16 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Lesen Guaman Rohaizat Telah Dibatalkan

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, maka sahihlah lesen peguam sivil calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri N11 Permatang Pasir, Rohaizat Othman telah dibatalkan.

Hal ini disahkan sendiri oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuat pengakuan sekalipun lesen guaman sivil Rohaizat telah ditarik balik, ia tidak akan menjejaskan peluang Rohaizat, yang juga Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh di Permatang Pasir.

"Penasihat Undang-undang Umno sudah semak dan mendapati beliau (Rohaizat) masih layak untuk bertanding sebagai calon BN di Permatang Pasir," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat operasi BN di Bukit Meraj, Jalan Permatang Pauh, di sini, Ahad.

Lamanweb Majlis Peguam Malaysia telah menyenaraikan nama beliau telah dibatalkan sebagai peguam sivil mengikut Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976.

Rohaizat yang ketika itu seorang rakankongsi untuk sebuah syarikat guaman, syarikat ini telah dikatakan menggunakan dana anak guamannya, Koperasi Pekebun Kecil Pulau Pinang.

Calon BN tersebut telah membuat akuan secara terbuka bahawa beliau telah disenarai-hitam oleh Majlis Peguam Malaysia.

Rohaizat membuat kenyataan ini selepas mendapati ada pihak yang mendedahkan bahawa lesen guamannya telah ditarik. Rohaizat bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai pendedahan berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

"Saya memang seorang peguam tetapi tidak mengamalkannya sejak hampir dua tahun lalu," katanya selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, hari ini.

"Saya sedia berhadapan dengan tanggapan negatif pembangkang dan akan menjawab apabila tiba masanya. Bagaimanapun pada masa ini saya serahkan pada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun menjelaskannya," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Rohaizat, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan Kamarul Ramizu Idris yang telah mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 17 Ogos sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 25 Ogos.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada Pas yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.



Era Najib Altantuya : Peguam Kesal Layanan Polis

Layanan polis terhadap peguam di negara ini ternyata menunjukan badan berkuasa berkenaan tidak mengiktiraf para peguam.

Perkara ini didedahkan oleh para peguam yang menjadi saksi dan mangsa tahanan polis dalam Inkuiri Awam Suhakam terhadap penahanan peguam dari Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Mangsa, Peguam Fadiah Nadwa Fikri dalam keterangannya berkata, menjadi kebiasaan kepada para peguam terpaksa menunggu selama berjam-jam di luar pagar balai polis.

Katanya, beliau yang telah berpengalaman mengendalikan beberapa kes terpaksa berbuat demikian kerana polis enggan membenarkan peguam masuk ke balai untuk menemui dan mendapatkan maklumat berhubung anak guamnya.

“Ya, kebiasaannya peguam tidak dibenarkan masuk dan hanya menanyakan soalan di luar pagar. Kami akan menunggu selama beberapa jam untuk mendapatkan makluman anak guam kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dari Pesuruhjaya inkuiri berkenaan, Muhammad Shafee Abdullah.

Fadiah dalam keterangannya juga turut menyatakan beliau dan empat rakannya yang merupakan peguam tetap ditahan walaupun mereka telah memaklumkan kepada pegawai polis bahawa mereka adalah peguam yang mewakili tahanan pada malam berkenaan.

“Puspa (Puspawati Rosman) kata beliau telah maklumkan kepada polis bahawa beliau adalah peguam, kemudian saya pun beritahu kami dari LAC dan tahanan adalah anak guam kami.

“Saya kata mahu berjumpa pegawai penyiasat tetapi mereka maklumkan bahawa beliau sedang bermesyuarat,” katanya.

Menurutnya, kelima-lima mereka menunggu di luar pagar hampir setengah jam dan beliau kemudiannya menghubungi DSP Judy Blacious Pereira datang kepagar untuk berbincang.

Katanya, Judy memaklumkan anak guamnya telah menandatangani borang melepaskan hak guaman.

Fadiah menjelaskan ke hadapan inkuiri, bahawa sebelum itu anak guamnya Ginie Lim memberitahunya melalui telefon bahawa mereka dipaksa menandatangani borang berkenaan.

Mereka bagaimanapun enggan menandatangani borang itu.

“Tiada spesifik asas tahanan mengapa anak guam saya ditahan. Sepatutnya beliau datang dekat dan cakap. Apa-apa pun, dalam tugas mereka tidak ada hak untuk menahan kami semasa bertugas,” katanya.

Katanya, selepas ditahan mereka di bawa ke Balai Polis Travers. Fadiah menyelar tindakan biadap seorang polis lelaki yang mendatanginya semasa beliau sedang berbaring di dalam lokap.

Pendedahan Fadiah ini turut disokong oleh saksi inkuiri, iaitu Presiden Majlis Peguam, Ragunaht Kesavan.

Ragunath dalam keterangannya berkata, beliau dihalau oleh Ketua Polis Brickfield, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika meminta untuk berjumpa anak guamnya.

“Saya dibenarkan masuk ke dalam dan berkata kepada beliau untuk berjumpa dengan anak guam saya kemudiannya OCPD jerit ‘Tidak, Keluar dari balai atau saya tangkap awak’,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak tahu sama ada anak guamnya akan ditahan semalaman atau tidak kerana tidak mempunyai apa-apa maklumat dari polis.

“Ini kali pertama saya dihalau. Balai polis adalah tempat awam, mengapa saya dihalau dan saya tidak tahu apa yang berlaku, sama ada mereka di tahan atau ditahan di balai mana,” katanya kepada Muhammad Shafee.

Prosiding hari ini dimaklumkan oleh Superitenden Munusamy dari Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur bahawa DSP Judy bukan pegawai penyiasat yang mengendalikan kes berkenaan sebaliknya ASP Hoo Chang Hook.

Inkuiri di tangguh dan bersambung 29 Ogos ini.

Sementara itu, Fadiah yang ditemui di luar bilik perbicaraan berkata, beliau terkejut apabila diberitahu bahawa DSP Judy bukan pegawai penyiasat kes berkenaan kerana Judy tidak pernah menyangkal perkara berkenaan malahan memberi respon.

“Ya, baru hari ini dalam prosiding tadi saya dimaklumkan DSP Judy Pereira adalah bukan pegawai penyiasat sebenar. Sebelum ini kami bertanya kepada pihak polis mereka menyatakan beliau adalah pegawai penyiasat. Dan apabila kami merujuk kepada beliau, beliau tidak pernah menyatakan beliau bukan pegawai penyiasat bertugas,” katanya.

Katanya, prosiding menjadi hangat apabila beliau menyangkal dakwaan Superitenden Munusamy bahawa sekiranya peguam berkumpul lebih dari lima orang ia diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram.

“Soalan beliau mengatakan apabila peguam berkumpul dari lima orang ia adalah perhimpunan haram. Ia sangat pelik kerana peguam menjalankan tugas yang diberikan di bawah undang-undang.

“Dalam menjalankan tugas kami tidak sepatutnya ditangkap kerana tugas yang diberi kuasa di bawah undang-undang. Tidak timbul isu perhimpunan haram atau tidak. Kami berkumpul untuk berjumpa anak guam," katanya. -TVAntara



Era Najib Altantuya : Apa Hak SPRM Guna Kekerasan?

Sekalipun dinafikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mereka menggunakan kaedah gestapo semasa menahan Wong Chuan How, pembantu khas kepada seorang daripada Exco kerajaan negeri Selangor, pada Jumaat lepas, namun tindakan melampau mereka bergelut dengan Wong adalah sesuatu yang ultra vires dan tidak professional.

"Adalah ditegaskan bahawa pegawai SPRM tidak pernah sama sekali menolak Wong (Ahli Majlis Perbandaran Sepang) sehingga beliau jatuh. Kecederaan yang dialami oleh Wong tidak akan berlaku sekiranya beliau mematuhi arahan yang telah diberikan dan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menyempurnakan siasatan yang dijalankan," menurut SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Ahad, bernama melaporkan.

SPRM berkata siasatan awal mendapati beberapa program dan bantuan yang menggunakan peruntukan pembangunan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek telah tidak disampaikan kepada pihak pemohon walaupun kelulusan telah diberikan dan cek-cek telah diserahkan kepada Wong.

Kata SPRM apabila Wong yang tidak digari hendak dimasukkan ke dalam kereta pegawai SPRM yang sudah pun menunggu di luar pusat tersebut, beliau secara tiba-tiba menepis tangan pegawai SPRM yang mengiringi beliau dan cuba melarikan diri.


"Pegawai SPRM terpaksa mengambil tindakan menghalang Wong dari melarikan diri dengan memeluk beliau dari belakang kerana beliau mula meronta-ronta dan akhirnya menjatuhkan dirinya di atas lantai kaki lima deretan kedai di situ.

Adalah tidak wajar samasekali pegawai SPRM mengambil tindakan sedemikian sekalipun Wong dituduh dan didakwa cuba melarikan diri kerana pegawai SPRM sepatutnya melaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan bukan untuk mengambil tindakn sendiri-sendiri bergelut dengan Wong.

"Kita ingin tahu undang-undang mana yang pegawai SPRM gunakan dan kuasa apa yang ada pada mereka untuk membenarkan mereka menggunakan taktik kekerasan di dalam menahan sesiapa juga yang disyakki oleh mereka," tegas seorang pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.

"Sikap tidak professional SPRM adalah jelas dan kita yakin hal yang sama telah menimpa kepada beberapa orang pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat sebelum ini sehingga berlaku kematian Teoh Beng Hock, pegawai khas kepada seorang exco negeri Selangor," tambahnya.

Sementara itu, banyak pihak membidas tindakan SPRM yang hanya melakukan siasatan kepada pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat tetapi tidak pemimpin dan ahli parti pemerintah UMNO dan BN. Malah kenyataan SPRM untuk menangguhkan penyiasatan tokoh-tokoh politik di dalam kes rasuah yang melibatkan skandal PKFZ dan ADUN BN Terengganu tetapi meneruskan siasatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat jelas menunjukkan sikap berpilih SPRM menjalankan tugasnya.


Era Najib Altantuya : Wanita MCA Turut Terima Duit - Tiong

Skandal "sumbangan derma" kepada MCA berlarutan hari ini apabila Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan beliau juga telah memberi wang kepada Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dan “lain-lain” sebagai tindakbalasnya terhadap kritikan yang dilemparkan oleh Keua Wanita itu.

Tiong, CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), kontraktor utama Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), mendakwa beliau menderma wang setelah diminta dan mereka tidak sepatunya membalasnya dengan serangan.

"Saya boleh faham jika beliau ingain pertahankan presiden partinya tetapi beliau tidak sepatutnya menyerang saya," kata Tiong, yang juga Ahli Parlimen Bintulu MP dan Bendahari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

“Berapa banyak saya berinya tak penting tetapi saya telah memberinya wang apabila beliau memintanya dan saya tidak pernah meminta resit,” tambahnya.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berkata beliau hanya mempertahankan dirinya dan menjelaskan pertikaiannya adalah dengan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Chew tidak sepatunya campurtangan.

Semalam, Chew dilaporkan berkata Tiong telah mencapai matlamatnya dengan mengalihkan fokus media kepada dermanya sebanyak RM10 juta kepada Ong daripada penyiasatan terhadap KDSB.

Satu badan khas menyiasat skandal PKFZ minggu lalu mendapati terdapat tuntutan sehingga menjangkau RM500 juta oleh KDSB.

Tiong enggan untuk mendedahkan siapa lagi yang memperolehi wang darinya atau jika ada pihak selain MCA atau lain-lain parti politik.

Era Najib Altantuya : Muhyiddin Dulang Paku Serpih

Sesudah melakukan tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa, sedangkan yang menuduh itulah pengkhianat yang sebenarnya, hari ini Muhyiddin sekali lagi cuba untuk mengata dulang paku serpih.

Laporan Bernama menyebut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyatakan petualang yang mencetuskan isu berbaur perkauman yang boleh menjejaskan keamanan negara boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan perlu ditentang habis-habisan.

Katanya lagi negara Malaysia yang agak luar biasa dengan kepelbagaiannya adalah aman damai disebabkan dasar yang dilaksanakan kepimpinan terdahulu dan ini perlu dipertahankan.

Muhyiddin yang selama ini bercakap dengan sentimen perkauman untuk "Melayunya", hari ini cuba menghalakan serangannya kepada orang lain.

Cukup ini dua sebagai bukti







Era Najib Altantuya : Rohaizat Calon Bermasalah

Rupa-rupanya calon UMNO BN di Permatang Pasir adalah seorang yang bermasalah.

Hal ini didedahkan sendiri oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi UMNO Pulau Pinang yang meminta Pakatan Rakyat tidak menggunakan kes pembatalan lesen peguam sivil Rohaizat Othman sebagai senjata untuk menyerang peribadi calon Barisan Nasional (BN) itu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Permatang Pauh, di Politeknik Seberang Prai, di sini, hari ini.

Ini bererti desas-desus semenjak hari pengumuman calon hari kelmarin yang menyatakan bahawa lesen peguam sivil Rohaizat Othman telah ditarik balik adalah benar dan hari ini desas-desus itu disahkan pula oleh Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Ini yang tercatat di dalam sebuah blog sebaik sahaja Rohaizat diumumkan calon BN.



Calon Umno Permatang Pauh ialah Rohaizat Othman. Memang latar belakang professional, Tapi dengar cerita lesen peguam telah di ambil balik???betul kah???

Kita tanya Lawyer khairuddin RM berapa hilang????

Kita Tanya Jahara Radzi projek perumahan Malwira Taman Guar Perahu yang memang tak siap-siap .bukan kerana dihilangkan projek tetapi duit sampai tak masuk akaun-Berapa Hilang????


Rupa-rupanya Rohaizat bukanlah seorang peguam lagi kerana lesennya dah ditarik balik dan adalah seorang calon yang bermasalah.

Memang UMNO menghadapi masalah memilih calon di dalam setiap pilihanraya kecil dan akan berulang lagi di Permatang Pasir.

Dan jika demikian wajar sangat UMNO BN kalah teruk di Permatang Pasir nanti.

Era Najib Altantuya : Pengajaran Utk Muhyiddin

Setiap apa yang berlaku adalah dari Allah Yang Maha Esa dan tidak ada dari Yang Maha Esa itu sia-sia. Begitulah apa yang berlaku kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini yang sebelum ini terlalu celupar menuduh Datuk Seri Anwar sebagai pengkhianat bangsa kemudian terlalu angkuh pula tidak menarik balik tuduhan itu biar pun telah diminta.

Dilaporkan helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawanya terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.

Selain Muyiddin, turut berada dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, demikian lapor Bernama.

Bagaimanapun, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.

Menurut Ainon sebelum kejadian mereka berlepas dari Kudat pada 1.45 tengah hari selepas Muhyiddin merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kudat, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.


"Selepas itu beliau sepatutnya merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang pula," kata Ainon kepada Bernama di sini.

Ainon berkata kira-kira 45 minit selepas berlepas, cuaca buruk melanda dan helikoper yang mereka naiki terpaksa membuat pendaratan cemas berdekatan pusat peranginan Impian Jadi di Tuaran kira-kira 45 km dari sini.

Ainon berkata ekoran kejadian itu Muhyiddin terpaksa membatalkan hasrat merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Penampang dan meminta agar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mewakili beliau.

Beliau berkata Muhyiddin kemudian menaiki kereta menuju ke Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata beliau bersyukur kerana semua yang berada dalam helikopter itu terselamat dan tidak cedera.

"Saya okay.. tiada ada-apa yang berlaku," katanya sambil mengakui ini merupakan pertama kali beliau mengalami saat-saat getir pendaratan cemas.

Mengulas tindakan juruterbang, Muhyiddin berkata " Saya fikir beliau (juruterbang) telah melakukan perkara yang betul (mendarat cemas) kerana cuaca buruk pada ketika itu.

Muhyiddin telah menggunakan kemudahan harta kerajaan (helikopter nuri) untuk melakukan kerja-kerja partinya, UMNO bukan untuk melakukan kerja-kerja sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dan biar saja Allah menegur pebuatannya kerana teguran manusia tiada satu pun yang didengar oleh Muhyiddin ini.

Era Najib Altantuya : Sikap SPRM dan PDRM Punca Kekalahan BN Di Permtg Pasir Nanti

Isu tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak secara tidak professional dan adil akan menghukum UMNO BN di Permatang Pasir nanti.

Pakatan Rakyat akan mendedahkan siri siasatan berpilih yang dilakukan oleh kedua-dua badan itu di dalam usaha mereka menjalankan konspirasi merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat bagi pihak UMNO BN dengan melakukan kezaliman ke atas pemimpin parti pembangkang di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

SPRM telah melakukan pelbagai tindakan untuk menekan kerajaan Pakatan Rakyat. Di Selangor umpamanya, kenyataan Pengerusi SPRM stau ketika dulu mengenai kononnya "ada bukti kukuh di dalam isu lembu korban", siasatan ke atas ahli dewan undangan negeri Selangor di dalam isu pembelian bendera bernilai RM2,400 sehingga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock dan yang terbaru mengasari seorang lagi pembantu khas exco sehingga terpaksa dirawta di hospital kerana kecederaan di kaki jelas menunjukkan sikap SPRM yang melampau terhadap Pakatan Rakyat.

Namun siasatan ke atas pemimpin UMNO Selangor tidak dilakukn sekalipun berpuluh aduan telah dibuat di atas salahlaku yang ketara dilakukan oleh mantan Mentreri Besar Selangor, Mohd. Khir Toyo yang melibatkan rtusan juta ringgit.

Begitu halnya dengan Polis Malaysia yang begitu jelas bertindak zalim dengan melakukan siri tekanan ke atas pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat. Kematian A.Kugan dan beberapa orang tahanan yang lain di samping usaha Polis melakukan cover-up terhadap kematian Teoh Beng Hock di bangunan SPRM jelas menampakkan kepada rakyat bahawa PDRM telah bertindak secara wewenangan dengan meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.

Kenyataan terbaru Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengugut Pembantu khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Wong Chuan How yang menurutnya boleh dikenakan tindakan sekiranya siasatan polis terhadap laporan yang dibuat SPRM ke atasnya jelas merupakan satu tindakan tidak professional.

Musa berkata, mengikut peruntukan sedia ada, pegawai SPRM mempunyai hak untuk menahan Chuan How bagi membantu siasatan.

"Mangapa hanya mengugut Wong, sedangkan polis belum menyiasat apa yang sebenarnya berlaku? Mengapa perkara yang sama tidak disuarakan terhadap pegawai SPRM yang melakukan kekasaran ke atas Wong? Di mana professionalisme KPN?" tanya seornag pemimpin PR hari ini.

Ini belum lagi dibicarakan kezaliman polis sewaktu meleraikan perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA yang berlaku di ibu kota awal bulan ini di mana rakyat yang berhimpun secara aman yang telah diberikan pengesahan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah diperlakukan seperti binatang oleh Polis Malaysia dengan tembakan gas pemedih mata, air berasid dan tangkapan rambang ek atas peserta perhimpunan.

Sikap yang ditunjukkan oleh SPRM dan Polis akan menentukan nasib UMNO-BN di pilihanraya kecil Permatang Pasir dan setiap pilihanraya yang lain di mana pendedahan kezaliman mereka akan membuka mata rakyat untuk menghukum UMNO BN sebagai pengajaran kepada kedua-dua institusi yang menjadikan mereka kuda tunggangan UMNO BN.


Era Najib Altantuya : Pemuda UMNO Kehabisan Modal - Latif

Tindakan Pemuda UMNO Kelantan mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan menunjukkan pergerakan itu sudah kehabisan modal untuk menarik sokongan rakyat Kelantan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman menempelak tindakan Pergerakan Pemuda negeri yang mendesak supaya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.

Desakan itu timbul ekoran beberapa kenyataan Nik Aziz yang disifatkan sebagai tidak konsisten.

Menurut Latif, mustahil seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam seperti Nik Aziz menghalalkan tindakan yang menghina agama seperti yang dilakukan pemimpin UMNO.

"Siapa dapat menafikan sikap pemimpin UMNO yang kononnya beria-ria mengutuk penjualan arak secara terbuka di Selangor sedangkan mereka tidak berusaha mengharamkan penjualan minuman keras itu di negeri lain yang dikuasai.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, desakan itu juga menunjukkan UMNO sendiri meyakini Muryidul Am Pas itu sebagai salah satu faktor kekuatan Pas Kelantan sehingga mereka terus mendesak beliau melepaskan jawatan.

“Jika Ketua Pemuda UMNO Kelantan beria-ria mendesak Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan kerana kononnya tidak konsisten, Barisan Nasional (BN) sendiri yang terlebih dulu perlu turun dari tampuk kuasa.

“Bukankah mereka memperkenalkan dasar PPSMI lalu menarik balik pelaksanaannya semula. Dasar itu menyebabkan kerosakan yang jauh lebih besar dari kenyataan Menteri Besar,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian supaya Menteri Besar Kelantan melepaskan jawatannya berikutan mengeluarkan kenyataan tidak konsisten berhubung pelbagai isu terutama yang melibatkan isu politik.

Anuar dilaporkan berkata, tempat Nik Abdul Aziz perlu diganti dengan pemimpin pelapis atau pemimpin muda Pas yang dilihat mampu memberikan pendapat yang lebih konsisten.

Abdul Latiff berkata, sikap Nik Abdul Aziz sepatutnya dicontohi dan dipuji kerana bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkannya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang itu, apabila ada kesilapan terus menarik balik dan itulah sikap pemimpin Islam sebenar.

“Saya yakin kalau difahami maksud Menteri Besar Kelantan dengan ikhlas, semua pihak boleh memahami maksud sebenar beliau.

“Mustahil seorang pemimpin memperjuangkan Islam seperti beliau menghalalkan tindakan menghina agama, pihak yang menghalalkan tindakan menghina agama ialah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri,” katanya.

Abdul Latiff berkata, siapa dapat menafikan sikap pemimpin UMNO yang kononnya beria-ria mengutuk penjualan arak secara terbuka di Selangor sedangkan mereka tidak berusaha mengharamkan penjualan minuman keras itu di negeri lain yang dikuasai. -SH

Era Najib Altantuya : Kenapa SPRM Hanya Gerudi Tiong Dan Tidak Presiden MCA Sendiri?

Banyak pihak menyelar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melalukan siasatan berpilih di dalam skandal PKFZ.

SPRM dilaporkan hanya menyiasat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan yang dibuat terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi bukannya Presiden MCA itu sendiri.

Mstar melaporkan tiga pegawai SPRM datang ke pejabat Tiong di sini pada pukul 2 petang Khamis lalu dan menyoal siasat beliau lebih empat jam.

Peguam Tiong turut berada di situ memandangkan beliau telah diberikan notis mengenai kedatangan SPRM sebelum itu.

Pegawai-pegawai SPRM meninggalkan pejabat tersebut kira-kira pukul 6.30 petang dengan membawa beberapa fail.

Tiong, Ahli Parlimen Bintulu dan juga Setiausaha Agung Parti Demokratik Progesif Sarawak dikatakan telah menyerahkan beberapa fail dan dokumen kepada SPRM berhubung dakwaan yang dibuat beliau.

SPRM memulakan penyiasatan berikutan laporan yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng yang mendakwa Kuala Dimensi yang menjadi kontraktor bagi pembinaan PKFZ terlibat dalam penipuan munasabah, tuntutan tidak berasas dan mengenakan caj berlebihan sehingga jutaan ringgit.

Lee membuat laporan itu berikutan penemuan pasukan petugas khas yang ditubuhkan 10 Jun lalu untuk melihat dari sudut perundangan dan kewangan PKA dan PKFZ.

Difahamkan, SPRM juga menyoal Tiong mengenai dakwaan beliau telah memberi pinjaman RM10 juta kepada Ong.

Selain Tiong yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), SPRM juga telah menyoal siasat dan merekod kenyataan Timbalan CEO Kuala Dimensi, Datuk Faisal Abdullah yang mendakwa Ong telah menggunakan jet syarikat itu tanpa apa-apa bayaran.

Sebelum ini, Dewan Pemuda Pas mendesak SPRM supaya menyiasat dakwaan Tiong bahawa syarikatnya memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat, untuk urusan mesyuarat bahagian parti itu tahun lalu.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, adalah jelas isu ini harus menjadi tumpuan kepada SPRM kerana King Sing secara jelas telah mengeluarkan kenyataan dan mengakui bahawa wang tersebut telah diserahkan kepada presiden MCA itu.

AHli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu turut mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melarang Menteri Pengangkutan dan Datuk Seri Tiong berperang secara terbuka menerusi media mendedahkan lagi pekung yang selama ini disorok oleh Barisan Nasional (BN).

"Percubaan yang baik, Muhyiddin. Tetapi, setelah rakyat mendengar dakwaan Tiong bahawa beliau memberi RM10 juta kepada Ong, kini mereka hendak tahu pula siapa lagi yang mendapat habuan?

"Adakah pemimpin Umno juga dapat duit seperti itu? Adakah mereka mendapat habuan lebih besar?" kata Mohamad Sabu.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai perisytiharan yang jelas bahawa kerajaan BN enggan mengamalkan ketelusan.

"Kalau ada dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan BN kononnya mengamalkan ketelusan, kenyataan Muhyiddin itu dengan jelas membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah pembohongan besar.

"Mereka sebenarnya amat takut kepada ketelusan. Muhyiddin sendiri yang mendedahkan pekung itu," kata Mohamad.

Era Najib Altantuya : Ketua Pembangkang Bukan Untuk Dicerca

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya diberi penghormatan sewajarnya kerana kedudukan beliau yang sah sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen negara dan bukannya dianggap musuh yang mesti dimaki serta dicerca setiap masa.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Anwar mempunyai peranan yang sah dalam sistem demokrasi berparlimen kerana beliau mewakili separuh daripada jumlah pengundi Malaysia (4 juta) yang memilih Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, sebenarnya di negara-negara yang lebih memahami selok-belok demokrasi, tata susila politik m:oden, yang tahu erti peranan yang berbeza antara kerajaan dan pembangkang, Ketua Pembangkang amat dihormati.

"Malah Perdana Menteri di beberapa negara yang matang demokrasi sentiasa menjemput Ketua Pembangkang untuk membincangkan hal negara demi kepentingan umum.

"Mereka ketepikan politik kepartian demi rakyat dan negara... cuma di Malaysia dan Myanmar, pemerintah ghairah nak tangkap pemimpin pembangkang," katanya semalam sebagai mengulas tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Berikutan laporan muka depan sebuah akhbar, kemudiannya Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar notis tuntutan maaf dan ganti rugi RM100 juta.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya menjelaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada :Anwar yang mahukan beliau menarik balik kenyataan yang dibuat semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat, Johor itu.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, katanya, ia menjadi pengukur sejauh mana kejayaan 'taktik kotor' UMNO dan BN yang selalu digunakan terhadap lawannya.

"Selepas pilihan raya kecil Manek Urai, UMNO kembali sombong seperti dulu; mereka yakin ada peluang dan ada 'formula Manek Urai'. Kita harap pengundi menolak mereka," katanya. -SH

Era Najib Altantuya : Salleh Man Yakin Pertahan Kerusi Permatang Pasir

Calon Pas Dun N11 Permatang Pasir, Mohd Salleh Bin Man, 52, yakin Pakatan Rakyat akan berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri meskipun berhadapan dengan pelbagai jentera kerajaan dalam pilihanraya kecil ini.

Dalam satu temubual bersama TVAntara, Salleh berkata beliau percaya kerjasama erat dalam Pakatan Rakyat akan memastikan kemenangan berpihak kepada Pas. Menurutnya, mempertahankan kerusi ini hanya akan berjaya sekiranya semua pihak meneruskan semangat kerja yang tinggi dan persefahaman yang utuh.

"Kita bukan sahaja berhadapan dengan Umno tetapi dengan jentera kerajaan seperti yang sedia maklum oleh semua pihak. Kita perlu satu semangat dan kerja kuat dalam keadaan mereka menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan dan media masa untuk memburukkan parti lawan.

"Dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan selama ini dan hubungan satu pasukan yang dianggap sudah terjalin begitu erat, kita berkeyakinan hubungan ini akan melahirkan satu Impak yang besar.Gelombang kesedaran di kalangan rakyat masih kuat. Oleh sebab itu kita yakin dengan hubungan setiakawan itu akan menghasilkan natijah kita mencapai kemenangan,"ujarnya.

Kata beliau, Umno tidak mempunyai isu untuk dibawa dalam pilihanraya kecil itu sebaliknya membawa isu pembangunan sepertimana dalam pilihanraya kecil di Manek Urai. Janji pembangunan dan sogokan projek mee segera yang menjadi amalan Umno-BN tidak akan berkesan dalam pilihanraya kali ini memandangkan Permatang Pasir sudah mempunyai tahap prasarana dan kemudahan yang baik.

"Dari segi kapasiti peduduk, Permatang Pasir pingiran bandar dan dari segi pembangunan sudahpun wujud, dari segi pembangunan dan infrastruktur, kehidupan dan pekerjaan di dun kawasan Permatang Pasir sudahpun dianggap lengkap. Cuma kita mahu meneruskan agenda untuk memperbanyakkan lagi khitmad, kebajikan ban membantu mereka yang memerlukan pembelaan,"ujarnya.

Menurutnya, sekiranya beliau diberi kepercayaan oleh pengundi untuk berkhidmat di kawasan itu, beliau akan meneruskan agenda yang telah dilaksanakan oleh Adun Pas terdahulu, Allahyarham Mohd Hamdan Abd Rahman.

Beliau mengharapkan sokongan berterusan di kalangan pengundi di Dun Permatang Pasir sepertimana yang diberikan kepada Mohd Hamdan yang berkhidmat dengan baik selama tiga penggal di kawasan itu.

"Bila dipilih sebagai calon saya merasa tanggungjawab untuk pikul dengan amanah yang telah diberi kepada kita apatah lagi apabila mendapat kepercayaan di kalangan pengundi, sudah tentu kesinambungan penerusan kerja yang ditinggalkan oleh arwah dulu diteruskan. Saya insyaalah akan berusaha seperti mana yang pernah dilakukan oleh YB Hamdan dan meneruskan perjuangan beliau,"katanya.

Beliau berkata rakyat khususnya di Permatang Pasir sudah menyedari strategi yang digunakan oleh Umno dan BN dengan memperalatkan media bagi mengelirukan rakyat. Justeru itu, antara strategi yang beliau tekankan adalah mendekati golongan belia dengan maklumat sebenar politik dan sosial hari ini.

"Bukan sekadar pengundi Permatang Pasir yang maklum dengan penipuan yang dilakukan oleh Umno dan BN, bahkan di seluruh negara. Gambaran yang dibuat menimbulkan prasangka tetapi rakyat sudah mula menyedari khususnya di kalangan generasi muda. Saya ingin menarik perhatian pengundi muda dan saya percaya mereka sudah sedar untuk menghadapi perubahan,"ujarnya.

Salleh, atau nama penuhnya Mohd Salleh bin Man Mat AJi, lahir di Permatang Sungai Dua, mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan Permatang Buluh, Kepala Batas.

Di peringkat pengajian tinggi, Salleh merupakan lulusan sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya.Beliau mempunyai lima orang anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Siti Fatimah Othman, 42.

Selesai tamat pengajian, beliau bertanding dalam pilihanraya pada 1986 sebanyak enam kali di Dun Sungai Tua, Parlimen Tasik Gelugor, Dun Pinang Tunggal dan Dun Permatang Berangan.

Di dalam Pas, Salleh memegang jawatan penting bermula dari Ketua Pemuda Pas cawangan Sungai Dua dan pernah menjawat jawatan YDP Pas Kawasan Tasek Gelugor, Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang dan Ketua Dewan Ulama Pas Pulau Pinang. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri sebelum dipilih menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang. -TVA




Era Najib Altantuya : Kempen Kumpul Tandatangan Burukkan Anwar Tiada Sambutan

Orang ramai yang lalu lalang dihadapan bangunan UMNO berhampiran Jalan Batas Baru, K.Trengganu tidak pun peduli kepada sebuah kanopi yang dipasang ditepi jalan itu.

Apatah lagi mahu ambil pusing, melihat ‘banner’ yang direntangkan pada kanopi itu atau mahu melihat apa yang berlaku dibawah kanopi.

Kelmarin, tinjauan Buletin Online mendapati hanya 3 orang sahaja yang ‘duduk’ bersembunyi dalam kanopi itu, tidak ada kempen, tidak ada risalah yang diedarkan kepada orang ramai.

Isu ‘Anwar Pengkhianat’ kali kedua baru-baru ini dicetuskan kembali oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyidin Yassin, yang juga pernah menjadi rakan karib dan sekutu Anwar ketika dalam Umno.

Pada 2 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.

Muhyidin menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.

Muhyiddin berkata, Anwar selaku Ketua Pembangkang kini menyebarkan dakyah untuk mencipta persepsi negatif terhadap usaha UMNO dalam mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan institusi raja.

“Dia kata kepada semua orang bahawa UMNO zalim, tetapi beritahu saya sekarang dalam cara apa yang kita zalim? Kenapa dia tidak beritahu ini semasa dia jadi pemimpin kita?” kata Muhyidin ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Tiadanya sambutan kempen tandatangan yang dianjurkan oleh Puteri dan Pemuda UMNO Terengganu membuktikan bahawa isu ulangan ‘Anwar Pengkhianat’ tidak mendapat perhatian.

Sebelum ini pada tahun 2007, Akhbar Harian The Star, bertarikh 3 Ogos 2007, melaporkan bahawa naib ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaludin melabelkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah mengetuai Pergerakan tersebut sebagai pengkhianat kepada perjuangan Melayu.

Malahan di dalam pengakuannya, Khairy berkata bahawa Anwar ialah satu alat yang digunakan oleh Amerika Syarikat dan Yahudi dan dia harus di buru sehingga tiada lagi tempat untuknya melarikan diri.

Khairy juga menegaskan bahawa tindakan Anwar untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah semata-mata untuk memenangi sokongan bukan Melayu dan Pergerakan Pemuda amat marah dengan tindakan tersebut.

Cubaan kali kedua UMNO menggunakan isu ‘Anwar Pengkhianat’ menunjukkan UMNO benar-benar sudah tidak ada modal politik yang boleh digunakan, kecuali menggunakan isu ‘racist’ ataupun perkauman.

Buktinya, negeri Terengganu yang mempunyai majoriti, lebih dari 95% penduduknya terdiri dari kalangan orang Melayu, kelihatannya tidak juga ‘termakan’ dengan umpan ‘perkauman’ UMNO. -buletinonline