3 Nov 2007

Hindu Sangam Kecam Majlis Bandaraya Shah Alam

Hindu Sangam Malaysia, sebuah badan untuk penganut ugama Hindu di negara ini mengecam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terhadap keganasan yang dilakukan sewaktu merobohkan kuil di Kampung Rimba Jaya Selasa lepas.

Presiden Hindu Sangam A Vaithilingam berkata Datuk Bandar MBSA Za’ba Che Rus tidak melakukan apa-apa kawalan terhadap pegawai penguatkuasanya yang membaling batu ke dalam kuil sewaktu satu upacara keagamaan hindu sedang berlansung di situ.

“Tindakan melampau oleh pegawai penguatkuasa MBSA pada hemat saya merupakan penyebab utama berlakunya kacau bilau di kuil berkenaan,” kata Vaithilingam di dalam satu kenyataannya.

Semasa dihubungi untuk memberikan penjelasan lanjut, Vaithilingam menyatakan terdapat laporan-laporan saksi pegawai penguatkuasa pada awalnya telah terkena balingan batu dari sekumpulan individu yang tidak dikenali.

“Namun ia tidak datang dari kuil. Bagaimana mereka (pegawai MBSA) boleh menyerang orang di dalam kuil seperti itu? Tidak pernah ada pegawai penguatkuasa di dalam duinia ini yang menyerang orangramai dengan batu (kecuali MBSA),” ujarnya.

Di dalam satu kenyataan bertulis, Vaithilingam menyatakan mereka yang tercedera akibat perbuatan tangan-tangan pegawai penguatkuasa MBSA termasuklah T Ganesa, Pengerusi Hindu Sangam Selangor.

Bertentangan dengan Peraturan

Vaithilingam juga menafikan kenyataan Za’ba kerana kononnya beliau telah bercakap sendiri dengan pihak berkuasa kuil pada pukul 9 pagi hari Selasa yang kuil berkenaan akan dirobohkan selepas dua jam berikutnya.

Beliau menyatakan kuil berkenaan mempunyai struktur yang luas dengan banyak peraatan tidak dapat dipindahkan dalam jangkawaktu yang singkat.

“Apa yang dapat kami lakukan dengan tempoh dua jam itu? Sebarang percubaan untuk nemusnahkan bendabenda yang dianggap suci oleh kami adalah sangat sensitif dan merupakan satu penghinaan kepada masyarakat Hindu,” tambahnya.

Vaithilingam juga membidas Za’ba kerana tidak mematuhi perjanjian diantara MBSA, Kerajaan negeri Selangor, pegawai MIC, dan jawatankuasa kuil pada Okt 28. Masing-masing mempersetujui memberikan tempoh kepada pihak kuil sehingga sambutan Deepavali yang jatuh pada 8 Nov. Naithilingam juga menyeru pemimpin MIC supaya membuka dialog dengan Jawatankuasa Tindakan Hak Penganut Ugama Hindu (Hindraf) untuk menyelsaikan kemelut ini.

Ulasan Greenboc

MPAJ dan Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Khir Toyo memang binatang! Mengimbas kembali tragedi Berembang mensahihkan pernyataan di atas. Sila lihat video klip berikut yang dirakam oleh Malaysiakini yang disebarkan di youtube.


http://www.youtube.com/v/kvyM7c2hBlE

Panduan Perhimpunan Rakyat Aman BERSIH: Apa hak anda bila berdepan polis?

Oleh Shaari Sungib

Siri Pertama | Salam sejahtera kepada semua pendukung dan pejuang hak rakyat yang akan hadir ke Perhimpunan Rakyat Aman Bersih pada 10 November 2007, hari Sabtu, pukul 3:00 petang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Zul Hasnan Najib Baharudin telah mengeluarkan amaran bahawa pihak polis akan bertindak terhadap mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut.

Saya syorkan agar saudara-saudara tidak gentar dengan amaran tersebut. Ditangkap dan ditahan oleh polis tidak bererti saudara-saudara sudah bersalah. Dalam beberapa kes, polis telah dibuktikan oleh mahkamah sebagai pihak yang bersalah kerana membuat tangkapan secara tidak sah, berniat jahat dan bertindak semata-mata atas motif politik.

Kes bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin baru-baru ini telah membuktikan bahawa Abdul Rahim Noor dan Borhan Daud bukan sahaja melakukan tangkapan tidak sah, tetapi juga telah dibuktikan oleh mahkamah telah mendera dan menyeksa Malek.

Sehingga permohonan rayuan mereka diterima oleh Mahkamah Rayuan, keputusan bertulis yang dikemukakan oleh Hakim Hishamudin Yunus adalah dianggap kukuh dan berwibawa.

Tahu dan hayati hak-hak anda

Sebagai rakyat Malaysia yang bakal turun bagi mempertahankan hak rakyat, saya harap kita sama-sama tahu dan hayati hak-hak kita.

Bila saudara berada di jalan raya atau di luar nanti, ingatlah bahawa:

* Polis memang boleh meminta seseorang itu untuk berhenti dan polis boleh bercakap dengan sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun adalah menjadi hak saudara sama ada mahu menjawab, melayan dan bekerjasama dengan mereka atau tidak. Saya syorkan agar saudara tidak perlu layan mereka. Jangan gentar! Ini adalah hak saudara yang dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang negara.

* Polis juga boleh cuba menyoal dan mendapatkan butiran tentang seseorang sekiranya orang itu telah melakukan kesalahan atau mengesyaki seseorang itu telah melakukan kesalahan. Sekali lagi, saudara tidak perlu menjawab soalan-soalan tersebut sehingga saudara mendapat bantuan daripada seorang peguam.

* Polis tidak boleh memeriksa badan, beg atau barang-barang yang saudara bawa semata-mata kerana saudara disangkakan oleh mereka akan menghadiri suatu perhimpunan.

* Polis boleh memeriksa kereta atau kenderaan yang saudara naiki, atau barang-barang yang saudara bawa, sekiranya mereka percaya pada saudara terdapat barang-barang yang dicuri, senjata atau dadah, peralatan yang digunakan untuk mencuri atau sebarang bukti bagi saudara untuk melakukan sesuatu kesalahan. Oleh itu saya ingatkan agar saudara tidak membawa barang-barang di atas dan teguhkan hati dan yakinkan diri saudara saudara bahawa polis tidak berhak memeriksa kenderaan, badan atau barang-barang saudara.

* Sebelum memeriksa saudara, polis mesti terlebih dahulu memberitahu siapa mereka dan dari balai polis mana mereka datang, kenapa mereka mahu memeriksa saudara dan memberitahu saudara bahawa saudara akan diberikan satu salinan rekod barang yang diperiksa oleh mereka. Jika mereka tidak menyatakan perkara-perkara ini, ingatkan mereka bahawa mereka sedang melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang negara!

* Ketika polis memeriksa badan, kenderaan atau barang-barang saudara, jika ditanya untuk memberi penjelasan, saudara tidak perlu memberitahu butiran terperinci bagi soalan-soalan mereka. Bahkan, saya syorkan saudara tidak perlu memberi sebarang jawapan.

* Polis mesti menyerahkan kepada saudara satu salinan rekod barang-barang yang diperiksa ketika proses pemeriksaan sedang berlaku atau sebaik saja pemeriksaan selesai mereka jalankan. Kegagalan polis untuk menyerahkan salinan rekod ini bererti mereka bertindak melanggar undang-undang negara.

Ingat, selama ini dalam banyak perkara pihak polislah yang lebih kerap meminggirkan dan mengetepikan undang-undang negara daripada kita para aktivis dan pembela hak rakyat. Jangan takut!

Kembalikan Hak Rakyat!

Menjawab Persoalan Permit Perhimpunan 10 Nov

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin telah meminta Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mesti mendapatkan permit polis untuk mengadakan perhimpunan awam pada 10 November ini ketika ketika pertemuan dengan delegasi lima orang dari Bersih di ibupejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

Terlepas daripada hasrat untuk membelakangkan undang-undang negara, kami mempersoalkan apakah permintaan Datuk Zulhasnan itu hanya sebagai satu alasan serta justifikasi untuk anggota polis di bawahnya bertindak ganas nanti seperti yang berlaku di teragedi-tragedi perhimpunan sebelum ini?

BERSIH atau mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan aman sebelum ini sememangnya membuat permohonan permit dari pihak polis, namun apa yang mendukacitakan, menurut rekod, terdapat beberapa permohonan yang lansung tidak mendapat respon serta balasan dari polis.

Sebagai contoh tragedi Batu Burok 8 September 2007 dimana pihak penganjur telah memohon permit untuk mengadakan majlis perhimpuanan aman berupa road show untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Pihak polis memberikan jawapan sekalipun rayuan telah dibuat.

Apa yang berlaku rentetan dari kegagalan polis itu sebahagiannya telah menjadi arkib sejarah, sebahagiannya di mahkamah dan sebahagian lagi bersama linangan darah dan air mata rakyat. Ia kita ulangi di sini agar Datuk Zulhasnan dapat membuka mata seluas-luasnya betapa tidak adil dan kejamnya polis di dalam tindakan mereka terutama apabila berhadapan dengan pihak-pihak yang bukan-kerajaan.

Pada peristiwa itu, pihak penganjur telah mendirikan pentas program namun pada jam 5 petang polis telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah yang digunakan pihak penganjur dan merobohkan pentas itu tanpa keizinan tuan rumah yang jika mengikut undang-undang polis telah melakukan pencerobohan (trespassing) yang tanpa waran, tanpa izin dan perintah mahkamah sesuka hati melanggar, menceroboh serta merosakkan pentas yang ada di premis persendirian! Ini undang-undang mana yang polis gunakan? Ini undang-undang siapa polis pakai? Ini ajaran sistem pemerintahan komunis mana yang dipegang?

Kemudian, polis membuat sekatan jalan dan halangan beberapa kilometer dari tempat majlis hendak diadakan supaya orang ramai tidak masuk ke kawasan itu dan pada sebelah malamnya, kira-kira jam 9.40 malam, para pemimpin BERSIH termasuk Dato’ Mustafa Ali telah dihalang dari masuk ke kawasan majlis itu. Mereka termasuklah Dr Syed Azman Syed Ahmad (wakil BERSIH), Haji Muhamad Sabu (wakil PAS), Tan Sri Khalid Ibrahim (wakil PKR), YB Leong Ngah Ngah (wakil DAP) dan Haji Azmi Hamid (Teras).

Sekalian ramai pimpinan tertinggi tersebut bertemu dengan pihak polis untuk berbincang, namun polis lansung tidak menghormati mereka dan masih enggan untuk membenarkan perhimpunan diadakan malah dengan megah dan zalim membawa FRU menembak water canon dan gas pemedih mata ke arah orang awam secara membabi-buta sehingga jam 1.30 pagi.

Pada awalnya setelah perbincangan diadakan, demi menghormati keputusan polis, pihak penganjur tidak bercadang untuk meneruskan program ceramah pada malam itu dan pimpinan yang hadir sedang menyelaraskan pembatalan itu dengan pihak tuan rumah dan petugas. Pihak penganjur juga telah memaklumkan kepada polis, majlis tidak akan diteruskan. Namun provokasi yang berterusan telah dilakukan oleh pihak polis sehingga salah seorang anggota polis yang tidak beruniform didapati telah melepaskan beberapa das tembakan di tengah-tengah orang awam yang berhimpun secara aman dan terkena kepada seorang awam bernama Suwandi Abdul Ghani, 37, dan menembusi paru-parunya, Seorang lagi, Muhamad Azman Aziz, 21, telah terkena pada lehernya.

Sekali lagi kami ingin bertanya kepada Datuk Zulhasnan, inikah caranya polis bertindak dan apakah ini yang diajarkan kepada seluruh anggota PDRM - iaitu menimbulkan provokasi untuk memburukkan keadaan supaya dapat mencalarkan nama pihak penganjur serta menjadi alasan kukuh untuk polis menggunakan FRU serta menembak rakyat sesuka hati?

Dunia mengetahui, senario kotor yang menimpa Batu Burok adalah hasil perbuatan kotor pihak polis. Tidak lain dari itu. Kejinya polis yang bersekongkol dengan pihak parti pemerintah menyisihkan serta menafikan hak orang lain adalah merupakan sebab utama berlakunya kacau-bilau di mana-mana perhimpunan aman yang dianjurkan oleh pihak bukan-kerajaan.

Polis tiba-tiba menjadi makhluk-makhluk yang tidak siuman, menggunakan kekerasan dan kekejaman, bertindak melulu membabi buta persis perserta perhimpunan laksana penjenayah-penjenayah yang perlu dibelasah, dipukul, di sepak, ditendang malah ditembak sesuka hati. Ini polisi siapa? Ini prinsip polis mana? Ini dasar binatang apa yang bertindak sesuka hati tanpa memperdulikan undang-undang? Apakah polis sebagai pelaksana undang-undang justeru itu mereka tidak perlu mematuhi undang-undang? Saya ingin bertanya Datuk Zulhasnan, ini ajaran siapa, kerajaan mana dan ugama apa?

Lantaran itu, kami meminta Datuk Zulhasnan membetulkan sikap polis terhadap golongan rakyat yang rata-rata tidak pernah berhasrat untuk menimbulkan sebarang kacau-bilau atau ketegangan di mana-mana perhimpunan aman. Jangan meminta kami mematuhi unang-undang negara sedangkan polis menggunakan undang-undang rimba. Kami ingin menegaskan disini bahawa perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan tidak pernah dan tidak akan menggugat keselamatan JIKA IANYA TIDAK DIKACAU ATAU DIPROVOKASIKAN OLEH PIHAK POLIS!