1 Mei 2009

Letakkan Keldai Di Kerusi Speaker Lebih Baik - Kata Siva Kepada Kerajaan Haram UMNO BN

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menyifatkan tindakan kerajaan kudeta pimpinan Dr Zambry Abd Kadir membelakangi hak dan bidang kuasa beliau menentukan sidang DUN sebagai bukti keangkuhan Umno dan Barisan Nasional.

"Jika Speaker Dewan Negeri tidak berhak dan mempunyai kuasa untuk menentukan agenda persidangan, apa gunanya jawatan Speaker ini?

"Jika jawatan Speaker sudah tidak dihormati lagi, bawa dan letakkan seekor keldai di kerusi Speaker supaya Zambry boleh membuat apa jua kehendak hatinya," kata Sivakumar dalam blognya, suaraperak.

Kerajaan kudeta pimpinan Dr Zambry Abd Kadir berkeras mahu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri mulai 7 Mei depan walaupun masih banyak persoalan perundangan berhubung keabsahan beliau sebagai Menteri Besar dan lain-lain isu masih belum diselesaikan di peringkat mahkamah.

Persoalan sama ada tarikh memanggil sidang DUN tersebut sudah diperkenan oleh Sultan Perak juga masih diawang-awangan. Apatah lagi prosedur memanggil mesyuarat juga tidak mengikut peraturan yang lazim diikuti kerana tiada perbincangan dengan Speaker, V. Sivakumar diadakan.

Malah dalam agenda yang disiarkan dalam blog beliau, suaraperak, calon pilihan umno/BN sudah pun ada iaitu Datuk R.Ganesan, bekas Ahli Dewan Undangan Sungkai.

Media pun menjadi mangsa dengan disekat memasuki DUN untuk membuat liputan perjalanan persidangan kecuali beberapa "media utama" (baca: media pro-Umno/Barisan Nasional) sahaja dibenarkan masuk.

Semua peraturan dan norma yang berkaitan rancangan memanggil sidang DUN dilanggar dan dicerobohi Umno dan BN lantas menunjukkan sikap sebenar kerajaan kudeta kepada rakyat yang akhirnya akan menilai dan memberi hukuman setimpal kepada mereka.

Sivakumar dalam blognya menyiarkan agenda sidang DUN Perak yang dibuat tanpa rundingan dengan beliau seperti berikut:

Persidangan Pertama, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan (Pada Hari

Khamis, 7 Mei 2009, Jam 10.00 pagi)

URUSAN MESYUARAT

I) Doa

II) Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke-12 Perak Darul Ridzuan.

III) Persidangan ditangguhkan selama 15 minit dan selepas itu disambung semula.

IV) Pengumuman Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

V) Usul-usul yang telah diberi notis:

1) Usul perlucutan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

2) Usul perlantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan baru.

VI) Penangguhan

- TVA

Keputusan Mahkamah Agung India Gugat Kerajaan Haram UMNO BN Zambry

Tindakan kerajaan kudeta Umno/Barisan Nasional mencabar bidang kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar bakal menghadapi masalah perundangan yang amat rumit berikutan satu keputusan mahkamah di India.

Mahkamah Agung India, Mac lalu membuat keputusan mengembalikan hak Speaker Dewan undangan Meghalaya, Bindo M. Lanong menentukan kedudukan ahli-ahli dewan di bawah undang-undang anti-lompat parti.

Mahkamah Tinggi Gauhati sebelum itu menyekat Speaker daripada menyingkirkan lima ahli dewan yang telah menyeberang kepada pihak pembangkang yang diketuai oleh Parti Kongres.

Keputusan Mahkamah Agung India ini sudah tentu akan dijadikan sebagai "precedent" dalam pertikaian antara Sivakumar dengan kerajaan pimpinan Dr Zambry Abd Kadir yang dianggap tidak sah dan haram oleh rakyat dan Pakatan Rakyat.

Berikut ialah artikel yang disiarkan oleh agensi berita IANS:

New Delhi, March 26 (IANS) The Supreme Court Thursday restored Meghalaya assembly Speaker Bindo M. Lanong's right to decide on the disqualification of legislators under the anti-defection law.

A bench of Chief Justice K.G. Balakrishnan, Justice J.M. Panchal and Justice H.L. Dattu scrapped a Gauhati High Court order which had barred the speaker from disqualifying five legislators who had crossed over to the Congress-led opposition in the state.

"How can the high court prevent the speaker from conducting the disqualification proceedings," observed the bench.

The bench Wednesday sought justification from the union government for imposing President's rule in Meghalaya despite the ruling Meghalaya Progressive Alliance (MPA) led by the Nationalist Congress Party (NCP) having won the no-trust motion March 17.

The bench Thursday restored the speaker's right on a lawsuit by legislator and MPA secretary Conrad A. Sangma, the son of NCP leader P.A. Sangma, challenging the March 18 order of the Shillong bench of the Gauhati High Court.

The high court had divested the speaker of his constitutional rights on a lawsuit by legislator Paul Lyngdoh and Limison D. Sangma, two of the five legislators who had crossed over to the Congress, on the eve of the no-trust motion.

As the five legislators defected, the speaker on a plea by the ruling combine to disqualify the legislators, suspended their membership and voting rights, preventing them from casting their votes during the no-trust motion March 17.

The suspended legislators included one each from NCP, Hills State Peoples Democratic Party (HSPDP) and Khun Hynniewtrep National Awakening Movement (KHNAM) and two independents.

In the voting, both Congress and MPA secured 27 votes each, with the speaker eventually casting his vote in favour of the government, thus defeating the no-trust motion.

But the union government imposed president's rule on March 19, ordering the assembly to be kept in suspended animation.

A day after the no-trust motion the five legislators moved the high court.

7 Mei - ADUN UMNO BN Syok Sendiri

Atas prinsip tidak mengiktiraf kerajaan kudeta Umno-Barisan Nasional, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Pakatan Rakyat tidak menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis pada sidang DUN bermula 7 Mei depan.

Menurut Speaker, V. Sivakumar kesemua 28 ADUN Pakatan Rakyat, termasuk beliau, bersepakat mengambil keputusan untuk tidak menghantar sebarang soalan lisan mahupun bertulis.

"Pada kebiasaannya, ADUN-ADUN akan menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis di Pejabat Setiausaha Dewan Negeri. Setiap ADUN dibenarkan untuk bertanya 3 soalan lisan dan 5 soalan bertulis.

"Tetapi, pada persidangan kali ini, kesemua 27 ADUN Pakatan Rakyat (tidak termasuk Speaker) bersepakat mengambil keputusan untuk tidak menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis. Ini adalah tanda bantahan terhadap kerajaan BN yang tidak sah," Sivakumar menulis dalam blognya, suaraperak.

Menurut Perintah-perintah Tetap 22 (2), notis berkenaan dengan setiap soalan yang hendak dikemukakan oleh mana-mana ADUN hendaklah diberikan secara bertulis tidak kurang daripada 14 hari daripada hari yang mengkehendaki jawapannya.

Soalan-soalan itu harus diserahkannya kepada Pejabat Setiausaha Dewan dalam waktu pejabat.Soalan-soalan yang dihantar itu akan disemak dan ditelitikan oleh Speaker Dewan Negeri.

tambah Sivakumar lagi soalan-soalan yang tidak relevan dan bercanggah dengan Perintah-perintah Tetap akan diketepikan oleh Speaker.

"Soalan-soalan yang terpilih akan dihantar ke jabatan-jabatan kerajaan atau agensi-agensi tertentu untuk mendapatkan jawapan.

"Selepas menerima jawapan-jawapan itu, Speaker akan senaraikan urutan soalan-soalan menikut budibicaranya.

"Kemudian soalan-soalan dan jawapan-jawapan itu akan diberikan kepada ahli-ahli Exco yang berkenaan untuk dibentangkan di Dewan Negeri," jelas beliau lagi mengenai prosedur yang harus dipatuhi setiap ADUN.

ADUN Tronoh itu berkata oleh kerana Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Menteri Besar Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan Exconya proses 'soal dan jawap' tidak lagi menjadi relevan.

"ADUN-ADUN Pakatan Rakyat biarkan ADUN-ADUN BN syok sendiri 'dia yang tanya dia yang jawab'. Jelas bahawa Dewan Negeri tidak berfungsi lagi. Penyelesaiannya 'BUBARKAN DUN'," tegas Sivakumar lagi. -TVA

Bapa Altantuya Akan Berada Di Penanti

Monggolian News Forum melaporkan bahawa Setev Shariibuu, bapa kepada wanita Monggolia yang dibunuh dengan zalim dan kejam di Malaysia pada tahun 2006 akan berada di kawasan pilihan raya kecil Penanti tiga hari sebelum hari pengundian.

Setev Shariibuu tidak akan berkempen tetapi akan berjalan-jalan sekitar kawasan Penanti dan tempat awam. Mr. Shariibuu akan terus berada di Penanti sehingga ke hari pengundian.

Forum ini mungkin telah diketahui oleh SPR sehingga mendorong suruhanjaya pilihan raya itu menyekat pembinaan ‘pondok-pondok panas’ pada hari pembuangan undi.

Setev Shariibuu diberitakan akan ditemani oleh lebih kurang 25 orang warga Monggolia yang ingin melihat dan memantau perjalanan pilihan raya Penanti.

Monggolian News Forum juga menyatakan bahawa Setev Shariibuu akan turut berada disetiap pilihan raya kecil di Malaysia sehingga kes pembunuhan anaknya didengar di mahkamah keadilan antarabangsa. -- Kerajaan Rakyat


Kalau Jah Jadi Hantu Macam UMNO, Saya Tak Sokong PAS Lagi.

Kelmarin saya ke sebuah pusat servis kenderaan milik seorang kenalan dari kaum Tioghua. Saya katakan beliau "kenalan" kerana sudah kira-kira 10 tahun itulah satu-satunya pusat servis yang saya kunjungi.

Sesuatu yang saya suka mengenai pusat servis milik kenalan yang dikenali dengan nama Chan ini ialah layanan yang baik dan mesra pekerjanya seramai 6 orang itu dan kefasihan Chan menguasai Bahasa Melayu dialek Kedah. Biasanya pemilik pusat servis ini memanggil saya 'cikgu' walaupun perguruan bukanlah profesyen saya.

Walaupun saya menganggap Chan - pemilik pusat servis itu sebagai 'kenalan' namun hari ini baru saya tahu saya tidak mengenali beliau secara dekat. Rupanya masih ada sesuatu yang tidak saya tahu mengenai kenalan ini. Ketika Chan menghulurkan kunci kereta kepada isterinya baru saya mengetahui sesuatu. Tiba-tiba saya ternampak rantai kunci dipegangnya yang berlatar belakangkan warna hijau dan berlambang bulan penuh putih di tengahnya.

"Chan, you pun penyokong PAS ka?", soal saya. Tapi Chan tidak menjawab, dia cuma tersenyum seperti menghulurkan kunci kepada isterinya.

"Bukan penyokong la boss, dia orang kuat PAS!", kata mekanik muda Tionghua yang bekerja dengan Chan.

Lepas itu baru Chan bercerita dia sebenarnya adalah ahli Kelab Penyokong PAS Kedah. Bukan setakat ahli biasa, tapi ahli yang aktif dan banyak memberi sumbangan tenaga dan wang kepada perjuangan PAS. Malah dalam sibuk menyelenggarakan pusat servisnya itu pun, dia sempat pergi ke Taiping untuk membantu kempen PAS dalam pilihanraya Bukit Gantang baru-baru ini.

Bila saya bertanya mengapa dia tertarik kepada PAS, jawapannya ialah kerana keperibadian penyokong PAS yang sangat berbeza dengan UMNO. "Mereka kerja kuat, nampak jujur, tidak pernah harap balasan, malah sanggup keluar wang sendiri untuk parti. Bukan seperti orang UMNO yang kerja untuk duit dan tak malu pula minta duit orang. Ini yang orang Cina suka dengan PAS - depa jujur, tak gila kuasa."

Dia juga tertarik dengan prinsip kesetiaan kepada parti oleh penyokong PAS dan tidak pernah gila kuasa seperti orang UMNO. "Orang UMNO kebanyakannya gila kuasa, sanggup buat apa saja untuk dapat kuasa. Tengoklah bila PAS hanya ada lebih satu kerusi di Kelantan saja dulu, tak ada pun yang lompat parti. Kalau orang UMNO atau PKR, I sudah boleh agak apa depa buat!", katanya sambil ketawa, "Ini yang orang Cina paling respek PAS, depa tak gila kuasa macam UMNO."

Sembang punya sembang, akhirnya tiba ke topik mengenai Penanti - cerita PAS yang tidak mahu PKR mewakili PR bertanding di Penanti. Ini yang tak syok dengar ni, kerana tiba-tiba saja Chan berkata, "Kalau macam ni la perangai orang PAS, I tak mau sokong PAS lagi!"

Rupanya Chan sangat kecewa dengan PAS yang katanya sudah terikut-ikut dengan perangai orang UMNO yang gila kuasa. "Patutnya depa kena hormat PKR yang sudah lama pegang kerusi itu, tak patut depa berebut kerusi macam parti-parti dalam BN! Kalau dah nampak PAS pun macam BN, pasai apa I nak sokong PAS lagi. PAS special dulu sebab kami (orang Cina) nampak PAS berbeza dari UMNO, kalau dah jadi 'hantu' macam UMNO lebih baik I tak sokong PAS lagi!!"

Sebelum meninggalkan pusat servis itu, Chan bertanya saya, "Cikgu pun orang PAS juga ka?", katanya sambil memandang beberapa stiker yang boleh menyakitkan hati penyokong UMNO yang tertampal di kereta saya. - Pendikargunungkeriang

- komen seorang sahabat : ini semua angkara gagasan Unity Government yang celaka.

Penanti : PAS Pusat tetapkan PKR Bertanding Mewakili PR

Hasrat Pemuda PAS Pulau Pinang supaya PAS meletak calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti ditolak oleh PAS Pusat.

"Ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR). Semua parti dalam PR telah bersetuju, jika berlaku pilihan raya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Kerusi Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

PKR telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56.

Selain PKR, calon bebas, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut menyatakan hasrat untuk bertanding. Barisan Nasional (BN) belum menamakan calon mereka.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin berkata Pemuda PAS mahu PKR memberikan kerusi itu kepada PAS bertanding memandangkan prestasi Mohammad Fairus dari PKR sebelum ini tidak memuaskan.

Pilihan raya kecil Penanti ditetapkan pada 31 Mei ini sementara penamaan calon pada 23 Mei.


Husam Bangga Dianggap Rapat Dengan Nik Aziz

Datuk Husam Musa berkata, beliau bangga jika ada pihak yang beranggapan Naib Presiden PAS itu sebagai “orang yang rapat” dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya bangga jika dikatakan begitu kerana bukan senang nak rapat dengan Tuan Guru (Nik Aziz),” kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Salor itu mengulas berhubung kenyataan anak Mursyidul Am itu, Nik Abduh yang percaya pembantu-pembantu bapanya berkonspirasi dengan niat untuk melaga-lagakan bapanya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.

Baru-baru ini ada desas-desus mengatakan Husam antara orang yang paling rapat dengan Nik Aziz telah mempengaruhi pendirian Menteri Besar Kelantan itu dalam isu tersebut.

Bagaimanapun, Husam menegaskan bahawa beliau tidak pasti mengenai desas-desus yang diperkatakan oleh Nik Abduh kerana bukan mudah untuk mempengaruhi Mursyidul Am PAS itu.

“Yang itu (kenyataan Nik Abduh) saya tidak boleh komen kerana saya tidak baca langsung mengenainya.

“Saya tidak mahu kenyataan saya bercanggah pula nanti,” katanya.

Dalam blognya Jumaat lalu, Nik Abduh yang juga ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS pusat, menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwa bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Abdul Hadi.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun pula berkata, tidak wujud persengketaan atau konflik kepimpinan antara dua pemimpin tertinggi PAS itu.

Beliau berkata, khabar angin kononnya berlaku perpecahan antara Nik Aziz dan presiden parti merupakan satu khabar angin yang digembar-gemburkan tertentu terutamanya media.

Kata beliau, konflik yang digembar-gemburkan itu hanyalah perbezaan pendapat antara kedua-dua pemimpin dan ini adalah lumrah dalam kepimpinan yang mengamalkan demokrasi. - mstar


PAS + UMNO = Menentang Unity Government Itu Sesat?

Persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Nik Abduh adalah berkaitan dengan pembantu-pembantu Tok Guru yang memberi nasihat tidak betul dan sesat terutama dalam soal Unity Government.

Saya terkilan apabila perkataan SESAT kepada orang yang membantu Tok Guru sampai bertahan 19 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan keluar dari tulisan anakndanya sendiri.

Masalahnya sekarang PAS sudah kedepan dalam situasi politik negara, PAS juga telah menerima berbondong-bondong dari orang bukan Islam melalui Kelab Penyokong dan PAS juga mempunyai identiti yang telah di terima oleh orang Islam. Tiba-tiba dalam keadaan ini anak Tok Guru sendiri yang mengatakan pembantu-pembantu Tok Guru sesat….

Saya tidak pandai bermain-main kata dan tidak juga mempunyai Ilmu Agama yang banyak. Namun saya mencari Ilmu dan setiap pagi Jumaat berguru dengan Tok Guru semenjak tahun 1978 waktu di dewan Zul lagi.

Sepanjang pengajaran Tok Guru di pagi Jumaat sehingga habis Tafsiran 6666 ayat dua tahun lepas, perkataan SESAT hanya di tujukan kepada orang-orang yang mengkhianati Islam dan sentiasa berusaha memusnahkannya.

Namun apabila Ustaz Nik Abduh menyebut perkataan SESAT kepada pembantu-pembantu Tok Guru dengan kes tidak bersetuju dengan UNITY GOVERMENT maka amat sukarlah untuk di terima oleh sebahagian Pemimpin dan penyokong PAS. Gambaran ini seolah-olah sesiapa yang menentang Kerajaan Perpaduan adalah SESAT.

Dalam keadaan sekarang, perkara pokok yang harus di fikirkan bagaimana menguatkan Jemaah bagi mempertahankan Kerajaan Kelantan. Putaran sekarang adalah sama saperti tahun 1999 - 2004. Pilihanraya 2004 kita begitu menjunam dek merasa kuat selepas pilihanraya 1999.

INGAT ! Mustapha Muhamad adalah seorang yang membuat kerja dalam senyap dan berperaturan. Kekuatan UMNO 2004 adalah di bawah pimpinan Mustapha Muhamad. Jadi dalam keadaan sekarang tumpuan utama kita adalah kearah memperkukuhkan parti bukan melemahkannya….. -manjanik


NIZAR : Kami Hadir Sidang DUN Pada 7 Mei Nanti

Pakatan Rakyat hari ini membuat keputusan bahawa semua wakil rakyat mereka akan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei ini, kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammadd Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, keputusan itu adalah muktamad walaupun sebelum ini ada kenyataan mengatakan Pakatan Rakyat akan memboikot sidang DUN tersebut. "Soal memboikot kini tidak timbul dan kita akan memberi kerjasama sepenuhnya semasa persidangan berkenaan.

"Saya berharap persidangan itu mengikut segala peraturan sebagaimana yang diagendakan dan kita akan mengikut apaapa ketetapan yang akan dibuat oleh Speaker," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli DUN (ADUN) Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Beliau juga berharap semua pegawai yang ditugaskan pada sidang DUN itu akan mengikut perintah daripada Speaker dan menegaskan semua ADUN Pakatan Rakyat juga akan patuh dan akur apa saja arahan Speaker.

Sementara itu Speaker, V. Sivakumar ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatan beliau mengakui memang ada usul yang telah diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan lagi.

Beliau berkata, sebelum persidangan pada 7 Mei ini berlangsung, banyak isu akan dibangkitkan beliau melalui perbincangan dengan pihak polis, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak yang terlibat dalam persidangan tersebut. - bernama



PENANTI : Timbalan Pengerusi SPR diminta jadi calon UMNO BN

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Wan Ahmad Wan Omar wajar dijadikan calon Umno-Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil Dun Penanti yang bakal diadakan.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin Wan Ahmad wajar dijadikan calon BN kerana kenyataan beliau yang dianggap menyebelahi Barisan Nasional.

“Jika Wan Ahmad masih mahu mempertahankan pendekatan yang bersifat kosmetik untuk menjaga imej dan menjamin kemenangan BN, maka wajarlah jika beliau sahaja yang menjadi calon Umno-BN di DUN Penanti kelak,” kata Shamsul dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Wan Ahmad yang kononnya kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya seperti yang dilaporkan media, 27 April lalu.

SPR telah bercadang untuk menguatkuasakan beberapa pendekatan baru. Antaranya ialah menghadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding serta menguatkuasakan ‘hari bertenang’ menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung.

Menurut Shamsul, rancangan ini adalah sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik di dunia ini.

“AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihanraya kecil yang berlangsung sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon,” Kata Shamsul lagi.

Shamsul menambah, walau ramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ianya bukan satu masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap profesional untuk mengawal provokasi melampau daripada mana-mana pihak.

Malah menurut Shamsul, terbukti dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyatlah yang terpaksa berhadapan dengan ugutan dan provokasi melampau oleh samseng upahan yang ‘jelas kelihatan’ menyokong BN.

Demikian juga dengan penguatkuasaan larangan memancing undi dan juga pondok panas. AMK, menurut Shamsul tidak lupa bagaimana pada Pilihanraya Umum 2004, larangan yang sama dikenakan ke atas semua parti politik, tetapi BN dengan angkuh tetap membina pondok-pondok panas di kawasan pusat pengundian.

“AMK menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima alasan kononnya untuk mengelakkan ketegangan dan ketakutan di kalangan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka,

“Pengundi memang akan sukar dan takut untuk mengundi jika 2 perkara ini dihalalkan oleh SPR : kebanjiran pihak polis di seluruh ceruk kawasan dan juga hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja,” katanya lagi. -suarakeadilan


Pemimpin UMNO BN - Muhyiddin Papar Hipokrisi Darjah Tertinggi

CAKAP TAK SERUPA BIKIN... Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini, semalam, selepas menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib. Laila, 68, meninggal dunia pada 3.45 petang semalam.

Ketika berdentung dentang para pemimpin Umno bercakap soal penggunaan kereta rasmi Proton Perdana, kereta rasmi Timbalan Perdana Menteri adalah Roll Royce. Harga sebuah Roll Royce boleh beli sehingga 10 buah Proton Perdana eksekutif.

Inilah agaknya dikatakan pembaharuan dalam Umno@BN dan dasar jimat cermat yang sering diperkatakan. Apa komen Datuk Zamry Abdul Kadir kononnya menjual Toyota Camry yang dibeli kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjimatkan duit rakyat dengan menggunakan Proton Perdana. -angkasanuri


PENANTI : Antara Perang Saudara Dengan Perang Pura-pura

Ramai penyokong PR yang nampaknya agak kecewa dengan perkembangan terkini di antara PAS dan PKR menjelang pilihanraya kecil (PRK) DUN Penanti. Ramai pula yang membandingkannya dengan apa yang berlaku dalam BN yang sentiasa berebut kerusi itu. Kata mereka kini penyakit BN yang sering berebutan kerusi itu sudah menjangkiti PR pula.

Ramai yang menganggap apa yang berlaku di antara PAS dengan PKR di Penanti itu sebagai perang saudara kerana berebut harta. Harta itu ialah DUN Penanti yang dikatakan mudah dimenangi oleh PKR berdasarkan mood rakyat Pulau Pinang yang rata-ratanya masih tidak menyukai BN.

Pergeseran PAS dan PKR di Penanti bukanlah satu isu baru. Pada PRU ke-10 pada 1999, walaupun PKR menang DUN Penanti, tetapi ramai penyokong PAS dikatakan tidak turun mengundi kerana tidak senang calon PKR mewakili kawasan itu. Dalam PRU ke-11 pada 2004 pula sekali lagi ramai penyokong PAS dikatakan tidak mengundi PKR atas alasan yang sama yang menyebabkan PAS tewas kepada calon BN-UMNO.

Dan kini isu lama berbangkit lagi - masih ada penyokong PAS yang enggan menerima calon PKR bertanding di situ. Malangnya ia berlaku ketika konsep persepakatan dalam PR semakin diterima rakyat. Malangnya ia berlaku ketika PR baru berusia setahun jagung. Sepatutnya PR tidak menjadikan berebut kerusi sebagai isu kerana ia hanya akan menampakkan PR pun dua kali lima sahaja dengan BN yang sering dikatakan gila kuasa itu.

Namun ada pemerhati politik yang berkata apa yang berlaku di antara PAS dan PKR di Penanti itu cuma ribut dalam cawan yang hanya bergelora seketika sahaja. Bila tiba masanya nanti, semua penyokong PAS akan kembali berpadu tenaga menyokong PKR sebagaimana yang mereka lakukan dalam PRK Permatang Pauh dan PRK Bukit Selambau sebelum ini. Lagi pun, jika dalam PRK Permatang Pauh yang turut melibatkan DUN Penanti, PAS bekerja siang malam untuk membantu PKR, mengapa kali ini tidak?

Namun antara banyak teori mengenai pergeseran PAS dan PKR di Penanti itu, saya sangat tertarik kepada satu teori yang menyatakan bahawa pergeseran itu sengaja diada-adakan sebagai strategi untuk menunjukkan kepada BN bahawa PR sedang berpecah. BN yang sebelum ini nampak seperti tidak berminat untuk bertanding di Penanti pasti akan kembali memerhatikan DUN itu selepas yakin mereka ada sedikit peluang untuk menang atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan majoriti kemenangan PKR. Kata pemerhati politik itu, selepas sahaja BN masuk perangkap PAS-PKR dengan bertanding dalam PRK itu, penyokong PAS dan PKR akan kembali berpadu tenaga untuk menyembelih BN dalam kubu kuat mereka. Mereka akan melakukan seperti apa yang dilakukan dialam PRK Permatang Pauh tempoh hari - memalukan BN dengan meraih majoriti undi yang lebih lumayan!

Tapi sama ada pergeseran yang nampak berlaku di antara PAS dan PKR itu memang benar-benar berlaku atau hanya strategi perang pura-pura untuk memancing BN bertanding, hanya masa sahaja yang akan menentukannya. - pendikargunungkriang

Kepimpinan Ulama : Kenapa Dipersempitkan Skop Kepimpinan?

PAS telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas. Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz.

Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?

Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama. Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.

Semangat Kepimpinan Ulama

Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak tahan ujian dan tawaran. Timbalan Presiden Adalah Presiden.

Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.

Kemampuan Ilmu Syarak

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu melakukan itu semua.

Pas Adalah Gerakan Islam

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam. Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.

Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.

Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama

Hanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.

Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain

Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah pemimpin nombor satu dalam parti.

Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu semasa dengan berlandaskan syara’.

Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama, profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih gemilang.

Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi kelemahan sendiri. Akhukum fil Islam

Mohamad Hasan Marzuki


Tindakan Nik Abduh Untungkan UMNO

BLOGGER Nik Abduh (gambar) semalam dipanggil Badan Perhubungan PAS Kelantan memberi penjelasan mengenai tulisan "Kerja-kerja Bodoh" dalam PAS yang dimuatkan dalam blognya dan dipetik media cetak lain, lapor Wan Johari pada blognya jiwokelate.

Menurut sumber, Nik Abduh dinasihat supaya menarik balik semua tulisannya yang menyebabkan kecelaruan banyak pihak dalam PAS. Selepas beberapa hari media harian yang dekat dengan Umno menggamatkan isu dicetuskan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nik Abdul Nik Abdul Aziz, hari ini Dewan Ulamak PAS Pusat tampil meminta dihentikan polemik tersebut.

Ketuanya, Dato’ Mohamed Daud berkata, amat tidak wajar sekali sekiranya laman blog digunakan untuk kebaikan parti menjadi medan mendedahkan keburukan orang lain.

Perbuatan itu jelas merugikan parti sendiri. Kami berharap semua pihak menghentikan pelbagai spekulasi serta andaian peribadi berhubung kerajaan perpaduan dalam blog masing-masing.

“Anggota parti juga diingatkan tidak menyerang atau cuba menonjolkan orang tertentu yang diminatinya kerana ia akan mewujudkan kesan yang negatif,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Terdahulu Bernama melaporkan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa badan itu masih belum berbincang berhubung kenyataan anak Mursyidul Am itu, Nik Abduh yang percaya pembantu-pembantu bapanya berkonspirasi dengan niat untuk melaga-lagakan bapanya dengan Abdul Hadi.

Timbalan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dinasihatkan supaya tidak membuat kenyataan yang menjejaskan kewibawaan bapanya yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abdul Fatah Haron yang juga Ahli Dewan Harian Pas Kelantan berkata, tulisan Nik Abduh dalam blog bahawa bapanya diberi maklumat tidak tepat oleh para pembantunya mengenai kerajaan perpaduan, memberi gambaran seolah-olah Nik Abdul Aziz tiada pemikiran sendiri dalam membuat keputusan politik.

“Sepatutnya sesiapa (ahli parti) yang menulis dalam blog atau apa saja berhati-hati dalam penulisan mereka. Sehingga hari ini rakyat beri kepercayaan penuh kepada tok guru.

“Jadi jangan buat sampai tok guru hilang kredibiliti. Apabila ditulis sedemikian seumpama tok guru tiada buah fikiran sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai siapa yang mungkin dimaksudkan Nik Abduh, Abdul Fatah yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan berkata, semua rakyat dan ahli PAS adalah pembantu Nik Aziz.

“Pembantu ayahnya adalah semua orang. Nik Aziz apabila mendengar pandangan sama ada dalam parti atau kerajaan tidak pernah menerimanya bulat-bulat. Sebaliknya beliau akan mendengar semuanya dan akhir sekali melakukan solat istikharah memohon petunjuk daripada Allah sebelum membuat keputusan,” katanya.

Baru-baru ini Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS menulis dalam blognya menghentam pembantu bapanya berkaitan isu kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ekoran itu media berjaya mencipta fenomena baru bagi memburukkan PAS menjelang muktamar tahunan yang akan diadakan Jun depan di Shah Alam.

Mohamed Daud yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mat Iraqi berkata individu tidak boleh mengeluarkan kenyataan secara terbuka berkenaan cadangan kerajaan perpaduan memandangkan ia telah disepakati akan diputuskan pada muktamar nanti.

Menurutnya sebelum ini mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat, Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa PAS Pusat telah membuat ketetapan isu kerajaan perpaduan akan diputuskan dalam muktamar Jun ini.

“Maka orang perseorangan tidak boleh membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai perkara itu kerana ia akan menggelirukan orang ramai. Bukan itu sahaja ia juga akan memberikan ruang kepada pihak musuh untuk mempermainkan isu terbabit seperti yang berlaku sekarang,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan anggota parti tidak mengunakan blog untuk mendedahkan perkara negatif mengenai orang lain kerana ia akan menguntungkan pihak musuh.

“Kita sebagai sebuah parti Islam dan tentunya perjuangan dan cara kita juga tidak sama dengan pihak lawan,” ujarnya.

Ditanya mengenai ada kawasan yang mahu jawatan tertinggi parti dipertandingkan katanya, sewajarnya jawatan utama tidak dipertanding dan terus diterajui kepimpinan ulama. Bagaimanapun beliau berpendapat bagi jawatan Naib Presiden dan anggota jawatankuasa perlu ada gandingan di antara profesional dan ulama.

Ditanya lanjut mengenai kerajaan perpaduan beliau berkata, Dewan Ulamak tiada masalah untuk menyokong cadangan itu sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam.

“Namun persoalannya adakah pihak lain boleh menerima kerajaan perpaduan itu bergerak mengikut acuan Islam,” katanya. -sanggahtoksaga

Email kepada Jiwokelate

DUA TOK GURU KINI “DIBELAGAKAN” OLEH NIK ABDUH


NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ..dulunya bukanlah seorang yang tersohor. Akan tetapi kini beliau sudah berdiri sebagai “orang-orang yang sudah dikenali” seperti terkenalnya Manohara Odelio Pinot, Tengku Ampuan Kelantan itu. Tulisan Nik Abduh telah tersergam di blog-blog dan terhias di dada-dada akhbar. Bukan senang untuk seminggu berada di helaian akhbar arus perdana Malaysia kecuali bagi orang-orang yang tersohor.

HEBATNYA Nik Abduh adalah kerana keberanian beliau mendedahkan suatu rahsia yang ada dalam “kain” parti. TAHNIAH! kerana jarang orang atau ustaz yang berani “menyelak kain” saudara mara sahabat handai sejamaahnya kecuali NIK ABDUH.

Katalah, benar semua dakwaan Nik Abduh bahawa “pembantu-pembantu ayahandanya adalah orang-orang jahat”, yang memberi nasihat salah tentang “Kerajaan Perpaduan” maka perlukah beliau dedahkan kepada orang luar dari lingkungan ayahandanya?. Kenapa beliau tidak memaklumkan kepada ayahandanya sendiri? Atau beliau sebenarnya mempunyai agenda lain?

Kita tidak merasa hairan sekiranya orang yang jahil dan bukan ustaz atau ulama yang menyelak dan mendedahkan “aurat” ini. Tetapi bila Nik Abduh yang “menyelak” serta mendedahkannya, maka timbullah tanda tanya BEGINIKAH ADAT BERJAMAAH DALAM ISLAM? Di mana letak duduk ilmu berjamaah dalam diri Nik Abduh?

SEKARANG ini isu yang “diselak” oleh Nik Abduh sudah menjadi isu nasional. Seluruh media sudah “membogelkan” ayahandanya. Apa perasaan Nik Abduh? Keceluparan tangan dan pemikiran beliau telah diguna sepenuhnya oleh media massa jahat untuk melaga-lagakan ayahandanya dengan Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Beliau telah memberi saham yang besar kepada media pengfitnah untuk meneruskan kerja-kerja beliau sendiri. Kini beliau tidak perlu bimbang lagi kerana kerja-kerja beliau sudah di ambil alih oleh media munafik itu. MAKA kini, siapa yang melagakan siapa sebenar?

BERTAHNIAHLAH Nasaruddin Tantawi dan Roslan SMS di atas keberanian Nik Abduh “menyelak kain” ayahanda dan jamaahnya. Inilah pemimpin masa depan parti!. Inilah para Da’i muda PAS. Bagi mereka,hanya mereka sahaja yang berjuang untuk PAS. Hanya amalan mereka sahaja yang layak Allah terima. Kita yang jahil dan hanya sekadar berpeluang untuk menaikkan bendera serta menampalkan poster ini bagi mereka mungkin patut berada di pinggir syurga sahaja!

NIK ABDUH jangan ingat apa yang ada di dalam kain beliau orang lain tidak tahu. Jangan sampai orang lain juga tidak segan silu untuk mendedahkan di sini. Perfectkah hubungan kita dengan keluarga kita? Bersih sangatkah kita sehingga sesenpun kita tidak makan duit dari hasil balak dari mana-mana orang? Tidak pernahkah kita walaupun sepatah menggunakan nama ayahanda kita untuk berunding pasal balak? Harta-harta yang ada disekeliling pinggang kita itu adakah semuanya suci bersih? Tidak pernahkah kita mempengaruhi ayahanda kita untuk memilih calon pilihan raya si anu dan si anu?. AYAH ANA cukup sinonim dengan anta!

ITU SEMUA adalah tazkirah untuk kamu! Jangan seronok dibuai sokongan padu dari orang yang tidak tahu apa-apa tentang kamu. Apabila orang jahil mula “menyelak”, maka sudah tentu mereka lagi tiada batasan dan disiplin untuk melakukannya. Jangan salahkan mereka sekiranya ini terjadi, kerana sebenarnya kamu yang mengajar mereka begitu. Sekiranya kamu bersedia untuk ditelanjangi keluarga kamu, silakan!

NIK ABDUH! Berhentilah dari kerja-kerja bodoh yang boleh melemahkan jamaah. Pemimpin boleh datang dan pergi akan tetapi jamaah perlu berdiri tegap dan kukuh. Kini kamu sedang meruntuhkan kekuatan jamaah. Kamu telah menghulurkan pisau kepada musuh kita, Umno-BN. Mereka sedang menghunus pisau yang kamu beri itu ke dada ayahanda kamu dan jamaah. Apakah kamu gembira melihatnya?

Sebenarnya, kamu juga mempunyai “pembantu-pembantu yang sesat dan angkuh sombong”. Sekiranya tidak angkuh sombong sudah pasti tidak celaru biru kampong halaman yang mereka diami. Tiket pendidikan agama yang kamu warisi sepatutnya bukan untuk disalah gunakan. Apakah apabila bernama ustaz maka sesenang itu kamu melempar segala tomahan dan kata-kata kesat?

INGATLAH NIK ABDUH! Sekiranya kamu boleh bersikap kasar dengan mereka (pembantu-pembantu ayahanda yang kamu kata sesat itu), apa jaminan mereka juga tidak akan berkata begitu kepada kamu. Jadi, dimana uslub dakwah yang kamu pelajari itu – bil hikmah? Orang seperti kamu inikah yang akan menjadi pemimpin masa depan PAS?

Apa yang penting, JANGAN kamu seret perbalahan peribadi kamu ke dalam jamaah. Kamu boleh berbalah dengan mereka tetapi jangan guna platform parti. Parti bukan hak kamu. Kami yang tidak ada apa masalah dengan kamu turut terpalit dan menjadi mangsa sindiran musuh akibat dari keceluparan tangan kamu.

AYUHAI PIMPINAN PAS! Apakah kamu tidak mampu menghentikan kerja-kerja bodoh ini?