangan seperti hutang.

Beliau berkata, sewaktu Teoh disoal siasat pegawai SPRM, beliau cuba menemuinya kira-kira jam 11.30 malam, namun Ean dihalang dan diberitahu bahawa mereka berhak menahannya selama 24 jam.

“Polis menyiasat kejadian ni dalam pelbagai sudut, seperti dia bertanya mengenai prestasi kerja, adakah dia mengalami apa-apa mental problem, adakah dia mengalami masalah kewangan, hutang yang besar, adakah dia membuat tuntutan palsu, berapa teman wanita yang dia ada dan sebagainya lah.

Saya berharap keterangan saya dapat membantu pihak polis untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

I arrived at the office around 11.30 night time yes, I didnt saw him I’m not allow to see to meet him, they say they had right to keep him within 24 hours”, kata Ean pada sidang media selepas disoal siasat pihak polis di pejabatnya petang tadi. -selangorkini



Era Najib Altantuya : Tindakan Perlu Diambil Ke Atas Khalid Abu Bakar

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar wajar dipanggil untuk siasatan kerana orang yang paling banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang meragukan sepanjang isu siasatan polis terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Di dalam tulisan GB sebelum ini telah dinyatakan, Bernama melaporkan bahawa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata beliau kecewa dengan tindakan anggota exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang tidak bekerjasama dengan polis ketika diminta memberi keterangan mengenai kematian setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock.

GB juga telah menyatakan bahawa kenyataan Ketua Polis Selangor itu jelas satu PEMBOHONGAN.

Beliau berkata: "Beliau menyuruh kita datang ke pejabatnya pada pukul 3 petang tetapi apabila pegawai kita pergi ke sana, kita diminta pula untuk menunggu hingga pukul 6 petang.

"Apabila sudah pukul 6 petang, exco itu enggan memberikan keterangan dengan alasan Menteri Besar Selangor memaklumkan kepadanya bahawa percakapan saksi tidak boleh dirakamkan selepas pukul 6 petang."

Kenyataan terakhir itu jelas merupakan satu sindiran dan penghinaan kepada Menteri Besar Selangor yang telah mengeluarkan arahan tiada sebarang rakaman saksi dilakukan selepas pukul 6 petang bagi mengelakkan kejadian yang menimpa Teoh berulang.

Benarkah exco itu tidak memberi kerjasama? Jawapannya dilampirkan dan adalah berita dari agensi berita yang sama melaporkan kenyataan Khalid Abu Bakar berkenaan iaitu BERNAMA.


Ean Yong dan setiausaha sulitnya beri keterangan kepada polis

SHAH ALAM: Polis hari semalam mengambil keterangan daripada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini berhubung kematian setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock.

ASP Mohd Amirul Abdullah dari Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam mengambil keterangan daripada Yong selama tiga jam mulai pukul 3.30 petang dengan ditemani peguamnya Keppy Wong.

Polis turut mengambil keterangan daripada Setiausaha Sulit Yong, Hiew Kim Boon. Keterangan beliau diambil oleh ASP Mohd Hafiz Yaakob dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang dari pukul 3.55 hingga 5.25 petang di pejabat yang sama.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam Khamis lalu selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Yong berkata beliau telah menjawab 50 soalan dalam 11 muka surat yang ditanya oleh ASP Mohd Amirul daripada pelbagai sudut termasuk prestasi kerja, masalah kewangan dan keperibadian Teoh sebelum disoal siasat oleh SPRM, Rabu lepas.

Beliau berharap keterangan yang diberikan itu dapat membantu siasatan.

Sementara itu, Yong berkata beliau telah membatalkan semua temu janji dari pukul 3 hingga 6 petang semata-mata untuk bekerjasama dengan polis dalam siasatan.

"Sebenarnya, IO (pegawai penyiasat) tiba pada pukul 3.40 petang dan mengambil keterangan (Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah M.) Mahoran terlebih dulu sehingga hampir pukul 7 malam," katanya mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar semalam bahawa beliau tidak bekerjasama dengan polis ketika diminta memberi keterangan semalam.

"Saya yang menunggu IO, bukan IO tunggu saya...saya telah batalkan semua temu janji saya semata-mata untuk bekerjasama dengan polis," katanya. BERNAMA


Era Najib Altantuya : Polis Mencari Jalan Selamatkan SPRM

Peguam keluarga Teoh Beng Hock yang terbunuh ketika masih berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Lim Lip Heng dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai mendakwa pihak polis mahu "melepaskan para pegawai SPRM dari sebarang beban" ekoran kejadian itu.

Menurut Lim yang juga Ahli Parlimen Segambut, dalam siasatan ke atas tunang dan ahli keluarga Teoh, pihak polis ingin tahu adakah mendiang berada dalam keadaan tertekan, melakukan tindakan-tindakan yang boleh membunuh dirinya atau menghadapi masalah kewangan.

"Tetapi keluarga (Teoh) menafikan semua itu. Teoh ceria dan tidak ada masalah di tempat kerja. Teoh tidak ada masalah kewangan, bergaul dengan baik dengan setiap orang dan dalam persiapan untuk perkahwinannya," kata beliau.

Teoh adalah setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Lim juga memberitahu, pihak polis juga mengemukakan "soalan yang menarik" kepada tunang Teoh, Soh Sher Wei iaitu sama ada Teoh menukar kasutnya setiap hari.

Ia berkaitan dengan pendedahan pegawai penyiasat bahawa kasut Teoh kelihatan terkoyak-koyak ketika mayatnya ditemui.

"Mereka bertanya adakah Teoh mempunyai banyak pasang kasut dan kasut saiz apa yang dipakainya... tunang Teoh memberitahu bahawa Teoh mempunyai beberapa pasang kasut dan beliau jarang menukar kasutnya melainkan rosak tetapi pada hari yang malang itu beliau memakai kasut baru," kata Lim.

Seorang lagi peguam, Eric Tan Pok Shyong mendakwa, kebanyakan soalan polis difokuskan kepada kemungkinan Teoh tidak terbunuh akibat tindakan pegawai-pegawai SPRM.

"Contohnya, mereka bertanya tentang karakter Teoh, pernahkah beliau merungut tentang kerjanya sebelum mati, dan cuba mengaitkan dengan kerjanya dan kemungkinan beliau membunuh diri akibat tekanan tersebut," kata beliau.

"Mereka juga bertanya adakah Teoh menghisap rokok. Saya meneka satu-satunya sebab mereka bertanya soalan tersebut adalah untuk cuba menyimpulkan bahawa beliau mungkin terjatuh dari tingkap ketika menghisap rokok di situ," katanya.

Bagaimanapun, kelurga Teoh menolak kemungkinan beliau membunuh diri.

"Dan juga, Teoh bukan seorang perokok," katanya.

Isnin lalu, ketika menjawab soalan tentang kemungkinan Teoh jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata: "Kemungkinan besar."

Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM, Khalid berkata, polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.

Ahad lalu, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, rakaman CCTV menunjukkan Teoh memasuki bangunan tersebut jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tiada rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata, polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.


Nizar Zambry : Ketua Kampong Perak Saman Kerajaan Negeri Perak


Peguam memberikan sedikit penerangan kepada Ketua-Ketua Kampong berhubunghasil perbicaraan sebentar tadi


22 Julai, Ipoh : Ketua-Ketua Kampong Negeri Perak yang dilantik oleh YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin , telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi satu semakan kehakiman ; memohon relif-relif berhubung pemecatan atau penamatan perkhidmatan kesemua Ketua Kampong berkuatkuasa 16 April, 2009 oleh kerajaan Negeri Perak.

Status-Quo mereka ialah, mereka masih lagi
Ketua Kampong yang sah apabila Mahkamah
menerima affidavit mereka pagi tadi

Ketua Kampong Sungai Ati , Padang Rengas, Mohd Ridzuan Bin Asit telah menuntut bagi pihak diri sendiri dan sebagai mewakili kesemua Ketua Kampong berkenaan.Mereka telah diwakili oleh tiga orang panel Peguam.

Ketua-Ketua Kampong menuntut supaya mahkamah membatalkan keputusan dan tindakan Kerajaan Negeri untuk memecat ataupun menamatkan perkhidmatan mereka yang telah dilantik oleh YAB Dato' Ir Hj Mohammad Nizar dan menuntut untuk mendapatkan perintah mandamus yang mewajikan respondan (Kerajaan Negeri Perak) untuk melantik semula kesemua Ketua-Ketua Kampong dan Pengerusi JKKK sehingga 31.7.2010.

Peguam Yussuf Ali bersama Chan dikerumuni
pihak media selepas keluar dari bilik mahkamah

Mereka juga menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan mereka atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah tidak sah, batal dan kosong dari segi undang-undang.

Mereka juga memohon untuk mendapatkan perintah injunksi untuk melarang Responden atau agen-agen Responden , atau pengkhidmat-pengkhidmat Responden dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampong ataupun Pengerusi JKKK ataupun memberi kepada kepada sesiapa yang lain hak-hak ataupun kuasa-kuasa Ketua Kampong ataupun Pengerusi sebelum 31.7.2010

Satu pertanda baik terukir melalui senyuman
dua peguam muda ini, Leong dan Chan

Hakim yang bersidang bersetuju untuk mendengar tuntutan-tuntuan tersebut termasuk tuntutan gantirugi atau gantirugi punitive, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan kesemua Ketua Kamnpong yang terlibat.

Satu siasatan dan taksiran akan dibuat bagi menentukan gantirugi untuk dibayar kepada pemohon serta lain-lain relif yang Mahkamah anggap suaimanfaat.

Perbicaraan akan disambung pada 2 September akan datang - al-husseyn

Era Najib Altantuya : Sekadar 50 Orang Demo, Media Berikan Liputan Meluas

Satu hal yang aneh dan melucukan apabila cuma 50 penyokong Umno dan parti komponen BN mengadakan demonstrasi di hadapan pusat membeli-belah Ampang Point kononnya untuk menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan tidak mahu ia dipolitikkan oleh parti pembangkang.

Berita itu diberikan liputan meluas oleh media termasuk agensi berita nasional, Bernama.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, isu kematian Teoh tidak patut dipolitikkan.

Beliau meminta SPRM meneruskan siasatan berhubung isu rasuah dan dalam masa yang sama siasatan kes kematian Teoh diteruskan oleh polis.

Ternyata sangat kejahilan Ketua UMNO berkenaan apabila tidak mengetahui hujung pangkal isu apabila beliau turut memberi amaran supaya pihak pembangkang tidak menimbulkan isu perkauman berhubung kematian Teoh.

Kata Sebol, dalam kes kematian Beng Hock, SPRM yang patut disiasat kerana kejadian itu berlaku di tempat SPRM.

Walau apa pun punca kematian, ianya sepatutnya tiada kaitan dengan UMNO.

Demonstrasi UMNO sebegitu seolah-olah mereka menggambarkan kematian Beng Hock telah diputuskan dalam mesyuarat UMNO.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika ditemui pemberita berkata perhimpunan yang diadakan itu tidak mempunyai permit daripada polis dan pihaknya akan memanggil penganjur perhimpunan itu untuk siasatan.

Justeru, di dalam keadaan di mana Polis dan SPRM kini menjadi sasaran rakyat, kita meminta Ketua Polis Daerah Ampang Jaya berkenaan mengambil tindakan dengan adil sepertimana polis mengambil tindakan ke atas pembangkang.

Era Najib Altantuya : Perlukan Berapa Beng Hock Untuk Menyedarkan Rakyat Malaysia?

Setelah 2 tahun menjadi penulis kolum ini, ini adalah kali pertama saya menulis dengan hati yang penuh kesedihan dan kesusahan.

Sebelum ini, Saya sering bertemu Beng Hock di aktiviti tempatan kerana beliau berkhidmat di Seri Kembangan (Penolong ADUN Seri Kembangan, Eun Yang), maka dengan adanya peluang itu, hubungan kita menjadi semakin rapat, mungkin faktor sebaya juga mendorong kepada itu. Beng Hock adalah remaja yang penuh dengan semangat, kenapa dia harus membunuh diri sedangkan dia telah bercadang untuk bertunang dengan teman wanitanya dan siasatan juga tidak tuju kepadanya..

Bukan susah nak cari kes-kes di Malaysia, beberapa contoh disini, laporan kes kugan yang mati di lokap polis, kenapa laporannya penbedahan bertentangan antara 2 doktor? video lingam, apa kesudahannya? keruntuhan Stadium Terengganu, siapa yang perlu bertanggungjawab? kes Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) yang masih tidak diselesaikan? Laporan ketua audit negara?... Sekiranya salah satu daripada kes tersebut berlaku di negara lain, sudah pasti ia akan mengugat sesebuah kerajaan, tapi Malaysia, masih ada rakyat yang melihat isu ini tidak berkait dengan kehidupan harian mereka, dan mereka akan lupa selepas sesuatu masa.

Mereka yang tidak peka terhadap isu semasa inilah yang menyebabkan kes ini sering berulang di Malaysia, dan beberapa biji gula (hadiah) {11 biji? } sudah memadai untuk mereka memaafkan/lupa kejadian ini.

Penulis SinChew Daily
Ling Guo Wen


Era Najib Altantuya : Apabila Ketua Polis Selangor Berlagak Dirinya Lebih Dari Perdana Menteri...

Banyak pihak melahirkan rasa terkejut dengan sikap Ketua Polis Selangor yang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan perkara yang sebenar.

Bernama semalam telah melaporkan bahawa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata beliau kecewa dengan tindakan anggota exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang tidak bekerjasama dengan polis ketika diminta memberi keterangan mengenai kematian setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock.

Dengan angkuh dan sombong Datuk Khalid berkata: "Beliau menyuruh kita datang ke pejabatnya pada pukul 3 petang tetapi apabila pegawai kita pergi ke sana, kita diminta pula untuk menunggu hingga pukul 6 petang.

"Apabila sudah pukul 6 petang, exco itu enggan memberikan keterangan dengan alasan Menteri Besar Selangor memaklumkan kepadanya bahawa percakapan saksi tidak boleh dirakamkan selepas pukul 6 petang.

"Tidak ada undang-undang yang melarang polis merakamkan percakapan dan mengambil keterangan saksi selepas pukul 6 petang," katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah syarikat peti keselamatan deposit di kompleks beli belah The Summit dekat sini hari ini.

Sedangkan menurut TV Selangor, apa yang sebenarnya berlaku ialah Exco Kerajaan Selangor berkenaan, Ean Yong Hian Wah telah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung siasatan kes kematian Setiausaha Politiknya, Teoh Beng Hock.

ASP Mohd Amirul Abdullah dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam tiba di pejabat Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram ini, mula mengambil keterangan Ean pada jam 3.30 petang.

Ean yang ditemani dua peguamnya, Keppy Wong dan Manoharan memberi keterangan di bilik perbincangan, di pejabatnya selama tiga jam.

Manoharan kemudiannya dibawa ke bilik Pembantu Exco, Ng Suee Lim bersama Setiausaha Sulit kepada Ean, Hiew Kim Boon untuk disoal siasat oleh ASP Mohd Hafiz dari IPD Klang kira-kira pada jam 3.50 petang.

Kim adalah antara individu yang rapat dengan keluarga mendiang Teoh, yang ditemui mati di tingkat lima, bangunan Plaza Massalam, Khamis lalu.

Menurut Manoharan, Kim sudah mengenali Teoh sejak berkhidmat di pejabat Exco ini, pada bulan Mei tahun lalu.

“Since he knew him past one year, how was he’s so peramah, tekun”, kata Manoharan selaku peguam Kim.

Dalam pada itu, siasatan terhadap Ean berakhir jam 6.30 petang di bilik berasingan.

Menurutnya, dari segi prestasi kerja, Teoh berada dalam keadaan sihat dari segi mental dan fizikal serta tidak menghadapi masalah kewangan seperti hutang.

Beliau berkata, sewaktu Teoh disoal siasat pegawai SPRM, beliau cuba menemuinya kira-kira jam 11.30 malam, namun Ean dihalang dan diberitahu bahawa mereka berhak menahannya selama 24 jam.

“Polis menyiasat kejadian ni dalam pelbagai sudut, seperti dia bertanya mengenai prestasi kerja, adakah dia mengalami apa-apa mental problem, adakah dia mengalami masalah kewangan, hutang yang besar, adakah dia membuat tuntutan palsu, berapa teman wanita yang dia ada dan sebagainya lah. Saya berharap keterangan saya dapat membantu pihak polis untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

I arrived at the office around 11.30 night time yes, I didnt saw him I’m not allow to see to met him, they say they had right to keep him within 24 hours”, kata Ean pada sidang media selepas disoal siasat pihak polis di pejabatnya petang tadi