7 Jul 2014

Kasihan, Kesemua 9 Beradik Itu Tidak Bersekolah....


Melaka: Semua sembilan adik kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, yang maut disyaki dibelasah bapanya dengan kayu di Kampung Jawa, Alor Gajah Sabtu lalu tidak mempunyai sijil kelahiran dan tidak pernah bersekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, sehubungan itu beliau sudah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka untuk menjalankan siastan dan membantu keluarga berkenaan bagi mendaftarkan kelahiran sembilan beradik berkenaan.

"JKM akan mengenal pasti punca dan membantu keluarga ini bagi memastikan sembilan beradik berkenaan berusia antara empat hingga 16 tahun memperoleh sijil kelahiran. Selain JKM, Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (PEMBELAN BN) Melaka juga akan membantu keluarga ini.

"Ia perlu dilakukan segera bagi membolehkan sembilan beradik ini mendapat pendidikan sempurna kerana sehingga kini difahamkan mereka tidak bersekolah," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, bantuan susulan daripada JKM akan dilakukan sejurus selepas upacara pengebumian mangsa di Kampung Rantau Panjang Klang, Selangor selesai.

Sementara itu, bapa yang dipercayai membunuh anaknya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.


Lelaki berusia 52 tahun dibawa sepasukan anggota polis ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, kira-kira jam 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan perintah reman.

Terdahulu lelaki itu ditahan ketika sedang bersembunyi di sebuah rumah sewa seorang lelaki yang ditumpangnya di Kampung Padang, Melekek, Simpang Ampat, jam 2.30 pagi tadi.

Difahamkan, suspek diberkas di rumah berkenaan ketika ditinggalkan bersendirian oleh penghuni rumah terbabit yang takut apabila lelaki itu mendakwa baru sahaja membunuh anak lelakinya dengan kayu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -HM


Kasih abang sampai mati




Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.

Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri akibat dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.

Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.

Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.

Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.

"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.

"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.
~HM










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Kaki Patah Akibat Bergayut Semasa Tunggang Motorsikal

Anggota perubatan membantu membalut kesan kecederaan parah mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Parit Buntar. Anggota perubatan membantu membalut kesan kecederaan parah mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Parit Buntar.

Parit Buntar - Padah menunggang motosikal sambil berbual telefon, seorang lelaki patah kaki kanan akibat merempuh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini, semalam.

Menyedihkan, dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, sebahagian kaki kanan mangsa yang berusia lingkungan 20-an hancur.

Pemandu kereta, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain termasuk seorang bayi sedang dalam perjalanan ke Sungai Bakau dari pekan Pusat Bandar.

Abdul Rahman berkata setibanya di lokasi kejadian, dia melihat kelibat seorang penunggang motosikal yang menunggang secara melulusebelum memasuki laluan bertentangan.

“Saya nampak dia sedang bercakap menggunakan telefon bimbit tanpa menumpukan perhatian pada jalan raya.

“Saya membunyikan hon pada jarak 20 meter bagi memberi amaran kepada mangsa yang sudah memasuki jalan bertentangan.

“Namun, mangsa tidak menghiraukan bunyi hon dan akhirnya pertembungan kuat berlaku,”
katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Rahman berkata, kesan pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak, manakala motosikal jenis Suzuki ditunggang mangsa remuk teruk di bahagian hadapan.

Menurutnya, kemalangan itu turut menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk, manakala rim tayar hadapan kanan kereta hancur.

“Selepas bertembung, saya meneliti keadaan ahli keluarga dan bersyukur kesemuanya selamat serta tidak mengalami kecederaan.

“Saya segera meneliti keadaan mangsa dan terkejut melihat keadaan kaki kanan mangsa yang hancur dan parah.

“Mujur dengan bantuan anggota Pertubuhan Sukarelawan Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK) yang hadir, ambulans segera dipanggil untuk membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap PSKK berkata, pertembungan sebuah motosikal dan sebuah kereta itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di lokasi kemalangan.

“Anggota PSKK yang menerima maklumat kemalangan segera menghubungi ambulans untuk rawatan kecemasan bagi mangsa penunggang motosikal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih dijalankan.

ULASAN GB

Kaki patah satu hal, yang menyusahkan dan melibatkan orang lain yang tak berdosa satu hal yang lain pula.

Hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh dielak. Ia berjalan, apatah lagi dah jelas sangat bersalah, menelefon sewaktu meunggang motorsikal... dah hlang akal?







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Warga Pondok Bangkit Nafi Kenyataan Dr.Mashitah Ibrahim


Kota Bharu: Kami warga pondok seluruh negara melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr Mashitah Ibrahim apabila mengaitkan institusi pondok dengan fahaman ekstremis dan gerakan militan.

Apabila menyebut pelajar pondok ini terlibat dengan militan dan ia melahirkan kumpulan-kumpulan militan, ia sekali gus memberi memberi gambaran buruk terhadap institusi pondok.

Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

Kita rasakan ini adalah satu tuduhan yang sangat besar kepada masyarakat pondok dan pelajar-pelajar pondok

Institusi pondok telah melahirkan ulama-ulama yang banyak menyumbang ilmu kepada negara apatah lagi ia merupakan satu-satunya institusi yang menjaga kepentingan agama Islam negara ini.

Kami turut menolak dakwaan mengatakan institusi pondok mempunyai dana yang besar sehingga boleh berdiri sendiri bahkan menyalurkan dana kepada gerakan pemisah seperti di Thailand.

Hakikatnya, kata beliau institusi pondok mempunyai kewangan yang tidak mencukupi dan mustahil boleh menyalurkan kepada pihak lain.

Ini benda yang sangat tidak logik dan tuduhan yang jahat, daripada seorang yang penuh muslihat. Beliau sekadar merapu sahaja.

Beliau hendak mengadakan-adakan perkara yang tidak ada supaya menampakkan dirinya macam menyebelahi kerajaan. Padahal apa yang disebut ini langsung tidak ada asas kebenarannya

Sepatutnya Mashitah patut berfikir bagaimana kerajaan boleh menyumbang kepada institusi pondok yang dimiliki oleh rakyat, bukannya cuba mematikan institusi pondok pada hari ini dengan menarik balik bantuan berkapita seperti mana berlaku ketika gerakan zaman Tun Mahathir dalam menyerang Sekolah Agama Rakyat (SAR) secara besar-besaran.

Terdahulu, Mashitah mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang bagi memantau dan menapis kewujudan sekolah pondok yang kononnya ada menyebarkan fahaman ekstremis.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan tidak perlu undang-undang baru kerana pihak berkuasa agama negeri mempunyai kuasa untuk memantau perkara itu mengikut peraturan yang sedia ada.

Bahkan tegas Jamil Khir, berdasarkan maklumat di peringkat kementerian tiada mana-mana sekolah pondok yang dikaitkan dengan gerakan ekstremis. -epondok

PEMUDA PAS KEDAH SELAR KENYATAAN DR MASYITAH ISU PONDOK SARANG MILITAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan pemimpin UMNO Dr Masyitah Ibrahim berhubung isu militan.

Beliau dalam Berita Harian 30 Jun 2014 (2 Ramadhan 1435 H) telah mengeluar kenyataan perlunya ada undang-undang untuk mengawal pergerakan pondok yang dikataka berpotensi menghasilkan pengganas militan. Beliau juga menyatakan tidak ada undang-undang tegas termasuk di bawah kerajaan negeri untuk mengawal pergerakan pondok yang banyak diwujudkan tetapi ada kalanya untuk kepentingan pribadi. Kata beliau juga ada pihak yang cuba mendekati warga pondok bagi menarik mereka menganggotai pasukan ‘jihad’ yang dibimbangi boleh mempengaruhi mereka bagi menyertai pergerakan ala militan.

Kenyataan melulu Dr Masyitah ini boleh dianggap sebagai ‘kenyataan cari pasal’ yang bakal memusnahkan usaha kerajaan BN untuk berbaik-baik dengan institusi tua ini selepas institusi ini diburukkan serta dipinggir teruk pada zaman pentadbiran Tun Mahathir dahulu.

Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

Mungkinkah kenyataan Dr Mashitah ini sebagai tanda kemarahan beliau terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu.

Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di Kedah tahun 2010 pernah sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ketika itu.

Semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, dan para guru pondok faham penubuhan badan itu adalah bertujuan politik memandangkan tiada 'track record' baik kerajaan Umno terhadap institusi pondok.

Kerajaan BN yang tunduk taat dengan White House sanggaup bermatian melanggar sesiapa sahaja atas nama militan tetapi dalam masa yang sama senyap dan lembab menghadapi isu pengganas di Sulu, lembab apabila berhadapan dengan kongsi gelab yang seara turun temurun mengganas dalam negara kita.

Dengan berkempen senada dengan White House, kerajaan BN boleh melabel sesiapa sahaja sebagai militan termasuk anak-anak melayu Islam di pondok-pondok.

Pemuda PAS Kedah ingin mengingatkan Dr Masyitah dan pemimpin UMNO yang antikan pondok bahawa institusi pondok telah melahirkan ulama-ulama yang banyak menyumbang ilmu kepada negara apatah lagi ia merupakan satu-satunya institusi yang menjaga kepentingan agama Islam negara ini.

Antaranya termasuk bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bekas senator itu juga jangan lupa, datuk kepada Tun Abdullah Badawi juga merupakan pejuang institusi pengajian cara pondok malah beliau telah berusaha mengislamkan pentadbiran UMNO sehinggakan beliau menegur UMNO dalam hal menghalalkan judi pada tahun 1950an dahulu. Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyiarkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang digunakan oleh UMNO itu adalah haram. Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. Tokoh ulama berprinsip ini telah mengasaskan pondok di Pulau Pinang dan kekal sehingga kini?

Pemuda PAS Kedah juga menyokong kenyataan Ustaz Ahmad Yahya yang juga Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) iaitu penyebaran fahaman ekstremis adalah satu isu berbeza yang tiada kaitan dengan fahaman sekolah pondok, dan ia perlu ditangani pihak berkuasa secara telus serta yakin mereka berkeupayaan memantau isu berkenaan.

Pemuda PAS Kedah bersepakat untuk mengambil saranan Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin iaitu tiada istilah militan atau pengganas ke atas orang Islam yang mempertahankan saudara Islamnya. Pandangan Dr Masyitah mengenai jihad perlu diperbetulkan selain menilai sekolah pondok secara fakta.

Ustaz Ahmad Tarmzi Bin Sulaiman
Ketua Penerangan DPPN Kedah










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[VIDEO] Lagi Pesanan Terakhir Datuk Sharifah Aini


Hajah Sharifah Aini menemui Khaliq penciptanya di awal jam 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara kerana jangkitan kepada paru paru. Allahyarhamah sebenarnya seorang yang penyayang. Di samping putera tunggalnya Aliff, Allahyarhamah juga memerlihara beberapa orang anak angkat . Berikut adalah pesanan terakhir Allahyarhamah.

إنا لله وإنا إليه راجعون ..عظم الله أجركم

Posting yang cukup panjang lebar telah dimuatnaik oleh sahabat baiknya iaitu Datuk Khalilah Mohd Talha yang juga Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Plus Expressway Berhad.

Dalam posting tersebut, Khalilah memberitahu bahawa Kak Pah kini sedang menjalani rawatan rapi dari pakar perubatan di sebuah hospital swasta.

Biarpun begitu, Kak Pah sempat menitipkan pesanan dan salam kasih sayangnya buat semua peminat-peminatnya khususnya mereka yang sering berinteraksi dengannya menerusi laman sosial rasmi, Facebooknya.

Pesanan Kak Pah memang cukup sayu hingga mampu menitiskan air mata bagi sesiapa yang membacanya. Ikuti pesanan Kak Pah ini untuk mengetahuinya sendiri.

Inilah pesanan Kak Pah:

“Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA…Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah…dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah…saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA…saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH! Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada…gunakanlah FB ini kearah kebaikkan…untuk menjaga Silaturrahim…untuk saling menasihati…bukan untuk mengumpat…menabur fitnah…dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.

Begitu pantas masa berlalu…45 tahun saya bergelar anak seni…….terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman…pahit dan manis…begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya… namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni. Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE! Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.

Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.

Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah . Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI