5 Nov 2014

[BERGAMBAR] Pelajar Hilang Ditemui Mati Di Celah Batu


Ajal celah batu

Kuala Berang: Pelajar tingkatan empat, Ahmad Rafikin Azman, 16, yang dilaporkan hilang selepas menyertai kejohanan maraton Terengganu International Gajah Terom Challenge, Sabtu lalu ditemui mati di celah batu besar di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat selepas tiga hari operasi dijalankan.

Menurutnya, mangsa ditemui tersepit di celah batu di dalam sungai kira-kira 2.4 kilometer dari trek kejohanan maraton itu.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir dan mayatnya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Beliau berkata, operasi membawa turun mangsa ke pintu masuk hutan lipur mengambil masa lebih dua jam berikutan hujan lebat dan trek hutan yang licin.

Ahmad Rafikin ditemui meninggal dunia

HULU TERENGGANU - “Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT, saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Mohd Johari Abu Bakar.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Menurut Mohd Johari, dia bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari keempat itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh dari kasut mangsa ditemui, petang kelmarin.

“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu.

“Saya kemudiannya memaklumkan kepada anggota bomba dan penyelamat yang berada berdekatan untuk tindakan selanjutnya. Ternyata tangan yang dilihat celah batu itu adalah tangan Ahmad Rafikin yang dilaporkan hilang Sabtu lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, mayat dibawa keluar pasukan keselamatan dan tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam 6.40 petang.

“Punca sebenar kejadian masih belum disahkan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
-SH


Jenazah Ahmad Rafikin selamat dikebumikan

Mayat Ahmad Rafikin ditemui pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu berdekatan sungai di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu kira-kira jam 3.30 petang pada Selasa.

Jenazah Allahyarham Ahmad Rafikin di bawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat.

Kira kira dua ratus jemaah menyertai solat jenazah yang diadakan di Surau Jalan Pusara Kuala Berang.

Jenazah kemudianya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara,Kuala Berang.

Bapa Allahyarham, Azman Othman bersyukur dengan keprihatinan semua pihak dalam membantu operasi mencari dan menyelamat anaknya.

Beliau turut terharu dengan bantuan kerajaan negeri dalam menguruskan pengkebumian jenazah Allahyarham Ahmad Rafikin.

Ahmad Rafikin pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu tidak menyelesaikan acara maraton itu Gunung Gajah Terom pada Sabtu lalu.

Bapanya Azman Othman, 50, menyedari kejadian itu kira kira jam 3 petang dan membuat laporan polis pada kira-kira pukul 6 petang pada hari sama.

Sementara itu,pasukan mencari dan menyelamat mengakui usaha untuk membawa turun mangsa menghadapi kesukaran berikutan keadaan laluan yang licin.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu,Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihaknya mengarahkan Jabatan Perhutanan untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan hutan lipur di negeri itu.

Pada masa sama, kajian semula akan dijalankan bagi menilai penganjuran kejohahan seumpama itu pada musim tengkujuh.

Kejohanan Marathon Antarabangsa Gajah Terom yang diadakan Sabtu laludibahagikan kepada beberapa kategori menyaksikan penyertaan lebih 540 peserta.
-astroawani





ULASAN GB

Al-fatihah...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Kes Buli Di Asrama: Siapa Budak Bersinglet Hitam Itu? -updated


Kes buli: Orang ramai minta polis cari budak singlet hitam

KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial meminta pihak polis menyiasat video yang memaparkan sekumpulan pelajar asrama lelaki dipukul oleh pelajar lain yang tersebar di media sosial.

Kalangan mereka menuntut tindakan tegas diambil ke atas pelaku, khususnya terhadap seorang pelajar yang memakai singlet hitam di dalam video itu.

Pelaku tersebut dilihat bertindak ganas ke atas kumpulan pelajar dengan menyepak dan memukul mangsa tanpa belas kasihan.

Laman Facebook Zuraimi Ngah, yang merupakan antara terawal memuatnaik video itu, dipenuhi komen orang ramai yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Pengguna Facebook Ramizu Ibrahim berkata “Pihak berwajib tolong siasat..Polis tunggu apa lagi.”

Ct Dzaharriah pula berkata “Harap pihak berkuasa ambil tindakan segera.”

Rata-rata orang ramai menyatakan kemarahan terhadap tindakan pelajar bersinglet hitam yang dipaparkan di dalam video berdurasi 4 minit 36 saat itu.

Ada yang menyuarakan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah berasrama di mana dipercayai kejadian itu berlaku.

Pengguna Facebook Az Lan berkata, “Buat rasa takut kita ibu-bapa nak hantar anak ke sekolah asrama”.

Video yang dipercayai dirakam menerusi telefon bimbit itu bermula dengan aksi sembilan orang pelajar beratur di dalam bilik asrama.

Namun dengan tidak semena-mena, seorang pelajar tiba-tiba meluru dari belakang dan menendang salah seorang pelajar yang sedang beratur.

Bermula daripada itu, pelaku yang memakai singlet hitam terus bertindak ganas menendang pelajar-pelajar yang berbaris, seorang demi seorang tanpa dicabar mangsa-mangsa terbabit.

Video itu telah dikongsi lebih 9,000 kali sejak ia dimuat naik. -astroawani


VIDEO: PELAJAR MRSM DIGANTUNG PERSEKOLAHAN DALAM KES PUKUL ‘JUNIOR’ ASRAMA

Balik Pulau – Lapan pelajar tingkatan empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau di sini, diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar tingkatan dua, pada minggu lalu.

Kesemua mereka diambil keterangan di sekolah berkenaan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, hasil siasatan awal mendapati salah seorang pelajar berkenaan mengaku terlibat memukul junior mereka kerana mangsa enggan mengaku mencuri telefon bimbit Samsung Note 3 milik salah seorang daripadanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Lai Fah Hin ketika dihubungi hari ini memberitahu, kesemua pelajar terbabit dibebaskan dengan jaminan polis, petang ini.

Dalam kejadian pada 22 Oktober lalu, seorang pelajar tingkatan dua di MRSM berkenaan patah tulang rusuk selepas dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama.

Sementara itu menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Azmi Mohamad kesemua yang terlibat dalam kes tersebut digantung persekolahan serta merta.

Menurutnya lagi pelajar terlibat juga boleh dikenakan tindakan buang sekolah sekiranya didapati bersalah. “Perkara ini akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak. Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin MRSM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azmi berkata, MARA bagaimanapun masih belum mendapat sebarang laporan rasmi daripada doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang di mana pelajar yang dicederakan itu telah mendapat rawatan bagi mengesahkan dakwaan beliau patah tulang rusuk akibat dipukul.

Beliau berkata, pihaknya turut meluluskan perpindahan mangsa ke MRSM Kuala Kubu Baharu, Selangor bermula hari ini. “Mara berharap dengan perpindahan ini, dapat mengelak sebarang trauma selain diberikan khidmat kaunseling sekiranya diperlukan,” kata Azmi. 8 Pelajar MRSM Balik Pulau Kena Gantung Sekolah.

Sebelum ini, media melaporkan insiden itu bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon Samsung Note 3 milik seorang daripada lapan pelajar terbabit.

Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut. Akibat kecederaan itu, ibu bapa pelajar yang berasal dari Klang, Selangor, telah membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapat rawatan.

Berikut adalah laporan penuh berhubung kejadian tersebut:

Utk makluman, satu Kejadian Kes Mencederakan Sek 326 KK dis Asrama MRSM Balik Pulau.

a) Repot: Balik Pulau 3177/14.
b) Tarikh Rpt: 24/10/14@0409 hrs.
c) Sek : Sek 326 KK
d) IO: Insp Boby
e) Pengadu: Noraini Bte Jusoh, Kerja Suri rumah.
f) Saspek: 8 Pelajar Ting. 4 MRSM Balik Pulau.

g) Repot Polis:
Pada jam 1100 malam 23/10/14, semasa anak pengadu pulang dari MRSM Balik Pulau, anak pengadu telah memaklumkan bahawa dia telah dipukul oleh lebih kurang 9 orang pelajar tingkatan 4. Anak pengadu mengalami kecederaan iaitu salah satu patah tulang rusuk. Anak pengadu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Laporan dibuat pengadu kerana takut jadi apa2 kemudian hari.
h) Hasil Siasatan.
01. Mangsa dan pengadu adalah hubungan emak-anak. Mangsa nama DINIE SHAFIQ BIN BAHARUL ISHAM, KP 00022810195, ALT 101 JALAN TAMARIND, KLANG, SELANGOR. UMUR 14 TAHUN, PELAJAR TINGKATAN 2 MRSM.

02. Mangsa dipukul oleh sekumpulan pelajar ting 4 pada 22/10/14 jam lebih kurang 1145 malam hingga 0100 pagi di dalam bilik letrik dalam dorm asrama. Mangsa dipukul dengan menggunakan seterika serta dipijak. Bahu kanan dan kiri mangsa turut cedera terkena seterika panas.

03. Mangsa di tahan di ICU HTAR Klang. Mangsa patah rusuk tulang dan terkena pada jantung.

04. Saspek seramai 8 org telah dikenalpasti membabitkan pelajar tingkatan 4. Atas arahan pihak sekolah mereka telah diarahkan balik ke rumah masing2.

05. Tiada saksi lain menyaksikan kejadian dan pihak warden hanya mengetahui kejadian pada 23/10/14 jam 0800 malam.

06. Selepas mengetahui insiden, pihak warden berhubung dengan pihak HEP dan Pengetua namun gagal dihubungi. Setrusnya warden merujuk kepada HEA dan meletakkan pelajar di bilik rehat sementara menunggu arahan lanjut. Pada 23/10/14 jam 0300 petang, HEP berhubung dengan keluarga mangsa dan arahkan untuk ambil balik ke rumah. Mangsa dihantar menggunakan kapal terbang dan setibanya di LT Subang mangsa terus dikejarkan ke hospital oleh ayah mangsa.

07. Pada 27/10/14 jam lebih kurang 1200 hrs sepasukan anggota JSJ diketuai oleh Insp Boby telah melaksanakan tangkapan keatas saspek pergaduhan di asrama MRSM Balik Pulau.

08. Tngkapan seramai 8 orang dan justifikasi tangkapan adalah berdasarkan keterangan mangsa. Butiran tangkapan sebagaimana berikut:
1. Mohamad Hakimi B Mohd Nazri
2. Muhamad Hariz Haikal B Ahmad Fariz
3. Muhamad Rafiq Hakimi B Bakhtiar
4. Mohamad Amin B Mohd Anuar
5. Mohamad Adam Ashraf Bin Zamsari
6. Muhamad Nabil B Razali
7. Muhamad Hanif B Mohamad
8. Amin Muqri B Rosli

Repot tangkapan sebagaimana Balik Pulau 3211/14.

09. Keterangan awal saspek berkenaan mendedahkan mengaku terlibat pukul mangsa secara berkumpulan keatas mangsa menggunakan tangan dalam bilik letrik dan salah seorang dari mereka telah mencucuh seterika di bahu mangsa. Punca kejadian disebabkan mangsa telah mencuri telefon bimbit samsung note 3 milik rakan mereka dan mangsa tidak mahu memulangkan serta tidak mengaku atas tuduhan itu.

10. Tindakan diambil:
1. Rakam percakapan sek 112 KPJ
2. Rakaman fotografi dan cap jari
3. Percakapan risikan.
4. Kaunseling dari unit D11 IPK.

11. Semasa tangkapan dilakukan, keluarga /waris saspek turut hadir. Kesemua tangkapan telah dijamin jam lebih kurang 1700 hrs @27/10/14.

12. Siasatan akan diserahkan kepada YA TPR utk dpatkan arahan keputusan kes serta tindakan lanjut.

Sekian.
-suaratv


TERKINI

Polis nafi video buli di MRSM Balik Pulau

Balik Pulau: Polis menafikan video membabitkan sembilan pelajar menjadi mangsa buli dalam sebuah bilik asrama yang tersebar luas dan menjadi viral di Facebook berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, polis sudah menjalankan siasatan terperinci selepas meneliti video berkenaan dan mendapati ia bukan terjadi di MRSM berkenaan.

"Kita sudah melakukan siasatan sejak dua hari lalu dan mendapati video ini bukan membabitkan kes rusuhan pelajar MRSM berkenaan yang berlaku pada 22 Oktober lalu.

"Selain itu polis juga turut melakukan siasatan di asrama lain di sekolah di daerah ini dan mendapati kes berkenaan bukan berlaku di kawasan Balik Pulau," katanya ketika dihubungi, hari ini. -HM









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Bekalan Air & Api Didakwa Sengaja Diputuskan Di Istana Kehakiman


Putrajaya: Bekalan air dan elektrik di tandas awam berhadapan Istana Kehakiman di Putrajaya didakwa sengaja diputuskan.

Lokasi berkenaan menjadi kawasan rakyat berhimpun untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kejadian yang didakwa sabotaj itu menyebabkan orang ramai yang mahu bersolat terpaksa mengambil wuduk dengan menggunakan air mineral.

Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Badrul Amin Baharom ketika ditemui menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Ini kemudahan awam yang merupakan hak rakyat, apakah kita tidak berhak menggunakan kemudahan awam yang dibangunkan menggunakan wang rakyat.

“Kalau benar memang sengaja ditutup, ini salahguna kuasa yang sengaja mahu tunjuk sifat kuku besi,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa berkata, kejadian tersebut merupakan yang pertama terjadi sepanjang rakyat berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Mereka cuba beri tekanan kepada rakyat, saya hairan mengapa mereka bersikap zalim,” tegasnya.

Jelasnya lagi, rakyat yang berhimpun di kawasan tersebut sejak minggu lalu tidak melakukan sebarang kerosakan kepada kemudahan tersebut.

“Ini sesuatu yang menyedihkan, kalau konsert yang melalaikan kerajaan sanggup sediakan semua kemudahan, tapi bila rakyat tuntut keadilan mereka ambil tindakan susahkan rakyat,” tegas Ahmad Akhir Pakwan Chik, seorang penyokong yang hadir ke kompleks Mahkamah Putrajaya. -KD



ULASAN GB

Memang kejam dan zalim.

Atau nak suruh semua orang awam jadi Saiful, tak payah buang air dan tak payah solat?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI