17 Okt 2011

Hanya Zaman Najib Laporan Audit Tidak Diserahkan Kepada Ahli Parlimen

Ketua audit ditekan supaya tapis laporan?'

Anggota parlimen Pakatan Rakyat menuntut penjelasan sama ada ketua audit negara ditekan untuk menyunting laporan tahunannya.

Menyelar kelewatan penyerahan laporan itu, anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bertanya sama ada kerajaan takut akan hasilnya.

Bercakap di lobi parlimen, Pua berkata, semasa pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, laporan itu dibentangkan sekali dengan belanjawan.

"Tahun lalu, laporan audit negara lewat seminggu dan kali ini masih belum dibentangkan di Parlimen.

"Saya ulang, adakan sebarang tekanan supaya laporan itu disunting," katanya.

Sebelum itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) mempersoalkan kelewatan itu dan mahukan penjelasan Timbalan Speaker Ronald Kiandee.

Salahuddin berkata, sejak minggu lalu pihaknya sudah bertanya tentang alasan di sebalik langkah yang tidak selalu berlaku itu. -mk

Mengapa Laporan Audit Negara masih tidak diserah?

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee hari ini menjelaskan pihak parlimen sehingga sekarang masih belum menerima Laporan Audit Negara dan menyifatkan parlimen juga senasib dengan ahli parlimen yang lain.

Jawapan itu merujuk kepada usul yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat yang meminta Timbalan Yang Dipertua menjelaskan tentang kedudukan laporan audit tersebut.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 20(1) saya ingin mendapat penjelasan mengapakah sehingga hari ini Laporan Audit Negara tidak lagi diserahkan kepada Ahli Parlimen.

"Saya juga meminta jaminan dari Dewan Rakyat ini tentang penjelasan perkara tersebut kerana inilah pertama kali terjadi perkara luar biasa kerana laporan tidak diserahkan walaupun belanjawan telah dibentangkan.

"Saya berharap menteri dapat beri penjelasan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sepatutnya laporan tersebut diberikan sebelum belanjawan dibentangkan tetapi pada kali ini sebaliknya telah berlaku.

"Adakah terdapat muslihat di sebaliknya?

"Kita mahu speaker minta penjelasan dari menteri atas perkara tersebut kenapa tidak diserahkan laporan audit itu.

"Adakah kerana tidak mahu Ahli Parlimen membahaskan laporan tersebut?" tanya Anwar.

Ronald memberitahu kenapa laporan tersebut tidak diserahkan akan dijawab oleh menteri sewaktu penggulungan perbahasan nanti.

Bercakap pada sidang media, Salahuddin berkata, tindakan tidak menyerahkan Laporan Audit Negara sewaktu perbentangan belanjawan tidak pernah berlaku di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi melainkan di bawah pentadbiran Najib.

Katanya, sejak 2004 sehingga 2008, Ketua Audit Negara tidak pernah takut untuk memyerahkan laporan audit tetapi mulai Najib memegang tampuk pentadbiran perkara melewatkan penyerahan laporan tersebut telah berlaku.

"Hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 20(1), saya telah meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi penjelasan kenapa sehingga sekarang Ketua Audit Negara tidak menyerahkan laporan audit tersebut.

"Dari jawapan yang diberikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu tidak mendapat jawapan yang jelas walaupun perkara ini telah dibincangkan sebelum ini.

"Kita mahu Ketua Audit Negara menjelaskan kenapa berlaku sebegini dan untuk maklumat kelewatan penyerahan laporan audit ini hanya berlaku di zaman Najib sahaja sedangkan sebelum ini ia dapat diserahkan sebelum ataupun sewaktu perbentangan belanjawan dilakukan," jelasnya.

Tambahnya lagi, jika laporan audit tidak diberikan pada hari ini perkara tersebut akan dibawa dalam mesyuarat Pakatan Rakyat esok bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan adakah Ketua Audit Negara mendapat tekanan dari kabinet sehinggakan penyerahan laporan itu tidak dapat dilakukan.

"Saya ingin tahu adakah wujud tekanan yang dikenakan oleh kabinet kepada Ketua Audit Negara, seolah-olah laporan tersebut perlu disunting kembali.

"Adakah Najib takut dan risau dengan laporan tersebut sehinggakan ia terpaksa ditangguh pengedarannya?" soalnya.

Kelewatan pengedaran laporan audit telah berlaku pada 2008 hingga 2010, hampir seminggu barulah diberikan manakala tahun ini sejak dari belanjawan dibentangkan sehingga ke hari ini tidak lagi diberikan laporan tersebut kepada ahli parlimen.




Gagal Halang Mat Sabu & Guan Eng, Rumah YDP PAS Segamat Disimbah Cat Merah

Segamat, 17 Okt: Rumah Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masood, telah dilontar cat merah dipercayai dilakukan pihak-pihak yang begitu marah setelah merasakan pengaruh mereka tergugat dan tercabar berikutan kehadiran dua tokoh Pakatan Rakyat, baru-baru ini.

Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 10 Oktober dan diikuti dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dua hari kemudian (12 Oktober), benar-benar telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak terbabit sehingga bertindak di luar batas moral.

Terdahulu dari itu Firdaus turut mendakwa menerima ugutan melalui telefon termasuk membakar pejabatnya jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah oleh Mohamad Sabu pada 10 Oktober lalu.

Firdaus ketika ditemui di rumahnya kelmarin memberitahu, beliau tidak akan lemah semangat dengan ugutan-ugutan itu sebaliknya akan meneruskan perjuangan untuk menjatuhkan Umno BN Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ugutan dan simbahan cat ini adalah petanda bahawa Umno BN memang dalam keadaan yang sangat terdesak sekarang ini, sebab itu mereka cuba menghalang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendedahkan segala kepincangan mereka selama ini.

“Mereka cuba menghalang program ceramah kita kerana menyedari Segamat adalah kawasan hitam bagi mereka” katanya.

Firdaus yang juga pengamal undang-undang seterusnya menyifatkan, tindakan itu merupakan permulaan kepada cabaran-cabaran yang mungkin lebih besar lagi selepas ini, namun terus bertekad untuk meneruskan perjuangan.

“Perjuangan ini akan tetap diteruskan bahkan insiden yang berlaku ini akan menambahkan lagi semangat juang setiap pendukung PAS dan Pakatan Rakyat khususnya di Segamat ini,” ujarnya.

Ekoran insiden itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Segamat, kira-kira jam 1.00 petang kelmarin.

Pada satu majlis di Labis, 7 Oktober lalu, seorang petugas Jabatan Amal Johor, Shahril Sulaiman, tercedera dan menerima tujuh jahitan setelah dilontar dengan objek keras ketika cuba menghalang kira-kira 50 penunggang motorsikal yang cuba membuat bising untuk mengganggu majlis tersebut.

Sementara itu cubaan untuk mengganggu ceramah Mohamad Sabu di Kampung Tahang Rimau Segamat pada 10 Oktober lalu berjaya digagalkan, kehadiran ratusan petugas Jabatan Amal dan Angkatan Muda Keadilan yang mengawal lalu lintas menyebabkan taktik sama yang cuba dilakukan kumpulan penunggang motosikal untuk membuat bising bagi mengganggu ceramah, tidak menjadi. -HD


Gambar : Disebalik Bantahan,Ceramah Guan Eng Di Johor Dapat Sambutan Hebat


Beratus penduduk Segamat (Pencacai UMNO kot..) yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng ke Segamat, Johor.





Bagimanapun beratus penduduk Segamat itu hanya berani menyalak diluar saja.. kerana ada beratus-ratus lagi rakyat Johor yang menantikan kehadiran Guan Eng didalam Dewan tersebut dan Guan Eng berjaya memasuki dewan dengan selamatnya..ASD




Sumber gambar : KL Pos, Pulakdah dan Kami Benci Saiful Bukhari

Selatan Online


"Buang Saja Undi Pos, Ia Tak Mustahak Lagi" - Bekas Tentera Komando

Marang - Salah seorang bekas anggota tentera yang menjadi pengasas pasukan komando Malaysia, menggesa kerajaan memansuhkan undi pos dan memberikan peluang kepada anggota tentera mengundi secara biasa.

Haji Tuan Mahmod bin Tuan Baharu (gambar), 73, berkata undi pos sudah tidak mustahak kerana negara Malaysia bukan lagi dalam keadaan darurat.

"Saya rasa undi pos ini tidak mustahak dah, (malaysia) bukan dalam darurat, kita dalam aman, kita naik kapalterbang (selama) dua jam (kita boleh) sampai ke Sarawak,

"kalau kita (kena) mengundi di Sarawak, kita naik kapalterbang je, apa salah (nya), buang sahaja undi pos itu,"ujarnya ketika ditemui dirumah sewanya di Kampung Sentul patah, disini.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan 'Ayah Ku', kini adalah ahli Kelab Veteran Komando Ngeri Terengganu.

Beliau memulakan kariernya dalam anggota tentera memasuki tentera udara British pada tahun 1955 sehingga tahun 1960.

Diantara tahun 1960 hingga tahun 1962, Ayah Ku ditugaskan sebagai tenaga kerahan dalam Unit Keselamatan Kawasan (Areal Security Unit).

Kemudian beliau diserapkan kedalam anggota tentera Malaysia pada tahun 1963, sehinggalah bersara pada tahun 1976.

Ayah Ku juga mengesahkan dakwaan bahawa bukan anggota tentera yang mengundi bagi pihak diri mereka ketika belaku sesuatu pilihanraya.

"bukan (anggota tentera yang mengundi) saya dalam tenetra Malaysia tidak pernah mengundi, tak pernah mengundi, nak kata pangkah macamana, borang (apa-apa) pun saya tak tahu,

"orang lain (yang pangkah) kita tak tahu, macamana kita 'merendek' dalam hutan (nak pangkah macamana), pilihanraya pun kita tak tahu, apa dia pilihanraya?,"katanya.

Beliau menegaskan bahawa undi pos tidak boleh dianggap mewakili undi dan suara anggota tentera kerana jelas menurutnya. orang lain yang memangkah kertas undi tersebut. -buletinonline



Menara Jam Di Mekah Rekaan Anak Malaysia

Makkah: Rakyat Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Makkah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai 'sentuhan anak Malaysia'.

Wan Nazri Wan Aria, 31, adalah jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.

Katanya, menara itu memerlukan 'struktur keluli tidak berat' untuk menyokong jam gergasi itu, dan kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar Syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab berkenaan.

Uniknya, 14 tenaga pakar Premier Composite Technology itu juga adalah daripada kumpulan anak muda Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia mengerjakan haji dan umrah.

Dengan ketinggian 601 meter, ia adalah menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.

Ia tiga kali lebih besar daripada Menara Big Ben di London,” kata pemuda kelahiran Melaka, yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara pada 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Stuttgart, Jerman.

Nazri (gambar) bersama beberapa jurutera Premier Composite Technology ditemui kumpulan media Tabung Haji yang menikmati teh tarik di Restoran Felda D'saji di Safwa Tower berhampiran Masjidil Haram di sini.

Katanya, beliau amat berbangga dapat menjadi sebahagian tenaga pakar yang melakar sejarah di Makkah, apabila dibabitkan dalam kerja membina mercu tanda terbaru yang dapat membantu jemaah mengenal pasti kedudukan Masjidil Haram dari jauh lagi, di tengah kota di Tanah Suci itu.

Jam gergasi yang dihias replika bulan sabit itu dikatakan boleh dilihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, manakala cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasinya berkerlipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam.

Selain itu, 90 juta kaca mozek keemasan digunakan menghiasi keempat-empat permukaan jam berkenaan.

Nazri berkata, menara jam yang dilaporkan bernilai RM9 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan sebelum diserahkan kepada pemaju dan kontraktornya, Kumpulan Binladin pada Mei, dan beliau bersama kumpulan pakar Premier Composite Technology akan terus berada di Makkah bagi memantau dan menyelia kerja akhir pembinaan menara jam itu.

Sementara itu, menceritakan pengalaman kerja di sebuah syarikat Jerman, Nazri berkata, beliau mengambil masa lama sebelum kepakarannya mendapat perhatian, pengiktirafan dan diberi peluang menerajui projek itu.

Rakannya, jurutera Premier Composite Technology, Armazizul Arifin pula berkata, bahan komposit adalah satu bidang baru dan tidak banyak syarikat dunia mempunyai kepakaran serta teknologi berkaitan bahan itu.

Beliau berkata, bekerja dalam satu kumpulan tenaga pakar dari negara sama menjadi satu kelebihan, dan menurutnya, beliau bersama kumpulannya turut terbabit dalam beberapa projek besar membabitkan pemasangan struktur binaan logam yang kukuh tetapi ringan itu.

Beliau bersama kumpulan rakannya juga terbabit dalam pemasangan kubah bergerak di Masjid Al-Nabawi di Madinah dan juga kubah di Masjid Putrajaya. – BERNAMA

[Bergambar & Video] Kecelakaan Babitkan 15 Kereta Lumba IndyCar, Seorang Maut

Las Vegas: Pemandu kelahiran Britain, Dan Wheldon terbunuh dalam kemalangan buruk pada siri akhir perlumbaan Las Vegas 300 IndyCar, pagi tadi.

Gambar: PEMANDU Will Power (kiri) melayang ke udara dalam Kejohanan Dunia IZOD IndyCar di Las Vegas, hari ini. Dalam perlumbaan siri akhir itu juga, pemandu Dan Wheldon terbunuh apabila keretanya melambung ke atas sebuah kereta lain dan merempuh pagar ketika kemalangan membabitkan 15 buah kereta. - Foto Reuters


Wheldon (gambar kanan), 33, pemenang Indianapolis 500 pada Mei lalu, mati akibat kecederaan parah selepas keretanya melambung ke atas sebuah kereta lain dan merempuh pagar ketika kemalangan membabitkan 15 kereta.

Kereta yang dipandu oleh pelumba itu terbang ke udara dan terbakar. Akibat kecelakaan ini, keretanya hancur musnah dan meninggalkan serpihan-serpihan bertaburan di litar.

Beberapa kereta lain turut melambung manakala selebihnya terbabas akibat terbakar.

Ketua Eksekutif IndyCar, Randy Bernard, berkata pihaknya amat sedih apabila mengumumkan bahawa Wheldon mati kerana kecederaan parah.

"Ingatan dan doa kami untuk keluarganya hari ini. Pemandu-pemandu lain sudah dimaklumkan mengenai kematian mendiang sebelum Bernard membuat pengumuman rasmi," katanya. - AFP









Warga Singapura Dirompak Di JB, Akhbar Singapura Pertikai Jaminan Keselamatan Polis Johor

Belum terjamin... warga S'pura dirompak di JB

MESKIPUN ada jaminan daripada Ketua Polis Johor bahawa negeri itu selamat bagi warga Singapura dan penjenayah tidak menyasari warga republik ini, seorang wanita Singapura telah menjadi mangsa rompak, ironinya pada hari yang sama jaminan itu dibuat.

Gambar: CERMIN DIPECAH: Perompak memecahkan tingkap kereta Cik Farah sebelum melarikan begnya berisi wang $2,300. Keretanya ditinggalkan di sebuah bengkel kereta di JB. -- Foto FARAH

Cik Farah (bukan nama sebenar), 55 tahun, kehilangan wang $2,300, kad pengenalan dan beberapa kad kredit apabila tingkap depan keretanya dipecah.

Beg jenama Braun Buffel berwarna coklat yang diletakkan di atas tempat duduk di situ, dibawa lari.

Semasa kejadian pada sekitar 5.45 petang Jumaat lalu, kereta Toyota Camry yang dipandunya sedang berhenti, sementara menunggu lampu trafik di sebuah simpang yang sibuk dekat Hotel Thistle Johor Bahru.

Beliau sedang dalam perjalanan ke pasar Larkin seorang diri untuk membeli barang bagi perniagaan runcitnya - rutin beliau dua kali seminggu sejak setahun lalu.

'Semuanya berlaku sekelip mata. Bunyi kuat apabila tingkap dipecahkan membuat saya terkejut.

'Saya sangka kereta saya dilanggar tapi bila saya nampak tangan capai beg saya, saya sedar saya dirompak,' kata Cik Farah semalam.

Menurut ibu empat anak itu kejadian berlaku terlalu cepat dan beliau tidak sempat mengecam muka kedua-dua lelaki itu, yang kemudian melarikan diri menaiki motosikal.

Namun beberapa saksi memberitahu beliau kededua lelaki tersebut berbadan kurus dan berbangsa Melayu.

Pembonceng motosikal itu, yang dilihat tidak memakai topi keledar, telah turun daripada motosikal sebelum memecahkan tingkap kereta Cik Farah, merampas begnya dan naik semula motosikal lalu memecut.

'Saya menekan hon lama dan sekuat-kuatnya tetapi tidak sebuah pun kereta di depan yang perasan saya dirompak.

'Kalau salah seorang pemandu di depan saya buka pintu kereta, perompak tersebut tak boleh lari,' kata Cik Farah, meluahkan rasa kesal atas sikap sesetengah pemandu yang tidak ambil kisah.

Katanya, beliau trauma seketika dan menangis memikirkan kejadian itu.

Pagi Jumaat lalu, Ketua Polis Johor, Dato' Mohd Mokhtar Haji Shariff, mendedahkan tanggapan bahawa Johor sebuah negeri dengan kadar jenayah yang tinggi adalah salah.

Katanya, daripada 14.1 juta warga Singapura yang melawat Johor tahun lalu, hanya 0.002 peratus atau 320 orang menjadi mangsa jenayah di situ.

Cik Farah berkata semasa beliau membuat laporan di balai polis Johor Bahru Central pada petang itu, beliau bertemu seorang warga Singapura yang menceritakan pengalaman serupa, namun berlaku sehari sebelumnya.

'Saya nasihatkan warga Singapura yang ke Seberang Tambak agar jangan letak beg di atas tempat duduk, mahupun di paha.

'Biar duit kita hilang, jangan kita pula cedera terkena serpihan kaca,' kata Cik Farah yang masih akan ke Johor tetapi tidak lagi seorang diri. -bhs

WASPADA: Lelaki Maut Akibat Renjatan Eletrik Pemanas Air Mandi

Kuching: Rasa pelik bunyi air pancutan dalam bilik mandi selama beberapa jam membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggunakan alat pemanas untuk mandi, awal pagi semalam. Gambar hiasan

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang juga seorang juruteknik, Mohd Nesruddin Saji, 48, ditemui mati dalam bilik air rumahnya di Taman Seri Cahaya, Jalan Batu Kawa, di sini dengan sebahagian muka dan badannya melecur.

Mayatnya ditemui anak saudaranya yang curiga apabila mendapati pintu rumah tidak berkunci selain televisyen masih terbuka sebelum membuat pemeriksaan.

Menurut anak saudaranya, Stephen Ng Wee Chung, 18, dia terkejut ketika menemui bapa saudaranya itu sudah tidak lagi bernyawa dengan tangan kiri menggenggam pemegang pemanas air manakala bahagian kiri muka serta dada kehitaman seperti kesan terbakar.

“Ketika kejadian, bapa saudara saya seorang diri di rumah kerana ibu saudara pulang ke kampung di Serian. Rumah saya terletak berhampiran dan menjadi kebiasaan bagi saya dan ahli keluarga lain untuk menjenguknya setiap hari,” katanya.

Katanya, sebelum itu, adik lelakinya, Wee Kim, 16, ada ke rumah itu kira-kira jam 11 malam namun tidak mengesyaki apa-apa mencurigakan kerana memikirkan bapa saudaranya itu sedang mandi.

“Apabila adik saya ke rumah itu, dia mendapati televisyen masih terbuka dan terdengar bunyi air dari dalam bilik air. Adik ketika itu menyangka bapa saudara saya itu sedang mandi sebelum terus pulang semula ke rumah kami,” katanya.

Katanya, dia kemudian kembali beberapa jam kemudian untuk memeriksa keadaan namun berasa tidak sedap hati apabila tidak ternampak kelibat bapa saudaranya itu selain mendapati pintu rumahnya tidak dikunci.

“Saya berasa pelik kerana mendapati bapa saudaranya masih mandi dan memanggilnya beberapa kali namun tiada jawapan sebelum menolak pintu bilik air,” katanya.

Stephen berkata, dia percaya bapa saudaranya meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi kerana dia turut merasainya ketika cuba mengalihkan pemegang pemanas air itu dari tangan bapa saudaranya itu.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terpaksa memotong wayar elektrik pemanas air berkenaan sebelum membawa mayat mangsa keluar dari bilik air.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalankan bedah siasat. -hm

Ulasan GB

Kejadian ini kerap berlaku.

Sentiasa berwaspada dan selanggara alat pemanas mandi untuk pastikan tiada masalah terutama "pendawaian"nya jangan ada yang rosak. Kedua, elakkan memegang gagang pemandi sewaktu mandi dan sebaik-baiknya ia diletakkan di penyangkutnya di dinding.

Dan jangan biarkan anak kecil anda mandi atau bermain dengan alat pemanas air tanpa pengawasan.

Mahathir Lupa Dia Pernah Mengaku Dia Tikus Yang Sanggup Menderhaka Raja

Enggan Minta Maaf, Dr Mahathir Anggap Dr Aziz Bari Kurang Ajar

SERI ISKANDAR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, 'sebagai kurang ajar'.

Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke-11, Ahad.

Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, diminta mengulas kenyataan Dr Abdul Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Abdul Aziz dilaporkan berkata sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Canselor Emas kepada graduan Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Awam Lai Chin Leong, 23, ekoran kecemerlangannya meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.89.

Muhammad Aiman Jamaludin, 22, T. Kuhanesapathy, 23, pula menerima Anugerah Canselor Perak dan Gangsa. - BERNAMA

Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja

Dewan Merdeka PWTC tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Masing-masing perwakilan yang sebelumnya bersorak-sorai apabila Raja-raja Melayu dihina dan dipermain-mainkan sepanjang tiga hari perhimpunan itu berlangsung mula berasa seram sejuk.

Sepanjang tiga hari, perhimpunan Agung Umno tahun itu berubah menjadi 'sidang penderhakaan' terbesar Melayu terhadap Raja-rajanya. Tidak cukup dengan kata-kata nista dan cemuhan yang dilemparkan terhadap Raja-raja Melayu, media massa pro-Umno juga turut menyiarkan ucapan-ucapan perwakilan dan pemimpin Umno yang mengecam dan mempersendakan Raja-raja.

Matlamatnya satu, mahu perlembagaan dipinda bagi membataskan kuasa dan menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.

Dato' Zainal Abidin Sakom, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu menjadi wira dalam perhimpunan itu. Beliau tanpa segan silu dan tidak beradab menyerang peribadi Sultan Selangor. Zainal turut menyerahkan senarai salah laku Sultan Selangor kepada Dr Mahathir untuk didedahkan kepada rakyat.

Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.

Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.

Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.

Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)."

Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu. -ahmadtajdid


Lelaki Maut Dihempap Lampu Jalan

Gorgetown: Seorang penunggang motosikal maut apabila dihempap lampu jalan yang secara tiba-tiba terjatuh dalam satu kejadian di Jalan Patani, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa V Ganesan, 27, yang baru sebulan bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi dikatakan menunggang motosikal dari pejabat ke rumahnya di Sungai Pinang, di sini.

Menurut sumber, mangsa ketika itu menunggang berseorangan sebelum lampu jalan itu jatuh dan terkena leher menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh.

Difahamkan, mangsa cedera, manakala urat lehernya terputus.

“Selepas terjatuh, mangsa tidak sedarkan diri sebelum dibantu orang ramai yang kebetulan melihat kemalangan itu dan menghantarnya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia berikutan mengalami pendarahan teruk di leher,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, S Vadiveloo, 52, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum diberitahu seorang jiran, anaknya terbabit dalam satu kemalangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan. -hm

[Video Bergambar] Komandan & 37 Askar Korea Memeluk Islam Sesudah Mempraktik Solat

Perkara yang semamang nyer kita tak sangka dimana seorang askar Korea dengan hanya melihat orang Islam sembahyang, membuatkan diri nya teruja dengan pergerakan solat dan mempraktikannya dan ternyata membuatkan ketenangan terhadapnya dan terus masuk Islam.

Menjelang keberangkatnnya ke Iraq di akhir Julai tahun lalu, 37 Askar Korea Selatan memanfaatkan kesempatan itu sebaik-baiknya untuk langsung memeluk agama Islam

Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Irak. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. Saat bertugas di wilayah tsb, ia sering mengamati orang2 muslim sholat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid.

Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan sholat. Karena dihinggapi rasa kepelikan, ia mencuba menirukan seluruh gerakan solat dan dipraktik di biliknya sendirian. Pada saat mempraktikan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya.

"Saya menjadi seorang Muslim karena saya merasa Islam lebih humanistik dan damai berbanding beberapa agama lainnya. Dan jika anda ingin berkomunikasi dengan penduduk setempat terhadap pendekatan agama, saya kira ini akan sangat membantu dalam upaya mewujudkan misi perdamaian kita," kata Son, seorang Askar Korea.

Itulah sebabnya, gerakan2 solat tersebut kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yg beliau pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar prajurit setelah mempraktikan gerakan2 sholat tersebut merasakan hal yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam.

Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada prajurit2nya, ia berkata: "aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam". Tanpa ia duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandanya - untuk juga memeluk Islam.

Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar! -Toataaujer



Ulasan GB

Itu, orang yang asalnya bukan Islam, mempraktik solat dan terus mencapai ketenangan lantas memeluk Islam.

Tetapi ada diantara umat Islam sendiri, mengabaikan solat ... malah lebih jauh melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam tanpa menyedari dirinya telah melakukan hal yang membatalkan syahadah.


Firmanullah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad, maka Allah akan datangkan suatu kaum yang Ia kasihi dan mereka juga kasihkan-Nya mereka bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan tegas terhadap orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya.

Sural Al-Maidah:54