31 Jul 2008

Kenyataan Media Datuk Seri Wan Azizah

Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil secepat mungkin.

Ini adalah konsisten dengan matlamat kami untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan baru dalam tahun ini.

Keputusan ini adalah yang terbaik buat Malaysia.

Negara ini sedang berhadapan dengan cabaran yang paling getir semenjak mencapai kemerdekaan.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO terbukti telah gagal mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran. Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala-nyala dan membuatkan etnik Melayu, Cina dan India saling tidak mempercayai satu sama
lain di samping sengaja mengabaikan keperluan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim telah mengungkapkan visi untuk Malaysia yang telah pun membenihkan harapan buat rakyat. Beliau mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk membangunkan kembali ekonomi negara ini, juga karisma dan integriti untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kenegaraan.

Saya akan terus berkhidmat sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan pengurusi Yayasan Aman.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyokong saya di Permatang Pauh yang selama ini sentiasa teguh di belakang saya di dalam melalui saat-saat sukar semenjak dari September 1998 dan saat-saat manis kemenangan 8 Mac 2008. Masa depan negara kita bergantung kepada dedikasi dan komitmen terhadap keadilan dan kebebasan yang saya lalui selaku wakil anda semua di Parlimen dan saya akan sentiasa berkhidmat untuk anda pada masa depan seikhlas mungkin.


DATO' SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

21 Jul 2008

Muzakarah PAS-UMNO: Usah Terjerat Dengan Kepentingan Duniawi

T
ersentak juga apabila membaca kenyataan media oleh Presiden PAS yang mengakui bahawa telah wujud pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menteri yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Ia merupakan pengesahan kepada dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa muzakarah bersama Pas telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

Menurut kenyataan media Presiden PAS, perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam, YB Hj Abd Khalid Samad.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Dimaklumkan juga bahawa Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

Dan kenyataan media itu pula diakhirkan dengan perenggan berbunyi

"PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. "

Tuan Guru Nk Abdul ziz selaku Mursyidul AM PAS telah memberikan responnya dengan satu peringatan tegas

"Kalau kita ambil kesempatan berunding pula dengan UMNO, jahanam habislah.. bahkan Muktamar PAS yang bakal diadakan di Perak Ogos depan akan menjadi medan mengamuk penyokong."

Meninjau tulisan akhi SP wbemaster TKO,

"Saya lebih suka mengatakan kenyataan Presiden adalah menepati keputusan Syura dan Dewan Harian. Pandangan peribadi saya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bersetuju, walaupun majlis bersetuju. Banyak kenyataan media beliau adalah pandangan peribadi beliau sebagai seorang yang lama dalam PAS dan juga Muryidur Am."

Jika GB berada sepejabat dengan SP sewaktu mengendalikan laman TKO ini, ada kemungkinannya berlaku perdebatan atau percanggahan pendapat yang ketara di antara kami berdua - satu keadaan yang sama yang pernah dibaakngkan oleh akhi Din Cryptos seaktu menjadi webmaster TKO ini yang bertangungjawab membawa GB menjadi seorang PWM.

Namun perbezaan pendapat sedemikian perlu dilihat dari sudut yang positif, supaya hasilnya turut positif jugak.

Dan apabila GB menyatakan demikian sepastinyalah pembaca TKO dapat menyelami bahawa memang akan wujud perbezaan pandanan GB dengan pandagan peribadi akhi SP seperti yang di boldkan di atas.

GB adalah penyokong PAS dari generasi zaman sebelum PAS menyertai Barisn Nasional pada tahun 1970 lagi. Dan telah mengikuti perkembangan politik Parti Islam SeMalaysia, aktif bersamanya sehingga kini meskipun di dalam cara yang tersendiri.

OK kembali kepada isu sebenar.

Pertama, di dalam kenyataan media Presiden PAS pada awalnya telah dinyatakan bahawa

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Dimaklumkan juga bahawa Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Ironinya, di dalam ayat terakhir kenyataan media Presiden dinyatakan:

"PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. "

Ternyata terdapat perbezaan yang ketara di antara keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang merestui pimpinan PAS bagi mempertingkatkan usaha bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan yang bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia"

Yang saya boldkan itu TIDAK disentuh (tidak direstui?) oleh Majlis Syura Ulamak dan seperti seolah-olah restu Majlis Syura Ulamak dikhianati.

Kedua, di dalam isu sebesar in, pimpinan PAS TELAH menjalankan pertemuan terlebih dahulu kemudian memaklumkan kepada Majlis Syura Ulamak PAS yang pada sudut pandang saya adalah ternyata silap dari sudut tatacara berorganisasi.

Kerana sepatutnya kebenaran dan restu diperolehi terlebih dahulu SEBELUM sebarang pertemuan dan rundingan oleh mana-mana pimpinan PAS dengan UMNO boleh dilakukan. Tetapi yang berlaku ialah pertemuan dan perundingan telah berjalan, Majlis Syura Ulamak dimaklumkan kemudian.

Jelas peranan Majlis Syura Ulamak dikesampingkan malah dilacurkan pada peringkat awal dan apa juga langkah selepasnya yang diambil oleh pimpinan PAS dengan pembelakangan tersebut adalah terbatal dan perlu ditolak.

Meninjau bagaimana PAS era kepimpinan ulamak dinaikkan saya khuatir perkara yang sama berlaku di dalam muktamar PAS yang akan datang ini.

Ahli-ahli PAS yang terdiri dari kaum muda menjadi indikator dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Dato Asri pada Oktober 1982 dengan slogan PAS di bawah ‘kepimpinan ulama’. Kaum muda PAS dipelopori oleh bekas tokoh ABIM dan pimpinan kelab pelajar Islam di luar negara. Bekas pimpinan ABIM ialah Fadzil Mohd. Nor(Timbalan Presiden ABIM), Abdul Hadi Awang(Pesuruhjaya ABIM Terengganu) lantaran tidak bersetuju dengan gerakan nasionalis-islamis pimpinan Datuk Asri ketika itu.

Dan apakah Ustadz Abdu Hadi akan menerima nasibnya pula setelah cuba untuk menjayakan muzakarah dengan Umno ini dengan alasan untuk kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia?

Seterusnya mengenai kenyataan TG Nik Abdul Aziz. Sebagai seorang Mursyidul AM PAS yang mengetuai Majlis Syura Ulamak, kita hairan bagaimana mungkin beliau tiba-tiba dikesampingkan oleh pimpinan PAS Pusat tatkala membincangkan isu sepenting muzakarah ini?

Terus-terang saya menyatakan di dalam banyak hal keputusan Musryidul Am PAS lebih menpati kebenaran dan elah terbukti berjaya.

(Ingat TG Nk Aziz pernah menjadi wakil tunggal PAS di Parlimen tatkala pemimpin lain semua tewas pada tahun 1982!)

Di dalam banyak isu, PAS Kelantan di bawah TG Nik Aziz lebih dihormati dengan idea-idea yang lebih progresif yang akhirnya dituruti langkahnya oleh Kerajaan Pusat.

Demikian juga di dalam senario politik PRU12 yang lalu, tatkala segala serangan ditumpukan kepada Kelantan. Umum mengetahui, TG Nik Aziz berjaya mengharungi gelombang dasyat tersebut dengan caranya untuk mempastikan kerajaan PAS Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan kepimpinan ulamak da hal tersebut gagal dilakukan oleh pimpinan PAS Terengganu yang kini menguasai kepimpinan parti Islam Semalaysia

Apabila ada yang bertanya saya apa kes muzakarah PAS-UMNO ini? Jawapan saya tegas: Ujian Allah untuk mematangkan PAS supaya jangan terjerat sehinga mengutamakan kepentingan duniawi dari ukhrawi!

...sampaikan kebenaran walaupun pahit.

10 Jul 2008

Solat Sebagai Satu Langkah Untuk Memakmurkan Bumi Kelantan

Langkah Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk memperkenalkan menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam telah disambut baik oleh masyarakat Islam di negeri tersebut.

Rata-rata beranggapan ianya sebagai satu langkah terpuji dan menyokong saranan YAB TG Nik Abdul Aziz yang menyatakan solat itu sebagai "satu tanggungjawab yang wajib yang perlu ditunaikan oleh orang Islam dan mereka yang tidak menunaikan rukun itu mempunyai masalah di dalam hati, iaitu kelemahan di dalam nilai akhlak dan moral."

Mungkin di dalam soal perlaksanaannya terdapat sedikit kesulitan namun ia tidak sepatutnya menjadi halangan besar untuk merealisasikan langkah terpuji itu.

Menurut YAB TG Nik Abdul Aziz cadangan untuk syarat menunaikan solat itu akan dijadikan sebagai satu kemestian dalam memegang jawatan sama seperti syarat kelayakan mesti lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan.

“Saya akan mencadangkan di dalam dewan sebagai syarat wajib untuk memilih jawatan ketua kampung, tok penghulu, pemimpin dan kakitangan awam. Mereka mesti menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat.

“Syarat ini bagi memastikan mereka yang dipilih adalah mereka yang menjaga akhlak mereka supaya menjauhi daripada elemen rasuah dan tidak bermoral,” katanya kepada pemberita semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 berhenti rehat, di sini hari ini.

Beliau mengulas soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Muhamad Mustafa mengenai langkah kerajaan negeri bagi mengatasi gejala meninggalkan solat khususnya solat Jumaat dan sejauh mana penguatkuasaan undang-undang terhadap isu itu.

Kita menyokong penuh langkah kerajaan negeri Kelantan tersebut kerana ia merupakan satu usaha untuk mengjak manusia supaya benar-benar menjadi Kelantan sebagai sebuah negeri di bawah tadahan hidayah dan barakah daripada Allah s.w.t.

Ini kerana solat merupakan satu ibadah yang paling utama dari ibadah-ibadah yang lain seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani).

Aspek keberkatan ini sesuai dengan penegasan Allah di dalam surah al-Mukminun, ayat 1-2, bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”

Dan fimanullah di dalam Surah Thaaha ayat 132 yang bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

Mendirikan masjid tetapi tidak mendirikan solat adalah satu kecacatan yang paling besar menimpa umat Islam.

Saranan MB Kelantan tersebut juga perlu dilihat sebagai satu langkah untuk memakmurkan negeri dan rakyat Kelantan khususnya supaya kembali beriman kepada Allah s.w.t. setelah sekian lama negara dan umat Islam negara ini dipesongkan dengan kehidupan yang jauh daripada sistem kehidupan Islam yang menegakkan syiar Islam tetapi tidak kepada "pengisian" syiar Islam itu sendiri.

Firmanullah di dalam Suarh Al-A'raf ayat 96: "Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."





6 Jul 2008

Gambar-gambar dari Stadium MPPJ Kelana Jaya

Perhimpunan rakyat untuk membantah kenaikan harga minyak telah bermula pada jam 10.15 dengan ucapan dari Dr Hatta Ramli, penyelaran PROTES.

Sehingga jam 12.00 tghari tadi tidak kurang 15,000 orang sedang berada di dalam kawasan stadium dan suasana stadium bertukar dengan warna merah apabila kebanyakan rakyat memakai pakaian baju-T berwarna merah yang tertera dengan tulisan Protes sampai turun dan gambar pam minyak.

Ia simbol kemarahan rakyat yang memuncak apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 40% pada bulan lepas yang telah mengakibatkan kenaikan harga barang-barang keperluan. Harga minyak ini dijangka akan meningkat lagi pada Mac 2009 setelah Petronas membayangkan tiada lagi subsidi diberikan untuk harga minyak yang bererti rakyat negara ini akan membayar harga minyak mengikut harga pasaran minyak antarabangsa.

Gambar-gambar di sekitar perhimpunan


Kredit kepada WonderPets























































5 Jul 2008

Berita Hari Ini - 5 Julai 2008

Balasubramaniam tidak dipaksa untuk membuat akuan bersumpah yang pertama. Demikian ditegaskan oleh peguamnya sebelm ini iaitu Americk Singh Sidhu di dalam satu kenyataan balas terhadap dakaan Balasubramaniam yang menyatakan beliau dipaksa untuk membuat akaun sumpahnya yang pertama.

Mengulas hal yang sama Naib Presiden PKR, peguam Siviah Rasiah menyatakan bahawa akaun bersumpah yang baru jelas menafikan secara jelas penglibatan Datuk Seri Najib seperti yang dnyatakan di dalam akuan bersumpah yang pertama.

Peguam-peguam ini idak menolak adanya ancaman dan ugutan digunakan ke atas Bala sehingga Bala sehingga beliau membuat penarikan semula beberapa perenggan di dalam akuan sumpahya yang terdahulu.

Ketua AMK, Shamsul Baharin Mohd Akin meminta polis menyiasat kedua-dua akuan bersumpah berkenaan. Beliau amat percaya adanya unsur-unsur paksaan sehingga Balasubramaniam mengubah perakuan bersumpahnya dan berjanji untuk membawa kes itu ke mahkamah jika polis tidak mengambil tindakan selepas 14 hari laporanya dibuat di Balai Polis Dang Wangi.

Sementara itu dua anggota PKR ditahan polis di dalam satu perhimpunan pro-Anwar selepas solat Jumaat di Masjid Kampng Baru semalam.

Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat akan dipindahkan dari Petaling Jaya ke Stadium Kelana Jaya pada hari Ahad ini 6 Julai 2008.

Jenazah Aina Mardiah Shahrial, anak mangsa tahanan ISA selamat dikebumikan. Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Dalam Negeri yang melengah-lengahkan pelepasan ayahandanya untuk melihat anaknya yang waktu itu terlantar koma dan nazak sejak kelmarin.


4 Jul 2008

Berita Hari Ini - 4 Julai 2007

Seorang bekas penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda di dalam satu akuan bersumpahnya telah memberikan beberapa butiran yang menunjukan hubungan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak bersama dengan Altantuya.

Beliau turut mendedahkan Najib Razak telah memperkenalkan Altantuya kepada Penganalisa Politik, Razak Baginda di satu pameran berlian di Singapura.

Namun apa yang menggemparkan adalah: Najib pernah menyetubuhi mangsa. Menurut Balasubramaniam, siasatan beliau mengesahkan berlakunya hubungan seksual diantara Timbalan Perdana Menteri itu dan mangsa.

Tambah Balasubramaniam lagi, mangsa tiada masalah untuk diliwat oleh Timbalan Presiden Umno itu.

Kesemua dakwaan itu telah dinafikan oleh Datuk Seri Mohd Najib yang menganggap bahawa akuan bersumpah Balasubramaniam adalah satu fitnah yang jahat dan merupakan agenda Datuk Seri Anwar yang cuba mengalihkan perhatian dari isu liwat yang dihadapinya.

Isu lain : Polis London menutup lebhraya untuk memberi laluan kepada pemnadu-pemandu trak yang memprotes kenaikan harga minyak di Britain yang boleh menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan.


3 Jul 2008

Terima kasih kepada semua..

Blog Greenboc ini tiba-tiba meletup. Tulisan GB berkenaan dengan 2 orang MP UMNO yang menyeberangi PR yang disiarkan semalam tetiba mendapat liputan meluas di media arus perdana, media eletronik dan bercetak.

Kedua-dua ahli parlimen berkenaan, Datuk Ismail Sabri, Menteri Belia dan Sukan dan Saifudin Abdullah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menafikan mengenai dakwaan bahawa beliau adalah antara empat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Walau apapun riaksi yang diberikan terhadap tulisan GB yang bersifat "spekulatif" semalam, sikap yang ditunjukkan oleh kedua-dua orang MP berkenaan agak tenang dan lansung tidak menampakkan mereka menggelabah malah menghormati dan memperakui kebebasan blogger seperti yang dinyatakan oleh Datuk Saifuddin dan tersiar di dalam MSTAR

"Beliau bagaimanapun tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis artikel itu kerana menghormati hak sesiapa sahaja untuk menyatakan pandangan masing-masing.

Apa yang dimuatkan di dalam artikel itu, katanya, hanyalah spekulasi politik dan ia tidak mengandungi ungkapan yang memburuk-burukkan beliau secara peribadi."

Dan justeru itu, sepatutnya GB ada banyak sebab untuk bererima kasih kepada kedua-dua ahli parlimen berkenaan yang menampakkan kematangan berpolitik mereka di samping bersyukur kepada Allah s.w.t. lantarannya.

Apa-apa pun seperkara yang masih bermain di fikiran GB ialah mengapa sekalian banyak isu yang ada sekarang, namun isu yang GB lontarkan semalam itulah yang mendapat liputan meluas oleh media arus perdana. Agensi berita negara, BERNAMA merupakan yang terawal memberikan respons yang memetik tulisan GB tersebut dari portal tranungkite.net dan lantas menghubungi kedua-dua hali parlimen ebrkenaan untuk mendapatkan reaksi dan pengesahan terhdap tulisan GB bekenaan.

Ternyata bahawa kini pihak media arus perdana yang rata-rata dikenali sebagai teramat pro-establishment merasa sensitif terhadap sebarang isu yang melibat mana-mana ahli parlimen BN yang akan melompat ke mana-mana parti Pakatan Rakyat.

Ada banyak sebab untuk mereka merasa terlalu sensitif.

Senario politik yang berlaku mutakhir ini menjelaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Abdullah-Najib ini diketahui umum sedang menghadapi pergolakan yang begitu hebat yang oleh ramai pemerhati politik berpendapat sebarang isu yang ditangani secara silap oleh pimpinan kerajaan akan hanya mengakibatkan penamatan riwayat pemerintahan BN di negara ini dengan lebih cepat.

Justeru sekalipun negara kini dilanda isu hangat seperti isu liwat Datuk Seri Anwar yang mampu menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih tampuk kerajaan, namun mereka tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa mereka tidak boleh memandang remeh terhadap isu lain sekalipun ia dbangkitkan oleh seorang blogger tak terkenal seperti GB ini.

Sikap ofensif yang di diambil di dalam isu liwat sekalipun boleh memberikan kredit yang banyak kepada BN namun jika BN melupakan untuk mengambil langkah defensif dan berjaga-jaga, nanti dikhuatiri yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.

Apa tah lagi di dalam suasana rakyat kini secara puratanya memihak kepada Pakatan Rakyat apabila isu kenaikan harga minyak dan barang yang telah benar-benar menjatuhkan keredibiliti dan populariti BN di mata rakyat.

Dan, isu liwat kemungkinan tersilap masanya. Ia muncul di kala rakyat sedang berbicara tentang perhimpunan sejuta rakyat untuk menentang kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan. Gelombang reformasi kedua nampaknya tetap tidak dapat dielakkan kerana aura arus kebangkitan rakyat masih belum padam di era pasca-pilihanraya ini.

Akan menjadi kenyataanlah nanti perhimpunan sejuta rakyat yang dirancangkan pada 6 Julai 2008 di Petaling Jaya dan dengan terhasilnya isu liwat ini, rakyat yang bersimpati dengan Anwar akan turut sama menyertai perhimpunan tersebut sebagai satu bentuk protes dan bantahan terhadap konspirasi peringkat tetinggi itu.

Kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu ke Stadium Melawati Shah Alam 1 Julai lalu mengesahkan "faktor liwat Anwar" boleh saja menjadi senjata makan tuan yang bisa meranapkan rejim BN pada bila-bila masa.

Dan ia cukup untuk kita mengucapkan terima kasih kepada semua, kerana isu konspirasi terhadap Anwar sedasyat itupun rupa-rupanya ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Demikian perencanaan Allah Yang Maha Agong lagi Maha Berkuasa.




2 Jul 2008

Siapa 2 MP UMNO Yang Sertai Pakatan Rakyat?

Spekulasi menjadi bertambah hebat. Di dalam jawapan di aalobi parlimen, Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Mohd Ali menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan 4 orang ahli parlimen Barisan Nasional termasuk dua orang dari UMNO menyertai PKR pada perhimpunan di Stadium Melawati Shah Alam pada 1 Julai 2008 malam tadi.

Namun ia tidak menjadi kenyatan. Difahamkan Datuk Seri Anwar telah diminta oleh keempat-empat ahli parlimen tersebut supaya pengumuman itu ditangguhkan ekoran dari pelbagai tekanan dan ancaman yang mereka akan hadapi dari pemimpin tertinggi UMNO/BN sepertimana yang telah berlaku ke atas dua orang ahli parlimen SAPP dari Sabah yang terpaksa pulang ke negerinya tanpa dapat menyertai perbahasan parlimen untuk sessi kedua penggal ke 12 setelah menerima ancaman kerana gara-gara cuba mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Namun rakyat terus membuat pelbagai terkaan. Dua orang nama ahli parlimen UMNO yang disebut-sebut ialah Datuk Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Kabinet dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Bera dari UMNO, Barisan Nasional.

Sementara yang kedua ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah yan dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara baru-baru ini.

Kelab GB mendedahkan hal ini di atas kepercayaan bahawa kedua-dua orang ahli parlimen ini adalah ikhlas dan jujur di dalam membuat pilihan mereka tanpa perlu rasa bimbang, takut atau gentar kerana selagi rakyat tidak mengetahui selagi itulah spekulasi menjadi-jadi dan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin Pimpinan Rakyat akan luntur ekoran dari pelbagai harapan yang tak kesampaian.

Apa-apa juga tekanan atau ancaman yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap ahli parlimen mereka sendiri yang telah hilang kepercayaan terhadap partinya adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

Seandainya benar-benar berlaku tekanan, ugutan dan ancaman ke atas kedua orang ahli parlimen tersebut jelas sangat menyerlahkan bahawa pimpinan UMNO/BN adalah di dalam keadaan yang amat tenat dan tertekan.

Barisan Nasional kini berada di dalam keadaan yang amat goncang. Pelbagai masalah yang melanda parti berkenaan tidak memungkinkan untuk mereka terus menerajui kerajaan Malaysia dan Putrajaya akan menyaksikan peralihan kuasa di dalam masa yang terdekat ini.

Penderitaan rakyat ekoran kenaikan harga minyak dan barang keperluan, pergolakan yang berlaku di dalam batang tubuh parti-parti komponen BN seperti penarikan diri Presiden dan Timbalan Presiden MCA untuk mempertahankan jawatan di dalam partinya, perletakan jawatan pemuda MIC di Perak, kehilangan kepercayaan masyarakat Cina Pulau Pinang terhadap Gerakan, isu kronisma dan nepostisma yang mendarah-daging di dalam UMNO ekoran kuasa dari tangan-tangan ghaib sang anak dan sang menantu Perdana Menteri - kesemuanya itu menjelaskan bahawa Barisan Nasional sedang hampir karam dan menunggu masa untuk tenggelam ke dasar lauatan yang amat dalam.

Konspirasi terbaru terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan diatur oleh Timbalan Perdana Menteri bersama sokongan dengan Perdana Menteri sendiri jelas membuktikan keadaan terdesak mereka.

Jawapan Najib sewaktu persidangan medianya mendedahkan bahawa konspirasi itu jelas wujud. Apabila foto seorang pemuda yang bernama Saiful Bukhari Azlan bergambar di pejabat Timbalan Perdana Menteri, iaitu orang yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan dan Najib menyatakan kedatangannya adalah berkaitan dengan biasiswa yang diphon jelas tersasar kerana baru kali ini rakyat mendengar urusan biasiswa pelajaran diuruskan oleh TPM! Sementelah lagi TPM mengetahui foto itu telah dirakam 3 bulan yang lalu.

Orkestra dilanjutkan dengan wujudnya kenyataan-kenyataan menteri-menteri kabinet lain yang sekarang kesemuanya cuba menafikan keterlibatan mereka sekalipun foto yang ada menjelaskan bahawa mereka mengenal pemuda liwat berkenaan seperti penafian Azlina Othman Said dan Shahrir Abdul Samad baru-baru ini.

Apa-apa pun kepada kedua-dua ahli parlimen UMNO/BN yang berani membuat perubahan itu demi rakyat dan kebenaran, kami merekamkan syabas dan tahniah. Semuga Allah memberikan anda perlindungan Allah dari sebarang perbuatan jahat dari pemim pin tertinggi UMNO yang kini kian menggelabah untk menunggu saat parti mereka dikeranda dan dikuburkan!

1 Jul 2008

Berita TKO.fm Terkini: Isu Anwar Ibrahim dan 4 orang MP dari BN menyertai PR

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara, Anwar dakwa pemimpin kanan negara ada kaitan dengan kes liwat terhadapnya, Lim Guan Eng kata DAP akan terus beri sokongan kepada Anwar, Sidang media keluarga Saiful Bukari dibatalkan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid kata tugas polis untuk Azmin kata Anwar akan umum 4 MP BN keluar parti malam ini.





Gambar-gambar terbaru dari mSTAR



















Berita Hari Ini 1 Julai 2008

Timbalan Perdana Menteri menafikan beliau ada kaitan dengan isu laporan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan oleh Pembantu Khas bekas TPM itu. Beliau juga menafikan wujudnya konspirasi oleh kerajaan untuk menjejaskan karier politik Datuk Seri Anwar.

Walau bagaimanapun Datuk Seri Najib gagal untuk memberikan jawapan yang meyakinkan rakyat tentang wujudnya sekeping gambar pembantu khas beliau bersama dengan pembantu khas Datuk Seri Anwar yang dirakam di pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Lain-lain menteri juga telah menafikan wujudnya kaitan diantara mereka dengan pembantu khas Datuk Seri Anwar sekalipun wujud beberapa keping gambar yang jelas mereka ada bersama dengan pembantu khas Datuk Seri Anwar tersebut. Menteri berkenaan termasuklah Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Shahrir Abdul Samad.

Anwar akan saman fail terhadap bekas pembantu khasnya Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Gobind Singh Deo dihalau dari Dewan Rakyat kerana membawa isu Anar didalam perbahasannya. Ahli parlimen pembangkang kelua meninggalkan dewan beramai-ramai kerana bantah ucapan Datuk Seri Najib yang bangun membentangkan lanjutan Kajian Separuh Penggal RMK9.