11 Nov 2009

Era Najib Altantuya : SAH Hassan Ali Dibelakang Tindakan JAIS

Exco pertahan Jais tahan Dr Asri

xco hal-ehwal Islam Selangor mempertahankan prosedur pentauliahan kepada penceramah agama di negeri itu kerana ia dapat memastikan latar belakangnya dan mengelak ajaran sesat.

Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau tidak melihat keperluan meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor berhubung pentauliahan yang kini menjadi kontroversi susulan penangkapan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, awal bulan ini.

Beliau ditanya mengenai perkara ini berikutan usul tergempar yang dibawa oleh ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib ketika persidangan DUN pagi ini.

Wakil PAS itu mencadangkan usul berkenaan untuk membincangkan isu penahanan bekas mufti Perlis itu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 1 November lalu.

Bercakap kepada media selepas sidang DUN hari ini, Dr Hasan menjelaskan prosedur pentauliahan itu diamalkan bukanlah untuk menyekat mana-mana pihak daripada mengajar agama di negeri itu.

"Orang yang berikan khutbah dan apa juga pengajaran agama di negeri Selangor itu tidak kira latar belakang apa pun, eloklah diketahui siapa dia, latar belakang dia, apa yang nak diajar, rekod-rekod yang lepas, bukan itu bagus? Bukan kita nak menyekat," katanya.

Tambahnya, beliau tidak fikir Jais berniat menggunakan isu pentauliahan semata-mata untuk menyekat Dr Mohd Asri daripada memberikan ceramah di negeri itu.

"Saya tak fikir ada mana-mana pentadbir Jais yang ingin menyekat (Dr Mohd Asri) tapi hanya untuk kerajaan berhati-hati sebab ada yang lepas-lepas terutama yang di luar yang dikatakan ajaran-ajaran itu meragukan dan sebagainya, itu yang kita takut," katanya.

"Dalam musim ajaran-ajaran sesat yang berlaku ini, kita pun takut mereka menyeludup melalui cara-cara seperti memberikan ceramah secara terbuka dan sebagainya."

Dr Hasan turut mempertahankan tindakan Jais menggunakan khidmat anggota polis ketika menahan Dr Mohd Asri di sebuah banglo di Hulu Kelang menjelang tengah malam hujung minggu itu.

"Saya rasa peruntukan (enakmen Islam) sangat adil, tapi mungkin ada pihak yang masih tidak puas hati dan kata 'saya berpengalaman, tidak perlu tauliah' dan sebagainya," katanya.

Beliau menjelaskan, isu kehadiran polis yang ramai semasa penahanan Dr Mohd Asri itu, seperti yang dibangkitkan Saari serta ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali itu juga tidak timbul.

"Soal bilangan itu rasa saya tidak menjadi masalah, soalnya sama ada dijalankan tugas itu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

"Laporan kepada saya, selepas (Dr Mohd Asri) memberikan ceramah, saya diberitahu agak lama juga mereka nak memujuk supaya (Dr Mohd Asri) keluar dari bilik tersebut hingga mereka terpaksa memanggil polis untuk sama-sama memujuk dan mengeluarkan dia dari bilik itu," katanya.

Belia turut mengesahkan menerima laporan berhubung rancangan Jais untuk menyeret Dr Mohd Asri ke mahkamah - dijangkakan minggu ini.

"Yang saya tahu, siasatan sudah siap dan yang dilaporkan kepada saya mungkin pendakwaan akan dijalankan ke atas Dr Mohd Asri," kata Dr Hasan.- malaysiakini


Ulasan GB

MEMANG SAH JAHAT PUAK UG INI TERUTAMA HASSAN ALI.

Saya sudh mengagak lebih awal bahawa Hassan Ali adalah dalang d belakang tindakan JAIS yang menahan Dr Mohd Asri dan yang menarik balik tauliah Khalid Samad.

Ini kerana tindakan-tindakan itu berlaku sehari selepas Hassan Ali keluarkan kenyataan "hanya exco agama dan mereka yang ditauliahkan sahaja dibenarkan membaca khutbah di Selangor".

Kini warnanya semakin jelas.

Era Najib Altantuya : Blogger Kickdefalla Kena Kick

Ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) baru-baru ini, seorang pegawainya dipecat serta merta semalam.

Pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz (foto) yang juga penulis blog popular Kickdafella - mengesahkan perkara itu kepada pemberita malaysiakini.

Beliau bagaimanapun menafikan pemecatannya semalam ekoran tindakannya membuat laporan terhadap SPRM berhubung dakwaaan penyelewengan yang beredar di blog-blog.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman - yang juga menantu kepada menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat - sebelum ini dituduh melakukan pecah amanah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Azidi juga menafikan memberi maklumat dalaman kepada ADUN Neggiri Mohd Yusoff Ab Ghani daripada BN berhubung dakwaan penyelewengan tersebut.

"Saya jumpa Tok Guru (Nik Aziz) semalam. Setiausaha politiknya pun ada sama. Saya minta Tok Guru ajar cara bersumpah mengikut syariat. Saya ingin bersihkan nama saya," katanya.

Syed Azidi yang mengaitkannya pemecatannya dengan politik dalaman di perbadanan itu juga mendakwa, seorang yang rapat dengan Nik Aziz menjadi dalang di sebalik pemecatannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan Nik Aziz berhubung pemecatannya itu kerana mendakwa sentiasa setia dengan kepimpinannya.

"Boleh jadi Tok Guru pun tidak tahu dengan pemecatannya saya. Beliau mungkin diberi maklumat yang salah,"
jelasnya.

Syed Azidi mendakwa, sejak berkhidmat pada 17 April 2006, pihak tersebut telah cuba menyingkirkannya beberapa kali, antaranya dengan mempengaruhi pentadbiran PMBK supaya menarik balik kemudahan pejabatnya di Kota Bharu tahun lalu.

Beliau juga mendakwa sudah lama tidak dijemput menghadiri mesyuarat pengurusan PMBK kerana sering menegur kepincangan pengurusan GLC negeri itu, seperti pengurusan khairat kematian penduduk.

Kontrak Syed Azidi dengan perbadanan tersebut sepatutnya tamat pada April tahun depan.

Katanya, satu sidang akhbar bagi membersihkan namanya telah dibuat di Kota Bharu pagi tadi.

Ulasan GB

Tindakan memecat Syed Azidi adalah satu tindakan silap dilihat daripada aspek apa sekalipun. Ini kerana TG Nik Aziz sendiri sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa SPRM boleh menyiasat PMBK bila-bila masa.

Tanpa menghiraukan siapa yang membuat aduan kepada SPRM, mengapa kini Syed Azidi jadi mangsa?

Sebagai sebuah kerajaan di bawah pimpinan TG Nik Aziz, segala-galanya perlu telus dan tidak ada sepatutnya tindakan melobi untuk memecat seseorang dengan alasan apa sekalipun sebelum sebarang kesalahan dinyatakan dan disiasat terlebih dahulu.


KEMBALIKAN SYED AZIDI KEPADA JAWATANNYA SEGERA SEBELUM KERAJAAN KELANTAN TUMBANG!

Era Najib Altantuya : MB Selangor Dedah 3 Dokumen OSA Untuk Siasatan

Kerajaan negeri Selangor mahu mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahan dokumen yang kini dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan dilakukan melalui bidang kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) akta berkenaan.

"Peruntukan undang-undang itu memberi kuasa kepada menteri dan menteri besar untuk membatalkan pengkelasan "rahsia" atau "sulit" sesuatu dokumen bawah OSA,"katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan pembentangan bajet 2010 di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, petang tadi.

Menurut Tan Sri Khalid pendedahan tersebut bertujuan mengurangkan kejadian rasuah dan penyalahgunaan peruntukan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan berkaitan kebebasan maklumat.

"Apa yang kita hendak tunjuk, kita ada projek yang ditinggalkan. Rakyat tidak tahu siapa yang terlibat, berapa nilai tanah itu dan sebagainya," katanya.

Jelasnya, projek yang akan didedahkan itu melibatkan satu projek penghutanan semula untuk tujuan komersil dan dua lagi projek, masing-masing di Bukit Botak, Selayang dan Bukit Cerakah, Shah Alam.

Manakala terdapat satu projek berkaitan projek penghutanan semula,serta berkaitan kegagalan Bukit Botak, projek perumahan untuk setinggan dan laporan mengenai Bukit Cerakah.

Tan Sri Khalid berkata, salah satu daripada kes yang akan didedahkan itu melibatkan tanah kerajaan seluas kira-kira 2,000 ekar yang telah diberikan kepada penduduk.

"Penduduk ini membuat perjanjian dengan satu pemaju untuk membina rumah di atas tanah mereka. Pemaju berjanji membayar mereka RM360,000 untuk tiga ekar. Akhirnya mereka tidak dapat aset tersebut dan mereka kehilangan semua wang," Jelasnya.

Beliau juga berkata, beberapa laporan mengenai projek-projek berkenaan akan dikemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ini.

Sehubungan itu juga, Khalid berkata kerajaan Selangor akan memperkenalkan satu enakmen baru berkaitan hak kebebasan maklumat yang akan dibentangkan dalam sidang DUN akan datang.

"Apa yang kita hendak tunjuk, kebebasan maklumat memberi lebih kelebihan untuk membuat keputusan berbanding (kerahsiaan) bawah OSA pada masa sekarang," katanya.

Jelasnya, enakmen berkenaan masih perlu dikaji sebelum dibentangkan kerana mungkin akan berhadapan tentangan daripada Peguam Negara kerana dianggap mendatangkan konflik bidang kuasa persekutuan dalam akta OSA. -TVS


Era Najib Altantuya : Asri Akan Didakwa Minggu Ini

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendakwa bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajar tanpa sekalipun menerima bantahan dari pepimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Penolong Pengarah Perhubungan Awam Jais Mohd Hidayat Abd Rani berkata pihak pendakwa kini sedang di peringkat akhir siasatan dan Asri akan didakwa dalam tempoh seminggu ini.

Seeblum ini, ADUN PAS Saari Sungib telah membuat satu usul tergempar di dewan undangan negeri bagi mengubag keputusan penahanan Dr Mohd Asri, yang kini di dalam jaminan, dan agar beliau dibebaskan tanpa syarat.

ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali turut menyifatkan tindakan yang meluatkan cara mana Dr Mohd Asri ditahan.

Namun usul berkenaan ditolak oleh Speaker Teng Chang Khim kerana ia tidak perlu disegerakan.

Hidayat menyatakan Dr Mohd Asri Zainul Abidin aka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

“Jais akan memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana disifatkan kes berprofil tinggi.”

Beliau menambah kertas sisatan hampir selesai dan perbincangan sednag berjalan dengan pihak Mahkamah untuk mendapatkan tarikh yang yang terdekat untuk kes ini.


Speaker Tolak Usul Berhubung Penahanan Dr. Asri

Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim menolak usul ADUN Hulu Klang, Shaari Sungib berhubung isu penahanan dan pendakwaan JAIS terhadap Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin.

Menurut Teng, walaupun usul tersebut mempunyai kepentingan orang ramai namun ia tidak menepati syarat yang memerlukan ia disegerakan.

“Setelah dipertimbangkan saya berpendapat bahawa cadangan usul tersebut tidak menepati syarat sebagai satu perkara yang perlu disegerakan. Oleh yang demikian saya menolak cadangan usul tersebut,” katanya.

Antara usul Shaari ialah mengesyorkan Dr Asri dilepas tanpa syarat serta JAIS perlu mengugurkan dakwaan terhadapnya.

Shaari juga mahu kerajaan negeri dan JAIS mengkaji dan menyemak semula peruntukan dalam enakmen Islam Selangor kerana didapati tidak selaras dengan syariat Islam serta tidak mendokong usaha pendakwahan.

Shaari turut menggesa kerajaan negeri dan JAIS menghormati prinsip hak asasi manusia dalam usaha penyebaran agama Islam melalui dakwah tanpa sekatan tertentu.

“Dewan yang Mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengarahkan JAIS, melepaskan dengan segera Dr Mohamad Asri Zainul Abidin tanpa syarat dan menggugurkan sebarang pendakwaan yang dirancang terhadap beliau,” katanya.

Dr Asri ditahan oleh JAIS 2 November lalu ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata tangkapan dibuat terhadap beliau adalah di atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah dan bukannya mengamalkan fahaman Wahabi seperti yang didakwa sebelum ini.

Penahan Dr. Asri menimbulkan kontroversi dan tindakan JAIS itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik. -TVS


Era Najib Altantuya : Baiah, Adnan Pula Yang Lebihnya

Bernama melaporkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata amalan bai'ah atau akujanji di kalangan wakil rakyat PAS bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti, bukanlah perkara baru, sebaliknya sudah lama berlaku.

Menurut Adnan, perkara itu diketahuinya sejak dua penggal pilihan raya umum yang lepas menerusi beberapa kenalannya daripada parti PAS yang menjadi wakil rakyat.

"Perkara ini perkara lama, terpulanglah kepada rakyat menilainya. Bai'ah itu meletakkan isteri sama dengan kerjaya politik, itulah rendahnya martabat wanita di kalangan kepimpinan PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Petrosains DinoTrek 2, di sini, Selasa.

Adnan secara sinis berkata kepimpinan PAS tidak perlu risau wakil rakyat mereka akan keluar parti itu kerana mereka amat menyayangi isteri mereka.

"Saya pernah memujuk mereka (wakil rakyat terbabit) sertai Barisan Nasional, mereka kata tak boleh, kalau mereka keluar parti akan jatuh talak tiga, isteri mereka kena berkahwin dengan orang lain dulu sebelum dapat bersama semula dengan mereka," katanya.

Adnan bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci berkenaan bai'ah yang diketahuinya itu: "Bukan wakil rakyat PAS di Pahang, tapi di negeri lain," katanya.

Ulasan GB

Adnan berlebih-lebih pulak untuk menangguk di air keruh terhadap apa yang dikatakan "baiah" yang sebenarnya tidak wujud.

Adnan dicabar untuk buktikan kata-katanya dengan menamakan siapakah kenalannya yang dikatakan wakil rakyat PAS yang ada mengamalkan baiah tersebut.

Jangan Adnan, kamu tak ingat ker yang kamu terpaksa menipu tangan berbalut "bandage" setelah membuat aksi lucah di dalam kempen pilihanraya?

Bernama pun memang suka melapor dan menonjolkan sesuatu yang boleh memburukkan imej mana-mana parti PR.


Era Najib Altantuya : Kemenangan PR Kian Kabur?

Merdeka Review - Seandainya Najib membubarkan parlimen keesokannya, mungkin penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang "taksub" sahaja akan mempercayai bahawa PR akan mengambil alih kuasa. 14 bulan lalu, ramai orang yang dingin-politik sebelum ini menjadi peminat pelan "16 September" oleh Anwar Ibrahim.

Sahabat saya yang juga seorang pengamat politik berkata, seandainya PRU diadakan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan yang akan datang, maka tugas pendukung demokrasi seperti kami adalah membantu pembangkang untuk mengharungi hari-hari setelah Barisan Nasional memulihkan majoriti dua pertiganya.

Sekiranya PR ingin menghambat kejayaan dengan momentum 8 Mac 2008, maka PR pada dasarnya perlu mengekalkan 40% sokongan Melayu, di samping memacu sokongan bukan Melayu kepada 80%. Momentum sedemikian membolehkan PR untuk memenangi kira-kira 100 kerusi di Semenanjung Malaysia, sebagai asas untuk memerintah di seluruh negara.

Namun, undi kaum Melayu kini kembali ke pangkuan UMNO secara stabil, walaupun sokongan terhadap PR belum jatuh ke bawah paras 40%. Dengan cepat undi kaum India beralih, kini mencecah nisbah 6:4 antara BN dengan PR. Hanya kaum Cina yang masih mengekalkan lebih 70% sokongan terhadap PR.

Namun, seandainya Najib mengumumkan peruntukan elaun kepada pelajar sekolah menengah cina persendirian RM1000 seorang setahun, malah membenarkan Pheng Yin Huah (Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Malaysia) untuk memulihkan satu atau dua buah sekolah menengah persendirian di Pahang, apakah angka ini akan jatuh ke 60%?

Mengapakah angin perubahan beralih arah dalam masa yang singkat? Selain pergelutan kuasa dalaman, masalah pokok PR adalah mereka memilih gelanggang yang salah.

Sebelum dan selepas 8 Mac 2008, pembangkang memiliki kelebihannya dalam tiga perkara yang berikut. Pertamanya, politik berbilang kaum yang sederhana; keduanya, politik kompeten dan integriti; ketiga, pendemokrasian. BN bertentang dengan ketiga-tiganya, tampil sebagai lambang politik ektrem dalam perkauman dan keagamaan, rasuah dan lemah, serta pemerintahan autoritarian yang menekan.

Najib berjaya menarik pengundi atas pagar

Kejayaan yang dikecapi "kerajaan baru Najib", pada hakikatnya hanya menonjol dalam isu hubungan etnik dan agama. Keangkuhan UMNO, terutamanya selepas kemenangan mendadak pada PRU tahun 2004, merupakan punca kemarahan dan kekecewaan "pengundi atas pagar " terhadap BN pada PRU tahun 2008.

Sekiranya UMNO-BN sanggup menginsafi kesilapan tersebut, malah tidak terus lagi dengan politik perkauman dan keagamaan, pengundi tersebut sudi memberi peluang kepada UMNO-BN. Seandainya kerajaan dapat menguruskan hubungan kaum dan agama, mereka sebenarnya tidak kisah dengan pemerintahan autoritarian, malah boleh bertoleransi terhadap rasuah pada tahap tertentu. Propaganda "1Malaysia" oleh Najib sebenarnya disasarkan kepada golongan pengundi sebegini. Momentum BN kini semakin melonjak, membuktikan bahawa strategi Najib adalah tepat.

Seandainya kita meneliti mesej dan dasar Najib, tidak sukar untuk kita menemui bayang "politik baru" Anwar dan "PAS untuk semua". Oleh sebab BN menguasai kerajaan persekutuan, Najib memiliki syarat untuk melaksanakan terlebih dahulu dasar Anwar yang bersifat "inclusif", lantas menghapuskan rasa permusuhan bukan Melayu terhadap UMNO. Seandainya "tumbangkan UMNO" bukan satu kemestian untuk orang bukan Melayu, maka UMNO akan menang dengan majoriti Melayu pada PRU yang akan datang.

Untuk menangkis serangan Najib secara "lembut" terhadap bukan Melayu, jalan keluar yang dimiliki PR adalah, melakukan sesuatu lebih daripada apa yang dilakukan oleh Najib, agar bukan Melayu merasai usaha dan keikhlasannya. Namun, PR berdepan dengan dua kesulitan jika berbuat demikian.

Pertamanya, memandangkan PR masih belum memerintah di peringkat persekutuan, maka Najib boleh terus "memplagiat" manifesto PR, menyebabkan usaha PR sekian lama disia-siakan begitu sahaja; keduanya, pemimpin Melayu dalam PR perlu mempunyai keyakinan yang lebih utuh, barulah dasar yang menjurus ke arah kesamarataan etnik dapat diketengahkan, malah tidak takut difitnah UMNO dan lidahnya sebagai pengkhianat bangsa/agama.

Bertitik tolak dari itu, dasar etnik PR yang sedia ada dilihat terlalu "mesra kepada bukan Melayu", dari kaca mata sesetengah pemimpin PR. Dasar dan hujah kerajaan PAS Kedah, Exco Selangor Hasan Ali, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi dan sebagainya, pada hakikatnya menyumbang kepada persepsi bahawa UMNO lebih sesuai untuk memimpin Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Pilihan PR: Kompeten dan Integriti

Setelah kehilangan kelebihan dalam isu hubungan etnik-agama, yang paling mudah didominasi, PR kini memiliki satu lagi pilihan, iaitu politik yang memberi penekanan dalam kompeten dan integriti. Dalam isu ini, kerajaan CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) Pulau Pinang adalah jawapan terbaiknya. Selangor dan Perak (sebelum dirampas kuasa oleh BN) juga menekankan "good governance" yang mirip kepadanya.

Apa yang terselindung di sebalik wacana ini, boleh menjadi "kesedaran demokrasi", malah juga boleh menjadi "pemerintahan autoritarian ala-Singapura". Malangnya, wacana Good Governance yang diketengahkan oleh PR lebih mirip kepada "ala-Singapura". Malah, sesetengah negeri secara terus-terang mengakui bahawa pembangunan ekonomi adalah matlamat yang paling mustahak, dan reformasi politik boleh dikemudiankan.

Pandangan "Stupid, it's economy!" yang mesra kepada korporat ini, bukan sahaja boleh mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam syak wasangka "terlalu mesra bukan Melayu", di samping kemungkinan menonjolkan dilema ahli politik PR yang takut untuk menjauhi bidang perniagaan.

Laporan Ketua Audit Negara yang memberi penilaian positif terhadap kerajaan Pulau Pinang dan Selangor meskipun merupakan kejayaan strategi ini, tetapi, kelebihan dalam pembangunan ekonomi sebenarnya dimiliki kerajaan persekutuan. Penekanan kepada ekonomi secara berlebihan sebenarnya menonjolkan kelebihan musuh PR. Lain kata jikalau rakyat dapat merasai kelebihan PR untuk mentadbir negara, kalau tidak, kerajaan negeri PR yang dibelenggu dengan situasi kini (belum mengambil alih kuasa pemerintahan peringkat persekutuan) akan dihindari pengundi.

Di samping itu, "politik kompeten dan integriti" sebenarnya menonjolkan kepentingan sesebuah kerajaan yang kuat (strong government). Selain Pulau Pinang dan Kelantan, kerajaan negeri PR yang hanya menang tipis dengan majoriti mudah telah berdepan dengan ancaman dan godaan BN untuk menarik ADUN PR. "Politik kompeten dan integriti" ini selalunya menonjolkan kelemahan PR untuk bergelut sesama sendiri.

Sekiranya Najib berani untuk memancung kepala beberapa orang perasuah, untuk menunjukkan tekadnya dalam usaha membanteras rasuah, maka politik yang memberi penekanan terhadap "kompetan dan integriti" ini mungkin juga menjadi kelebihan Najib, seperti hubungan kaum/agama.

Satu-satunya isu yang kelebihannya tidak dimiliki Najib (gambar kiri) ialah "pendemokrasian". Seandainya Najib berusaha ke arah pendemokrasian, maka "sistem satu parti yang berpilihan raya" oleh UMNO akan ditamatkan. Biarpun BN masih mengekalkan kuasa pemerintahannya, namun dalam satu sistem yang demokrasi, UMNO tidak mungkin melakukan sesuatu sesuatu sewenang-wenangnya. Maka dasar dan Good Governance yang memanfaatkan semua rakyat akan terlaksana. Ini menjelaskan mengapa Najib enggan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), enggan membebaskan media, enggan mereformasikan sistem pilihan raya, enggan menubuhkan IPCMC...

Pendemokrasian dan reformasi sistem adalah satu-satunya isu yang memberi kelebihan mutlak kepada PR. Ini kerana sama ada Najib cuba menyaingi PR (melakukan sesuatu yang lebih daripada PR) atau tidak, PR tetap akan mengecapi keuntungan daripadanya. Namun, ini jugalah bidang yang mana PR paling tidak berusaha dengan sungguh-sungguh. Bukankah ia pelik?

*Artikel ini ditulis dalam bahasa Cina oleh penganalisa politik, Wong Chin Huat. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Era Najib Altantuya : PAS Dilanda Masalah

Bila pihak lain yang timbulkan isu dalam PAS, sering kita dengar itu adalah mainan jahat media dan UMNO dan BN untuk menghancurkan PAS dan PR.

Tetapi kalau tidak bermasalah, mengapa tiba tiba Ketua Pemuda PAS Shah Alam letak jawatan? Untuk analisis mudah, kata saja itu mainan jahat media.

Mengapa ada berita tentang orang dalam membocorkan rahsia parti. Senang sahaja; kan itu mainan jahat media.

mengapa pula timbul isu bai'ah. Senang sahaja; kan itu mainan jahat media

Seminar yang baru berlangsung bukan menyelesaikan masalah tetapi membuka lebih banyak pekung.

Kalau orang PAS pandai suruh orang parti lawan letak jawatan itu dan letak jawatan ini, sekarang telah timbul satu keperluan dalam PAS,

Untuk beberapa pemegang jawatan penting

Lepaskan jawatan.


- Prof Hamirdin

Era Najib Altantuya : Tukarkan Pengerusi Disiplin PAS

Seorang veteran PAS memberi pandangan, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tidak sesuai dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin bagi menyiasat kes Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali.

Ini adalah kerana Hasan Ali merupakan boss kepada Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mereka sama-sama terlibat dengan rancangan Forum Perdana dahulu. Ia juga membawa makna mereka mempunyai hubungan yang rapat.

Didalam hal ini, UMNO lebih baik daripada PAS, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO adalah Tengku Ahmad Ritahudeen, seorang veteran UMNO yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan lagi dengan UMNO.

Sepatutnya PAS juga mencari seorang tokoh yang tidak mempunyai hubungan atau apa-apa kepentingan lagi didalam PAS untuk dilantik menjadi Pengerusi Disiplin, menurut veteran PAS itu lagi. -penjualubat


Ulasan GB

Memang sepatutnya begitu. Seorang yang masih memegng jawatan parti tidak sepatutnya menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin. Ini adalah untuk mengelak "bias" (pilih-kasih).

Tetapi Presiden parti lebih suka untuk melantik mereka yang "sealiran dan sejiwa" dengannya seperti perlantikan Setiausaha Agong, Ketua Penerangan, Pesuruh-pesuruhjaya Negeri sekalipun kesemuanya adalah hak prerogatif Presiden melantik mereka mengikut Perlembagaan.

Namun kini yang perlantikan-perlantikan itu telah menimbulkan "persepsi benar" bahawa mereka adalah dari kelompok UG semata-mata.

Islam memandang "kebenaran dan keadilan" perlu diletakkan di tempat yang wajar.

San sehingga kini beberapa tindakan Tn Ibrahim Tn Man dilihat tidak menjurus ke arah penegakan kebenaran dan keadilan. Ucapan-ucapannya berhubungkait dengan isu disiplin yang dilaporkan kepadanya jelas tidk menampakkan bahawa kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan di dalam kaedah yang dituntut syarak. Boleh baca tulisan Exco Dewan Ulamak PAS ini yang mengulas biasnya Pengerusi Lembaga Disiplin PAS.





Era Najib Altantuya : Siapa Timbulkan Isu Baiah?

Semua media massa main isu Bai'ah dalam Pas termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pakat bising nak siasat dan jumpa pimpinan Pas nak tanya betoi ka wakil rakyat Pas kena Bai'ah cerai bini talak tiga kalau lompat parti.

Lebih baik media massa pi tanya Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa (TP PAS) yang jumpa blogger2 termasuk blogger Umno, sebab benda ni timbul selepas perjumpaan tersebut beberapa hari sebelum Mensyuarat Khas yang lalu.

Sekarang isu Bai'ah terpaksa dijawab Tok Guru setelah berlarutan beberapa hari tak habis lagi dimainkan media.
Kata TGNA:

“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah - bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.

"Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni..... mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi.

"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya. -misaimerah

Ulasan GB

Ketua Pemuda Shah Alam yang merakamkan bahanbukti diberikan tekanan hebat kononnya "membocorkan" rahsia parti walaupun tidak ada seorang pun yang berjaya melihat bahan-bukti itu kecuali pihak pemimpin tertinggi yang wajar dan wajib tahu mengenai isu berkenaan.

Tetapi "rahsia parti" seperti "baiah" yang ternyata merupakan "fitnah" serta rahsia yang tidak wujud (jika ada sila beri bukti) lansung tidak disentuh oleh mana-mana pihak di dalam seminar baru lalu termasuk Azman Shafawi yang sibuk dengan isu kononnya "menjaga rahsia parti" demi menutup salahlaku pemimpin yang dikategorikan dari kumpulan UG ini.

Mengapa tak habis-habis kumpulan UG ini mendatangkan masalah dan fitnah kepada parti?


Era Najib Altantuya : Saksi Kes V.K.Lingam Datang Sendiri Ke Parlimen

Susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkenaan kes VK Lingam yang terlepas dari sebarang pertuduhan undang-undang.

Pakatan Rakyat hari ini membawa seorang saksi penting ke pemerhatian media kerana sebelum ini Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadikan alasan sukar mendapatkan saksi sebagai alasan kes VK Lingam didiamkan begitu sahaja.

Bekas setiausaha VK Lingam, Jayanthi L.G Naidu memberitahu media bahawa beliau beberapa kali pernah dipanggil oleh BPR dan Suruhanjaya Di-Raja namun malangnya dikatakan tidak ada bukti kukuh untuk menyabitkan Lingam terhadap kelakuan jenayah.

Jayanthi merupakan saksi penting kerana sewaktu bertugas dengan VK Lingam beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menempah tiket percutian untuk VK Lingam sekeluarga dan Tun Eusoff Chin ke New Zealand.

SOT : Jayanthi L.G Naidu, bekas setiausaha VK Lingam

" On the instruction of VK Lingam, I have at least on three occations withdrawn large sums of money between RM100,000 to RM 300,000 which I then wrapped in gift boxes with the understanding that they were be hand delivered by others to individual judges. One one occation, I saw one of these boxes being placed together with a box containing a cake to be delivered to a judge"

Wakil rakyat Pakatan Rakyat semalam mempersoalkan keengganan Peguam Negara mendakwa VK Lingam. Nazri dalam jawab balasnya berkata Lingam mungkin bersalah dari segi moral, namun tidak menyalahi mana-mana undang-undang.

Pakatan Rakyat mengesyaki adanya usaha untuk menutup kes ini dengan alasan teknikal.

Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, sebelum ini kerajaan menjadikan alasan gagal untuk menghubungi saksi penting menjadi punca utama kes terhadap Lingam tidak dapat diteruskan.

"Kita menolak jawapan ini sebagai jawapan yang tidak munasabah" ujarnya.

"Gagal menghubungi saksi yang terpenting dalam kes ini dijadikan alasan. Kini saya sendiri boleh hubungi" tambahnya lagi sambil disaksikan oleh Jayanthi dan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.

Nama Lingam mula dikenali ramai apabila gambarnya sekeluarga bercuti dengan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin di New Zealand tersebar luas di Internet.

Turut dipaparkan dalam Internet gambar Lingam bersama-sama taukeh besar Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Mohtar Abdullah, mantan peguam negara, yang dirakamkan semasa percutian ke Itali. -tvs



Era Najib Altantuya : Ketua DP PAS Shah Alam Letak Jawatan

1. 1. Saya merujuk kepada dua laporan media pagi ini ;

1.1. TheStar : Youth Chief Ahmad Sayuti Quits Posts In PAS

1.2. AgendaDaily : Ketua Pemuda PAS Shah Alam Letak Jawatan

2. Pertamanya ingin saya tegaskan pihak Barisan Nasional sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa jua tindakan demi merosakkan kestabilan Pakatan Rakyat (PR), khususnya di Selangor. Perkara ini amat dirasai dengan kesungguhan UMNO khusunya menimbulkan pelbagai masalah terutamanya di Parlimen Shah Alam yang menjadi ibu negeri Selangor.

3. UMNO cuba menggangu-gugat pentadbiran parti dan kerajaan dengan pelbagai usaha bermula dengan isu hiburan, pengekatan penjualan arak yang diluluskan secara bersama oleh barisan Ahli Majlis MBSA, isu perarakan kepala lembu, isu penghinaan dan ancaman terhadap wakil rakyat, permit khutbah dan lain-lain.

4. Selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam (DPPSA), saya memandang semua perkara yang dilakukan ini adalah untuk merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, seterusnya menunjukkam sikap sebenar mereka yang masih berada dalam keadaan penafian (state of denial) terhadap kebencian rakyat yang bertambah terhadap Barisan Nisoanal pada masa ini.

5. Laporan media yang saya rujuk hari ini menunjukkan satu lagi memanipulasi berita yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang jelas cuba memberikan gambaran palsu terhadap apa yang berlaku, antaranya;

5.1. Perlepasan semua jawatan saya di peringkat Pemuda PAS Pusat dan Pemuda PAS Selangor adalah disebabkan tekanan yang diterima berhubung rakaman ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali yang sedang dikaji oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat.Saya ingin tegaskan kenyataan tersebut adalah fitnah dan berniat buruk. Ingin saya nyatakan hingga kini tiada apa pertanyaan atau sebarang tekanan diterima berhubung rakaman. Saya yakin Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat masih dalam siasatan berkenaan rakaman tersebut, dan akan menghubungi saya jika memerlukan maklumat lanjut berkenaan rakaman yang dimaksudkan.

5.2. Kekesalan terhadap tindakan melakukan rakaman dan penggunaan media untuk melaporkannya.Ingin saya nyatakan rakaman dan serahan bahan tersebut kepada pimpinan PAS dibuat dengan penuh tanggungjawab dan beramanah untuk melihat PAS lebih berjaya di dalam gabungan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor, tanpa sesekali timbul isu kesal. Ingin saya tegaskan tidak langsung wujudnya elemen penyebaran maklumat tersebut kepada mana-mana media, melainkan ianya hanyalah untuk perhatian pimpinan tertinggi PAS Pusat sahaja.

6. Sebagai Ketua DPPSA, saya menyokong penuh keputusan Mesyuarat Khas PAS Pusat pada 28 Oktober 2009 lalu untuk menyerahkan isu berkaitan PAS Selangor dan tindakan Pesuruhjayanya kepada keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat. Saya berharap siasatan dilakukan dengan segera dan terperinci terhadap semua bahan bukti yang telah dikemukakan oleh mana-mana pihak kepada Jawatankuasa Tatatertib, dan tindakan tegas hendaklah dikenakan kepada mana-mana individu yang terlibat di dalam menimbulkan polemik tersebut.

7. Saya ingin menegaskan perletakan jawatan saya di peringkat negeri dan pusat sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Selangor, Ketua Lajnah Politik Pemuda PAS Selangor, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor dan Setiauasaha Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat langsung tiada kena mengena dengan apa jua krisis dalaman parti yang sedang ditangani sekarang.

8. Seperti ketegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan, keperluan utama perletakan jawatan saya hanyalah kerana tawaran pengajian di luar negara yang diterima oleh isteri saya dan saya turut mengambil keputusan untuk turut mendapatkan tawaran pengajian di negara yang sama selama menemani beliau.

9. Jawatan saya sebagai Ketua Pemuda DPPSA pula akan dipangku oleh Timbalan saya selama ketiadaan saya di dalam negara.

10. Saya berharap kenyataan ini akan memberikan gambaran sebenar terhadap DPPSA dan PAS Kawasan Shah Alam (PKSA) yang menggesa setiap Ahli Parti mendukung penuh keputusan Muktamar PAS baru-baru ini untuk berusaha memperkukuhkan parti dan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat dan menghindarkan segala bentuk polemik yang boleh merosakkan pencapaian tersebut.

11. Saya juga menggesa agar pihak media bersikap amanah dan beretika di dalam melaporkan apa jua berita, tanpa terperangkap di dalam permainan politik Barisan Nasional.

Sekian. Terima Kasih.

Ahmad Sayuti Bin Bashiron
Ketua,Dewan Pemuda PAS Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Ulasan GB

1) Apakah kenyataan Tim Ketua Pemuda PAS. Sdr Azman Shafawi di dalam Seminar Memperkasakan Parti berhubung isu pembocoran rahsia parti merujuk kepada isu diatas?

2) Apakah "bahan-bukti" yang menunjukkan salah-laku pemimpin parti tidak wajar untuk diberikan perhatian?

3) Apakah wujud tekanan keatas Ketua Pemuda Shah Alam dari mana-mana pihak sehingga memaksa beliau meletak jawatan?

4) Mengapa perlu "berrahsia" dengan sekalian ahli dengan membelakangkan prinsip ketelusan sehingga apabila wujud pihak yang berjaya menunjukkan bahan bukti dijadikan sasaran serangan dan perlu "dibenghockkan"?