9 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : 1 Ogos Dedahkan Kebebalan UMNO

Umno sudah lama berpolitik. Namun parti tersebut tidak faham apa dia politik. Ini dapat kita lihat dari apa yang berlaku semasa perhimpunan rakyat menentang ISA pada 1 hb Ogos yang lalu.

Umno fikir dengan menggunakan polis untuk menyuraikan dengan ganas perhimpunan aman rakyat tersebut ia akan mendapat keuntungan politik. Umno fikir rakyat akan takut dan gentar dengan pihak polis justeru itu tidak akan berani hadir di perhimpunan aman tersebut.

Tidak keterlaluan kalau kita katakan himpunan tersebut dihadiri ramai rakyat kerana promosi besar-besaran dari pihak polis di media-media arus perdana. Apabila pihak polis memberi amaran supaya rakyat tidak memyertai perhimpunan aman tersebut, ia dikira satu promosi percuma dari pihak polis. Untung pihak penganjur kerana tidak perlu membayar sewa iklan kepada TV3, RTM dan Utusan.

Walau apa pun niat polis, apa yang jelas semakin banyak polis memberi amaran dan ancaman , semakin ramai pula kehadiran orang ramai dalam perhimpunan aman tersebut. Untuk itu kita patut berterima kasih pada pihak polis dan juga Umno !!

Selepas kejayaan perhimpunan Bersih sebelum Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu, rakyat kini tidak lagi gentar dengan amaran polis. Sebab itu kita dapat lihat meskipun gerak kerja bagi menghimpun rakyat untuk menyertai perhimpunan menentang ISA tidak dilakukan dalam tempoh yang lama ( tidak seperti perhimpunan Bersih ) namun semua dapat melihat betapa ramai rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik hadir bagi menunjukkan protes mereka ke atas ISA yang zalim tersebut.

Semasa saya hadir di Balai Polis Bukit Jalil pada malam tersebut bagi bertemu dengan mereka yang ditangkap datang seorang lelaki memaklumkan kepada saya bahawa hanya beliau sahaja yang tidak ditahan pada hari itu sedangkan isteri, empat orang anak perempuannya dan seorang menantu lelakinya semuanya ditangkap polis. Beliau tidak sedih sebaliknya berbangga dengam mereka semua.

Tindakan ganas pihak polis ke atas rakyat yang berhimpun tanpa senjata hanya menguntungkan Pakatan Rakyat ( PR ) dan merugikan Umno. PR bukan parti yang sempurna tetapi kebersamaan tiga parti yang menganggotai PR tersebut menentang ISA memberi harapan baru kepada rakyat tentang masa depan demokrasi dalam negara ini. Tindakan ganas pihak polis bermakna Umno sanggup melakukan apa sahaja dan menggunakan sesiapa sahaja bagi mengekalkan ISA yang zalim tersebut.

Jika Umno cerdik sedikit, ia akan membenarkan perhimpunan aman tersebut berjalan dengan aman tanpa berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini. Paling lama perhimpunan aman akan berlangsung adalah setakat 3 jam jika tidak diganggu polis.

Jika Umno tidak gunakan ( baca : salahguna ) pihak polis untuk mengganggu hak rakyat untuk berhimpun secara aman sudah tentu Umno akan mendapat pujian dari dalam dan luar negara. Ramai yang akan memuji Najib kerana demokrasi dilihat hidup sedikit di eranya. Namun Umno, sebagai parti yang terkenal dengan kejahatannya, tidak mahu dan tidak senang dilihat baik. Ia lebih senang dilihat sebagai parti yang terus menerus jahat dulu, kini dan selamanya.

Perhimpunan raksasa I hb Ogos yang lalu mengesahkan rakyat telah berubah dan Umno terus tidak berubah. Umno dan agen-agennya seperti polis, media pro Umno dan Peguam Negara masih terus berada ditakuk lama.

Setiap kali ada perhimpunan aman besar-besaran, polis yang tidak berubah ini akan terus menerus menggendangkan lagu dan irama yang sama dan lama - perhimpunan haram kerana tidak ada permit, rakyat jangan hadir, kalau hadir akan ditangkap !!!

Media pro BN seperti TV3 yang juga tidak pernah berubah akan juga menyiarkan berita menggunakan teknik pemberitaan yang lapok - menemuramah para peniaga yang kononnya tidak suka rakyat berhimpun kerana ia akan menjejaskan pendapatan mereka.

Tidak pernah TV3 terfikir untuk menyiarkan berita yang adil iaitu jika perhimpunan aman tersebut dapat berjalan dengan aman tanpa gangguan pihak polis sudah tentu ia akan menguntungkan para peniaga apabila mereka yang hadir ke perhimpunan aman tersebut akan singgah ke gerai-gerai dan kedai-kedai peniaga tersebut selepas berakhirnya demonstrasi aman tersebut. Ilmu ekonomi mana TV3 pakai, para peniaga di KL tidak mahu orang ramai berkunjung ke KL !!!

Kini TV3 dan pemimpin Umno sibuk mencanangkan kisah para peniaga untuk menyaman Gerakan Mansuhkan ISA ( ISA ). Saya tak tahu siapa yang menjadi penasihat kepada para peniaga tersebut, tetapi yang jelas adalah para peniaga tersebut nampaknya sedang dikhayalkan dengan mimpi Mat Jenin.

Saya tidak tahulah kalau undang-undang dah dipinda. Tetapi yang saya tahu menyaman satu badan yang tidak berdaftar seperti GMI adalah kerja sia-sia. Kalau benar peniaga hendak menyaman mereka sepatutnya dinasihati dengan jujur bahawa peluang untuk mereka mendapatkan pampasan dari pihak polis adalah lebih baik sekiranya mereka menyaman polis. Saranan Prof Khoo Kay Kim supaya rakyat menyaman pihak polis adalah lebih munasabah daripada nasihat busuk pemimpin BN supaya peniaga menyaman GMI.

Peguam Negara yang tugas utamanya adalah mendakwa penjenayah sebenar juga tidak pernah berubah setiap kali ada perhimpunan aman. Mereka akan berhempas pulas mencari jalan bagaimana mahu mendakwa rakyat yang tidak berdosa. Maka timbullah pendakwaan yang tidak masuk akal.

Sebagai contoh 13 orang wira Unit Amal ingin didakwa kerana terlibat dalam pertubuhan haram. Pendakwa raya yang tidak cerdik mendakwa Unit Amal adalah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar. Lihatlah betapa jahilnya pihak Pendakwa.

Unit Amal adalah satu unit kecil di dalam PAS. Memandangkan PAS adalah parti yang sah di bawah Akta Pertubuhan, maka menurut undang-undang mana-mana unit, lajnah atau biro di dalam parti tersebut juga adalah dikira sah dan tidak perlu didaftarkan.

Kalau ikut "logik gila" Peguam Negara sudah tentu parti politik tidak akan mempunyai apa -apa biro atau lajnah bagi menggerakkan parti tersebut sebab semuanya tidak sah kerana tidak berdaftar termasuklah biro-biro dalam Umno.

Untuk rakyat yang berhimpun tersebut ingatlah sedikit penderitaan yang kita alami dari semburan gas pihak polis tidak akan sama dengan penderitaan mereka yang ditahan dengan zalim oleh rejim zalim yang menggunakan Akta yang zalim ! -peguampas (Mohd Hanipa Maidin)

Era Najib Altantuya : 4 Gagasan Untuk Pakatan Rakyat - Zaid Ibrahim

Semalam Di Kangar

Saya telah dijemput oleh Sdr Johari Shafie dan badan perhubungan Parti Keadilan Rakyat Perlis untuk berceramah di Kangar pada malam semalam (8 Ogos). Apa yang menarik hati saya adalah minat dan semangat yang ditunjukkan oleh KeADILan Perlis, walau pun setakat ini belum memenangi sebarang kerusi dan kini sedang dalam proses untuk menambah jumlah ahli.

Saya gembira melihat kesungguhan dan komitmen. Saya juga berkesempatan berkenalan dengan Sdr Firdaus, seorang anak muda dari Pulau Pinang yang aktif dan berminat dalam politik. Memang cabaran besar dan tidak mudah bagi KeADILan untuk mencari pengaruh dalam masa yang singkat.

Tetapi saya melihat bahawa KeADILan semakin bertapak di hati rakyat hari demi sehari. Itulah masa depan KeADILan kerana daya tarikannya adalah “keadilan”. Bukan sahaja di Perlis tetapi di mana-mana juga, rakyat khususnya orang Melayu yang berkelayakan dan berpengalaman sudah “masak” benar dengan UMNO yang semakin celaru.

Mereka yang sedar sudah sedia untuk berhijrah mencari wadah perjuangan yang lebih sesuai untuk semua; malah lebih baik dari UMNO dalam menjamin hak dan kepentingan orang Melayu. Melayu dan bukan Melayu di bandar dan luar bandar kini menaruh harapan supaya KeADILan dapat memperjuangkan dasar yang konkrit dan bernas.

Malam saya di Kangar, saya berucap ringkas mengenai betapa mustahaknya kita mengutamakan isu-isu penting dalam mengukuhkan KeADILan di samping menjayakan Pakatan Rakyat. Dalam politik, memang tak boleh dielakkan, akan ada bermacam isu dan karenah pemimpin serta ahlinya. Kalau tak berhati-hati, kita boleh tenggelam dek kekalutan menyelesaikan tomahan, kehendak dan desakan pihak-pihak yang tidak berpuas hati. Dalam keadaan yang kalut ini, kita sering lupa perkara-perkara yang mustahak serta perjuangan pokok kita. Bagi saya, itu cara yang merugikan.

Saya mencadangkan supaya kita semua dalam Pakatan Rakyat menentukan focus kita dan mengenal pasti perkara-perkara pokok yang boleh dan patut dipersetujui bersama.

Sesudah itu kita gubal dasar dan perancangan yang akan kita laksanakan apabila diberi mandate oleh rakyat untuk mentadbir negara nanti. Dengan cara ini rakyat boleh menilai parti atau gagasan mana yang lebih berupaya untuk menerajui kerajaan pusat. Jika kita tidak bergerak sekarang, sampai bila-bila pun kita akan terkandas dengan remeh politik.

Saya mencadangkan empat (4) perkara pokok, iaitu:

Pertama, Pakatan Rakyat mesti sanggup menyatu padukan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama. Pakatan rakyat mesti hidup dan kembalikan impian Tengku Abdul Rahman dan pemimpin kemerdekaan yang lain. BN telah gagal dalam hal ini. Pakatan mesti menolak amalan diskriminasi antara rakyat dengan menggubal satu undang-undang anti-diskriminasi. Ini sahajalah yang boleh menyelamat dan memajukan negara kita.

Perlu saya tegaskan bahawa cadangan ini tidak menjejaskan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera secara khusus yang telah ditetapkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Rang undang-undang yang saya cadangkan ini adalah untuk diskriminasi yang tidak tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan. Jangan kita dengar fitnah UMNO dan Utusan. Rakyat bukan Bumiputera sejak Merdeka tak pernah menuntut supaya Perkara 153 dihapuskan. Itu adalah persefahaman rakyat antara kaum di Malaysia.

Dengan itu, Pakatan Rakyat akan terus membela keistemewaan bumiputra dan dalam masa yang sama menjamin hak bukan Melayu sebagai rakyat Malaysia. Rang undang-undang yang saya cadangkan ini adalah untuk memastikan orang Cina dan India tidak boleh mendiskriminasi orang Melayu, dan Melayu dan kerajaan Melayu tidak boleh mendiskriminasi Cina dan India serta kaum-kaum lain.

Maksudnya tiada siapa boleh buli atau tindas sesiapa kerana kita akan mempunyai undang-undang yang akan menghalang kezaliman itu. Hanya hal spesifik yang termaktub di bawah Perkara 153 akan terus dikekalkan. Kita tahu Perdana Menteri yang beria-ia dengan 1Malaysia tidak berani dan tidak sanggup menerajui UMNO untuk bersetuju dengan cadangan ini. Hanya Pakatan Rakyat akan mampu melaksanakannnya.

Kedua, Pakatan Rakyat mesti menggubal satu dasar ekonomi yang mempuyai ciri-ciri “safety net” iaitu menjamin perlindungan kepada rakyat berpendapatan rendah untuk memperolehi pendapatan yang cukup, kemudahan pemilikan tanah dan rumah, bekalan makanan dan kemudahan asas yang lebih baik dari apa yang dijanjikann oleh BN sekarang. Negara kita bukan negara miskin. Malah kita semua sepatutnya hidup makmur dan sejahtera kalau kita kurangkan pembaziran dan kebocoran kerana rasuah dan penyelewengan. Pakatan tetap komited untuk basmi rasuah kerana kita sedar negara akan mempunyai cukup wang bagi membiayai peruntukan-peruntukan ini.

Ketiga, Pakatan Rakyat mesti menggubal dasar pelajaran yang lebih sesuai dengan keperluan negara supaya orang Melayu dan kaum Bumiputera khususnya mempunyai bakat dan kemampuan untuk lebih mampu bersaing atau kompetitif. Saya lihat sistem pelajaran sekarang hanya menumpukan kuantiti dan bukan kualiti, selain Menteri yang selalu cakap besar sahaja. Antara cadangan saya ialah kajian yang menyeluruh untuk memperbaiki kelemahan mata pelajaran yang diajar, mutu guru dan tenaga pengajar termasuk dasar pemilihan kemasukan mereka untuk dilatih sebagai guru serta penglibatan ibu bapa dengan pihak sekolah untuk menentukan mutu pelajaran yang terbaik kepada anak-anak kita. Kita tahu bajet pelajaran amat besar tetapi ke mana perginya wang itu semua jika anak-anak kita masih tidak mendapat pendidikan yang baik di sekolah, kolej dan universiti. Rombakan besar-besaran perlu dibuat dari peringkat tadika hingga ke institut pengajian tinggi.

Keempat, Kerajaan Pakatan Rakyat mesti bebas dan tidak sentiasa menakutkan rakyat. Ia perlu bersikap terbuka dalam mendengar dan menerima kritikan rakyat. Ini hanya boleh berlaku dengan mewujudkan kerajaan yang demokratik dan bebas. Ini bererti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak serta melonggarkan peruntukan yang memberi terlalu banyak kuasa kepada pihak berkuasa seperti yang terkandung dalam Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan dan banyak lagi undang-undang yang tidak mesra rakyat. Ini juga bererti institusi kerajaan seperti Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Mahkamah perlu reformasi besar supaya mereka lebih adil, jujur, profesional dan berkemampuan untuk menjaga kepentingan rakyat. Hari ini kebanyakan institusi dilihat sebagai alat kerajaan dan bukannya badan melindungi rakyat. Negara yang berteraskan undang-undang atau mengamalkan “rule of law” mampu menggubal undang-undang yang adil dan saksama supaya rakyat dapat merasai dan memahami erti sebenar keluhuran undang-undang.Penubohan Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court juga perlu dipertimbangkan.

Saya yakin apabila Pakatan Rakyat bersetuju dengan matlamat pokok di atas, keyakinan orang ramai akan bertambah. Ia akan membuat para pemimpinnya sibuk berusaha mengisi matlamat tersebut dan tidak akan ada masa untuk bertengkar dalam hal yang remeh-temeh. Apabila kita tumpukan usaha kita kepada soal dasar dan pokok, maka mudahlah kita menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan oleh sesetengah pemimpin dalam Pakatan. Dan UMNO sukarlah sadikit untok masok jarum. Dengan itu, rakyat terutamanya orang Melayu tidak akan mudah termakan fitnah UMNO dan Utusan yang kini rancak untuk memecahbelahkan perpaduan kita. Akhirnya rakyat sendiri akan menolak hasutan perkauman Utusan yang cuba membakar api perkauman Melayu.

Kalau kita tumpukan kepada perkara pokok, rakyat juga akan merasa selesa bahawa Pakatan Rakyat bukan hanya parti “anti ISA” sahaja. Rakyat ingin melihat gabungan alternatif yang mampu memerintah dengan adil dan dalam masa yang sama memajukan negara kita. Rakyat mahu melihat bagaimana kita mampu menubuhkan kerajaan. Pakatan Rakyat mesti menjadi gagasan yang ada isi atau “substance” dengan dasar yang baik dan berani. Rakyat tidak mahu melihat Pakatan sebagai kumpulan yang hanya berkerjasama sewaktu pilihan raya, tetapi masing masing mempunyai perjuangan politik yang usang saperti UMNO. Mereka mahu melihat mulai sekarang bayangan dasar kerajaan Pakatan yang mampu mengisi dan menggantikan yang sedia ada. Pemerintahan negara secara UMNO dan BN sudah semakin tidak disukai ramai. Jadi kita dalam Pakatan perlu bertanggunggjawab menyahut seruan dan harapan rakyat. Kita buktikan Muhiyuddin salah bila dia kata Pakatan akan hancur tahun depan.

Saya bersyukur kerana pertemuan saya dengan kawan-kawan di Kangar pada malam itu banyak memberi saya inspirasi yang sebenarnya diilhamkan sendiri oleh rakyat yang mahukan perubahan baik untuk negara kita. Dari aspirasi rakyat, saya tahu mereka kadang-kadang bosan dengan telatah sesetengah pemimpin Pakatan tetapi jiwa mereka tetap mahu kepada kerajaan alternatif yang lebih baik dari UMNO dan BN. Inilah cabaran buat Pakatan. -myzaidibrahim

Era Najib Altantuya : Najib Nak Rampas Selangor

Umno tidak dapat menyembunyikan keinginan untuk merampas semula Selangor dari tangan Pakatan Rakyat dan ini dapat dikesani dari kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata beliau mahu Selangor dikembalikan semula kepada Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya akan datang kerana negeri itu adalah nadi negara.

Maka tidak hairanlah segala usaha dilakukan oleh UMNO BN sehingga sanggup memperkudakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menekan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor semata-mata untuk memenuhi missi dan visi itu.

Najib menyedari pemerintahan di pusat tidak mempunyai makna apa-apa bila Selangor, negeri yang termaju di Malaysia tidak dikuasa oleh UMNO.

Perdana Menteri berkata, peluang untuk BN kembali berkuasa di Selangor tetap ada dengan syarat parti komponen sudah insaf dan menyedari kekurangan diri dan sanggup berubah.

Yang paling ketara Datuk Seri Najib sendiri kini menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan akan mengaturkan strategi-strategi untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

SPRM begitu jelas melakukan tekanan-tekanan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sedangkan segala kepincangan dan rasuah di zaman pemerintahan UMNO BN di bawah pimpinan Khir Toyo didiamkan.

Era Najib Altantuya : Polemik Pengkhianat Melayu - Petanda Pilihanraya Umum Bakal Menjelang.

AAngkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu 'Pengkhianat Melayu' mutakhir ini. Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.

Berdasarkan kepada analisis trend, AMK yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. Dan ini juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang dijadualkan akan diumum oleh SPR esok, 10 Ogos 2009.

Polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri Najib yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara gentleman dan terbuka. AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2009 lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat.

Label pengkhianat berterusan dicop ke atas batang tubuh Datuk Seri Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej Datuk Seri Anwar, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempena Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai yang lepas. Tetapi kaedah serangan karakter yang begitu agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod, serangan bertalu-talu terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang lalu di mana ternyata strategi UMNO/BN telah memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat !

Bukanlah sukar untuk mengenal siapa pengkhianat Melayu.

- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?
- Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
- Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?
- Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?
- Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?
- Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?
- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?
- Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?

Soalan-soalan ini jika dijawab hanya akan disimpulkan dengan satu jawapan, iaitu Umno. AMK percaya apa yang berlaku kini bukanlah masyarakat Melayu yang berada di persimpangan, sebaliknya Umnolah yang berada di persimpangan: samada berubah ataupun rebah di tangan rakyat. Tidak timbul soal Melayu berpecah, sebaliknya yang berlaku ialah peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada Umno kepada Pakatan Rakyat.

AMK menyarankan agar Umno bertaubat daripada memainkan sentimen perkauman yang dahsyat ini. Hakikat menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu tidak mudah lupa dan tidak akan lupa dengan segala penyelewengan dan politik adu-domba tajaan Umno yang kini semakin nazak dan gusar untuk berhadapan dengan rakyat.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Era Najib Altantuya : Bila Mat Sabun Dibawa Belayar

Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Itulah yang mendorong sahabat dan mentor saya Haji Hashim Omar yang sudah berusia hampir 70 tahun menerima pelawaan saya untuk menyertai Misi Royalti 2009 ke Pelantar Cakrawala menaiki bot nelayan pada 4 hb Ogos yang lepas. Haji Hashim tidak langsung meminta sedikit masa untuk berfikir sebaliknya, terus menjawab “Ya, Ana ikut,”

Saya kemudian cuba bergurau dengan Haji Hashim sambil berkata, “Tapi Abe Haji, kita kat tengah laut ni, kalau mati mayat kita tu tak bawak kelik ke darat dah, pakai kebumi dalam laut je”. “Allah Pok Sheik, kita kalau mati di atas katil pun kalau takdir tok dijumpa orang, berulat situ tak kebumi mayat kita”. Jawab Haji Hashim.

Itulah semangat seorang bekas wakil rakyat PAS dan aktivis rakyat yang pernah melalui pelbagai kemelut naik dan turun dalam mempertahankan hak buat yang berhak.



Trip to Cakrawala_0044Haji Hashim sedang mengambil gambar ketika bot mula mudik pulang ke jeti setelah lebih 26 jam meredah samudera.

Tetapi sudah tentu mereka yang dari kecil tidak pernah diajar berusaha akan merasakan satu usaha kecil sahaja sudah satu misi menyabung nyawa. Itulah mentaliti UMNO hari ini. Itulah mentaliti segelintir wartawan yang sudah lama makan bersuap oleh konglomerat milik UMNO.

Maut ada dimana-mana. Saya sendiri lebih rela bertemu maut di kancah pertempuran daripada berdepan maut disebalik selimut ditilam empuk.

Tulisan wartawan Kosmo, Mohd. Khairi Mohamad menampakkan mentaliti pemiliknya iaitu UMNO yang sudah lupa daratan. Kalau sekadar 26 jam perjalanan di samudera kecil ini bersama 30 orang sudah dianggap satu misi menyabung nyawa, maka bagaimana dengan kehidupan para nelayan laut dalam kita?

Adakah hari-hari nelayan laut dalam kita membunuh diri dengan keluar ke laut lepas dengan lima orang tenaga mencari rezeki dan 3 ke 4 hari baru pulang.

Kalau bot yang membawa kami itu dianggap daif dan serba kekurangan sehingga boleh membahayakan, seharusnya mereka menginsafilah kehidupan para nelayan kita yang hari-hari berdepan dengan kedaifan itu walaupun sudah lebih 50 tahun teraju Kementerian Pertanian disandang oleh Menteri dari UMNO.

Mungkin kerana bagi UMNO ini adalah misi bunuh dirilah maka sebab itu Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pembangkang Dewan Negeri Kelantan YB Alwi Che Mat dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Mustapha Mohamed takut hendak ikut serta didalam misi ini.

Sepatutnya wartawan Khairi Mohamad masukkan statistik berapa ramai yang terkorban atau terlantar di hospital setelah menyertai Misi Royalti 2009 ke Pelantar Cakrawala tempoh hari.

Trip to Cakrawala_0123Bot Kami sedang meredah Laut Cina Selatan

Trip to Cakrawala_0091Wartawan TVPAS, Harakah dan Urusetia Penerangan Negeri Kelantan sedang menjamu buah dokong 100 kilometer di tengah lautan.

Trip to Cakrawala_0191Blogger Fauzi dari Perisik Rakyat dan wartawan TVANTARA sedang beraksi ala “The Deadliest Catch” Ketika bot kami deihempas ombak.

Benarlah tulisan saya sebelum ini, perjuangan membela agama, bangsa dan negara sudah luput dalam UMNO. Yang ada hari ini hanyalah perjuangan untuk menikmati hasil pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.

Kesimpulannya, Misi ini sudah satu kejayaan kerana setidak-tidaknya bagi kamus UMNO, mereka kini sedar bahawa warga Malaysia bersedia menempuh maut untuk mendapatkan apa yang mereka perjuangkan. Dengan itu mereka juga harus sedar, misi yang mereka angap misi maut itu baru sebutir garam dilautan luas. Perjalanan dan kesanggupan kami rakyat Malaysia menuntut hak kami masih jauh. Maka UMNO patut takut. UMNO patut benar-benar takut.

UMNO dan Khairi Mohamad patut segera menarik selimut bersembunyi disebalik tilam empuk mereka kerana kami pasti datang, Perjuangan kami sekadar baru bermula.

Kepada Mohd Khairi Mohamad, kembalilah ke pangkal jalan. Keluarlah dari kepompong mentaliti subsidi yang memusnahkan orang Melayu selama ini.

Hidup mati, ajal maut dan tanah perkuburan biarlah Yang Maha Pencipta menentukannya. Penentuan buat kita ialah kita, ‘Tidak akan sekali-kali rela berputih mata, untuk itu, kita bersedia berputih tulang bila-bila masa sahaja!”.

Akhir sekali, saya tidak akan lupakan senyuman kepuasan yang melirik di wajah Haji Hashim waktu kami bertemu semula di jeti setelah dipisahkan oleh pembahagian peserta sebelum bertolak ke Cakrawala. (Haji Hashim menaiki bot nelayan bersama aktivis-aktivis parti dan saya menaiki bot nelayan bersama rakan media dan blogger.) Bila saya naik ke jeti, saya melihat Haji Hashim sudah duduk di belakang VIP dan orang ramai yang menyambut kepulangan kami.

Haji Hashim tersenyum lebar, “lagu mano Pok Sheik, tok mabuk?” tanya Haji Hashim sebelum saya sempat bersuara. “Mabuk jugok sikit-sikit, Abe Haji?” “Ana tak mabuk”, katanya sambil bingkas bangun dengan gaya anak muda berusi 21 tahun.

Perlahan-lahan kami berdua berjalan ke kereta yang terletak lebih 2 kilometer dari jeti.

Patah Sayap Terbang Jua! -kickdefella






Era Najib Altantuya : Demonstrasi Bukan Budaya Anwar

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Hussin Ali menyangkal kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman blognya, chedet.co.cc yang mendakwa, keterlibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik mengakibatkan demonstrasi jalanan yang kerap diadakan di negara ini.

Beliau berkata, Dr Mahathir tidak berhak berkata sebegitu sekiranya beliau tahu fakta sejarah sebelum ini.

Menurutnya, sejarah membuktikan segalanya yang mana sebelum Anwar dilahirkan lagi, berlaku tradisi perhimpunan aman, demonstrasi dan sebagainya.

“Sebagai bekas Perdana Menteri, beliau sepatutnya tahu semua itu sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Sama ada beliau lupa sejarah atau sengaja melupakan sejarah itu, saya kurang pasti. Tapi, apa yang saya lihat segala bentuk kenyataan dalam blognya itu lebih kepada wujudnya perasaan benci dan takut pada Anwar sekiranya Anwar berkuasa di negara ini.

“Bila sudah ada perasaan takut, mulalah Dr Mahathir menyalahkan orang lain dalam segala hal dan nampaknya, kesalahan itu di tujukan kepada Ketua Umum PKR itu,” katanya ketika diminta mengulas petikan Dr Mahathir menerusi laman blognya.

Antara petikan itu, “Walaupun Anwar bukan pengasas demonstrasi jalanan tetapi sejak dia memasuki politik, taktik memperalat orang untuk menjayakan dirinya melalui demonstrasi jalanan kerap diguna olehnya. Ia memuncak apabila disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tiap minggu demonstrasi diadakan”.

Dr Syed berkata, segala yang diperkatakan oleh Dr Mahathir mengenai Anwar, tidak akan memberi pengaruh besar pada pengikut Anwar.

“Blog Dr Mahathir sudah tentu dibaca oleh semua orang termasuklah pengikut Anwar.

“Sehubungan itu, saya percaya mereka tidak akan terpengaruh dengan kata-kata Dr Mahathir. Dakwalah apa sahaja, pengikut Anwar tetap setia padanya.

“Masakan tidak, setiap kali perhimpunan mahupun demonstrasi diadakan, ramai pengikut Anwar turut serta dan ini membuktikan Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dan pengikutnya tetap setia padanya,” katanya. - SH

Era Najib Altantuya : PRK Permatang Pasir Di Bulan Ramadhan?

Desas-desus menyatakan pilihanraya kecil DUN permatang Pasir akan diadakan pada bulan ramadhan semakin bertiup kencang.

Bernama melaporkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil itu diadakan pada bulan puasa, ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana pilihan raya kecil DUN Lunas sebelum ini berlangsung pada bulan berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu sekiranya SPR mengumumkan untuk mengadakannya pada bulan Ramadan.

Tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan diputuskan SPR Isnin ini.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS, akibat sakit jantung minggu lepas.

Dalam satu perkembangan berasingan Pakatan pembangkang dijangka mengumumkan calon mereka bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Khamis depan, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali pada hari Sabtu.

Katanya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon berkenaan.

"Kami akan mengumumkannya secepat mungkin, berkemungkinan pada 13 Ogos selepas mesyuarat pemimpin pakatan pembangkang, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Tarikh penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan diputuskan Suruhanjaya Pilihan raya Isnin ini.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS, akibat sakit jantung minggu lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Mohd Hamdan yang menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal sejak 1999, memperoleh 11,004 undi menewaskan calon Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Era Najib Altantuya : Zambry Pengecut - PKR

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai pemimpin ‘pengecut’ dan tidak menghormati hak rakyat kerana mempunyai pendirian berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan membenarkan sesuatu perhimpunan aman dilakukan di stadium.

Zambry dipetik sebagai berpendapat, perhimpunan menuntut pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal diadakan di Stadium Perak anjuran Dewan Pemuda Perak akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram dan untuk memenuhi keseronokan semata-mata, lapor sebuah portal berita online tempatan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, Zambry mengeluarkan kenyataan demikian kerana khuatir kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak akan terjejas.

“Beliau tidak dapat menerima kenyataan akan menghadapi lebih ramai penyokong yang membantah pelantikannya sebagai Menteri Besar dan menyeru agar DUN Perak dibubarkan segera.

“Beliau juga menafikan hak demokrasi rakyat untuk berhimpun menyuarakan ketidakpuas-hatian terhadap sesuatu perkara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Katanya, Zambry mesti menghormati hak dan perasaan rakyat kerana apa jua tuntutan menggambarkan aspirasi yang mereka diingini.

Dalam pada itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, cadangan Najib untuk membenarkan sesuatu perhimpunan aman dilakukan di stadium adalah sesuatu yang tidak ikhlas.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya takut berhadapan dengan rakyat yang lantang menyuarakan hak mereka. Pada hakikatnya mereka sebenarnya tidak mahu apa jua perhimpunan rakyat menentang sesuatu dilakukan.

“Mereka bimbang lebih banyak lagi penyokong yang turun dan kedudukan kerajaan akan terancam,” katanya.

Tian Chua berkata, tidak semua perhimpunan aman sesuai dilakukan di stadium sebagaimana yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.

“Contohnya, jika rakyat hendak menghantar memorandum menolak keganasan Israel terhadap Palestin, demonstrasi lebih sesuai diadakan di hadapan bangunan kedutaan berkenaan,” katanya. -SH

Era Najib Altantuya : Kursus Calon YB PR Oleh MSK : Siri 1 - Neophilia

Kursus Calon YB PR

Oleh: MSK
Tarikh: 2 September 2010
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Tropicana Merchant Square


Fuziah Salleh minta aku bagi ceramah motivasi kepada bakal-bakal calon PKR untuk pilihanraya umum akan datang. Pasai apa Fuziah Salleh panggil aku…aku pun tak tau. Aku bukan tau tentang Covey atau Naisbitt macam Haji Mail. Aku bukan tau pasai Umar Ibn Aziz atau Harun Al-Rashid macam Mustafa Kamil Ayub. Aku cuma tau sikit-sikit pasai binatang, pasai alam.Tak ada sijil, tak ada degree.

“Haaa…tu la pasai aku panggil hang” kata Kak G. Aku tak pernah panggil Fuziah Salleh dengan gelaran YB… leceh. Aku lebih seronok panggil dia Kak G. Nanti panggil Gee saja, takut laki dia marah pulak. Lembu punya susu, ghee dapat nama.

“Tahun 2008 dulu, sapa pun tak nak jadi calon, terpaksa la kita sapu sapa saja yang boleh. Bila menang, huru-hara. Sekarang ni pulak, ramai sangat nak jadi calon, sampaikan Tukang Kebun pun nak jadi calon.” kata Kak G.

Tukang Kebun nak jadi calon dia perli!! Tapi panggil aku, yang cuma jadi pekebun, untuk bagi motivasi pada bakal calon..tak apa pulak?

Bukan Kak G saja yang dah huru-hara, Haji Mail pun huru-hara, sebab ramai sangat nak jadi calon. Maka terpaksalah depa buat tapisan…dan seminar hari ini adalah tentang kepimpinan, untuk menyediakan calon-calon yang bebas dari Amphibian Flu. Sejenis penyakit bawaan katak.

“Dipersilakan, Sdr. Matsamankati, untuk memberikan ceramahnya…..” Hj. Mail jadi Pengerusi Majlis. Selalunya, aku yang mempersilakan dia. Kali ini, dia pulak mempersilakan aku.

Aku berdiri kat rostrum…memandang kearah audiens. Aku tengok Emiza…bakal calon Tualang Sekah tunduk. Shamsul dari Batu Gajah pun ada! Nak ambik tempat Fong Po Kuan kot? Yunus Jamhari pun ada…tangan terkepit celah kangkang. Dalam hati dia mungkin berkata,” teruk la aku kena kutuk lagi…”

“Aku tak reti nak bagi hangpa ceramah motivasi, sebab aku bukan Hasan Ali. Dan aku tak reti nak bodek hangpa, pasai aku bukan Berahim Ali.Aku tak reti nak kelentong, pasai aku bukan Mustapha Ali. Kalau nak marah…jangan marah kat aku, tapi marah kat Kak G. Sebab dia yang panggil aku. Bila aku tengok hangpa semua dalam dewan ni, aku anggap hangpa semua macam binatang.”

Hj. Hamzah tertongak…marah kot. Yang lain tarik muka masam. Kak Wati sorang saja yang senyum. Dia marah pun dia senyum.

“Tapi Tuan-tuan bernasib baik…tak macam orang Umno. Masa Mahathir dulu…dia panggil Dr. Mahadevan, pakar psikitari dari Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, sebab dia rasa orang Umno semua gila.”

Kah-kah-kah…depa gelak. Aku cakap serius…depa gelak!! Aku kutuk depa, depa marah. Aku kutuk Umno…depa seronok!!

Kak G menulis sesuatu…melihat sikap bakal-bakal calon. Aku rasa ramai la yang tak lulus EQ test.

“Dikalangan Tuan-Tuan yang ada disini, saya tak boleh nak bezakan yang mana satu orang Umno, orang PKR atau orang Pas. Secara fizikal, semuanya sama. Kaki dua, tangan dua. Secara kosmetik pun sama saja. Kalau dulu, orang Pas cuma pakai jubah, sekarang lebih ramai yang pakai kot. Kalau dulu, Orang Umno pakai songkok bila ada majlis rasmi, sekarang yang pakai serban pun ramai. Dalam PKR…macam-macam ada.

Binatang pun macam tu. Secara fizikal, singa, harimau, monyet, tenggiling…semua sama. empat kaki.

Kalau binatang suka duduk dalam kelompok masing-masing, manusia pun macam tu jugak. Suka duduk dalam kelompok masing-masing.Orang Umno dalam kelompok dia, orang Pas dalam kelompok dia. Orang PKR dalam kelompok dia.

Kalau bangau salahkan ikan, ikan salahkan rumput, rumput salahkan kambing, kambing salahkan hujan, hujan salahkan katak, katak salahkan ular, manusia pun macam tu jugak. Pas salahkan PKR, PKR salahkan DAP, DAP salahkan MCA, MCA salahkan Gerakan, Gerakan salahkan Umno. Last sekali ular yang kenyang. Macam Umno.

Jadi…apakah yang membezakan binatang, dan apa yang membezakan manusia?

Sikap dan pemikiran. Hanya dua perkara ini yang membezakan kita. Dan dua perkara ini yang membezakan binatang.

Secara fizikal, singa dan harimau mempunyai sifat yang hampir sama. Tetapi secara saikologi, mereka mempunyai dua sikap yang jauh berbeza. Ini juga yang terdapat dikalangan Tuan-Tuan. Benar, secara fizikal, Tuan-Tuan semua adalah ahli PKR, tetapi secara saikologi, ada dua sikap yang berbeza . Satu, sikap dan pemikiran Umno, dan satu lagi sikap dan pemikiran reformis.

Dalam Pas pun macam tu jugak…ada yang berfikiran Pas dan ada yang berfikiran Umno. Walaupun depa semua ahli Pas.

Lepas ni, saya tak mau cakap pasal Pas, PKR atau Umno. Tuan-tuan fikir sendiri sama ada Tuan-Tuan nak masuk Pas, PKR atau Umno.”

Haji Mail huloq kat aku sekeping kertas. “Jangan kutuk Pas”, dia tulis. Ha.Ha…baru aku bagi intro…Hj. Mail dah ketaq.

“Singa…secara semulajadi merupakan haiwan yang malas.Cukup makan…dia lebih banyak relax. Dia tak inkuisitif…dia cuma tunggu. Bila ada arnab lalu depan dia, dia sapu. Ada rusa lalu, dia sapu.

Harimau.. sentiasa bertenaga. Dia mempunyai sistem saraf yang tidak membenarkan dia duduk relax. Dia perlu sentiasa berjalan, walaupun perut dia kenyang. Seeokor harimau jantan memerlukan kawasan seluas 53km persegi untuk dia merayau. Itu sebabnya, singa senang dipelihara di zoo, bagi dia arnab seekor sehari, dia dah berterima kasih. Tetapi harimau sentiasa agresif bila dikawal. Dia mahukan kebebasan…bukan nak makan.

Singa tergolong dalam kumpulan yang dipanggil..pakar (specialist), manakala harimau tergolong didalam kumpulan…opportunis. Kumpulan pakar adalah kumpulan yang senang ditangkap, dikurung dan dibela. Tak suka melawan, dan boleh menyesuaikan diri dalam masa yang singkat. Hari ini dia duduk dalam hutan, esok masuk zoo. Tak ada masalah.

Binatang-binatang lain yang tergolong dalam kumpulan pakar ialah helang, ular dan tenggiling. Bagi mereka makan, tempat yang selesa dalam zoo, dan mereka akan membiak dengan cepat.Mereka pun pandai politik, tapi politik mereka dari pusat kebawah. Perut dan sex. Kebanyakan binatang tergolong dalam kumpulan pakar. Mereka bersifat konservatif, mahukan keselesaan, dan kekal dengan cara mereka.

Selain daripada harimau…binatang-binatang yang tergolong dalam kumpulan oportunis ialah serigala, monyet dan orang utan. Mereka ini susah untuk dibentuk, mahu bebas dan panas baran. Kalau tak jaga betul-betul, dia akan melawan. Mereka pun pandai politik, tapi politik mereka dari dada keatas. Ilmu didada dan pemikiran yang bebas.

Ramai manusia tergolong dalam kumpulan pakar…macam singa. Kadang-kadang, hampir satu bangsa itu bersikap seperti singa. Malas..hanya menunggu peluang. Suruh cari ahli tak boleh. Suruh buat program tak boleh. Tapi bila tiba pilihanraya…tiba-tiba nampak muka depa.

Tapi bagi mereka dari kumpulan harimau, mereka mahukan cabaran. Mereka mahukan kebebasan. Mereka mahukan sesuatu yang baru dan menyeronokkan. Kadang-kadang masuk jerat, kena lastik, ada yang kena tembak. Tapi mereka seronok dengan risiko.

Kumpulan harimau…secara saintifiknya dikenali sebagai neophilic, manakala kumpulan singa dikenali dengan neophobic.

Neophobic bermaksud “mereka yang takut kepada pembaharuan” manakala neophillic adalah mereka yang “sentiasa mahu mencuba yang baru.”

Neophobic, yang juga dikenali sebagai kumpulan pakar, memang pakar dalam sesuatu pekerjaan. Dia cuma ada satu kaedah survival. Kalau kerja dia menipu, memang dia pakar menipu. Buat bumbung masjid pun dia boleh tipu. tapi bila tak ada projek…dia kantoi. Macam tenggiling…kerja dia menipu semut. Dia tahan lidah..semut semua hurung. Lepas tu dia telan. tapi bila tak ada semut…dia kelaparan.

Neophillic, yang juga dikenali sebagai kumpulan oportunis hidup dengan kebebasan. mereka sentiasa mencuba, menganalisa dan tak boleh duduk diam. Harimau, serigala dan monyet sentiasa mencari sesuatu. Mereka boleh hidup dengan apa saja. Manusia neophillic mempunyai pelbagai taktik survival. Kena buang kerja, dia jual goreng pisang. Gerai kena tarik Dewan Bandaraya, dia jual bundle. Bundle tak laku, dia jual sate. Kumpulan neophilic hidup berdikari….manakala kumpulan neophobic perlukan peruntukan dan subsidi.”

“Ni yang ramai-ramai nak jadi calon ni…kumpulan mana?” aku tanya kat audiens. Sorang pun tak jawab.

“Kalau ada diantara Tuan-Tuan yang tergolong dalam kumpulan neophobic, tak boleh hidup tanpa peruntukan dan subsidi..fobia kepada pembaharuan….jangan duduk dalam dewan ni. Pi masuk Umno, jadi macam singa…duduk dalam zoo. Makan orang bagi, berak orang cuci!” Sorang pun tak bangkit.

“Memang senang duduk dalam zoo, tunggu saja orang bagi makan. Depa tak bagi…kita bising. Depa bagi kita diam. Tapi lama-lama kita jadi bodoh…sebab tak pakai otak dan pancaindera kita.

Cuba tengok gajah kat zoo. Pelawat bagi kacang depa makan, bagi gula-gula depa sapu, bagi Twisties depa makan, bagi kasut depa telan, bagi kayu pun depa telan! Lepas tu depa tunduk ucap terima kasih. Bodoh punya gajah. Kat dalam hutan punya banyak makanan yang sedap-sedap, tapi depa bodoh pasai pemikiran mereka sudah dikongkong.

Tapi ramai manusia dah jadi macam gajah bodoh.Kat luar, jual koay teow pun boleh pakai Altis, jual bundle pun boleh pakai Hilux. Tak percaya tanya YB Yunus…betul tak?”

YB Yunus tersengih.

“Manusia jadi bodoh sebab depa nak hidup senang. Depa masuk polis…tak payah berfikir…cuma tunggu arahan. Orang suruh tangkap…tangkap. Orang suruh sembur…sembur. Tak payah berfikir macam mana nak sedapkan koay teow. Tak payah berfikir tentang pesaing.

Ramai yang masuk Umno…cuma tunggu peruntukan dan subsidi. Dapat 50 ringgit depa syukuuuur…orang lain sapu 50 juta pun depa tak mau tau.

Kalau Tuan-Tuan mahu berfikir macam Umno, bersikap seperti Umno, lepas minum nanti…tak pak payah masuk dah. Ada lima orang pun tak apa…tapi saya mahu mereka yang neophillic, mereka yang mahukan perubahan, mereka yang mahu tahu….apa makna reformasi.”

Sekian.

10.30 pagi: Minum pagi

11.00 pagi: Sessi 2: Neophilia - Memahami Alam Sekeliling.


Era Najib Altantuya : Replika Najib Belakangkan Dewa Hindu?

Satu ketika dahulu UMNO heboh mengenai replika Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves sehinggakan replika yang mencetuskan 'kontroversi' itu akhirnya diturunkan oleh pengelolanya R Viriya

Hampir kesemua media arus perdana bersama pimpinan umno/bn sibuk menghentam Replika DSAI yang didirikan berhampiran simpang empat jalan sungai tua batu caves...

Mereka dengan begitu lantang menyatakan para penyokong PKR memuja replika tersebut dan berbagai bagai lagi tohmahan.

Kini apa yang dapat kita saksikan adalah replika Najib yang lebih besar yang didirikan di dalam perkarangan kuil Batu Caves sempena sambutan 1Malaysia di kuil Batu Caves dan menyambut kedatangan Najib pada hari ini ( ahad ) jam 4:00 petang.

Beberapa masyarakat india yang ditemui juga melahirkan rasa kecewa mereka apabila replika tersebut seakan membelakangkan dewa mereka... sumber berita :skuaddunbatucaves





Era Najib Altantuya : SPRM Memang Double Standard (updated)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu cekap dan bertindak pantas memantau dakwaan kes salah guna peruntukan Adun kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari bagaimanapun mempersoalkan mengapa SPRM tidak bertindak demikian ke atas ADUN Barisan Nasional yang telah dilaporkan menyeleweng..

Katanya, beberapa isu telah dibangkitkan berkaitan Adun Barisan Nasional yang membelanjakan peruntukan dalam masa dua bulan pada pilihanraya umum lepas, tetapi sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan.

“Kita mempertikaikan ketelusan SPRM mengambil tindakan untuk menyemak perbelanjaan-perbelanjaan pejabat adun Selangor, mengapa dalam isu ini. Nampak SPRM begitu cekap dan cepat bertindak, sedangkan kita pernah komplen dulu bagaimana adun-adun BN membelanjakan peruntukan 500 ribu tak sampai dua bulan sedangkan itu peruntukan setahun,” katanya.

Yaakob mengulas tindakan SPRM menyiasat dakwaan salah guna peruntukan Dewan Undangan Negeri Sementa, iaitu DUN angkat Exco Selangor, Rodziah Ismail.

Semalam lima pegawai SPRM dari Putrajaya mengunjungi Pejabat Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi itu di bangunan SUK Shah Alam dan kemudian membawa bersama seorang pegawai khas Rodziah ke Pejabat Tanah dan Daerah Klang untuk mendapatkan beberapa baucer pembayaran yang dilakukan.

Katanya, SPRM sepatutnya perlu adil dan telus dalam tindakan mereka dan bukan menunjukkan kecekapan mereka kepada sebelah pihak sahaja.

“Ada adun yang tidak bertanding seperti Ketua Pemuda Umno sekarang, tak bertanding tetapi habis peruntukkannya, kenapa isu ini tak diambil tindakan dengan begitu cekap oleh SPRM, tapi dalam isu kerajaan negeri Selangor nampaknya dia ambil tindakan begitu cepat sekali, jadi ini yang kita persoalkan,” katanya.

Menurut Yaakob, perbelanjaan peruntukan DUN kerajaan negeri Selangor dilakukan dengan berhemah dan segala urusan keluar masuk duit dipantau oleh pegawai khas yang ditugaskan.

Beliau menyifatkan SPRM telah dipergunakan oleh pihak tertentu sebagai strategi untuk merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat. mengarahkan mereka. -TVS