31 Mei 2009

SPR Alat UMNO BN, Aziz Didesak Letak Jawatan

Banyak pihak hari ini kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang melakukan perancangan jahat untuk menekan parti pembangkang yang menyertai pilihanraya khususnya di DUN Penanti.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiga hingga empat orang pengundi - yang sebelum ini mengundi di Teluk Wang dalam DUN Penanti dalam pilihanraya umum lalu dan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh - pagi ini didapati telah dipindahkan ke DUN Permatang Pasir - satu lagi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh.

Pagi ini, seorang lagi pengundi, Tan Soon Guan yang sudah dua kali mengundi sebelum ini - sewaktu pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu - mendapati namanya tiada dalam senarai pemilih di pusat pengundian Jit Sin.

Pemeriksaan kemudiannya mendapati nama beliau telah dipindahkan ke DUN Berapit yang terletak di dalam kawasan Parlimen Bukit Mertajam.

Hal yang sama turut didedahkan oleh calon PKR sendiri Dr Mansor Othman yang mendapat aduan dimana pengundi-pengundi namanya telah ditukarkan ke DUN-DUN lain malah ada sampai ke Sabah.

"Tidak mungkin di dalam dunia teknologi serba canggih ini, SPR boleh melakukan kesilapan yang tidak disengajakan, ia memang satu komplot dan satu usaha terancang SPR untuk yang bekerjasama dengam parti pemerintah pusat bagi mengurangkan pengundi-pengundi Pakatan Rakyat," kata seorang penduduk Penanti.

Menyentuh mengenai pondok panas, pelbagai pihak membidas kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menuduh Pakatan Rakyat memutar belit fakta berhubung penguatkuasaan larangan mengadakan pondok panas pada hari pengundian pilihan raya kecil Penanti sedangkan yang sebenarnya SPRlah yan telah memutar belitkan fakta.

"SPR sendiri menyatakan parti-parti bertanding akan dibekalkan pelekat, kemduian bila tiba masanya mereka gagal untuk membekalkannya, kemudian sekarang Aziz mengugut dengan berkata : "saya tahulah apa nak buat pada pilihan raya akan datang," kata sorang pemimpin PR.

"Tan Sri Aziz perlu ingat bahawa beliau sepatutnya menjalankan tugas dengan adil dan saksama tanpa diskriminasi. Jika ingin melakukan kerja-perja konspirasi bagi pihak UMNO BN, kami gesa beliau letak jawatan dan bertanding di dalam pilihanraya.," tambahnya.



Apakah UMNO BN Guna Mahkamah Untuk Batalkan Kemenangan PKR?

Sehingga berita ini ditulis, pemimpi-pemimpin UMNO belum membuat ulasan mengenai kemenangan calon PKR, Dr Mansor Othman di dalam pilihanraya Penanti dengan majoriti lebih besar iiaitu sebanyak 5,558 undi dimana kesemua calon bebas telah hilang wang pertaruhannya.

Kita tertunggu-tunggu samada PM Datuk Seri Mohd Najib akan membuat kenyataan "pembangkang jangan teruja sangat" dengan kemenangan tersebut sepertimana ugutan yang dibuat sewaktu Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Oleh kerana calon Bebas, Aminah Ali telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kononnya beliau pernah ditawarkan wang tunai RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang jika memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti, kita juga tertunggu-tunggu jika Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan akan membuat kenyataan "ada bukti kukuh" bahawa wujudnya rasuah politik dilakukan oleh pimpinan tertinggi PKR di dalam PRK Penanti.

Katakanlah kedua-dua mangkuk ini berkeras ingin mensabitkan PKR dengan rasuah politik sekalipun dengan bukti-bukti rekaan seperti kes mata lebam Datuk Seri Anwar yang pemalsuan buktinya dilakukan oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara, apakah yang menghalang Najib, SPR dan SPRM melakukan demikian dan jika ingin dilakukan pemalsuan bukti ke atas calon PKR yang memenangi PRK Penanti tersebut, mahkamah pula akan siap sedia untuk mengiyakannya, apakah kemenangan Dr Mansor Othman akan dibatalkan?

Dan jika kemenangan beliau dibatalkan apakah mahkamah akan mengisytiharkan pula calon Bebas yang kehilangan wang depositnya iaitu Aminah Ali atau Nai-Khan Ari sebagai pemenang? Jika demikian alangkah kartonnya sepertimana kartonnya perisytiharan Zambry sebagai Menteri Besar oleh Mahkamah Rayuan beberapa minggu lalu.

Itu "best case scenario" yang boleh diharapkan dan dilakukan UMNO BN untuk "menipu" rakyat sekali lagi setelah merampas Perak.

Najib, SPR, SPRM dan mahkamah ada berani melakukannya lagi?



Nizar Zambry : 1 Jun Hari Bergelap Seluruh Perak

Esok 1 Jun adalah Hari Gelap Gelita Seluruh Negeri Perak. Program tersebut adalah sebagai membantah pencabulan demokrasi yang dilakukan oleh BN dan juga kempen bubar DUN Perak. Seluruh pendokong dan penyokong PR yang Muslim diminta berpuasa di seluruh negeri Perak bagi mengisi program tersebut dan akan berbuka beramai-ramai di setiap markaz DUN seluruh Perak.

Manakala yang bukan Islam sebagai menghormati program tersebut boleh berlapar selama satu hari dan akan makan beramai-ramai menjelang Maghrib bersama umat Islam yang lain di markaz.

Program di markaz DUN akan bermula pukul 6 petang dengan mendengar ucapan-ucapan dari pimpinan PR di peringkat DUN masing-masing, selepas berbuka, solat Maghrib dan Solat Hajat berjamaah akan diadakan, dikuti dengan tazkirah.

Selepas Isya' akan didakan ceramah PR yang akan disampaikan juga oleh pimpinan PR di peringkat DUN. -misbahulmunir


Dr Mansor Menang Besar, Semua Calon Bebas Hilang Deposit, UMNO Terlopong

Sepertimana yang GB ramalkan sebelum ini, calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Mansor Othman MENANG BESAR di dalam pilihanraya kecil DUN Penanti yang baru saja selesai.

Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Jika diukur dengan undi yang diperolehi oleh BN pada PRU12 yang lalu, Datuk Abd Jalil Abd Majid yang memperolehi 5,127 undi, maka Dr Mansor telah pun menang juga dengan kelebihan majoriti hampir 1000 undi.

Kemenangan dengan majoriti yang lebih besar diperolehi oleh Dr.Mansor juga akibat kebodohan dan kebebalan UMNO yang takut dan kecut untuk menghadapi pilihanraya tersebut ditambahi pula dengan seruan pemboikotan pilihanraya berkenaan oleh pemimpin UMNO.

Akhbar media arus perdana pula termasuk MSTAR heboh memperkatakan dan memfokuskan tentang jumlah pengundi yang hanya 46% undi, dikatakan yang paling rendah di Semenanjung, tetapi tidak sedikit pun menyebut mengenai hasutan beberapa pemimpin UMNO yang telah mengeluarkan kenyataan-kenyateraan berbau hasutan yang mengajak rakyat Penanti untuk tidak keluar mengundi.

Kemenangan Pakatan Rakyat dilihat sebagai satu lagi referendum kepada pemimpin UMNO BN supaya segera menghentikan segala tindak-tanduk memperkudakan jentera-jentera kerajaan seperti SPR, SPRM, Polis, instisutsi kehakiman dan seumpamanya untuk kepentingan mereka.


Hasutan Khairy dan UMNO P.Pinang Sebabkan Peratusan Mengundi Rendah

Jumlah peratusan mengundi di dalam pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini memang telah dijangka rendah ekoran dari seruan dan hasutan beberapa pemimpin UMNO supaya pengundi di Penanti tidak keluar mengundi.

Sekurang-kurangnya terdapat dua orang pemimpin UMNO yang menghasut rakyat untuk tidak keluar mengundi di DUN Penanti iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi UMNO Pulai Pinang Zainal Abidin Othman.

Parti Keadilan Rakyat mahu polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap kedua-dua pemimpin UMNO tersebut kerana mengeluarkan kenyataan menasihatkan pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti supaya tidak keluar mengundi.

Ketua Penerangan PKR, Latifah Koya berkata, kenyataan mereka itu ternyata menyalahi Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Kami harap polis dan SPR mengambil sikap yang serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan sebelum ini melaporkan kenyataan Khairy supaya pengundi tidak keluar mengundi menganggap pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Jelas Latifah, PKR memandang serius mengenai kenyataan tersebut kerana ia boleh menyebabkan peratusan keluar mengundi berkurangan.

Sementara itu Pengarah Pilihan PKR, Saifuddin Nasution berkata kenyataan Khairy tersebut bercanggah dengan amalan demokrasi.

"Kenyataan Ketua Pemuda Umno itu nyata berbeza dengan kita yang meminta rakyat mempraktikkan amalan demokrasi," katanya.

Sementara kenyataan Zainal Abdidin pula yang menyatakan :

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," dan menambah:

"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.

Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.

Walaubagaimana pun peratusan mengundi dijangkan mencecah lebih 50% sekalipun rakyat dihasut untuk tidak menunaikan kewajipan mengundi.

Sementara itu terdapat kejadian dibeberapa pusat pembuangan undi para pengundi tidak berpuashati apabila mendapati nama-nama mereka telah dipindahkan tanpa pengetahuan mereka.

Ramai penganalisis politik berpendapat ia adalah salah satu taktik dan usaha pihak tertentu yang melakukan perkara demikian untuk mengurang jumlah undi PKR di dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Namun dari pemerhatian ramai penganalisa politik juga kemenangan akan berpihak kepada clon PKR, Dr Mansor Othman.



Dr Mansor Menang Besar Jika 5000 Ahli UMNO Tak Keluar Mengundi

Calon Parti Keadilan Rakyat dijangka akan memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini dengan majoriti yang besar apabila UMNO Pulau Pinang mengumumkan untuk memboikot pilihanraya berkenaan.

Berdasarkan kepada perkembangan mutakhir kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang menyatakan kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding memberikan petanda kemenangan besar yang akan diperolehi oleh calon PKR, Dr Mansor Osman.

Kerusi DUN Penanti berada di dalam Parlimen Permatang Pauh. Pada pilihanraya umum 2008, kerusi itu dimenangi oleh Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat yang memperolehi 7,346 undi mengalahkan Datuk Abd Jalil Abd Majid yang memperolehi 5,127 undi. Majoriti undi yang diperolehi oleh PKR ialah 2,219 undi.

Dan jika UMNO BN tidak keluar mengundi ini bererti majoriti calon PKR akan sendirinya naik mendadak kerana harapan untuk calon-calon Bebas untuk meraih kemenangan adalah tipis.

Berdasarkan perkembangan rentetan pilihanraya kecil yang lalu, kesemua calon-calon bebas hilang wang pertaruhan dan perkara yang sama dijangka berlaku di Penanti.

Cuma calon Amin Abdullah akan mengalami sedikit peningkatan kerana telah dibantu oleh media massa arus perdana di dalam menaikkan namanya hampir setiap hari untuk menghalang PKR menang mudah di pilihanraya kecil tersebut sekalipun terpaksa mencipta isu yang sedikit melucukan dengan tuduhan kepada pemimpin tertinggi PKR cuba melakukan sogokan RM80,000 dan jawatan Timbalan Keua 1 Pulau Pinang jika memenangi pilihanraya kecil itu nanti.

Dengan isu berkenaan, pennganalisis politik menjangkakan Aminah akan meraih sekitar 1,500 undi dan jika undi untuk PKR berkekalan di sekitar 7,000 undi maka majoriti yang diperolehi dijangkakan melebihi 5 ribu undi.

Bagaimana kamu UMNO? Masih ingin memboikot?


Penanti: Datuk Perikatan, Bapa UMNO BN, Cucu PKR

Beberapa jam lagi pengundi-pengundi Penanti akan membuat perhitungan. Mereka boleh pilih 3 calon bebas, mereka juga boleh pilih calon PKR. Yang mereka tak boleh pilih cuma calon BN kerana BN takut hendak bertanding. Bagi Umno, seperti kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, 5,000 ahlinya tidak akan keluar mengundi esok.

"Jika mereka keluar mengundi ia seolah-olah mengkhianati parti. Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," kata Datuk Zainal.

Tapi Datuk Zainal silap. Kebanyakan datuk nenek yang ada di Penanti, apa lagi datuk nenek yang sudah meninggal dunia kerana tua, mereka tidak pernah mengundi BN. Bagaimana mereka hendak mengundi BN, sedangkan semasa mereka hidup BN pun belum wujud? Yang wujud ketika mereka hidup ialah PAS, Parti Rakyat, Parti Buruh, UDP, PPP dan Perikatan. Jadi bagaimana mereka hendak mengundi parti yang belum wujud ketika mereka hidup? (Kecualilah mereka yang kahwin muda dan kini sudah bergelar datuk).

Satu lagi tidak semestinya kecenderungan memilih parti antara datuk nenek dan cucu cicit adalah sama. Datuk saya contohnya memang diakui pengundi Perikatan. Bapa saya pula pengundi tegar Perikatan kemudian BN apabila nama parti Perikatan ditukar kepada BN. Ibu saya pernah undi Perikatan, BN dan sejak dua pilihanraya lalu mengundi PAS. Adik saya pula ahli Umno tapi tak pernah mengundi BN. Anak-anak saya sejak Tadika sudah kata BN jahat, bila tiba masanya mereka layak mengundi saya sudah agak parti mana yang mereka tidak akan undi.

Berdasarkan perkara itu apa yang datuk nenek buat tidak semestinya cucu cicit ikut. Datuk sentiasa pakai kain pelikat, nenek pula gemar pakai kain batik. Bapa pula sudah pandai pakai seluar slack. Saya pula ketika santai senang memakai jeans walau di rumah suka pakai kain pelikat. Anak-anak pula jarang lekang dengan jeans dan track suit. Jadi mana sama antara datuk nenek dan cucu cicit. Datuk pangkah Perikatan, bapa pangkah BN, cucu pangkah PAS, PKR dan DAP. Keluarga Datuk Zainal mungkin lain - Datuk bawa keris, bapa hunus keris dan cucu cicit cium keris. Tapi berapa ramai saja keluarga di Penanti seperti keluarga Datuk Zainal? -pendikargunungkriang

30 Mei 2009

Pemimpin UMNO Pulau Pinang Lidah Bercabang

Bernama melaporkan Umno Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan kononnya parti itu mengarahkan 5,000 anggotanya tidak keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti esok.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata parti itu tidak pernah memaksa anggotanya tidak mengundi kerana Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya itu.

"Kita tidak pernah paksa supaya mereka tidak pergi mengundi. Terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sedangkan orang yang sama sebelum ini telah menyatakan bahawa:

Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.

Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.- Malaysiakini


Banyak pihak menyifatkan Zainal Abidin seorang pendusta dan penipu yang mengeluarkan kenyataan yang berbeza apabila mendapati kenyataannya yang pertama itu boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan kerana menghasut penduduk Penanti untuk tidak keluar mengundi.

Kenyataan "Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti" dalah jelas satu hasutan merbahaya yang boleh menyebabkan Zainal Abidin perlu didakwa dan dihukum penjara.

Beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat meminta Zainal Abidin perjelaskan maksud ayatnya tersebut jika ia bukan sebagai satu hasutan kepada ahli-ahli UMNO untuk tidak keluar mengundi.

Mereka yang tidak keluar mengundi adalah pengkhianat negara kerana TIDAK MENUNAIKAN KEWAJIPAN mereka sebagai rakyat untuk memilih pemimpin mereka di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.


Benar-benar SPR Proxy UMNO BN, Tukar Peraturan Saat Akhir

Kurang daripada 24 jam sebelum rakyat Dewan Undangan Negeri N12 Penanti keluar membuang undi Suruhanjaya Pilihan Raya sekali lagi mengeluarkan arahan aneh dan pelik yang dilihat hanya untuk berlaku tidak adil terhadap Pakatan Rakyat.

Apabila segala persiapan telah dibuat alam bentuk tempahan khemah untuk mendirikan pondok semakan daftar pemilih, SPR mengarahkan hanya khemah bersaiz 8 x 8 kaki sahaja boleh digunakan.

Lebih membingungkan SPR juga menarik balik peraturan supaya setiap kenderaan yang mengangkut pengundi ke pusat pembuangan undi tidak perlu lagi mengguna pelekat logo SPR.

Persoalan spontan yang timbul dalam fikirasn rakyat apakah tindakan terbaru SPR ini seolah-olah mahu menggalakkan gejala undi hantu semasa pilihan raya kecil Penanti esok ?

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan sikap SPR yang gagal mematuhi ketetapan yang dibuatnya sendiri sambil mengkritik tindakan badan itu yang mengubah peraturan sewenang-wenangnya tanpa pemberitahuan melalui surat rasmi dan hanya menyampaikan arahan baru secara lisan melalui panggilan telefon.

"Pakatan Rakyat tidak mempunyai pilihan melainkan meneruskan persiapan yang telah dirancang sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama SPR sebelum ini. Malah khemah telahpun di tempah dan bayaran telah dibuat bagi tujuan tersebut," tegas beliau pada sidang akhbar harian Pakatan Rakyat di Yayasan Aman, Penanti.

Ahli Parlimen Machang itu juga berkata Pakatan Rakyat tetap akur dengan ketetapan bahawa pondok atau barong semakan daftar pemilih hanya boleh didirikan 50 meter radius dari pusat pengundian.

Mengulas mengenai peraturan baru berkenaan pelekat kenderaan Saifuddin berkata SPR juga tidak membenarkan kenderaan membawa pengundi menggunakan pelekat atau bendera parti. Peraturan ini juga disampaikan secara lisan tanpa notis hitam putih kepada Pakatan Rakyat.

Berhubung perkara yang sama, Pengarah Strategik PKR Tian Chua berkata tindakan SPR ini menimbulkan seribu satu spekulasi dan pandangan negatif.

Ketua Penerangan Latheefa Koya pula berkata SPR harus bersikap lebih profesional dan bukan membatal atau menarik-balik apa-apa ketetapan dengan begitu mudah sekali.


UMNO BN Bakal Dipanggang Dengan Isu PKFZ

Dengan terlibatnya beberapa orang pemimpin UMNO dan BN Selangor di dalam isu Zon Bebas Pelabuhan kelang (PKFZ) akan mendedahkan lagi kebobrokan parti kerajaan yang sudah lemah dan tenat.

Pda hari ini satu lagi laporan berhubung isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu.

Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dibuat bersama Pengerusi DAP, Lim Kit Siang di pejabat SPRM negeri di Plaza Masalam di sini pada 3.10 petang tadi.

Ronnie ketika ditemui pemberita berkata, beliau tampil membuat laporan keempatnya berhubung isu tersebut berikutan tiga laporannya sebelum ini tidak diambil sebarang tindakan.

Saya mahu mereka menjalankan siasatan, kenapa tiada tindakan diambil walaupun laporan mengenainya telah dibuat sejak tahun 2004 lagi,” katanya yang kesal laporannya sebelum ini diketepikan pihak berkenaan.

Mengulas mengenai laporannya sebelum ini, Ronnie berkata sudah membuat laporan pertama pada tahun 2004 setelah mendapati wujudnya kepincangan dan kelemahan dalam perlaksanaan projek tersebut.

“Laporan pertama tiada sebarang tindakan sehingga pada tahun 2007 kos pembangunannya telah meningkat dan melebihi RM2 bilion memyebabkan saya membuat laporan polis.

“Namun tindakan belum juga diambil sehingga laporan ketiga dibuat ekoran kos pembangunannya telah melonjak RM3 bilion”, katanya yang turut membuat laporan sama sebelum penghujung tahun 2007 kepada pihak polis dan juga SPRM.

Menurut Ronnie, jika pihak terbabit bertindak dan segera menjalankan siasatan sebelum ini, kemungkinan jumlah kerugian dapat dikurangkan selain tidak menjadi projek gajah putih.

Dalam perkembangan sama, Ronnie memberitahu pihak SPRM Selangor turut menasihati beliau supaya menghantar laporan bertulis kepada Jawatankuasa Aduan SPRM dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah untuk tindakan.

Katanya, sebarang laporan polis mengenai rasuah bakal dilaporkan secara terus ke SPRM tanpa menyiarkan nama-nama mereka yang terlibat.

Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.

Menurut laporan tersebut – yang disediakan oleh PriceWaterhouse Coopers (PwC) yang diumumkan hari ini – jumlah tersebut meliputi kos faedah pinjaman.

Kesimpulan utama laporan audit tersebut menyatakan bahawa kos projek yang tinggi, kelemahan urustadbir dan kelemahan pengurusan projek, telah menjejaskan kejayaan PKFZ.

Nama Ketua Umno bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil disebut dalam laporan audit PKFZ oleh PriceWaterhouse Coppers (PwC) berkaitan tanah milik Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang didakwa boleh menimbulkan kemungkinan konflik kepentingan.

Laporan itu menyebut Abdul Rahman merupakan ahli lembaga pengarah PKA dari 1997 hingga 2003.

Dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tersebut, kata laporan itu, beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad (KPPLB) dan bertanya mengenai cadangan pengambilan balik wajib tanah melalui pembelian terus.

KPPLB merupakan pemilik asal sebahagian daripada tanah tersebut.

Mengikut laporan itu, memandangkan pengambilan balik wajib tersebut akan menguntungkan PKA, maka rasional Abdul Rahman menimbulkan perkara itu adalah tidak jelas.


Zaman UMNO BN Memperbodohkan Rakyat Sudah Berlalu

Tidak seperti semua pilihan raya kecil yang pernah dialui oleh rakyat Malaysia sejak demokrasi diperkenalkan di negara ini, kawasan Dun Penanti sepi.

Tiada jentera pembinaan yang sibuk di sana sini menurap jalan. Tiada perasmian balai raya, sekolah, masjid dan surau. Tiada menteri dan pemimpin kerajaan Pusat yang turun bagai Santa Claus mengagih pelbagai hadiah untuk rakyat.

Setiap kali berlangsung pilihan raya kecil (sebelum ini) pelbagai projek pembangunan dan bantuan diagihkan untuk rakyat. Apabila pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan mengapa projek tersebut turun hanya di musim pilihan raya, dengan cengilnya mereka menjawab: "Ini tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. Sebenarnya pembangunan untuk rakyat sentiasa berterusan; sebelum, semasa dan selepas pilihan raya pembangunan tetap ada. Takkanlah haya kerana berlangsung pilihan raya maka rakyat disekat untuk menerima pembangunan? Ini tidak adil." Molek dan muluk sekali bunyinya. Cakap mengalahkan peguam.

Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu lalu, apabila diajukan persoalan yang sama, jawapan yang diberi oleh seorang pemimpin BN ialah, "Sebenarnya semua projek itu sudah dirancang sejak lama, cuma secara kebetulan ia diadakan sewaktu pilihan raya."

Lucunya, selepas berakhir pilihan raya dan BN tersungkur, semua 'projek kebetulan' itu secara kebetulannya pula berakhir. Nah, sekarang apabila BN tidak sertai pilihan raya kecil Penanti, mana pula projek-projek yang telah dirancang dari awal serta projek-projek 'kebetulan' itu?

Satu perkara yang menyebabkan BN ditolak rakyat ialah sikap pemimpinnya yang tidak pernah berubah. Salah satu perangainya ialah apabila bercakap mereka seolah-olah menganggap semua rakyat bodoh belaka.

Apabila BN diajukan soalan mengapa tak bertanding di Penanti, mereka menjawab kononnya untuk elakkan pembaziran dan tidak mahu terperangkap dengan mainan politik KeADILan. Mereka fikir rakyat tak tahu bahawa sebenarnya mereka takut kalah.

Apabila beberapa pemimpin kaum India dibebaskan dari tahanan ISA sewaktu berlangsung pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, media tali barut BN menyiarkan komen, terutama dari kaum India, yang memuji muja kerajaan BN kononnya baik hati. Tapi hakikatnya mereka hanya mahu mengambil hati 30 peratus pengundi India di Bukit Selambau.

Adun Kota Alam Shah, Manoharan dibebaskan daripada ISA bersama beberapa pemimpin Hindraf beberapa hari selepas isteri beliau membuat sidang media memaklumkan bahawa Manoharan akan meletakkan jawatan kerana tidak dapat memberi sumbangan untuk rakyat akibat dikurung.

Macam isu sebelumnya, media tali barut BN memuji Najib sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana sanggup membebaskan musuh-musuh politik BN. Walhal, semua rakyat tahu bahawa BN takut Manoharan benar-benar letak jawatan yang menyebabkan berlaku pilihan raya kecil.

Begitu juga, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairudin yang terpalit dengan isu 'rasuah' yang dimainkan oleh BN, tiba-tiba dibersihkan oleh SPRM. Semua tahu bahawa tujuan pembersihan itu ialah supaya Fairus menarik balik surat peletakan jawatannya, demi mengelakkan pilihan raya kecil.

Professor Dr Ahmad Atory Hussain, seorang pensyarah pro-BN menyifatkan kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz untuk menerima orang bukan Melayu, asalkan dia Islam, untuk menjadi Menteri Besar, adalah satu usaha untuk memikat pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya kecil Manik Urai.

Mentang-mentang dia pensyarah, dia ingat boleh tipu orang lain dengan kenyataan tidak logiknya itu. Penduduk bukan Melayu Manek Urai tidak sampai 1 peratus, apa yang nak ditarik?

Dalam 'menjelaskan' isu Perak, pemimpin BN memberitahu bahawa tiga Adun Pakatan Rakyat yang melompat menyokong BN bukan kerana diculik, diugut dan dirasuah tapi atas keikhlasan sendiri. Anehnya mengapa mereka hilang, tak dapat dikesan sampai beberapa hari?

Takkanlah tiga "haprak" tersebut sengaja mencari masalah, dicaci oleh masyarakat serta dihina oleh pengundi. kalau tidak kerana imbuhan tertentu.

Semua episod pembohongan pemimpin BN terhadap rakyat tidak pernah berhenti.

Najib mengisytiharkan bahawa zaman di mana kerajaan (BN) tahu segala-galanya sudah berlalu. Tapi nampaknya zaman di mana kerajaan (BN) menganggap semua rakyat bodoh-bodoh belaka dan boleh ditipu, belum lagi berakhir. -Zulkifli Yahya

5000 UMNO Tak Mahu Mengundi Dia Punya Pasal

Kononnya kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, demikian kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.

Pakatan Rakyat tidak sedikit pun terjejas dengan sebarang tindakan pemboikotan ynag ingin dilakukan oleh UMNO pada hari mengundi esok.

Ini kerana yang rugi bukan PKR tetapi UMNO sendiri. Dengan UMNO BN tidak meletakkan calon sepatutnya, ahli-ahlinya sepatutnya menyatakan protes kerana tindakan itu seolah-olah mengesahkan kenyataan bahawa UMNO BN Penanti sudah benar-benar ditalkin dan dikuburkan.

Walauapa pun hujjah yang dikemukakan untuk tidak mengundi esok sebenarnya meletakkan UMNO dan BN sebagai sudah mengibarkan bendera putih seramai-ramainya. Ia tidak akan menang lagi di masa-masa akan datang kerana kehadiran mereka sudah menjadi golongan terpencil dan golongan yang tidak relevan di dalam arus politik di Penanti khususnya dan Pulau Pinang amnya.

Yang nyata, tiada esok bagi UMNO BN dan tiada UMNO BN esok di Penanti.


Tekanan Polis Ke Atas Rakyat Percepatkan Kejatuhan UMNO BN

Ramai penganalisis politik berpendapat tindakan pihak polis yang melakukan siasatan ke atas dua orang pemimpin Pakatan Rakyat akan hanya mencalarkan lagi imej Najib serta UMNO BN di mata rakyat.

Ia menunjukkan ketidak-sanggupan Najib untuk berdepan dan menerima kritikan serta kelemahannya di dalam menghadapi pelbagai kemelut yang diciptanya sendiri dan kelemahan UMNO BN sebagai sebuah parti politik pemerintah yang terpaksa menggunakan kekerasan melalui pihak polis untuk menjayakan cita-citanya.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang memberi kenyataan kepada polis pagi ini di rumahnya di Pulau Pinang, ekorang laporan yang dibuat terhadapnya kerana didakwa membuat hasutan dan fitnah terhadap Najib.

Menurut Lim, Ketua Inspektor Pang Meng Tuck telah membuat satu laporan terhadap ucapannya di Guar Perahu, Penanti pada 24 Mei.

“Dalam ucapan saya, saya telah menyalahkan Najib terhadap rebutan kuasa di Perak dan mengkompromikan satu demi satu kredibiti istitusi negara," kata Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur, mengenai ucapannya dalam catatannya dalam Twitter pagi ini.

Menurut Lim, dalam ucapannya, beliau turut menyentuh tentang Pasukan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya, perkhidmatan awam dan badan kehakiman yang didakwanya digunakan untuk agenda politik Najib.

Katanya, di Malaysia yang ditadbir oleh Najib, bercakap benar dituduh sebagai hasutan dan fitnah.

"Kegelapan sedang menyelubungi Malaysia," katanya selepas bertemu selama sejam dengan pihak polis.

Yang nyata, rakyat menolak tindakan polis yang melakukan tugas secara berpilih dan tidak profesyenal dan ini akan diterjemahkan di peti undi.

"Di antara sebab kekalahan UMNO BN di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebenarny ialah kerana rakyat menolak kezaliman pihak polis yag sentiasa menekan rakyat yang tidak menyokong UMNO BN," tegas seorang pensyarah Sains Politik disebuah IPTA.


Najib Altantuya Mementingkan Diri Sendiri Daripada Umno Penanti

Ramalan Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman bahawa kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding tidak mengejutkan.

Ini berdasarkan beberapa faktor yang berlaku kebelakangan ini yang menyebabkan populariti Umno dan Barisan Nasional semakin merosot di peti undi terutamanya dikalangan ahli Umno dan penyokong BN sendiri.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin keputusan Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Najib Razak telah menghampakan ahli Umno dalam kawasan Penanti khususnya dan Pulau Pinang amnya.

"Keputusan tidak bertanding di Penanti bukan keputusan Umno atau BN. Ia keputusan Najib sendiri yang takut kalah sekali lagi dalam pilihan raya kecil.

"Daripada laporan media yang kita baca sememangnya Umno Pulau Pinang, Umno Permatang Pauh dan Umno Penanti sudah siap sedia untuk bertanding malah ada yang sudah "pasang" badan hendak bertanding.

"Ahli-ahli Umno Penanti telah dikecewakan dan semangat juang mereka telah dilemahkan oleh presiden mereka sendiri," kata beliau di rancangan Kanta Media terbitan TV Antara Khamis lalu.

Badrul atau Chegu Bard berkata keputusan Najib tersebut dilihat lebih kepada mempertahankan kepentingan peribadi beliau dan bukannya berdasarkan kepada perjuangan politik.

Sementara dalam komen beliau semalam, Zainal Abidin berkata ramai ahli Umno tidak mahu keluar mengundi esok kerana kononnya tidak mahu mengkhianati parti.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti. Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," kata bekas timbalan menteri itu.

Kata beliau lagi, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.

Hakikatnya menurut penganalisa politik Umno dan BN sudah tidak lagi menjadi parti pilihan rakyat.

Ini kerana tindakan Umno dan BN yang mencetuskan kemelut politik di negeri Perak serta pengalaman pahit yang dilalui rakyat berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan pemimpin Umno dan BN telah mengasingkan penyokong mereka sendiri.

Umpamanya semasa pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang April lalu fenomena yang sama berlaku di mana ramai ahli dan penyokong Umno dan BN memilih untuk keluar mengundi kerana sudak "muak" dan "benci" dengan perangai pemimpin mereka yang bergelumang dengan amalan rasuah dan korup.

Faktor ini antara lain yang menyumbang kepada peningkatan majoriti undi yang diperolehi oleh calon Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar Jamluddin.

Malah tidak terkejut jika keadaan yang sama berlaku. Ahli Umno yang keluar mengundi tidak keberatan untuk memberi undi mereka kepada calon Pakatan Rakyat, Mansor Othman. -TVA

PPP Dengan Dua Presiden Angkara UMNO BN

Kemelut politik yang melanda Parti Progresif Penduduk (PPP) dijangka bertambah kusut apabila M. Kayveas menang tanpa bertanding jawatan Presiden untuk penggal lima tahun bagi kali keempat.

PPP kini diserang penyakit "dua" seperti Perak yang mempunyai dua Menteri Besar dan dua Speaker.

Selain Kayveas, seorang lagi yang mengisytiharkan diri beliau presiden parti ialah Senator T. Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

PPP sebelum itu memecat Murugiah 16 Mei lalu dan beliau diberi masa sehingga tengah malam ini untuk mengemukakan rayuan supaya diterima semula ke dalam parti.

Kayveas dalam ucapan kemenangannya 99.9 peratus daripada sejumlah 500,000 anggota berdiri teguh di belakangnya dan hanya "segelintir 0.1 peratus" sahaja yang menimbulkan masalah.

Yang dimaksudkan dengan segelintir ahli ialah Murugiah dan penyokong beliau.

"PPP adalah kukuh dan akan menjadi bertambah kukuh dalam tahun-tahun mendatang serta berupaya mengatasi segala cabaran," katanya kepada penyokong.

Murugiah mengisytiharkan dirinya "presiden baru PPP" berikutan mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan Ahad lalu di Putrajaya,.

Tindakan beliau itu dikutuk oleh Kayveas yang meminta Murugiah "memeriksa kepalanya di Tanjung Rambutan".Pendaftar Pertubuhan (ROS) hanya mengiktiraf Kayveas sebagai presiden yang sah sementara menunggu siasatan berhubung dakwaan ketidakpatuhan terhadap peraturan dan undang-undang parti.

"Kami melakukan persediaan supaya pejabat dibuka sehingga tempoh itu untuk beliau mengemukakan rayuan," kata Kayveas.

"Saya beri jaminan kepada beliau bahawa parti akan menimbangkan rayuannya dengan adil. Bagaimanapun, sekiranya beliau gagal merayu menjelang tempoh akhir itu, beliau dianggap sebagai telah pun dipecat," katanya.

Kayveas turut mengumumkan kepada penyokong yang berhimpun itu bahawa Pejabat Perdana Menteri telah pun mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan merasmikan perhimpunan agung PPP pada 7 Jun.

Murugiah berkata beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri siapa yang layak menjadi Presiden PPP -TVA



Penanti : PKR Lwn SPR (Proxy UMNO BN?)

Tiga hari lalu…YB Zuraidah diperintahkan hadir ke Balai polis untuk diambil kenyataan berikutan ceramah yang didakwa mengandungi hasutan. Semalam…Chegu Bard pula dihadiahkan waran tangkap. Hari ini..Lim Kit Siang pula menerima surat jemputan ke Balai Polis.

Sepanjang tempoh kempen..PKR berhadapan dengan polis. Bermacam-macam peraturan baru dikeluarkan untuk menghalang penceramah dari berceramah.

Peneceramah tak boleh cakap pasal Altantuya…tak boleh sentuh pasal Sidang DUN Perak.. tak boleh pasang video…pembesar suara mesti tak boleh didengari diluar kawasan ceramah…semua kawasan ceramah mesti cerah…SB mesti dibenarkan mengambil gambar dan video…. macam-macam peraturan baru yang tak masuk akal.

Tetapi Umno bolrh berceramah walaupun depa tak bertanding. Umno boleh pasang bendera walaupun depa tak ada calon. Tak ada peraturan dan undang-undang terhadap umno…tapi macam-macam peraturan dikenakan kepada PKR.

Sepanjang tempoh kempen.. PKR berhadapan dengan kerenah polis.

Hari ini hari terakhir tempoh kempen. Dan PKR terpaksa pula berhadapan dengan kerenah SPR. Macam-macam peraturan baru dikenakan.

Dalam mesyuarat diantara PKR dengan SPR diPutrajaya.. SPR telah memperkenalkan beberapa syarat baru.

Mula-mula mereka bercadang untuk menghapuskan pondok panas. Kononya untuk mengelak pertembungan diantara penyokong PKR dengan Umno. Tup-tup Umno tak bertanding dan depa tak ada alasan lagi. Lalu dibenarkan pondok panas dibina.

Hari ini.. semua pondok panas telah dinaikkan…tup-tup SPR buat arahan baru melalui telefon…. pondok panas mesti bersaiz 8 kaki X 8 kaki! Gila ka? Kat mana nak cari khemah saiz tu dalam masa sehari? Pasai apa tak mau cakap dari awal? Pasai apa esok nak mengundi…dan selepas semua khemah yang bersaiz 20 X 20 kaki dinaikkan…baru SPR mengeluarkan arahan baru?

Dan mengapa arahan-arahan ini datang terus dari Putrajaya..manakala Pengarah Pilihanraya PRK Penanti sendiri tak tau?

Dalam mesyuarat tersebut juga..SPR menetapkan semua parti yang bertanding hanya diben arkan menggunakan 100 buah kereta untuk mengangkut pengundi. PKR 100.. Kak Min 100..Ramizu 100… Ari 100. Tu pun dah dipersetujui.

Tup-tup…SPR kata semua kereta yang mengangkut pengundi tak boleh bubuh lambang parti tapi mesti menggunakan sticker yang dikeluarkan oleh SPR. Mana-mana kenderaan yang tidak mempunyai sticker SPR boleh ditahan oleh polis …sebab boleh didakwa jadi teksi sapu. Ok la…yang tu pun boleh dipersetujui.

Tup-tup sampai hari ni tak ada sticker… dan bila SPR dihubungi..sticker belum siap! Esok macam mana?

Nak bubuh lambang parti tak boleh… sticker tak siap. Macam mana nak tau kereta mana yang nak bawa pengundi? Tak gila ka? Tapi itu lah SPR.

Sekejap tadi…PKR diberitahu arahan untuk memasang sticker ditarik balik…tapi bila ditanya sama ada boleh atau tidak memasang lambang parti…Pengarah Pilihanraya PRK Penanti tak boleh jawab. Kena tanya Putrajaya. Macam ni punya Suruhanjaya Pilihanraya pun ada ka?

Mengikut Akta Pilihanraya.. pada hari mengundi… semua kenderaan berat termasuk bas dilarang memasuki daerah mengundi. Tapi esok Umno akan menyediakan bas-bas untuk mengangkut pengundi-pengundi Penanti keluar makan angin. Boleh pulak? Bila dilaporkan kepada SPR…depa kata itu bukan tugas depa!

Pilihanraya Kecil Penanti bukan lagi pertarungan diantara PKR dengan calon-calon bebas…tapi dengan Umno yang menggunakan polis dan SPR sebagai proxy.

Untuk PKR…bermacam-macam peraturan dikenakan…tapi untuk Umno…buat lah apa pun.. tak salah.

Umno boleh buat ceramah..gantung bendera.. sapa pun tak kacau. Malah diberi permit pulak.

ini lah taktik dan pembohongan Umno dan Barisan Nasional. Satu Malaysia dah tau. -Perakexpress

Stail Baru UMNO BN : Bawa Lari Pengundi Nak Kurangkan Majoriti

Hari tu, teman tanya sahabat teman yang berada di Penanti….. PKR/Pakatan Rakyat, boleh menang ke di Penanti?

Dia kata ….. untuk menang tu, no problem….. tapi takut majoriti kurang jer…

Teman tanya balik. Ngapa kata macam tu….???

Dia kata…. takut orang tak keluor mengundi.

Isy… pelik, apa hal nyer orang tak keluor mengundi?? Teman tanya dia lagi….

Dia kata…… UMNO bawak pengundi lari…..

Apa ke hei UMNO ni, asyik nak bawak orang lari jer….. Di Perak, demer bawak katak lari, ini di Penanti, demer bawak pengundi lari pulak…..!! Ater, udah tak masuk bertanding, usah ler nyibuk-nyibuk…… buat jer ler hal sendiri. Ini idak… meghonyam, gatei, ngacor orang jer……

Umno bawak lari macam mana….. idak pulak teman bertanya tapi jenuh ler teman memikiorkan nyer… Oh….. rupa nyer, UMNO mula mengadakan pesta rombongan…… Sponsor lagi you!!!

Kalau dulu…… bila ada pilihan raya….. mee segera mari. Di Penanti ni…. pesen baru pulak……. Mee segera tak dak mari, tapi rombongan free mari.!!!! Mari…. mari…. mai kita pi makan angin di sana sini!! Semua tanggung.!!!! Jangan malu….. jangan segan……. bas free, makan tanggung, tempat tidoq no problem….. aha,, dapat duit lagi….!!! Apa ada di Penanti……??? Baik kita pi enjoy diri…..!!! Enjoy diri, sana sini……tengkorak hangpa!!!!

Kalau dulu, berbas-bas, UBN bawak mai hantu masuk ke kawasan pilihan raya ….. tapi la ni, berbas-bas pulak keluaq dari kawasan Penanti….. bawak lari pengundi.!!! Hoi….. apa sudah jadi??? UMNO buang tebiat ke??? Tak sah lagi…. memang buang tebiat sebab tanda-tanda UMNO udah nak mati memang very obvious….!! Dan, di Penanti….. UMNO memang pun sudah mati sebelum bertanding….. kini roh durjana UMNO telah meresap masuk ke dalam calon bebas tajaan nyer…… Bebas sudah jadi zombie!!!! Siapa…, ek……???? Eleh…. paham-paham jer ler….

Kini, tinggal dua hari lagi, menjelang hari membuang undi untuk para pengundi di Penanti, untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru. Dalam masa ini ler…..banyak bas sudah bersedia untuk bawak orang Penanti, bercuti-cuti Malaysia…… keluor dari Penanti. Destinasi mereka….. Cameron Highlands, Genting Highlands….. Padang Besar….. dan entah ke mana-mana lagi.!!! Ini ler perkhabaran yang diterima dari Penanti….

Selain itu, di sana sini…… UMNO sibuk mengadakan ceramah itu ini!!! Tak ke giler babi…. Udah ler tak bertanding…… ater, tetiba pulak, timbul rasa gian untuk berceramah. Ater…. kalor rupa itu, sah ler giler babi nyer.!!!! Loklaq betoi UMNO ni….. Kesian kat depa…. kegianan untuk bertanding disekat oleh jeneral UMNO. Eeeeiyaaa….. asyik kerja nak memotong stim orang jer…..Teman nak cadangkan depa ni, pi tanggong ayaq daun ketum, biaq hilang atau kurang sikit gian depa tu……

So…. seandai nyer PKR/Pakatan Rakyat menang dengan majoriti yang berkurang…. UBN mesti kata……

Tengok……. sokongan kepada PKR/Pakatan Rakyat dah berkurangan. Ini bermakna orang dah mula memberi kepercayaan dan sokongan kepada Najib. Woit….!!!! Trick hangpa dalam poket kami orang, daaahhhhhh!!!! Hangpa ingat orang bodo ka…????

Kurang majoriti ke….. majoriti bertambah ke….. pedulikan demer. No hal punyer. Yang pasti….. jadikan kemenangan rakyat satu realiti. Tampar lagi UBN @ Bebas dengan kekalahan 5-1. So….. orang-orang Penanti, jangan ragu-ragu lagi. Undilah PKR/Pakatan Rakyat untuk Satu Malaysia Baru. A new dawn is awaiting you!!!!! -M3M

BARD DIKEJAR HANTU ALTANTUYA

Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR sekali lagi terpaksa memberikan keterangan kepada polis.

Badrul Hisham Shaharin berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut semalam.

Menulis di blognya, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu bagaimanapun mengesahkan kehadirannya hari ini kerana semalam berada di Perak dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur.

"Namun kira kira 2.30 petang (semalam, saya) dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban," katanya.

Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arah hadir.

Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Badrul Hisham mengulas isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan isu wanita Mongolia itu di media antarabangsa.

Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan "kek hari jadi Altantuya" kepada Najib di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Beliau juga pernah mengugut untuk mengadakan perarakan "keranda Altantuya" dari Rembau, kawasan parlimen yang pernah ditandinginya, menjelang pilihanraya kecil Penanti tetapi membatalkannya kerana BN tidak bertanding kali ini.

Badrul Hisham merancang mengadakan perarakan tersebut, kali ini dari Pekan menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan awal bulan depan. -malaysiakini


UMNO BN GUNA PDRM GALI LUBANG KUBURNYA DI PERAK

.Di Penanti, Ketua Polis Pulau Pinang semalam mengakui keadaan lebih aman dengan ketidakhadiran BN. TERBUKTI! BN lah yang menghuru-harakan keadaan2 sebelum ini. Arahan mereka kepada PDRM menjadikan kredibiliti PDRM itu amat hina sekali. Arahan ini juga sebenarnya menjadi barah kepada BN terutamanya UMNO.

Tindakan mereka bukan sahaja menjatuhkan imej PDRM tapi ibarat menggali lubang kubur mereka sendiri. Lagi lu hentam, lagi 'tenggelam' UMNO itu sendiri. Ibarat kata Tuan Guru Nik Aziz terhadap kemelut di Perak, "Skang ni Zambry tak mahu masuk lubang kubur yang Nizar(rakyat) gali tapi dia nok masuk hat dia gali sendiri".

Ketika ini, Om rasakan 'kontraktor2' yang dilantik Zambry untuk menggali lubang kuburnya itu akan melewat-lewatkan kerja penggalian atau sedaya upaya menutup lubang kubur yang digali oleh rakyat. Namun lewat macamanapun, ajal di tangan tuhan. Siap tak siap itu hanya perancangan manusia.

Sedar atau tidak dengan bantuan PDRM yang mengikut arahan UMNO, sebenarnya ia membunuh UMNO itu sendiri. Kesian plak kat PDRM tambahan orang2 bawahan yang hanya menurut perintah. Yang menjadikan suasana amarah kerana arahan itu mangsanya adalah rakyat yang menjanakan gaji-gaji PDRM. Arahan ini tak mengenal sesiapa, tapi tentunya tidak kepada puak2 BN/UMNO. Jika sebelum ini Perak di bawah pemerintahan PR, BN atau UMNO nak buat perhimpunan atau demo takde pun pak polisi yang mengamuk, rakyat bebas nak buat jamuan makan ke atau jamuan tak larat makan.

Seorang Polis bapa kepada kawan OM pernah menasihati agar tidak menyertai PDRM tanpa bagi sebab2nya, kini OM mengerti sebab2nya nasihat 15 tahun yang lalu itu. OM juga terkenang kembali zaman DR. M yang menggunakan PDRM semasa kebangkitan reformasi di KL bagaimana terkenanya bahang 'sawan' FRU dgn kepulan asap memedihkan mata dan tekak, serta semburan air 'sirap hijau'.

Akibatnya, BN/UMNO semakin pupus. Kini, perjalanan 'arahan' ini kembali bagi membantu kemusnahan BN/UMNO. Generasi seterusnya akan memusuhi UMNO dengan perbuatan mereka sendiri. -OtaiManjung


PENANTI : Minah Ronggeng Tak Sabar Nak Menang Percuma

Saya menggunakan gelaran `Minah Ronggeng' ini kerana mendapat maklum bahawa calon bebas Dun Penanti tersebut tidak kisah digelar begitu, bahkan berterima kasih kepada YB Azmin yang memberikan nama `glamour' tersebut. Tadi saya terbaca kenyataan beliau bahawa beliau menyatakan YB Azmin banyak mengajarnya terutama tentang politik dan kaedah berkempen.

Tapi saya tidak pasti pula samada YB Azmin ada mengajar Minah Ronggeng ini bagaimana untuk `mengenakan' kawan-kawan rapat sendiri asalkan boleh naik. Itu saya kena bertanya pada YB Azmin nanti.

Minah Ronggeng seterusnya menyatakan agar SPRM menyegerakan siasatan ke atas aduan beliau tentang kononnya berlaku rasuah oleh PKR. PKR kononnya menawarkan sejumlah wang kepada beliau dan lebih melucukan PKR juga turut menawarkan beliau jawatan TKM 1 P.Pinang.

Benar atau tidak, biarlah SPRM menyiasatnya terlebih dahulu dan kita semua pun maklum bahawa SPRM sekarang memang pantas dalam siasatan mereka. Cuma yang menjadi kemusykilan pada saya adalah mengapa Minah Ronggeng menyatakan SPRM perlu menyelesaikan siasatan tersebut sebelum berakhir pilihanraya Dun Penanti yang akan berakhir esok?

Alasan Minah Ronggeng adalah jika SPRM menyelesaikan siasatan tersebut selepas pilihanraya, maka kononnya akan berlaku lagi pilihanraya dan ini merugikan duit rakyat, katanya. Apa pula kena mengenanya siasatan tersebut dengan pilihanraya sekali lagi? Mungkin Minah Ronggeng merasakan jika tuduhan beliau itu benar, maka terpaksa pilihanraya diadakan semula? Apa sebabnya? Minah Ronggeng ini nampaknya tidak tahu peraturan pilihanraya tetapi cuba untuk mengajar SPRM.

Saya dapat merasakan bahawa Minah Ronggeng berharap agar siasatan kes tersebut dapat diselesaikan lebih awal agar pencalonan Dr Othman calon PKR dibatalkan dan beliau ada harapan untuk menang mudah. Wah, hebat strategi Minah Ronggeng ini. Bagaimana pula jika SPRM mendapati bahawa Minah Ronggeng membuat tuduhan palsu atau telah melakukan satu konspirasi untuk memburukkan imej PKR? Bukankah Minah Ronggeng juga akan terbatal pencalonannya? Nampaknya Minah Ronggeng ini perasan bahawa strateginya akan mengena dan beliau merasa terlalu bijak.

Saya percaya SPRM tidak akan menyebelahi sesiapa dalam perkara ini. Siasatan secara telus dan profesional mesti dilakukan tanpa mengikut arahan sesiapa baik di peringkat tertinggi mahu pun dari Minah Ronggeng. Saya yakin kewibawaan SPRM di dalam hal ini.

Minah Ronggeng merasa gembira apabila Wanita Umno menyuarakan sokongan kepadanya. Tahniah kepada beliau kerana sehati sejiwa dengan Wanita Umno. Minah Ronggeng sepatutnya juga berterima kasih kepada TV3 dan media-media perdana yang lain yang telah menonjolkan beliau seminggu dua ini sebagai ikon. Bukan mudah untuk Minah Ronggeng untuk popular seperti sekarang, kecuali Minah Ronggeng memasuki `Raja Lawak' terbitan Astro di masa akan datang. Saya melihat beliau mempunyai bakat sebagai Raja Lawak. -wfauzdin

Dari Penanti, Altantuya Ke Manik Urai

PM DS Najib telah mengumumkan akan bertanding dan sedang membuat persediaan awal untuk bertanding pilihanraya kecil DUN Manik Urai, Kelantan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai dari PAS, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II kelmarin kerana sakit jantung menyebabkan kerusi DUN kosong.

Nampaknya BN begitu semangat pula untuk masuk gelanggang Manik Urai. Setelah tewas 4 kali dan menang sekali PRK dalam pasca PRU 12 ke PRU 13. BN tewas pada pilihan raya kecil Permatang Pauh kemudian diikuti di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan menang di Batang Air, Sarawak.

Pada PRK Penanti, BN tidak bertanding melihatkan calon PKR akan berentap dengan tiga calon bebas dengan alasan PRU tersebut tidak perlu dan hanya mainan taktik pembangkang. BN tidak merasa kempunan melepaskan kerusi tersebut sedangkan kebiasaannya kerusi DUN dan Parlimen menjadi rebutan sehingga kes berlaku lompat melompat parti.

Kini giliran peniaga Manik urai pula buat duit. Tidak dapat dinafikan setiap kali PRK diadakan tentu akan menjana ekonomi penduduk setempat DUN tersebut atau pun mendapat "habuan segera". Jangan lupa sedekah Al-fatihah kepada arwah YB Ismail Yaacob.

Saya tidak maksudkan habuan segera itu adalah hulur kain batik, basikal dan sebagainya tetapi habuan yang dimaksudkan ialah para peniaga akan mendapat keuntungan berlipat ganda apabila berpuluh ribu penduduk dari tempat lain yang menyokong kedua-dua belah pihak menyokong parti masing-masing untuk berkempen.

Pilihanraya kecil juga seperti kempen menarik pelancong. Ramai juga yang mengambil peluang melancong secara 'free' tetapi ada yang pakai guna duit sendiri demi parti dan perjuangan dalam satu-satu PRU.

Rasanya penyokong-penyokong PR akan muncul berkempen dengan topeng Atantuya seperti di Bukit Gantang. Adakah pihak berkuasa akan membuat larangan dilarang memakai topeng kes yang masih tak pasti samada masih dalam proses rayuan di Mahkamah. Nasib baik wajah real Sirul dan Azilah tiada kalau tidak mungkin mereka pun mungkin "berjalan-jalan" di Manik urai.

Beginilah dalam mana-mana pilihanraya, masing-masing mempunyai strategi tersendiri dengan gaya kreatif masing-masing. Selain dari untuk memenangi hati pengundi, tindakan-tindakan sebegini mungkin bersifat provokasi kepada pihak lawan. -isuhangat

Satu Lagi Projek Kerajaan UMNO BN Membalun Harta Rakyat

Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan didedahkan kepada umum hari ini.

Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Lee Hwa Beng mengesahkan bahawa beliau akan mengumumkannya dalam satu sidang akhbar hari ini..

Dalam emelnya kepada media, beliau berkata, sidang akhbar tersebut akan diadakan di LPK pada jam 3.30 petang ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat berkata beliau akhirnya telah mendapatkan lampu hijau Kabinet untuk mendedahkan keseluruhan laporan tersebut.

BENDANYA PKFZ INI:

Pertama: Seperti biasa rampas tanah orang kampong.

Satu kompeni beli paksa tanah rakyat 3 ringgit untuk satu kaki persegi.

Lepas itu tanah yang sama di jual kembali kepada Port Kelang Authority dengan harga 25 ringgit untuk satu kaki persegi.

Mangkuk hayun penyamun ni dah rembat 22 ringgit setiap kaki persegi.

Luas tanah ialah 405 hektar.

Port Kelang Authority itu ialah duit rakyat.

Kelentong nak buat gudang, nak buat bangunan pejabat, nak buat hotel bertaraf 4 bintang.

Mulanya belanja dicadangkan RM 2.5 bilion. Songlap punya songlap sudah jadi RM.4.6 bilion.

SOALAN :

1 – Siapa lanun-lanun pelabuhan Klang ini ?
2 – Macam mana projek tipu rakyat ini di luluskan?
3 – Gedebe politik mana yang cekup duit ini?

APA YANG AKAN TERJADI?

Taraaaaaaaaaaak kes…. kah kah kah. Semua tutup kes. Tidak di temui apa-apa bahan bukti kerana semua duit telah licin. Kah kah kah.

SATU LAGI PROJEK MEMBALUN HARTA RAKYAT -edyesdotcom/tukartiub

29 Mei 2009

Penanti : Perang Bermula Hari Ini

Perang di Penanti bermula apabila undi pos untuk pilihanraya kecil Penanti berlangsung hari ini dengan 20 orang anggota Polis dari kawasan itu mengundi lebih awal kerana desakan tugas.
Bilik undi pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai tengah di Pulau Pinang dibuka jam 8.30 pagi.

Tepat jam 9.15 pagi seorang angota polis berpangkat Lans Koperal membuang undi pertama, di ikuti anggota polis wanita iaitu Lans Koperal Asiah binti Hashim yang bertugas di balai polis kubang Semang.

Sejurus selepas itu, Calon Parti Keadilan Rakyat Mansur Othman hadir bersama beberapa penyokong bagi memantau proses pembuangan undi pos.
Mansur berkata beliau berpuas hati dengan kempennya untuk mengekalkan kerusi Penanti dan menaruh kepercayaan penuh dengan kebijaksanaan pengundi untuk membuat keputusan tepat.

Seramai 23 orang berdaftar sebagai pengundi pos DUN Penanti. Lebih 15,000 pengundi lain di daftar untuk mengundi Ahad ini.

Mansor mengadapi saingan tiga calon bebas iaitu Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris.

UMNO-Barisan Nasional tidak bertanding pada pilihanraya kecil Penanti, setelah parti itu kalah pada kesemua empat pilihanraya kecil di Semenanjung sejak pilihanraya umum Mac tahun lalu.



Zambry MB Rayuan Dicabar Tarik Balik Hakmilik Kekal

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Bagan Datoh mencabar Menteri Besar Rayuan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya batalkan atau menarik balik pemberian hak milik kekal kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Ketuanya, Madzi Hasan berkata, isu pemberian hak milik ini adalah isu besar yang dipertahankan oleh Barisan Nasional (BN) terhadap perlaksanaannya.

Menurutnya, ketika isu ini hangat diperkatakan, banyak pihak yang menentang termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mahu tanah milik bumiputera diberikan kepada orang Cina.

“Kenapa mereka senyap dan tidak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka sekarang kerana BN kini sudah memerintah Perak.

“Sebelum ini, mereka sibuk mempertikaikan Datuk Seri Ir Nizar memberikan tanah kepada Cina dan mengikut telunjuk DAP,” katanya ketika dipetik di dalam blognya.

Beliau berkata, tindakan Zambry melelong Toyota Camry adalah tindakan kurang bijak kerana menyebabkan pembayar-pembayar cukai di negeri Perak terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi susut nilai kereta masih belum diguna pakai.

Menurutnya, tindakan itu juga menjadikan kerajaan Perak pimpinan Zambry ini adalah kerajaan pertama yang melelong aset kerajaan yang baru digunakan tidak sampai enam bulan.

Beliau berkata, yang menjadi persoalan di sini, jika Zambry sanggup menanggung rugi dengan penjualan Camry bagi menunjukkan mereka tidak bersetuju dengan polisi PR, apakah polisi pemberian hak milik tanah itu akan ditarik balik oleh mereka.

Madzi berkata, Zambry tidak pernah memikirkan sama ada tindakan itu membawa kebaikan kepada rakyat atau tidak sebaliknya hanya mahu membatalkan semua keputusan yang dibuat oleh PR walaupun keputusan itu untuk kebaikan rakyat.


Tragedi Jaya Supermarket : Mangsa ke 4 Dikeluarkan, MB Selangor Arah Henti Kerja Perobohan

Setakat ini empat pekerja terbunuh, termasuk dua mayat yang ditemui hari ini, di bangunan lama pusat membeli-belah Jaya Supermarket yang ranap apabila operasi meruntuhkannya bertukar tragedi petang semalam.

Mayat ketiga ditemui jam 3.30 pagi, lebih 10 jam selepas lima tingkat bangunan itu tiba-tiba runtuh kira-kira pukul 5 petang hingga tingkat bawah tanah.

Manakala mayat keempat ditemui 4 petang ini.

Dua berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital dalam tempoh dua jam pertama selepas tragedi.

Sementara tiga belum berjaya dikeluarkan.

Dua mayat ditemui menjelang jam 7 petang semalam di bawah runtuhan bangunan yang pernah menjadi mercu tanda daerah Petaling Jaya.

Bangunan berusia 35 itu yang pernah menempatkan pusat membeli-belah dan beberapa kedai ditutup Februari tahun lepas sebelum pemilik baru ingin membina bangunan baru di atas tapak yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan semua kerja merobohkan bangunan Jaya Supermarket dihentikan serta merta bagi membolehkan siasatan dijalankan untuk mencari punca berlakunya tragedi runtuh sehingga mengorbankan nyawa.

Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, hanya kerja-kerja mencari dan menyelamat lima pekerja Indonesia yang masih hilang saja dibenarkan.

Menurut beliau, keputusan itu sudah dibuat setelah unit kejuruteraan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) memberi taklimat dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pagi tadi.

Katanya, MBPJ juga sudah diarahkan supaya memastikan jentera-jentera yang digunakan dalam kerja merobohkan bangunan tersebut tidak dibenarkan dibawa keluar.

Pihak IKRAM sudah diberi masa selama satu minggu untuk melaporkan siasatan dalam mesyuarat MTES.


Nizar Perak : Program Mogok Lapar Pakatan Rakyat Berakhir Meriah

Majlis penutup Puasa Sunat & Mogok Lapar yang diadakan diperkarangan Pejabat PAS Perak cukup ceria dan mesra. Majlis tersebut dihadiri oleh pelbagai bangsa yang menyertai Puasa Sunat dan Mogok Lapar. Program yang diadakan selama tiga hari ternyata ada hikmah yang cukup besar walaupun dipertikai oleh UMNO BN dan para ulama-ulama mereka. Mereka yang mengerjakannya dapat menjalin hubungan yang cukup akrab, persahabatan antara PAS, PKR dan DAP semakin erat.

Ahli-ahli DAP dan PKR yang menyertai mogok lapar dapat merasai bagaimana orang Islam sebelum ini berpuasa. Diakui oleh mereka, tiga hari tidak makan hanya minum sahaja rupanya bagus untuk kesihatan badan. Ada dikalangan mereka yang turun sehingga hampir 10 kilo, badan mereka semakin ringan, bila badan ringan, mereka rajin bekerja dan semangat untuk berjuang. Itulah hikmahnya lapar melalui mogok lapar.

Mereka yang berpuasan sunat pula tidaklah perlu diceritakan lagi, kerana hikmahnya semua sudah maklum.

Kecerian dan kemesraan jelas terpancar melalui majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh PAS di perkarangan pejabat PAS Perak. Hidangan yang dimasak dengan selera Melayu dikecapi bersama. Tidak terbayang seronoknya mereka makan setelah lapar selama tiga hari, sudu tidak disediakan, mereka seronok dan merasa nikmat pula makan menggunakan tangan dan tidak terasa kekok.

Semua pimpinan PR makan beramai-ramai tanpa ada hidangan khas. Inilah hikmah tersembunyi di sebalik program Puasa Sunat & Mogok Lapar. Semasa Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isya dikerjaka, mereka yang bukan Islam tidak terus pulang sebaliknya menunggu untuk memberi penghormatan dan mendengar pula selepas itu ucapan-ucapan dari pimpinan PR.

Polis malam itu begitu baik dan memberi kerjasama, sedikit pun tidak ganggu program tersebut dari mula sehingga akhir, dan ternyata program tersebut tidak menganggu ketenteraman awam. Boleh jadi polis sudah jemu dan bosan mengikut telunjuk BN sahaja.

Majlis bersurai kira-kira pukul 10.00 malam -misbahulmunir