30 Sep 2015

Pakatan Harapan: Di Sebalik Rundingan Meja Bulat

Keperluan tubuh Pakatan Harapan dengan segera – Khalid Samad

Ada yang bertanya, “Kenapa tergesa-gesa sangat dengan penubuhan Pakatan Harapan (PH)?” Mereka hairan dengan keinginan untuk menubuhkan PH secepat mungkin dan dengan segera. Namun saya pula sebenarnya hairan dengan kehairanan mereka! Tidakkah sesuatu yang baik apabila ia hilang atau tercicir, maka semestinya kita akan berusaha supaya kita dapat kembali dan dengan seberapa segera?


[CHECK MATE] PAS Selangor Akui Yang Menang Dalam Pilihanraya Dulu Ialah PR!

DAP masih ‘rakan sepasukan’ Pas di Selangor

SHAH ALAM – Pas Selangor masih menganggap DAP sebagai rakan politik dalam kerajaan negeri Selangor dan tiada keperluan parti Islam itu untuk berundur dari pentadbiran negeri itu berdasarkan kemenangan PR pada PRU13 lalu.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu, namun kerjasama sebagai sebuah pasukan dalam kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa.


29 Sep 2015

Akhirnya Khir Toyo Dipenjara 12 Bulan...

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo didapati bersalah tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.

Panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan demikian terhadap Mohamad Khir selepas menolak rayuan motigasi hukuman Mohamad Khir yang memohon supaya dia diberi hukuman denda atau perintah khidmat masyakat atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.


Anak Saudara Hj Hadi & Adik Nik Zawawi Sertai AMANAH

Hadi, pemimpin PAS ‘hilang saudara’ kerana Amanah

Tindakan pemimpin progresif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) mengakibatkan perpecahan bukan saja di kalangan ahli dan pemimpinnya bahkan juga ahli keluarga pimpinan utama PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Terus Harapkan PAS, PKR Bakal Hilang Kelayakan Untuk Terajui Pakatan Harapan

Pakatan Harapan perlu hayati aspirasi bersama

BANTING - Rundingan meja bulat yang berlangsung membuahkan hasil dengan wujudnya pakatan baru, Pakatan Harapan biarpun tanpa kehadiran wakil Pas, namun ia tidak merencatkan perbincangan bagi merangka formula untuk mewujudkan sebuah barisan alternatif baru untuk berdepan dengan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke 14.

Pensyarah Pengurusan Strategik Kualiti, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Kamarudin Musa berkata, sebuah barisan alternatif yang kuat memerlukan setiap anggota pendukung memahami dan menghayati aspirasi bersama, menumpukan kepada kepentingan bersama, berfokus kepada keserasian.


28 Sep 2015

Selepas Dilancarkan, AMANAH Berjalan Gagah Bersama Rakan Dalam Pakatan Harapan

Sambutan luar biasa Parti Amanah Oleh A Shukur Harun

Ketika memasuki dewan tempat berlangsungnya Konvensyen Parti Amanah Negara di Shah Alam minggu lalu, saya tertegun menyaksikan konvensyen tersebut begitu “grand”, warna-warni dan “lively”, dikuasai warna jingga.

Saya kagum dengan usaha bersungguh-sungguh panitia Amanah Negeri Selangor dan Pusat, serta bantuan pelbagai pihak lain hingga Majlis itu begitu berjaya. Pada hal Amanah hanya baru saja ditubuhkan dengan rasminya dua minggu lalu.


Bekas Timb Menteri Yang Hilang Telah Ditemui

Alhamdulillah...dah jumpa

Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Bukit Tunku, di sini, pagi tadi ditemui selamat, 7.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan penemuan itu berkata, Abdullah Fadzil ditemui anak perempuannya di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.



[WASPADA] Hentian R&R Tapah Lokasi Merbahaya...

Dua suspek kes ugut ditahan

TAPAH - Polis berjaya menahan dua lelaki didakwa terlibat kes ugutan di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah yang menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp dan laman sosial.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pada 23 September lalu, pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita yang membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, Kedah.


27 Sep 2015

PAS Tragedi Buatan Sendiri – Kuo Yong Kooi

Wahai politikus-politikus PAS termasuk ulama

Janganlah mengkambing-hitamkan DAP dan Amanah

Kamu sendiri keluarkan "cai" semasa pengundian muktamar
Kelakuanmulah pecah-belahkan keharmonian parti dibina bersama

Jikalau DAP tidak putuskan hubungan dengan Hadi Awang

"Cai" kolompok ustaz sudahpun lama dirancang


26 Sep 2015

Ringgit Terus Menjunam, Najib Perlu Dipertanggungjawabkan..

Ringgit mungkin RM4.50 berbanding AS$1

Syarikat perkhidmatan kewangan Credit Suisse percaya nilai tukaran ringgit berbanding dolar AS akan menurun lebih rendah pada bulan-bulan akan datang.

Dalam tempoh tiga bulan firma itu menjangkakan nilai dagangan ringgit ialah RM4.50 bagi setiap AS$1, lapor CNBC.

Sementara itu penganalisis HSBC juga dilaporkan percaya nilai ringgit belum tiba di tahap terburuknya dengan mengambil kira kejatuhan harga minyak sawit.

"Ada kemungkinan nilai ringgit berbanding dolar AS akan jatuh ke tahap paling rendah," kata penganalisis itu.


Dia Kembali Ke Rahmat Allah Sewaktu Mengimami Solat Aidil-Adha...

Imam meninggal dunia ketika tahiyat akhir

Seorang Imam dari Masjid Kampung Temeris, di Kuala Pilah Negeri Sembilan meninggal dunia ketika tahiyat akhir solat Sunat Aidiladha pagi tadi.

A. Karim Ismail, 66, yang mengimamkan solat sunat tersebut dikatakan batuk sebelum rebah pada tahiyat akhir solat itu.


25 Sep 2015

[VIDEO & GAMBAR] 717 Jemaah Haji Terkorban Dalam Rempuhan Di Mina -updated


Angka kematian jemaah haji dalam insiden rempuhan di Mina di luar Makkah pada Khamis meningkat kepada lebih 700 orang, kata pertahanan awam Arab Saudi menerusi akaun Twitternya.

24 Sep 2015

Utusan Diambang Kebangkrapan: Diarah Bayar 1/2 Juta Dalam 2 Kes Berasingan

Utusan diarah bayar RM300K pada bekas GM PKNS

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada bekas pengurus besar (GM) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas dakwaan menerbitkan artikel berunsur fitnah dalam akhbar Utusan Malaysia, dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'hara membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Datuk Othman Omar, 56, selaku plaintif terhadap Utusan Melayu, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman tersebut.


Pulau Pinang Menjadi Kerajaan Pakatan Harapan Yang Pertama...Selangor?


Pulau Pinang kini 'Kerajaan Negeri Pakatan Harapan', umum Guan Eng

GEORGE TOWN – Pentadbiran Pulau Pinang kini digelarkan sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, selepas suatu keputusan sebulat suara diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada pagi tadi.

23 Sep 2015

PAS Kamu Ini Bagimana? Tiada Istiqamah, Asyik U-turn Sepanjang Masa....


PKR masih rakan kerjasama PAS, kata Tuan Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih lagi rakan tahaluf (kerjasama) kepada PAS dalam pakatan pembangkang seperti yang ditegaskan dalam Muktamar parti itu sebelum ini, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sejarah Tercipta, Pakatan Harapan Dibentuk Tanpa PAS...

Pakatan Harapan’ nama baharu gabungan pembangkang, Anwar calon PM

Gabungan pembangkang baharu terdiri daripada PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara (Amanah) dikenali sebagai 'Pakatan Harapan', kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Gabungan itu juga menyaksikan parti Islam PAS tidak menyertainya, selepas Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 berpecah.

"Mulai hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sebagai pakatan politik yang jitu membela rakyat berhadapan Umno dan BN," kata Dr Wan Azizah selepas sidang meja bulat pembentukan gabungan baharu di Subang Jaya, Selangor hari ini.


22 Sep 2015

Harap Berita Ini Benar! Najib Berdepan Dengan Siasatan Rasuah AS

Najib berdepan siasatan rasuah AS, lapor New York Times

Badan kehakiman Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas pembelian hartanah di sana oleh anak tirinya Riza Aziz dan ahli perniagaan Low Taek Jho, lapor The New York Times (NYT) hari ini.

Sebuah unit di Jabatan Kehakiman AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa sedang menjalankan siasatan itu, lapor NYT memetik sumber tanpa nama.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian hartanah di AS sejak beberapa tahun kebelakangan dilakukan “syarikat bayangan”.


PAS Dapat Kawan Baharu: Baju Merah Ingin Sertai H60K


Jamal diminta bertemu penganjur baju hijau

Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah, diminta bertemu jawatankuasa Himpunan 60,000 (H60K), bagi membincangkan penyertaan mereka ke program PAS itu pada bulan depan.


21 Sep 2015

Parti Mana Sebenarnya Pengkhianat? PAS Atau AMANAH?

PAS tolak 'pengkhianat', tapi boleh khianat? Oleh YB Khalid Samad

ULASAN Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya di sebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina.


Yang Kerap Ponteng Parlimen Lebih Wajar Letak Jawatan & Baiah Taklik

Patut bai’ah cerai isteri jika ponteng sidang Parlimen – Amanah

Bai'ah cerai angkat martabat isteri dalam perjuangan Islam, kata bekas pemimpin parti Islam terdahulu kami.

Sesetengah menganggap lafaz bai'ah sebegitu kononnya mengangkat martabat isteri di sini agama.

Segelintir lain berpendapat lafaz sebegitu seakan lebih mempertahankan kepentingan partinya, berbanding kepentingan rakyat hatta kemuliaan Islam itu sendiri – Islam rahmat ke seluruh alam.


20 Sep 2015

Cagar Isteri, PAS Perlu Laksanakan Kepada Seluruh Ahlinya.. Ada Berani?

Hadi dakwa baiah cerai angkat kedudukan isteri dalam perjuangan Islam

Polemik baiah cerai taklik bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) nampaknya belum reda apabila presiden parti Islam itu mendakwa, isteri yang "dicagarkan" dalam perjanjian politik itu sebenarnya diangkat taraf bersama kecintaan kepada Allah.

Menulis dalam kenyataan menerusi akaun Facebook beliau, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Allah tidak akan menurunkan rahmatNya kepada mereka yang "membeli" semula perjanjian mereka denganNya.


Pendirian PAS Tolak Pakatan 2.0 Mudahkan Kerja AMANAH, DAP & PKR - Salahuddin Ayub

Parti Amanah Negara di dalam satu kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa keputusan PAS untuk tidak bersama dalam Pakatan 2.0 dan hanya akan bekerjasama dengan PKR akan memudahkan untuk Parti Amanah, PKR, DAP bersama NGO lain untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0




19 Sep 2015

[VIDEO & GAMBAR] Melayu Oh Melayu... Yang Dibanggakan Najib...


Himpunan Baju Merah 16 September 2015 papar wajah Melayu sebenar yang dipuji oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.

Berpagi dengan memaki hamun kaum Cina, dapat duit RM100 kerana menyertai perhimpunan terus ke kedai Cina beli nombor ekor dan minum arak. Hidup Melayu!!!




Antara merah dan maruah Oleh Yunus Tasim

Apa yang berlaku kelmarin sangat menyedihkan. Atas nama Himpunan Melayu Bersatu, Himpunan Maruah Melayu, anak-anak Melayu menjadi hamba kepada ‘tuhan-tuhan’ dan politikus usang Melayu. Apakah Melayu sudah mencapai objektif dari perhimpunan semalam.

Atau kita menanggung malu?

Terlalu cepat Ahmad Maslan mendabik dada? Terlalu pantas Najib mengambil kredit. Najib kata pada Annuar Musa yang dia terkejut dan terharu dengan himpunan seaman ini. Ahmad Maslan suruh Bersih belajar dari Baju Merah untuk perhimpunan aman. Tapi tak lama kemudian Allah menemplak mereka. Seramai lebih 800 baju merah cuba merempuh sekatan polis untuk ‘menceroboh’ Petaling Street. Polis terpaksa menggunakan air kimia dan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan. Ini tidak terjadi di Bersih 4 walaupun mereka telah berkampung dekat Dataran Merdeka selama 34 jam.

Siapa malu? Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya? Tidak, Melayu juga yang jadi mangsa.

Melayu perlu Jebat

Melayu harus sedar! Melayu tidak boleh terus jadi Hang Tuah. Tidak boleh kita terjun ke dalam kolam najis hanya untuk membuktikan kesetiaan untuk menyelamatkan kuda raja. Melayu mesti bijak. Ada cara lain, teknik lain untuk menyelamatkan kuda raja. Melayu tidak harus setia membuta tuli.
Di mana Hang Jebat sekarang ini? Di mana penegak kebenaran yang berjuang untuk rakyat?

Seharusnya perhimpunan semalam benar-benar dijadikan pentas untuk mengembalikan maruah Melayu yang luhur.

Maruah penegak kebenaran. Maruah menentang penyelewengan dan kezaliman. Maruah menyatakan dengan jelas Melayu tidak boleh dibodoh, ditipu dan diperkotak-katikkan lagi. Samada oleh negara lain, bangsa lain waima politikus dan pemimpin dari bangsa Melayu sendiri.

Melayu harus celik! Melayu harus bangkit! Melayu tidak boleh lagi digula-gulakan hanya dengan sekadar RM100, sehelai T-shirt merah untuk berhimpun, berjalan berbatu-batu dan kemudian merusuh di kawasan perniagaan Cina sedangkan ada pemimpin Melayu sendiri yang salahguna RM2.6billion. Dengan RM100 setiap seorang, sudah pasti pemimpin yang korup itu boleh bawa 26 juta anak Melayu untuk berhimpun di ibukota, jika anak Melayu begitu murah harganya.

Tidak salah kita berhimpun. Tapi biar perhimpunan itu mempunyai objektif yang jelas. Kita boleh buat lebih baik dari itu jika hanya untuk menunjukkan kita bersatu dan mempamerkan maruah diri.

Benarlah apa yang bekas ahli Umno Langkawi, Puan Anina kata, “Tidak guna berkumpul dan bersorak di tepi jalan jika Melayu tetap mempertahankan pemimpin Melayu yang jahat. Orang Melayu akan menjadi kuat jika sekiranya pemimpin Melayu berwibawa, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab”.

Kita tidak tolak Umno

Benarlah peribahasa Inggeris mengatakan “The fish rots from the head”, busuk ikan bermula dari kepalanya. Kita bukan tolak Umno. Kita bukan tolak pemimpin hanya kerana mereka pemimpin Umno. Tapi kita tolak pemimpin yang korup, pemimpin yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab yang dengan sewenang-wenangnya menyalah guna aparat kerajaan untuk mempertahankan kuasa, tidak kira mereka dari Umno atau parti-parti lain.

Melayu yang berhimpun semalam harus melihat dalam diri mereka sendiri. Kita yakin warganegara bukan Melayu telah dapat mesej sejelas-jelasnya yang Melayu itu sensitif dan Melayu itu tidak suka diperbodoh dan dikecil-kecilkan. Tapi janganlah maruah kita tercalar dan rosak jika kita berhimpun untuk mempertahankan pemimpin Melayu yang korup dan tidak amanah. Melayu juga akan berhimpun untuk menolak pemimpin apa sahaja yang korup dan zalim kepada rakyatnya tidak kira ianya Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan.

Melayu harus meminta supaya penyiasatan terhadap 1MDB dipercepatkan supaya kebenaran terserlah. Mengapa penyiasatan mengambil masa terlalu lama. Mengapa pasukan penyiasatan dikuburkan? Melayu yang berhimpun semalam harus menolak penjelasan mudah dan terdesak yang wang RM2.6 billion itu adalah derma. Melayu baju merah harus mendesak supaya penderma itu dinyatakan, berapa baki dari wang RM2.6billion dan dimana baki itu sekarang. Gelombang Melayu merah semalam harus bangkit meminta janji ditepati supaya Najib menyaman Wall Street Journal dan Al-Jazeerah kerana mereka telah merosakkan maruah Malaysia, jika laporan mereka salah.

Sayang…. Hang Jebat sudah tiada. Yang tinggal hanyalah cucu-cicit Hang Tuah yang setia membuta tuli. Yang lebih parah, lebih banyak cucu-cicit Hang Lick-U yang menjadi pemimpin-pemimpin orang Melayu sekarang ini.

Entah sampai bila?
-FMT














IKLAN BERBAYAR






Mat Sabu: Mengapa AMANAH Ditubuhkan...

Mengapa pemimpin PAS 'gugur setandan'?

Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulama antara punca pemimpin PAS yang "gugur setandan" menubuhkan Parti Amanah Nasional (AMANAH), kata Pengerusinya Mohamad Sabu.

Mengakui tidak mampu memperbaiki keadaan PAS dari dalam, Mohamad berkata tindakan mendoktrin dengan label - antara lain liberal, munafik haraki dan peguam neraka - oleh satu kumpulan dalam PAS tidak bersetuju dengan kumpulan lain, berlaku cukup ketara dan dilihat berbahaya.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, hal demikian jelas berlaku sewaktu pemilihan parti pada Jun yang menyaksikan kumpulan yang tak disukai, didoktrinkan dengan panggilan itu.

Lebih membimbangkan lagi, kata Mohamad tindakan mengkafirkan sesama kumpulan umat Islam yang berlaku di Iraq, Syria dan Libya, telah meresapi umat Islam di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

"Saya melihat ia satu trend yang berbahaya kepada parti (PAS), Malaysia dan umat Islam. Oleh tu, wadah baru ini (AMANAH) perlu dijelmakan untuk memperbetulkan semula konsep Islam yang sewajibnya membawa rahmat ke seluruh alam.

"Konsep itu sudah menjadi malapetaka, kerana tersalah urus, tersalah tafsir. Parti Amanah Negara menjadi satu rahmat kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, untuk bawa aliran tajdid kepada orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Antara wakil rakyat yang tewas dalam permilihan dan meninggalkan PAS adalah beberapa ahli parlimen dan ADUN antaranya MP Sepang Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Mariah Mahmud (Kota Raja), Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (Kuala Terenganu), Aminoul Huda (Parit Raja) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, pemimpin yang dikenali Mat Sabu itu berkata penguasaan segelintir kumpulan khusus sebagai anggota badan eksekutif PAS dalam Majlis Syura Ulama turut menjadi punca pemimpin meninggalkan PAS.

Apatah lagi, kata Mohamad, anggota Majlis Syura yang dilantik selama lima tahun dianggap sukar membuat perubahan dalaman, menyebabkan beliau dan rakan-rakan memikirkan menubuhkan parti baru yang membawa motto 'Islam rahmat kepada semua'.

Hanya ketawa dengar soalan

"Saya antara orang yang menjulang (mendacangkan) kepimpinan ulama (suatu ketika dulu), sehingga wujud Majlis Syura (Ulama PAS). Dahulu orang (tokoh) yang terlibat dalam Majlis Syura kurang terlibat dengan majlis eksekutif.

"Misalnya, ada pensyarah, bekas mufti, ilmuan, (mereka) tak kira parti sangat. Tetapi kebelakangan ini, mereka yang terlibat dengan Majlis Syura, adalah orang yang terlibat dalam eksekutif sama ada AJK Dewan Ulama dan AJK Pusat itu sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pengaruh dan kemasukan graduan Timur Tengah ke dalam PAS yang membawa balik pemikiran dari Mesir dan negara lain tanpa melihat realiti di Malaysia antara punca pemimpin PAS menubuhkan Gerakan Harapan Baru dan AMANAH.

"Pemikiran itu dibawa tanpa melihat suasana sosial dan ekonomi di Malaysia. Inilah yang kita kata berlaku gugurnya setandan pemimpin lama dalam parti itu.

"Pengaruh daripada Timur Tengah melanda dan kita kena melihat, kehebatan Ikhwan Muslimin dari sudut dakwah, tarbiyah, ketahanan dalam perjuangan tapi kita kena akui kegagalan mereka dalam pemerintahan," katanya.

Sehubungan itu, dengan kewujudan AMANAH, Mohamad berharap ia menjadi usaha untuk membendung masalah itu, walaupun dianggapnya masih di peringkat awal, dibimbangi kesan seperti yang berlaku seperti di Timur Tengah melanda negara.

"Maka jika tidak tak diubat untuk mencari jalan penyelesaian, masa yang begitu panjang diperlukan untuk keluar daripada kemelut. Di peringkat awal kita kurang atau kita matikan ia memberi keburukan kepada Islam dan kepada umatnya," katanya.

Ditanya sama ada masalah tersebut disebabkan kelemahan kepimpinan Hadi, Mohamad mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas dan hanya ketawa apabila soalan itu dilontarkan.

Soal integriti

"Kebolehan, jasa, kekuatan seseorang tidak dinilai (dalam pemilihan baru-baru ini), tapi apa dinilai - kamu ini daripada puak mana. Bila penilaian seperti itu, maka diundi mengikut senarai yang diberi kepada perwakilan.

"Bukan dilihat daripada pencapaian pada orang yang memegang jawatan itu. Itu yang menimpa parti lama saya dulu, harap ia tidak berulang dalam Parti Amanah Negara," katanya.

Selaku ketua AMANAH, beliau mahu menyatukan penghayatan akidah dan akhlak Islam dan pentadbiran dengan menitik beratkan soal melawan rasuah dan integriti yang kurang dihayati berbanding masyarakat Eropah.

"Dalam erti kata lain, akhlak Islam ada pada orang Eropah, Jepun, Korea, Singapura. Akhlak jahiliyah ada pada orang Islam.

"Orang melihat ingetriti dalam pemerintahan kita tak ada kecuali Tok Guru Nik Aziz. Integriti dalam pemerintahan kita, tidak ada mengikut laporan dalam dan laporan luar.

"Jadi inilah perlu diutamakan kalau Islam dan umat mahu muncul semula," katanya yang menepis tuduhan menjadi kuda tunggangan DAP dan parti itu tidak memberikan satu sen pun melainkan sokongan moral kepada penubuhan AMANAH.

Mohamad juga berkata beliau mengarahkan supaya pimpinan AMANAH 'menutup mulut' daripada bercakap mengenai isu pembahagian kerusi dan pilihan raya umum buat masa ini, sebaliknya memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi sehingga Disember.

"Kami nak tumpu mobilisasi ahli, dan menubuhkan kawasan. Itu yang kita nak tumpu. Saya pun pesan kepada semua pimpinan, jangan bercakap soal kerusi nak tanding, saya nak tumpu sehingga akhir Disember ini," katanya. -mk









IKLAN BERBAYAR






[VIDEO] Edisi Terlampau: Ibu Paksa Seorang Pelajar Cium Kaki Anaknya...

Pelajar dedah cerita di sebalik video ‘cium kaki’

Seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun di Terengganu tampil mendedahkan kisah sebenar di sebalik rakaman video ‘cium kaki’ seorang perempuan sebagai tanda meminta maaf yang telah menjadi viral.

Pelajar yang hanya mahu dikenali Mia itu mendakwa, dia dipaksa melakukan perkara itu oleh ibu kepada perempuan berkenaan. Menceritakan punca kejadian itu, Mia mengakui berlaku perselisihan faham antara dia dengan perempuan itu.

“Memang selama ini hubungan saya dan dia (pelajar yang memaksa mencium kaki) tidak baik dan saya akui ada buat kesilapan padanya. Tetapi saya dah minta maaf,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mia yang baru kehilangan bapanya pada bulan lalu menceritakan, dia dan perempuan itu pernah berjumpa pada 8 September untuk menyelesaikan masalah antara mereka tetapi dia mendakwa dipukul dan cuba ditanggalkan pakaian oleh perempuan berkenaan.

Mia berkata, dia mengalami trauma selepas kejadian itu.

Katanya, dia telah didesak bertemu di kedai makan milik keluarga perempuan itu di Teluk Ketapang untuk menyelesaikan masalah antara mereka pada 9 September.

“Awalnya pertemuan berlangsung baik sehinggalah ibu pelajar itu memaksa saya mencium kaki anaknya jika ingin memohon maaf,
” cerita Mia.

Katanya, walaupun sedih tetapi dia terpaksa melakukan perbuatan itu (cium kaki) kerana tiada pilihan selepas dikepung rakan-rakan perempuan itu.

Salah seorang saksi kejadian dipercayai telah merakam kejadian itu yang kemudian tersebar di media sosial.

Malu dengan rakaman video itu, Mia bersama ibunya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang merakam dan menyebarkan video itu.

Ketua Polis Daerah Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan itu. -FMT











IKLAN BERBAYAR






18 Sep 2015

[VIDEO & GAMBAR] Terkini: Hotel Di Mekah Terbakar, 1000 Dipindahkan

Kira-kira 1.000 anggota jemaah haji berasal dari Asia dipindahkan dari hotel mereka setelah berlaku kebakaran yang menyebabkan dua orang cedera, Khamis (17/9/2015) waktu tempatan.

Kebakaran bermula di tingkat 16 sebuah bangunan 20 tingkat di kawasan kejiranan Aziziya di sini semalam.

Memetik Al Jazeera, sekurang-kurangnya dua jemaah cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, sebahagian petugas pemadam kebakaran berusaha untuk menyelamatkan dua anggota jemaah haji yang mengalami luka kebakaran di tingkat 8 hotel berkenaan. Demikian menurut keterangan agen pertahanan awam di Arab Saudi.

Namun, agen tersebut tidak menyebutkan asal negara anggota jemaah haji yang dipindahkan dan tak menjelaskan penyebab kebakaran tersebut.

Lebih dari 1 juta anggota jemaah haji telah tiba di Mekkah pada musim haji tahun ini.

Ibadah haji merupakan ibadah tahunan terbesar di dunia. Menunaikan haji merupakan salah satu dari lima rukun Islam dan wajib dilaksanakan oleh Muslim yang mampu.

Selain kebakaran, terdapat peristiwa yang cukup menggemparkan pada musim haji tahun ini, yakni robohnya kren yang menyebabkan 107 anggota jemaah haji meninggal dan beberapa di antaranya berasal dari Asia.
















IKLAN BERBAYAR






[BERGAMBAR] Trending: Ditipu Untuk Sertai Baju Merah

Netizen: Bapa mertua ditipu sertai 'baju merah'

"BAPA mertua saya juga ditipu, dikatakan ada rombongan ke Putrajaya, tapi sampai di Kuala Lumpur, disuruh pakai baju merah dan ikut perarakan dari Masjid Negara," kata Qystina dipetik laporan OhBulan.

Demikian luahan seorang netizen termasuk beberapa lagi pelayar laman sosial mendakwa ibu, bapa atau saudara mereka ditipu untuk sertai himpunan tersebut.

"Lain kali tolong jujur. Beritahu cerita sebenar. Bukan menipu orang tua, cakap untuk kehadiran sambutan Hari Malaysia," kata Rie di Facebook.

Himpunan Baju Merah yang berlangsung semalam dianjurkan sebagai reaksi terhadap perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lepas.

Terdapat sekumpulan peserta himpunan itu dikatakan cuba merempuh kawasan perniagaan di Jalan Petaling sehingga pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan meriam air. -SH


Anak Luah Rasa Bengang Kerana Mak Bapanya Ditipu Penganjur Sertai Perhimpunan Merah


Semalam, perhimpunan ‘baju merah’ telah dijalankan bagi melawan semula Bersih 4.0. Tidak kurang hebatnya juga perhimpunan baju merah ini. Ramai juga yang berpusu-pusu membanjiri ibu kota semalam.

Namun, ada perkara yang terjadi disebalik kemeriahan perhimpunan tersebut. Difahamkan, segelintir daripada mereka yang menyertai perhimpunan merupakan orang kampung yang telah ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, mangsa merupakan orang-orang tua yang dipercayai ingin ke ibu kota kerana ingin menyambut hari Malaysia. Namun, apabila tiba di Kuala Lumpur mereka diarahkan untuk memakai baju merah dan berarak mengelilingi kota tersebut.

Hmmm, anak manalah tak marah jika ibu bapanya dianiayai sedemikian rupa. Bayangkan jika mangsa merupakan ibu bapa kita, apa yang kita rasa?

Disuruh Pakai “Baju Merah” & Ikut Perarakan Dari Masjid Negara OrangTuaDitipu
Luahan Anak Mangsa


Dalam pada itu, netizen juga ‘menghentam’ kepada pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Manakan tidak, keadaan orang tua yang tidak begitu kuat seperti orang muda diarah berjalan mengelilingi Kuala Lumpur.

Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang panas dan jerebu yang semakin teruk sejak kebelakangan ini, sudah tentu ia akan menjejaskan kesihatan orang tua ini.

Kesian…



Screen Shot 2015-09-17 at 15.31.15Screen Shot 2015-09-17 at 15.31.24Screen Shot 2015-09-17 at 15.31.46
-Oh Bulan












IKLAN BERBAYAR






17 Sep 2015

Ahmad Maslan Derhaka Kepada Sultan Johor, Perlu Tinggalkan Johor...

Johor tak terima golongan rasis, tangkap mereka, titah Sultan

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang amalan bersifat perkauman dan negeri Johor tidak memberi ruang kepada sebarang isu dan sikap perkauman.

Malah, titah baginda, pihak berkuasa negeri itu digesa menangkap sesiapa sahaja yang terlibat menghasut rakyat Johor untuk bertindak sedemikian.

"Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta’zim dan tidak mungkin saya menerima mereka.

"Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman.


"Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaiannya ke akar umbi,” titah Sultan Johor itu di laman Facebook rasmi baginda.

Malah, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial itu turut menasihatkan individu yang mengamalkan sikap perkauman supaya keluar dari negeri itu serta-merta.

"Ini kerana, Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India.

"Ini adalah satu perintah. Jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor,"
titahnya.

Jelas baginda, pihaknya bertungkus-lumus demi untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, dan memastikan semua rakyat negeri itu hidup dalam harmoni serta negeri semakin maju.

"Mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas." -TMI


ULASAN GB

Sebagai ahli parlimen Pontian Johor, Ahmad Maslan dilihat telah menderhakai titah Sultan Johor agar tidak mengamalkan sikap perkauman dengan menyertai himpunan baju merah semalam.

Tetap sebagai pembodek Najib yang tegar, nampaknya Ahmad Maslan tidak memperdulikan titah Sultan Johor.

Beliau dilihat sedang berkonvoi dengan motosikal bersama-sama dengan peserta himpunan merah.

Sekumpulan peserta daripada perhimpunan itu dikatakan cuba merempuh kawasan perniagaan di Jalan Petaling sehingga pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik selain membuat provokasi kepada polis, termasuk menggelar mereka “barua Cina”.

Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling.

Yang kelakar dan peliknya Najib berkata beliau tidak pernah melihat himpunan rakyat berlangsung dalam keadaan sangat aman seperti hari ini... tetapi beliau sendiri mengarahkan polis menyiasat insiden kekecohan yang berlaku itu.









IKLAN BERBAYAR






[VIDEO & GAMBAR] Sejarah Terukir: Lahirnya Parti Amanah Negara...

Ribuan berwarna ‘jingga’ banjiri pelancaran parti Amanah pagi ini

Ribuan individu berbaju berwarna jingga membanjiri pelancaran perdana Parti Amanah Negara (Amanah) di Shah Alam hari ini yang dimulakan dengan ucapan daripada setiausaha agungnya, Anuar Tahir.

Anuar dalam ucapannya berkata, parti yang baharu berusia 16 hari ini kini berjaya menarik lebih 30,000 ahli.

Katanya, Amanah yang sudah mempunyai 105 cawangan menyasarkan 100,000 ahli sehingga hujung tahun ini.

"Negeri penyertaan tertinggi ialah Kelantan, diikuti Johor dan Selangor.

"Dalam tempoh 15 hari secara kilat menubuhkan 105 kawasan di seluruh Malaysia. Parti ini hanya wujud di peringkat nasional tanpa cawangan.

"Setakat semakan semalam, 30,018 ahli baharu. Atas arahan presiden kita menyasarkan 100,000 ahli pada 31 Disember ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah merujuk kepada Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong dan Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail


Amanah komited angkat agenda Islam, kata Mat Sabu

Parti Amanah Negara (Amanah) menawarkan untuk kekal komited dalam meneruskan agenda Islam sebagai tunjang utama parti itu yang dilancarkan secara rasmi hari ini.

Presidennya Mohamad Sabu berkata, Amanah amat sedar akan kepentingan mempertahankan akidah umat serta penjagaan akhlak orang Islam.

"Amanah sangat peduli akan kemestian membangunkan pemikiran umat, khususnya generasi muda agar memiliki ilmu yang mantap," kata Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dalam ucapan perasmian parti yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) itu.

Menyifatkan parti Amanah sebagai parti berbilang kaum, bekas timbalan presiden PAS itu turut menyatakan rasa bangga dengan hakikat itu.

Katanya, ia berbeza dengan "perhimpunan baju merah" yang sedang berlangsung di ibu kota ketika ini, yang hanya tertumpu kepada satu kaum dan hanya dikuasai kaum Melayu.

"Saya bangga kehadiran hari ini. Semua kaum berada di sini. Tidak macam himpunan merah yang rasanya dimonopoli hanya satu kaum,” katanya sambil mendapat sorakan hadirin.

Mat Sabu turut bangga dengan sambutan yang diberikan seluruh negara terhadap parti yang berusia kurang sebulan itu, yang mengambil alih daripada Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang tidak aktif.

"Ribuan berada di dalam dewan ini. Kalau warna merah, mereka perlu habis jutaan ringgit untuk kumpulkan orang," katanya menyindir pihak tertentu yang dikatakan membayar wang supaya orang ramai menyertai Himpunan Rakyat Bersatu atau Himpunan Maruah Melayu di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu.
-TMI

















IKLAN BERBAYAR