12 Jul 2009

MANEK URAI : PAS HAMPIR CAPAI SASARAN UNTUK MENANG

Hanya tinggal dua hari menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai yang akan berlansung Selasa ini, PAS yakin telah hampir mencapai sasarannya bagi mempertahankan kerusi tersebut, kata Pengarah Pilihanraya PAS negeri, Fatah Harun, lapor harakahdaily.

"Setakat ini, pada pusingan pertama, sasaran kita sudah sampai. Tetapi kita tidak boleh berdiam diri... kita kena terus juga (berusaha) supaya berada di tahap yang dikehendaki," katanya dalam sidang media harian PAS.

"Hendak kata seratus peratus tidak bolehlah, tetapi hampir sampai ke matlamat dan sasaran kita," tambahnya.

Mengulas lanjut peluang PAS, Fatah berkata, culaan mendapati pengundi Manek Urai yang berada di luar DUN itu, akan menyokong parti itu seperti dalam pilihanraya umum lalu, walaupun tidak diberikan sebarang subsidi untuk pulang mengundi.

"Kita tidak ada apa-apa subsidi. Barangkali yang tuntut tambang itu bolehlah kita ikhtiar bayar," katanya sambil berkata kumpulan itu telah dihubungi melalui pelbagai kaedah, termasuklah mengadakan pertemuan, panggilan telefon dan SMS.

Dilaporkan terdapat 1,300 pengundi parti itu di luar Kelantan. Manakala 400 lagi berada dalam negeri, tetapi di luar Manek Urai.

Difahamkan juga, penyokong Umno di luar Kelantan pula seramai 500 orang.

Mengenai kemungkintan berlakunya penipuan melalui pengundi hantu, Fatah berkata perkara itu "bukanlah isu sangat" di Manek Urai kerana penduduk kampung di sini saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

'Kejutan PAS'

"Penduduk kampung berbeza dengan penduduk bandar. Kadang-kadang (kediaman sejauh) sebatu, dua batu mereka sudah kenal. Kalau di bandar, kadang-kadang jiran pun tidak kenal.

"Sebab itu, kalau ada pengundi tak betul, (mereka) akan dikenalpasti oleh ejen pengundian kita," katanya yang juga anggota biro politik PAS negeri.

Sementara itu, disoal tentang "kejutan" PAS yang dijanjikan sebelum ini apabila memasuki tahap akhir kempen, Fatah masih mahu berteka-teki mengenainya.

"Itu rahsia," katanya, sambil memberitahu esok merupakan masa yang paling sesuai bagi mengumumkannya.

Beliau bagaimanapun menyifatkan kejutan itu tidak seperti "pengumuman besar" Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang dijadualkan diumum jam 3 petang ini di Manek Urai Lama.

"Kita ada cara lain. Bukan bermakna hendak seimbangkan dengan (pengumuman) BN. Kalau tidak ada timbalan perdana menteri pun (buat pengumuman pun), kita akan buat juga sesuatu."

Diminta mengulas ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setakat ini, Fatah berkata:

"Saya tidak boleh hendak jangka (kehadirannya). Perdana menteri tidak hadir, kemungkinan dia sudah tahu melalui risikannya, isu Altantuya yang berlaku sebelum ini, memang kita simpan.

"Kalau dia mari, kita akan gunakan isu ini. Setakat ini kita akan bekukan dulu isu ini."



MANEK URAI : Sampai Bila Petronas dan UMNO Nak Makan Duit Haram Tanpa Membayar Royalti Kelantan?

Isu tuntutan royalti minyak kerajaan negeri Kelantan, PAS terus bertegas menuntut ia wajar diperjelaskan secara terbuka melalui forum menampilkan tiga pihak terbabit iaitu Petronas, wakil kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, demikian tulis Mohd Zuharman.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, berpendapat melalui cara tersebut ia akan dilihat lebih telus dan adil terutama dari kalangan rakyat dan kerajaan Kelantan sendiri dalam menyelesaikan isu berbangkit.

Pada asasnya kerajaan negeri tidak menolak kenyataan kerajaan Pusat menyerahkan kepada Petronas untuk menjawab isu tersebut namun sedikit keraguan bidang kuasa dimonopolinya akan mempengaruhi petronas memberi jawapan berunsur politik.

Justeru Husam mengambil langkah profesional mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berdebat bagi merungkai isu yang dianggap berprestij itu.

“Kita ingin bincang perkara ini berdasarkan hujah undang-undang dan dokumen, sebab itu dicadangkan satu forum ataupun debat diadakan di Manek Urai, di mana Datuk Mustapa mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas, dan saya mewakili kerajaan Kelantan,” katanya selepas merasmikan program Cakna Keluarga.

Tiga bulan lalu kerajaan Kelantan menghantar surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Petroleum, Tan Sri Mohd Hassan Merican, mencadangkan pendaratan gas dari PM301 ke Bachok.

Manakala sebulan lepas kerajaan Kelantan sekali lagi menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak, bagi menuntut royalti tersebut.

Kerajaan negeri membuat tuntutan tertunggak sejak 2004 yang dianggarkan kira-kira RM1 bilion selaras dengan akta Petroleum di mana negeri berhak kepada royalti sebanyak lima peratus apabila didiisytihar sebagai pengeluar minyak.

Cadangan Husam disambut baik Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kerajaan negeri akan tetap buat tuntutan itu kerana itu adalah hak rakyat Kelantan. Dan perkara yang boleh menambah ilmu dan pengetahuan wajar diterjemahkan melalui forum,” jelasnya yang juga Mursyidul Am Pas.

Menurut Husam juga, satu tinjauan ke kawasan pelantar minyak akan dianjur bersama ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada Ogos depan. Mustapa dan Khairy Jamaluddin akan turut diundang bersama dalam program tinjauan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, menyifatkan PAS telah ketandusan idea apabila terus membangkitkan isu tuntutan royalti minyak sebagai bahan kempen mereka sedangkan ia telahpun dimaklum Petronas akan jawab persoalan berkenaan.

“Tindakan PAS tidak lebih daripada sekadar menagih simpati politik,” jelasnya sambil menolak cadangan dikemukakan PAS.

Sebelum itu, Muhyiddin ditemani Mustapa dan Ketua Umno Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman, menunaikan solat Jumaat di Masjid Temalir, berharap Petronas tidak memberi jawapan politik sebaliknya berasaskan undang-undang dan keadilan.

“Biar rakyat tahu dengan maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan,” ujarnya.

MANEK URAI : Detik Semakin Hampir, TGNA Seru Semua Pengundi Tunai Tanggungjawab

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua pengundi di Dun Manek Urai supaya keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab membuang undi pada Selasa ini.

Beliau berkata, mengundi merupakan satu tanggungjawab untuk membentuk sebuah kerajaan Islam.

"Sistem yang ada pada hari tidak boleh dibentuk kerajaan Islam kecuali melalui undian bagi membentuk kerajaan.

"Sama ada pengundi yang tinggal di luar Kelantan atau di luar kawasan mereka berhak mengundi.

"Oleh itu kita minta mereka pulang beramai-ramai," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Industri Halal Negeri Kelantan 2009 yang bertemakan 'Cakna Halal Satu Ibadat' di Balai Islam, hari ini.

Menurutnya taat kepada pemerintah sebenarnya merangkumi ketaatan kepada Allah dan Rasul dalam sebuah kerajaan yang berlandaskan Islam.

Beliau mencadangkan pengundi terlebih dahulu mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat dhuha sebelum membuang pergi undi.

Menurut beliau sebagai umat Islam kita kena membuktikan kepada Allah sentiasa beribadat kepadaNya sejak awal hingga ke akhirnya.

"Riba, pusat hiburan, perjudian semuanya diharamkan dalam pentadbiran kerajaan di Kelantan di mana kita tidak memberi lesen kepada pengusaha berkenaan.

"Ini satu perbezaan yang ketara berbanding sebelum PAS mengambil alih tampuk pentadbiran hampir 20 tahun lalu," ujarnya.

MANEK URAI : Selamat Berbuka Puasa

Bagi yang berpuasa pada hari ini kerana menyahut seruan pimpinan parti yang menganjurkan semua ahli, penyokong parti serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam agar melakukan puasa sunat pada hari ini, GB ingin mengucapkan syabas dan tahniah serta selamat berbuka puasa.

GB mendapat makluman seruan ibadan puasa sunat tersebut telah disambut dengan gembira oleh kebanyakan ahli dan penyokong PAS di seluruh negara hari ini.

Di beberapa tempat, terdapat PAS Kawasan-kawasan dan cawangan-cawangan yang menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama.

Apa yang ditunjukkan oleh ahli-ahli dan penyokong PAS pada hari ini jelas menunjukkan kesungguhan dan iltizam yang tinggi supaya PAS dan Pakatan rakyat memenangani pilihanraya kecil N41 Manek Urai Kelantan yang akan berlansung pada hari Selasa ini, 14 Julai.

Bersempena dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai juga, pasukan kempen pilihan raya Dewan Ulamak akan menganjurkan satu "Munajat Jamaei Pilihan Raya Kecil N41 Manek Urai".

Menurut penganjur, program ini akan diadakan pada 13 Julai 2009 (Isnin) jam 3 pagi, bertempat di Masjid Manek Urai Baru.

Dewan Ulamak mengajak semua muslimin dan muslimat untuk hadir bersama.


Najib Altantuya Gagal Dalam KPI Sebagai PM

Dasar-dasar liberalisasi ekonomi yang di canang oleh Najib dan gula-gula yang dilemparkan kepada rakyat untuk menandakan usia ke-100 pentadbiran beliau tidak akan bermakna jika tidak diiringi dengan pembaharuan yang membawa kepada urustadbir yang baik.

Rasuah, kronisma, penyelewengan kuasa masih menjadi paksi pentadbiran UMNo-Barisan Nasional. Oleh itu rakyat tidak akan bingkas termakan dengan pengumuman-pengumuman Najib menerusi jentera media kawalan kerajaan kerana ia tidak lari daripada apa yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNo-BN sebelum ini.

Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan hari ini tampil untuk menggesa Najib membuktikan keikhlasan untuk membawa pembaharuan bermakna dalam bidang kehakiman, keselamatan rakyat, sistem pilihanraya dan sebagainya - kesemua yang mempunyai hubung kait langsung bagi menjamin sebuah sistem demokrasi yang berwibawa dan membela hak serta kepentingan rakyat.

10 KPI itu untuk 100 hari Najib seterusnya merangkumi:

1 Krisis Perlembagaan Perak

Rumusan: Krisis yang semakin melarat dan mengancam masa depan demokrasi negara

Huraian – Sejumlah institusi negara - istana, badan kehakiman, Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihanraya, polis dan SPRM telah diheret dalam krisis penukaran kerajaan yang membelakangkan peruntukan perlembagaan. Jika keadaan ini berterusan, apakah yang akan berlaku dalam pilihanraya masa depan, jika BN dan Pakatan rakyat gagal mendapat majoriti yang menyakinkan.
KPI: Pilihanraya negeri diadakan semula di Perak.


2 Proses dan Sistem Pilihanraya

Rumusan - masih belum bebas dan adil

Huraian – Proses dan sistem pilihanraya masih tidak berwibawa dan menafikan rakyat hak demokrasinya. Ia juga mengurangkan saingan tulin dalam politik pilihanraya. Jika tidak ada pembaharuan dilakukan, sistem sekarang boleh membawa kepada krisis politik sebagaimana yang berlaku di Thailand dan Iran.
KPI: Penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Pilihanraya sebelum dijalankan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

3 Badan Kehakiman dan Pejabat Peguam Negara

Rumusan- Masih di bawah telunjuk kerajaan

Huraian – Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman masih dibawah kawalan Perdana Menteri, menjadikan reformasi sistem keadilan itu gimik semata-mata. Kuasa-kuasa Kehakiman yang termaktub di bawah Fasal 121(1) Perlembagaan Persekutuan masih belum dipulihkan. Peguam Negara mengawal bidang kuasa pendakwaan serta menasihati Kerajaan Persekutuan, menyebabkan percanggahan kepentingan yang serius. Peguam Negara juga mengawal timbalan pendakwaraya dan hakim-hakim mahkamah rendah.
KPI: Penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen Keatas Pembaharuan dan Penambahbaikan Kehakiman dan Pendakwaan.

4 Parlimen

Rumusan – Masih di bawah telunjuk kerajaan

Huraian – Tidak ada perkongsian kepimpinan legislative di peringkat Dewan dan Jawatankuasa. Ahli Parlimen pembangkang di halau keluar hamper setiap hari. Tiada peruntukan untuk Kabinet Bayangan.
KPI: Penubuhan Suruhanjaya Diraja Keatas Pembaharuan dan Penambahbaikan Parlimen.

5 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Rumusan – mengancam rakyat Malaysia tidak bersalah yang berlainan pendapat dengan BN.

Huraian – mengizinkan penahanan tanpa bicara dan pencabulan hak asasi lainnya walhal ia tidak boleh dterima oleh mana-mana masyarakat bertamadun.
KPI: Mansuhkan ISA, dan tidak mewujudkan sebarang undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

6 Polis

Rumusan – Masih mencabul hak asasi manusia

Huraian – Polis masih menahan warganegara tidak bersalah tanpa sebab-musabab yang jelas. Tahanan terus mati dalam tahanan polis tanpa alas an kukuh. Dalam masa yang sama, kadar jenayah terus meningkat.
KPI: Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC)

7 Media

Rumusan – Masih dicengkam kawalan politik

Huraian – Media masih di kawal ketat menerusi undang-undang dan peraturan yang menyekat kebebasan bersuara dan menghadkan pandangan yang berbeza. Kedua, sekatan keatas penerbitan media cetak dan siar mewujudkan monopoli yang bergerak atas kepentingan BN. Tidak ada agensi media awam yang bebas seperti British Broadcasting Corporation (BBC).
KPI: Menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen Keatas Pembaharuan dan Penambahbaikan Undang-Undang Media

8 Kebebasan Maklumat (FOI)

Rumusan – Masih dinafikan

Huraian – Maklumat yang berkepentingan awam selalunya diklasifikasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Amalan ini merencatkan ketelusan dan ketanggungjawaban serta membuka ruang kepada rasuah dan salahurus.
Sementara Selangor berusaha melaksanakan undang-undang FOI, tidak ada inisiatif sedemikian rupa di peringkat Persekutuan dan Negeri-Negeri lain.
KPI: Undang-undang FOI digubal di peringkat Persekutuan dan Negeri-Negeri

9 Kerajaan Tempatan

Rumusan – Masih tidak di pilih melalui pilihanraya, tiada ketanggungjawaban, tidak berwibawa dan tidak responsif

Huraian – Tiada perwakilan tanpa pencukaian. Kerajaan tempatan tidak boleh dilantik sebagai kaki dan tangan kerajaan berkuasa dan harus di pilih oleh penduduk untuk mempunyai mandat politik yang berkesan.
KPI: Mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan di seluruh negara

10 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Rumusan – mengamalkan siasatan terpilih, tidak ampuh melawan rasuah dan penyelewengan
Huraian – Sepertimana Badan Pencegah Rasuah (BPR), SPRM masih dikawal oleh Eksekutif dan tidak mempunyai kuasa bebas untuk mendakwa. Demikian itu, ia kekal sebagai alat Eksekutif untuk menghapuskan musuh-musuh politik dan bukannya sebuah institusi bebas yang ampuh melawan rasuah.

KPI: Pindaan keatas Akta SPRM bagi meningkatkan autonomi SPRM dibawah pantauan Parlimen.

Kesimpulan

Thomas Jefferson, pengasas Kerajaan Amerika Syarikat, membahagikan pemimpin kepada dua jenis: mereka yang tidak percaya kepada rakyat dan yakin hanya diri mereka yang tahu segalanya; serta mereka yang yakin rakyat adalah panduan terbaik kerajaan untuk memahami kepentingan awam.

Najib harus sedar bahawa kebebasan ekonomi dan kebebasan politik bergerak seiring. Pembaharuan ekonomi tidak akan berjaya dalam suasana politik yang di dirikan atas nama menindas rakyat dan menafikan hak-hak demokrasi.

Kami berharap Najib akan melaksanakan KPI-KPI diatas dan dengan cara ini mewariskan legasi terbaik untuk Negara. Hanya melalui komitmen beliau kepada program reformasi yang tulen dan holistic, termasuk mendemokrasikan sistem kerajaan, maka Perdana Menteri dapat meraih keyakinan dan sokongan rakyat, dan memahat nama baiknya dalam sejarah Malaysia senantiasa.

Dicadangkan oleh,
Liau Kok Fah, Pengerusi, Jawatankuasa Hak Sivil, Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (CRC-KLSCAH)
Gayathry Venkiteswaran, Pengarah Eksekutif, Pusat Media Bebas (CIJ)
Dr Lim Teck Ghee, Pengarah Eksekutif, Pusat Inisiatif Dasar (CPI)
Andrew Khoo, Penyelaras, Inisiatif Masyarakat Sivil untuk Pembaharuan dan Penambahbaikan Parlimen (CSI@Parliament)
K, Arumugam, Penyelaras, Kumpulan Warganegara Prihatin (GCC)
Maria Chin Abdullah, Pengarah Eksekutif, Pusat Janadaya (Empower)
Zaid Kamaruddin, Presiden, Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Haris Ibrahim, Penyelaras, Parlimen Rakyat
Tah Moon Hui, Penyelaras, Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Wong Chin Huat, Pengerusi, Gabungan Penulis untuk Media Bebas (WAMI)


MANEK URAI : Muhyiddin Tiba Naik Heli Ceramah Depan 100 Orang

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilaporkan tiba dengan helikopter di Manek Urai.

Beliau dikatakan mengambil penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan menggunakan helikopter untuk ke Manek Urai.

Menurut sumber, Muhyiddin menaiki helikopter tersebut yang mendarat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kuala Krai kerana ingin mengelakkan diri dengan kesesakan trafik jalan raya selain menjimatkan masa walaupun ditawarkan perkhidmatan polis trafik bagi melicinkan perjalanan.

Perakite melaporkan ore Manek Urai seolah tak cam atau tak nampak kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin yang datang berceramah, maupun turun menoreh getah semasa kempen PRK N41 Manek Urai ini.

Apa tidaknya ore Manek Urai tak gi dengarpun ceramoh Umno/BN, ada lere sekitar 100 orang. Orang Cina yang sekitar 51 orang pengundi juga menolah Umno/BN, malah tak menghiraukan kempen2 BN.

Oleh kerana TPM nampak hebat hanya kerana kelibatnya berulang alik dengan helikopter ke Manek Urai, mungkin gamaknya orang Manek Urai kerumun bukan kerana nak jumpa atau dengar TPM berucap tapi nak tengok helikopter.

Kalangan Menteri wanita termasuk Ketua Wanita Umno tak bertahan lama, dah tak nampak kelibat diri. Mungkin tak tahan dengan nyamuk atau tak faham apa ore Manek urai kata.

Pada kebanyakan ceramah BN/Umno, kerusi-kerusi kosong hanya diisi oleh kutu-kutu Umno/BN yang datang dari segenap pelusuk negeri.

MANEK URAI : Kertas Putih RM 254 Biilion Wang Petronas Perlu Didedahkan

Kerajaan perlu menyediakan kertas putih untuk menjelaskan kepada Dewan Rakyat ke mana perbelanjaan wang Petronas berjumlah RM245 bilion sejak 2004 di bawah dua era perdana menteri.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kertas putih tersebut perlu disediakan kerajaan bagi menjelaskan kepada rakyat ke mana wang milik Petronas yang dibelanjakan kerajaan.

"PAS mendesak kerajaan menyediakan kertas putih mengenai jumlah royalti minyak tersebut. Dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak dan menyerah dokumen kepadanya.

"Rakyat berhak tahu ke manakah duit negara sebanyak itu dibelanjakan," katanya pada persidangan media di Markas Induk PAS hari ini.

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mempersoalkan wang royalti Petronas dbelanjakan kerajaan Malaysia semenjak 2004 sehingga 2009.

Beliau yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, royalti tersebut hak milik rakyat sepenuhnya dan mereka berhak mengetahui ke mana wang tersebut dibelanjakannya.

"Jumlah wang begitu banyak ia boleh digunakan untuk membina 254 universiti yang lengkap dengan segala prasarana dengan kos 1 billion setiap satu.

"Kalau bagi biasiswa ia boleh diberi kepada 2.5 juta pelajar dan menampung dari tahun satu sehingga mendapat ijazah pertama. Dan kalau nak bina hospital dapat disiapkan 254 buah, rakyat juga tidak perlu lagi membayar tol," katanya pada persidangan media di sini, hari ini.

Beliau juga hairan Perdana Menteri mengamalkan kaedah runding terus banyak projek dalam RMK9 termasuk pembinaan MRSM di Baling, Johor Bahru, UPSI, Istana Negara dan lain-lain lagi.

"Pembelian jet peribadi Perdana Menteri juga dilakukan secara runding terus sehingga mengakibatkan banyak berlakunya ketirisan dalam penggunaan wang kerajaan," katanya.

Oleh itu katanya, selepas pilihan raya kecil Manek Urai beliau akan menemui Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan isu RM254 billion.

Beliau juga mendakwa mempunyai dokumen yang berkaitan jumlah royalti untuk diserah kepada Perdana Menteri.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Sallahuddin berharap royalti minyak dan gas kepada kerajaan Kelantan dibayarkan segera.

Katanya, wang royalti itu yang kini berjumlah lebih RM1 bilion sekiranya dibayar kerajaan pusat dapat digunakan bagi manfaat rakyat Kelantan.

Beliau juga mendesak kerajaan meminda Akta Petronas 1974 bagi membolehkan syarikat milik kerajaan itu lebih berdaya maju.

Oleh itu katanya PAS tidak teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara tersebut.

"Sepatutnya menjadi prioriti kepada SPRM supaya tidak hanya aktif dalam isu lembu dan kereta saja di Selangor sahaja, tetapi laporan tentang royalti minyak mesti diberi perhatian segera.

"PAS akan tetap menggunakan isu ini sebagai senjata utama khususnya dalam hari-hari terakhir pilihan raya Manek Urai. Saya dalam tiga hari terakhir ini akan memaksimumkan ceramah isu ini," katanya.

Beliau juga berkata, satu road show akan diadakan selepas selepas tamat pilihan raya kecil Manek Urai, katanya. -harakahdaily

Isu ke Manek Urai : 20% Diskaun Tol Hanya Gimik Politik Najib

Perdana Menteri Najib Abdul Razak menandakan hari ke-100 pemerintahannya dengan mengumumkan 11 langkah populis dalam usaha merampas kembali sokongan rakyat dari Pakatan Rakyat.

Selepas majoriti 2/3 pemerintah terkubur dalam PRU-12 lalu, Umno-BN berusaha untuk memacu momentum politik yang tersadung kekalahan dalam siri pilihanraya kecil lepas.

Nekad mematikan kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai, Najib mengumumkan diskaun 20 peratus kepada pengguna kerap tol lebuhraya.

Najib juga berkata ini dan 10 rancangan yang lain akan disusuli dengan lebih banyak langkah populis di masa hadapan.

Najib berkata demikian kepada lebih 3,000 penyokongnya di majlis meraikan 100 hari pemerintahan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Parti Keadilan Rakyat menyifatkan langkah populis ini sebagai gimik politik. Naib Presiden Mustapha Kamil Ayub berkata Kerajaan Pusat mampu melakukan yang lebih baik, namun kepentingan politik membantutkan kekuatan itu.

Selangor dibawah Pakatan Rakyat sanggup berbelanja berbilion ringgit membeli sistem pembekalan air dari pemegang konsesi air supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan kos kehidupan Lembah Klang yang tinggi.

Mustapha juga berkata kepedulian rakyat yang jitu mendorong kerajaan Selangor untuk memperkenalkan program 20 meter padu air percuma untuk semua pengguna domestik.

Sekiranya pemerintah ikhlas mahu membantu rakyat, Mustapha menyeru Najib supaya meniru jejak langkah Selangor dan memilik-negara lebuhraya dari tangan konsesi.

"Dalam konteks pakatan, hal utama seperti air, jalanraya, hospital dan lain-lain, memainkan peranan yang lebih dalam persoalan untuk mengurangkan beban rakyat. Soal Kerajaan Negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan sedia menggunakan sumber lain untuk menanggung kos pembekalan air, komitmen terhadap rakyat. Dalam masa yang sama, dalam keadaan ekonomi agak parah, rakyat perlu dibantu dengan cara demikian.”

“Diberikan satu bentuk di mana jika tidak secara langsung perlu ada kajian. Cara berkenaan (diskaun 20%) tidak melambangkan komitmen kerajaan meringankan beban rakyat. Tidak mencukupi kalau sekadar potongan 20% kepada pengguna kerap,"

Pendedahan dokumen konsesi lebuhraya mendedahkan kerajaan Malaysia dan pemegang konsesi telah menetapkan kenaikan harga tol secara berperingkat dalam satu perjanjian yang memakan masa antara 10 hingga 30 tahun.

Umno-BN beralasan bahawa kerajaan terpaksa membayar subsidi yang mahal kepada konsesi sekiranya kerajaan menghalang kenaikan harga tol.

Siri-siri bantahan dan demonstrasi rakyat membantah kenaikan harga tol bagaimanapun dijawab dengan kekerasan pihak berkuasa.

”Sebelum itu mereka kata tidak mampu dan perjanjian tidak boleh diubah. Sebelum ini mereka kata bahawa kerajan perlu beri subsidi dan pampasan kepada syarikat konsesi Kerana ia kewajipan secara kontrak, tiba-tiba dia boleh bagi 20%. Bagaimana 20% ini boleh dilaksanakan? Samada kerajaan perlu bayar subsidi yang lebih tinggi atau ini memang sesuatu yang didalam kuasa kerajaan. Ini tidak dijelaskan,” kata Pengarah Strategi PKR, Tian Chua.

Kata Tian Chua lagi, beliau mengganggap pusingan-U ini hanya satu gimik politik yang digunakan Najib untu menawan hati rakyat.

"Ia hanya gimik politik untuk menunjukan Najib prihatin terhadap kebajikan rakyat, tapi sebenarnya tidak mengubah atau menyesesaikan masalah. 20% bukan untuk semua hanya sebahagian pengguna. Saya kurang pasti cara mereka untung menghitung siapa layak atau tidak. Ia masih belum jelas,"

“Yang penting kita harus mengkaji semula perjanjian konsesi supaya kerajaan boleh mengambilalih atau mengurangkan tol. Itu langkah yang lebih berkesan daripada hanya menggunakan diskaun,” katanya. -TVA


Isu Ke Manek Urai : UMNO Perkudakan Jemaah Tabligh

Perdana Menteri dan Timbalannya dengan penuh ta'zim semalam hadir dalam Ijtima Tabligh Sedunia yang diadakan di Sepang, Selangor. Diberitakan hampir 100K jemaah tabligh dari seluruh dunia berkampung selama 3 hari di situ sempena Ijtima tersebut.

Beberapa hari sebelum Ijtima tersebut ada juga jemaah tabligh di tempat aku yang mempelawa aku untuk bersama Ijtima tersebut namun aku hanya tersenyum.

Pengalaman berhujah dengan jemaah tabligh membuat aku rasa membuang masa saja untuk berdebat dengan mereka. Tiada titik noktah.

Berbalik pada kunjungan PM dan TPM ke Ijtima tersebut hari ini bolehlah di lihat dari sudut mengambil kesempatan politik untuk UBN bagi menunjukkan kepada umat Islam khususnya di Malaysia yang UBN ni tidak pernah menolak Gerakan Islam! Ciss Munafik punya UBN! Dengan Jemaah Tabligh yang berfahaman menolak politik mereka bolehlah di perbodohkan tetapi tidak pada kami yang memahami Islam secara total.

Tangan-tangan zalim UBN yang menggunakan ISA dan merompak harta rakyat mungkin di pandang sama sahaja dengan parti politik lain oleh sebahagian Jemaah Tabligh. Yang penting hanyalah AMAL bagi mereka.

Akhir sekali, UBN berharap dengan sokongan mereka pada jemaah Tabligh akan dapat membantu menaikan imej mereka sedikit sebanyak serta memungkinkan mereka mendapat sokongan dari pengundi Islam? Ciss jangan harap.....

Ikuti soal jawab ini (di petik dari laman web ustazazhar.com )mengenai jemaah Tabligh
http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/jamaah-tabligh.html


Assalamualikum ustaz..

saya ingin bertanya tebtang jemaah tabligh..boleh ustaz terangkan serba sedikit tentang jemaag tabligh. terima kasih

.......................

w.salam

Jemaah tabligh yang sedia maklum itu adalah salah satu dari ribuan jemaah2 Islam yang memberikan tumpuan atas uasaha2 dakwah dibumi Allah ini. Jemaah yang berpusat di india ini disertai oleh ratusan ribu umat islam diseluruh dunia.

Apa yang elok tentang jemaah tabligh ini ialah kerja2 berdakwah mengajak manusia menunaikan solat dan melakukan amalan2 sunnah yang mana kebanyakan manusia Islam hari ini semakin melupakannya.

Cuma perlu diberi perhatian pada apa yang berlaku pada jemaah tabligh yg ada pada zaman ini telah sedikit lari dari segi perjalannya jika dibandingkan dengan zaman awal ianya ditubuhkan.

Jemaah tabligh pada zaman penubuhannya sangat mementingkan dua perkara dalam gerakan mereka yaitu menuntut ilmu dan berjihad.

Lihatlah kisah bagaimana Maulana Mohd Zakaria dan Maulana Mohd Yunus bertungkus lumus belajar ilmu agama sehingga menjadi ulamak dan perjuangan mereka menentang kebatilan tanpa takut kepada sesiapa.

Jemaah yang ada pada hari ini telah meninggalkan dua asas penting dalam gerakan tabligh ini dimana mereka kurang gemar menuntut ilmu dengan bersungguh dan ramai pula yang meninggalkan jihad yang mana kedua perkara ini adalah sunnah Nabi saw yang sangat tinggi nilainya disis Allah swt.

Begitu juga dengan nahi munkar agak kurang dipraktikkan padahal amar ma'ruf itu tidak boleh dipisahkan sama sekali denga nahi munkar kerana keduanya inilah yang menjadikan para sahabht r.a. sebagai umat terbaik yag pernah wujud dikalangan umat manusia.


wallahua'lam - nuriman

MANEK URAI : 2 Timb Menteri Sokong DUN Perak Dibubarkan

Dua Timbalan Menteri UMNO bersetuju supaya DUN Perak dibubar bagi menyelesaikan kemelut pentadbiran di negeri itu.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Nizar Jamaluddin berkata, beliau di dekati dua orang timbalan menteri berkenaan ketika Dewan Rakyat bersidang di Parlimen minggu lalu.

“Ya, dia memberikan luahan hati dia, kemelut di Perak secara peribadi kami sendiri memang mahu dibubarkan DUN, itulah penyelesaian paling baik untuk jangka panjang.

“Sendiri jumpa saya dan dia cakap masa sesi di Parlimen, dia sendiri meluahkan, saya hendak beri tahu rakyat memang Timbalan Menteri UMNO menyatakan bubar. Cuma dia kata oleh kerana pimpinan dia begitu, dia terpaksa ikut,” katanya ketika di temui di Manik Urai.

Katanya, membubar DUN adalah kaedah terbaik kerana di negeri-negeri komanwel pembubaran akan dilakukan sekiranya berlaku kemelut perlembagaan.

Sementara itu katanya, beliau yakin dengan usaha yang ditunjukkan oleh semua petugas di Manik Urai, Pas boleh memenangi kerusi DUN berkenaan.



MANEK URAI : Polis Cabuli Sistem Demokrasi

Kita ingin merujuk kejadian Khamis 9 Julai 2009 jaln 11.10 pagi di hadapan Bilik Gerakan PKR yang didatangi pegawai polis ASP Suzaimi yang mengarahkan dibuang bendera PKR dan ditutup Bilik Gerakan dengan alasan Pakatan Rakyat belum lagi berdaftar. Beliau juga memaklumkan kepada petugas PKR bahawa Tan Sri Musa Hasan Ketua Polis Negara mengarahkan Ketua Polis Kelantan untuk memastikan tiada sebarang logo atau bendera PKR dilihat pada pilihan raya kecil Manek Urai. Kita mengutuk keras tindakan terpilih pihak polis atas alasan-alasan berikut:

Kerjasama Pakatan Rakyat

1. Pilihan raya umum 2008 yang lalu melakarkan sejarah dimana Barisan Nasional buat pertama kalinya gagal menguasai dua pertiga mojirit Parlimen dan menghasilkan kejayaan parti-parti pembangkang untuk memnangi dan membentuk kerajaan di negeri-negeri Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

2. Najitah daripada pilihan raya 2008 itu ialah jalinan kerjasama parti-parti pembangkang khasnya PKR, DAP dan PAS menerusi pembentukan Pakatan Rakyat yang tersangat digeruni oleh BN.

3. Jalinan kerjasama Pakatan Rakyat merangkumi aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial untuk semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum, agama, jantina dan negeri.

4. Jalinan kerjasama Pakatan Rakyat ini tidak mengecualikan urusan yang berkaitan dengan kerjasama dalam urusan pilihan raya. Ini dibuktikan dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang telah diadakan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti serta pilihan raya kecil yang sedang berlangsung sekarang di Manek Urai.

5. Oleh yang demikian, penyertaan parti-parti sahabat dalam Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya bagi menyokong parti rakannya yang bertanding adalah elemen biasa dalam amalan politik di Malaysia. Sokongan parti-parti yang menjadi rakan politik sudah menjadi perkara lumrah dalam proses demokrasi dan pilihan raya. (quote calon-calon Berjasa yang bertanding lawan PAS semasa pilihan raya umum sekalipun tidak menjadi parti komponen).

6. Namun sekarang, kita dikejutkan dengan tindakan Kerajaan Persekutuan BN yang memperalatkan Polis Diraja Malaysia untuk menghalang penyertaan PKR daripada menyokong PAS di Manek Urai. Halangan ini meliputi arahan polis supaya semua premis bilik gerakan PKR ditutup.

Pendirian Prinsip

7. Tindakan menghalang penyertaan aktif parti-parti rakan khasnya PKR dalam membantu PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai bermotif politik yang mencabul hak asasi dan demikrasi secara nyata.

8. Arahan menutup premis bilik gerakan PKR adalah satu penyalahgunaan kuasa dan melampaui peruntukan undang-undang.

Adakah sokongan PKR kepada PAS melanggar undang-undang?

Proses pilihan raya dijalankan mengikut undang-undang :

a) Perlembagaan Persekutuan

b) Perlembagaan Negeri
c) Akta-akta dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya berkaitan (5 akta semuanya)
d) Beberpaa Undang-Undang sampingan seperti Akta Polis, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Kerajaan Tempatan dan sebagainya.

Dalam semua pilihanraya umum dan kecil telah diadakan, sejak ditubuhkan pada 1999 PKR mempunyai rekod yang cemerlang dari segi mematuhi undnag-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya. Begitu juga dengan parti-parti rakan dalam Pakatan Rakyat.

Kita mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan tersebut, sekalipun kita tidak menyetujui aspek-aspek yang bertentangan dengan prinsip-prinsip sejagat mengenaio keperluan menjalankan pilihan raya secara adil, bebas, telus dan jujur.

Umpamanya, menelang pilihan raya umum 2008 lalu, kita terpaksa berdepan dengan karenah SPR dengan isu pemguatkuasaan duti sete, pada borang akuan berkanun pencalonan yang ditarikbalik pada hari penamaan, dan isu pembatalan penggunaan dakwat tak mudah padam pada jari pemilih bagi mengelakkan manipulasi pengundian berganda. Namun, kita akur dan serahkan keputusan kepada rakyat.

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 - Sek 10 (a) hingga (i) meliputi perbuatan sogokan berupa awang atau pinjaman, tawaran atau janji agar mengundi atau jangan mengundi calon.

Kod Etika Pilihan Raya (9 Bab termasuk Kempen) - diperkenal mula 9 Mei 2006 semasa pilihan raya DUN Sarawak hingga sekarang tanpa sebarang pindaan yang menyentuh etika yang perlu dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat, iaitu calon, ejen pilihan raua, parti politik dan pekerja serta penyokong calon dan parti politik.

Bab 6 mengenai Kempen - 12 bentuk larangan - tiada larangan untuk calon mendapat sokongan atau bantuan daripada parti-parti sekutunya.

Sebaliknya, Kod Etika Pilihan Raya dengan jelas, menurut perkara 6.2 (b) menyebut semua calon, ejen pilihan raya, parti politk, dna pekerja serta penyokong calon dan parti politik tidak boleh menggunakan kenderaan atau alat-alat komunikasi milik kerajaan untuk tujuan berkempen.

Maknanya, dari segi prinsip, kemudahan jentera dan instutusi-institusi milik kerajaan dilarang daripada digunakan atau disalahgunakan untuk tujuan dan kepentingan sempit politik kepartian dalam pilihan raya.

Tetapi ini yang dilakukan oleh BN di Manek Urai secara berleluasa, Penglibatan ketara agendi atau jabatan seperti RISDA, Felcra, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, JAKIM dalam siri kempen Barisan Nasional sesungguhnya berlawanan dengan pengendalian pilihan raya yang bersih dan adil. Persoalannya kenapakah tiada tindakan terhadap BN yang menyalahgunakan jentera dan isntitusi kerajaan? Rakyat Manek Urai dianjurkan menilai kedudukan ini dan bersama-sama menolak calon BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai ini.

Saifuddin Nasution Ismail
Pengarah Pilihan Raya PKR
Manek Urai 10 Julai 2009