19 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Salehuddin Cabar Zahid Berdebat

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat mengenai isu pembatalan lesen guaman sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya keci Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman.

Salahuddin memberi tempoh 24 jam kepada naib presiden UMNO itu untuk memberikan jawapan sama ada beliau bersedia menyahut cabaran itu.

"Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan tentang calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu," katanya pada ceramah di Permatang Tok Kandu di sini, malam tadi.

Beliau mendakwa Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, tidak teliti dalam pemilihan calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu.
Lesen guaman Rohaizat dibatal berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa PAS tidak perlu mempertikai pemilihan calon BN, Salahuddin berkata: "Ini menjadi masalah kepada penduduk di Permatang Pasir kerana jika calon ini menang ia akan mewakili mereka," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat, 38, yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, berdepan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lepas kerana sakit jantung. -bernama

Era Najib Altantuya : Putrajaya Perlu Jadi Sasaran PAS dan PR

Saya telah dijemput untuk menghadiri satu seminar anjuran PAS di Kota Bharu pada Sabtu lalu (15 Ogos). Terima kasih saya ucapkan kepada pimpinan PAS Kelantan kerana penghormatan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Maklumlah sayalah orang yang menyaman kerajaan negeri pada suatu masa dulu berhubung soal hukum hudud.

Namun sebagaimana yang pernah saya jelaskan dahulu, saman itu dibuat atas dasar perundangan dan Perlembagaan, dan tidak ada kena-mengena dengan agama. Kalau ingin tahu lebih lanjut hal itu, saya telah jelaskan dalam buku saya “Saya Pun Melayu”.

Yang menarik dalam seminar Sabtu lalu adalah perbincangannya berkisar hal-hal dalamam dan permasalahan parti yang diperkatakan secara terbuka. Itulah tanda keterbukaan PAS masa kini. Seminar itu diadakan di dewan Kelantan Trade Centre, sebuah bangunan canggih bertaraf 5 bintang, untuk membuat post-mortem keputusan pilihan raya kecil Manek Urai serta merangka perancangan kekuatan PAS di masa depan.

Kalau dalam tahun 1990 dulu bila UMNO teruk, pemimpin mereka berkata PAS hanya dapat bertahan satu penggal saja. Kini terbukti PAS telah memerintah Kelantan selama lima penggal dan sekarang menguasai Kedah pula. PAS telah bertambah maju manakala UMNO bertambah tempang.

Di seminar itu, saya telah mencadangkan PAS supaya jangan berpuas hati sebagai parti orang Kelantan sahaja. PAS, sebagai rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, dan sekarang berkuasa di Kedah, harus befikir sebagai parti nasional. Putrajaya mesti menjadi sasaran PAS dan Pakatan Rakyat.

Amatlah perlu PAS meneroka jalan baru dalam usahanya meluaskan pengaruh. Bukan saja intipati mesej politiknya perlu disampaikan dengan yang lebih canggih, pendekatan baru juga diperlukan supaya lebih ramai orang Melayu dan Islam menerimanya. PAS harus yakin bahawa ia adalah alternatif kepada UMNO untuk orang Melayu.

Pada masa yang sama, mesej politik PAS pula mestilah mendapat sokongan semua kaum, atau sekurang-kurangnya orang bukan Islam tidak menentang atau menolak PAS. PAS mesti memperjuangkan hak asasi maanusia atau ‘human rights” yang memangpun dituntut oleh Islam. PAS perlu menerima hakikat bahawa Malaysia ada lebih 100 suku kaum dan kepercayaan agama yang berbeza. Saya setuju dengan kata-kata YB Dato Nik Amar Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, iaitu cara atau proses penyampaian sama pentingnya dengan dasar dan intiparti perjuangan parti. Kita mesti bulatkan kata. Jangan pula pepat di luar, rencong di dalam.

Walau pun sudah banyak perubahan dalam PAS hari ini berbanding tahun-tahun 1990an dahulu, masih ada segolongan kecil pemimpin mereka yang was-was tentang cita-cita parti lain dalam Pakatan Rakyat. Mungkin ada juga parti lain dalam Pakatan yang turut syak wasangka terhadap PAS. Ini mesti berubah dan perlu diatasi oleh pucuk pimpinan Pakatan. Hanya kekuatan muafakat sebenar dari ketiga-tiga parti Pakatan ini mampu mengatasi Barisan Nasional.

Kita tahu UMNO akan sentiasa mempermainkan cita-cita kita dalam Pakatan kerana memang tabiat mereka suka memperlekehkan keupayaan orang lain. Bukan sahaja Pakatan, malah orang Melayu dan Islam yang mereka tak suka juga mereka hina dan jatuhkan maruah.

Tetapi itu tidak mengapa. Gabungan PAS, KeADILan dan DAP serta parti parti lain di Sabah dan Sarawak mampu mengatasi BN jika pilihan raya yang bersih dan adil dapat diadakan. Syaratnya kita mesti teguh bersatu. Ketiga-tiga parti Pakatan ini tahu bahawa mereka hanya mampu mengatasi BN dengan dasar yang kukuh dan kemas yang dicapai secara perundingan dan konsensus serta boleh dipercayai oleh rakyat semua kaum.Menjadi rakan hanya untuk membantu dalam masa berkempen pilihan raya tidak cukup. Kita harus menjadi sahabat dan saudara seperjuangan untuk memastikan berakhirnya era ketidakadilan UMNO dan BN.

Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti ini sudah pun bersetuju dengan prinsip-prinsip utama perjuangan Pakatan Rakyat. Cuma huraian yang terperinci perlu dibuat di atas platform dan dasar bersama ini. Jika ini dapat dipenuhi dengan isi yang memuaskan, maka proses untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai satu gagasan atau wadah rasmi akan berjaya tidak lama lagi.

Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, apa-apa isu remeh dan salah faham sesama pemimpin dan ahli perlu diselesaikan segera. Rakyat pula diharap bersabar dengan proses ini. Saya yakin jika rakyat dapat menanggung sengsara UMNO dan BN lebih 50 tahun, apa salahnya diberi peluang untuk Pakatan bersiap sedia mengharungi badai politik. InsyaAllah hasrat rakyat melihat Pakatan bersatu melawan BN satu lawan satu akan tercapai juga akhirnya. -myzaidibrahim


Era Najib Altantuya : Gobi Nafi Cetus Kekecohan

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan semalam menafikan dakwaan bahawa beliau menjadi punca kekecohan selepas penamaan proses penamaan calon di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, kelmarin.

Menurutnya, beliau hanya melaungkan kata semangat antaranya 'Reformasi' kepada ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang berhimpun di hadapan pintu masuk pusat penamaan calon.

“Saya hanya melaungkan kata-kata semangat kepada penyokong PR yang berhimpun pada hari penamaan calon. Pembesar suara yang saya gunakan bukanlah kepunyaan saya. Saya langsung tidak memegang pembesar suara tersebut,” katanya.

Beliau mendakwa anggota polis mengasarinya sehingga mengakibatkan beliau cedera lengan sebelah kiri. Dalam pergelutan itu, beliau telah rebah ke jalan raya dan digari.




Era Najib Altantuya : Sivarasa Failkan Mohon Batal Pendakwaraya

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan kepada 2 Sept ini untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi semakan kehakiman untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang mendakwa tidak terdapat faktafakta yang memihak kepada pembelaan dalam kes liwat bekas pembantunya, lapor Bernama.

Hakim Lau Been Lan menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan peguam Anwar untuk penangguhan itu sehingga rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya membekalkan dokumen yang diminta Anwar diselesaikan di Mahkamah Rayuan.

R.Sivarasa, yang mewakili Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, memberitahu media bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah relevan dalam permohonan yang difailkan itu.

Anwar meminta pendakwa raya memberikan kepadanya semua keterangan yang memihak pembelaan sekurangkurangnya tiga minggu sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula di bawah Seksyen 51A(1)(c) Kanun Acara Jenayah.

Bagaimanapun, pada 24 Jun lepas, Anwar menerima kenyataan bertulis yang ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria yang menyatakan bahawa tidak terdapat faktafakta yang memihak kepada pembelaan (Anwar) dalam kes liwat yang dihadapinya.

Pada 3 Ogos lepas, Anwar menfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Rayuan dan KuasaKuasa Khas, untuk membatalkan kenyataan bertulis itu dan menamakan Mohamad Hanafiah, pendakwa raya dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan itu, Anwar juga memohon perintah mandamus terhadap pendakwa raya untuk membekalkan kepadanya faktafakta yang memihak kepadanya mengikut Seksyen 51A(1)(c) Kanun Acara Jenayah.

Beliau juga memohon perintah menghalang pendakwa raya dari meneruskan perbicaraan kes liwatnya sehingga faktafakta yang memihak kepadanya diberikan.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Mahkamah Tinggi Jenayah menetapkan 2 September bagi sebutan perbicaraan liwat itu.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 1 Julai untuk perbicaraan kes itu tetapi menangguhkannya sehingga empat permohonan yang difailkan Anwar, selesai.



Era Najib Altantuya : BN Peralatkan Tentera Di Permatang Pasir

Pas kesal dengan tindakan pemerintah Umno-BN memperalatkan Tentera dalam pilihanraya kecil Dun N11 Permatang Pasir.

Pengarah Pilihanraya Dun N11 Mahfuz Omar berkata Pas berjaya mengesan kewujudan klinik-klinik tentera yang memberikan khidmat perubatan percuma kepada penduduk di pusat jentera pilihanraya Umno.

Pas demikian itu menuntut Tentera Diraja Malaysia untuk menghormati kedudukan tentera sebagai elemen neutral dan tidak membantu kempen pilihanraya mana-mana parti politik di Dun N11.

“Kekuatan angkatan tentera digunakan untuk kepentingan politik dalam pilihanraya. Saya percaya ini semua satu bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan jentera agensi dan jabatan kerajaan. Sebab saya minta SPR memerhati hal-hal sebegini bagi mengelak penyalahgunaan agensi kerajaan,” katanya.

Mahfuz menjelaskan bahawa penemuan klinik tentera di khemah-khemah Umno menunjukkan bahawa pihak keselamatan turut diheret ke kancah politik bagi membantu kemenangan Umno.

Beliau percaya manipulasi sumber kerajaan ini mempunyai hubungan kait dengan portfolio Menteri Pertahanan yang kini dipegang oleh Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi.

Jelas Mahfuz, keadaan yang sama berlaku Pilihanraya kecil di Manek Urai di mana instusi tentera dan polis dikerahkan untuk membantu jentera milik Umno dan BN.

“Ini kali ke 2, di Manek urai dengan satu kertas kerja yang menunjukkan penglibatan secara terang di akui dalam kertas itu bahawa mereka harus berstrategi dalam program-program di bawah angkatan tentera ini supaya tidak dilihat memihak kepada BN tetapi mereka sebenarnya bekerja untuk BN,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mahfuz turut menyatakan kekecewaan dengan sikap Umno-BN mengemukakan calon yang terpalit isu pecah amanah untuk mewakili rakyat Permatang Pasir.

Mahfuz berkata calon BN, Rohaizat Othman, dikaitkan dengan kes salahlaku melibatkan penyalahgunaan wang RM140,000 wang koperasi milik pekebun kecil getah.

Kata Mahfuz, pemilihan calon yang pernah terlibat dengan tuduhan salahlaku merupakan pilihan terbaik yang dapat diberikan oleh Umno BN kepada pengundi Permatang Pasir.

“Saya sangat kecewa mengemukakan beliau sebagai seorang calon yang mendedahkan diri beliau kepada pendedahan terhadap perlakuan yang dilakukan satu ketika dahulu bahawa beliau sebenarnya dari sudut moral hilang kelayakan sebagai seorang calon. Ini diakui oleh Dato Zahid Hamidi,” katanya.

Mahfuz berkata Pas tidak mahu melakukan serangan peribadi terhadap Rohaizat, tetapi mempersoal kredibiliti Rohaizat untuk memegang amanah sebagai seorang wakil rakyat.
\
Katanya, pemilihan Rohaizat sebagai calon di permatang pasir bersalahan dari segi moral sebagaimana yang diakui sendiri oleh pengerusi perhubungan negeri Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi. -TVA



Era Najib Altantuya : Peguam Yang Pecah Amanah

Masuk hari kedua berkempen, calon Umno Rohaizat Othman berulang kali menegaskan bahawa beliau akan turun bertemu semua peringkat untuk menjelaskan profesyen kerjanya yang sebenar.

Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.

PAS dan Pakatan Rakyat pula terus mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin.

Sebaliknya, Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.

Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.

Senada dengan Majlis Peguam Negara, Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menjelaskan bahawa Rohaizat mesti menjelaskan segala kesangsian dalam kalangan pengundi Dun Permatang Pasir sekarang.

"Isunya jelas... Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan peribadi seperti pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu."

Tegasnya lagi, bagaimana seorang yang sah pecah amanah boleh menguruskan amanah rakyat di Permatang Pasir kelak.

Respon Muhyiddin, kes pecah amanah itu tidak boleh dikaitkan dengan peribadi Rohaizat, sebaliknya ianya adalah kesalahan firma serta rakan kongsi Rohaizat.

Bagaimana pun, Ragunath menegaskan pergantungan Rohaizat oleh Majlis Peguam atas kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi beliau.

Lantas itu, penamaan Rohaizat terus dianggap suatu penghinaan kepada pengundi Dun itu sendiri kerana tidak bersih dan menghadapi beberapa masalah moral.


Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr. Mohammad Hatta Ramli berkata, Umno sebenarnya gagal menghidu isu integriti dan moral Rohaizat sehinggalah proses penamaan calon kelmarin selesai.

Menurut Dr. Hatta, tidak ada maknanya seseorang bakal Adun Permatang Pasir berkelulusan tinggi, jika dibelit pelbagai kes pecah amanah.

Ditanya sama ada beliau bersetuju PAS menyerang peribadi Rohaizat disebabkan isu tersebut, Dr. Hatta menegaskan bahawa Umno juga memperlekeh kerjaya 'peniaga ikan' Mohd Fauzi Abdullah (PAS) di Manik Urai; kerana calon Umno Tuan Aziz Tuan Mat berpendidikan tinggi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad menjelaskan soal peribadi seseorang calon wajib dihitung di Permatang Pasir kerana Allah memerintahkan kepemimpinan Islam mestilah memiliki sifat keupayaan bekerja (al-quwwah) dan integriti (al-amanah).

Mengulas gesaan Umno supaya tidak ada serangan peribadi ke atas Rohaizat, Dr Dzulkifli menyifatkan usaha itu sekadar untuk menutup amalan pecah amanah oleh calon pertaruhan Umno semata-mata.

Bagi Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi "bulan Ramadhan ini seharusnya dijadikan medan terbaik menjelaskan peribadi calon yang haq dan batil; dengan mengambil iktibar dari prilaku Rasulullah s.a.w mendepani Peperangan Badar al-Qubra.

Kata Mumtaz lagi, memilih Adun Permatang Pasir sama seperti memilih imam solat jamaah. Imam mestilah seorang yang beramal Islami serta berakhlak mulia.

Seorang yang individu yang sah dibuktikan pecah amanah, tidak boleh menjadi imam solat jamaah mahupun Adun sendiri.

Tinjauan yang dilakukan dalam beberapa Bilik Gerakan Umno di sini sejak petang tadi, menyaksikan Umno tidak menyerang peribadi calon Pas.

Ini kerana, Mohd Salleh Man dikenali khalayak sebagai seorang yang Islamis, bersarjana pengajian Islam, berakhlak luhur serta ahli peniagaan yang tidak bermasalah.

Bagaimana pun, Umno menjadikan isu 'ahli Umno tidak masuk Syurga' untuk menyerang peribadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Biar pun Nik Aziz sudah menafikan laporan media arus perdana itu, Umno percaya isu tersebut sekurang-kurangnya boleh mengalih tumpuan khalayak dari isu 'pecah amanah' yang sedang membelit peribadi Rohaizat.

Malah, teknik membina ikon kebencian (icon of hatred) itu diyakini mampu memberi kredit tidak langsung kepada Rohaizat.

Setakat ini, kempen PAS masih kurang menonjolkan manifestonya untuk pengundi Permatang Pasir.

Begitu juga Umno, strategi menabur janji-janji 'politik pembangunan' masih kurang menonjol seperti beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : Zambry Memang Pengecut. Ayuh Bubarkan DUN.

Bernama melaporkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi amaran kepada pembangkang supaya jangan berlagak samseng dengan mengganggu urusan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) menunaikan tanggungjawab kepada rakyat di negeri itu.

Katanya tindakan pembangkang mengganggu majlis penyerahan borang 5A kepada 188 penduduk untuk membayar premium dan seterusnya mendapat hak milik tanah di Taiping tengah hari tadi sebagai perbuatan yang sangat mendesak. "Jangan anggap saya pengecut atau penakut.

Kata beliau sebagai Menteri Besar, saya bertanggungjawab memastikan supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku," katanya kepada pemberita di sini Isnin. Beliau mengulas tindakan Angota Parlimen Taiping Nga Kor Ming, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Yew Tian Hoe dan ADUN Pokok Assam, Yee Seu Kai bersama 20 penyokong mengganggu majlis tersebut di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Ketiga-tiga pemimpin DAP itu bersama penyokong mereka memegang kain rentang yang tertulis "MB Haram, Malu, Malu, Malu, Malu" di perkarangan dewan itu sambil melaungkan kata-kata kesat. Bagaimanapun, Zambry tidak hadir pada majlis itu dan sebaliknya mewakilkan ahli exco negeri Mohd Zahir Abdul Khalid, untuk menyampaikan borang itu kepada penerima dari Kampung Kaki Bukit Jana, Kampung Aulong Baru Tambahan, Kampung Ayer Kuning dan Kampung Batu 14 Trong.

Zambry berkata beliau terpaksa membatalkan kehadirannya pada majlis itu atas nasihat pihak keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan memohon maaf kepada hadiran.

Jika Zambry tidak pengecut, maka segerakanlah menghadap Sultan Perak dan mohon perkenan baginda untuk pembubaran dewan undangan negeri serta diadakan pilihanraya semula di Perak.

Dan jika itu yang Zambry lakukan untuk mengembalikan maruahnya yang telah sekian lama tercalar kerana sememangnya beliau bukan Menteri Besar untuk sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat Perak, maka itu lebih baik baginya dari dari sekadar bertempik untuk mengatakan "Saya bukan pengecut atau penakut."

"Siapa yang berlagak samseng selama ini jika bukan UMNO yang melarikan ADUN PKR dan DAP untuk melakukan rampasan kuasa di Perak?" tanya seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Era Najib Altantuya : Ahmad Maslan Hina Mahkamah

Di dalam satu usaha yang yang amat terdesak dan keadaan UMNO yang semakin tertekan ekoran pemilihan calon Permatang Pasir yang bermasalah besar, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan cuba mengakkan benang basah dengan menyatakan Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan, terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman telah disebutkan di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Majlis Peguam Malaysia terlibat di dalam salahlaku sehingga menyebabkan lesen guaman sivilnya ditarik balik pada 7 Mac 2008.

Menurut Ahmad Maslan pada tahun 2002, koperasi berkenaan telah melantik Firma Saif Ariff T.Jayaraj & Rohaizat untuk mewakili mereka dalam pembelian hartanah di Pulau Pinang.

Namun apa yang tidak disebutkan di dalam penjelsannya yang panjang lebar yang dilaporkan oleh Bernama (dilampirkan) ialah Rohaizat Othman telah merayu terhadap keputusan Badan Disiplin Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi, dan rayuannya telah ditolak pada 12 Ogos 2009. Dengan itu beliau tidak layak untuk bertindak sebagai peguambela dan peguamcara.


Ini bererti Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Rohaizat Othman dan sebarang pertikaian dan sanggahan terhadap keputusan itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah.

Mana mungkin mahkamah membuat keputusan secara sewenang-wenang untuk membenarkan keputusan Lembaga Disiplin Majlis Peguam dan menolak rayuan Rohaizat?


Katanya, wang pembelian telah diserahkan koperasi itu kepada firma berkenaan, bagaimanapun transaksi tersebut terpaksa dibatalkan.

"Pada semua masa berkenaan, urusan jual beli untuk koperasi dikendalikan oleh bekas rakan kongsi Rohaizat yang berkhidmat dalam firma itu dari tahun 1999 hingga 2003," katanya pada sidang akhbar di Pusat Operasi Jentera Barisan Nasional di sini, malam Selasa.

Katanya, wang yang dibayar oleh Koperasi diterima secara eksklusif oleh rakan kongsi itu, yang mengendalikan akaun pelanggan tersebut pada setiap masa.

"Rakan Rohaizat itu merupakan penandatangan yang dibenarkan untuk akaun itu dan Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu," kata beliau.

Ahmad berkata, sewaktu Koperasi membuat aduan kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam, rakan kongsi Rohaizat telah meninggalkan firma itu sehingga menyebabkan Rohaizat dinamakan dalam aduan tersebut dan telah jadi mangsa keadaan.

Beliau berkata, Rohaizat menghadiri bicara kali pertama Lembaga Tatatertib itu pada 11 Sept 2007 dan pada hari itu, lembaga hanya menyoal wakil koperasi sahaja.

Kata Ahmad Maslan lagi, perbicaraan itu ditangguhkan kepada 14 Sept untuk membolehkan Rohaizat menyoal balas wakil koperasi dan juga peluang untuk beliau memberi penjelasan.

Bagaimanapun, pada hari itu Rohaizat tidak hadir kerana cuti sakit dan salinan surat cuti sakit tersebut telah dikemukakan kepada lembaga berkenaan, katanya.

Selepas tarikh itu Rohaizat tidak menerima sebarang notis daripada Lembaga Tatatertib tersebut sehinggalah pada 14 Mac 2008, beliau menerima sepucuk surat daripada lembaga berkenaan dengan satu perintah menyatakan bahawa beliau telah dibatalkan daripada Daftar Peguambela dan Peguamcara.

Ahmad berkata, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi dan berikutan itu, Koperasi telah menulis surat kepada lembaga tersebut pada 28 Mac 2008 untuk menarik balik kesemua aduan terhadap Rohaizat kerana segala tuntutan mereka telah diselesaikan.

Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam bahawa perbuatan salahlaku tersebut adalah merujuk kepada Rohaizat Othman sendiri (bukan rakankonsinya), kerana Badan Disiplin tidak akan mempertanggungjawabkan seseorang peguam apa-apa tindakan yang dilakukan oleh rakan-kongsinya jelas menunjukkan bahawa usaha pemimpin tertinggi UMNO untuk membersihkan nama calonnya di Permatang Pasir tidak mungkin begitu mudah untuk diterima oleh pengundi.


Rohaizat Tidak Terlibat Transaksi Rakan Kongsi Dan Koperasi

BUKIT MERTAJAM, 18 Ogos (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata, sebaliknya Rohaizat, yang menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan, terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya.

Katanya, pada tahun 2002, koperasi berkenaan telah melantik Firma Saif Ariff T.Jayaraj & Rohaizat untuk mewakili mereka dalam pembelian hartanah di Pulau Pinang.

Katanya, wang pembelian telah diserahkan koperasi itu kepada firma berkenaan, bagaimanapun transaksi tersebut terpaksa dibatalkan.

"Pada semua masa berkenaan, urusan jual beli untuk koperasi dikendalikan oleh bekas rakan kongsi Rohaizat yang berkhidmat dalam firma itu dari tahun 1999 hingga 2003," katanya pada sidang akhbar di Pusat Operasi Jentera Barisan Nasional di sini, malam Selasa.

Katanya, wang yang dibayar oleh Koperasi diterima secara eksklusif oleh rakan kongsi itu, yang mengendalikan akaun pelanggan tersebut pada setiap masa.

"Rakan Rohaizat itu merupakan penandatangan yang dibenarkan untuk akaun itu dan Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu," kata beliau.

Ahmad berkata, sewaktu Koperasi membuat aduan kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam, rakan kongsi Rohaizat telah meninggalkan firma itu sehingga menyebabkan Rohaizat dinamakan dalam aduan tersebut dan telah jadi mangsa keadaan.

Beliau berkata, Rohaizat menghadiri bicara kali pertama Lembaga Tatatertib itu pada 11 Sept 2007 dan pada hari itu, lembaga hanya menyoal wakil koperasi sahaja.

Katanya, perbicaraan itu ditangguhkan kepada 14 Sept untuk membolehkan Rohaizat menyoal balas wakil koperasi dan juga peluang untuk beliau memberi penjelasan.

Bagaimanapun, pada hari itu Rohaizat tidak hadir kerana cuti sakit dan salinan surat cuti sakit tersebut telah dikemukakan kepada lembaga berkenaan, katanya.

Selepas tarikh itu Rohaizat tidak menerima sebarang notis daripada Lembaga Tatatertib tersebut sehinggalah pada 14 Mac 2008, beliau menerima sepucuk surat daripada lembaga berkenaan dengan satu perintah menyatakan bahawa beliau telah dibatalkan daripada Daftar Peguambela dan Peguamcara.

Ahmad berkata, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi dan berikutan itu, Koperasi telah menulis surat kepada lembaga tersebut pada 28 Mac 2008 untuk menarik balik kesemua aduan terhadap Rohaizat kerana segala tuntutan mereka telah diselesaikan.

Menurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai wira.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan pihak tertentu bahawa Rohaizat tidak bermoral dan tidak layak bertanding adalah tidak benar dan berharap penjelasan ini dapat menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada calon BN itu.

Sidang media itu turut dihadiri penasihat undang-undang Umno Pulau Pinang, Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, Rohaizat, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan wakil koperasi.

-- BERNAMA 18/08/2009


Era Najib Altantuya : UMNO BN Seperti Orang Gila Di Selangor

Apabila berlakunya peristiwa berhubung pengawalan penjualan arak di Selangor, yang bermula di Shah Alam, tiba-tiba Umno/BN cuba menonjolkan diri mereka sebagai juara Islam! Pelik bin Ajaib, bukankah mereka yang memerintah selama 52 tahun sebelum naiknya PR? Mungkin mereka terlupa. Melayu Umno sememangnya mudah lupa.

Semasa BN memerintah, penduduk Seksyen 8 Shah Alam sudah pun meminta supaya kedai 7-Eleven di tempat mereka tidak menjual minuman keras. Jawapan Umno ialah menguncikan Surau Seksyen 8 kerana penduduk Seksyen 8 dianggap ‘melampau’.

Walaupun hubungan kedua peristiwa ini tidaklah begitu ‘direct’, tetapi lebih kurang begitulah ceritanya. Kisah ini pun mungkin mereka lupa kerana Melayu Umno mudah lupa.

Sekarang Umno Umno yang sama ini ingin mengherdik DAP dan memomokkan rakyat dengan ‘ancaman’ kekuasaan DAP. Ada yang sampai berkata, “tunggulah apabila DAP berkuasa sepenuhnya, mereka akan tunjuk belang mereka dan menindas ummat Islam!”

Hmmm, setahu saya, Umno/BN yang menindas ummat Islam selama ini. Melalui ISAnya. Melalui pemecatan Mufti dan Pegawai Masjid yang tidak akur kepada kehendaknya. Melalui penarikan balik bantuan per kapita kepada sekolah agama rakyat dan sebagainya. Mungkin ini pun mereka lupa juga.

Umno ingin memomokkan DAP di kalangan orang Melayu, sepertimana memomokkan PAS di kalangan masyarakat Cina dan India.

Namun sebenarnya, tidak mungkin DAP berkuasa ‘sepenuhnya’ di Selangor. Walaupun boleh dipertikaikan kenyataan Umno/BN ini, tetapi cuba kita andaikan sahaja, untuk memuaskan hati mereka. Hakikatnya jika diteliti, DAP tidak mungkin berkuasa ‘sepenuhnya’ di Selangor kerana bagaimana mungkin mereka berkuasa ‘sepenuhnya’ sekiranya mereka hanya bertanding 16 dari 56 kerusi sahaja?


Inilah akibat mengajar Metamatik dalam bahasa Inggeris. Orang Umno sudah tidak pandai mengira! Kalau ingin berkuasa ‘sepenuhnya’, maka sepatutnya DAP bertanding untuk mendapatkan majoriti 2/3 yang bersamaan dengan 38 kerusi. Barulah mampu berkuasa ‘sepenuhnya’.

Kalau ingin berkuasa dengan majoriti mudah sekalipun, DAP akan memerlukan 29 kerusi. Adakah mungkin memenangi 29 kerusi sekiranya hanya bertanding 16? Atau apakah mungkin orang Umno anggap kerusi DUN ini boleh beranak-pinak?

Itulah sebabnya kita perlukan ‘Pakatan’. Bukan PAS sahaja, Umno pun perlukan pakatan dengan MCA dan MIC serta Gerakan. Namun sekarang ini MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi mampu mendapat sokongan bukan Melayu. Oleh itu Umno membawa mesej Melayu ekstrim kerana mereka menyedari bukan Melayu tidak akan lagi mengundi mereka, walau sekerap manapun Najib berulang ke Batu Caves.

Kasihan melihat gelagat Umno. Ini tak kena, itu tak kena. Akhirnya, seperti biasa kembali menipu dan memomokkan rakyat dengan ketakutan terhadap DAP dan PAS. Inilah akibatnya apabila sudah kehabisan modal. -YB Khalid Samad